SPR berdiam diri cetus reaksi rakyat – Haron Din
Aslani M, | 22 Mei 2013 |
KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.
“SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.
Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal.
Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku.
Menurutnya, polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut.
“Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinama dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan sebagai dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan menipu pengundi.
“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” katanya.
Oleh itu katanya, beliau menyokong mana-mana perrhimpunan aman yang tidak mengundang kepada malapetaka. Lagi pun kekacauan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada provokasi.
“Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan.
“Saya juga telah membuat komen secara peribadi menerima keputusan pilihan raya dengan protes kerana ada kelemahan yang nyata berlaku. Dan ia hendaklah diperbaiki dan perlu diberi penjelasan segera oleh SPR,” katanya.
ANJURAN BERPEGANG TEGUH PADA TALI ALLAH DAN LARANGAN BERPECAH-BELAH
Sesungguhnya kita bersyukur kepada Allah swt yang telah menjadikan kita sebagai orang-orang muslim.Kita memuji Allah swt yang telah menjadikan kita sebagai orang-orang yang mengikuti sunnah Nabi saw.
Sesungguhnya zaman terus berputar. Keadaan berulang kembali sebagaimana sejarah masa lalu.Realiti sekarang ini, umat dilanda perpecahan sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah saw, yang bermaksud:
“Umat Yahudi berpecah menjadi 71 golongan.Umat Nasrani berpecah menjadi 72 golongan.Dan umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, semua di dalam neraka kecuali satu golongan”.Para sahabat bertanya, “golongan apakah itu?” Rasulullah saw menjawab: “Iaitu golongan yang berada di atas pedomanku dan pedoman sahabat-sahabatku.”
Demikianlah realiti umat pada hari ini yang dilanda perpecahan,pertentangan, dan perselisihan kecuali orang-orang yang dirahmati Allah swt.
Oleh sebab itu, umat ini menjadi lemah, tidak berdaya,mundur dan mengalami kekalahan.Hal ini demikian bukanlah disebabkan masalah kuantiti kerana sesungguhnya jumlah umat ini sangat besar bilangannya.Hal ini juga bukanlah disebabkan masalah harta kerana sesungguhnya harta seluruhnya atau sebahagian besarnya berada di tangan kaum muslimin.Hal ini juga bukanlah disebabkan masalah dunia dan lain-lainnya.Tetapi factor penyebab yang paling utama ialah umat ini meninggalkan agamanya, lemahnya keimanan, melalaikan Rabbnya,disebabkan jauhnya umat ini daripada hal tersebut dan disebabkan perselisihan yang sangat merugikan.
Jika demikian keadaannya, wahai saudara-saudaraku sekalian, maka sesungguhnya Allah swt telah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus.
(QS Al-Isra’:9)
Al-Quran adalah Kitabullah yang di dalamnya berisi petunjuk,sebab kebaikan manusia, dan sebab kebahagiaan mereka.Bagi orang yang membaca Kitabullah,seharusnya dalam membacanya janganlah hanya sekadar mengejar barakahnya sahaja, akan tetapi hendaklah ianya dibaca untuk mempelajari hukum-hukumnya,mentadabburi ayat-ayatnya,mengetahui langkah-langkahnya dan tempat berpijaknya sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
Maka apakah mereka tidak memerhatikan Al-Quran.ataukah hati mereka terkunci?
(QS Muhammad :24)
Bagi orang yang membaca Al-Quran hanya untuk menghitung jumlah halaman yang dibaca atau hanya sekadar mengejar kebaikan tanpa menjadikannya sebagai kitab petunjuk,kitab perbaikan,kitab perubahan- kerana sesungguhnya Allah swt tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri- maka dia tidak akan mengetahui hidayah, pengarahan,peraturan,dan bimbingan rabbani yang telah diperintahkan Allah swt dan RasulNya yang mulia.
Masalah yang akan kita bicarakan dalam kesempatan yang penuh barakah ini, kita petik daripada sepotong ayat dalam Kitabullah yang menunjukkan secara jelas kepada makna yang dimaksudkan dengan penerangan yang sempurna iaitu firman Allah swt yang bermaksud:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.(QS Ali-Imran:103)
Ayat yang mulia ini ibarat undang-undang yang wajib diikuti,dipatuhi, difikirkan dan difahami oleh umat Islam supaya mereka dapat mengamalkannya,melaksanakannya dan menjadikannya sebagai petunjuk.Hal ini penting agar mereka dapat kembali seperti dahulu,menjadi pemimpin umat manusia yang berada di hadapan setelah mereka diselimuti kegelapan.
Sebelum Islam, bangsa Arab hanya dikenali dengan perpecahan, kekerasan, kemunduran dan kebodohan.Lalu datanglah Islam, mengubah akal,hati mereka dan perpecahan di kalangan mereka menjadi satu (persatuan).Selain itu, hati dan jiwa mereka juga menjadi bersih dan suci yang tidak dipengaruhi lagi oleh masa lalu mereka.Mereka juga berubah menjadi suci dan murni dengan melupakan sejarah masa lalu mereka yang gelap bagi menyongsong masa depan yang cerah.
Umat Islam sekarang ini, keadaannya umpama keadaan bangsa Arab sebelum turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad saw.Keadaan umat Islam sekarang ini seperti keadaan bangsa Arab ketika itu yang lemah,berpecah-belah,dan saling membinasakan.
Umat ini dituntut untuk bersatu-padu,berpegang teguh dan memahami makna-makna yang agung yang telah ditunjukkan oleh ayat di atas.Ayat tersebut telah menjelaskan kewajipan apa yang seharusnya dilakukan sebagaimana yang akan disebutkan dalam setiap penggal kalimat daripada ayat ynag mulia ini.
Allah swt memulai ayat ini dengan menjelaskan prinsip dasar, walau ke manapun kita pergi dan melangkah dan walau dari manapun kita datang, tidak ada pilihan bagi kita melainkan merujuk kembali kepadanya.Selain itu, tidak layak bagi kita kecuali bersatu di atasnya,iaitu firman Allah swt yang bermaksud:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.(QS Ali Imran:103)
Inilah yang menjadi asas.Ayat yang mulia ini,memulainya dengan perintah untuk berpegang teguh “wa’ tashimuu”.
“Wa’ tashimuu” adalah perintah untuk bersatu, menyatukan kalimat dan saling menyempurnakan.Akan tetapi, perintah-perintah ini bukan ditegakkan di atas prinsip hizbiyah,fanatik(taksub) golongan,sukuisme,nasionalisme atau atas dasar tujuan-tujuan dunia.Namun I’tisham yang diperintahkan tersebut adalah persatuan dengan tali Allah,iaitu dengan agama Allah melalui Kitabullah dan sunnah NabiNya.
“Berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah!”Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw:
“Aku tinggalkan kalian di atas jalan yang putih bersih.Malamnya bagaikan siang.Tidaklah ada orang menyimpang daripadanya,melainkan dia pasti binasa”.
Sabda Rasulullah saw :
“Aku tinggalkan di tengah kalian dua perkara.Kalian tidak akan sesat selama berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.”
Nas Al-Quran tersebut, tidak hanya menyebutkan perintah untuk berpegang teguh,dan tidak hanya menyebutkan bahawa berpegang teguh tersebut tidak ada pilihan kecuali dengan tali Allah.Tali Allah ini bukanlah jalan untuk memecah-belah,dan mencerai-beraikan,namun tali Allah ini adalah jalan kepada kesatuan dan persatuan.
Allah swt mengatakan “berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah”,kemudian mengatakan “seluruh kalian”,iaitu bersatu padu di atas i’tisham dengan Kitabullah dan Sunnah.Jika nas Al-Quran hanya menyebutkan “berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah”,tentu akan menjadi pintu bagi kaum hizbiyah untuk bergolong-golongan,memecah-belah umat dan mencerai-beraikannya menjadi golongan-golongan yang banyak.Akan tetapi, nas Al-Quran datang dengan membawa penjelasan yang tegas dan perkataan yang jelas,iaitu berpegang teguh kepada tali Allah ini haruslah dengan persatuan,bukan dengan berpecah-belah.Tidak boleh memecah-belah kaum muslimin sehingga menjadi cerai-berai,contohnya seperti ada yang berada di bawah naungan satu golongan,kendali pergerakan, dan satu jamaah.Keadaan ini berlaku sehingga wala’ dan bara’ di antara umat tidak diikat atas dasar Al-Quran dan Sunnah, tetapi diikat atas dasar prinsip hizbiyah yang sempit,perpecahan yang hina yang tiada tempat bagi Islam di dalamnya dan tiada tempat bagi perpecahan di dalam Islam.
Kemudian Allah swt menutup bahagian pertama dari ayat ini dengan penegasan, penetapan,dan pengukuhan makna di atas.Allah swt mengatakan “janganlah kalian berpecah-belah”.
Kemungkinan ada orang yang belum faham bahawa perintah untuk berpegang dengan tali Allah adalah larangan berpecah-belah,maka nas menyebutkan penjelasan tambahan dengan mengatakan “janganlah kalian berpecah-belah”.Sehingga akal dapat memahami,jiwa dapat meresapinya dan tidak menyisakan tempat bagi orang-orang yang takbur lagi sombong dan sehingga kepala-kepala dapat tunduk kepada Rabbul Alamin.
Azhan Shah shared Yas Zy's photo.
Nasib Buruk Penguasa Zalim
Dalam lipatan sejarah umat manusia, nasib penguasa yang zalim sering berakhir dengan penuh tragik. Kita telah melihat bagaimana nasib Fir'aun, Hitler, Raja Perancis, Reza Pahlevi, Marcos, Husni Mubarak, Mustafa kamal artaturk dan ramai lagi ketika di penghujung kehidupan mereka, ia semua berakhir dengan penuh tragik dan kehinaan.
Firaun, sang raja yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, terkenal dengan kezalimannya ketika memerintah Mesir. Kekuatan tentera dan kekuasaannya yang luar biasa tidak dapat menyelamatkannya daripada ditenggelamkan oleh air laut ketika mengejar ‘musuh sejatinya’ iaitu Nabi Musa A.S. bersama-sama para pengikutnya yang ditindas kerana menyeru kepada tauhid.
Hitler, sang diktator yang membunuh ribuan manusia untuk misi rasisnya, akhirnya mati dengan membunuh diri.
Raja Perancis bersama ratunya dibunuh oleh rakyatnya sendiri kerana mereka sudah tidak tahan dengan polisi-polisi zalim dan menindas yang dikenakan sehingga akhirnya mereka menggantung sang raja dan ratunya di ibu kota Perancis tanpa belas kasihan. Sang Ratu sebelum itu pernah berkata dengan penuh sombong kepada rakyatnya, “Jika anda tidak sanggup membeli gandum, maka jangan makan gandum”. Suatu kenyataan yang sangat menghina dan menyakitkan hati rakyat.
Sekali imbas, kata-kata ini persis seperti kenyataan para penguasa dan menteri-menteri yang ada pada hari ini. Ketika harga minyak dinaikkan, maka mereka menyeru agar rakyat berkongsi kereta. Padahal kereta-kereta mereka dengan beragam dan beraneka jenama dan kualitinya berderet tersusun di halaman rumah mewah mereka.
Ketika harga gula dinaikkan, mereka menyeru agar rakyat mengurangkan pengambilan gula dan berjimat cermat dalam berbelanja. Walhal, mereka sering menghamburkan makanan dalam setiap majlis yang mereka adakan, bahkan banyak melakukan pembaziran dengan acara-acara yang penuh kemaksiatan.
Lihatlah juga bagaimana nasib Reza Pahlevi yang sama tragisnya dengan nasib Marcos yang mati di negara lain kerana dibuang daerah oleh rakyatnya sendiri. Tidak ada sesiapa pun yang mahu membela mereka pada saat itu. Bahkan, Amerika Syarikat yang selama ini menjadi 'tuan' mereka langsung tidak berbuat apa-apa.
Mustafa Kamal Ataturk . Beliau ini telah digelar sebagai Bapa Pemodenan Turki dan namanya terkenal diseluruh dunia baik di dunia islam mahupun barat. Beliau ini telah mencetuskan gerakan turki Muda dan akhirnya telah berjaya menjatuhkan institusi kekhalifahan Uthmaniyah pada 1923. Namun kenaikannya bukan menyatukan umat islam tetapi sebaliknya menjadi tali barut agen laknatullah dalam menghancurkan Islam, akhirnya mati dgn penuh kehinaan sehingga jasad tidak diterima bumi.
Sayang sekali, berapa ramaikah para penguasa yang ada pada hari ini yang mengambil iktibar tentang sikap para penguasa yang zalim itu? Mereka menggunakan segala kekuasaan mereka untuk mengumpul kekayaan dan menzalimi rakyat mereka, sedangkan kekuasaan yang mereka ada itu akan membawa nasib yang buruk terhadap mereka. Rasul SAW pernah berdoa:
“Ya Allah, sesiapa yang menjadi pengatur urusan umatku, kemudian ia memberatkan mereka, maka beratkanlah ia. Dan sesiapa yang menjadi pengatur urusan umatku, kemudian ia meringankan mereka, maka ringankanlah ia”. (HR Muslim dan Ahmad)
Lihatlah realiti ketika musim pilihanraya, mereka sibuk berkempen dengan senarai manifesto yang sangat menarik dan taburan janji manis yang bermacam-macam demi untuk meraih undi. Namun, apakah yang terjadi setelah mereka berkuasa? Bukan sekadar syariah Islam tidak diterapkan, bahkan terdapat banyak inti manifesto yang tidak dilaksanakan.
Dalam masalah ekonomi, para penguasa lebih memilih untuk berpaksi kepada ekonomi liberal ala kapitalis. Pengswastaan dan pengurangan subsidi juga ternyata ‘melemaskan’ rakyat yang sudah sekian lama hidup dalam kesusahan dan kemiskinan.
Agenda politik mereka hampir semuanya mengikut telunjuk barat. Ketika barat melaungkan slogan perang melawan teroris, para penguasa kaum Muslimin pun patuh mengikut dengan penuh taat. Padahal, di sebalik semua itu, ia sebenarnya adalah propaganda untuk memerangi umat Islam khususnya yang ikhlas berjuang ingin menerapkan syariah Islam. Akhirnya, rakyat sendiri yang menjadi korban. Mereka diintip, ditangkap dan ditahan tanpa sebarang proses pengadilan yang benar. Penguasa menjadi musuh bagi rakyat. Inilah hakikat sebenar hubungan antara penguasa dengan rakyat pada ketika ini. Walhal hubungan mereka seharusnya perlu saling tolong-menolong, saling mengasihi dan saling mendoakan.
Jika sejak di dunia lagi nasib para penguasa zalim ini berakhir dengan tragik, apatah lagi di akhirat kelak. Ini dapat kita fahami berdasarkan hadis Rasulullah SAW berkenaan amanat sebagai orang yang memegang jawatan dalam kekuasaan dan pemerintahan. Ketika Abu Dzar RA meminta jawatan kepada baginda, baginda bersabda:
“Sesungguhnya jawatan (kekuasaan) itu adalah amanah, dan kekuasaan itu kelak pada hari kiamat akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan. Kecuali bagi yang mendapatkannya secara benar dan menunaikan kewajipannya dengan sebaik-baiknya”.
Betapa berat dan pentingnya amanah ini perlu dipikul oleh para penguasa ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak untuk menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia agar kamu menetapkan secara adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. [TMQ an-Nisa’ (4): 58]
Berkaitan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir di dalam tafsirnya memetik hadis yang diriwayatkan daripada Hasan daripada Samurah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepadamu, dan janganlah engkau mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (HR Ahmad dan Ahlu Sunan)
Menurut Ibnu Katsir, amanah ini mencakupi seluruh amanah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada manusia. Menjadi pemimpin adalah amanah daripada rakyat. Ini adalah kerana rakyatlah yang membai'at pemimpin. Maka pemimpin wajib menjalankan amanah ini dengan sebaiknya dengan menerapkan syariah Islam di muka bumi Allah ini, dan bukannya dengan menerapkan sistem thogut yang telah banyak menindas dan menzalimi umat manusia. Rasulullah SAW telah mendoakan kebinasaan terhadap penguasa yang zalim, yang kelak akan dibinasakan oleh Allah SWT baik di dunia mahupun di akhirat.
Lihatlah buktinya, apa yang telah terjadi kepada Ben Ali, Ghaddafi, Hosni Mubarak dan nasib yang sama juga pasti akan menimpa kepada Bashar Asad termasuk seluruh penguasa yang ada saat ini yang banyak melakukan kezaliman, termasuklah para penguasa yang masih menerapkan sistem sekular tinggalan penjajah. Mereka semua adalah termasuk dari kalangan orang-orang yang zalim sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT:
“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim” [surah Al-Maaidah : 45]
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” [surah Al-Maaidah : 49]
Khairul Hilmi Che Ali shared Jeneral Yakuza Ogawa's photo.
Dulu kata negara akan muflis sebab turunkan harga kereta.. Sekarang penurunan harga kereta adalah bagus. Kah kah kahLihatlah bagaimana mereka menipu.. Dah terang lagi bersuluh. Hanya manusia buta matahati saja yang tak nampak penipuan ini.
Dulu kini & sampai kiamat umno/bn terus perbodohkan rakyat!
D'Din Din shared Mujahidah Nur Hannan's photo.
Osman Aziz and 3 other friends shared Forgie Taha's photo.
Saman Zahid: Ini jawapan berani Rafizi...!!!Rafizi tidak akan tarik balik kenyataan, lawan saman Zahid
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.
Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.
Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.
Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.
Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.
Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.
Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau bersedia untuk ke mahkamah agar semua dokumen yang terlibat dapat disapina di mahkamah.
“Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti.
“Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam,” kata Rafizi lagi.
Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.
Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.
TERKINI!
Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Nallakaruppan!
Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.
Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.
Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.
Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.
Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.
Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.
Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.
Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.
Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.
Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.
Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar.
TERKENCIT LAH KO NALLA NAK BAYAR SAMAN TUUU ..ARI TU KEMAIN CABAR ANWAR SURUH CEPAT BAWA KE MAHKAMAH...ALEH2 KO YANG TERLONDEH DALAM MAHKAMAH...
UMNO MENANG FITNAH,ANWAR MENANG SAMAN...
pisttt..bolih buat modal tanggung dana pru13...
Osman Aziz shared Media Jer! (MJ)'s photo.
Jangan terkejut jika diberitahu. Imam didalam gambar ini adalah ayah Adam Adli. Yang biasanya kami panggil 'ayah'.Seperkara lagi pernah lihat mereka-mereka bersembahyang jemaah di Dataran Merdeka ini? Familliar tak dengan muka-muka didalam gambar ini?
Oh ya, untuk pengetahuan semua ini adalah rakan-rakan mahasiswa seperjuangan adam adli.Ketika ini, mereka berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan percuma.
Cerita berkenaan ayah adam adli, beliau sering menyokong usaha-usaha yang dibawa oleh mahasiswa dan sering memberikan nasihat dan bantuan bila diperlukan. Ini baru betul.. ayah kepada seorang pejuang!
Seorang ayah yang hebat akan melahirkan anak yang hebat. Doakan moga keluarga adam adli kuat bagi menempuh ujian perjuangan ini.
( Lokasi: Dataran Merdeka | Gambar oleh ahmadjer.com )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan