Posted on Friday, May 24 @ 21:51:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Sumber Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan besok.
“Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik.
"Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.
“Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk,” tegas beliau.
Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.
“Berilah ruang dan peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan mesej mereka kepada pihak kerajaan secara aman dan santai,” saran beliau.
Pagi tadi, PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.
Mohamad pula menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.
Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.
"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.
Harakahdaily
Kedah sedia laksana AES
Posted on Friday, May 24 @ 21:41:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Mohamad Fakhri Mohd Ali
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.
Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.
“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.
“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati.
“Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya.
Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut.
“Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat.
Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Sungguhpun begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang ditadbir BN bertujuan mengurangkan kemalangan maut disamping merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.
Sinar Harian
Beranikah Zahid Hamidi Simpan Anwar Ibrahim Di Lokap Jinjang ?
Posted on Friday, May 24 @ 18:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: psyco
"DS Anwar Ibrahim telah beri lampu hijau pada DS Zahid Hamidi untuk tunjuk kan taringnya untuk ''simpan'' Anwar di Balai Jinjang sebagai membalas dendam terhadap serangan Anwar kepada nya tempohari. Antara yang menjadi sasaran beliau adalah Hj Mat Sabu , Dr Zulkifly , Chegu Bard, Hishamudin Rais dan Nurul Izzah... Zahid mungkin lupa antara nama sasaran beliau sedang menunggu untuk di tangkap dan lokap bagaikan pusat istirehat bagi mereka.
Zahid pernah merasa kena lokap dan beliau pasti ingat nostalgia bagaimana beliau dari seorang hero kepada Anwar Ketika itu dan bertukar menjadi lalang dan sampah apabila di sergah dalam lokap dan buat U Turn kembali untuk menjilat Mahathir. Kini masa untuk beliau cuba menarik perhatian kem Najib atau kem Mahathir untuk terus menyambung nyawa dalam umno. Beliau adalah lebih paria dari paria yang ada di Negara ini.
Zahid ingin cuba meneruskan legasi KDN semasa era kukubesi Dr Mahathir dengan memberi amaran dan tangkapan akan tetapi rakyat Malaysia tidak seperti era Mahathir di mana ISA digunakan secara rakus ..... .. dan jika masih ada lagi ISA sekalipon sekarang pastinya Mahathir dan Zahir akan di ketawakan dan disampah sarapkan oleh rakyat yang semakin berani melawan.
Pentadbiran Najib akan di lebelkan sebagai sampah sarap sekali lagi jika masih menggunakan manusia bongkak dan sombong ini untuk bermaharalela. atau Najib akan mendapat kredit dari rakyat jika manusia ini dibakul-sampahkan.
Sedang Zahid membuat kira-kira akibat dari perbuatan rakus yang akan beliau rancangkan dan dalam masa yang sama Anwar dan pimpinan sudah bersedia duduk dalam untuk bercuti dan Zahid harus bersedia menerima akibat apa yang di namakan kebangkitan rakyat..
Yang buat Zahid jadi bebal kekal adalah setiap provokasi yang di lakukan pihak berkuasa tidak di layan oleh penyokong PR , contoh nya setiap Perhimpunan PR 505 tidak ada kacau bilau yang menghuru harakan dan aman untuk dijadikan alasan Zahid dan alat pekakas untuk melakukan tangkapan.
"
13.Mei 1969 UMNO puncanya dan dalang utama.
Posted on Friday, May 24 @ 18:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: mohdnoorawang
"Saya seteju dan amat setuju peristiwa 13/5/1969 adalah kerja kerja jahat pemimpin UMNO demi kuasa dan politik kumpulan dalam UMNO.
Jika benar kenyataan bekas pemimpin UMNO Datuk Tamrin Gafar ianya adalah satu jenayah yang terkutuk dan perlu dibicara di mahkamah terbuka, Kerana pemimpin UMNO yang terlibat masih hidup dan UMNO masih berkuasa lagi.
Jika Tamrin Gafar salah pehak berkuasa BN/UMNO perlu dibicara di mahkamah terbuka untuk membuktikan secar adil dan saksama. Jangan tangkap muat macam lembu ditaman bunga.
Malah kerja terkutuk BN/UMNO juga tidak boleh kami lupa ialah membunuh ulama dan penduduk Memali di Baling Kedah. Ini kerja jahat dan paling kejam dalam sejarah Malaysia.
Kerajaan sekarang sudah hilang timbang tara dan sudah ketandusan hujah. Jika mahu keadilan jangan menggunaka Akta Hasutan dan akta polis secara tidak bermoral.
Kami ucapakan tahniah kepada Tamrin Gaffar, Tian Chua serta kwannya dan pejuanh pelajar yang dituduh bawah akta hasutan dan Akta Polis.
Ayuh kita beri sokongan secara terang dan jelas kepada mereka dengan menubuhkan satu tabung untuk membantu pejuang pejuang yang ditindas oleh regim zalim BN/UMNO.
Kenapa SPR kutuk pembangkang? bukankah SPR tu pengadil?
Posted on Friday, May 24 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Kenyataan dari timbalan pengerusi SPR dengan terang dan jelas mengutuk pembangkang (PR).Wajarkah SPR mengutuk begitu? Siapakah SPR, parti komponan BN? Kalau pembangkang mengambil keputusan untuk turun ke jalanrayapun, SPR tiada hak mengutuk sebegitu rupa.Yang peliknya SPR hadir dimajlis penerangan PRU yang dianjurkan oleh BN tetapi menolak untuk berdebat dengan pembangkang dengan alasan pembangkang boleh menghantar petisyen di mahkamah.Pelik sungguh perangai pengadil pilihanraya di negara kita.
Nampak jelas SPR bercakap bagi pihak BN walaupun sepatutnya tiada kenyataan yang dibuat untuk mengutuk pihak yang bartanding.Pembangkang ada hak membantah dengan cara apapun asalkan bukan kekerasan dan SPR sebagai pengadil tiada hak mempersoalkannya.
Sepatutnya SPR tampil dengan bukti jelas bahawa mereka tidak menyebelahi BN dan menjawab semua pertikaian pembangkang mengenai pendaftaran warga asing yang diberi IC, penggunaan dakwat kekal dan lain lain rasa tidak puas hati pembangkang.Bukan sekadar mengatakan SPR tiada kuasa kerana sebagai pengadil, SPR mesti adil dalam semua segi.Lagipun kalau SPR ada kuasa yang tidak terhad untuk mengubah peraturan piliharaya, kenapa SPR tiada hak untuk memastikan semua pengundi adalah warga negara yang sah.
Lebih pelik lagi apabila timbalan pengerusi SPR boleh menyatakan tindakan pemuda dari kuantan adalah salah di sisi undang undang dan boleh didakwa tanpa menyatakan kelalaian SPR mendaftar namanya dua kali yang membolehkan dia mengundi dua kali.Kenapa pemuda itu yang salah, SPR tidak salah?
Satu lagi hal yang pelik, ialah apabila timbalan pengerusi menyatakan kehairannya kepada tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi kerana menurutnya banyak mata yang menyaksikannya jadi mana mungkin dia boleh menyeludup kertas undi tersebut.Timbalan pengerusi SPR agaknya lupa bahawa dalam hampir kesemua keputusan PRU yang diwartakan, ada jumlah kertas undi TIDAK DIKEMBALIKAN dicacatkan, ke mana perginya kertas undi ini.
Perkara ini melondehkan kelemahan SPR mengendalikan pilihanraya Malaysia bukan mempersoalkan tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi.Sudahlah tidak mahu mengaku salah, disalahkan pula orang lain dengan angkuhnya.
Inikah sikap SPR di negara kita? SPR bukan pengadil tetapi bertindak mempertahankan parti yang memerintah! Seperti dalam perlawanan bola sepak, SPR menjadi pemain kedua belas bagi team BN.
UMNO bantah petisyen untuk P85 ?
Posted on Friday, May 24 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
" KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata panel peguam parti sedang meneliti perkara terbabit.
Agaknya kawasan mana UMNO mahu memfail petisyen bantahan PRU 13 ?
Barangkali Kawasan P85. Ini kerana majoritinya tidak begitu besar berbanding P122.
Bagi UMNO, P85 menang cuma majoriti 32,613 berbanding P112 menang dengan majoriti 51,522.
P85 mempunyai peratus keluar mengundi 85% berbanding P122 cuma 83.5% sahaja. Pemilih P112 seramai 85,976 berbanding P85 seramai 80,260 pemilih.
Oleh itu UMNO mesti membantah keputusan P85 walaupun menang. Ini untuk mengatasi majoriti P122.
Cuma bezanya P112 tidak memerlukan Bangladesh,Mynmar,Nepal dan pengundi pos Tentera untuk menang majoriti besar berbanding P85 yang terpaksa "mengangkut kem-kem tentera" masuk ke kawasan P85.
P85 - Parlimen Pekan, Pahang
P112 - Parlimen Seputeh, Kuala Lumpur
UMNO bantah petisyen untuk P85 ?
Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan
Posted on Friday, May 24 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Hafiz Yatim
Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.
Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.
Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.
Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan
HATI-HATI: Jaring dah penuh ke?
Posted on Friday, May 24 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
" Nampak semacam situasi sekarang seperti UMNO sedang pasang perangkap.
Bila-bila masa UMNO akan tarik jaring perangkapnya hingga memangsakan sesiapa yang menentangnya.
Sama seperti Mei 1969 dan MAGERAN Kelantan. Zaman itu, UMNO biarkan demostrasi berluasa,himpunan dan sebagainya.
Apabila semuanya masuk perangkap, maka dengan senangnya "jaring" diangkut menuju lokap!
Awas! Anak buah Zahid sedang berlatih untuk buat provokasi bagi menghasilkan MAGERAN !
HATI-HATI: Jaring dah penuh ke?
I'm not convince, we are not convince - PRU 13
Posted on Friday, May 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: notan
"Assalamualaikum,
Satu lagi kisah yang saya kutip hasil perbualan beberapa sahabat cina mengenai perjalanan dan keputusan PRU 13.Kisah terjadi di hotel Vistana Kuantan semasa saya menghadiri kursus berkaitan profesyen saya.Ketika waktu rehat atau waktu terluang, ada saja kisah kisah pilihanraya yang diceritakan di kalangan peserta kursus yang kebanyakannya berbangsa cina.
Dalam satu sessi perbualan ini, saya sempat menyelit dan keputusan yang dicapai oleh sahabat cina ialah I'm not convince dan ditambah oleh sahabat lain, we are not convince.
Rata rata percaya keputusan ini sudah dirancang SPR terlebih awal.Seribu satu kisah tidak percaya dengan keputusan yang dilambat lambatkan keputusannya oleh semua stesen TV termasuk TV Hijrah.Ramai di kalangan peserta kursus percaya Perak dan Terengganu sudah dimenangi oleh PR tetapi dengan sedikit magik SPR ianya bertukar kepada BN.Seorang sahabat memberitahu beliau mengikuti perkembangan kerusi di Perak menerusi seorang kenalannya di sana dan hampir pasti Perak akan jatuh ke tangan PR, tetapi agak terkejut bila keputusan rasmi menunjukkan sebaliknya.Seorang Sahabat lagi bersetuju dan menyatakan keadaan serupa berlaku di Terengganu.
Perkara ini membuktikan warga cina turut mengikuti perkembangan PRU di Terengganu, negeri majoriti melayu dan yang menariknya mereka tinggal di negeri lain.Rata rata keturunan cina percaya keputusan PRU 13 dicuri oleh dari PR oleh BN dengan pertolongan SPR.
Mereka tidak percaya dan ramai lagi rakyat Malaysia tidak percaya dan nampaknya BN terpaksa menghabiskan masa mentabdir untuk penggal ini(kalau diizinkan ALLAH) dalam suasana majoriti rakyat tidak percaya mereka menang PRU 13.
Kalaulah ada sedikit rasa malu di kalangan orang BN dan UMNO terutamanya........
Khairul Hilmi Che Ali and Pakdo Dey shared Fitri Fit II's photo.
Tamrin Ghafar Kata .....
Posted on Friday, May 24 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Tiada ulasan:
Catat Ulasan