Posted on Wednesday, May 22 @ 16:04:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
"
MCA berada di persimpangan. Ini semua gara-gara dua resolusi yang di gunapakai selepas PRU 13.
Resolusi puaka yang "mengharamkan" mana-mana ahli MCA menyertai Exco maupun Menteri jika MC kalah teruk dalam PRU 13.
Apabila betul-betul MCA sudah di"ludah" oleh majoriti pengundi Cina dalam PRU 13 lepas, kini resolusi itu berkuatkuasa serta merta.
Tiada diketahui mengapa resolusi itu di cipta oleh pimpinan MCA. Adakah sebagai ugutan kepada pengundi Cina agar memangkah MCA dalam PRU 13 atau terima risiko resolusi berpuaka ini?
Yang pasti ugutan bodoh MCA ditolak oleh kaum Cina. Bahkan ramai calonnya tewas di tangan calon bukan Cina di kawasan majoriti Cina seperti Parlimen Pandan.
Majoriti pengundi Cina dalam PRU 13 menolak rasis dan menerima parti berbilang kaum seperti PKR bahkan tidak segan silu mengundi PAS atas dasar menolak rasis, rasuah dan ketidakadilan.
Jadinya sekarang, MCA berdepan krisi keyakinan,kepimpinan dan arah tuju.
Dalam masa terdekat, di jangkakan MCA bakal berdepan krisis kepimpinan. Sepatutnya apabila MCA kalah teruk dalam PRU 13,presidennya Chua Soi Lek terus meletak jawatan.Tidak perlu tunggu Mesyuarat Agung parti.
Walaupunbagaimanapun, dalam mas terdekat ini, MCA kena sekesai dahulu kemelut di Johor. Jika MCA berkeras untuk mengenakan tindakan ke atas ADUN Pulau Sebatang, ini bermakna:
i) MCA tidak menghormati Sultan Johor. (Derhaka?)
ii) ADUN nya mesti keluar parti.Samada masuk GERAKAN ataupun PPP. Yang pasti ADUN Pulau Sebatang tidak boleh masuk UMNO maupun KIMMA, jauh sekali Hindraf !
MCA mesti buat perubahan yang drastik jika ingin kembali semula ke landasan politik Malaysia. Antara langkah-langkahnya :
i) Hapuskan pengaruh Chua Soi Lek. Imej Soi Lek sebagai porno dan anti Islam menyebabkan orang Cina menolak MCA.
ii) Ubah imej MCA daripada KeCinaan kepada berbilang kaum. Rasis kepada berbilang kaum.. Jadikan MCA terbuka untuk semua kaum.
iii) Atau bubar MCA, dan ahlinya boleh sertai DAP,PKR,PAS,GERAKAN dan PPP.
Jika UMNO simbol perkauman Melayu, MCA pula simbol perkauman Cina
MCA gali jirat?"
GEMPAK : Jom cuba lihat RM kita....sesuatu tidak kena.
Posted on Wednesday, May 22 @ 16:03:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
"
Harap ianya sekadar KEBETULAN sahaja. Tidak seperti teori illuminati Dollar Amerika.
GEMPAK : Jom cuba lihat RM kita....sesuatu tidak kena."
PAS Titiwangsa Buka Aduan Penyelewengan Pilihanraya
Posted on Wednesday, May 22 @ 16:02:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh HJ Khairul Anuar
PAS Kawasan Titiwangsa (PAS Titiwangsa) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh pengundi, jentera dan sukarelawan yang bertungkus lumus membantu jentera pilihanraya PAS Parlimen Titiwangsa semasa kempen Pru ke 13. PAS Titiwangsa menganggap keputusan yang memberangsangkan dengan memperolehi undian 22,168 dan kalah hanya dengan majoriti 866 undi adalah hasil kerja keras semua pihak bagi membantu PAS Titiwangsa.
Meskipun tewas dengan majoriti tipis, PAS Titiwangsa menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka. Persiapan dan gerak kerja telah dimulakan sejak keputusan PRU ke 13 diumumkan dan ianya akan berterusan sehinggalah ke PRU ke 14. Tempoh 5 tahun mendatang bukanlah suatu jangka masa yang panjang kerana pelbagai peristiwa akan ditempohi. Pastinya PAS Titiwangsa bertekad untuk memastikan Parlimen Titiwangsa akan kembali ditawan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
Dalam keadaan demikian, PAS Titiwangsa membuka kepada sebarang aduan pengundi mengenai salah laku serta penyelewengan dalam Pilihanraya Umum ke 13. Ianya bertujuan untuk dijadikan bahan kes dalam petisyen yang akan dibuat kelak. Ianya meliputi sama ada hak mereka dinafikan (diundi oleh pihak lain), ditukar tempat mengundi tanpa pengetahuan, nama hilang dalam senarai daftar pemilih sedangkan sebelum ini ada, melihat warga asing mengundi, alamat rumah digunakan oleh mereka yang tidak dikenali, sogokan wang, nama didaftarkan di dua tempat mengundi, dan lain-lain lagi. Aduan ini pula hendaklah dserahkan kepada pihak PAS Titiwangsa sebelum 10 Jun 2013 iaitu sebelum pintu mengadakan petisyen di mahkamah ditutup.
Untuk sebarang aduan, pengundi boleh menelefon melalui nombor : 03 26980025 (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa) atau berhubung dengan Sdr Josri Syafawi, Setiausaha Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Titiwangsa di talian : 019 2285454 . Pengadu juga boleh tampil ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa di alamat No 10, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi - 5 petang setiap hari. Diharapkan pengadu akan tampil dengan mengemukakan sebarang dokumen untuk dijadikan bahan kes dalam petisyen ini kelak.
HJ KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Titiwangsa
Peguam temui kes paling buruk selepas Kugan
Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.
"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.
"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas
"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.
Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.
Umno semakin jadi 'parti kampong'?
-, | 22 Mei 2013 |
1. Salah satu hakikat yang terserlah dalam PRU ke-13 lalu ialah Umno-BN (UBN) semakin jelas telah menjadi ‘Parti Kampong’. Penulisan ringkas ini bercadang untuk menguatkan hujjah kepada tesis dan penemuan ini.
2. Penulisan saya dengan tajuk ‘Najib semakin seksa selepas menang’ ingin dipanjangkan di sini. Sesungguhnya tajuk ini boleh sahaja dijadikan antara buku yang boleh diterbitkan pasca PRU ke-13 ini oleh penulis-penulis tempatan.
3. Setelak debu peperangan mendap dan euporia ‘kemenangan’ mula pudar, Najib terpaksa berdepan dengan beberapa hakikat yang sangat mengugah dan menyeksa jiwanya.
4. Persetankan ‘kata-kata nista’ pembangkang tentang Kabinet XXL yang baru dilantiknya. Pelbagai kritikan termasuk kelompok pengamal serta pensyarah-profesor undang-undang yang mempertikaikan kesahihan kaedah melantik menteri dari kelompok senator yang belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator.
5. Persetankan apa jua cemohan rakyat tentang ‘tsunami Cina’ ciptaan Najib sekaligus menampakkan dendam kesumatnya terhadap etnik ini serentak menajamkan lagi garis perkauman. Persetankan gagasan ‘Blackout 505’ yang cuba diketengahkan bagi membangkitkan kesedaran rakyat tentang pilihanraya sarat penipuan.
6. Persetankan ‘Tribunal Rakyat’ cadangan Bersih dan masyarakat sivil. Persetankan panggilan ‘Kerajaan Minoriti’ walaupun jelas dengan ukuran ‘undi popular’ di semenanjung dan seluruh negara.
7. Namun seperkara yang tidak boleh dipersetankan Najib dan pimpinan UBN ialah hakikat bahawa parti dan barisan yang dipimpinnya sedang mengalami hari-hari kepupusannya (demise) dalam persaingan sengit ‘Politik Baru’. Najib UBN bukan sahaja masih hidup dalam penafian bahkan cuba menongkah arus menentang kemaraan ‘Politik Baru’ ini.
8. Justeru fakta-fakta keputusan PRU ke-13 mula menyelak dan memaparkan hakikat sebenarnya bahawa Najib dan UBN telah menang kerana diselamatkan oleh undi-undi Borneo yang tidak sempat di’jangkiti’ ‘tsunami semenanjung’.
9. Itu pun tak boleh selesa sangat sebab Sarawak catat peningkatan undi buat pembangkang sebanyak 8.9%, kedua tertinggi selepas negeri Johor. UBN juga mengalami kemorosotan undi di 18 kerusi parlimen dari 31 kerusi parlimen di negeri itu. Dalam 8 kerusi etnik Dayak, BN mengalami 10 % kemorosotan undi dan Pakatan hampir merampas 2 kerusi Dayak yakni P205 Saratok and P220 Baram.
10. Pun begitu halnya di Sabah. BN mengalami kemorosotan undi di 19 dari 26 kerusi parlimen Sabah. Dalam 7 kerusi majoriti bumiputera yang dimenangi BN, kesemua mengalami kemorosotan undi sebanyak 10%. Sangat menyeksa.
11. Kembali kepada tesis bahawa Umno-BN telah menjadi ‘parti kampong’ atau parti yang hanya kuat di kampong-kampong tradisi Melayu, fakta-fakta berikut adalah sangat memalukan dan mengaibkan Najib.
12. Pakatan terus mengungguli dominasinya di Wilayah Persekutuan dengan memenangi 9 daripada 13 kerusi yang dipertandingkan. Pertandingan di Lambah Pantai menyerlahkan segala-gala naratif dan pengkisahan tentang percubaan UBN untuk menawan Kuala Lumpur!
13. Kesemua ibu negeri kecuali Kangar dan Johor Bahru, terus dikuasai Pakatan Rakyat. Ini termasuk Alor Star, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tanjong, Ipoh, Kuantan, Shah Alam, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.
14. Bagi kerusi Parlimen Selangor, Pakatan Rakyat Berjaya mengekalkan dominasi kawasan bandar dan pinggir bandar seperti Petaling Jaya, Ampang, Serdang, Puchong, Kelana Jaya, Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang dan Kota Raja.
15. BN, sejajar dengan tesis yang dimajukan, hanya mampu menguasai ‘anjung utara’ yang merupakan ‘Malay Belt’ – Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor dan kali ini berjaya merampas kembali kerusi Kuala Selangor yang telah berubah demografi pengundi menjadi 65%-35% (Melayu-65%, 23%-India, 12%-Cina) berbanding 60-40 pada 2008 dengan N12 Jeram mencapai 80%20%: Melayu-Bukan Melayu.
16. Di Negeri Sembilan juga turut menyerlahkan fenomena ini, di mana UBN unggul di kawasan luar bandar seperti Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sementara Pakatan kekal di kawasan Seremban dan Rasah.
17. Penulis cenderung untuk meringkaskan dan memudahkan fenomena PRU ke-13 ini sebagai menyerlahkan trend atau pola rakyat-pengundi yang terbelah kepada dua kelompok besar;
i. pengundi kawasan luar bandar yang tidak dapat capaian internet dan masih tegar dengan keperluan ‘pembangunan’ dan
ii. Pengundi bandar dan pinggir bandar yang sangat terdedah kepada media baru-alternatif berbanding sogokan media UBN dan cenderung untuk menyokong agenda ‘penambahbaik demokrasi dan kesejahteraan rakyat’.
18. Menyonsong masa depan dalam laluan pembangunan politik negara, ternyata bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk mengisi harapan pengundi dalam kelompok kedua yakni pengundi yang mahukan penambahbaikan Negara dalam apa yang disebutkan kini sebagai penghayatan dan dinamika ‘Politik Baru’.
19. Amat nyata pula, penulis mendapati bahawa UBN amat meminati kelompok pertama golongan luar Bandar dan juga begitu sebaliknya mereka ‘diminati’ golongan luar Bandar ini yang telah di’bela’ dengan ‘sogokan pembangunan’ yang sebenar-benarnya ‘tidak membangunkan minda dan jiwa mereka’ bahkan tidak juga bangunkan pendapatan sebenar (real wage) mereka.
20. Generasi muda yang telah meninggalkan kampong sebenarnya telah meninggalkan legasi Politik Lama yang sarat dengan Politik Menakut-nakutkan Rakyat dan Politik ‘Patronage’ yakni ketua-ketua yang mesti ‘disantuni’ untuk mendapat tandatangan anak-anak kampong untuk mendapat biasiswa kerajaan UBN dsbnya.
21. Tegasnya Umno-BN akan cuba kekal dominasi luar bandanya sekaligus menjadi ‘parti kampong’ untuk kekal berkuasa sementara Pakatan mesti menorobos kampong dan luarbandar untuk berjaya menawan Putrajaya dalamPRU ke-14.
22. Peralihan demografi kearah dominasi generasi muda dalam tahun-tahun mendatang akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat sementara mendayakan ‘Politik Baru’ dan ‘Politik Pencerahan’ adalah formula kemenangan yang tepat dan wajar.
23. UBN tampaknya mungkin sahaja mahu kekal ‘parti kampong’ yang meneruskan amalan dan legasi Politik Lama yang sarat dengan amalan politik perkauman, politik agama yang sempit dan konfrantasi, politik ‘Paronage-Perlindungan’penguasa politik dan orang-orang besar yang berpengaruh bermula dari JKKP sehingga keperingkat tertinggi parti. Malang!
* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat.
Bingkisan tarbiyah Syeikh al-Bahi al-Khauly
Abdul Mu’izz bin Muhammad, | 22 Mei 2013 |
1. Membina individu yang beridentiti Islam.
2. Menegakkan hukum Islam di seluruh pelusuk benua.
3. Menyatukan kuasa politik bagi umat Islam.
4. Mengembalikan sistem khilafah bagi umat Islam.
5. Memastikan syariat Allah dilestarikan di seluruh dunia.
Itulah tugas yang maha berat bagi pendakwah. Namun terkadang wujud kekeliruan istilah antara pendakwah dan penceramah. Seorang tokoh tarbiyyah Ikhwan Muslimin, Syeikh al-Bahi al-Khauly telah menegaskan tentang perbezaan dua gelaran tersebut di awal karya beliau yang berjudul – Tazkirah ad Du’at:
“Sesungguhnya pendakwah tidak sama seperti penceramah. Jika penceramah, tugasnya hanya berceramah. Manakala pendakwah, individu yang optimis dengan pemikirannya. Tugasnya menyampaikan risalah dakwah dengan penulisan, ucapan, perbualan biasa, segala kerja yang dibuat serta segala apa medium yang dirasakan bermanfaat untuk dakwah.”
Penceramah hanya akan beraksi apabila diberi peluang di pentas ceramah. Populariti dan pengikut merupakan bonus baginya. Yang disebut belum tentu menggambarkan hakikat keadaannya yang sebenar.
Sebaliknya aksi pendakwah tidak terhad. Mana-mana peluang yang sempat dicapai akan digunakan dengan sebaiknya untuk menyampaikan risalah Islam. Mereka sangat takut dengan sanjungan, bimbang populariti tersebut akan memesongkan misi dakwahnya. Apa yang disebut, itulah yang terbit dari hatinya. Kesungguhan dan kejujuran pendakwah tiada tandingan. Kesungguhan tersebut pernah ditatah dari kisah Imam Hasan al Banna berdakwah sambil bersosial di kedai kopi. Usaha tersebut berterusan sehingga melewati pintu arena panggung.
Banyak lagi sifat bagi pendakwah yang disebutkan oleh Syeikh al-Bahi al-Khauly. Jika diamati kriteria yang telah tersenarai di dalam buku tersebut, sehingga membuatkan penulis amat malu untuk mengaku bahawa diri ini sebagai pendakwah.
Kerap kali kita mencari idea bombastik dan rumit yang mengujakan untuk disampaikan kepada sasaran dakwah. Moga-moga dengan isi dan gaya penyampaian yang mengujakan itu mampu memukau pendengar-pendengar. Kesungguhan tersebut jika tidak dikawal boleh mengakibatkan kita terlupa bahawa kita belum pun melaksanakan apa yang diucapkan. Terkadang kita menganggap bahawa dakwah seperti menyediakan pentas persembahan yang membenarkan kita melakonkan pelbagai gaya tanpa pantauan amanah terhadap agama dan diri sendiri.
Itulah beza antara pendakwah dan penceramah. Penceramah bebas mengucapkan 1001 mutiara kata walaupun amalan dirinya jauh menyimpang dari apa yang diucapnya. Manakala bagi pendakwah, mereka perlu memastikan dirinya benar-benar layak untuk menyampaikan sesuatu mesej Islami merujuk kepada tanggungjawab dirinya sebagai hamba Allah. Firman Allah Taala:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al Kitab. Tidakkah kamu berakal.” (Surah al-Baqarah : ayat 44)
“Amat besar kemurkaan Allah apabila kamu berkata perkara yang kamu tidak buat.” (Surah as- Saff : ayat 3)
Mesej dakwah yang membekas adalah apabila ia keluar daripada individu yang bercakap melalui hatinya. Hanya hati yang jujur dengan misi dakwah, layak mengetuk hati orang lain. Itulah resepi kejayaan tokoh-tokoh pendidik umat mengetuk hati-hati manusia agar menerima kebenaran.
Syeikh al-Bahi al-Khauly turut menegaskan, “Apa yang penting hubungan antara jurudakwah dan sasaran dakwah adalah dengan roh mereka. Bukan dengan seni bicara dan kelancaran tutur kata.”
Bagi pendakwah, cukuplah jika diberi peluang berkata dari lubuk hatinya tentang kebenaran. Walaupun isinya versi ulangan atau tidak dilihat begitu ‘akademik’, ia dirasakan mencukupi sesedap rasa dengan apa yang perlu diterima oleh sasaran dakwah.
Oleh itu, Syeikh al-Bahi berterus-terang mengungkapkan, “Saya tidak kesal jika karya ini tidak disajikan dengan tutur kata yang indah berseni. Bahkan saya sangat redha dengan cara tersebut. Bukanlah karya ini ditujukan kepada penceramah-penceramah atau mereka yang ingin belajar seni pidato. Sebaliknya karya ini dedikasi kepada para pendakwah yang jujur menyeru manusia kembali kepada Allah.”
Justeru, tidak hairanlah sejarah Para Sahabat terdahulu hanya membaca beberapa potong ayat al-Quran dan tidak akan menyambung bacaannya melainkan mesej di dalam ayat tersebut telah dilaksanakan. Mereka sangat memelihara akhlak ‘cakap serupa bikin’. Sehingga ada riwayat yang dinaqalkan daripada Ibnu Umar bahawa ayahnya, Umar al-Khattab RA mendalami dan mengamalkan Surah al-Baqarah selama 12 tahun.
Berikutan itu, Umar kerap bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai RasulAllah, adakah kehidupanku telah mencerminkan surah al-Baqarah, jika belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya”.
Begitu jugalah yang berlaku kepada Ibn Umar, beliau turut berusaha menjadi seorang yang faqih (faham) setiap petikan ayat di dalam Surah al-Baqarah selama 8 tahun.
Terdapat hadis riwayat Imam Bukhari yang menceritakan perihal penceramah yang ‘cakap tidak serupa bikin’, mafhumnya, “Dicampak seseorang ke dalam api neraka pada hari kiamat. Maka dia diikat seperti ikatan keldai. Dia berpusing-pusing seperti keldai mengikut arah ikatan tersebut. Lantas ahli neraka yang lain mengerumuninya lalu bertanya: Mengapa kamu jadi begini? Bukankah dahulu kamu yang menyeru kami perkara kebaikan dan melarang kami dari perkara kemungkaran? Lalu dijawab: Memang aku yang menyeru kalian agar berbuat perkara kebaikan tapi aku tidak melaksanakannya, dan aku melarang kalian dari melakukan perkara kemungkaran tapi aku yang melaksanakannya.”
Berdasarkan pengamatan penulis tentang buku - Tazkirah ad Du’at - penulis boleh menyimpulkan bahawa Syeikh al-Bahi sedikit kecewa dengan keghairahan sesetengah golongan yang bersungguh ingin menjadi penceramah sehingga lupa matlamat asal, iaitu tanggungjawab menyeru ke jalan Allah. Mereka yang menggalas tanggungjawab sebagai penceramah hendaklah benar-benar memfokuskan penglibatannya sebagai peluang untuknya menyeru kepada Islam, bukannya menagih populariti agar ia tidak dilihat sebagai pencemaran terhadap kemuliaan dakwah Islamiyyah.
Yang ingin disampaikan di sini adalah agar kita semua menjadi pendakwah yang terarah meneruskan perjuangan Baginda Nabi SAW. Jalan dakwah Baginda bukanlah jalan yang mudah, jalan yang dihemburkan dengan bunga-bunga pujian, jalan yang dibentangkan dengan permaidani merah, tetapi jalan Baginda penuh dengan liku dan tarbiyah dari Allah Taala.
http://www.tarbawi.my
Pengisytiharan harta 'secara rahsia' pada SPRM ditolak
Wakil
rakyat DAP bersedia mengisytiharkan harta kepada umum jika
undang-undang menetapkannya tetapi bukan membuat "pengisytiharan secara
rahsia" kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata, cadangan oleh panel perundingan dan pencegahan rasuah berhubung perkara itu tidak boleh dipakai jika dilihat kepada rekod silam suruhanjaya itu.
"Secara prinsipnya, DAP sepenuhnya setuju bahawa pengisytiharan aset oleh wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai langkah positif untuk 'memastikan ketelusan', memudahkan penelitian dan membendung rasuah," katanya.
Bagaimanapun, ekoran dakwaan hilangnya kewibawaan dan "kecenderungannya menjadi boneka BN", kata Pua, mereka tidak boleh bersetuju dengan terma itu atau bergantung kepada SPRM sebagai pemutus.
MIC dicabar tinggalkan BN
Harakah, | 22 Mei 2013 |
Naib Pengerusinya, S Suria Narayanan (gambar) berkata, pelantikan Waytha dalam Kabinet Najib itu sekaligus telah menghina MIC dan seolah-olah parti kaum India itu gagal untuk mewakili kepentingan mereka dalam kerajaan.
MIC, ujarnya, tidak perlu berpura-pura menerima pelantikan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) itu demi menjaga kuasa yang diperoleh masing-masing.
Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak Jumaat ini.
Gaji naik 3 kali ganda tidak wajar - PAS Sarawak
Harakahdaily, | 22 Mei 2013 |
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana kehidupan rakyat sarawak sangat dhaif dan di bawah taraf kemiskinan sedangkan pendapatan mereka sangat tinggi.
"Pendapatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut," kata Jofri dalam kenyataannya.
Gaji ketua menteri Sarawak, timbalan ketua menteri, menteri-menteri serta wakil rakyat dan mereka yang dilantik dalam kabinet Sarawak meningkat lebih dari tiga kali ganda mula 1 Januari 2012.
Kenaikan gaji kali terakhir untuk kabinet Sarawak dalam pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Gaji Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan iaitu kenaikan tiga kali ganda.
"Kalau dilihat daripada kehidupan seharian mereka jelas mereka hidup dalam keadaan mewah serta mampu memiliki asset yang lebih daripada hasil gaji yang mereka terima selama ini.
"Kita mahu setiap wakil rakyat termasuk ketua menteri dan keseluruhan anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing untuk membuktikan yang mereka ini bebas dari menerima rasuah atau memiliki hasil dari sumber yang lain selain dari gaji yang mereka terima," kata Jofri (gambar kanan) dalam kenyataannya.
Sepatutnya kerajaan BN Sarawak memberi tumpuan kepada nasib rakyat Sarawak yang masih mundur dan hidup dalam kemiskinan dari menaikkan gaji ketua menteri dan menteri-menteri yang berlipat kali ganda daripada hasil pendapatan rakyat yang masih dibawah taraf kemiskinan, katanya.
"Kita mencadangkan, adalah lebih baik memberi peruntukkan kepada setiap DUN (Dewan Undangan Negeri) tanpa mengira parti politik mana yang dipilih rakyat daripada menaikkan gaji ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik kecuali wakil rakyat yang dipilih," cadang Jofrie.
Katanya, untuk wakil rakyat yang dipilih terutama sekali wakil rakyat pembangkang perlu kenaikan gaji sebab mereka tidak diberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN.
Dengan adanya peruntukan tersebut wakil rakyat di setiap DUN dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat setempat dan dengan ini akan dapat membantu menaiktaraf kehidupan penduduk dalam kawasan DUN tersebut.
"Kita mengesa kerajaan BN Sarawak bersikap adil kepada semua wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira fahaman politik dengan memberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN," tambah beliau.
Tambahnya lagi, setiap peruntukan yang diberi kepada setiap wakil rakyat akan dipantau oleh badan odit yang bebas dari cengkaman politik agar ianya dapat membantu melincinkan pentadbiran negeri dari unsur-unsur salahguna kuasa dan rasuah.
Dengan adanya peruntukan tersebut, rakyat yang akan menikmati hasil bukannya hanya ketua menteri dan anggota dewan negeri saja.
"Kita harap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari kerajaan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," katanya lagi.
Apa yang tak kena dengan PKR ?
Posted on Wednesday, May 22 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Azizul Rahim
ULASAN Mahu tidak mahu PKR harus mengakui bahawa parti itu telah mencatat rekod buruk dalam pilihan raya umum (PRU) lalu berbanding PAS dan DAP sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat.
Meskipun bertanding paling banyak kerusi di peringkat Parlimen iaitu 99 kerusi, tapi PKR hanya menang 30 kerusi Parlimen. Kalah hampir 70 kerusi yang lain.
Kini PKR bukan lagi parti yang menguasai kerusi dalam barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Ia perlu melukut di tepi gantang dan mendapat belas ihsan khususnya DAP yang memenangi 38 kerusi Parlimen.
PAS meskipun hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat, tetapi PAS menguasai jumlah kerusi yang besar di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan 85 kerusi DUN.
Begitu juga DAP yang mempunyai 95 kerusi DUN di seluruh negara. PKR pula jauh ketinggalan iaitu dengan hanya mempunyai 49 kerusi DUN.
Agak menghairankan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai "pimpinan utama" Pakatan sebenarnya terpaksa bergantung kekuatannya kepada PAS, bahkan kepada DAP.
Partinya sendiri menjadi parti yang lemah dalam gabungan Pakatan.
Apabila keputusan PRU mendapati BN berjaya mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan, Anwar segera membuat sidang media di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur.
Apa yang berlaku malam itu, Anwar menayangkan sebuah video kononnya seorang pengundi hantu ditangkap.
Video berkenaan bukanlah unik dan hanya diambil daripada sebuah Facebook yang mana sudah ramai orang mengetahui keadaan itu lebih awal, termasuklah para media.
Dalam keadaan yang kelihatan tergesa-gesa, Anwar bersama beberapa orangnya pun mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan "Blackout 505".
Dia perlu membuat perhimpunan itu segera dan secara bersiri untuk menutup kelemahannya yang gagal dalam misi menawan Putrajaya.
Anwar pun meletakkan seluruh kesalahan dan cuba untuk mengambing-hitamkan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).
Langkah untuk mengadakan siri perhimpunan "Blackout 505" itu tidak pula mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan pimpinan tertinggi PAS dan DAP.
Ramai yang mula menyedari bahawa siri perhimpunan itu hanya untuk menutup kelemahan Anwar dan Pakatan secara umumnya di mata rakyat jelata.
Ketika menyertai pilihan raya, Pakatan dan PKR khususnya dilihat terlalu yakin atau over confident.
Di mana-mana sahaja, Anwar menyanyikan lagu: "Tanya sama Najib, apa sebab goyang?"
Ini bertujuan mengejek BN yang didakwa akan kehilangan Sabah. Di saat-saat genting itulah, kesepakatan Pakatan rupa-rupanya rapuh apabila banyak tempat berlaku pula pertembungan sesama sendiri.
Hal berkenaan sedikit sebanyak digunakan BN sebagai bahan kempen demi menjejaskan peluang Pakatan di mata para pengundi seluruh negara.
Mungkin kerana terlalu yakin dan gemar menyanyi lagu mengejek di ceramah-ceramah, maka Anwar terlupa untuk mengikat kesepakatan yang kuat di kalangan parti-parti dalam Pakatan sendiri.
Kata-kata manis Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang kononnya pembahagian kerusi sesama Pakatan "sudah selesai" hanya kata-kata politik sahaja.
Begitu juga di mana sepanjang lebih setahun Anwar aktif berkempen ke seluruh negara sebelum pilihan raya, Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat asyik goyang kaki dan tidak banyak membantu Anwar dan Pakatan.
DAP dan PAS hanya menunggu untuk menuai hasil daripada apa yang disemai oleh Anwar dan PKR.
Di kalangan pemimpin PKR dan aktivisnya, sikap DAP dan PAS yang suka memanipulasi mood rakyat yang diciptakan Anwar itu sudah lama terasa.
Bahkan pembahagian kerusi di peringkat DUN yang cuba dibolot PAS dan DAP di "kawasan pengundi Cina" juga menjadi rungutan ramai pemimpin PKR peringkat bawah yang tak dipedulikan pimpinan tertinggi PKR.
Akibat terlalu yakin, mungkin dirasakan kalau diletakkan calon "selipar Jepun" sekalipun maka PKR boleh menang.
Di ketika PAS dan DAP cuba menangguk di air keruh dan memanipulasi keadaan, Anwar pula bukan terfokus untuk memperkukuh partinya sendiri.
Sejak pemilihan tiga tahun lalu, beliau nampaknya dalam diam-diam lebih berminat untuk menyiapkan sarana untuk anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar agar lebih kukuh dalam PKR.
Semua muka-muka baru yang dilantik adalah orang-orang yang boleh tunduk dan bekerjasama dengan Nurul Izzah.
Nama seperti Ketua Biro Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sehingga naib presiden paling muda, N Surendran adalah orang-orang Nurul Izzah. Itu belum termasuk Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Cheng yang dilihat dapat "diikat" untuk berada bawah kem Nurul Izzah.
Semua mereka ini kini memegang jawatan penting di peringkat pusat. Begitu juga anak saudara Anwar sendiri, Chegubard yang akhirnya dapat menjadi calon di DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang dengan lari daripada kerusi asalnya di Rembau, Negeri Sembilan.
Tanpa pertandingan tiga penjuru di DUN Sungai Acheh sekalipun, Chegubard tetap kalah.
Mengatur buah politik secara senyap-senyap yang dilakukan ini sangat buruk kepada PKR sebagai sebuah "parti masa depan" seperti yang selalu dilaungkan Anwar.
PKR seharusnya tak meniru parti-parti lain seperti Umno, MCA bahkan DAP yang sudah terikat dengan amalan nepotisme. Nampaknya hampir semua parti politik di Malaysia kini dilanda penyakit politik anak-beranak.
Parti politik bukan milik individu. Umno bukan milik keluarga Najib Razak, Mahathir Mohamad mahupun Abdullah Badawi.
Begitu juga PAS bukan 'syarikat' milik Nik Abdul Aziz Nik Mat mahupun Hadi. DAP pula bukan milik keluarga Kit Siang atau Karpal Singh. Begitu jugalah PKR bukan milik keluarga Anwar.
Kesempatan dan sumber dana yang diperoleh oleh PKR yang mengemudi kerajaan Selangor selama lima tahun lalu gagal digunakan sepenuhnya untuk membantu negeri-negeri lain dalam usaha untuk menawan Putrajaya.
Ramai orang tahu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, Faekah Husin dilihat mempunyai hubungan rapat dengan presiden PKR.
Tahun lalu Khalid menyediakan dana jutaan ringgit yang diberi nama "Geran Selangorku" yang mana dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.
Sejak itu juga Anwar sudah tak mengungkit-ungkit lagi elaun seringgit yang diberikan kepadanya sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor.
Apabila fokus kepada rakyat terpesong dan mula ada yang membuat kem anak-beranak di dalam parti, maka Allah juga mempunyai rancangannya sendiri. Siapakah yang sebenarnya perlu dipersalahkan apabila Pakatan gagal ke Putrajaya?
Keputusan pilihan raya umum lalu tentu ada hikmah yang tersembunyi dan memikirkan apa yang tidak kena dengan barisan pimpinan tertinggi PKR yang ada sekarang.
Apa yang tak kena dengan PKR?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan