Perubahan generasi kedua Felda sebelum PRU14
Buletin Online, | 27 Mei 2013 |
KUALA TERENGGANU:
Ketua Penerangan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),
Naraza Muda berkata sokongan anak-anak muda generasi kedua Felda
terhadap suatu perubahan amat memberangsangkan pada Pilihanraya Umum
ke-13 baru-baru ini.
Menurutnya, keputusan PRU13 menunjukkan masih ada anak-anak Felda yang belum mendapat maklumat sebenarnya tentang isu-isu semasa yang berlaku terutamanya yang melibatkan Felda.
"Kita melihat trend sokongan generasi kedua Felda amat memberangsangkan, kesedaran yang ada bersama anak-anak generasi Felda untuk bangkit membuat perubahan, walau pun tidak keseluruhannya, tetapi pada beberapa tempat.
"Kita menang dalam dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu kawasan parlimen yang ada (Felda)," ujar ketika ditemui.
Katanya, ia menunjukkan satu gelombang besar sudah melanda walau pun tidak sekuat 'reformasi' yang berlaku pada Pilihan raya Umum ke-10 pada tahun 1999.
Oleh itu, beliau akan merangka satu tindakan dalam masa dua tahun bagi memastikan generasi Felda 'celik' maklumat.
"Analisis kedudukan (sokongan di Felda) adalah nisbah 49-51 peratus, kita akan berusaha untuk mengubah kedudukan sehingga 50-50, insya Allah dalam masa dua tahun (selepas PRU13) untuk membentuk masyarakat Felda yang celik maklumat," jelasnya.
Sehubungan itu, Anak akan terus mendesak kerajaan Persekutuan bagi membangukan kehidupan sosioekonomi yang lebih baik kepada anak-anak Felda terutamanya peluang bagi generasi kedua memiliki tanah tapak rumah dan untuk pertanian.
"Kita juga akan menekankan modal insan di kalangan generasi kedua Felda yang sekarang ini tidak dinafikan amat parah gejala sosial, penyalahgunaan dadah yang begitu besar di tanah-tanah rancangan," tegasnya.
Belia berkata, dengan adanya penekanan pembangunan modal insan yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Anak di seluruh rancangan tanah Felda, ia akan memberi kesan kepada perubahan hidup yang lebih baik.
PENGERUSI
DAP, Karpal Singh baru-baru ini mencadangkan agar Perlembagaan
Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana menurutnya
kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh kepada
sistem demokrasi serta hanya membazir wang dan waktu.
Menurut Karpal, dengan tiadanya Dewan Negara, perbelanjaannya tidak perlu lagi ditanggung rakyat.
Kewujudan Dewan Negara, jelas Karpal hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau 'orang lain' untuk dibawa ke Parlimen dari 'pintu belakang' memandangkan dalam undang-undang Perlembagaan, Parlimen juga termasuk Dewan Negara.
Cadangan Karpal Singh itu nampaknya tidak disambut baik sesetengah pihak sehingga ada yang membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan.
Malah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang baru mengangkat sumpah jawatan menggesa Ahli Parlimen Jelutong itu tidak membuat kenyataan yang "mengelirukan rakyat" dan menggesa Karpal supaya mengamal dan menghormati keluhuran undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Dewan Negara adalah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Tugas Dewan Negara adalah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.
Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara (majoriti) 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.
Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun menjadi dewan perwakilan tertinggi negara, fungsi Dewan Negara semakin dipertikaikan umum kerana dianggap hanya menjadi 'rubber stamp' terhadap sebarang keputusan yang dibuat Dewan Rakyat. Malah seperti didakwa Karpal, Dewan Negara dijadikan 'pintu belakang' untuk melantik anggota kabinet yang tidak dipilih rakyat secara demokrasi.
Bagaimanapun adakah cadangan Karpal supaya Dewan Negara dimansuhkan menjadi pilihan terbaik?
Jika kita merujuk kembali peruntukan Perlembagaan berhubung Dewan Negara, sebenarnya banyak ruang yang boleh dimanfaatkan bagi memperkasa dan mereformasikan peranan institusi tersebut.
Perkara 45 Perlembagaan menjelaskan tentang komposisi keanggotaan Dewan Negara yang terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dan dilantik.
Daripada 70 anggota Dewan Negara, 26 dipilih melalui 13 Dewan Undangan Negeri (Dun) bersesuaian dengan Jadual Ketujuh Perlembagaan. Ini bermaksud setiap negeri dalam Persekutuan diberi hak memilih dua wakil ke Dewan Negara yang pada kebiasaannya dicadangkan oleh parti yang menguasai kerajaan negeri.
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri pula berkuasa melantik 44 anggota termasuk dua ahli yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan (1) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1).
Perkara 45(2) Perlembagaan menetapkan ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.
Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan kepada Perdana Menteri untuk mencadangkan nama-nama individu yang benar-benar cemerlang, bereputasi dan kredibel bagi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong sebagai anggota Dewan Negara.
Sebarang perlantikan yang dibuat atas perkiraan politik tanpa mengambil kira reputasi dan kredibiliti individu adalah satu pengkhianatan kepada amanah dan tanggung jawab yang diberikan Perlembagaan.
Perlembagaan juga menetapkan penggal jawatan ahli Dewan Negara selama tiga tahun yang tidak terkesan dengan pembubaran Parlimen. Malah anggota Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan melebihi dua penggal sama ada secara terus-menerus atau sebaliknya.
Apa yang perlu diberi perhatian oleh penggubal undang-undang termasuk Karpal Singh, Perkara 45(4) Perlembagaan sebenarnya memberi kuasa kepada parlimen untuk:
a) menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri menjadi tiga;
b) memperuntukkan bahawa ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri dipilih sedemikian melalui undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;
c) mengurangkan bilangan ahli dilantik atau menghapuskan ahli dilantik.
Ini membawa maksud, anggota Dewan Negara yang dipilih melalui negeri boleh ditambah bilangannya kepada 39 orang berbanding 26 sekarang dan pemilihan mereka boleh dibuat secara undi terus tanpa melalui Dewan Undangan Negeri. Ini bermaksud, rakyat sesebuah negeri sebenarnya mempunyai pilihan untuk memilih anggota Dewan Negara jika dibenarkan parlimen!
Malah bilangan anggota Dewan Negara yang dipilih terus oleh rakyat boleh ditambah jika Parlimen bersetuju mengurang bilangan ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong atau menghapuskan kaedah perlantikan itu sama sekali.
Perkara 120 Perlembagaan juga menghuraikan kaedah pemilihan terus ahli ke Dewan Negara iaitu:
a) keseluruhan sesuatu Negeri hendaklah menjadi satu bahagian pilihan raya dan dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Negara setiap pemilih hendaklah mempunyai undi sebanyak bilangan kerusi yang hendak diisi dalam pilihan raya itu; dan
b) daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat hendaklah juga menjadi daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Negara; dan
c) Perkara 118, 118A dan 119 hendaklah terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Negara sebagaimana Perkara-Perkara itu terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Rakyat.
Peruntukan-peruntukan Perlembagaan di atas membuktikan bahawa reformasi Dewan Negara boleh dilakukan dengan kebenaran Parlimen. Malah sistem porpotional representative (perwakilan berkadar) yang diperjuangkan Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan di peringkat Dewan Negara berbanding sistem 'first past the post' (pemenang undi terbanyak) bagi memilih anggota Dewan Rakyat.
Jika reformasi ini dilakukan, tidak mustahil untuk Dewan Negara dikuasai Pakatan Rakyat manakala Dewan Rakyat pula dikuasai BN. Begitulah sebaliknya. Ini akan memperbaiki sistem semak dan imbang (check and balance) negara dan menyuburkan lagi sistem demokrasi di negara ini.
Elok kiranya reformasi sistem Dewan Negara ini diperjuangkan Pakatan Rakyat pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
SHAH ALAM: Upacara angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) atau Exco yang baharu akan diadakan pada hari Khamis, jam 9 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
(Azmin, Dr Rani dan Teresa dijangka tidak ada dalam senarai Exco Selangor)
Ini ekoran persetujuan Sultan Selangor untuk melantik 10 ahli MMKN pagi ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor jam 10.30 pagi hari ini dan baginda Sultan telah berkenan untuk melantik 10," kata beliau dalam kenyataannya.
Menurut Khalid, maklumat lengkap wakil rakyat yang telah diperkenan DYMM Sultan Selangor untuk memegang jawatan MMKN akan dimaklumkan kemudian.
"Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor atas segala pandangan dan nasihat baginda demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor," kata Khalid.
Harakahdaily difahamkan, PAS akan mempunyai empat wakil dalam MMKN itu, tiga PKR dan tiga DAP.
Sehingga kini, menurut maklumatnya, ketiga-tiga ketua parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan ada dalam senarai Exco ini.
Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor (Adun Meru), Azmin Ali Pengerusi PKR Selangor (Adun Bukit Antarabangsa) dikatakan tidak tersenarai dalam barisan Exco ini walaupun merupakan seorang Adun.
Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula tidak layak kerana bukan Adun. Beliau hanya bertanding Parlimen Seputeh dalam PRU 13.
Dua anggota Exco lama dari PAS dijangka akan dikekalkan manakala dua exco baru akan mengangkat sumpah Khamis ini.
DAP sebagaimana sessi lepas akan mendapat kerusi Speaker manakala PKR mendapat kerusi MB.
PAS dikatakan akan mendapat empat kerusi Exco untuk membolehkan nisbah 6:4 antara Exco Melayu dan bukan Melayu dilaksanakan dalam barisan Exco kali ini.
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penggunaan dakwat yang dikatakan kekal pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, keputusan PRU13 menunjukkan masih ada anak-anak Felda yang belum mendapat maklumat sebenarnya tentang isu-isu semasa yang berlaku terutamanya yang melibatkan Felda.
"Kita melihat trend sokongan generasi kedua Felda amat memberangsangkan, kesedaran yang ada bersama anak-anak generasi Felda untuk bangkit membuat perubahan, walau pun tidak keseluruhannya, tetapi pada beberapa tempat.
"Kita menang dalam dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu kawasan parlimen yang ada (Felda)," ujar ketika ditemui.
Katanya, ia menunjukkan satu gelombang besar sudah melanda walau pun tidak sekuat 'reformasi' yang berlaku pada Pilihan raya Umum ke-10 pada tahun 1999.
Oleh itu, beliau akan merangka satu tindakan dalam masa dua tahun bagi memastikan generasi Felda 'celik' maklumat.
"Analisis kedudukan (sokongan di Felda) adalah nisbah 49-51 peratus, kita akan berusaha untuk mengubah kedudukan sehingga 50-50, insya Allah dalam masa dua tahun (selepas PRU13) untuk membentuk masyarakat Felda yang celik maklumat," jelasnya.
Sehubungan itu, Anak akan terus mendesak kerajaan Persekutuan bagi membangukan kehidupan sosioekonomi yang lebih baik kepada anak-anak Felda terutamanya peluang bagi generasi kedua memiliki tanah tapak rumah dan untuk pertanian.
"Kita juga akan menekankan modal insan di kalangan generasi kedua Felda yang sekarang ini tidak dinafikan amat parah gejala sosial, penyalahgunaan dadah yang begitu besar di tanah-tanah rancangan," tegasnya.
Belia berkata, dengan adanya penekanan pembangunan modal insan yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Anak di seluruh rancangan tanah Felda, ia akan memberi kesan kepada perubahan hidup yang lebih baik.
Mereformasikan Dewan Negara
Ahmad Tajdid, | 27 Mei 2013 |
Menurut Karpal, dengan tiadanya Dewan Negara, perbelanjaannya tidak perlu lagi ditanggung rakyat.
Kewujudan Dewan Negara, jelas Karpal hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau 'orang lain' untuk dibawa ke Parlimen dari 'pintu belakang' memandangkan dalam undang-undang Perlembagaan, Parlimen juga termasuk Dewan Negara.
Cadangan Karpal Singh itu nampaknya tidak disambut baik sesetengah pihak sehingga ada yang membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan.
Malah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang baru mengangkat sumpah jawatan menggesa Ahli Parlimen Jelutong itu tidak membuat kenyataan yang "mengelirukan rakyat" dan menggesa Karpal supaya mengamal dan menghormati keluhuran undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Dewan Negara adalah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Tugas Dewan Negara adalah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.
Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara (majoriti) 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.
Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun menjadi dewan perwakilan tertinggi negara, fungsi Dewan Negara semakin dipertikaikan umum kerana dianggap hanya menjadi 'rubber stamp' terhadap sebarang keputusan yang dibuat Dewan Rakyat. Malah seperti didakwa Karpal, Dewan Negara dijadikan 'pintu belakang' untuk melantik anggota kabinet yang tidak dipilih rakyat secara demokrasi.
Bagaimanapun adakah cadangan Karpal supaya Dewan Negara dimansuhkan menjadi pilihan terbaik?
Jika kita merujuk kembali peruntukan Perlembagaan berhubung Dewan Negara, sebenarnya banyak ruang yang boleh dimanfaatkan bagi memperkasa dan mereformasikan peranan institusi tersebut.
Perkara 45 Perlembagaan menjelaskan tentang komposisi keanggotaan Dewan Negara yang terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dan dilantik.
Daripada 70 anggota Dewan Negara, 26 dipilih melalui 13 Dewan Undangan Negeri (Dun) bersesuaian dengan Jadual Ketujuh Perlembagaan. Ini bermaksud setiap negeri dalam Persekutuan diberi hak memilih dua wakil ke Dewan Negara yang pada kebiasaannya dicadangkan oleh parti yang menguasai kerajaan negeri.
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri pula berkuasa melantik 44 anggota termasuk dua ahli yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan (1) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1).
Perkara 45(2) Perlembagaan menetapkan ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.
Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan kepada Perdana Menteri untuk mencadangkan nama-nama individu yang benar-benar cemerlang, bereputasi dan kredibel bagi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong sebagai anggota Dewan Negara.
Sebarang perlantikan yang dibuat atas perkiraan politik tanpa mengambil kira reputasi dan kredibiliti individu adalah satu pengkhianatan kepada amanah dan tanggung jawab yang diberikan Perlembagaan.
Perlembagaan juga menetapkan penggal jawatan ahli Dewan Negara selama tiga tahun yang tidak terkesan dengan pembubaran Parlimen. Malah anggota Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan melebihi dua penggal sama ada secara terus-menerus atau sebaliknya.
Apa yang perlu diberi perhatian oleh penggubal undang-undang termasuk Karpal Singh, Perkara 45(4) Perlembagaan sebenarnya memberi kuasa kepada parlimen untuk:
a) menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri menjadi tiga;
b) memperuntukkan bahawa ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri dipilih sedemikian melalui undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;
c) mengurangkan bilangan ahli dilantik atau menghapuskan ahli dilantik.
Ini membawa maksud, anggota Dewan Negara yang dipilih melalui negeri boleh ditambah bilangannya kepada 39 orang berbanding 26 sekarang dan pemilihan mereka boleh dibuat secara undi terus tanpa melalui Dewan Undangan Negeri. Ini bermaksud, rakyat sesebuah negeri sebenarnya mempunyai pilihan untuk memilih anggota Dewan Negara jika dibenarkan parlimen!
Malah bilangan anggota Dewan Negara yang dipilih terus oleh rakyat boleh ditambah jika Parlimen bersetuju mengurang bilangan ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong atau menghapuskan kaedah perlantikan itu sama sekali.
Perkara 120 Perlembagaan juga menghuraikan kaedah pemilihan terus ahli ke Dewan Negara iaitu:
a) keseluruhan sesuatu Negeri hendaklah menjadi satu bahagian pilihan raya dan dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Negara setiap pemilih hendaklah mempunyai undi sebanyak bilangan kerusi yang hendak diisi dalam pilihan raya itu; dan
b) daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat hendaklah juga menjadi daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Negara; dan
c) Perkara 118, 118A dan 119 hendaklah terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Negara sebagaimana Perkara-Perkara itu terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Rakyat.
Peruntukan-peruntukan Perlembagaan di atas membuktikan bahawa reformasi Dewan Negara boleh dilakukan dengan kebenaran Parlimen. Malah sistem porpotional representative (perwakilan berkadar) yang diperjuangkan Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan di peringkat Dewan Negara berbanding sistem 'first past the post' (pemenang undi terbanyak) bagi memilih anggota Dewan Rakyat.
Jika reformasi ini dilakukan, tidak mustahil untuk Dewan Negara dikuasai Pakatan Rakyat manakala Dewan Rakyat pula dikuasai BN. Begitulah sebaliknya. Ini akan memperbaiki sistem semak dan imbang (check and balance) negara dan menyuburkan lagi sistem demokrasi di negara ini.
Elok kiranya reformasi sistem Dewan Negara ini diperjuangkan Pakatan Rakyat pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
Angkat sumpah Khamis, tiada ketua PR Selangor dalam Exco
Harakahdaily, | 27 Mei 2013 |
SHAH ALAM: Upacara angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) atau Exco yang baharu akan diadakan pada hari Khamis, jam 9 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
(Azmin, Dr Rani dan Teresa dijangka tidak ada dalam senarai Exco Selangor)
Ini ekoran persetujuan Sultan Selangor untuk melantik 10 ahli MMKN pagi ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor jam 10.30 pagi hari ini dan baginda Sultan telah berkenan untuk melantik 10," kata beliau dalam kenyataannya.
Menurut Khalid, maklumat lengkap wakil rakyat yang telah diperkenan DYMM Sultan Selangor untuk memegang jawatan MMKN akan dimaklumkan kemudian.
"Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor atas segala pandangan dan nasihat baginda demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor," kata Khalid.
Harakahdaily difahamkan, PAS akan mempunyai empat wakil dalam MMKN itu, tiga PKR dan tiga DAP.
Sehingga kini, menurut maklumatnya, ketiga-tiga ketua parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan ada dalam senarai Exco ini.
Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor (Adun Meru), Azmin Ali Pengerusi PKR Selangor (Adun Bukit Antarabangsa) dikatakan tidak tersenarai dalam barisan Exco ini walaupun merupakan seorang Adun.
Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula tidak layak kerana bukan Adun. Beliau hanya bertanding Parlimen Seputeh dalam PRU 13.
Dua anggota Exco lama dari PAS dijangka akan dikekalkan manakala dua exco baru akan mengangkat sumpah Khamis ini.
DAP sebagaimana sessi lepas akan mendapat kerusi Speaker manakala PKR mendapat kerusi MB.
PAS dikatakan akan mendapat empat kerusi Exco untuk membolehkan nisbah 6:4 antara Exco Melayu dan bukan Melayu dilaksanakan dalam barisan Exco kali ini.
Dakwat kekal: Anwar buat laporan polis
Anis Nazri | Foto Wan Zahari, | 27 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penggunaan dakwat yang dikatakan kekal pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).
Laporan polis itu dilakukan di Balai Polis Tropicana,
bersama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada jam 12.30
tengah hari. (Gambar atas)
Bercakap pada sidang media selepas membuat laporan polis
tersebut, Anwar berkata beliau sendiri mengundi di Kubang Semang,
Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi.
"Bagaimanapun, pada jam 2 petang, tiada kesan dakwat di jari saya," tegas beliau.
Tambahnya, tindakan membuat laporan polis itu sebagai
langkah yang akan dilakukan oleh ribuan rakyat yang terkesan dengan
penipuan SPR yang memberi jaminan kononnya dakwat tersebut akan kekal
selama tujuh hari.
Namun, dakwat tersebut didapati tidak kekal sebagaimana yang dijanjikan SPR.
Dalam pada itu, Anwar berkata barisan panel peguam turut
akan mengambil beberapa kes secara khusus seperti dakwaan kewujudan
warga asing sebagai pengundi, keengganan SPR memberikan borang 14 dan
beberapa dakwaan penipuan lain.
"Barisan panel peguam akan meneliti dan mengambil kes untuk tindakan selanjutnya," kata beliau lagi.
Sokong kenyataan Anwar GLC bukan rizab parti
Mahdzir Ibrahim, |
Saya merasa sangat bertuah sebagai salah seorang ahli DAP dalam
gabungan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan PKR dan PAS kerana ungkapan
Saudara Anwar Ibrahim berkaitan satu usul yang meminta kuota parti dalam
pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mengabsahkan lagi bahawa
Pakatan Rakyat merupakan satu gerakan politik yang benar-benar tulen
dan jujur dalam membanteras rasuah dan salahguna kuasa yang menjadi
amalan budaya politik sejak sekian lama.
Menurut beliau "Kita jangan kompromi dengan prinsip integiriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan. Kedudukan GLC itu bukan rizab parti ”. Kenyataan ini wajar diangkat sebagai satu mesej penting bagi semua parti dan ahli politik dalam Pakatan Rakyat.
Prinsip asas seperti integriti dan profesionalisme wajar diberi penekanan dalam semua aspek urus tadbir kerajaan agar perjuangan parti tidak menyimpang dari matlamatnya. Terlalu banyak bukti kesilapan yang akhirnya membawa kepada skandal salahguna kuasa dan rasuah yang telah berlaku dalam amalan politik Umno Barisan Nasional.
Jika kita merujuk kepada amalan atau budaya yang dilakukan oleh Umno dan BN selama ini, kita dapat lihat bagaimana kroni-kroni mereka memanipulasi syarikat berkaitan kerajaan hingga menyebabkan syarikat menanggung kerugian besar dan akhirnya semua masalah ini ditanggung oleh rakyat bawahan.
Contoh nyata seperti syarikat Khazanah Naisonal Berhad (KHAZANAH) dan POS Malaysia, ia mencatat kerugian sekitar RM 50 juta pada tahun 2009. MAS pula selepas diswastakan telah mencatat kerugian sekitar RM 2.5 billion sehingga tahun 2011. Dan PKFZ yang mana dianggarkan mengalami kerugian RM12 billion. Itu belum dicampur dengan kerugian PROTON dan lain-lain GLC lagi.
Semua kerugian ini adalah berpunca dari kecuaian pihak pengurusan yang mana ketua-ketua GLC ini adalah lantikan politik atau yang mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin elit Umno BN.
Contoh lain yang kita dapat lihat bagaimana Umno BN menjalankan kerja-kerja korupnya apabila melantik Ketua-ketua kampung dari kalangan ketua-ketua Umno baik di peringkat cawangan mahupun bahagian. Pada asalnya, niat ini adalah baik. Tetapi di sinilah puncanya berlaku salahguna kuasa dan korupsi.
Mereka ini diberikan tender dan kontrak secara rundingan terus termasuk dana atau peruntukan untuk membantu orang kampung dalam membangun atau menyelesaikan masalah dikampung.
Namun wang ini telah digunakan untuk tujuan lain termasuk menggunakannya untuk mengugut rakyat yang tidak menyokong mereka. Akhirnya, niat yang suci telah bertukar menjadi sebaliknya hingga menyebabkan rakyat biasa gagal dibantu.
Justeru, pernyataan Saudara Anwar Ibrahim agar ahli politik tidak melibatkan diri secara langsung dalam GLC merupakan satu langkah tepat dan wajar diiktiraf oleh kita semua. Ia juga selaras dengan dasar kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang selama ini mengamalkan dasar Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) hingga berjaya membawa kemakmuran ekonomi dan sosial buat rakyatnya.
Inilah intipati yang dimaksudkan dalam slogan UBAH. Perubahan dari satu amalan atau sistem lama yang korup kepada satu sistem baru yang lebih cekap, telus dan adil. Ia bukan slogan kosong sepertimana slogan 1Malaysia Najib yang menyalahkan sesuatu kaum apabila tidak mendapat sokongan majoriti dalam PRU13 yang lalu.
Pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman merupakan induk perubahan yang ingin dizahirkan oleh Pakatan Rakyat. Inilah pendekatan paling berkesan dalam membendung amalan rasuah dan salahguna kuasa.
Penulis ialah Setiausaha Politik Kepada Pengarah Pendidikan Politik DAP.
PETALING JAYA:
Kewujudan pengundi hantu menjadi isu paling utama yang mempersoalkan
perjalanan PRU13, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) dalam kenyataannya.
Menurut laporan-laporan yang telah dibuat sebelum, semasa dan selepas hari mengundi, pengundi hantu ini dipercayai didatangkan dalam dua bentuk; iaitu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan mengundi; serta pengundi rakyat Malaysia yang mengundi lebih dari sekali kerana didaftarkan di beberapa tempat.
Beberapa hari sebelum hari pengundian, jentera Barisan Nasional di seluruh negara giat mengedarkan slip-slip mengundi yang menyatakan tempat dan saluran mengundi dari rumah ke rumah. Slip-slip ini diambil dari daftar undi induk yang dikeluarkan oleh SPR.
Menurut Rafizi, di seluruh negara, banyak berlaku kejadian slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional itu menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi tidak dikenali yang didaftarkan di alamat-alamat dalam kawasan tertentu.
Banyak pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut telah tampil membuat laporan polis mempersoalkan kenapa ada pengundi lain yang didaftar dengan ramai di alamat mereka, sedangkan mereka telah tinggal di alamat itu dari awal dan tidak pernah mengenali nama-nama yang didaftarkan, kata Rafizi.
"Saya sendiri membantu membuat 2 laporan polis di Pandan berhubung kejadian ini pada hari pengundian.
"Hari ini, saya tampilkan 5 laporan polis yang dibuat berasingan di Parlimen Kuala Kedah yang menunjukkan bahawa 43 orang yang tidak dikenali telah didaftarkan di 6 buah rumah di dalam satu taman, iaitu Taman Sri Putra," kata Rafizi dalam kenyataannya.
Beliau juga sertakan satu salinan Borang 10A yang dikeluarkan oleh SPR sendiri di Parlimen Kuala Kedah, yang mengesahkan bahawa seorang pengundi iaitu Lim Tiek Hong dinafikan hak mengundi kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.
Laporan-laporan polis dan Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan bahawa keraguan wujudnya pengundi hantu yang didaftarkan berkali-kali ada asasnya.
Kejadian seperti ini di seluruh negara memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa PRU13 penuh dengan penipuan dan SPR tidak mempunyai kewibawaan untuk mempertahankan satu proses pilihanraya yang adil, bersih dan telus.
"Oleh yang demikian, saya menyeru kepimpinan SPR untuk memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian-kejadian ini kerana ada laporan polis khusus yang dibuat mengenainya.
"Saya juga menyeru supaya pasukan polis mula membuat kenyataan mengenai pelbagai laporan polis mengenai penyelewengan pilihanraya yang telah dibuat selama ini," seru beliau.
Jika 43 pengundi yang diragui boleh wujud di satu taman di Parlimen Kuala Kedah hanya di 6 buah rumah, bayangkan berapa banyak pengundi hantu yang sebegini yang boleh didaftarkan di seluruh negara, tambah beliau.

43 pengundi hantu di 6 buah rumah di K Kedah

"Biji Guli Dicampur Selasih. Semua Sekali Terima Kasih," UAI
http://sedakasejahtera.blogspot.com, | 27 Mei 2013 |
Fuhhh!!! Terbaik La: "Biji Guli Dicampur Selasih. Semua Sekali Terima Kasih," UAI Ucap Thank You Kat Aku.. Jom Terjah!!
10:57 AM No comments
Ustaz
Azhar Idrus dihujani ucapan tahniah oleh peminat sebaik berita dan foto
mengenai perkahwinannya tersebar, laman sosial Facebook (FB)
"Biji guli dicampur selasih. Semua sekali terima kasih," katanya ringkas melalui laman Twitter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan