Posted on Saturday, May 25 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Riduan Mohd Nor
Seorang pemuda Mohd Fadhli Khaharruddin dengan jujur dan berani tampil mengaku dan mendedahkan telah mengundi dua kali di lokasi yang sama tetapi pada waktu yang berlainan iaitu di saluran 4 Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Kuantan. Kenyataan beliau amat menggemparkan negara kerana ia mencabar secara terus kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pengadil pilihanraya umum ke 13.
Bagi saya, pemuda ini layak dipuji dan diberi anugerah khas atas keberanian dan kejujurannya. Keberanian pemuda ini membuka mata masyarakat dunia betapa rendahnya nilai SPR pada pandangan rakyat sehingga sistem daftar pemilih yang dibekalkan tidak mampu mengesan beliau ini sudah mengundi sebelum ini di tempat yang sama!
Pemuda ini telah membuktikan bahawa daftar pemilih yang dibekalkan oleh SPR tidak bersih dan mudah dibocori oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Beliau juga membuktikan bahawa dakwat kekal yang dibekalkan oleh SPR tidak kekal dan boleh diambil kesempatan oleh sesiapa sahaja.
Apakah ianya hanya satu-satunya kes yang berlaku, terpencil dan tidak boleh berlaku di mana-mana tempat lain? Seharusnya tidak berbangkit persoalan bahawa ia kes terpencil kerana hanya ia berlaku terhadap seorang sahaja sedangkan jutaan pengundi lain tiada masalah. Yang pentingnya adalah kes ini telah berlaku maka tidak mustahil boleh juga berlaku dimana-mana kawasan lain kerana modus operandinya amat mudah. Apatah lagi sekiranya ratusan individu melakukan perkara yang sama kerana diupah oleh pihak tertentu. Mungkin kita tidak berkesempatan menemui ada insan lain sejujur pemuda ini yang sanggup tampil ke depan bagi mengakui tindakannya itu.
Selain beliau, lapan kes pengundi yang dinafikan hak mengundi seperti yang didedahkan oleh Rafizi Ramli di lapan Parlimen mewakili sejumlah rakyat yang dinafikan hak kerana telah dicuri oleh pengundi hantu. Sekali lagi, bukan lapan orang yang perlu dibangkitkan tetapi nilai ketelusan pihak berwajib kerana kad pengenalan mereka telah ‘dicuri' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini mewujudkan persepsi bahawa adanya sindiket haram mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada individu tertentu sehingga mereka sanggup dan berani turun mengundi dalam Pru ke 13.
Bayangkan jika kes ini berlaku di mana-mana negara maju dan negara demokrasi kelas dunia. Sudah pasti SPR di negara tersebut telah dipertanggungjawabkan dengan Pengerusi serta seluruh ahli jawatankuasa mereka akan meletak jawatan serta merta. Mungkin pilihanraya terpaksa diadakan semula di seluruh negara bagi mengatasi kelemahan dan kepincangan yang berlaku dengan jawatankuasa SPR lain yang dilantik. Begitulah teliti dan telusnya negara-negara lain supaya demokrasi benar-benar dijunjung. Malangnya ia hanya berlaku di negara lain sedangkan di negara sendiri rakyat dipaksa menelan hidup-hidup demokrasi yang terang-terang menipu.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
PRU 13 - 16,530 kertas undi hilang/rosak di kedah
Posted on Saturday, May 25 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Sharpshooter
Cuba kita lihat keputusan PRU 13 di Kedah seperti di atas...ada apa yang tak kena ke?
Jika kita melihat keputusan ini sepintas lalu mungkin kita tak perasan sangat apa yg tak kena...sebenarnya pada PRU 13 di Negeri Kedah, kertas undi hilang atau rosak adalah 16,530 keping. Adakah angka ini masuk akal? Sudah pasti angka itu tak masuk akal tetapi lebih tak masuk akal ada pula pimpinan PAS yang berpuas hati dengan keputusan itu...sampai sanggup boikot program #BLACKOUT505...
Jom kita tengok tulisan Mat Saman Kati pada tahun 2011....tetapi apa beliau dapat dan terima respon dari pimpinan PAS? Mat Saman Kati berkata "Tahun 2011 aku dah tulis, apa tindakan PAS? Depa tanya balik kat aku.."Berapa Umno bayaq kat hang?"
Tuesday, May 24, 2011
PRU 13: PR KEDAH AKAN TUMBANG
PRU 13: Kedah (1)
-MSK
-MSK
Aku nak stop dulu tentang politik baru sebab ada beberapa isu menarik yang aku rasa kena bagi perhatian dulu. Dua artikel menarik dalam Malaysian Insider tentang Kedah memerlukan pemerhatian dan analisis yang lebih mendalam.
Hangpa nak bercakap tentang hakikat, tentang realiti…jangan berfikir dalam kotak pemikiran Pakatan Rakyat. Aku bukan suruh hangpa keluar parti!! Cuma keluar sekejap dari pemikiran partisan dan ketaksuban dan hadapi realiti.
Banyak kali aku tulis, kumpulan tengah sudah membesar dan mereka-mereka ini menganggap bahawa kedua-dua Pakatan dan BN sama saja. Sekarang, perkataan yang sama diluahkan dalam posting Malaysian Insider.
“The reason why many Umno people I know voted for PR in the last election was because they were tired with BN. We felt the BN wasn’t really doing anything so why not try giving it to PR?” said a businessman in Merbok, who requested anonymity so as not to offend his Umno friends.
“PAS hasn’t really done anything but (Kedah) BN is filled with the same people who wanted out in the first place.
“Jadi sama ja depa dua ni (So in the end, it does not really matter who we vote because PR and BN are the same).”
Apakah ini realiti atau propaganda Malaysian Insider?
Malaysian Insider juga membuat survey..walaupun samplenya kecil, tapi memberikan gambaran tentang apa yang berlaku dibawah.
Kajian terhadap 70 rakyat Kedah yang berumur dari 21-70 tahun menunjukkan 50% daripada mereka mahukan perubahan kerajaan negeri. Sentiment tersebut lebih menonjol dikalangan orang Melayu (60%) diikuti dengan India (50%).
Sebanyak 36% daripada orang Cina mahukan perubahan manakala hanya 28% yang mahukan pemerintah kerajaan negeri dikekalkan. Yang lebih menarik, 36% masih tak tau siapa yang nak diundi.
Walaubagaimanapun, terdapat percanggahan kerana 44% berpuashati dengan kerajaan negeri sekarang berbanding 40% yang tidak berpuashati, manakala 16% tidak pasti.
Rakyat Kedah kompius!!
Bila tanya sama ada depa sokong BN…depa kata BN teruk!! bila tanya tentang Pakatan…depa kata tak boleh harap. Do you smell what I’m cooking?
Jangan percaya tentang kajian Malaysian Insider. Kalau kajian Malaysian Insider ini benar-benar menunjukkan sikap pengundi di Kedah, tak payah kempen…Pakatan dah gerenti kalah. Bukan sebab depa sokong BN…tapi kerana sistem pilihanraya yang akan memihak kepada BN. SPR sudah memastikan, kalau BN mampu mendapat 48% undi, depa akan menang. Depa tau, untuk turn over penyokong Pakatan untuk menyokong Umno memang susah. Tapi kalau dapat membuatkan mereka yang mengundi Pakatan itu tidak keluar mengundi pun dah cukup untuk memenangkan BN.
Kalau ada calon bebas yang bertanding, BN lagi seronok. Maka apa yang berlaku di Sarawak akan berlaku di Kedah. Ceramah puluh ribu orang yang datang. Tapi bila kira undi…lingkup. Hangpa mau jadi macam tu?
Cuba kita tengok keputusan DUN untuk Pakatan dan BN masa PRU 2008 dulu.
BN:14
Pas: 16
DAP: 1
PKR: 4
Bebas:1
Tetapi selepas PRU 2008, PKR mendapat satu tambahan kerusi di Bukit Selambau, tetapi hilang dua kerusi di Lunas dan Bakar Arang. Kedudukan sekarang, BN 14. PR: 20. Bebas pro-BN:2. Atau dimudahkan….PR 20. BN 16.
Adakah kedudukan ini selamat? Bagaimana kalau kajian Malaysian Insider di padankan dengan kedudukan kerusi? aku tak mau kata BN akan menang, tetapi PR juga dalam keadaan tenat. Yang akan menentukan siapa yang akan memerintah adalah orang-orang tengah yang sekarang ini masih belum membuat keputusan. Mereka yang dah fed-up dengan BN, tapi dalam masa yang sama kecewa dengan PR.
Apakah hangpa nak kata " mampuih pi la….kalau berjuang mahu pembalasan..pi masuk Umno!"
atau hangpa nak kata.." Kalau orang macam Matsamankati keluar..lagi bagus. Tidak menjejaskan Pakatan!!"
Fikir dulu sebelum nak kata apa-apa…tengok dulu pencapaian Pakatan dan BN dalam PRU yang lalu.
Terdapat 13 kerusi DUN yang bermajoriti kurang dari 5%.
Bila Malaysian Insider kata 60% orang Melayu mahukan perubahan kerajaan. Maknanya hanya 40% yang masih menyokong PR.
Bila Malaysian Insider kata 50% orang India mahukan perubahan. Maknanya 50% masih sokong PR.
Bila Malaysian Insider kata 36% orang Cina mahukan perubahan. Maknanya 65% masih sokong PR.
Apa yang akan berlaku?
Pas tinggal 11.
PKR tinggal 4. (Diandaikan akan memenangi balik Lunas dan Bakar Arang)
DAP 0.
BN: 21.
Hangpa buat la ceramah perdana. Buat la sembahyang hajat.
Dalam PRU 2008, Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 353,831 undi (50.7%) manakala BN mendapat 322358 (46.2%). Perbezaan hanya 4.5%. Kalau 5% daripada yang menyokong Pakatan dulu berubah angin, kerajaan negeri juga akan berubah.
Dari sejumlah 353, 831 undi yang diperolehi oleh Pakatan, berapa ahli-ahli PKR, Pas dan DAP? Ahli PKR pada tahun lepas berjumlah 23,479. Tapi dari jumlah itu, 7830 tidak mendaftar sebagai pengundi!! Ahli Pas aku tak tau, tapi atas sikap pemurah…aku katakan sejumlah 100,000 orang. Sebab mungkin Pas Kedah lagi terror dari Pas Perak yang berjumlah 80,000 orang. Ahli DAP boleh bilang dengan tangan.
Kalau dijumlahkan, jumlah ahli Pakatan Rakyat tak sampai 130,000 orang. Siapakah yang mengundi Pakatan berjumlah 223,000 orang itu? Apakah Pakatan Rakyat menang kerana kekuatan parti..atau kekuatan penyokong?
ahli-ahli parti hanya berjumlah 18% daripada keseluruhan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat. Manakala penyokong yang tidak berparti yang membantu kemenangan Pakatan berjumlah 32%.
Tapi bila menang, penyokong tak ada hak untuk menegur parti, tak ada hak untuk bersama membuat keputusan, tak ada hak untuk bersuara.
What are you going to do?
Wednesday, May 4, 2011 Kami di KEDAHLANIE dah lama dah nak cakap macam nie.. apadia.. LUNCAI.!!
PR PERLEKEH..KUASA BLOGGER
Blog-blog pro-BN sudah mengambil alih ruang siber. Kalau dulu Top10,
PR menang 9-1, sekarang sudah tewas 3-7. Dalam top 20, dulu menang
16-4, sekarang sudah tewas 8-12. Dalam Top50, dulu menang 37-13,
sekarang sudah tewas 22-28.
Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%.
Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina.
Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan.
Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi.
Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3.
Kepala bapak hangpa.
Bila Malaysian Insider kata 60% orang Melayu mahukan perubahan kerajaan. Maknanya hanya 40% yang masih menyokong PR.
Bila Malaysian Insider kata 50% orang India mahukan perubahan. Maknanya 50% masih sokong PR.
Bila Malaysian Insider kata 36% orang Cina mahukan perubahan. Maknanya 65% masih sokong PR.
Apa yang akan berlaku?
Pas tinggal 11.
PKR tinggal 4. (Diandaikan akan memenangi balik Lunas dan Bakar Arang)
DAP 0.
BN: 21.
Hangpa buat la ceramah perdana. Buat la sembahyang hajat.
Dalam PRU 2008, Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 353,831 undi (50.7%) manakala BN mendapat 322358 (46.2%). Perbezaan hanya 4.5%. Kalau 5% daripada yang menyokong Pakatan dulu berubah angin, kerajaan negeri juga akan berubah.
Dari sejumlah 353, 831 undi yang diperolehi oleh Pakatan, berapa ahli-ahli PKR, Pas dan DAP? Ahli PKR pada tahun lepas berjumlah 23,479. Tapi dari jumlah itu, 7830 tidak mendaftar sebagai pengundi!! Ahli Pas aku tak tau, tapi atas sikap pemurah…aku katakan sejumlah 100,000 orang. Sebab mungkin Pas Kedah lagi terror dari Pas Perak yang berjumlah 80,000 orang. Ahli DAP boleh bilang dengan tangan.
Kalau dijumlahkan, jumlah ahli Pakatan Rakyat tak sampai 130,000 orang. Siapakah yang mengundi Pakatan berjumlah 223,000 orang itu? Apakah Pakatan Rakyat menang kerana kekuatan parti..atau kekuatan penyokong?
ahli-ahli parti hanya berjumlah 18% daripada keseluruhan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat. Manakala penyokong yang tidak berparti yang membantu kemenangan Pakatan berjumlah 32%.
Tapi bila menang, penyokong tak ada hak untuk menegur parti, tak ada hak untuk bersama membuat keputusan, tak ada hak untuk bersuara.
What are you going to do?
Wednesday, May 4, 2011 Kami di KEDAHLANIE dah lama dah nak cakap macam nie.. apadia.. LUNCAI.!!
PRU 13: Media
Oleh: MSK
Dari dulu sampai sekarang, pemimpin Pakatan masih lagi buat bising tentang Utusan dan TV3.
Utusan pembohong. Utusan putarbelit. Utusan berat sebelah. blah..blah…blah.
TV3 penipu. TV3 tak bagi ruang kepada Pakatan. TV3 tak ada etika. blah…blah…blah.
Sapa yang percaya Utusan akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bodoh.
Sapa yang percaya TV3 akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bangang.
Sama juga sapa yang berharap Harakah akan kata Umno bagus adalah bodoh.
Sama juga sapa yang berharap Keadilandaily menulis yang baik tentang BN adalah bangang.
Utusan, TV3, Harakah dan Keadilandaily adalah akhbar parti. Sudah
semestinya depa tulis yang baik tentang parti depa, dan yang buruk
tentang musuh depa.
Utusan dan TV3 dok kutuk kita sudah sekian lama. Depa dok menipu tentang kita sudah lama. Tapi pasai apa tahun 2008 kita boleh menang 5 negeri? Pasai apa di Parlimen kita boleh dapat 81 kerusi sehingga menafikan 2/3?
Orang Pakatan sudah lupa pasai blog dan blogger. Maklumlah sekarang sudah pandai berfesbuk dan twitter.
Dalam PRU 13 akan datang, ada dua kelompok pengundi yang menjadi majoriti. Gen X dan Gen Y. Gen Boomers mungkin ada nama saja dalam daftar pemilih. Yang akan datang kepusat pengundian pun, mungkin kena naik kerusi roda.
Gen Boomers adalah generasi kertas. Gen inilah yang masih dok baca Utusan dan tengok TV3 untuk mendapat berita. Kalau dapat masukSinar Harian, heboh keliling kampung. Tak kira orang BN atau orang Pakatan, tak ramai Gen Boomers yang baca berita melalui internet. Gen X dan Y tengok TV3 untuk hiburan. Masa Buletin Utama depa tukar channel.
Gen Boomers jugak yang dok heboh jangan baca Utusan atau tengok TV3. Geng Boomers jugak yang kata jangan percaya Utusan dan TV3. Tapi bila TV3 dan Utusan tulis pasai Raja Petra, geng ni jugak la yang percaya. Tak percaya? Pi tanya Chua Jui Meng.
Yang menyebabkan Pakatan menang besar dalam PRU 2008 adalah dari Gen X dan sedikit dari Gen Y. Gen X adalah Gen blog dan website. Manakala Gen Y adalah Gen Facebook dan Twitter. Gen X adalah Gen laptop, manakala Gen Y adalah Gen-mobile.
Pencapaian terbaik Pakatan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh laman-laman web dan blog. Web dan blog berjaya menangkis serangan Utusan dan TV3. Tapi aku tau, ada orang akan kata…”Eleh…Matsamankati syok sendiri.”
Sebaik saja PRU 2008, blog-blog tumbuh seperti cendawan. Prestasi Pakatan semakin meningkat. Dalam setiap PRK, Pakatan menang. Dalam krisis Perak, blog memainkan peranan utama menyampaikan maklumat kepada rakyat. Dan blog-blog pro-Pakatan dikunjungi oleh majoriti pembaca internet. Manakala blog-blog pro-Umno tak ada sapa yang nak baca. Kalau nak baca pun, mungkin depa baca blog Parpukari.
Pada November 2009, aku buat perbandingan diantara blog pro-Pakatan dengan blog pro-BN.

Ranking Alexa 20 November 2009
Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13.
Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan.
Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak.
Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? “How many people read internet?”
Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!!
Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya?
Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik.
Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun.
Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang.
Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh.
Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh.
Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa.
Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya?
Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13.
Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan.
Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak.
Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? “How many people read internet?”
Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!!
Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya?
Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik.
Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun.
Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang.
Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh.
Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh.
Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa.
Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya?
Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%.
Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina.
Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan.
Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi.
Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3.
Kepala bapak hangpa.
Sharpshooter
- Inilah masalah pemimpin PR..bila ditegur dituduhnya pula kita agen
umno...trojen horse dan sebagainya... Sharpshooter bercakap atas
pengalaman sendiri....penyakit yang paling bahaya yang berjangkit kepada
pimpinan PR adalah mereka merasa diri dalam "ZON SELESA"...itulah
penyakit pimpinan umno dulu...kenapa sekarang ia berjangkit pula kepada
pimpinan PR...lu fikir la sendiri...
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Penangkapan Pimpinan Politik Dan NGO: Zahid Perlu Segera Hentikan Kegilaan Ini
Posted on Saturday, May 25 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh AZMIZAM ZAMAN HURI
AMK Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu. Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato' Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu.
Tindakan
Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat
kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan
kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi
rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor
dalam sejarah.
AMK
Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang
berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak
menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang
beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihanraya. Rakyat sebagai
penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta
punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara
ini.
Sebaliknya,
Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum
sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan
keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak.
AMK
Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat
tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian
Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka
seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
Justeru,
AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan
apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan
sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri
serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang
kebangkitan rakyat ini.Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja
dinyalakan.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
PRU 13 paling bersih paling banyak bantahan
Posted on Saturday, May 25 @ 17:29:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: anaabdullah
"
Itu yang diharapkan rakyat.Jangan ada niat untuk balas dendam sepertimana pernah di perlakukan selama ini.
Kerajaan BN Perak bertahan cuma enam bulan?
Posted on Saturday, May 25 @ 16:21:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
Oleh Johari Jaafar
KEMENANGAN BN di Perak dengan 31 kerusi Dun daripada 56 bukanlah kejayaan yang boleh dibanggakan, malah kemenangan itu cukup tidak selesa bagi Menteri Besar Perak, Dato’ Zambry Abdul Kadir.BN cuma menang dengan kelebihan 3 kerusi Dun sahaja, sama seperti Pakatan Rakyat menang pada PRU12 lalu. Pakatan Rakyat memperolehi 31 kerusi manakala BN 28.
Sekarang terbalik, BN 31, Pakatan Rakyat 28. Hakikatnya cukup tidak menyenangkan bagi BN walaupun mustahil Adun BN “melompat” ke Pakatan Rakyat. Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang “melompat” parti menjadi Adun bebas.
Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya menawan Dun Changkat Jering, dan Jelapang tetapi gagal mengambil Dun Behrang.
Pilihan raya umum kali ini BN menang tipis di beberapa Dun, seperti Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619). Apa yang menjadi kebimbangan kerajaan BN Perak apabila baru-baru ini Pakatan Rakyat Perak bertekat untuk mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.
Kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan yang dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.
Sekiranya kesemua petisyen tersebut, atau tiga daripada pitesyen itu berjaya, pastilah pilihan raya akan diadakan semula di kawasan berkenaan. Memandangkan “mood” rakyat yang kian bergelora dengan slogan Pakatan Rakyat “Ini kali lah” pastinya BN cukup sengsara untuk memenangi semula Dun tersebut, sekali gus membolehkan Pakatan Rakyat menerajui semula negeri ini.
Inilah yang dinantinantikan oleh Pakatan Rakyat.
Mungkinkah kerajaan BN Perak kali ini cuma bertahan enam bulan sahaja? Segalanya ditentukan oleh Allah.
Jika diteliti pada pilihan raya umum kali ini terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.
Perkembangan yang berlaku menyaksikan berlakuknya pertambahan pengundi yang mendadak di Dun Manjoi dan Pasir Panjang dalam masa lima tahun ini.
Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah - purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung. Ini yang menjadi tanda-tanda bagaimana boleh peningkatan pengundi baru yang naik mendadak.
Pada pilihan raya 2008, di Manjoi pertambahan pengundi hanya tujuh peratus sahaja, begitu juga di Pasir Panjang hanya lapan peratus. Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri ialah sebanyak 19.6 peratus.
Oleh demikian dengan pertambahan pengundi baru yang mendadak menimbulkan satu persoalan dan inilah yang menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.
Pada pilihan raya umum sebelum ini Dun Changkat Jong dimiliki oleh PAS, tetapi kali ini PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan di kawasan itu, Jika dianalisis faktor kekalahan PAS di Dun berkenaan, antara punca kekalahan PAS di kerusi itu pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463.
Calon PAS Anuar Sudin memperolehi 10,947, sementara calon BN Mohd Azhar Jamaludin mendapat 12,065. Calon PAS tewas dengan majoriti 1,718, berbanding 2008 lalu Anuar Sudin menang dengan majoriti 899.
Pada pilihan raya umum kali ini menyaksikan hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu memberi undi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin. Inilah yang perlu dimuhasabah oleh PAS sekiranya mahu kembali menawan kerusi Dun ini pada PRU14 nanti.WARTA UTARA ONLINE
Rahsia 10 beradik penghafaz Al-Qur'an
Posted on Saturday, May 25 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"
Ayah mereka yang bernama Mutammimul Ula adalah seorang ahli Parlimen Indonesia (PKS) yang sibuk.
Ibu mereka pula, Wirianingsih adalah seorang Dekan, Fakulti Pasca Siswazah yang juga merupakan aktivis tarbiah peringkat wilayah di Indonesia.
Bagaimana mereka yang sibuk ini boleh menghasilkan 10 orang anak pengafaz al-Qur'an yang lahir daripada didikan di rumah mereka sendiri ?
Di antara rahsia ibu bapa mereka :
1. Bercita-cita tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata mereka penghafaz al-Qur'an.
2. Pengurusan masa yang baik dengan mengkhususkan kebanyakan masa selepas subuh dan selepas maghrib bersama anak-anak setiap hari dengan bacaan dan didikan al-Qur'an.
3. Memberikan hadiah dan galakan kepada anak-anak yang cemerlang dengan pencapaian hafazan al-Qur'an.
4. Banyak berkorban untuk agamaNya, maka Allah permudahkan urusan pendidikan anak-anak mereka.
Bagaimana dengan anak-anak kita ?
Sumber : 10 Bersaudara Bintang Al-Qur'an"
Noh Omar ‘Meroyan’
Posted on Saturday, May 25 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan dangkal dan tidak cerdik Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta kepada individu yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia ini supaya ‘'duduk di dalam hutan". Jabatan Pilihanraya DPPM menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan terhadap sistem demokrasi berpelembagaan yang diamalkan di dalam negera ini.
Jabatan Pilihanraya DPPM merasakan memang selayaknya Noh Omar tidak mendapat jawatan menteri di dalam kabinet baru Malaysia kerana beliau telah menunjukkan ‘belang' kejahilan dan sifat angkuh beliau yang sebenarnya. Bagaimanakah seorang yang pernah berjawatan menteri penuh boleh mempunyai pemikiran tahap ‘longkang'.
Jabatan Pilihanraya DPPM mempertikaikan sikap pihak kerajaan dan pemimpin-pemimpin mereka yang sentiasa menyalahkan tindakan yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) tanpa memberikan peluang untuk memperjelaskannya secara adil. Pihak kerajaan secara jelas ingin menutup kelemahan yang berlaku di dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lalu dengan tindakan mengancam dan menangkap pemimpin PR serta pemimpin-pemimpin NGO yang pro kepada PRU yang adil.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan tindakan-tindakan kerajaan tersebut tidak akan melunturkan semangat dan amarah rakyat yang telah bangkit menolak keputusan PRU 13 lalu kerana diyakini ada unsur-unsur yang meragukan dan penipuan terancang yang berlaku.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya DPPM menasihatkan kepada para menteri dan mantan menteri serta pemimpin Umno/BN supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka di dalam memahami undang-undang Negara. Pemimpin-pemimpin Umno/BN juga perlu sedar yang mereka sudah semakin tidak popular kerana rakyat Malaysia sudah menolak mereka di dalam pilihanraya umum yang lalu dan mereka tidak boleh berlagak lagi seperti dahulu.
MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Posted on Saturday, May 25 @ 17:29:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: anaabdullah
"
Atas
nama Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengetahui bahawa PRU 13 tidak bersih,
maka awal awal lagi telah membuat kenyataan media bahawa PRU 13 paling
bersih. Penulis tidak tahu mengapa pengerusi SPR tergamak membuat
kenyataan melawan arus, sedangkan dia tahu PRU 13 tidak bersih.
Jika
PRU 13 paling bersih macam mana PR menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengatakan PRU 13 penuh dengan penipuan. Tidak semena mena Datuk Seri
Mohd Najib Razak presiden umno mengatakan PR juga melakukan penipuan.
Bermakna
PRU 13 yang dikatakn paling bersih jelas tidak bersih, sebab itu pahat
masih berbunyi sedangkan rumah sudah siap sepenuhnya.
Siapakah
yang menipu dan siapalkah pula yang kena tipu. Tidak wajar dua dua
menipu dan dua dua kena tipu. Tetapi tidak mustahil PR juga menipu dan
umno lagi menipu.
Mengapa
penulis kata begitu? Kerana ada bukti, terutama sekali dakwat kekal
yang dikatakan kekal tetapi tidak kekal sepertimana yang didakwakan
pengerusi SPR dalam satu kenyataan yang tidak boleh dipadamkan.
Persoalan
sekarang pilihan telah dibuat, keputusan pun telah diketahui. Akan
tetapi pahat masih berbunyi hingga tidak boleh berhenti.
Memang ada sebab musabahnya pahat tidak masih berbunyi dan boleh berhenti setakat hari ini.
Pasti
ada yang tak kena. Mungkin PRU 13 yang dikatakan paling bersih itu
jelas tidak bersih, maka perlu dibersihkan akan ia betul betul bersih.
Setengah
meminta hentikan sosek-sosek politik. Berikanlah tumpuan untuk utamakan
kepentingan rakyat dan jangan sekali kali pentingkan diri sendiri.
Yang
kalah terima sahajalah kekalahan dan redhalah dengan kekalahan itu,
kerana ia adalah takdir yang ditentukan Allah dan yang menang jangan
lupa tepati janji yang dijanjikan.
Entah
apa-apa yang dijanjikan dalam manifesto masing masing, kerana ini boleh
memekat hati rakyat, terutama sekali yang hidup kais pagi makan pagi
dan kais petang makan petang.
Tidak kira kerajaan BN atau kerajaaan PR. Beri tumpuan utama pasca PRU13 sepatutnya kepada usaha membangun Negara dan negeri. Itu yang diharapkan rakyat.Jangan ada niat untuk balas dendam sepertimana pernah di perlakukan selama ini.
Kerajaan BN Perak bertahan cuma enam bulan?
Posted on Saturday, May 25 @ 16:21:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
Oleh Johari Jaafar
KEMENANGAN BN di Perak dengan 31 kerusi Dun daripada 56 bukanlah kejayaan yang boleh dibanggakan, malah kemenangan itu cukup tidak selesa bagi Menteri Besar Perak, Dato’ Zambry Abdul Kadir.BN cuma menang dengan kelebihan 3 kerusi Dun sahaja, sama seperti Pakatan Rakyat menang pada PRU12 lalu. Pakatan Rakyat memperolehi 31 kerusi manakala BN 28.
Sekarang terbalik, BN 31, Pakatan Rakyat 28. Hakikatnya cukup tidak menyenangkan bagi BN walaupun mustahil Adun BN “melompat” ke Pakatan Rakyat. Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang “melompat” parti menjadi Adun bebas.
Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya menawan Dun Changkat Jering, dan Jelapang tetapi gagal mengambil Dun Behrang.
Pilihan raya umum kali ini BN menang tipis di beberapa Dun, seperti Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619). Apa yang menjadi kebimbangan kerajaan BN Perak apabila baru-baru ini Pakatan Rakyat Perak bertekat untuk mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.
Kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan yang dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.
Sekiranya kesemua petisyen tersebut, atau tiga daripada pitesyen itu berjaya, pastilah pilihan raya akan diadakan semula di kawasan berkenaan. Memandangkan “mood” rakyat yang kian bergelora dengan slogan Pakatan Rakyat “Ini kali lah” pastinya BN cukup sengsara untuk memenangi semula Dun tersebut, sekali gus membolehkan Pakatan Rakyat menerajui semula negeri ini.
Inilah yang dinantinantikan oleh Pakatan Rakyat.
Mungkinkah kerajaan BN Perak kali ini cuma bertahan enam bulan sahaja? Segalanya ditentukan oleh Allah.
Jika diteliti pada pilihan raya umum kali ini terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.
Perkembangan yang berlaku menyaksikan berlakuknya pertambahan pengundi yang mendadak di Dun Manjoi dan Pasir Panjang dalam masa lima tahun ini.
Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah - purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung. Ini yang menjadi tanda-tanda bagaimana boleh peningkatan pengundi baru yang naik mendadak.
Pada pilihan raya 2008, di Manjoi pertambahan pengundi hanya tujuh peratus sahaja, begitu juga di Pasir Panjang hanya lapan peratus. Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri ialah sebanyak 19.6 peratus.
Oleh demikian dengan pertambahan pengundi baru yang mendadak menimbulkan satu persoalan dan inilah yang menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.
Pada pilihan raya umum sebelum ini Dun Changkat Jong dimiliki oleh PAS, tetapi kali ini PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan di kawasan itu, Jika dianalisis faktor kekalahan PAS di Dun berkenaan, antara punca kekalahan PAS di kerusi itu pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463.
Calon PAS Anuar Sudin memperolehi 10,947, sementara calon BN Mohd Azhar Jamaludin mendapat 12,065. Calon PAS tewas dengan majoriti 1,718, berbanding 2008 lalu Anuar Sudin menang dengan majoriti 899.
Pada pilihan raya umum kali ini menyaksikan hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu memberi undi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin. Inilah yang perlu dimuhasabah oleh PAS sekiranya mahu kembali menawan kerusi Dun ini pada PRU14 nanti.WARTA UTARA ONLINE
Rahsia 10 beradik penghafaz Al-Qur'an
Posted on Saturday, May 25 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"
Ayah mereka yang bernama Mutammimul Ula adalah seorang ahli Parlimen Indonesia (PKS) yang sibuk.
Ibu mereka pula, Wirianingsih adalah seorang Dekan, Fakulti Pasca Siswazah yang juga merupakan aktivis tarbiah peringkat wilayah di Indonesia.
Bagaimana mereka yang sibuk ini boleh menghasilkan 10 orang anak pengafaz al-Qur'an yang lahir daripada didikan di rumah mereka sendiri ?
Di antara rahsia ibu bapa mereka :
1. Bercita-cita tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata mereka penghafaz al-Qur'an.
2. Pengurusan masa yang baik dengan mengkhususkan kebanyakan masa selepas subuh dan selepas maghrib bersama anak-anak setiap hari dengan bacaan dan didikan al-Qur'an.
3. Memberikan hadiah dan galakan kepada anak-anak yang cemerlang dengan pencapaian hafazan al-Qur'an.
4. Banyak berkorban untuk agamaNya, maka Allah permudahkan urusan pendidikan anak-anak mereka.
Bagaimana dengan anak-anak kita ?
Sumber : 10 Bersaudara Bintang Al-Qur'an"
Noh Omar ‘Meroyan’
Posted on Saturday, May 25 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan dangkal dan tidak cerdik Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta kepada individu yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia ini supaya ‘'duduk di dalam hutan". Jabatan Pilihanraya DPPM menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan terhadap sistem demokrasi berpelembagaan yang diamalkan di dalam negera ini.
Jabatan Pilihanraya DPPM merasakan memang selayaknya Noh Omar tidak mendapat jawatan menteri di dalam kabinet baru Malaysia kerana beliau telah menunjukkan ‘belang' kejahilan dan sifat angkuh beliau yang sebenarnya. Bagaimanakah seorang yang pernah berjawatan menteri penuh boleh mempunyai pemikiran tahap ‘longkang'.
Jabatan Pilihanraya DPPM mempertikaikan sikap pihak kerajaan dan pemimpin-pemimpin mereka yang sentiasa menyalahkan tindakan yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) tanpa memberikan peluang untuk memperjelaskannya secara adil. Pihak kerajaan secara jelas ingin menutup kelemahan yang berlaku di dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lalu dengan tindakan mengancam dan menangkap pemimpin PR serta pemimpin-pemimpin NGO yang pro kepada PRU yang adil.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan tindakan-tindakan kerajaan tersebut tidak akan melunturkan semangat dan amarah rakyat yang telah bangkit menolak keputusan PRU 13 lalu kerana diyakini ada unsur-unsur yang meragukan dan penipuan terancang yang berlaku.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya DPPM menasihatkan kepada para menteri dan mantan menteri serta pemimpin Umno/BN supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka di dalam memahami undang-undang Negara. Pemimpin-pemimpin Umno/BN juga perlu sedar yang mereka sudah semakin tidak popular kerana rakyat Malaysia sudah menolak mereka di dalam pilihanraya umum yang lalu dan mereka tidak boleh berlagak lagi seperti dahulu.
MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan