Isnin, 27 Mei 2013

SAPE YANG BENAR2 IKHLAS HANYA ALLAH SWT SAJA YANG TAHU....'RAHSIA DALAM RAHSIAKU' MAKSUD HADIS QUDSI

Menghakis legasi Ustaz Azizan di Kedah telah mula??
Posted on Sunday, May 26 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Mummy Rokiah dalam tulisannya menyebut "Begitu juga di Kedah usaha-usaha penyucian legasi bekas MB juga sedang berlaku. Hakikat kejayaan mantan MB Kedah Ustaz Azizan membangunkan KUIN harus diterima dan ini merupakan legasi Ustaz Azizan. Tindakan-tindakan politik semberono yang tidak bijak dan tidak diplomasi itu telah mengakibatkan penyingkiran Rektor KUIN kerana terperangkap dalam jerangkap percaturan pegawai-pegawai tadbir negeri yang mempunyai agenda yang lebih besar dengan memperalatkan orang-orang politik."

Sikap politik dendam ini dilihatnya sebagai suatu yang tidak sihat dalam politik orang-orang Melayu di mana UMNO bersikap pendendam.


Mummy Rokiah memuji sikap PAS yang lebih bersifat rasional dimana ustaz Azizan menunjukkan sikap yang sangat baik.

Tulisannya "Kerajaan BN tidak harus menghakis legasi ini kerana ketika Ustaz Azizan mengambil alih Kerajaan Kedah beliau tidak pernah cuba menghakis mana-mana legasi pemimpin Kedah yang terdahulu. Beliau sendiri amat menghormati Tun Mahathir sehingga mendapat tentangan dari kalangan penyokong taksub parti nya sendiri.

Kini di Kedah ramai pemerhati yang melihat Mukhriz membawa corak kepimpinan korporat di dalam pentadbirannya di mana ‘delegation of power’ kepada orang bawah yang berlebihan. Mungkin ‘applicable’ dalam korporat tetapi ‘miserable’ dalam politik. Apa pun terlalu awal untuk dibuat tafsiran. We look and see. Rakyat sedang menjadi pemerhati setia untuk melihat kelayakan pemimpin mereka yang mereka amanahkan.

Pengerusi Hindraf yang suatu masa dahulu pernah memaki hamun orang Melayu kini bukan setakat dimaafkan malah dilantik sebagai Timbalan Menteri apalagi kita sesama Melayu untuk terbawa-bawa dengan dendam yang penuh emosi menghukum Melayu yang lain."



Sumber
Menghakis legasi Ustaz Azizan di Kedah telah mula?? 


  Jenayah di Malaysia Tak terkawal??
Posted on Sunday, May 26 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Kedudukan indeks jenayah keganasan makin meningkat dan tak terkawal. Hampir setiap hari berlaku kes bunuh, serangan bunuh, pergaduhan kmpulan kongsi gelab dan ganster. Institusi kepolisan harus dibaik pulih daripada menjadi 'mangsa dera' UMNO dan kepimpinannya kepada tugas-tugas asal menjaga keselematan negara dan ketenteraman awam.

Jenayah menjadi tidak terkawal kerana ketirisan polis daripada membuat fokus kepada politik melebihi jenayah. 



Semalam seorang penjual telefon bimbit (adalah Paduka Ayahanda Gombak) parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.

“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.

“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.



Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.




Sumber
Jenayah di Malaysia Tak terkawal?? 


 Betul Ke Ada Perjanjian Anwar & Najib??
Posted on Sunday, May 26 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam edisi semalam (24/5/2013) melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia. Perjanjian bertulis ini dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya ke-13.

Penjanjian ini adalah apa yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.
  
Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.
  
Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

Manakala Suara Keadilan pula melaporkan bahawa DS Anwar menafikan belia memulakan perlanggaran penjanjian bertulis berkenaan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada awalnya melanggar perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar berkata, perjanjian itu yang ditandatangani antara dirinya dan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan dalam berkempen, tiada akses kepada kebebasan media dan pilihan raya yang adil seperti mana tuntutan Bersih sebelum ini.

“Tak perlu nak cari kesalahan orang lain jika Najib sendiri yang melanggar syarat (perjanjian damai) tersebut.

“Kita sudah tandatangan syarat yang ditetapkan tetapi ia tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas upacara penutup Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.


NASIB BAIK PRESIDE PAS TAK BUAT JANJI
KALAU TIDAK BUKAN BLOGGER PR YANG HENTAM BLOGGER PAS YG BERBAJU UMNO PUN TURUT MERAYAKAN BERITA INI.

KENAPALAH MASIH PERCAYAKAN UMNO UNTUK BUAT PERJANJIAN SULIT??
ADA YANG BOLEH TOLONG JAWAB!!

ADAKAH INI UG VERSI BARU KE?




Sumber
Betul Ke Ada Perjanjian Anwar & Najib??


TERKINI !! SPR PEMBOHONG !!! agak2 ar klu nak kelentong. klu tak caya apa yg mamat ni ckp pls refer kat website SPR. agaknya Timbalan Pengerusi SPR ini yg x tahu etika pengiraan undi.. wat malu aja kat rakyat M'sia. baik letak jawatan drpd nak menipu seluruh rakyat.

http://www.pru13.gov.my/default.pengundi.00.post7.php

KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
...See More
TERKINI !! SPR PEMBOHONG !!! agak2 ar klu nak kelentong. klu tak caya apa yg mamat ni ckp pls refer kat website SPR. agaknya Timbalan Pengerusi SPR ini yg x tahu etika pengiraan undi.. wat malu aja kat rakyat M'sia. baik letak jawatan drpd nak menipu seluruh rakyat.

http://www.pru13.gov.my/default.pengundi.00.post7.php

KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR
http://www.kedahlanie.info/2013/05/adun-seri-serdang-akui-gambar-yang-spr.html
Like · · · 8 hours ago ·
Pas Dun Chenderoh and Nasir Sahlan shared Qalsom Bee's photo.
Nak tengok Menteri YG Baru..
buat tak macam ni..
hurmmm
Nak tengok Menteri YG Baru..
buat tak macam ni..
hurmmm

Khairul Hilmi Che Ali shared Lee Ming's photo.
Cuba kalian tolong buat kiraan dan fikir fikirkan, 

a) Jumlah undi Parlimen seluruh Malaysia  = 10, 861, 683
b) Jumlah undi DUN (Sarawak dikecualikan) = 9, 393, 696
Sepatutnya (a -b) adalah undi MP dari Sarawak = 1, 467, 987

Tapi rekod Undi MP bagi Sarawak hanya 828, 893 sahaja.    

Sekarang,  kelebihan undi sebanyak 639, 094 itu berasas dari mana atau sudah mana perginya?
Cuba kalian tolong buat kiraan dan fikir fikirkan,

a) Jumlah undi Parlimen seluruh Malaysia = 10, 861, 683
b) Jumlah undi DUN (Sarawak dikecualikan) = 9, 393, 696
Sepatutnya (a -b) adalah undi MP dari Sarawak = 1, 467, 987

Tapi rekod Undi MP bagi Sarawak hanya 828, 893 sahaja.

Sekarang, kelebihan undi sebanyak 639, 094 itu berasas dari mana atau sudah mana perginya?

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN...
Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

  Azmin akhirnya mengaku salah. Adakah Ini menjawab isu sebenar??
Posted on Sunday, May 26 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akhirnya mengakui kesilapan isu kelewatan pembahagian kerusi dan penentuan calon sehingga menyebabkan ia bertindih dengan calon-calon daripada parti sekutunya, PAS.
"Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kelewatan pembahagian kerusi yang telah berlaku," katanya.

"Dalam proses agihan kerusi semasa PRU13 lalu, saya merupakan pimpinan yang terlibat, dan saya menyatakan bahawa saya faham perasaan setiap anggota cabang atau pimpinan parti yang tak terpilih, akibat pembahagian tak dapat disempurnakan lebih awal," jelas beliau.

 

Isu kelewatan tersebut dikatakan tindakan Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu beserta Naib Presidennya, R. Sivarasa cuba 'menghantar' calon luar untuk bertanding di beberapa kerusi, selain mengubah senarai nama calon pilihan cabang masing-masing sehingga menimbulkan kemarahan ahli di peringkat akar umbi. 
Berucap dalam sesi pergulungan bahas Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Sivik MBPJ, Azmin juga menegaskan proses rundingan Pakatan Rakyat terutamanya dalam menentukan senarai calon di kerusi yang ditandingi perlu diteruskan agar permuafakatan dapat dicapai. 

"Dengan adanya proses permuafakatan yang perlu dijalankan, kita boleh runding dan bincang sebelum sebarang keputusan dibuat." 

"Saya berharap perkara ini diteruskan sebab parti tidak boleh mengkhianati amanah rakyat," jelas Azmin. 

Menurut Azmin lagi, beliau mengakui silap dalam meletakkan calon PKR di Kota Damansara selain membiarkan calon PSM bertanding di kerusi Semenyih. 

"PKR, kita ada 16 kerusi di Selangor. Berkenaan kerusi di Kota Damansara dan Semenyih, PKR kita tak kalah kepada BN, tetapi kita kalah sesama parti (PR)."

RAMAI BLOGGER PR TERUTAMA DARIPADA KALANGAN BLOGGER PAS SENDIRI TAPI PEMIKIRAN SAHAJA MASIH BELUM "PASs" TELAH MENYALAHKAN PAS DALAM BANYAK ISU PERTINDIHAN KERUSI.

YANG MENJADI MANGSA IALAH PRESIDENNYA SENDIRI SEDANGKAN BANYAK KALI PRESIDEN MENYEBUT BAHAWA ITU ADALAH UNTUK MENYELAMATKAN PR.
MEREKA TAK  MAHU DENGAR APA KATA PRESIDEN SENDIRI.
MEREKA SEBENARNYA TIDAK MENYIASAT PERKARA SEBENAR DISEBALIK SEMUA ISU HANYA MEMBUAT PERSEPSI BURUK SEMATA-MATA??

Tiada ulasan: