Berjihad dalam demokrasi
Mohammad Faizal Che Yusof, | 28 Mei 2013 |
Apabila kita berbicara padang permainan yang tidak sama rata, sesungguhnya ia menggambarkan kita berhadapan dengan sistem pilihan raya dan agensi penguatkuasa yang tidak adil, media yang terlalu berat sebelah dan bermacam ketidakadilan dalam pilihan raya. Apa kaitannya dengan permainan bola sepak?
Mari kita bayangkan dua perlawanan. Pertamanya Thailand menentang Malaysia dan keduanya Sepanyol menentang Malaysia. kedua-duanya berlangsung di Malaysia.
Seluruh anggota kerja perlawanan termasuklah pengadil, penjaga garisan dan penyelia padang telah diarahkan untuk memberi kemenangan kepada Malaysia.
Dalam perlawanan Thailand menentang Malaysia, dua gol penalti telah diberikan kepada Malaysia. Thailand pula hanya mampu menjaringkan satu gol. Kemenangan berpihak kepada Malaysia 2 berbalas 1.
Apabila perlawanan melibatkan Sepanyol, Malaysia telah diberikan 4 gol panelti. Malang sekali bila kekuatan Sepanyol yang jauh melepasi Malaysia telah menjaringkan 7 gol. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Sepanyol 7 berbalas 4 meskipun seluruh pengendali perlawanan telah diarahkan sedaya mampu member kemenangan kepada Malaysia.
Sebagaimana perlawanan bola sepak, pilihan raya memerlukan kekuatan yang menyeluruh. Kelemahan yang tidak diurus hanya akan memakan diri semasa hari pengundian sebagaimana perlawanan bola sepak.
Medan demokrasi tidak sekali sama sebagaimana medan peperangan yang ditempuhi oleh Rasul Allah SAW dan para sahabat. Demokrasi telah meletakkan pemainnya untuk setiasa berada dalam medan sepanjang waktu. Itulah hakikat demokrasi dunia ketiga hari ini.
Dalam mendepani suasana ini, Parti Islam Semalaysia “PAS” sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Apa yang PAS tawarkan ialah Islam. Islam itu fitrah dan mampu dirasai dan dinikmati oleh setiap jiwa manusia.
Memberi tumpuan semata-mata kepada jentera pilihan raya dalam mendepani medan demokrasi hari ini adalah kurang tepat. Bukankah kita telah pun diberi satu slogan? “Negara berkebajikan” perlu dizahirkan meskipun dalam suasana tidak memerintah peringkat persekutuan.
Fahamilah secukupnya “berkebajikan”. Ia bukan sekadar memberi. Lebih dari itu ia adalah satu prinsip saling prihatin kepada permasalahan dan keperluan mereka yang berada di sekeliling kita.
Pusat-pusat khidmat di peringkat kawasan dan DUN boleh berfungsi sebagai pusat sehenti kepada rakyat. Terlalu banyak isu dan masalah rakyat yang meruntun kepada perhatian kita. Jadikan pusat-pusat khidmat tersebut sebagai wadah yang benar-benar mampu bersuara dan mengenengahkan keperluan rakyat.
Letakkan mereka yang benar-benar mampu mengendalikan pusat khidmat tersebut secara saksama. Pastikan keperluan asasi jentera rakyat tersebut dipenuhi dan bukan lagi atas dasar sukarela atau berasaskan “ambil kesempatan”.
Kita berhadapan bukan sahaja musuh nyata bahkan musuh yang terlindung. Yang boleh dilakukan kini, pastikan seluruh rakyat bersama kita sebagaimana rentetan jatuhnya Rom di tangan keadilan Islam.
Apabila Islam dijadikan asas perjuangan, rakyat mengharapkan kesempurnaan yang jauh dari yang ada hari ini. Rakyat mengharapkan kita mampu merasai dan menjiwai denyut nadi harian mereka serta medengar setiap rintihan yang dideritai.
Mendepani Pilihan raya umum pada masa hadapan secara biasa telah hampir pasti tidak akan menyebelahi kita. Sebagaimana sering disebut oleh mantan pengerusi SPR, undang-undang pilihan raya kita memerlukan perubahan yang menyeluruh bagi memastikan ia benar-benar mampu menjadikan Malaysia Negara demokrasi untuk rakyat.
Tamrin, Haris ditahan semula
Aktivis
PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris
Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan."Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.
"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.
"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.
Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.
"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.
"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya.
Apabila PAS tersasar 54 kerusi parlimen
Mazlan Aliman, | 28 Mei 2013 |
Sebagai
sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama (1951), PAS
mengharungi liku-liku perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang.
Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam
politik negara.
Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.
Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.
Apapun yang kita perkatakan mengenai penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus, kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini, BN adalah pemenangnya!
Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.
Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.
Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yang berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!
Kalah dalam pilihanraya bukan bererti tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, sahabat dan pejuang terdahulu yang jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi berguna.
PAS telah melalui tempoh-tempoh pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger-blogger pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.
Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dalam masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang hala tuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari-hari yang mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yang tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing-masing. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yang penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.
Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.
ANAK mesti diperkasa seperti NGO-NGO lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yang silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.
Insya Allah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yang menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yang suci dan murni ini...
Daripada terus membicarakan polemik ulama atau profesional, yang kadang kala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.
Mudah-mudahan kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masa depan.
PAS FOR ALL

'Himpunan bukan untuk tumbangkan kerajaan'
Siri-siri
himpunan rakyat selepas pilihan raya umum berlangsung bukan satu usaha
untuk menumbangkan kerajaan, kata jurucakap NGO Lawyers for Liberty,
Michelle Yesudas.
Sebaliknya, tegas Yesudas, ia adalah satu wadah rakyat untuk menyampaikan suara mereka secara kolektif kepada kerajaan selepas menyedari terdapat jurang komunikasi di antara rakyat dan pihak berkuasa.
"Himpunan-himpunan ini memberi kesedaran bahawa kita sebenarnya boleh bersama merapatkan jurang sesama kita.
"Ia bukan bertujuan menumbangkan kerajaan. Ia adalah cara kita menyusun diri kita sendiri," kata Yesudas dalam sidang media pertubuhan masyarakat sivil di Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau mengulas mengenai himpunan Blackout 505 dan juga himpunan nyalaan lilin yang diadakan bagi membantah siri penangkapan dan pendakwaan terhadap aktivis dan pemimpin politik Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Semalam enam pemimpin Pakatan didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505' kerana didakwa gagal memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan itu.
Bercakap dalam sidang media sama, Pengarah NGO Tenaganita, Irene Fernandez mempersoalkan pendakwaan ke atas individu yangmenganjurkan himpunan itu.
Menurutnya, pendakwaan tersebut mencabul hak asasi manusia berkaitan kebebasan menyuarakan pendapat dan ia sepatutnya bersifat substantif dan bukan berdasarkan perkara teknikal seperti tempoh masa penyerahan notis himpunan.
"Kenapa guna Akta Perhimpunan Aman terhadap perkara yang sangat bersifat teknikal?
"Dalam perkara berkaitan hak asasi manusia, kita perlu meneliti perkara yang bersifat substantif.
"Gugurkan semua dakwaan itu kerana ia mencabul hak yang asasi dan sah menurut Perlembagaan," kata Fernandez.

Nasrudin: Pemuda PAS sambut kritikan AMK
Ketua
Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata pergerakan itu sedia menyambut
kritikan ke atas PAS, seperti yang dilancarkan oleh pemimpin
sejawatannya dalam PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam kongres parti
tersebut hujung minggu lalu.
Nasrudin berkata, pihaknya sedia menerima apa jua kritikan terhadap PAS dan kepimpinannya daripada pelbagai pihak demi mendewasakan parti Islam itu.
Bagaimanapun, beliau sangat bersetuju setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar dan PAS akan akur jika teguran itu mempunyai asas dan hujah yang jelas untuk melakukan perubahan.
"Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawab balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka.
"Contohnya apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Shamsul Iskandar yang antara lainnya membangkitkan mengenai satu kritikan presiden PAS ke atas keperibadian calon parti tertentu yang tidak dinamakan.
Isu berkenaan memuncak sejurus sebelum hari pencalonan pilihan raya umum ke-13 apabila satu rakaman video yang memuatkan kenyataan Hadi itu muncul di Internet.
Hadi dalam satu video berkenaan mendakwa PAS terlibat dalam kerusi yang bertindih dengan PKR untuk menyelamatkan Pakatan daripada melalui krisis perlembagaan, seperti berlaku di Perak pada 2009, sekali lagi.
Beliau juga terdapat calon yang disyaki sebagai pengedar dadah walau tidak menyebut apa-apa nama.
Mengulas perkara itu, Nasrudin dalam kenyataannya berkata ramai pihak yang menghubunginya untuk mendapatkan pandangan kerana kandungan kenyataan Hadi itu didakwa mewujudkan "tunas perpecahan" dalam Pakatan Rakyat.
"Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.
Ahli parlimen Bukit Katil itu turut menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang tetap mengeluarkan watikah pelantikan calonnya untuk bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Kawasan yang menyaksikan pertembungan PAS dan PKR itu melibatkan tiga kawasan di Terengganu (Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera), masing-masing satu di Pulau Pinang dan Johor (Sungai Acheh dan Panti), dan kerusi parlimen Wilayah Persekutuan Labuan.
Nasrudin yang juga ahli parlimen Temerloh berkata sikap terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna pihaknya mesti diam atau membisu dalam menerima kritikan tersebut.
Sebaliknya, katanya, memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
Sementara itu, Bendahari Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin dilapor menyelar Shamsul Iskandar supaya tidak berlagak sebagai hero dengan mencela Abdul Hadi.
Laporan Berita Harian hari ini memetik Khairil sebagai menasihatkan Shamsul supaya tidak cuba mengajar PAS mengenai konsep tahaluf siyasi, jika gagal memahami maksud sebenar dan syaratnya.
"Jangan jadikan tahalluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Presiden sebagai modal untuk berlagak hero di hadapan perwakilan AMK. Jangan mencela Tuan Guru Presiden seolah-olah beliau bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik.
"Ia kasar dan biadab untuk dikaitkan dengan tindakan Tuan Guru Presiden," katanya dalam satu kenyataan.
Pegawai pengendali tersebut, Manoj Kurup berkata langkah tersebut dapat mengelakkan kejadian melibatkan individu berbeza menjadi pemegang MyKad dengan nombor yang sama.
Situasi berkenaan dibangkitkan semasa prosiding suruhanjaya tersebut semalam.
Manoj berkata, cadangan tersebut boleh dilaksanakan memandangkan SPR boleh mengakses pengkalan data dan gambar pemegang MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara melalui Agency Link-Up System (ALIS).
Saksi, Yusniati Ishak, yang merupakan pegawai SPR, berkata cadangan tersebut boleh dikemukakan namun berkata "sedikit sukar untuk pengundi mengemukakan gambar" kepada suruhanjaya tersebut.
Nasrudin berkata, pihaknya sedia menerima apa jua kritikan terhadap PAS dan kepimpinannya daripada pelbagai pihak demi mendewasakan parti Islam itu.
Bagaimanapun, beliau sangat bersetuju setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar dan PAS akan akur jika teguran itu mempunyai asas dan hujah yang jelas untuk melakukan perubahan.
"Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawab balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka.
"Contohnya apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Shamsul Iskandar yang antara lainnya membangkitkan mengenai satu kritikan presiden PAS ke atas keperibadian calon parti tertentu yang tidak dinamakan.
Isu berkenaan memuncak sejurus sebelum hari pencalonan pilihan raya umum ke-13 apabila satu rakaman video yang memuatkan kenyataan Hadi itu muncul di Internet.
Hadi dalam satu video berkenaan mendakwa PAS terlibat dalam kerusi yang bertindih dengan PKR untuk menyelamatkan Pakatan daripada melalui krisis perlembagaan, seperti berlaku di Perak pada 2009, sekali lagi.
Beliau juga terdapat calon yang disyaki sebagai pengedar dadah walau tidak menyebut apa-apa nama.
Mengulas perkara itu, Nasrudin dalam kenyataannya berkata ramai pihak yang menghubunginya untuk mendapatkan pandangan kerana kandungan kenyataan Hadi itu didakwa mewujudkan "tunas perpecahan" dalam Pakatan Rakyat.
"Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.
Tembung 7 kawasan
"Sejarah
membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib
memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut,
sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas
melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa,"
katanya.Ahli parlimen Bukit Katil itu turut menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang tetap mengeluarkan watikah pelantikan calonnya untuk bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Kawasan yang menyaksikan pertembungan PAS dan PKR itu melibatkan tiga kawasan di Terengganu (Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera), masing-masing satu di Pulau Pinang dan Johor (Sungai Acheh dan Panti), dan kerusi parlimen Wilayah Persekutuan Labuan.
Nasrudin yang juga ahli parlimen Temerloh berkata sikap terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna pihaknya mesti diam atau membisu dalam menerima kritikan tersebut.
Sebaliknya, katanya, memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
Sementara itu, Bendahari Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin dilapor menyelar Shamsul Iskandar supaya tidak berlagak sebagai hero dengan mencela Abdul Hadi.
Laporan Berita Harian hari ini memetik Khairil sebagai menasihatkan Shamsul supaya tidak cuba mengajar PAS mengenai konsep tahaluf siyasi, jika gagal memahami maksud sebenar dan syaratnya.
"Jangan jadikan tahalluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Presiden sebagai modal untuk berlagak hero di hadapan perwakilan AMK. Jangan mencela Tuan Guru Presiden seolah-olah beliau bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik.
"Ia kasar dan biadab untuk dikaitkan dengan tindakan Tuan Guru Presiden," katanya dalam satu kenyataan.
SPR digesa muat gambar pengundi dalam daftar pemilih
Seorang
pegawai pengendali Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung kes imigran Sabah
mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya memuatkan gambar pengundi
dalam daftar pemilih untuk memastikan individu yang membuang undi adalah
pengundi tulen.Pegawai pengendali tersebut, Manoj Kurup berkata langkah tersebut dapat mengelakkan kejadian melibatkan individu berbeza menjadi pemegang MyKad dengan nombor yang sama.
Situasi berkenaan dibangkitkan semasa prosiding suruhanjaya tersebut semalam.
Manoj berkata, cadangan tersebut boleh dilaksanakan memandangkan SPR boleh mengakses pengkalan data dan gambar pemegang MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara melalui Agency Link-Up System (ALIS).
Saksi, Yusniati Ishak, yang merupakan pegawai SPR, berkata cadangan tersebut boleh dikemukakan namun berkata "sedikit sukar untuk pengundi mengemukakan gambar" kepada suruhanjaya tersebut.
Zahid: KDN cadang CCTV di lokap tahanan
Penyediaan
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik lokap tahanan dan
pewujudan lebih banyak lokap berpusat merupakan antara cadangan yang
dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik prosedur
melibatkan tahanan polis.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga dapat memberi gambaran sebenar mengenai keadaan di bilik tahanan bagi mengelak pandangan serong masyarakat terhadap polis.
Beliau berkata apabila CCTV disediakan, rakaman dapat menjadi bahan bukti jika sebarang kecederaan dan kematian berlaku.
"Kami juga bercadang untuk tidak letakkan orang kena tuduh di balai-balai polis berkenaan tapi kita akan mohon kepada kerajaan untuk wujudkan (lebih banyak) pusat tahanan berpusat seperti lokap di Jinjang agar polis tidak terus dituduh ketika jalankan soal siasat," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pertahanan Awam, Jalan Semarak di ibu negara hari ini.
Ahmad Zahid, dalam pada itu, meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada kementerian dalam melakukan siasatan rapi berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap.
Beliau merujuk kepada kematian N. Dharmendran, 32, di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Ahmad Zahid berkata siasatan dalaman dilakukan sekumpulan penyiasat dan ia diharap dapat menyelesaikan kes itu dan seterusnya membawa sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan.
"Berilah kepercayaan kepada KDN untuk jalanan siasatan ini secara adil... jika benar ada sesiapa yang telah lakukan sesuatu di luar kuasa dan perundangan, tindakan yang setimpal akan diambil," katanya.
Mengenai perhimpunan jalanan yang kerap dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, Ahmad Zahid berkata ia lebih bersifat provokasi bertujuan mendapat liputan media luar negara.
"Ia untuk menggambarkan seolah-olah negara kita ini sedang mengalami huru-hara kerana pihak pembangkang kalah pilihan raya," katanya.
-Bernama
Timbalan ketua polis negeri SAC Datuk Abdul Rahim Jaafer berkata jabatannya hanya menerima notis berkenaan semalam dari penganjur, Yayasan Prithee Amal Malaysia.
Perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam ini antara lainnya bertujuan untuk menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Oleh yang demikian, ia tidak mematuhuhi syarat (notis) 10 hari mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.
"Kegagalan untuk mematuhi undang-undang ini boleh menyebabkan penganjur dikenakan tindakan polis mengikut Seksyen 9(5) akta tersebut," kata Abdul Rahim dalam satu kenyataan.

Polis: Himpunan pro-BN langgar Akta Perhimpunan Aman
Polis
Pulau Pinang mengisytiharkan bahawa perhimpunan pro-BN yang dijadualkan
untuk diadakan pada malam ini sebagai perhimpunan haram kerana
penganjur gagal memberi notis dalam tempoh 10 hari seperti yang
diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.Timbalan ketua polis negeri SAC Datuk Abdul Rahim Jaafer berkata jabatannya hanya menerima notis berkenaan semalam dari penganjur, Yayasan Prithee Amal Malaysia.
Perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam ini antara lainnya bertujuan untuk menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Oleh yang demikian, ia tidak mematuhuhi syarat (notis) 10 hari mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.
"Kegagalan untuk mematuhi undang-undang ini boleh menyebabkan penganjur dikenakan tindakan polis mengikut Seksyen 9(5) akta tersebut," kata Abdul Rahim dalam satu kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan