Tidak disengajakan
Nasrudin Hassan, | 28 Mei 2013 |
Riwayat: (Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
Hadith:
Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda (bermaksud): Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksakan mereka atasnya.
Huraian Hadith:
1. Perbuatan manusia adakalanya disertai dengan niat dan ikhtiar dan ada pula yang berlaku dengan sebab tersalah (tidak sengaja), terlupa atau dipaksa.
2. Ketiga-tiga perkara tersebut tidak dihukumkan sebagai satu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam hadith kerana ia berlaku bukan di atas niat dan kerelaan oleh orang yang melakukannya dan oleh itu hukumannya berbeza dengan orang yang melakukannya dengan niat (disengajakan).
3. Sesungguhnya tiap-tiap perbuatan yang dihukum tidak sahaja dilihat kepada zahirnya tetapi ditinjau juga sampai ke dalam hati orang yang melakukannya. Ini memberi erti bahawa Islam mengambil berat terhadap kesedaran hati manusia dalam melaksanakan sesuatu perbuatan yang dikehendakinya kerana kesedaran itu menjadi bukti tanggungjawab seseorang atas perbuatannya di mana salah atau tidak perbuatan itu adalah dalam pengetahuannya dan dialah yang menanggung akibat atau dosanya kelak.
SPR letak jawatan tak memadai, dipenjarakan macam di Thailand
http://greenboc.blogspot.com, | 28 Mei 2013 |
Ketiga-tiga pesuruhjaya tersebut telah didapati bersalah kerana melanggar undang-undang pilihanraya dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan membenarkan calon-calon pada pengundian 2 April untuk bertanding di dalam kawasan berasingan di dalam pengundian pusingan kedua pada 23 April.
Mahkamah tertinggi negara tersebut kemudiannya membatalkan keputusan pilihanraya, dengan menyatakan bahawa ia melanggar perlembagaan.
Baca di sini
Apabila PAS tersasar 54 kerusi parlimen
Mazlan Aliman, | 28 Mei 2013 |
Sebagai
sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama (1951), PAS
mengharungi liku-liku perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang.
Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam
politik negara.
Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.
Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.
Apapun yang kita perkatakan mengenai penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus, kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini, BN adalah pemenangnya!
Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.
Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.
Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yang berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!
Kalah dalam pilihanraya bukan bererti tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, sahabat dan pejuang terdahulu yang jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi berguna.
PAS telah melalui tempoh-tempoh pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger-blogger pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.
Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dalam masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang hala tuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari-hari yang mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yang tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing-masing. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yang penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.
Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.
ANAK mesti diperkasa seperti NGO-NGO lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yang silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.
Insya Allah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yang menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yang suci dan murni ini...
Daripada terus membicarakan polemik ulama atau profesional, yang kadang kala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.
Mudah-mudahan kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masa depan.
PAS FOR ALL
0
Video ini menunjukkan PM Najib Razak diinterview oleh wartawan Al
Jazeera. Berbagai soalan diajukan oleh wartawan tetapi Najib mengelak
dengan pelbagai jawapan yang tidak ada kena mengena. Najib seolah-olah
tak faham bahasa Inggeris. Orang tanya lain dia jawab lain...
Budak sekolah Victoria Institution tak faham bahasa Inggeris ke?
Lihat di sini

Jangan lupa hari ini kita semak arah kiblat
http://ini-kalilah.blogspot.com, | 28 Mei 2013 |
Jangan Lupa!!! Hari Ni Kita Semakan Arah Kiblat...
12:14 PG
admin
Semakan
Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa Azam berlaku setiap dua kali
setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu
tengahari di Masjidl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada 28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang.
Bagaimana caranya??:
1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)
2. Tunggu waktu yang ditetapkan.
3. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.
SENANG JE KAN??
Soalan sering yang ditanyakan:
S: arah kiblat berubah ker??
J: tidak. Cuma digalakkkan untuk membuat semakan. sekiranya berlaku kesilapan bolehlah mengubahkannya berdasarkan bayang-bayang tersebut. (sila lihat gambar rajah).
S: Macamana nak tau waktu 5:16 tu sama dgn orang lain??
J: Anda boleh buat semakan jam tangan atau jam dirumah menggunakan 'standard time' yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM (link:http://www.sirim.my/home)
S: Alaa.. Tak payah semak pun tak apa.. Nak solat menghadap je arah barat / mana-mana kan??
J: Oppsss.. kalau dah tau mana kiblatnya kenapa perlu menghadap mana-mana..?? Solatkan syarat sahnya adalah menghadap kiblat..kalau xmenghadap maka....??? :)
Wallahualam..

Najib Razak menggelupur diserang Al Jazeera
http://wasukalu.blogspot.com, | 28 Mei 2013 |
Budak sekolah Victoria Institution tak faham bahasa Inggeris ke?
Lihat di sini
Fatwa Rokok
Tarikh Keputusan:
1 Jan, 1970
Keputusan:
Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta
memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil
tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas
al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
Keterangan/Hujah:
i. Merokok merupakan perbuatan ke arah pembaziran wang sedangkan
membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam
Surah Al-Israa" ayat 27:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah
saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang
sangat kufur kepada tuhannya.
ii. Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
iii. Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A"raaf ayat 157:
Maksudnya: Ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.
iv. Rokok (tembakau) menyebabkan fikiran menjadi lesu, kerana bahan-bahan bahaya seperti Narkotin, Candu Tar, Karbon Monoksida serta Sebatian Pridine Methly Alkohol. Rasulullah s.a.w. melarang terhadap sesuatu yang boleh memabukkan, bahkan melesukan fikiran sebagaimana tegahan Baginda dalam sebuah Hadis yang diberikan dari Ummi Salamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Telah menegah Rasulullah s.a.w. daripada tiap-tiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran". (Hadis riwayat al-Imam Ahmad dan Abu Daud)
v. Merokok mengeluarkan bau yang busuk sehingga boleh mengganggu orang lain yang duduk berdekatan apa lagi para Malaikat.
Sabda Baginda s.a.w.:
"Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah". (Hadis riwayat at-Thabrani)
vi. Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman"
Tabiat Merokok bukan sahaja mempunyai kaitan dengan aspek kesihatan, ekonomi dan social, malahan ia juga melibatkan sudut keagamaan dan hukum. Sebenarnya tabiat atau gejala merokok di kalangan umat Islam kini bukan dibenarkan di dalam Islam. Islam telah menegah malah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telahpun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar beriman sahaja yang lebih maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang halal dan haram.
Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi (musuh Allah dan Rasul) Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.
Pendapat lain mengatakan, Orang-orang Kristian dan Eropah memperkembangkan rokok ke negara-negara jajahannya untuk menindas negara itu dari segi ekonomi, fizikal dan mental sesudah bahan itu dibawa dari Amerika berikutan penemuan itu pada 1492 masehi oleh seorang Putera Itali iaitu Christopher Colombus (1451 - 1506).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan