Nak boikot? Suka hati kamulah
Anak Malaysia, |
Apakah kesalahan kedua-dua pihak ini sehingga mahu diboikot? Tidak lain tidak bukan hanya kerana mereka menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat. Orang Cina tidak melakukan apa-apa kesalahan melainkan hanya kerana mereka tidak mengundi Umno-BN – hakikatnya bukan mereka sahaja, malah ramai juga orang Melayu bandar tidak pengundi Umno-BN! Bagi Air Asia pula, syarikat mereka mahu diboikot hanya semata-mata menyelar media rasmi Umno-BN kerana menyiarkan berita yang bersifat perkauman. Salahkan Azran kerana menolak wujudnya sikap rasis?
Namun, bagi saya, itu adalah hak kamu untuk memboikot dan memilih. Setiap orang itu ada hak masing-masing, dan orang lain juga wajar menghormati hak itu selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama dan budaya.
Jika Umno-BN dan para penyokongnya ada hak untuk memboikot dan memilih maka rakyat juga ada hak yang sama! Rakyat juga ada hak untuk memboikot dan memilih untuk tidak mengundi Umno-BN dalam pilihan raya yang lalu.
Jika anda mahu dihormati, sila lah belajar untuk menghormati hak orang lain.
36 keluarga tunggu masa rumah diroboh
Laporan khas Anis Nazri, | 22 Mei 2013 |
(Papan tanda Kampung Serai Wangi yang terletak dekat dengan Puncak Alam)
PUNCAK ALAM: 36 keluarga yang mendiami Kampung Serai Wangi dan Desa Pengasih dekat sini bakal kehilangan tempat berteduh apabila mereka diarahkan untuk mengosongkan tanah yang diterokai sejak 20 tahun lalu.
Perintah pengosongan tanah itu akan berakhir tujuh hari sahaja lagi, iaitu pada 28 Mei ini - yang dianggap satu tarikh yang begitu menyedihkan dan mengecewakan bagi mereka.
Biarpun bersedia mengosongkan kampung tersebut, rata-rata penduduk mengharapkan pihak berwajib dapat menyediakan satu penempatan lain bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Kampung Serai Wangi adalah kampung tradisi Melayu manakala Desa Pengasih adalah perkampungan yang dibina oleh sebuah NGO untuk menangani orang yang bermasalah termasuk penagihan dadah dan sebagainya.
"Kami tidak menentang pembangunan yang ingin dilakukan di kawasan ini, tetapi janganlah halau kami seolah-olah kami bukan manusia. Sediakanlah rumah untuk kami berteduh," luah seorang penduduk, Robaiah Abdul Rahman, 56 (gambar kiri) ketika ditemui krew Harakahdaily, semalam.
Menurut Robaiah, yang lebih mesra dipanggil Cik Yah, beliau dan penduduk kampung sudah mula menetap di situ sejak 1989 lagi, dengan mengusahakan tanah yang ada untuk bercucuk-tanam seperti nanas, ubi, kelapa, manggis, rambutan, limau kasturi, longan dan durian.
Katanya, pihak yang berkenaan perlu mengambilkira segala titik peluh yang dicurahkan beliau dan penduduk kampung yang menerokai kawasan ini dengan memberikan tempat berteduh kepada mereka agar tidak merempat di negara sendiri.
"Kami dahulu bergotong-royong mengerjakan kawasan ini, dari kawasan hutan menjadi tempat berteduh dan sumber pendapatan kami. Jalan yang dahulunya denai, kami besarkan sedikit demi sedikit bersama-sama hingga menjadi laluan tanah merah yang membolehkan kami berulang-alik.
"Kenapa waktu berhutan dahulu, tidak sibuk-sibuk mahukan tanah ini? Kenapa apabila sudah ada jalan merah ini, dah 'terang' sikit hutan ini, baru senang-senang hendak ambil (tanah) daripada kami?" soal Cik Yah, penuh emosi.
Kekecewaan Cik Yah turut dikongsi bersama seorang lagi penduduk, Norizan Ni'mat, 51 apabila memikirkan nasib beliau dan penduduk lain menjelang 28 Mei ini.
Katanya, dalam kesuntukan masa yang ada, beliau buntu untuk melakukan sebarang tindakan kerana wakil penduduk yang dahulunya dilantik bersama, kini hanya mendiamkan diri.
"Saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan lagi dalam tempoh terdekat ini. Apa yang saya harapkan pihak yang berkenaan, sama ada pemilik tanah ini atau kerajaan negeri Selangor, khususnya memberikan kami rumah atau satu kawasan penempatan untuk kami diami.
"Kami tiada masalah untuk berpindah, tapi sediakan kami satu kawasan penempatan. Tetapi kami tidak mahu pangsapuri, kami mahu rumah yang bertanah. Itu sahaja permintaan kami," luah Norizan.
Selain memohon ehsan kerajaan negeri untuk menyediakan penempatan bagi semua penduduk kampung tersebut, Norizan turut mengharapkan kerajaan negeri melihat semula proses penjualan dan pemilikan tanah tersebut agar tidak sampai menafikan hak mereka.
"Kami dimaklumkan Sultan Selangor, dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim maklum tentang keadaan kami ini. Sejauh mana ia benar, saya tidak pasti kerana ketika itu wakil kami yang mengurusnya. Tapi, hari ini nampaknya seolah-olah baginda dan menteri besar macam tidak tahu (mengenainya)," keluh Norizan lagi, yang turut ditemani anaknya, Nurkhairunnisa, 21, bapa saudaranya, Hamzah Singah, 63, dan emak saudaranya, Norhayati Mohd Nor, 55 yang lumpuh separuh badan.
(Norizan [kanan sekali] bersama anak dan ibu saudaranya ketika ditemui harakahdaily)
Penduduk kampung itu mula menerima notis perintah mahkamah untuk mengosongkan kawasan itu pada 2012, dan pihak Telekom mula memfailkan saman pemula ke atas penduduk pada 14 Mei 2013 lalu melalui Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Notis itu mengatakan semua penduduk kampung terbabit perlu mengosongkan kawasan itu selewat-lewatnya pada 28 Mei ini.
Bagaimanapun, para penduduk memohon untuk menangguhkan pengosongan tersebut dengan meminta jasa baik pihak berkenaan untuk menyediakan satu penempatan bagi mereka, selain menuntut pampasan berhubung hasil tanaman yang diusahakan mereka selama mendiami tanah tersebut.
Menurut perbincangan dengan pihak Telekom, Harakahdaily dimaklumkan Telekom menawarkan sejumlah RM7500 untuk setiap 36 keluarga sebagai kos pemindahan.
Harakahdaily difahamkan, tanah seluas 217.5794 hektar itu pernah dipohon oleh penduduk ketika Selangor dibawah BN dan bekas menteri besar, Tan Sri Muhammad Mohd Taib pada 8 September 1992.
Bagaimanapun, status permohonan penduduk itu tidak diketahui hujung pangkalnya, sehingga pada tahun 2004, tanah tersebut turut dipohon oleh TM Facilities.
Permohonan itu diluluskan ketika era pentadbiran Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo, bagi tujuan membina Universiti Telekom.
Bagaimanapun ia tidak diteruskan apabila ia kemudiannya dibina di Melaka.
Harakahdaily juga dimaklumkan, status tanah itu masih kekal sebagai tanah pertanian, biarpun penduduk kampung dimaklumkan kawasan itu akan dibangunkan untuk pembinaan kuarters kakitangan Telekom dan mungkin juga menjadi pembangunan komersial.
KPN baru dikecam kerana bermain politik, bukan fokus banteras jenayah Posted on Wednesday, May 22 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Sumber RoketKini
SEPANG, 22 MEI: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dikecam kerana bermain politik untuk memuaskan hati tuan politiknya, bukannya fokus pada tugas pertamanya iaitu membuatkan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada penjenayah dan menjadi mangsa jenayah.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam ulasan medianya di LCCT, di sini, hari ini sebelum menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, berkata beliau dimaklumkan dua pegawai polis menyoal siasat Penasihat dan pengasas DAP, Dr Chen Man Hin selama satu jam 15 minit mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab bahawa istilah “Malaysian Spring” yang digunakan dalam e-mel peribadinya tahun lalu mempunyai hubungan dengan konspirasi menggulingkan kerajaan secara haram dan ganas.
Katanya, ini tidak masuk akal dan betul-betul satu pembaziran sumber, tenaga dan masa pihak polis sedangkan ada lebih banyak perkara penting perlu dilakukan seperti memastikan Malaysia bebas daripada jenayah. Dua hari lalu adik Timbalan Perdana Menteri menjadi mangsa pecah rumah di Petaling Jaya sementara adik Ketua Polis Negara pula menjadi mangsa pecah rumah di Mantin, Negeri Sembilan.
Beliau berkata, adakah pihak polis bersedia untuk mendakwa mereka yang membuat tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan polis memburu sesuatu yang sia-sia, membazir masa dan sumber awam.
Katanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin boleh berlagak bahawa siasatan polis terhadap Dr Chen adalah bukti betapa dia serius, sedangkan sebenarnya terbukti Malaysia salah memilih orang untuk menjadi Menteri Dalam Negeri yang tidak tahu keutamaan sepatutnya.-Roketkini.com
KPN baru dikecam kerana bermain politik, bukan fokus banteras jenayah
Bijaknya Najib.. Hulur BR1M RM1,200.. ambil balik RM5,000 melalui GST..
Posted on Wednesday, May 22 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Anak Sungai Derhaka
Dengan mengenakan kadar 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ianya akan membolehkan kerajaan persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti yang telah dijanjikannya.
Dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa kira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM 1,000 seorang setiap setahun.
Dengan lain ayat, sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun… jadi tak hairanlah kalau Najib menjanjikan BR1M sebanyak RM1,200 setahun.. sebab Kerajaan dah ambil balik RM5,000 setahun…
Itu jika sebuah keluarga yang isirumahnya 5 orang..
Ini adalah kenyataan media Seteiausaha-Agung Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengenai GST..
Dan berikut pula adalah kenyataan media oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY Steven Sim Chee Keong yang juga merupakan Ahli Parlimen, Bukit Mertajam..
BN boleh memberikan RM1,200 BR1M setahun kerana dapat balik daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM 5,000 setahun.
Pengumuman baru-baru ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST 7%, membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.
Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual.
Dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa kira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM 1,000 seorang setiap setahun.
Dengan kata lain, sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun.
Itulah sebabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu yakin dapat membayar BR1M RM 1,200 setahun kepada setiap keluarga kerana telah dapat balik RM5,000 setahun daripada mereka menerusi cukai GST.
Memang BN akan untung banyak sedangkan rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.
Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan ini atau “consumption tax” kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mampan.
Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan?
Menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM 755 billion or 81% GDP (Gross Domestic Product).
Pertumbuhan hutang keluarga adalah 11%, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8%.
Kita tidak boleh persalahkan rakyat berhutang bila kerajaan Malaysia berhutang sampai RM502 bilion pada akhir 2012, hampir 55% GDP.
Lagipun keluarga Malaysia membayar 50% daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.
Dengan kata lain selepas membayar hutang, mana cukup untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan asas lain?
Itulah sebabnya PR menentang cukai GST 7% kerana ia hanya akan membebankan keluarga miskin dengan menambahkan perbelanjaan setiap keluarga sekurang-kurangnya RM5,000 setahun.
PR akan lawan cadangan cukai GST 7% ini di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi popular 47% sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ini ke atas majoriti rakyat.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax - GST) akan meningkat pendapatan negara sehingga RM 27 billion.
Beliau juga berkata bahawa ini adalah demi untuk melaksanakan janji-janji Barisan National semasa pilihan raya umum ke-13.
Saya di sini membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan GST oleh kerajaan pusat terutamanya apabila cukai baru ini adalah untuk membiayai agenda politik Barisan Nasional.
Dalam keadaan 40% isi rumah di Malaysia berpendapatan RM 1,500 ke bawah dan 60% isi rumah berpendapatan RM 3,000 ke bawah, pengenalan GST sudah tentu akan membebankan seluruh rakyat khususnya golongan bawah dan golongan berpendapatan sederhana, iaitu lebih kurang 90% rakyat Malaysia.
GST ini akan mengurangkan kuasa pembelian rakyat dan menyebabkan rakyat golongan bawah terus dipinggirkan daripada pasaran.
Walaupun ada yang menyatakan GST hanya akan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu, namun pelaksanaannya sudah tentu akan mendatangkan kesan riak (ripple effect) ke atas seluruh pasaran.
Sistem cukai pada masa kini hanya mengenakan cukai kepada mereka yang berpendapat lebih daripada RM 2500 sebulan dan cukai-cukai daripada syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan.
Dengan mengenakan cukai ke atas penggunaan (“consumption”), kerajaan pusat secara prinsipnya bertindak menghukum rakyat, pertama, golongan bawah dihukum kerana terpaksa berbelanja demi kehidupan, kedua, golongan berpendapatan sederhana dihukum kerana terpaksa membayar sekurang-kurangnya DUA (2) jenis cukai, iaitu cukai pendapatan dan GST, dan ketiga, golongan peniaga dihukum kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan menjejaskan permintaan dalam pasaran.
Jika Barisan Nasional benar-benar ingin memenuhi aspirasi rakyat, saya menasihatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Menteri Idris Jala supaya salin bulat-bulat dasar-dasar yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat. Manifesto Pakatan Rakyat tidak perlu dibiayai oleh GST, tetapi pendapatan negara ditingkatkan melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) seperti di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Pada tahun 2008, Ketua Audit Negara telah melaporkan bahawa Malaysia kerugian RM 28 billion setahun kerana kepincangan dalam pengurusan kerajaan.
Jika berjaya menutup segala kebocoran di peringkat kerajaan pusat, maka “dividen anti-rasuah” tersebut sudah melebihi pendapatan yang dijangka akan dikutip melalui GST.
HIDUP MELAYU!!.. HIDUP MELAYU!!.. kah.. kah..kah.. mudahnya bangsaku diperbodohkan! nak dapat RM1,200 punya pasal terus bermati-matian menyokong UMNO/BN.. tapi akhirnya rugi lebih banyak..
Bijaknya Najib.. Hulur BR1M RM1,200.. ambil balik RM5,000 melalui GST..
Zahid bakpe mung jadi gitu?
Posted on Wednesday, May 22 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: senik
"Assalamualaikum,
Ketika jadi ketua pemuda UMNO, Zahid lantang menentang ketidakadilan. Sekarang setelah dilantik jadi menteri polis yang paling tidak popular, Zahid jadi macam orang tak ada akal.Dah beberapa kenyataan bengongnya keluar.Mula mula suruh rakyat yang tak suka kepada kerajaan tak popular berhijrah ke negara yang disukai mereka, kemudian menuduh ayah DSAI bukan rakyat Malaysia dan selepas itu menyerang Malaysiakini dengan dakwaan mengada adakan cerita yang tidak ada.Zahid bakpe mung jadi gitu? Koho bengong? Mung sedor gok sikit, mung tu dok popular doh! Naik karat doh!
Zahid sekadar memberi bola tanggung kepada 52% rakyat kerana selama ini yang suka buat cerita yang tidak ada ialah Utusex, Berita Hairan, Hairan Kosmo, TV tiga suku, TV sembilan suku, NTV 7 suku, TV hijrah dan Astro Awani serta Bernama. Zahid silap ketika meminta Malaysiakini menyiarkan berita mengikut etika kewartawanan kerana yang patut ditegur ialah kumpulan akhbar media perdana seperti senarai di atas.
Lantaran itu, 52% rakyat yang kebanyakannya mengikuti berita di portal Malaysiakini boleh nampak warna Zahid sekarang setelah dibasuh oleh Mahathir menerusi ISA.Zahid hanya akan menambah kemarahan rakyat kalau terus memberi bola tanggung kepada 52% rakyat kerana secara sendirinya melondehkan kelicikan UMNO selama ini.
Menuduh ayah DSAI bukan warganegara Malaysia juga biadap bin bengap.Jauh lebih baik bagi Zahid menuduh Bangla dan warga asing yang ada IC itu bukan warganegara Malaysia kerana ianya lebih munasabah kerana proses memberi kerakyatan tidak mengikut saluran undang undang.Lagi pula siapa pula ayah Dollah Badawi? siapa pula ayah Mahathir?
Arwah Tok mat Rahmat dulu pernah dibuang Mahathir kerana menuduh DSWA bukan melayu tulin, nasib baiklah Mahathir sudah pencen, kalau tidak tahulah nasib kau, Zahid!
Mulut celupar Zahid mungkin makan diri.
Antara himpunan aman dan keganasan
Posted on Wednesday, May 22 @ 17:29:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Roslan SMS
Saya mungkin jadi tidak popular kerana posting ini. Tetapi saya sebagaimana anda semua masing-masing punya hak dan kebebasan bersuara. Hak dan kebebasan itu sewajarnya dihormati kecualilah sekiranya ia bertentangan dengan undang-undang dan peraturan Negara.
Politik
keganasan contohnya, adalah sesuatu yang ditolak rakyat Malaysia.
Perhimpunan aman walaubagaimanapun yang menyuarakan hak dan tuntutan
tidaklah termasuk dalam kategori ini. Jenis politik keganasan adalah
menghasut hadirin bangkit menentang dengan cara tidak demokratik,
menggunakan tangan dan tidak undang-undang.
Kebelakangan ini kita
membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin muda PAS yang
kini masing-masing bakal duduk dalam Dewan Rakyat. Antaranya Nik
Abduh, ahli Parlimen Pasir Mas yang menyatakan dalam facebooknya
bahawa:
Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu
adalah gopoh. Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah
kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum?
Orang muda perlu insaf, semangat tidak boleh meminggirkan ketuanan sifat sabar dalam memburu kemenangan.
Kesedaran rakyat baru bermula. Kita masih ada masa dan masa itu sedang bersama kita.
Itu
pandangan seorang anak muda pemimpin Islam yang waras. Pandangan itu
turut dikongsi oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, ahli parlimen
Temerloh yang juga Ketua Pemuda PAS. Kata beliau:
Kami berjuang untuk masa depan agama, negara dan rakyat.
Kami
tidak akan turun ke jalan raya untuk mencetus keganasan dan keresahan
rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda
Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz semalam
Dan kedua-dua
kenyataan ini disahut secara positif oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ustaz Dato Harun Taib apabila beliau menyatakan:
Memang
sudah lama, sejak dulu lagi hingga sekarang Pas pilih demokrasi dan
perkara ini kekal menjadi pegangan kita (Pas), mungkin sampai
bila-bila.
Bagi Pas, amalan demokrasi adalah yang
sebaik-baiknya, bukan bertindak mengikut emosi sehingga berlaku
huru-hara. Dalam Islam juga tak mahu berlaku huru-hara.
Biarlah semuanya dalam keadaan aman damai untuk kesejahteraan rakyat. Perlu ingat, Pas tak suka buat huru-hara.
Saya
membangkitkan hal ini ekoran insiden yang melibatkan aktivis pelajar
Adan Adli yang ditahan polis di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan
Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan kerana ucapannya dalam satu majlis di
Dewan Perhimpunan Cina Selangor baru-baru ini.
Antara kandungannya:
Kalau
ada polis, SB (cawangan khas), ejen Umno, ejen Barisan Nasional di
sini, nama saya Adam Adli Abd Halim... ambil butiran saya, buat laporan
polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.
Kita
tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam
dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan
menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja
peluang kita ada,
Adam telah mengeluarkan kenyataan mengajak
rakyat menumbangkan kerajaan yang ada melalui kuasa selain demokrasi.
Lalu beliau didakwa. Jika benar kenyataan ini jelas ia bertentangan
dengan kenyataan-kenyataan di atas. Apa pun Adam kini akan dihadapkan
ke mahkamah dan beliau akan di adili. Di sana beliau berhak
mempertahankan diri dan proses undang-undangnlah yang akan menentukan
nasibnya.
Bagi
saya kenyataan seperti ini dan kenyataan-kenyataan lain yang hampir
serupa yang dinukilkan oleh blogger tertentu dalam blog mereka adalah
keras dan tajam dan dalam proses politik berpilihanraya, ianya sangat
bertentangan.
Apa pun sesiapa sahaja layak menyatakan apa sahaja
yang tertunjam dibenak hatinya, kalau mahu dikongsi dengan orang-ramai,
asalkan ia sanggup bertanggungjawab.
Saya
sekali lagi menegaskan bahawa saya setuju dengan kaedah perhimpunan
aman dan bantahan secara terbuka namun apa sahaja yang berunsur
ketegangan dan kekerasan perlu ditolak oleh semua, wallahualam.
Sumber
http://n32.blogspot.com
Sumber
http://n32.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan