Rabu, 22 Mei 2013

APA MACAM LUMAYAN TAK ....GAJI MEREKA....MEWAH TAK...NASIB RAKYATLAH...KENA CEBUR DIRI DALAM POLITIK JIKA INGINKAN KESENANGAN DUNIAWI

Berita Pecah!!! 'Tidak Salah Untuk Mempersoalkan Kerajaan Minoriti BN'
Posted on Tuesday, May 21 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: matuse68

"KUALA LUMPUR, 21 Mei — Rakyat Malaysia berhak mempersoalkan mengapa sistem pilihan raya negara membenarkan kerajaan minoriti terus berkuasa, kata Lim Guan Eng hari ini sambil menyelar tindakan autokratik dan keras kerajaan menghukum mereka yang berani bertingkah.

Lim juga turut mengecam Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana meminta rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara agar berhijrah serta mencabar naib presiden Umno itu untuk berdebat dengannya sehari penuh di parlimen, dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang ataupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua menteri Pulau Pinang itu turut menggelar Ahmad Zahid sebagai “bongkak” dan hanya berani di depan media dan kemera TV BN untuk menyelar rakan-rakan beliau dari PR.
“Adakah beliau berani untuk berdebat secara terbuka dengan saya atau Lim Kit Siang atau pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan sama ada kenyataannya yang ekstremis dan memecahbelah itu bersifat demokratik dan sebahagian daripada rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya umum,” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid menimbulkan kontroversi minggu lalu apabila menulis di dalam akhbar milik Umno Utusan Malaysia mengatakan rakyat Malaysia yang tidak berpuas dengan kemenangan BN kerana sistem “first past the post” boleh berpindah ke negara lain.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” tulis Ahmad Zahid.
“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” tambah beliau lagi.
Lim Guan Eng: Jemput Ahmad Zaid Hamidi berdebat pemimpin Pakatan. —

Pilihan raya 5 Mei menyaksikan perpecahan golongan bandar-luar bandar Malaysia.
Walaupun pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, BN masih lagi memerintah negara dengan 133 kerusi Parlimen berbanding PR yang hanya mendapat 89 kerusi.
“Rakyat ada hak untuk menyoal demokrasi jenis apa yang ada di Malaysia yang membenarkan kekuasaan minoriti ke atas majority,” kata Lim.
“Sebalik memberi jawapan kepada tuntutan umum terhadap reformasi pilihan raya supaya menghormati pinsip ‘satu orang, satu undi, satu nilai’, Ahmad Zahid mengambil pendekatan autokratik dan keras bagi menghukum mereka yang berani bertingkah,” tambah beliau lagi.

Dalam satu forum pada 13 Mei lalu, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dilaporkan telah mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata: “Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya.”
Disebabkan itu, beliau kini direman di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.
Pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim juga pada forum sama berkata kerajaan hanya boleh ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan.

Walau bagaimanapun, PR telah menjauhkan diri daripada gesaan demonstrasi jalanan selepas keputusan Pilihan Raya 2013 meskipun mendakwa terdapat banyak penipuan berlaku.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan minggu lalu PR akan kekal mengadakan perhimpunan tertutup “untuk meluahkan rasa marah” terhadap penipuan undi pada pilihan raya umum 5 Mei baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 minggu lalu ekoran kegagalan memberitahu pihak polis dalam tempoh 10 hari untuk berhimpun di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei lalu. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.


Info terkini layari INI KALILAH...

 Menteri, ADUN Sarawak Dapat Kenaikan Gaji 3 Kali Ganda
Posted on Tuesday, May 21 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Malaysian Insider

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dbran Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. — Bernama
Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji


Menteri Sarawak bergaji besar

YANG Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin (tiga dari kiri) bersalaman dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching kelmarin.


KUCHING – Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012.
Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di sini semalam.
Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh (gambar kecil).
Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus.
Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992.
“Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000).
“Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000),” katanya.
Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.

FIKIR2KAN LAH...ALLAH SAJA MAMPU MENOLONG....BERDOALAH...ITULAH SENJATA ORANG MUKMIN

 Hasutan UMUM untuk Rakyat Malaysia
Posted on Tuesday, May 21 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Pendapat Oleh: qilone

"penafian : Kenyatan ini tidak mewakili pandangan rasmi dalam Pakatan Rakyat.
siri demonstrasi bantahan kepada apa juga isu-isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat.Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar (Ketika ituTahun 2000) dipenjarakan sebulan selepas didapati bersalah terlibat dalam satu perhimpunan "haram" di depan Universiti Malaya bagi membantah pasukan kriket Israel pada 1997.

2. Walaupun yang ditangkap ialah Mahfuz Omar..namun orang yang pertama kena penerajang ialah unit amal PAS.


3.Persoalannya ialah bukan "Malaysia Spring" atau menerima kekalahan dengan sabar.Persoalannya ialah Negara telah diprogramkan dengan sebuah model demokrasi kuku besi.

4.Model ini disalin semula dari model-model demokrasi kuku besi dari kebanyakan negara yang menerima tsunami rakyat (arab spring)

5.Parti Husni Mubarak menang besar (dengan sistem kuku besi) sebelum Kebangkitan rakyat mesir , setelah kebangkitan rakyat menggulingkan beliau dan setelah sistem demokrasi yang bersih dikembalikan kepada rakyat , Parti Islam Ikhwanul muslimin menang besar!

6.Tahun 2013 ,Di Malaysia, Anwar ibrahim diugut bunuh secara terang2(Hamidah)  , Pelampau umno menyarankan agar orang cina dibunuh(papa gomo)  namun mereka(penghasut) masih tidak dihukum.

7.Sistem di Malaysian rupa-rupanya kerajaan akan mengubah dasar bukan kerana pendebatan di parlimen , tetapi kerana kebangkitan rakyat melalui demonstrasi.Setelah itu ISA dikatakan dimansuhkan & PPSMI dikaji semula., dakwat kekal dan tak kekal diperkenalkan.

8. Adakah BN akan mengembalikan sistem demokrasi yang bersih setelah adanya demonstrasi besar-besaran?

9.Rakyat sudah terlalu letih.

10.Untuk rekod , UMNO adalah pengamal demonstrasi ala-ala rusuhan yang cemerlang setakat ini.Sebelum ini di penang , Pejabat Ketua Menteri diserang setelah usaha memberikan "hadiah" seluar dalam dan bra , Kek Tahi tidak mendapat sambutan.

11. Pejabat Keadilan diserang dengan siri-siri demonstrasi ganas.

12. Peserta Flashmob di ipoh cedera parah diserang pemuda umno.

13.Video merancang huru-hara bagi menggagalkan rombongan ANAK terbongkar.

14.Apa yang menarik , "peserta" demonstrasi yang menyelinap masuk kedalam himpunan bersih 3.0 sudahpun menghadiri kursus untuk mencetuskan rusuhan.

15.Umno kini umpama syiah jadi-jadian apabila mengamalkan "Taqiyah" dengan berbohong dan menipu dalam kedaan mereka tahu akan kebenaran.UMNO sendiri tahu akan kebenaran dan mereka juga tahu bahawa DAP tidak pernah ada usaha untuk menegakkan negara kristian.

16.Hasilnya Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian jadi Timbalan Menteri Pelajaran bagi kabinet baru najib 2013.

17.Hasilnya kerajaan najib juga amat takut untuk mengiktiraf pelampau melayu seperti zul nordin , ibrahim ali , hassan ali , lah geting dn konco-konconya.

18.Hasilnya  Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy dilantik  sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

19.Pertama kali dalam sejarah PRU Malaysia , ada siri-siri blackout di pusat penjumlahan undi.

20.Akhirnya yang akan bangkit menentang BN bukanlah dari kalangan mereka yang partisan , yang akan bangkit adalah rakyat marhaein yang tidak ada kena mengena dengan kepentingan politik , mereka bangkit bukan kerana bencikan kerajaan.

21. Mereka bangkit kerana tidak tahan dengan asakan kesempitan hidup dan kezaliman yang melampau , adalah satu yang amat mendatangkan bencana kepada BN jika kemuncak kebangkitan adalah dikalangan orang-orang "bebas" yang asalnya adalah pelampau umno.

22.Professional dan anak-anak muda umno bangkit menentang pimpinannya sendiri, langkah pertama najib digugurkan dari mengemudi umno selangor.

23.Untuk Rekod Pemuda-Pemuda umno lebih berani , lebih lantang , lebih ganas dari gerombolan Adam Adli dalam apa juga siri-siri demonstrasi! 

24.Untuk rekod..unit amal yang dikatakan ganas itu akhirnya berdemonstrasi dengan mengutip sampah-sampah ditengah-tengah jalanraya!
 
 KEADILAN dedah pegawai SPR buka beg kertas undi yang disimpan
Posted on Wednesday, May 22 @ 07:33:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Ram Anand

Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.

Ketua AMK Ketereh Mohd Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.

“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.

Katanya cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.

Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.

Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.

malaysiakini
 
 Tercipta Sejarah : Tim Ketua Menteri P Pinang Yang Pertama Meyampaikan Tazkirah
Posted on Tuesday, May 21 @ 15:17:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"
Hj Abdul Abdul Rashid Hasnol

TKM 1 Pulau Pinang Menyampaikan Tazkirah...

Tercipta Sejarah : Timbalan Ketua Menteri P Pinang Yang Pertama boleh Menyampaikan Tazkirah Di Masjid.

Alhamdulillah... syukur kepada Allah swt... Bumi Pulau Pinang menerima angin perubahan baru apabila menerima seorang TIMBALAN KETUA MENTERI yang SOLEH dan BERILMU... selain boleh mengimamkan solat, belia juga boleh menyentuh hati-hati anak muda dan masyarakat supaya tunduk dan patuh pada Allah swt melalui tazkirahnya.

Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI"
 
 

Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9, 2013


Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9, 2012
Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9, 2013
Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9, 2013 (Mei 24-25, 2013) Dewan Siviks, Petaling Jaya.
PARTI KEADILAN dengan sukacitanya ingin memaklumkan; Kongress Nasional Tahunan KEADILAN ke-9 akan diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya diantara 24 and 25 Mei, 2013.
Kongres untuk semua pemimpin-pemimpin parti akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Mei 2013, manakala Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN dan AMK ke-9 akan diadakan sehari sebelum, pada hari Jumaat, 24 Mei 2013.
Sama seperti kongres-kongres sebelum ini, Kongres ini juga akan dianjurkan bersama oleh Sekretariat Setiausaha Agung dengan bantuan Pimpinan Negeri Selangor.
Harap maklum.
SEKRETARIAT KONGRES NASIONAL TAHUNAN KEADILAN
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
 
 
Wahai Rakyat UMNO Terengganu tak layak jadi Kerajaan. Sejak 2008 lebih 20 bangunan bawah jagaan mereka RUNTUH......
Wahai Rakyat UMNO Terengganu tak layak jadi Kerajaan. Sejak 2008 lebih 20 bangunan bawah jagaan mereka RUNTUH......
Like · · · 26 minutes ago ·
 
 Bala Org Terengganu Sokong UMNO. Masjid Pula Runtuh Selepas PRU!!
Posted on Tuesday, May 21 @ 14:04:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Selepas sahaja Ahmad Said diangkat menjadi MB Terengganu 2004, kejadian bangunan runtuh menjadi-jadi. Walaupun ada yang kata ini projek Deris Jusoh tapi sedar tak sedar adalah akibat daripada kelancangan Mat Said meruntuh rumah Allah iaitu Masjid Bujal.

Allah pasti akan melaknat sesiapa sahaja yang berbuat jahat terhadap agamaNya. Mungkin bagi sesetengah orang tidak melihat itu adalah amaran Allah s.w.t.

Tapi Masjid Bujal menyaksikan sifat rakus UMNO dalam menjalinkan "PERSABAHATAN SESAMA ISLAM ANTARA PAS DAN UMNO" Mereka sanggup buat apa sahaja atas nama MELAYU dan ISLAM!!



Masjid Bujal di sodok tanpa amaran

 

FRU Menghalang jamaah daripada menghalang




Sisa-sisa pembinaan Masjid dibuang ditempat pembuangan sampah di Bukit Lat

 
Hari ini Allah bayar cash lagi.. Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, selepas jamaah menunaikan solat Isyak, malam tadi (20/5/2013).  






BILA ALLAH NAK SEDARKAN ORANG UMNO UNTUK BERFIKIR ATAS KEJADIAN DEMI KEJADIAN RUNTUH??




Sumber
Bala Org Terengganu Sokong UMNO. Masjid Pula Runtuh Selepas PRU!!
 
 LAWAK 2013: AirAsia bakal bangkrap?
Posted on Tuesday, May 21 @ 14:12:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Kisah sedih yang berlaku ke atas penumpang AirAsia di Veitnam mengundang kesedihan dan simpati ramai.

Di akhbar perdana,ianya disensasikan sebegitu rupa.

Akhirnya, MAS menyelamatkan keadaan walaupun AirAsia telah buat persiapan menerbangkan penumpang berkenaan secara percuma.

Kes ini sekadar kesilapan teknikal dan silap faham.

Tetapi mengapa diperbesarkan oleh media seperti media barua UMNO?

Jawabnya, ingatkan anda tentang kenyataan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani pasca PRU 13?

Azran dalam tulisannya di Facebook menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"

Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

Inilah puncanya peristiwa ibu dan bayinya disensasikan agar orang ramai memboikot AirAsia seperti saranan juak-juak UMNO.

Okey, sudah faham?

Kelakarnya bila UMNO marah Cina dan AirAsia.....kebodohan yang nyata.

LAWAK 2013: AirAsia bakal bangkrap?"


Tiada ulasan: