Rakyat Malaysia yang budiman bakal dianugerahkan hadiah paling besar daripada kerajaan Umno-BN yang merajai kita hari ini. Ia lebih besar daripada bencana barang naik; kamera AES, cukai GST, harga minyak, gula, jalan tol dan lain-lain.

Namanya Trans Pacific Partnership Agreement (TPP). Baru-baru ini di Lima, Peru pada 15-24 Mei yang lalu, telah berlangsung rundingan TPP pusingan yang ke 17.

TPP dijangka dapat diselesaikan menjelang sidang APEC di Indonesia, Oktober 2013 ini.
Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21.

Rundingan bermula 2010 melibatkan Amerika Syarikat dan sembilan buah negara rantau pasifik iaitu, Canada, Chile, Peru, Mexico, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Jepun baru-baru ini ikut serta dalam rundingan, manakala kelibat China tidak kelihatan.

Ia bertujuan mewujudkan blok ekonomi yang akan menyeimbangkan kekuatan ekonomi, dan nantinya kedudukan strategik geo politik China di Asia Timur.

TPP membolehkan 600 buah syarikat gergasi dunia (Multi National Corporations-MNCs) menilai atau memantau rundingan perjanjian ini dengan hanya satu klik - dan mendapat aksesnya dalam talian internet. Para pelobi MNCs ini, boleh mendapatkan akses terhadap dokumen, membuat ulasan serta mempengaruhi isi perjanjiannya.

Manakala wakil-wakil Kongres AS pula tidak punya akses terhadap isi perjanjian ini. Waima Senator Ron Wyden sendiri yang menjawat Pengerusi Senate Subcommittee on Trade.

Senator Ron Wyden dan para senator lainnya telah menuntut ketelusan dalam proses rundingan perjanjian. Pada Jun 2012, seramai 132 orang perwakilan Kongres AS (1/3 jumlah ahli Kongres) telah menulis, menandatangani dan mengedarkan surat bantahan menuntut ketelusan dalam proses rundingan. Mereka mencatat dalam surat itu:

"Jika Kongres dan orang awam tidak dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu sehingga berakhirnya proses tersebut, maka ia bermakna, apa-apa peluang untuk memberi masukan input telah hilang. Suatu perjanjian perdagangan yang tidak boleh berdiri untuk penelitian awam tidak boleh dirundingkan atas nama warganegara Amerika Syarikat. "

Salah satu kemenangan tenaga bantahan terhadap pensejagatan kuasa korporat-MNCs adalah kekalahan Free Trade Area of The Americas (FTAA). Selepas lulusnya Perjanjian Wilayah Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) pada 1995, FTAA seharusnya diperluas ke seluruh wilayah Barat.

Namun demikian, cadangan perjanjian tersebut secara telus telah didedahkan kepada umum. Bantahan meluas disusun dan rundingan dibatalkan sebelum tarikh tamat pada 2005. Salah satu sebab tewasnya rundingan FTAA tersebut kerana teks dokumen perjanjian dibenar untuk didedahkan ke pengetahuan umum.

Itu di AS yang punya demokrasi, hak asasi manusia, pilihanraya adil, media bebas dan Akta Kebebasan Maklumat. Di Malaysia, apatah lagi dengan Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan lain-lain lagi perundangan tidak demokratik, TPP terus lenyap daripada wacana umum.

Peliknya, cerita bodoh Red Bean Army yang menjadi kepala berita akhbar arus perdana, bukannya TPP.

Kalau ia dibincangkan, ia dibicarakan secara sempit, di ruangan pinggiran tanpa rujukan luas, kritikal dan ilmiah. Konon, TPP hanya melibatkan kepentingan ekonomi orang Melayu. Begitulah ceteknya hujah yang diberikan. Masih menusuk jarum perkauman.

Tidak pasti hujah ini untuk menarik lebih ramai orang lagi bagi membantah TPP. Ataupun ianya sekadar melepaskan batuk di tangga agar agenda membodohkan orang Melayu terus bergerak lancar. Seterusnya menenggelamkan isu TPP ini.

Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia yang akan mendapat bala bahana TPP, antaranya:
  • Menghakis hak-hak pekerja di seluruh dunia (pekerja Malaysia akan ditambah aniaya lagi)
  • Menukar atau membuang peraturan-peraturan institusi kewangan negara, termasuk di Wall Street (apatah lagi Malaysia dengan pecah amanah dan rasuahnya)
  • Mengutamakan keuntungan korporat keparat MNC daripada hak rakyat (Malaysia telah lama dirundung sistem kapitalis monopoli oleh segelintir kroni Umno-BN, akan ditambah lagi)
  • Menghapuskan pekebun, peladang, penternak, petani dan nelayan kecil, memaksa perpindahan dan memusatkan bekalan makanan dunia ke tangan 1% penguasa kekayaan dunia
  • Membataskan kebebasan dan daya cipta inovasi terhadap Internet.
NGO Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telahpun berkempen melawan TPP ini atas sebab ia menyekat penggunaan ubatan generik yang lebih murah. Ia akan mengakibatkan rawatan penyakit kronik seperti tuberculosis, malaria, HIV/AIDS, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi menjadi sangat mahal.

Pada rundingan ke 15 di Auckland, New Zealand, Disember tahun lalu, pihak perunding Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengesyorkan untuk menyekat jumlah maklumat berkenaan isi kandungan dan formula makanan yang diproses.
Walhal undang-undang hak kepenggunaan hampir di negara-negara maju memerlukan syarikat-syarikat pengeluar makanan memberikan maklumat tepat formula dan bahan-bahan kandungan produk makanan keluaran mereka.
Pastilah cadangan ‘bernas' Malaysia ini disokong kuat oleh AS. Ataupun barangkali Malaysia telah menjadi sarana MNCs untuk menyuarakan kepentingan mereka. Kita tertanya-tanya, pada waktu itu antara peneraju MITI ialah anak Dr. Mahathir sendiri.

Masalahnya TPP dirundingkan kerajaan Malaysia tanpa ketelusan, dengan kebanyakan syarat-syarat perjanjian dipaksakan tanpa pembuatan keputusan yang demokratik.

Bagaimana kerajaan yang hanya mendapat mandat 46 % undi popular ini, berhak untuk merundingi dan menandatangani perjanjian yang akan memberi kesan buruk untuk seluruh penghidupan di tanah air ini - alam, manusia dan segala harta milikan awam yang masih tersisa?

Jikalau kita membaca dongengan atau kisah mitos Melayu kuno, seperti kisah Sultan Mahmud dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu berkenaan kejatuhan Melaka, atau kisah Raja Bersiong dan kerajaan Langkasuka, kita akan mendapati kemusnahan empayar-empayar Melayu kuno (Hindu-Budha dan Islam) ini berpunca daripada serangan dan penguasaan asing.

Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada 1511. Manakala Langkasuka dan Srivijaya di rantau Nusantara melemah akibat serangan Raja Rajendra Chola (negara moden Tamil dan Lanka) pada 1025.
Tetapi kita tidak boleh menolak hakikatnya dengki khianat, tamak haloba, kezaliman, rasuah dan pecah amanah di kalangan pemerintah tempatan menjadi punca utama faktor dalaman yang merobohkan tembok pertahanan daripada ancaman luar.

Inilah akibatnya, serakah dasar penswastaan serta rakus pemerintahan zalim, rasuah, pecah amanah pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun (dirujuk sebagai Mahathirisme). Inilah kesannya hegemoni United Malays National Organization selama lebih 55 tahun.

Bagi penyokong tegar Umno-BN, pada hari ini dan mendatang, sehingga termeterainya Perjanjian TPP ini, teruskanlah sokongan anda kepada Umno-BN. Nanti rasailah nikmat kehancuran dan kehilangan itu.

Bagi mereka yang telah lama hancur penghidupan dan harapannya, kehilangan telah sebati menjadi zat yang menyihatkan - itulah hikmat kekosongan!

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Sidang Dun pertama Selangor akhir bulan depan
JAMILAH HAMZAH
30 Mei 2013
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim
KLANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan sidang Dun pertama bagi penggal ini akan bermula pada 28 Jun depan.

Menurutnya, persidangan Dun pertama itu juga akan dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tambahnya, persidangan itu akan dijalankan selepas upacara angkat sumpah di Dewan Negeri oleh Speaker dan Timbalan Speaker serta Exco yang dilantik untuk penggal 2013 - 2018.

"...bermula 21 Jun untuk angkat sumpah di Dewan (Rakyat) tentukan Speaker dan Timbalan Speaker, dan Exco dikehendaki angkat sumpah juga.

"Pada 28 Jun persidangan Dun pertama akan bermula," katanya pada pemberita di Istana Alam Shah di sini, hari ini.
Senarai portfolio dan Exco Selangor
Wartawan Sinar Harian
30 Mei 2013
Exco Selangor
Senarai portfolio dan Exco Selangor
ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim memegang memegang jawatan sebagai Menteri Besar.  Antara bidang tugas termasuklah urusan  Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad
-Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali
-Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi
-Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Adun Sabak, Sallehen Mukhyi
-Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim
-Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah
-Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram

Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman
-Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail
-Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong
-Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi
-Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi
10 Exco Selangor angkat sumpah hari ini
JAMILAH HAMZAH
30 Mei 2013
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
Exco Selangor
Antara barisan Exco Selangor bagi penggal 2013-2018.
Ahmad Yunus Hairi
Ahmad Yunus Hairi
dr-halimah-ali
Ean Yong Hian Wah
Ean Yong Hian Wah
KLANG - Seramai 10 orang Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.

Exco Selangor kali ini menampilkan empat calon muka baru dan enam calon yang dikekalkan untuk penggal ini.

Pas membariskan tiga Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi manakala calon muka, Adun Sabak, Sallehen Mukyi.

Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan  Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Istiadat angkat sumpah, semua 10 Exco yang dipekenan Sultan Selangor  itu berlangsung tepat jam 9.30 pagi di Balairung Seri di hadapan  Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini.

Adun Pas, Iskandar mengetuai barisan Exco memulakan istiadat angkat sumpah dan menerima surat perlantikan daripada Sultan Selangor.

AKAN MENYUSUL
PKR: 'Tak susah turun harga kereta'
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
30 Mei 2013
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
PETALING JAYA – PKR menyifatkan mekanisme yang digunakan kerajaan hari ini untuk menurunkan harga kereta ambil masa yang lama dan merugikan sesetengah pihak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah atau mustahil kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais sahaja.

“Cara yang mereka buat adalah menekan pembuat dan penjual kereta untuk kurangkan margin, ini tidak adil kerana akan memberi kesan kepada pekerja dan industri pembuat kereta.

“Sebab itu sampai perlu ambil masa yang lama kerana kerajaan mahu pujuk dan tekan pembuat kereta, perlu bincang dan persetujuan terlebih dahulu dengan kemungkinan menawarkan sesuatu yang lain,” katanya kepada selepas sidang media di pejabat PKR semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mengingatkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk tidak menggunakan taktik mengaburi mata rakyat dengan pengurangan cukai yang dibuat kerajaan.

“Amaran saya kepada beliau jangan nak guna taktik kurang dua ke tiga peratus setiap tahun, tetapi bila menjelang PRU14 baru nak kurangkan sampai 20 peratus.

“Saya jamin rakyat akan betul-betul marah kerana rakyat sudah faham sepenuhnya bahawa nak kurangkan harga kereta begitu mudah,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN tidak seperti PR yang akan mengurangkan duti eksais secara serentak 20 peratus yang memperuntukkan RM1 bilion setiap tahun.

“BN hanya mahu kurangkan 30 peratus berperingkat-peringkat, kalau potong lima peratus setiap tahun daripada kutipan RM7 bilion hanya lebih kurang RM300 juta sahaja.

“Takkanlah RM300 juta pun tidak boleh sedangkan Jabatan Perdana Menteri membelanjakan iklan setiap tahun hampir RM100 juta,” katanya.

Menurut Rafizi, beliau dan ahli parlimen PR akan terus mendesak kerajaan menurunkan harga kereta dengan lebih konsisten dan berkesan dalam persidangan di Dewan Rakyat nanti.

“Pendekatan yang digunakan haruslah menyeluruh, bukannya hanya menekan satu-satu pihak sahaja sehingga pihak terbabit terjejas,” katanya.

Terdahulu, firma penyelidikan JF Apex Securities berpendapat, kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan
penguasaan pasaran Proton.

“Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara,” kata JF Apex.

JF Apex berkata, pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus,
yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.
SPR ulang pendirian mahu semuka Rafizi
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
30 Mei 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi pendirian beliau untuk bersemuka dengan ketua jawatankuasa #siasatPRU13, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat, Rafizi sepatutnya mengadakan jalinan kerjasama yang baik dengan SPR.

“Lebih baik saya bersemuka dengan beliau kerana banyak aduan dan dakwaan yang dilakukan oleh beliau, tidak perlu dialog atau forum.

“Sebagai wakil rakyat baru, hubungan dengan SPR patut dirapatkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Rafizi tidak perlu memusuhi SPR kerana badan itu sentiasa ikhlas menjalankan tugas seperti mana diamanahkan.

“Saya sedia untuk dengar aduannya, kalau berkait dengan soal teknikal, saya akan aturkan dengan bahagian tersebut untuk beri penerangan kepada beliau, kalau berhubung dasar SPR saya boleh jelaskan,” katanya.

Wan Ahmad turut mengingatkan parti politik untuk menerima keputusan PRU13 dan jika ada yang tidak berpuas hati, maka mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau meletak jawatan kerana didakwa gagal menguruskan PRU13 dengan baik, beliau berkata, pihaknya tidak bias kepada sesiapa, menjalankan tugas dengan saksama.

“Pengerusi dan timbalan pengerusi datang dan pergi, bila kita dilantik kita lakukan dengan sebaik mungkin," katanya.

Semalam, Rafizi dalam sidang medianya di Pejabat PKR mencadangkan Timbalan Pengerusi SPR itu hadir di forum yang akan diaturkan nanti.


KEADILAN bongkar rancangan SPR benarkan pengundian dua kali

(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.
Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.
Fuziah“Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,” kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda. Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali.
“Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan). Selepas mengundi lebih kurang jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh dibasuh.
“Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi, dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi,” jelas Fuziah.
Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.
“Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar,” katanya.
“Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara,” tegasnya.
Budak 14 tahun ditemui mati di kawasan pembuangan sampah
Wartawan Sinar Harian
30 Mei 2013
 MELAKA - Misteri kehilangan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang tidak pulang ke rumah selepas keluar mengaji dua hari lalu terjawab apabila dia ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, lewat petang semalam.

Mangsa yang tinggal di Taman Desa Molek di sini, ditemui dalam keadaan terlentang di atas papan lapis berhampiran padang oleh sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja pulang dari bermain bola sepak kira-kira jam 7 petang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, ibu bapa mangsa membuat laporan polis  di Balai Polis Tiang Dua kelmarin selepas anak mereka tidak pulang ke rumah Isnin lalu.

“ Pihak keluarga telahpun mengesahkan mangsa adalah anak mereka berdasarkan pakaian mangsa yang  sama sebelum keluar rumah,” katanya.
Kuasa Agong lantik, pecat pengurusan tertinggi SPR
Wartawan Sinar Harian
30 Mei 2013
SHAH ALAM – Gesaan pembangkang supaya pengurusan tertinggi SPR meletakkan jawatan seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong, kata Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain.

Menurut Ahmad Atory, kuasa pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan lima anggota lain dalam SPR adalah di bawah Agong.

“Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan jika Agong bertitah sedemikian maka barulah kena pada tempatnya (pentadbiran SPR meletakkan jawatan),” katanya mengulas tindakan pembangkang yang mahukan pentadbiran SPR meletakkan jawatan atas alasan penipuan dalam PRU13, 5 Mei lalu.

Justeru katanya, bukan sewenangnya mana-mana pihak boleh minta pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan tersebut.

Gesaan itu juga dikemuka Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar letak jawatan ekoran dakwaan kegagalan badan itu adakan pilihan raya yang bersih.

Susulan itu, pembangkang mengadakan perhimpunan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap keputusan PRU13.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendakwa kemenangan PR dirompak oleh BN selain menuduh SPR mengkhianati amanah rakyat dengan memberi kemenangan kepada BN.

Tuduhan dilempar terhadap SPR termasuk isu dakwat kekal, pengundi hantu, keraguan kertas undi, dan lampu padam di pusat kira undi.


Syabab Pas Kampar shared Janji Dicapati ~'s photo.
KETUA AUDIT NEGARA .. Siapa si PEMBOROS ni?
Bila nak bayar balik hutang2 yg kerajaan gunakan. gomen tahu plak 'sound' student yg pakai & pinjam PTPTN bila lmbat byr balik. dah ganti blom berbillion2 duit KWSP, duit kami yg kamu gunakan NAJIB oiiii.... makin jahanam negara kamu kerjakan. Dunia akhirat tidak kami halalkan, akhirat nnti kami tuntu kamu kelak... Tahi lembu (in english)

p/s: Pada najib RM10 Billion it's small figure. jika skrg rakyat M'sia 28.3 juta, MEANS sorang dpt RM353.36 jer... sbb tu najib tak kesah rembat hak rakyat

- Arabic -
KETUA AUDIT NEGARA .. Siapa si PEMBOROS ni?
Bila nak bayar balik hutang2 yg kerajaan gunakan. gomen tahu plak 'sound' student yg pakai & pinjam PTPTN bila lmbat byr balik. dah ganti blom berbillion2 duit KWSP, duit kami yg kamu gunakan NAJIB oiiii.... makin jahanam negara kamu kerjakan. Dunia akhirat tidak kami halalkan, akhirat nnti kami tuntu kamu kelak... Tahi lembu (in english)

p/s: Pada najib RM10 Billion it's small figure. jika skrg rakyat M'sia 28.3 juta, MEANS sorang dpt RM353.36 jer... sbb tu najib tak kesah rembat hak rakyat

- Arabic -
Menentang kerajaan dianggap penderhaka
Wartawan Sinar Harian
30 Mei 2013
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Katanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.

“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya.


Biografi Imam Abu Hanifah


Biografi Imam Abu Hanifah
Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) adalah salah seorang Imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam, iaitu Mazhab Hanafi. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Abu Hanifah yang bukan orang Arab. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W.

Nama sebenar beliau ialah An-Nu`man bin Tsabit bin Zauta bin Maha At-Taymiy (ﻨﻌﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﺛﺎﺑﺖ ﺑﻦ ﺯﻭﻃﺎ  ﺍﻟﺘﻴﻤﻲ). Beliau dilahirkan di Kufah, Iraq pada tahun 80H/699M. Sebuah bandar yang terkenal sebagai pusat ilmu Islam ketika itu, diasaskan oleh ‘Abdullah ibn Mas‘ud radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahu ‘alaihiwasallam.

Imam Abu Hanifah merupakan seorang tabi`in. Beliau berketurunan Parsi / Persia (Iran), atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Ayahnya seorang peniaga kain. Dia sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya, akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Al-Quran.

Beliau dikenali dengan nama Abu Hanifah kerana salah seorang anaknya bernama Hanifah.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:

1. Kerana dia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka dia diberi julukan dengan Abu Hanifah.

2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka dia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya dia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.

3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadits-hadits, ke mana dia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu dia dinamakan Abu Hanifah.

Waktu dia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Imam Abu Hanifah pada satu hari telah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang masyhur pada ketika itu bernama as-Sya’bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa yang terpendam dalam Imam Abu Hanifah, as-Sya’bi menasihatkan beliau agar lebih banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan dorongan as-Sya’bi, Imam Abu Hanifah mula menceburkan diri secara khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Imam Abu Hanifah mula belajar dengan mendalami ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab, ilmu kalam dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadits dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya. Imam Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada as-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang.

Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah di Iraq, untuk berguru bersama Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu terkenal sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadith (pemimpin umat dalam bidang hadits), beliau diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadits kepada orang ramai.

Berkata Shu’bah: “Sebagaimana aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya matahari, aku juga ketahui dengan pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama. ”Imam Abu Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan Basrah di Iraq. Beliau kemudiannya turun ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu lagi. Di sana beliau duduk berguru kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah.

Kemudiannya Imam Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar agama di Makkah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abdullah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Thalib r.a, Abu Hurairah r.a dan ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum. Kehandalan Imam Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadits dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Imam Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk Makkah.

Imam Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir dan Ja’afar as-Shadiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik bin Anas, tokoh besar kota Madinah ketika itu. Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun lebih tua daripada Imam Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar.

Apabila guru kesayangannya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Imam Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain yang akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan tersebut.

Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya. Di samping mengajar, Imam Abu Hanifah adalah juga seorang pedagang dan beliau amat bijak dalam mengadili antara dua tanggungjawabnya ini sebagaimana diterangkan anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyadh:

“Adalah Imam Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang yang sangat sabar dalam pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.”

Selain berguru dengan para tabi`in, beliau juga menemuï beberapa orang sahabat Nabi, antaranya Anas bin Malik, `Abdu Llah bin Abi Awfa, `Abdu Llah bin Al-Hasan, Zayd bin `Aliy, `Abdu Llah bin Al-Haris bin Juz’, dan Ma`qal bin Yasar, Abu t-Tufayl `Amir bin Wasilah.

Imam Abu Hanifah mempunyaï ramai murid yang masyhur seperti Abu Yusuf, Asad bin `Amr, Al-Qasim bin Ma`n, Zafr bin Al-Huzayl, Al-Walid bin Aban, Abu Bakr Al-Hazliy, Ya`qub bin Ibrahim Al-Ansariy Al-Kufiy, Muhammad bin Al-Hasan bin Asy-Syaybaniy dan Al-Hasan bin Ziyad Al-Lu’lu’iy Al-Kufiy.

Imam Abu Hanifah adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran dia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Abu Hanifah kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.


Imam Abu Hanifah menolak pangkat dan kedudukan tinggi

Sifat Imam Abu Hanifah yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Dia menolak pangkat dan menolak wang yang diberikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara dia diseksa, dipukul dan sebagainya.

Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin dia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Abu Hanifah akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Dia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Qadhi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Abu Hanifah tersebut. Seolah-olah Imam Abu Hanifah memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu dia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Abu Hanifah mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Abu Hanifah menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Abu Hanifah dalam menegakkan pendirian hidupnya.

Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqh yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.

Ketika itu gabenor menetapkan Imam Abu Hanifah menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya dia akan dihukum dengan pukulan.”

Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Abu Hanifah tetap menolak jawatan itu, bahkan dia tetap tegas, bahawa dia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.

Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi qadhi (kadi), juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Abu Hanifah tetap dengan pendiriannya. Sampai dia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.

Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Abu Hanifah. Walaupun demikian ketika Imam Abu Hanifah diseksa, dia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika dia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Abu Hanifah juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.

Pada tahun 132H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.

Suatu hari Imam Abu Hanifah mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya dia datang mengadap ke istana. Sesampainya dia di istana Baghdad, dia ditetapkan oleh baginda menjadi qadhi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Abu Hanifah “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”

Kerana dia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Abu Hanifah itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.

Pada suatu hari Imam Abu Hanifah dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi dia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”

Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”

Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”

Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat perlantikan tersebut.

Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi qadhi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi qadhi di ibu kota. Adapun Imam Abu Hanifah tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun dia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.

Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian dia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.


Saat-saat terakhir

Suatu kali Imam Abu Hanifah dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Dia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Abu Hanifah kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M dalam keadaan menderita di penjara ketika itu dia berusia 70 tahun (ada yang mengatakan 68 tahun).

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini amat dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah.

Imam Abu Hanifah menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Abu Hanifah untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Abu Hanifah menolak semua tawaran yang mereka berikan.

Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Abu Hanifah dan berada di kalangan orang-orang soleh di sana, amin.


Sumbangan kepada Tamadun Islam

1- Kebanyakan masanya digunakan untuk mengajar di masjid.

2- Berfikiran secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fiqh.

3- `Ulama’ pertama yang menyusun kitab fiqh mengikut bab dan fasal dengan baik dan tersusun.

4- Seorang yang amat teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadits.

5- Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kaedah-kaedah tertentu.

6- Antara kitab yang ditulis oleh beliau ialah Al-Fiqh Al-Akbar dan Kitab Al-Fara’idh.

7- Beliau juga seorang yang amat teliti terhadap hadits. Beliau hanya menerima hadits yang sahih dan kuat sanadnya.


Pengaruh Mazhab Hanafi

Aliran mazhab Imam Abu Hanifah dikenali dengan nama Mazhab Hanafi. Sejak ia muncul, ia tersebar luas dan begitu berpengaruh di Iraq. Mazhab Hanafi ialah mazhab rasmi Dawlah (kerajaan) `Usmaniyyah, dan masih berpengaruh di negara-negara bekas jajahan Dawlah `Usmaniyyah seperti Mesir, Syria, Lubnan, Bosnia dan Turki.


Rujukan:

1 - al-imron.blogspot.com/2007/10/imam-abu-hanifah.html
2 - Biografi Imam Mazhab Empat - Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
3 - Ringkasan riwayat hidup 4 Imam pengasas mazhab


Imam Hanafi Diseksa Kerana Menolak Jawatan

Imam Abu Hanifah atau Imam Hanafi adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
  1.  Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan 
  2.  Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
  3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.
Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah. Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut.

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.

Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.

Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.

Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.

Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”

Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.

Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.

Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.

Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.

Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”

Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.

Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”
Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”

Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”

Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut.

Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.

Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.

Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.

Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan.

Waallahu'alam
sumber: irfanirsyad.wordpress.com |

Sejarah Kehidupan Imam Abu Hanifah, Pengasas Mazhab Hanafi



Sejarah Imam Mazhab Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu'man bin Tsabit bin Zhuthi' lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu pada ketika itu.


Ianya diasaskan oleh ‘Abd Allah ibn Mas‘ud radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama ‘Ali bin Abi Talib radhiallahu ‘anh. Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Qur'an.


Abu Hanifah pada satu hari telah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang masyhur pada ketika itu bernama al-Sya’bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa yang terpendam dalam Abu Hanifah, al-Sya'bi menasihatkan beliau agar lebih banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan dorongan al-Sya'bi, Abu Hanifah mula menceburkan diri secara khusus  mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Abu Hanifah mula belajar dengan mendalam ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab, ilmu kalam dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadis dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga mendalaminya. Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada al-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang.

Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah untuk berguru bersama Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu terkenal sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadis (Pemimpin umat dalam bidang hadis), beliau diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadis kepada orang ramai. Berkata Shu'bah:



Sebagaimana aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya matahari, aku juga ketahui dengan pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama.

Abu Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan Basrah. Beliau kemudiannya turun ke Mekah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau duduk berguru kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah. Kemudiannya Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar di Mekah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah dan ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum. Kehandalan Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadis dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk Mekah.

Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama  Baqir dan Ja’afar al-Siddiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Malik bin Anas, tokoh besar kota Madinah ketika itu. Walaupun Abu Hanifah 13 tahun lebih tua daripada Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar. Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain yang akan meneruskan perjuangan Hammad, Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan tersebut.

Mulai di sinilah imam mazhab Abu Hanifah mengajar dan menjadi sejarah tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya. Disamping mengajar, Abu Hanifah ialah juga seorang pedagang dan beliau amat bijak dalam mengadili antara dua tanggung-jawabnya ini sebagaimana terang anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyad:



Adalah Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang yang sangat sabar dalam pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.



Pada zaman pemerintahan Abbasid, Khalifah al-Mansur telah beberapa kali meminta beliau menjawat kedudukan qadi kerajaan. Abu Hanifah berkeras menolak tawaran itu. Jawapan Abu Hanifah membuatkan al-Mansur marah lalu dia menghantar Abu Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai menyebabkan al-Mansur terpaksa membenarkan Abu Hanifah meneruskan pengajarannya walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula mengerumuni penjara untuk belajar bersama Abu Hanifah, al-Mansur merasakan kedudukannya mula tergugat. al-Mansur merasakan Abu Hanifah perlu ditamatkan hayatnya sebelum terlambat.



Akhirnya Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M ketika di dalam penjara disebabkan termakan makanan yang diracuni orang. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah. Abu Hanifah mempunyai beberapa orang murid yang ketokohan mereka membolehkan ajarannya diteruskan kepada masyarakat. Antara anak-anak murid Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M) dan Muhammad bin Hasan al-Syaibani (189H/805M).

Sumbangan dan Jasa

a.Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.

b.Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan
antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.

c.Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal
fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran
atau hadis nabi.

d.Berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun
kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.

e.Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah:

i.Fikah Akbar.
ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim.
iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.

e.Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India,
Pakistan China, Khurasan, Turki dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.


Abu Hanifah; Imam Di Hati Rakyat

Posted by Abu Hannan


Al-Nu'man bin Zauthi al-taimi adalah salah seorang ulama' yang lahir sekitar tahun 80 Hijrah. Dilahirkan di Kufah yang kita kenal ia sebagai salah satu dari wilayah yang terdapat di Iraq. 
 Gelaran beliau adalah Abu hanifah. Kenapa ia digelar sedemikian? Ini kerana beliau kerap menulis dan pena ditangannya sukar untuk bebas dari pegangannya. Pena dalam bahasa Iraq disebut sebagai HANIFAH. Oleh yang demikian, sejak hari itu sehingga kini, kita lebih dominan mengenalinya dengan nama Abu Hanifah dari nama asalnya.

Abu Hanifah mempunyai ciri-ciri dan perwakan yang sangat ideal selain beliau seorang yang tampan, ramah dan sangat dekat walaupun dengan mereka-mereka yang masih diperingkat awal pengenalan. Bila ada sahaja siapa yang melalui hadapan rumahnya, Imam Abu Hanifah sering mengajak mereka bertandang ke rumah semata-mata untuk beramah mesra dengan mereka. Inilah dia seorang Imam yang sifatnya sangat disukai dan dekat dengan rakyat marhean. Beliau tidak pernah menunjukkan rasa bosan.
"Aku sangat suka kalau kalian datang lagi ke rumah aku bila-bila sahaja yang kalian mahu", inilah ucapan apabila tetamu yang hadir bertandang ke rumah meminta izin untuk pulang. Sangat mesra sifat beliau.
Beliau juga antara individu yang sangat suka bersedakah. Formula sedekah beliau mungkin sebahagian besar dari kita belum pernah dengar. Jika anda ingin tahu, Jom kita lihat formula sedekah beliau. Jika beliau mempunyai sejumlah wang dinar untuk dibelanjakan bagi keperluan keluarga, dengan jumlah itu jugalah beliau akan menyedekahkan untuk mereka yang memerlukan.  
Selain kecerdasannya dalam memahami ilmu-ilmu syar’i, beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas dalam hal memilih dan mengambil hadith rujukan. Beliau hanya mahu mengambil hadith sahih yang diriwayatkan dari para sahabat, dan tidak mahu jika diriwayatkan dari para tabi’in.
Hal lain yang sangat menonjol berkenaan Imam Abu Hanifah adalah kekuatannya dalam ibadah solat. Hampir setiap orang yang pernah dekat dengan beliau selalu mempunyai pemerhatian dan jawapan  yang sama. Biasanya Imam Abu Hanifah akan menjaga wudhu'nya. Jika wudhu'nya diambil pada solat Isya', ianya akan bertahan sehingga ke solat Subuh  Sepanjang waktu antara Isya dan waktu sahur, aktivitinya ialah bermunajat dan bersolat selain menulis tulisan beliau berkenaan dengan segala permasalahan agama. Beliau hanya tidur sebentar di antara waktu Zuhur dan Asar.
Kecintaan beliau di dalam beribadah telah dibuktikan sendiri oleh ahli keluarganya sehingga beliau dikatakan melakukan perkara itu selama lebih 40 tahun. Beliau sangat menggemari surah al-Qamar dalam bacaan solatnya. Hingga pada ayat ke 46 yang berbunyi yang ertinya: "Sebenarnya hari Kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan Kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit, beliau pun menangis "
Imam Abu Hanifah sangat berhati-hati dalam soal harta benda. Suatu hari ketika mana ia menghadiahkan sehelai baju kepada rakannya, beliau memberitahu temannya kalau-kalau ada pada sebahagian tempat pada baju itu mempunyai sedikit kerosakan. Dan jika waktu-waktu baju itu akan dijual oleh temannya, sang Imam meminta kepada temannya itu untuk menyampaikan cacat di baju itu kepada si pembeli.
Namun, kerana mempunyai beberapa hal, teman Imam Abu Hanifah akhirnya memang benar-benar menjual baju tersebut. Sayangnya, ia lupa untuk menyampaikan pesan yang pernah disampaikan Imam Abu Hanifah berkenaan baju tersebut.
”Apakah engkau kenal siapa yang membeli baju itu?” ujar Imam kepada temannya. ”Aku tidak kenal, dan aku lupa ciri-ciri orang yang membeli baju itu,” jawab sang teman seadanya.
Untuk menebus kesilapan itu, Imam Abu Hanifah terus bersedekah sejumlah harga baju yang beliau hadiahkan kepada temannya itu.
Imam Abu Hanifah, seperti para ulama lain di zamannya, kerap menolak dengan tegas tawaran jawatan yang diberikan oleh para penguasa-penguasa khalifah pada waktu itu.
Pada masa Khalifah Al-Mansur memengang tampuk pemerintahan, Imam Abu Hanifah ditawar memengang jawatan hakim tertinggi. Ia menolak dengan alasan ketidakmampuan dirinya dengan jawatan tinggi itu. Penolakan itu menjadikan khalifah marah. Dan hasil dari kemarahan terbut, Imam Abu Hanifah pun dipenjara.
Imam Abu Hanifah bukan sekadar dipenjara, tetapi juga diseksa. Sepertinya ada pihak-pihak yang menyebarkan fitnah terhadap diri Imam Abu Hanifah. Menurut sebuah riwayat, beliau diracun ketika dalam penjara.
Pada tahun 150 Hijrah, Imam Abu Hanifah pun syahid ketika masih dalam penjara. Beliau meninggal dalam usia 70 tahun dan meninggalkan seorang anak yang bernama Hammad. 
Rujukan: Min A’lam As-Salaf, Syaikh Ahmad Farid 
Edit dan tambahan oleh: Mohammad Sufian Talib 


Imam Abu Hanifah (80-150 H)
Nama lengkapnya adalah Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit, lahir tahun 80 H di kota Kufah pada masa pemerintahan dinasti Bani Umayyah. Beliau lebih populer dipanggil Abu Hanifah. Kakeknya seorang Persia beragama Majusi. Hanifah dalam bahasa Iraq berarti tinta. Ini karena beliau banyak menulis dan memberi fatwa.

Abu Hanifah pada mulanya adalah seorang pedagang yang sering pulang-pergi ke pasar. Hingga suatu ketika beliau bertemu dengan Sya’bi yang melihat bakat kecerdasan Abu Hanifah dan menyarankannya agar banyak menemui ulama mempelajari agama. Nasehat Syabi’ berkesan di hati Abu Hanifah, kemudian beliaupun banyak berguru kepada para ulama.
Imam Abu Hanifah mendapatkan hadits dari Atha’ bin Abi Rabah, Abu Ishaq As Syuba’I, Muhib bin Disar, Haitam bin Hubaib Al Sarraf, Muhammad bin Mukandar, Nafi Maula Abdullah bin Umar, Hisyam bin urwah dan Samak bin Harb. Beliau mempelajari Fiqih dari Hammad bin Sulaiman, mempelajari qiraat dari Imam ‘Ashim (salah satu qurra’ tujuh). Beliau seorang hafidz (hafal Al-Qur’an), pada bulan Ramadhan mengkhatamkan Al-Qur’an 60 kali.
Imam Syafi’i berkata : “Semua kaum muslimin berhutang budi pada Abu Hanifah, Imam Abu Hanifah itu bapak dan para ahli Fiqih itu anak-anaknya.”
Imam Malik berkata : “Subhanallah, saya tidak pernah melihat orang seperti dia, andaikan dia mengatakan bahwa tiang ini terbuat dari emas, tentu ia akan dapat membuktikannya melalui Qiyasnya.”

Mengenai metode Ijtihadnya, Imam Abu Hanifah pernah berkata : “Saya mengambil Kitabullah (Al-Qur’an) jika saya mendapatkannya. Hal yang tidak saya jumpai dalam Al-Qur’an akan saya ambil dari Sunnayh Rasulullah SAW, dari riwayat yang shahih dan populer dikalangan orang-orang kepercayaan. Jika saya tidak mendapatkannya dalam Al-Qur’an dan Sunnah, saya akan mengambil fatwa para sahabatnya sesuka saya dan membiarkan yang lain. Setelah itu saya tidak akan keluar dalam fatwa selain mereka. Jika telah sampai kepada Ibrahim, Sya’bi, Ibnu Sirin, Ibnu Musayyab dan lainnya, maka saya ber-ijtihad sebagaimana mereka juga ber-ijtihad.".
Fudail bin Iyadh mengatakan : “Jika ada masalah didasarkan pada hadits yang shahih sampai kepada Abu Hanifah, pasti dia akan mengikutinya. Begitu juga dari sahabat dan tabi’in. Kalau tidak, dia akan menggunakan qiyas dengan cara yang sangat baik”.
Al-Dabussi dalam kitab Ta’sis al-Nazhar menyebutkan : “Abu Hanifah suka pada kebebasan berpikir. Ia seringkali memberikan kepada sahabat dan murid-muridnya untuk mengajukan keberatan-kebaratan atas ijtihadnya. Imam Abu Hanifah dalam mempelajari suatu masalah menukik dalam sampai ke akar permasalahan. Beliau memahami inti hakikat (lubb al-haqa’iq), memahami isi dan misi yang terdapat dibelakang nash-nash itu dalam bentuk illat-illat dan hukum-hukum.”
Imam Abu Hanifah berkata : “Perumpamaan orang yang mempelajari hadits, sedangkan ia tidak memahami, sama halnya dengan apoteker yang mengumpulkan obat, sementara ia tak tahu persis untuk apa obat itu digunakan, akhrinya dokter datang….demikianlah kedudukan penuntut hadits yang tidak mengenal wajah haditsnya, sehingga hadirnya fiqih”.

Imam Abu hanifah dikenal teguh hati dan kokoh dalam pendirian. Beliau pernah mengalami dua kali masa ujian. Pertama pada masa pemerintahan Marwan bin Muhammad (Khalifah terakhir Bani Umayyah), Ibnu Hubairah (gubernur Iraq) menunjuk Imam Abu Hanifah menjadi qadly, namun pengangkatan itu ditolak oleh Imam Abu Hanifah. Maka Imam Abu Hanifah dipukul sampai empat belas kali sebagai hukuman karena dianggap tidak mendukung pemerintahan Bani Umayyah.
Ujian kedua dialami pada masa pemerintahan Abu Ja’far Al Manshur dinasti Abbasyah. Kasusnya hampir sama, karena Imam Abu Hanifah menolak diangkat menjadi Qadly oleh Khalifah Al Manshur. Beliau dipenjara dan disiksa dalam penjara.

Beliau juga dicurigai mendukung gerakan kaum Alawiyin yang dituduh berusaha memberontak terhadap kekuasaan Bani Abbas. Akhirnya Imam Abu Hanifah meninggal karena diracun dalam penjara. Pada tahun 150 H, bersamaan dengan meninggalnya Imam Abu Hanifah, lahir Imam Syafi’i.
Metode Ijtihad Imam Abu Hanifah :
  • Al-Qur’an
  • Hadits dari riwayat kepercayaan
  • Ijma’
  • Fatwa Shabat
  • Qiyas
  • Istihsan (keluar dari qiyas umum karena ada alasan yang lebih kuat).
  • Urf (kebiasaan yang baik dalam tata-pergaulan, muamalah dikalangan manusia)

Imam Abu Hanifah adalah orang pertama yang meletakkan dasar-dasar kodifikasi ilmu Fiqih, pemikiran-pemikiran beliau kemudian ditulis dan dibukukan oleh sahabat sekaligus murid-muridnya seperti Abu Yusuf Al Qadhy dan Muhammad bin Al Hasan Asy Syaibani. Fiqih mazhab Hanafi mewakili aliran Kufah, menggunakan porsi ra’yu (Qiyas) lebih banyak dibandingkan aliran Hijaz yang lebih banyak menggunakan hadits/atsar.
Kitab-kitab kumpulan fatwa mazhab Hanafi :
Tentang Masailul Ushul :
  • Al-Mabshuth, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • Al-Jami’us Shaghir, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • Al-Jami’ul Kabir, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • As-Sairus Shaghir, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • AS-Sairus Kabir, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • Az-Zidayat, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • Al-Kafi, karya : Abdul Fadha’ Hammad bin Ahmad.
  • Al-Mabshuth, karya : Muhammad bin Muhammad bin Sahl.
Tentang Masailul Nawadhir :
  • Dhahirur Riwayah, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • Haruniyat, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • Jurjaniyat, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • Kisaniyat, karya : Muhammad bin Al Hasan.
  • Al-Mujarrad, karya : Hasan bin Ziad.
Tentang Fatwa wal Waqi’at :
  • An Nawazil, karya : Abdul Laits As Samarqandi.
Tentang Akidah dan Ilmu Kalam :
  • Fiqhul Akbar, diriwayatkan oleh Abi Muthi’ Al Hakam.


Sumber: http://santripegon.blogspot.com