Selasa, 21 Mei 2013

PERASAAN TAKUT MEMANG ADA PADA MANUSIA...ITU BIASALAH...TAKUT KALAH...TAKUT DIGULINGKAN..TAKUT TAK DAPAT MENAHAN KEMARAAN RAKYAT ...TAKUT TAK DAPAT MENGEKALKAN KUASA DLL...TAPI KITA KENA INGAT DENGAN KEKUASAN ALLAH...DAN JANJI ALLAH...APA DIA JANJI ITU...SATU HARI YANG HAK SATU AKAN MENANG...DAN YANG BATIL SATU HARI AKAN KALAH...SEBENARNYA KITA BUKAN BERLAWAN DENGAN MANUSIA TETAPI DENGAN ALLAH SWT...MAKA ELOKLAH KITA SEDAR...BERTAQWALAH PADA ALLAH DAN MARILAH KITA BERSAMA2 MENEGAKKAN YANG HAK BUKAN YANG BATIL

HP lancar tablet pengguna Android Slate 7

20 Mei 2013
Hewlett-Packard (HP)
Hewlett-Packard (HP)
SINGAPURA - HP hari ini mengumumkan HP Slate7, sebuah tablet pengguna Android mampu milik yang memberikan pelanggannya akses mudah kepada perkhidmatan Mudah alih Google.

HP Slate7 yang mempunyai skrin diagonal 7 inci seberat 370g itu merupakan 'teman' unggul yang boleh dipercayai.

Ia juga merupakan tablet pertama industri yang menawarkan 'Beats Audio', bagi bunyi yang terbaik, pengalaman audio paling meriah yang pernah ada pada sesebuah tablet, kata Hewlett-Packard Singapore (Sales) Pte Ltd, dalam satu kenyataan.

HP Slate7 menawarkan pengalaman Google dengan perkhidmatan seperti Google Search, Gmail, YouTube, Google Drive dan Google+ Hangouts bagi sembang video beramai serta akses kepada aplikasi dan kandungan digital melalui Google Play.

“Untuk memenuhi minat pengguna dan perniagaan terhadap tablet, HP akan menawarkan beberapa faktor bentuk dan memanfaatkan beberapa sistem operasi," kata Serena Yong, Pengurus Besar Sistem Percetakan dan Peribadi, HP Singapore.

Antara lain, HP Slate7 merangkumi kamera 3-megapixel selain kamera VGA di hadapan bagi sembang, video dan foto.

HP Slate7 yang boleh didapati dalam warna merah atau perak mempunyai rangka keluli tahan karat.

Dengan aplikasi HP ePrint, pelanggan boleh mencetak dengan mudah sama ada di rumah atau di mana sahaja, dan satu keupayaan percetakan eksklusif membolehkan pelanggan mencetak secara terus dari kebanyakan aplikasi.

Satu USB port mikro membolehkan pelanggan memindahkan fail dengan mudah. 

HP Slate7 dijangka dipasarkan di Singapura mulai 6 Jun di semua cawangan runcit utama dan di HP Online Store pada harga runcit S$249.

Maklumat tambahan tentang HP Slate7 boleh didapati di www.hpshopping.com.sg.
Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali
Mohd Fadhli (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berikutan boleh mengundi dua kali ketika PRU13 lalu. Turut hadir, Fuziah dan Mohd Aznel.
KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya  dia boleh mengundi dua kali.

Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.

Lebih 2,000 kumpul di Balai Polis Jinjang

Harakahdaily, 20 Mei 2013


(Aruchelvan berucap kepada orang ramai yang berkumpul di depan Balai Polis Jinjang..Pic Omak Kau)

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung  sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan.

Alkisah sungai dengan padang pasir…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 21 Mei 2013



Dari gunung tinggi, sebatang sungai mengalir mengatasi segala rintangan sehingga ia terjumpa padang pasir.

Sungai mencuba melintas dengan pantas. Tapi kesemua airnya lesap bila bertemu pasir.

Padang pasir berbisik pada sungai, “Angin boleh melalui padang pasir, sungai pun boleh.”

Sungai berkata tak boleh. “Setiap kali aku merempuh pasir, kesemua airku hilang dan diresap pasir. Angin boleh terbang sebab itu ia boleh melintasi padang pasir.”

“Jika kamu menggunakan cara yang biasa diketahui kamu, kamu takkan dapat melepasi padang pasir. Samada kamu akan hilang atau berhenti menjadi tasik berlumpur. Kamu mesti membenarkan angin membawa kamu untuk sampai ke destinasimu iaitu lautan,” kata padang pasir.

“Tapi macam mana?” tanya sungai.

“Dengan membiarkan kamu diserap oleh angin. Angin boleh berbuat demikian. Ia membawa air, melepasi padang pasir, kemudian diturunkan semula. Turun seperti hujan, kamu akan menjadi sungai semula,” kata padang pasir.

“Bagaimana aku nak tahu kamu tidak menipu aku?” tanya sungai.

“Jika begitu, dan kamu tidak mempercayainya, kamu hanya layak menjadi tasik berlumpur dan itupun akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehingga pasir tidak dapat lagi menyerap airmu. Hidupmu sebagai sungai akan berakhir dan menjadi tasik berlumpur, air akan busuk dan ia tidak seperti kehidupan seperti sungai,” kata padang pasir itu.

“Tak boleh ke aku kekal sebagai sungai seperti hari ini?” tanya sungai.

“Tak boleh,” jawab padang pasir.

“Bahagian terpenting kamu, wahai sungai, iaitu air, boleh dibawa angin untuk membentuk sungai semula selepas menyeberangi padang pasir. Kamu kena faham kamu dipanggil sungai hari ini kerana kamu tidak mengerti potensi kamu dan kebolehan kamu yang sebenar kerana tidak sedar bahawa komposisi diri sebenarnya ialah air,” tambah padang pasir itu lagi.

Cerita untuk renungan.

Senyum
Rafizi: Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat malam ini diteruskan
Wartawan Sinar Harian
8 Mei 2013
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
SHAH ALAM – PKR menegaskan perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” yang dijadual berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam ini diteruskan seperti dirancang meskipun tidak dibenarkan polis.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, perhimpunan yang dianjurkan ini adalah berdasarkan semangat Akta Perhimpunan Aman yang diguna pakai sebelum ini di mana permit untuk perhimpunan tidak diperlukan, sekadar memaklumkan kepada pihak polis.

“Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan.
“Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan, perhimpunan yang dirancang pembangkang malam ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
  
Sehubungan itu, Ismail berkata, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
  
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah disisi undang-undang," katanya.

Mengulas perkara itu, Rafizi berkata, beliau percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Ismail yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun seperti ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula.

“Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar jelas berniat jahat.

“Saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru-hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut,” katanya lagi.
Adun PR mahu cabar perlembagaan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
21 Mei 2013
Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (Adun), Nik Nazmi Nik Ahmad akan membawa kes himpunan 'Blackout 505'  ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar Akta Perhimpunan Aman.

Menurutnya, kes yang melibatkan diri beliau ini adalah bersifat terpilih dan berbentuk politik yang melibatkan pihak-pihak tertentu.

"Saya dan peguam akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi, kita nak cabar Akta Perhimpunan Aman dari sudut perlembagaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Nik Nazmi minggu lalu didakwa di bawah akta berkenaan minggu lalu kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan 'Blackout 505' di Kelana Jaya pada 8 Mei.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin.

Nik Nazmi mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 9 (1) dalam akta sama, Nik Nazmi boleh didenda sehingga RM10,000 yang boleh menyebabkan beliau hilang kerusi Dun Seri Setia.

Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000.

Ketika dihubungi hari ini, Nik Nazmi berkata beliau akan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh dua minggu seperti mana tempoh yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Syesyen.

"Mudah-mudahan kes ini segera selesai, saya ada banyak lagi tugas untuk diselesaikan di Seri Setia," katanya.
Tahan Adam Adli, adakah BN takut?
JAMILAH HAMZAH
20 Mei 2013
Adam Adli Abdul Halim
SHAH ALAM - Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan.
Menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah, Nasrudin berkata, apa salah Adam ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda Pas Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media yang dihantar kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan.

"... jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah," katanya.

Nasrudin juga turut menyeru anak muda bangkit menolak kerajaan yang didakwanya sebagai rakus dan zalim tersebut.
NGO : Himpunan Sabtu ini bukan untuk guling kerajaan
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar mereka sebagai 'Suara Rakyat 505' akan mengadakan pesta himpunan rakyat bagi membantah dakwaan penipuan PRU13 pada 25 Mei ini.

Jurucakap gabungan itu, Badrul Hisham Shaharin berkata, himpunan itu bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi untuk berkumpul menuntut demokrasi rakyat yang didakwanya ‘dicuri’ dalam pilihan raya lalu.

“Pihak pemerintah telah mengatakan himpunan ini adalah berupa ‘Arab Spring’ dan telah menyebut ia sebagai ‘Malaysian Spring’,

“Namun kami Suara Rakyat 505 tetap menegaskan tiada agenda ‘Malaysia Spring’ atau rampasan kerajaan akan berlaku. Sebaliknya, rakyat harus bangkit mencari kembali demokrasi yang telah digelapkan pada pilihan raya 5 Mei lalu,” katanya ketika sidang media di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH), semalam.

Katanya, dakwaan himpunan itu untuk menggulingkan kerajaan adalah cubaan menakut-nakutkan rakyat dengan melakukan perang psikologi.

“Dakwaan psywar (perang saraf) hanya untuk takut-takutkan rakyat. Ini tidak ada kena mengena dengan Malaysia spring tapi sebab PRU yang digelapkan pada 5 Mei lalu.

“Kita berkumpul untuk mencari demokrasi. Kami jamin untuk adakan secara aman, sampah pun tidak akan ditinggalkan,” katanya.
AirAsia perjelas isu halang pulang
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
AirAsia perjelas isu halang pulang
Foto Izan Suhaila dan anaknya yang berusia 14 bulan yang dipetik dari blog Mazidul Akmal Sidek.
SHAH ALAM - AirAsia Bhd menjelaskan syarikat itu perlu mematuhi piawaian dan kesihatan global berhubung isu seorang wanita dan anaknya yang tidak dibenarkan menaiki pesawat AirAsia untuk penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur, 18 Mei lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, penumpang itu dihalang menaiki penerbangan itu selepas disah menghidapi cacar air.

“Penumpang yang menghidap cacar air hanya dibenar terbang lima hari selepas simptom pertama muncul dan harus memiliki sijil perubatan yang sah atau surat doktor yang mengesahkan pesakit layak untuk melakukan perjalanan.

“Dalam kes ini, wakil kami telah menyediakan bantuan diperlukan kepada ibu dan anak itu, malah telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanah air bersama dua orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja kanak-kanak itu sihat sepenuhnya.

“Kami juga ada tawarkan untuk uruskan penginapan hotel dan pengangkutan, namun mereka memaklumkan sudah mempunyai kemudahan sendiri untuk berada di Ho Chi Minh City,” katanya.

Menurutnya, tindakan AirAsia tidak membenarkan ibu dan anak itu menaiki pesawat adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan terhadap 175 penumpang lain dalam penerbangan tersebut.

Pada 15 Mei lalu, seorang kakitangan bank, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, membawa anaknya Maryam Sofea Mohd Riza, 14 bulan, yang juga kanak-kanak OKU dan 10 saudara untuk bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Beberapa hari sebelum berlepas ke Vietnam, Maryam disah menghidap cacar air. Namun, pada 18 Mei, kakitangan AirAsia di Vietnam tidak benar Izan menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan alasan Maryam menghidap cacar air.

Bagaimanapun, Izan, Maryam dan dua saudara yang menemani mereka, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mei, pada jam 7.45 malam menaiki penerbangan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dengan bantuan Tourism Malaysia.

Kisah ini menjadi tumpuan media sosial selepas artikel disiarkan Mazidul Akmal Sidek, menerusi blognya www.mazidulakmal.com dan diikuti beberapa media tempatan.
Tembikai terakhir Tok Wan
SHARIFAH HAZIRAH AL-JEFFREY
20 Mei 2013
Tembikai terakhir Tok Wan
Motosikal mangsa yang terperosok di bawah kereta.
Tembikai terakhir Tok Wan
Ahli keluarga Mohd Hassan tidak dapat menahan sebak melihat jenazah di tempat kejadian.
KUANTAN - “Tok Wan jaga diri baik-baik,” pesanan itu menjadi yang terakhir didengari seorang warga emas daripada cucu kesayangannya sebelum warga emas itu terbunuh apabila motosikal ditunggangi terlibat nahas, di Kilometer 16 Jalan Kuantan-Gambang petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Mohd Hassan Othman, 61, dari Felda Panching Selatan, maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, anak Mohd Hassan, Hasnorinor, 28, berkata, arwah meminta izin untuk keluar dari rumah kerana mahu pergi membeli buah tembikai di Jaya Gading, di sini.

Menurutnya, selepas menunggu hampir empat jam, dia mula curiga dan tidak sedap hati apabila arwah masih tidak pulang ke rumah sehingga tengah hari sedangkan kebiasaannya arwah akan terus pulang selepas selesai membeli barang.

Katanya, bagaimanapun, dia kemudian menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1 petang yang menggunakan telefon bimbit arwah sebelum memberitahu arwah terbabit kemalangan jalan raya.

“Saya seperti tidak percaya dengan apa yang diberitahu pemanggil terbabit sebelum bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat jenazah bapa sudah ditutup dengan kain putih.

“Kali terakhir saya berbual dengan bapa pagi sebelum kejadian sebaik saja selesai sarapan pagi sebelum bapa meminta izin mahu keluar pergi membeli tembikai dan ketika itulah anak saya meminta bapa menjaga diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FeldaPanching Selatan, di sini, semalam.

Katanya, dia tidak menyangka arwah akan pergi meninggalkan keluarga buat selamanya dalam keadaan tragedi hampir sama meragut nyawa ibu tiga tahun lalu yang turut dilanggar kenderaan.

Menurutnya, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Felda Panching Selatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Kuantan menuju ke Gambang tiba-tiba mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan.

Menurutnya, pada masa sama, sebuah kenderaan yang datang dari belakang tidak sempat membrek kenderaannya lalu merempuh mangsa dari belakang. "Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan," katanya.

Tiada ulasan: