Jumaat, 31 Mei 2013

KERANDA KENDERAAN KITA TERAKHIR...INGATLAH MATI...BIJAKSANA ORANG YANG INGATKAN MATI...TIDAK TAMAK...TAK MENIPU...TAK BUAT JAHAT DLL...KERANA INGATKAN AKHIRAT...MEREKA BUKAN FIKIR DUNIA SAJA..MALAH ALAM KUBUR...MALAH HINGGA AKHIRAT...MEMANG BIJAKSANA LAH

Merajuk: Soi Lek dicadang niaga keranda

Abdul Aziz Mustapha, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: MCA tidak lagi layak mewakili kaum Cina dan lebih baik tutup kedai sahaja apabila berkeras dengan sifat merajuknya setelah kalah di dalam pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tidak henti-henti kita terjumpa berita MCA merajuk kerana kalah pilihan raya," katanya.

Terbaru, katanya, ialah berita 17 anggota MCA Bahagian Gelang Patah meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta kononnya kerana menghormati resolusi parti mereka yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kalau begitu, Presiden MCA elok ajak anak buahnya terokai perniagaan jual keranda kalau tak mahu terlibat lagi dengan politik dan pentadbiran," kata Salahuddin Ayub.

Beliau juga menyifatkan parti itu berperangai seperti budak-budak yang merajuk dan mengugut apabila kalah bertanding.

"Kita faham tindakan MCA itu ialah untuk menempelak pengundi-pengundi Cina dan seperti mengherdik mereka bahawa mereka kini tidak ada lagi wakil dalam kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini kerana keengganan mereka mengundi BN," katanya.

Meskipun demikian, beliau percaya masyarakat Cina tidak akan melayan ugutan sedemikian kerana mereka sudah terlalu jelik terhadap BN.

"BN sudah menjadi jenama yang ditolak hampir seluruh masyarakat Cina kecuali beberapa kerat yang ada kepentingan.

"Apabila jenama tersebut amat buruk di mata dan hati mereka, mereka tidak peduli lagi malah tidak akan melayan sama sekali apa jua taktik merajuk dan mengugut yang dicuba oleh MCA atau Gerakan," kata Salahuddin (gambar).

Beliau menyifatkan taktik merajuk yang dilakukan oleh MCA itu masih lagi dalam lingkungan permainan politik perkauman.

Ketika parti-parti di dalam BN terus bermain politik perkauman, Salahuddin yakin, majoriti masyarakat Cina dan semakin ramai rakyat yang lain sudah mula merasai bahawa Pakatan Rakyat kian menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen.

"Pakatan sebagai wadah perpaduan rakyat bukan hanya cakap kosong tak berasas tetapi semakin dirasai sendiri oleh rakyat terutama mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang kita anjurkan.

"Bagi mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan itu, Pakatan kian terbukti dan benar-benar dirasai sebagai wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen bagi semua rakyat negara ini," kata beliau.

Beliau juga yakin, hakikat bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan mereka yang ikhlas dan tulen akan semakin sebati dalam pemikiran rakyat.

GST hanya tidak terlaksana tempoh terdekat?

Abdul Aziz Mustapha, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mengundinya dengan memaksakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan GST dalam tempoh terdekat menambahkan lagi rasa terdera rakyat di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat maknanya GST tetap akan dilaksanakan juga.

"Ertinya kerajaan tetap mempunyai niat untuk mendera dan menghukum rakyat dengan GST.

"Rakyat tentulah merasa semakin terdera dengan kenyataan kerajaan yang berkeras hendak melaksanakan GST itu walaupun kononnya bukan dalam waktu terdekat," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, amat malang bagi rakyat kerana GST akan dipaksakan ketika pendapatan mereka tidak meningkat.

"Isunya sekarang bukan soal berapa peratus cukai GST itu, isunya pendapatan rakyat tidak bertambah tetapi beban mereka pula yang akan bertambah," kata Mahfuz.

Beliau berkata, ketika kerajaan tidak pernah menafikan akan menaikkan harga minyak dan pelbagai tarif lain bila-bila masa sahaja selepas pilihan raya umum yang lalu, harga barangan pasti akan naik dan naik lagi apabila kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan perlu.

"Dengan kenaikan harga barang dan ditambah pula dengan bebanan GST, ia pasti akan sangat mendera dan menghukum rakyat termasuklah yang mengundi BN dalam pilihan raya yang lalu.

"Itulah sebabnya saya katakan bahawa GST adalah ucapan terima kasih BN kepada pengundi-pengundinya dalam pilihan raya yang lalu," kata Mahfuz (gambar).

Walaupun Pakatan Rakyat telah memberi jaminan tidak akan melaksanakan GST dalam manifesto pilihan rayanya, kira-kira 47 peratus rakyat negara ini tetap memilih BN yang berkeras mahu melaksanakan GST.

Mahfuz juga menyifatkan GST adalah tindakan mendera rakyat bagi kepentingan korporat.

"Bila menteri kata pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi, ia bermakna beban cukai dihempuk atas kepala rakyat untuk mengurangkan cukai korporat," kata beliau.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum itu berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh jangka dekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.

Katanya, kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.

PAS sambut baik mashaf khusus Al Quran braille

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengorak langkah untuk menghasilkan suatu mashaf khusus Al Quran Braille bagi kegunaan mereka yang kurang upaya penglihatan di negara ini.

Sekretariat Prihatin OKU, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS dalam kenyataannya berkata, mereka menyokong penuh jawatankuasa yang telah dibentuk bagi melaksanakannya.

"Kami difahamkan diletakkan bawah seliaan Jakim bagi menghasilkan mashaf yang dinamakan Al Quran Braille Mashaf Malaysia tersebut," kata Mohammad Faizal Che Yusof, Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS dalam kenyataannya.

Adalah diyakini usaha Jakim tersebut mampu mengawal dan menyemarakkan lagi penyebaran ilmu Al Quran kepada golongan OKU penglihatan di seluruh negara dengan langkah ini.

Sementara itu, sebagaimana sesi Parlimen penggal ke-13 yang akan memulakan sidangnya pada 24 Jun 2013, pihak sekretariat pada masa ini sedang mengumpul seberapa banyak isu-isu berkaitan OKU yang ingin dikemukan untuk di ketengahkan.

Selain sesi-sesi perbincangan langsung, sebarang cadangan atau usul berkaitan OKU bolehlah dihantar melalui email di alamat 21 Rejab 1434 H | 31 Mei 2013pusatrakyatcp@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk diselaraskan, kata Faizal.

"Sedaya upaya kami iltizam mengusahakan perubahan yang lebih baik untuk OKU di Malaysia sebagaimana saranan Al Quran dan Sunnah," katanya.

Pertemuan Gelap DSAI-NAJIB: Anwar dan Pro-Anwar Gilakan Kuasa

Pertemuan Gelap DSAI-NAJIB: Anwar dan Pro-Anwar Gilakan Kuasa
Penulis: Abu Ammar

Gila jawatan... Perkataan ini adalah paling sesuai untuk menggambarkan sikap terlalu obses Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). PRU-13 adalah pertempuran all-out DSAI bagi mencapai cita-cita tinggi beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam.

Begitu juga para pengikutnya dalam PKR, sangat teruja dengan gelombang politik DSAI dan berharap mendapat tempat dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk. Tidak ketinggalan bagi para pengikutnya dalam gelap dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang pro beliau menanti-nantikan jawatan penting dalam kabinet DSAI yang bakal dibentuk.

Tidak hairanlah pertemuan demi pertemuan antara DSAI dan Dato' Seri Najib Tun Razak (NAJIB) dirancang dalam gelap. DSAI yang begitu yakin kemenangannya pada PRU-13, terlalu ingin memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri. Justeru, DSAI beberapa kali memujuk NAJIB menandatangani perjanjian agar bersedia berundur diri. Pertemuan ini bukan sahaja melalui mantan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla tetapi melalui pemimpin tertinggi sebuah negara Timur Tengah.

Namun, PRU-13 sekali lagi mencatat sejarah kekalahan DSAI mencapai impiannya. DSAI dan para pendokongnya semuanya sekali tergamam kekalahan ini. Rentak bersemangat memegang tampok kerajaan dan jawatan menjadi hampa. Segala keringat telah disalurkan. Persoalan yang timbul di minda, adakah kesempatan ini dapat berulang kembali pada PRU-14 pula atau setakat ini sahaja yang mereka mampu?

Sekali lagi isu pertemuan gelap DSAI dan pro-Anwar dengan pemimpin BN dirancang oleh DSAI melalui Jusof Kalla dan pemimpin tertinggi Arab. Tentu sahaja isi kandungan selepas PRU-13 tidak sama dengan sebelumnya. Selepas PRU-13, rancangan DSAI memujuk NAJIB agar dapat membentuk kerajaan perpaduan (UG) yang ditaja oleh DSAI sendiri.

Berita ini paling sensasi. Hangat kerana ditimbulkan oleh Jusof Kalla. Pertemuan ini membabitkan DSAI dan NAJIB. Tetapi Jusof Kalla menolak pertemuan ini kerana perjanjian bertulis dahulu tidak ditepati oleh DSAI. Begitu juga NAJIB menolak kerana NAJIB tidak mahu bantuan DSAI. NAJIB hanya mahu bantuan PAS.

Geram dengan kegagalan ini, DSAI sekali lagi mengatur pertemuan gelap melalui Amir (ketua) dari negara Arab yang mampu menggerakkan idea dan pandangan menghalalkan DSAI menjayakan UG. Amir tersebut diminta menggunakan para ulama tersohor agar UMNO dan PKR bersatu demi kesatuan Islam. Mungkin juga sokongan Prof Dr Yusof al-Qardhawi akan digunakan lagi. Melalui idea kesatuan inilah, UG yang dipelopor oleh DSAI dapat direalisasikan.

Namun, sekali lagi NAJIB menolak tawaran DSAI. Walaupun DSAI menjanjikan bahawa pengikut-pengikutnya dari PAS yang pro-Anwar akan mengikutnya. NAJIB menolak tawaran pakej DSAI ini lalu menghantar menterinya Jamil Khir berbincang dengan PAS di Kelantan agar PAS bersama UMNO.

PAS pula berpendirian teguh dan menegaskan kepada NAJIB bahawa PAS hendak menjadi pembangkang yang kuat meskipun pro-Anwar akan meninggalkan partinya. PAS bertegas walaupun sebahagian besar ahlinya melompat parti ke PKR sekalipun, PAS berpendirian memperkasakan agenda Islam walaupun pengikutnya hanya tinggal para ulama dan profesional yang memberi wala' kepada kepimpinan ulama sahaja.

Inilah perjuangan PAS bukan berebut kuasa dan jawatan di dunia. Andainya ada pemimpin PAS yang cenderung menghina dan memburukkan presidennya dan kepimpinan ulama, PAS rela membiarkan mereka melayari bahtera bersama DSAI mahupun bersama BN.

Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS

Harakah, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.

Bantu bebaskan tahanan: Tahniah kepada Juham

Harakah, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang terletak di bawahnya di atas tindakan pantas mereka membantu membela tahanan sehingga mereka dibebaskan pada jam 11.00 malam 28 Mei dan didakwa 29 Mei.

(Tamrin Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah 25 Mei lalu setelah berehat di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang.)

Pemuda PAS menganggap tindakan pantas Juham memaksa pihak polis membebaskan tahanan ini lebih awal tanpa di reman lanjut bagi membolehkan mereka di dakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Pemuda PAS mengharapkan Juham agar bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang buruk kerana belum ada tanda politik negara reda daripada sebarang penangkapan dan dakwaan.

Demikian kata Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam tulisannya.


Ikuti laporan penuh mengenainya dalam Harakah Ahad ini.

Ingatkan Rakyat Mengenai Kematian


“Maka, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah para khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” — Abu Daud dan Tirmizi.
Kalau kita melihat perkembangan hari ini, masyarakat kita sudah jauh daripada agama. Dan, sifat menjauhi agama ini adalah sikap orang-orang yang suka menjauhi akhirat. Sedangkan kewujudan akhirat itu adalah suatu kepastian.
Menjauhi akhirat ertinya kita seperti berusaha mengelak menemui kematian. Kematian menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Mati mengejut secara tiba-tiba ini sepatutnya meresahkan kita kerana kita mungkin terheret dalam kancah kematian tanpa memiliki sebarang persediaan untuk menemui Tuhan.
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah bersabda bahawa orang yang pintar dan bijaksana itu ialah mereka yang selalu berfikir mengenai kematian. Mengapakah mereka yang kerap mengingati mati itu dinilai dan diperhitungkan sebagai manusia yang bijaksana? Ini kerana, mereka selalu berasa resah, gelisah, khuatir dan bimbang kalau-kalau amalan mereka masih tak mencukupi untuk dibawa pulang ke akhirat.
Tambah merisaukan mereka, jika amalan itu dibungkus oleh pakaian ujub, riak, sum’ah dan tidak ikhlas mengerjakan amalan itu kerana Allah. Kekhuatiran yang semacam inilah yang akhirnya menyebabkan seseorang itu terdorong pula untuk berdoa meminta keampunan dan beristighfar semoga amalan mereka itu diberikan pakaian ikhlas oleh Allah s.w.t.
Mengingatkan rakyat mengenai kematian adalah sunnah nabi dalam pemerintahan
Berdasarkan hadis di atas yang menyingkap perihal sunnah, maka kita melihat bagaimana pemimpin terdahulu seperti baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin kerap mengingatkan rakyat berhubung kematian dan alam barzakh.
Maka, tindakan mengingatkan rakyat berhubung kematian dan segala persiapan untuk menempuh ke alam barzakh ini, termasuk dalam sunnah-sunnah nabi dan para sahabat baginda dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka dalam pentadbiran Islam. Pemerintahan Islam bukan sekadar memperihalkan hal urusan dunia.
Bahkan, hal yang menyangkut membangunkan kesedaran untuk membangunkan persiapan ke akhirat adalah termasuk dalam urusan pemerintahan Islam juga. Antara kisah termasyhur adalah kisah Umar r.a melihat umat Islam zaman beliau yang kurang dalam mengingati mati.
Maka, suatu hari Umar perintahkan umat Islam datang ke masjid dan mereka langsung disoal dengan soalan-soalan di dalam kubur. Diringkaskan cerita, semua umat Islam mula terkesan dengan latihan dan tarbiyah seumpama itu. Maka meningkatlah amalan mereka kerana terkesan dengan corak latihan tarbiyyah dari Umar itu. Maka, inilah sunnah Umar yang wajar diikuti.
Umar juga berkata, ajarkanlah anak-anak kalian dengan ilmu pengetahuan semasa dan terkini. Jika Umar masih hidup lagi pada zaman kita dan beliau melihat perkembangan teknologi seperti Imej Janaan Komputer (CGI) dan lain-lain teknologi yang kreatif dalam usaha membangunkan kesedaran untuk mengingatkan rakyat berhubung kematian, nescaya Umar akan guna semua peralatan itu untuk tujuan membangunkan kesedaran betapa perlunya persiapan menempuh akhirat.

Tiada salahnya pemerintah berkreatif mengingatkan rakyat atau rakyat mengingatkan pemerintah mengenai persiapan untuk menempuh kematian.
Menteri Besar Kelantan melalui kuliah dan tazkirahnya, segala ceramahnya itu telah dibukukan dan kebanyakan rakaman itu berkisarkan soal hidup selepas kematian di padang mahsyar. Ini adalah teknologi buku-buku dan kitab-kitab.
Di Kampung Tok Selehor, seorang ulamak terkenal yang hidup sezaman dengan Tok Kenali, iaitu Tok Selehor telah mengguna teknologi tersendiri, iaitu membina lubang kubur yang mana dia sendiri masuk ke dalamnya untuk mengingatkan dirinya tentang kematian.
Teknologi, laluan lebuh raya bahasa, lapangan sastera untuk ingat kematian
Tiada salahnya menggunakan peralatan teknologi terkini dalam usaha mengingatkan orang-ramai mengenai kematian. Ada juga yang menggunakan jalan sastera seperti Sajak Kematian. Jadi, hal ini merupakan lebuh raya dan landasan yang boleh diterima juga untuk mengingatkan rakyat mengenai kematian.
Ajarlah generasi muda mengingati mati.  Didiklah, asuhlah, adabkanlah pelajar-pelajar sekolah agar selalu cenderung mengingati mati dan secara tidak langsung mereka akan terdorong membanyakkan amalan dan selalu melatih diri agar bersifat ikhlas dalam beramal.
oleh : H Fansuri

Tiada ulasan: