Isnin, 27 Mei 2013

KADANG2 BERTERUS TERANG PERLU SUPAYA JELAS DAPAT MEMAHAMII MAKSUD SEBENAR

Alkisah seorang malas…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 27 Mei 2013

Abtawi seorang budak yang malas. Disebabkan malas, segala projeknya terbengkalai kerana tiada pengurusan yang baik. Tapi tiada ramai yang tahu Abtawi seorang pemalas kerana lakonannya hanya hebat, selalu menunjuk dia sibuk di depan orang ramai.

“Redha sajalah. Ini takdir Allah. Allah nakkan begitu, nak buat macam mana.” – Itulah jawapan Abtawi setiap kali ditanya Ustaz Ibrahim yang diamanahkan menjaga segala projek di kampung Gunung Senyum.

Setiap kali Abtawi berkata sedemikian, Ustaz Ibrahim akan terasa sedih kerana duit warga kampung telah terbazir lagi.

Satu hari, Ustaz Ibrahim mula menubuhkan pasukan pemantau rahsia untuk memantau projek-projek di kampung. Analisa yang dibuat oleh pasukan pemantau yang pertama, 80 peratus projek yang tak jadi semuanya dimiliki oleh Abtawi.

“Tak mungkin. Budak itu rajin. Saya kenal dia sejak kecil. Cuba nasib tak menyebelahinya,” kata Ustaz Ibrahim yang mempertahankan Abtawi yang dididiknya dengan agama sejak kecil.

Setelah 3 bulan memantau, pasukan pemantau Ustaz Ibrahim memaklumkan bahawa Abtawi sebenarnya tidak melakukan kerja-kerja yang diamanahkannya.

“Sebab dia tahu Ustaz selalu akan melawat pukul 10 pagi dan 4 petang, Abtawi hanya masuk kerja hampir-hampir dengan dua waktu itu dan menunjukkan dia membuat kerja. Semua projeknya dijalankan tanpa ada apa-apa pelan tindakan dan jadual,” kata ketua pemantau rahsia Ustaz Ibrahim.

Ustaz Ibrahim masih was-was mendengar laporan itu. Beliau ingin meninjau diri sendiri.

Besok harinya, Ustaz Ibrahim menukar masa melawat ke 9 pagi.

Setiba di tapak projek, Abtawi tiada di sana. Ustaz Ibrahim menemubual beberapa pekerja di sana.

“Dia hanya datang 2 jam sahaja sehari untuk menunggu kedatangan Ustaz. Kami cuma buat ikut pengetahuan kami. Tak pasti bila nak siap, bahan apa yang nak digunakan. Biasanya bahan yang diperlukan tak dibeli, katanya duit projek tak cukup,” kata seorang pekerja Abtawi.

Ustaz Ibrahim sedih dan terus meninggalkan tapak kerja itu sebelum kehadiran Abtawi. Beliau memberitahu pekerja-pekerja Abtawi jangan memberitahu bahawa beliau pernah datang.

Abtawi yang tiba di pukul 10 pg cemas menunggu untuk sejam kerana Ustaz Ibrahim tidak hadir. Kerana bimbang apa-apa terjadi pada Ustaz Ibrahim, Abtawi terus ke pejabat Ustaz Ibrahim untuk mencarinya.

Apabila Abtawi memasuki pintunya, Ustaz Ibrahim senyum – “Maaf tak sempat pergi hari ini.”

“Ustaz ada apa-apa ke? Sakit ke?” tanya Abtawi.

“Tak. Cuma hati tak sedap sikit. Projek bagaimana, boleh siap minggu depan?” tanya Ustaz Ibrahim.

Abtawi senyap seketika.

“Saya tak tahu mengapa malang sangat nasib saya dan Allah melayan saya sedemikian. Semua projek saya ada masalah. Projek ini, maaf Ustaz, saya dah cuba, tapi masih gagal disiapkan mengikut jadual,” terang Abtawi.

Memandang pada Abtawi, Ustaz Ibrahim bertanya pada dia, apakah beliau sedar Allah sedang melihat setiap perbuatan manusia di bumi ini?

Abtawi terdiam seketika.

“Saya sangat kecewa hari ini. Sebenarnya saya tak nak pergi tapak projek hari ini adalah untuk mengurangkan dosa kamu supaya kamu kurang menipu untuk sehari. Nampaknya tidak berjaya.

Ungkapan redha dengan ketentuan dan takdir Allah biasanya hanya digunakan untuk mengubati jiwa mereka yang telah berusaha bertungkus-lumus sedaya upaya untuk mencapai sesuatu tetapi gagal. Tapi ramai yang salahgunakan ungkapan ini. Jangan samakan kelemahan mengurus dengan takdir Allah. Jangan menghina Allah berkata kegagalanmu adalah takdirnya tatkala kamu malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.

"Kamu tak layak berkata kegagalan projek dan membazirkan wang kampung ini ketentuan Allah tatkala kamu bekerja sambil lewa selama ini. Yang kamu bersungguh-sungguh selama ini hanya menipu saya yang mempercayai kamu telah bekerja sedaya upaya untuk menyiapkan projek yang diamanahkan.

"Tahu tak mengapa kamu dapat menipu saya? Kerana saya mempercayai kamu – sebab sayalah yang mendidik kamu sejak kecil. Rupanya saya silap, sangat silap,” kata Ustaz Ibrahim.

Abtawi terkedu dan tidak berkata apa-apa. Sejak itu, Abtawi berhenti menjadi malas dan mula bertanggungjawab terhadap apa yang dipertanggungjawab kepadanya.

Senyum.

Gempar ! Jawatan Perdana Menteri Najib tidak sah?


Sumpah yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.

“Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.

“Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini.

Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.

Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.

Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.

Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.

Katanya, mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.

Peguam Negara gagal

Ternyata Peguam Negara, tambahnya bukan sahaja gagal menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan, malah beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan oleh Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat.

“Sepertimana berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,, Presiden Barrack Obama telah “misplaced” satu patah perkataan sahaja, ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali pertama.

“Namun Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah sekali lagi pada keesokkan harinya ,sebelum memulakan tugas rasmi beliau di Rumah Putih.

“Malahan gambar bukti upacara mengangkat sumpah kali kedua ini juga, ditunjukkan kepada rakyat Amerika dan dunia, bagi mengelakkan kesahihan perlantikan beliau dipertikaikan di kemudian hari,” katanya..

Bgaimanapun, berbeza dengan sikap Peguam Negara kita yang sanggup membiarkan Najib dan Kabinet beliau untuk mentadbir negara dengan kesahihan tindak tanduk mereka sejak 3 April 2009 boleh dicabar di mahkamah.

Mat Zain juga mengulangi bahawa pembubaran Parlimen oleh Najib juga tidak sah kerana beliau dipercayai tidak menyembah maklum kepada Baginda, bahawa beliau telah gagal untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dan sumpah simpan rahsia seperti yang ternyata dalam Jadual Keenam Perlembagaan,semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam, di hadapan YDP Agong Ke-13 pada 3 April 2009.

“Sekiranya Datuk Seri Najib telah menyembah maklum perkara sebenar, nescaya YDP Agong Ke-14 tidak akan memperkenankan pembubaran Parlimen pada hari berkenaan.

“Sebaliknya, Baginda dipercayai akan menitahkan supaya Datuk Seri Najib membiarkan Parlimen Ke-12 itu, terbubar dengan sendirinya pada 28.April .2013,” tambahnya lagi.

Menurut Mat Zain lagi, selain daripada Najib tidak layak untuk menasihati YDP Agong untuk memperkenankan pembubaran Parlimen itu, beliau dipercayai telah memperolehi perkenan Baginda, menerusi perdayaan dan representasi salah.

Akibatnya, pembubaran Parlimen menjadi tidak sah, apabila pembubaran Parlimen adalah tidak sah, maka pilihan raya yang diadakan bagi semua 222 kerusi Parlimen pada 5 Mei lalu sia-sia dan semua keputusannya adalah tidak sah untuk digunapakai dalam membentuk kerajaan Persekutuan, kata Mat Zain. ~ Sumber berita

Insyallah atau In Shaa Allah?

by Abu Nafis
i.Allah
Suatu ketika dahulu pernah kecoh..Isunya ialah…
Mana satu yang betul..” Insyallah” atau ” In Shaa Allah “
Jawab: Yang betul ialah اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
Adapun ejaannye dalam bahasa melayu dua-dua betul..Ada orang suka tulis Insya Allah..Ada juga yang pendekkan jadi i.Allah..Ini pun tidak mengapa asalkan SEBUTANNYA sama dengan bacaan di atas(dalam bahasa arab)…
Bawah ini ada sedikit pandangan dari ShamKamikaze di Twitter beliau:
Untitled

Fakta Tentang Durian Belanda

by Abu Nafis
Durian Belanda
Fakta Tentang Durian Belanda:
Durian Belanda dalam bahasa Brazil Graviola
Durian Belanda dalam bahasa Sepanyol Guanabana
Durian Belanda dalam bahasa Inggeris Soursop
Durian Belanda Di Indonesia disebut sebagai buah Sirsak
Khasiat Buah Belanda:
Dalam kajian saintifik ianya mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi.Dalam pengkajian ilmu Herba,ianya mempunyai unsur tanah yang tinggi,yang boleh dengan izin ALLAH meneutralkan segala masalah berkaitan dengan darah dan sel(sel dalam perubatan Islam digelar ma’ul habl).Dari pokoknya hingga ke buah,durian belanda amat berkhasiat dalam mencegah dan merawat penyakit..
Sumber:Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus(Pengasas Terapi Islam Al Fatah Malaysia)
Teh dari daun durian belanda ada khasiat anti kanser..
Boleh rebus daun basah atau kering 10 – 15 helai daun masukkan ke dalam sau liter air mendidih selama 15 – 30 minit.Sejukkan dan tapis air.Minum satu cawan 2- 3 kali sehari,untuk selama sebulan dan check balik tumbuhan.
Saya cadangkan mereka yang ada ovarian cyst dan endometriosis khususnys lepas bedah utk amalkan.Pokok Durian belanda mudah ditanam.Boleh buat industri air teh..
Sumber:Dr Hamid Arshat(Pakar Sakit Puan)
Info Tambahan:Kalau anda nak halau cik si tikus dari rumah anda letakkan daun Durian Belanda di tempat-tempat(laluan\lubang) yang disukainnya..insyallah.
Sumber:Petua orang tua

Sihir Dalam Masyarakat Melayu

by Abu Nafis

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
Jenis-Jenis Sihir:
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’farandan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
Cara Mengatasi Gejala Sihir
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Saka ( Keturunan )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
Sumber: Rawatan Islam Tapediri65

Tips Melupakan Bekas Kekasih

by Abu Nafis
break_up_love_spells2
Putus cinta memang menyakitkan..Siapa yang pernah mengalaminya tahulah bagaimana rasanya(eh macam ada pengalaman je)..Biasanya pada beberapa minggu pertama,bayangan X anda pasti menghantui hidup..Asyik teringatkan dia je..Orang kata makan pun tak kenyang(tapi 2 pinggan juga),mandi tak basah(dia mandi macam bujang lapok kot) dan tidur pun tak lena…Kesian oooo bila tengok orang frust bercinta ni tapi kadang-kadang menyampah pun ada tengok sebab bila jumpa asyik masam je muka hehhe..ok saya nak kongsikan tips bagaimana cara nak mengenyahkannya si X anda dari hidup mahupun fikiran Anda?
Berikut tips-tipsnya!
1.Jangan Lagi Hubungi Bekas Kekasih Anda
Setelah Anda berdua sepakat untuk berpisah,maka jangan lagi menghubunginya.. Jangan cuba-cuba nak sms atau cuba-cuba nak menekan nombor telefonanya atau menulis e-mail kepadanya atau kirimkan CD untuknya atau tujukan lagu untuknya melalui radio jika anda tidak mahu menjadi semakin “gila” dan sulit melupakan si dia..Jika anda masih menghubungi si dia,maka dia akan tahu yang anda masih lagi ada hati dengannya dan mungkin sahaja dia tidak memperdulikan anda lantas anda juga yang akan sakit hati dan kecewa..Jadi daripada hati anda bertambah terluka lebih baik jangan mengambil tindakan apapun untuk menghubunginya.
2.Luahkan Segala Isi Hati Anda
Sediakan sehelai kertas atau beberapa helaian kertas kosong dan tuliskan apa sahaja yang ingin anda tulis.Mungkin anda hendak tulis bahawa Anda membencinya atau mencintainya,tulis sahaja segala yang ada di hati anda! Setelah itu buang atau bakar kertas tersebut.Jangan sesekali mengirimkan kepada si dia.Nanti anda akan menyesal karana mungkin dia akan menunjukan kertas tersebut kepada teman-temannya atau kekasihnya yang baru..tak pasal-pasal anda jadi bahan lucu mereka.Mungkin juga anda boleh luahkan perasan sedih dan kecewa anda kepada seseorang yang boleh dipercayaai dan rapat dengan anda..Jangan kongsikan masalah anda itu dengan semua orang..
3.Mengadu kepada Allah
Jika anda seorang muslim sebaik-baik tempat untuk anda mengadu masalah adalah kepada Allah..Oleh itu sebelum anda meluahkan rasa hati anda di atas kertas atau dengan manusia,mengadulah dulu kepada Tuhan manusia..DIAlah yang menciptakan manusia dengan fitrah ingin mencintai dan dicintai..DIAlah yang menciptakan manusia dengan fitrah hidup perpasang-pasangan…Dialah yang telah menentukan jodoh manusia sejak manusia di alam azali lagi..Oleh itu berwuduklah dan kemudian lakukan solat istikharah,mohon petunjuk Allah adakah bekas kekasih anda itu memang diciptakan buat anda atau ada insan lain yang telah Allah ciptakan buat anda..Berdoalah bersungguh-sungguh
“Ya Allah jika si dia(sebut nama x)adalah jodohku maka perbaikilah kembali hubungan kami dan permudahkanlah jodoh kami..Tapi jika dia bukan jodohku maka tawarkanlah hatiku ini dari menyintainya dan palingkanlah hatiku ini dari mengingatinya”
4.Sudah Berakhir
Sangat penting untuk menekankan di hati dan fikiran anda bahawa hubungan anda berdua sudah berakhir.Jika fikiran anda masih terbayangkan si dia dan masih berharap si dia akan kembali kepada anda,cuba ucapkan kalimat ini “Aku tak cinta lagi engkau” atau “nyah engkau dari fikiranku,kita tak akan bersama lagi” atau” engkau bukan jodoh aku” kemudian setkan di kepala anda dengan apa yang anda lafazkan.Ini juga sebgaai simbolik yang anda redho dengan ketentuan takdir..
4.Berhenti Dari Menyebut Nama Bekas Kekasih
Anda sudah berusaha untuk melupakan X anda tapi dalam masa yang sama masih menyebut-nyebut namanya..Ini akan menyebabkan anda akan kembali terbayangkan si dia dan teringat kembali nostalgia ketika bersama dengannya..Oleh itu jangan lagi sebut-sebut nama Bekas kekasih anda itu..
5.Padamkan segala kenangan
Anda perlu buang\delete semua gambar-gambar,sms,surat dan e-mail si dia..Hadiah yang pernah diberi seperti baju sebaiknya jangan dibuang..Benda elok lagikan..tak baik buang rezeki tapi kalau kerana itu akan menjadikan anda akan teringatkan kepada si dia,maka eloklah buang..
break_up_love_spells
6.Jangan Minta Kembali Barang Anda
Walaupun Anda pernah memberikan cincin berlian ataupun barang berharga lain kepadanya,relakan saja.Rasa sakit Anda hanya akan bertambah lagi jika anda bertemu lagi dengan si dia hanya untuk mendapatkan kembali barang-barang anda.Lebih baik pertahankan harga diri anda daripada digadaikan hanya untuk benda-benda yang sifatnya hanya lahiriah saja..
Elakkan Dari Menyendiri
7.Jangan kurung diri anda dalam rumah atau di bilik kerana bila anda berseorangan,ini akan menyebabkan anda akan sentiasa teringatkan si dia..Sibukkan diri anda dengan apa-apa kerja dan banyakkan bersama dengan keluarga atau rakan-rakan..Kalau ada anak-anak saudara atau adik yang masih kecil,bermain dan berguraulah dengan mereka..Gelagat telatah mereka sedikit sebanyak pasti mneghiburkan hati anda yang sedang berduka..
8.Cari Pengganti
cubalah berkawan dengan wanita lain..I.Allah dengan ini anda dapat melupakan si dia..Mulakan dengan mengenal hati budi masing-masing seperti di awal perkenalan anda dengan bekas kekasih anda..Pasang niat tujuan berkawan adalah untuk menjadikannya sebagai calon isteri..Tapi ingat jaga batasan pergaulan anda dengannya..Dalam tempoh perkenalan,jika anda dapat merasakan yang dia tidak sesuai dengan anda maka jangan sesekali beri harapan kepadanya..nanti dia pula yang meroyan hehehe.

Yang Sukar Diungkapkan Oleh Wanita

by Abu Nafis
cinta wanita

1.Ketika seorang wanita sedang berbicara dengan anda sambil menatap wajah anda,dia ingin sekali mendengar kata-kata romantis dari mulut anda seperti”saya sayang sangat awak” “saya rindu awak” dan yang seumpamanya..



2.Ketika seorang wanita mulai terasa hati dengan sikap anda yang asyik dengan hobi atau dengan kawan-kawan..Dia bukan mahu menjadi seorang isteri\tunang\awek yang “Queen Control” cuma hanya ingin sedikit perhatian dari anda..

3.Ketika seorang wanita mulai marah-marah tanpa sebab dan berbicara tidak keruan..Sebenarnya dia sedang menginginkan sesuatu dari anda tetapi tidak tahu bagaimana cara untk mengatakannya kepada anda.

4.Ketika wanita sedang menghadapi masalah kadang-kadang dia tidak tahu bagaimana mahu menceritakan masalahnya kepada anda,yang dia perlukan sebenarnya bukan kata-kata semangat anda tapi yang dia inginkan hanyalah anda ada bersama menemaninya..

5.Ketika anda ingin pergi meninggalkannya dalam beberapa waktu..Sebenarnya kalau ikutkan hati dia mahu agar anda jangan pergi..

Sungai Beku

by Abu Nafis
sg.beku1
Gambar yang anda lihat ini ialah pemandangan indah sungai beku di utara Norway.
Dikatakan berjuta-juta orang datang ke Norway untuk menikmati suasana keindahan sungai beku yang terletak di tengah air terjun dan puncak yang tinggi.
Sebenarnya keajaiban ini bukanlah perkara baru berlaku bahkan sudah berusia ribuan tahun.
Jika anda merasa kagum dengan kebesaran Allah ini ucapkanlah Subhanallah!
sg.beku2

Siapa Sebenarnya Ustaz Azizan Abdul Razak?

by Abu Nafis
KEDIAMAN
Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.
Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.
Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.
ustaz azizan
FOKUSKAN LENSA
Lebih-lebih lagi pelancong atau orang luar, jika tidak diberitahu, mereka lalu begitu sahaja tanpa merakamkan atau memfokuskan lensa ke arah rumah itu.
Namun, di situlah diamnya seorang pemimpin negeri. Di satu sudut rumah, seorang lelaki tanpa kaca mata, segak membetulkan songkok sejurus mengenakan kot cerah coklat dan mengikat tali leher merahnya.
Kemudian dia duduk seketika, sambil menghirup kopi, minuman kegemarannya. Pagi itu, dia tidak sempat bersarapan, seperti kelaziman hari-hari lain juga.
Jadualnya padat dan waktu yang singkat, adakala tidak upaya menjamah hidangan pagi. Itulah rutin yang dilaluinya, sejak hampir tiga tahun memikul amanah rakyat dan agama.
Sekali hirup, beliau merenung jauh. Kini tidak sama seperti dulu. Malah dia terasa kehilangan sesuatu iaitu tidak dapat melakukan perkara yang disukainya sejak dulu. Rupanya dia merindui untuk ke pasar secara sendirian membeli ikan dan bersembang panjang dengan masyarakat di warung kopi atau di kedai makan!
MENUNGGU ARAHAN
Lamunannya terhenti tatkala, seorang pengawal peribadi muda memaklumkan semuanya telah siap siaga menunggu arahan selanjutnya.
Di luar sana, kereta peronda bersama polis pengiring bermotosikal, sudah terpacak setia. Di tepi laman rumah dua buah kereta rasmi kerajaan, dua pemandu beserta empat pegawai lelaki kemas berpakaian kemeja lengan panjang berdiri di sisi pintu, menghormati dia, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah mendahului pergerakan semua.
Tepat jam 8.00 pagi itu, pasukan pengiringnya bersama pemimpin negeri itu bergerak ke satu lokasi,jauh di pendalaman di mana majlis besar dihadiri ribuan rakyat yang sudah menunggu tanpa jemu.
Di sana,rakyat sudah tidak sabar menantikan amanatnya. Gurau dan seloroh Menteri Besar mereka itu, seringkali mencuit hati. Tanpa laras bahasa yang sukar, menggunakan ayat-ayat bersahaja, beliau bijak dalam mencernakan dan mencanaikan ucapannya agar mudah difahami semua.
Baik isu ekonomi,sosial,agama,politik,pendidikan mahupun undang-undang,Ustaz Azizan tahu apa yang diperkatakan.Tidak sekadar membaca teks,beliau benar-benar faham apa yang diluahkan.Sesekali beliau menggunakan metafora,analogi dan contoh-contoh sekeliling,untuk mencantas atau menjelas letak duduknya sesuatu perkara.
“Saya ini umpama ketam batu.Sekali saya sepit ekor beruk,pasti menggelupur. Jangan cabar saya kembali ke perangai lama,nanti saya bongkar habis semua ..!”
Seusai berucap laungan takbir bergema dengan iringan tepukan gemuruh, menghangat suasana malam itu sewaktu berceramah di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dengan disaksikan puluhan wartawan dan pengamal media dalam dan luar negara.
ACAH-ACAH LAWAN
Kehadiran 10,000 hadirin semata-mata mahu mendengar petikan dan amaran Ustaz Azizan yang tak mungkin dilupakan berhubung isu Adun Lompat beberapa bulan lalu, akibat diacah-acah lawan bagi mencalarkan imej bersih dan amanah yang galas beliau selama ini.
Itu cerita dan kehebatan Ustaz Azizan bersilat dalam gelanggang ceramah. Lain pula kisahnya ketika dia menggulung hujah dan menepis segala jurus-jurus lawan yang dihalakan kepadanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.
“Soalan itu seolah-olah menghina bidang kuasa Sultan. Tarik balik soalan itu!” kata seorang Adun Pembangkang daripada Barisan Nasional dengan penuh emosi berang.
Tanpa membuang masa, Azizan bangun mencelah: “Perkataan ‘seolah-olah’ bukanlah ayat yang jelas atau mempunyai bukti. Jika di mahkamah, perkataan ini tidak terpakai sama sekali”.
Hujahnya tepat, menyiku lawan. Beliau sudah lama dan sebati dengan Dewan. Undang-undang dan peraturan mesyuarat, umpama ‘zikir’ di bibirnya. Dia yang paling lama sebagai Adun Pembangkang dan kini beralih kuasa di tangan, beliau memegang tampuk pemerintahan.
Bukan sembarangan Ustaz Azizan ini. Berwatak sederhana dan bersahaja. Anak kelahiran kampung Sungai Limau, yang diasah sopan, akhlak dan pendirian. Bijak berilmu sehingga melanjutkan pelajaran ke University Of Kent, Canterbury, United Kingdom, pengkhususan dalam bidang perlembagaan. Tak mudah lawan atau musuh menyerangnya bertubi-tubi kerana tajinya sangat tajam.
Tidak cukup dengan itu, pengikut dan anak muridnya terlalu ramai. Masakan tidak, beliau dulu adalah seorang tenaga pengajar di Maktab Mahmud, Ketua Jabatan Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Tidaklah berhasrat menceritakan fakta-fakta, statistik atau angka-angka kejayaan pimpinan Ustaz Azizan ini berkaitan bab peningkatan hasil balak, pengurangan kadar jenayah, percambahan projek pertanian atau apa sahaja, kerana ia sudah terang lagi bersuluh. Risalah, berita, dokumentasi, rakaman dan cd-vcd sudah bercambah dan sentiasa memenuhi ruang galeri.
BANGUNKAN INSANIAH
Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.
Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.
Sebenarnya beliau bukan seorang pemimpin yang suka melakonkan watak atau berlakon di hadapan lensa malah cukup keberatan untuk dikutip kisah perjuangan sepanjang hayatnya. Dia pernah menolak diwawancara Harakah secara eksklusif Harakah, walaupun beliau amat sayang akan organ parti ini dan pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Harakah.
Katanya kepada saya, ketika melaporkan diri sebagai Ketua Wartawan Harakah Negeri Kedah awal tahun ini, beliau lebih suka bersikap merendah diri dan kurang menggemari publisiti berbentuk sensasi.
“Takpalah…Azamin. Biar saya ‘low profile’ dan buat kerja-kerja macam biasa. Azamin buatlah kerja dan duduklah elok-elok di sini ya,” katanya bernada rendah menyinggah hati nurani.
Dan sejak itu saya memerhati dari jauh dan mengekorinya tanpa disedari. Tidak pernah saya mendekatinya dengan lebih rapat lagi bimbang-bimbang disalah erti. Sehinggalah selepas tujuh purnama saya di sini, beliau buat pertama kalinya menjemput saya ke rumah. Berbual santai, sembang-sembang hal keluarga dan menitipkan luahan hatinya tentang pergolakan politik semasa.
Dulu bermacam-macam nista dipalit kepada Ustaz Azizan. Tidak mesra, tidak pandai ceramah, ego dan bengis kata mereka yang tidak puas hati dengan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Adun Sungai Limau ini.
Namun setelah dua kali berbual mesra dan mengikuti segala aktiviti serta program beliau selama tujuh bulan ini, nyata tusukan dan cacian itu, tidak benar dan hanya fitnah semata.
AMAT TEGAS
Ini tidaklah bermakna, dikesampingkan warna sebenar, perwatakan beliau. Ustaz Azizan sememangnya seorang yang amat tegas terutama melibatkan tugasan dalam parti mahupun kerajaan negeri. Bekas pensyarah kehormat di Universiti Mindanao ini juga tidak suka kerja “cincai-bomcai”.
Baginya semua ‘perfect’ dan ‘zero-defect’. Tidak kurang kakitangan atau petugas parti yang menerima terjahan teguran dan kritikan daripadanya. Katanya setiap tindakan memberi kesan kepada agama dan perjuangan parti yang dibawa. Yang akan menerima tempias ialah, Islam dan PAS.
Betapa seriusnya Ustaz Azizan mentadbir parti sehingga adakalanya bermesyuarat sampai malam dan sesekali beliau mengejutkan para pegawainya yang sedang lena diulit mimpi, untuk berkumpul di rumahnya lewat tengah malam bagi membincangkan isu amat genting.
Pernah sekali, walaupun pintu tertutup rapat, saya mendengar beliau berang memarahi seseorang kerana kelemahan menyelesaikan tugas yang diberi. Gamam juga saya yang kemudian beransur beredar perlahan-lahan daripada pejabat Menteri Besar itu sebelum menambah lagi murka.
Akan tetapi ironinya, puncak kemarahannya hanya di bucu empat penjuru biliknya sahaja. Selepas melintasi ruang legar atau di luar bilik itu, beliau akan bersikap sediakala malah orang yang dimarahinya, boleh berbual dan makan semeja dengannya.
ustaz azizan makan
CUKUP BERANG
“Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit,” kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.
Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.
Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.
Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.
Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.
Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.
Sejak dua tahun lebih menjadi MB, beliau tidak pernah ke luar negara walaupun pernah dijemput oleh gabenor jiran senegeri iaitu Thailand. Menjelang Ramadan ini, khabarnya kali pertama beliau mahu akan ke negara Timur Tengah, setelah lama mendiamkan diri melaksanakan tanggungjawabnya di sini.
Beliau sebenarnya tidak mahu, dianggap memoncah dalam berbelanja dan dilihat membuang masa serta bersuka ria ke sini sana lebih-lebih lagi ke luar negara. Hatta dalam berbelanja untuk kegunaan sendiri pun, Ustaz Azizan cukup sederhana dan bersikap berpada-pada.
HARGA KEMEJA MB
Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.
Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!
Pernah pentadbiran kerajaan negeri berhasrat melupuskan atau menjual kenderaan rasmi Menteri Besar dua buah kereta Mercedes lama plat nombor KY12 dan KN 2000, akibat terlalu teruk kerosakannya namun dihalang Ustaz Azizan yang meminta dibaiki dan akhirnya dipakai semula oleh beliau sendiri.
Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini,beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan ‘tahan’ berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.
Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.
Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.
HUBUNGAN DENGAN ISTANA
istana
Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Bukan itu sahaja, MB Kedah ini akan mengiringi Sultan Kedah di lapangan terbang sama ada ketika baginda bertolak mahupun pulang daripada luar negara. Biarpun sekadar 5 ke 10 minit cuma bersua dan mengiringi baginda, tanda hormat yang ditunjukkan kepada Sultan amat tinggi.
Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi
Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!
Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!
Jika di Kedah pula, beliau suka hidangan gulai masam ikan dan ulam-ulaman disajikan. Dan tatkala melawat kawasan kampung di sekitar Kedah bagi tujuan rasmi ataupun tidak formal, masyarakat rata-ratanya sudah tahu makanan kegemaran beliau dan menghidangkannya setiap kali beliau menziarahi penduduk di situ.
Manakala kalau di rumah, sebelum waktu tidur jam 10 malam, Ustaz Azizan suka berbaring di sofa panjang sambil membaca buku-buku atau kitab-kitab tafsir. Itu hobinya sejak dulu lagi. Kadang-kadang asyik membaca, beliau boleh terlena di situ. Minatnya pada buku sukar disangkal. Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang juga, ada masa meminta Azizan menyemak buku tulisannya sebelum diterbitkan.
SAMPAI KULIAH
Jika berkesempatan, beliau meneruskan kesinambungan dakwah dengan menyampaikan kuliah yang selalunya diadakan di Kompleks PAS ataupun Kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon setiap Jumaat. Bukan sedikit pengikut atau yang minta mendengar kuliah yang disampaikan, dan ada masa bergilir dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Haron Din.
Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Beliau jarang menghampakan orang, bahkan tetamu yang menjengah ke rumah ataupun ke pejabatnya sama ada melalui temujanji ataupun yang datang secara spontan.
Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari.
Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.
Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.
Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.
Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.
MATI RENTUNG
Ada satu kisah ketika, alam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur kerana urusan mesyuarat, beliau mendapat khabar sebuah keluarga Cina di Jitra yang kehilangan dua orang anaknya akibat mati rentung. Kisah menyayat hati itu, dilaporkan semua media. Beliau kemudian lantas ke tempat kejadian, tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu.
Ustaz Azizan tiba menyampaikan sendiri bantuan dan duduk bersama kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut sambil cuba mententeramkan kesedihan mereka tatkala jenazah keduanya masih berada dalam keranda dan belum dikebumikan.
Selain itu, jika tetamu yang hadir atau membuat kunjung hormat, Ustaz Azizan akan melayan dan meraikan mereka sehabis mungkin sehinggakan beliau meneliti terlebih dahulu menu makanan yang bakal dihidangkan supaya para tetamunya mendapat sambutan yang terbaik.
Jika tiada acara lain, beliau lebih suka makan di dalam pejabatnya bersama staf mahupun para pegawai, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan warga kerja di Wisma Darul Aman itu.
Bukan sedikit yang sudah bertandang ke pejabatnya, daripada beberapa Menteri Pusat, para kedutaan, korporat atau konglomerat, guru, pelajar, bomba dan aneka ragam sehinggalah makcik pakcik dari kampung. Semua teruja dan mahu bertemu pemimpin disegani ini.
Biarpun beberapa media adakalanya cuba menconteng arang, tetapi secara purata dan majoriti, ramai yang tidak termakan racun hasutan. Semua telah menjadi saksi kepala. Tinjaun rambang yang dibuat, semuanya amat menyukai corak pentadbiran Azizan dan jika kekal begini, maka berputih matalah, mereka yang berhasrat atau mahu merujuk kembali kuasa yang sudah lama berpisah dari diri.
Walaupun media melaporkan songsang, hakikatnya pengamal media arus perdana dan alternatif di Kedah, menganggap Ustaz Azizan seorang yang mesra media. Beliau amat kenal seorang demi seorang wartawan yang membuat liputan. Ingatannya tajam. Bukan itu, sahaja, Ustaz Azizan akan menjawab semua soalan yang ditujukan dengan pancungan hujahnya yang bernas.
PERANGKAP WARTAWAN
Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba ‘menggoreng’ fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.
“Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato’ Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.
“Kamu ni mandi tak pagi tadi?” tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab ‘ya’ oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.
“Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan,” katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.
Sebenarnya setiap kali, sidang media di pejabat Menteri Besar, seminggu sekali adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pengamal media. Bukan setakat mendapatkan berita, tetapi lebih kepada kemesraan hubungan serta bergurau senda dengan Ustaz Azizan, yang menganggap para wartawan sebagai sebahagian daripada keluarganya.
JADI PENTERJEMAH
Jika sidang media dibuat dengan para duta atau diplomat asing, Ustaz Azizan lazimnya bertindak sebagai penterjemah dalam bahasa Inggeris dan membantu media menjelaskan jawapan.
Selain asakan fitnah lawan, beliau juga sering dilambakkan dengan segunung harapan oleh penyokong parti dan rakyat negeri supaya melakukan perubahan besar-besaran agar nampak hebat dan boleh dipandang semua, tetapi tidak pernah melatah. Beliau bukan seorang yang gopoh dalam mengatur langkah.
Kata seorang ustaz menjawat exco pemuda negeri, Ustaz Azizan bukan seorang yang ‘ghairah’ berceramah atau suka menunjuk aksi di sana sini, baik sebelum menjadi MB ataupun kini. Beliau sering mengutamakan jentera parti, memantapkan sistem dan pentadbiran kerajaan negeri.
RAMADAN
Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.
Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.
Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.
Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.
Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!
TERTIKAM MATA SENDIRI
Akhirnya permainan muslihat lawan, tertikam mata sendiri. Perbuatan keji yang diharapkan dapat menusuk dan mencincang imej Azizan atau nama busuk parti bertukar pujian melangit atas sifat pemurah pemimpin itu. Rupanya, kilasan dan serangan lawan melukakannya pun belum tentu!
Begitulah kehebatan seorang Azizan yang tiada duanya, yang mampu dinukilkan semoga bisa merungkai kekeliruan dan tuduhan tak bermata terhadapnya selama ini.
Oleh: AZAMIN AMIN

Pilihanraya Tiada Di Dalam Politik Islam?

by shauki syok
pilihanrayaDi kala kita merasai bahang pilihanraya umum ke 13 yang bakal berlangsung di Malaysia, saya suka untuk berkongsi sedikit ulasan tentang pandangan Islam terhadap konsep pilihanraya ini yang telah menjadi kaedah moden yang sangat penting dalam memilih pemimpin bagi sesebuah negara yang berteraskan sistem demokrasi.
Namun, ulasan di sini hanyalah satu keratan ringkas yang sekadar membahaskan tentang pandangan Islam secara umum terhadap pilihanraya.
Pengenalan
Seperti yang kita yakini, Islam merupakan agama yang mencakupi segala aspek di dalam kehidupan seorang manusia. Bermula dari sudut akidah, ibadah, akhlak, muamalat, adat, pentadbiran dan sebagainya. Hal ini menjadikan Islam satu-satunya agama dan ajaran yang paling efisyen dan relevan bagi sekelian manusia sekaligus dianggap sebagai agama yang paling pantas tersebar di seluruh dunia.
Di antara aspek penting yang turut menjadi konteks perbincangan Islam adalah aspek politik. Politik atau istilahnya di dalam Bahasa Arab ; السياسة telah menjadi isu besar yang sering dipolemikkan oleh banyak pihak pada hari ini. Namun begitu, Islam sejak lebih 14 kurun yang lalu telah pun menyentuh hal ini melalui wahyunya yang diturunkan kepada pembawa risalahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w samada di bawah konteks nas Al Qur’an mahu pun Sunnah. Bahkan bukan sekadar dituturkan dengan lisan semata-mata malah juga telah dipraktiskan dengan penuh bergaya oleh baginda s.a.w serta para khalifah ar rasyidin seterusnya diteruskan oleh para pengikut baginda pada kurun-kurun yang seterusnya.
Meskipun perkataan السياسة itu tidak pernah muncul di dalam nas Al Qur’an, namun ia tidak menafikan kewujudan makna dan intipatinya di dalam kitab suci tersebut. Hal ini samalah seperti perkataan العقيدة yang juga turut tidak disebut di dalamnya. Namun makna dan intipatinya memenuhi sebahagian besar isi kandungan Al Qur’an tanpa dapat disangkal.
Sesuai dengan takrif politik yang pernah dibentang oleh Imam Ibnu al Qayyim r.a di dalam Kitab ‘Ilam al Muwaqqi’in iaitu :
“ Perbuatan-perbuatan dan urus tadbir yang dijalankan di mana ia dapat mendekatkan manusia kepada kemaslahatan dan menjauhkan mereka dari kerosakan sekalipun ia tidak pernah disyariatkan oleh rasul dan tidak pernah diturunkan bersama-sama dengan wahyu ”.
Menurut takrif ini sahaja kita dapat memahami bahawa bidang politik ini tidak pernah terpenjara dengan sesuatu teknikal dan urus tadbir yang tertentu. Bahkan ia sentiasa anjal dan fleksibel sesuai dengan perkembangan ilmu, teknologi, uruf, zaman dan tempat. Hal ini turut dinyatakan di dalam asal kelima daripada usul 20 Imam Hasan al Banna r.a yang bermaksud :
“ Pandangan seorang pemimpin dan pembantunya di dalam konteks yang tiada nas dan membawa banyak kebarangkalian serta konteks yang mengandungi maslahah mursalah, maka pandangan tersebut boleh dipakai selagi ia tidak bertembung dengan kaedah syarak. Pandangan tersebut kadang-kala boleh berubah berdasarkan perubahan situasi, uruf dan adat. Dan asal bagi konteks ibadah adalah berbentuk pengabdian tanpa mempersoalkan makna di sebalik pensyariatannya. Manakala asal bagi konteks adat pula adalah melihat kepada rahsia, hikmah dan maqasid daripada pensyariatannya.”
malaysia mengundi
Pilihanraya & Pandangan Ulamak
Justeru, satu contoh terkini yang boleh kita kategorikan di dalam konteks ini ialah kaedah pilihanraya yang telah menjadi satu teknikal moden yang diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia pada hari ini. Bahkan negara kita tercinta, Malaysia turut mengguna pakai kaedah ini dalam menentukan siapakah yang berhak menguasai tampuk pemerintahan bagi sesebuah kerajaan. Maka, menjadi satu kepentingan untuk kita perbahaskan perkara ini dengan sebaik-baiknya bagi mengetahui sejauh manakah pandangan Islam terhadap kaedah moden ini di dalam bidang politik Islam.
Terdapat perselisihan di kalangan ulamak dalam membahaskan tentang keharusan kaedah pilihanraya yang sedang diamalkan di kebanyakan negara di dunia pada hari ini termasuklah Malaysia. Justeru, kita akan lihat secara ringkas tentang pandangan mereka terhadap perkara ini beserta dengan dalil masing-masing.
 Ulamak yang tidak mengharuskan :
Dr. Muhammad Ra’fat Usman, Syeikh Soleh Fauzan, Syeikh Albani, Gerakan Salafi, Hizbut Tahrir dan yang sependapat dengan mereka.
Hujah :
- Kaedah ini tidak pernah diamalkan oleh umat Islam terdahulu.
-  Merupakan sebahagian daripada kaedah yang terdapat di dalam sistem demokrasi yang bercanggah dengan syariat.
-  Kaedah ini bergantung kepada asas majoriti dan asas begini dicela oleh Islam.
-  Tidak membezakan di antara suara golongan yang buta huruf dan sebaliknya.
Ulamak yang mengharuskan :
Muhammad Rasyid Redha, Hassan al Banna, Muhammad Abu Zahrah, Abu al ‘Ala al Maududi, Abdul Karim Zaidan, Yusuf al Qaradawi, Gerakan Ikhwan Muslimin dan yang sependapat dengan mereka.
Hujah :
- Asal bagi semua perkara adalah harus.
- Kaedah ini termasuk di dalam kategori perkara yang berbentuk adat. Maka tiada masalah untuk memperbaharu dan mencipta sesuatu yang baru di dalam perkara adat.
- Kaedah ini menyerupai kaedah bai’ah di mana ia mengungkapkan kerelaan pengundi terhadap individu yang diundi.
- Para ulamak turut mengiktiraf perbuatan umat Islam yang meniru atau menggunapakai kaedah dan sistem yang diambil dari pihak lain selagi ia tidak bercanggah dengan syariat. Hal ini seperti kaedah menggali parit (peperangan khandak) dan membentuk senarai gaji pegawai-pegawai kerajaan (zaman Saidina Umar al Khattab r.a) serta percetakan wang.
- Kaedah dan teknikal memilih pemimpin dan seumpamanya tidak pernah diikat dengan dalil yang hanya mewajibkan teknikal tertentu, bahkan ia diserahkan kepada ijtihad manusia mengikut kesesuaian zaman dan tempat mereka selagi tidak bertembung dengan asas-asas kaedah syarak.
-Terdapat dalil-dalil syarak khasnya sunnah Rasulullah s.a.w yang menunjukkan keharusan kaedah ini. Seperti arahan Rasulullah s.a.w ketika hendak melaksanakan perjanjian Aqabah : “Bawalah kepadaku 12 orang di kalangan kamu sebagai wakil bagi kaum mereka”. Ulamak membahaskan bahawa kaedah untuk memilih 12 orang ini sudah tentulah akan melibatkan kaedah mengundi atau pungutan suara daripada kaum mereka.
- Kaedah ini sesuai dengan kaedah-kaedah feqh yang telah disusun oleh para ulamak. Di antaranya ialah :

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Suatu perkara wajib yang tidak akan dapat dicapai melainkan dengan bergantung dengan satu perkara yang lain, maka perkara yang lain itu juga turut akan menjadi wajib”
Melantik pemimpin untuk menguruskan pentadbiran negara demi maslahat rakyat dan mengelakkan keadaan huru hara adalah satu kewajipan. Justeru, kaedah yang paling relevan dan dapat memuaskan hati semua pihak bagi memilih pemimpin adalah dengan kaedah pilihanraya. Maka kaedah tersebut secara tidak langsung turut menjadi wajib.

 الأمور بمقاصدها

“Setiap perkara itu bergantung kepada tujuan atau matlamat”
Kesimpulan daripada perselisihan ini, kita boleh lihat pandangan yang kuat dan sesuai dengan situasi pada hari ini ialah pandangan yang mengharuskan kaedah pilihanraya. Tambahan pula, sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia pada hari ini mendesak kepada umat Islam untuk menggunakan kaedah pilihanraya dalam menentukan kepimpinan yang bakal mencorak kehidupan mereka.
Pilihanraya : Adakah ia membawa konsep perwakilan atau penyaksian?
Sekiranya kita lihat kaedah pilihanraya yang diamalkan pada hari ini, kita akan dapati bahawa ia membawa dua konsep penting iaitu konsep perwakilan dan juga penyaksian sekaligus. Apabila kita menyebut konsep perwakilan, hal ini bermakna seorang pengundi itu mewakilkan urustadbir kawasan, atau negeri atau negara itu kepada individu yang diundi sebagai menggantikan dirinya yang mungkin tidak berkemampuan.
Namun, apabila kita mengaitkan tentang konsep penyaksian pula, maka ia bermakna bahawa kita menyatakan penyaksian dan pengiktirafan kita bahawa individu yang diundi itu berkelayakan untuk memimpin kawasan, negeri atau negara.
Pilihan Raya Kecil
Kedua-dua konsep ini secara tidak langsung menyedarkan kita bahawa betapa pentingnya usaha kita dalam menyertai pilihanraya sebagai pengundi. Ini kerana sebagai seorang individu yang hendak mewakilkan urusannya kepada seseorang, maka sudah pasti dia akan meyerahkan urusan itu kepada individu yang diyakini mampu menjalankannya dengan baik. Begitu jugalah apabila seseorang itu ingin menyatakan kesaksiaannya terhadap mana-mana individu, sudah tentu dia akan menyatakannya pada individu yang dilihat sebagai seorang yang amanah dan berkemampuan.
Pilihanraya Merupakan Hak & Kewajipan Rakyat
Justeru, tidak harus bagi mana-mana pihak untuk menghalang mana-mana individu yang berkelayakan untuk menyertai pilihanraya samada sebagai calon mahupun pengundi. Pada masa yang sama, sebagai seorang rakyat juga dia tidak boleh mengabaikan kewajipan ini kerana tindakan tersebut boleh menimbulkan mudarat dan mafsadah kepada negara. Justeru, pihak yang berwajib mempunyai hak untuk mengenakan sebarang peraturan yang dapat menjamin agar terpeliharanya hak dan kewajipan ini.
Islam Itu indah
Kesimpulan
Hasil daripada sedikit ulasan ini, maka kita sedar bahawa betapa indah dan hebatnya Islam dalam memandu umatnya ke arah kestabilan dan kesejahteraan dari semasa ke semasa. Meskipun dunia umat pada hari ini semakin berkembang pesat dari pelbagai aspek, Islam tidak pernah bersikap jumud mahupun konservatif dalam menyatakan pandangannya terhadap sesuatu perkara. Justeru, sama-samalah kita menyebarkan keindahan ini ke seluruh pelusuk alam dengan bermula daripada diri kita sendiri dengan mengamalkannya dalam bentuk yang paling terbaik.
Wallahu a’lam.
Sila Sebarkan dan kongsikan pada rakan-rakan yang lain

Kerana Jahil

by Abu Nafis
421901_495735013796576_1084746128_n
Kerana JAHIL kita terjerumus kelembah kekufuran..
Kerana JAHIL kita bersengkokol dengan “toghut”..
Kerana JAHIL kita sesat lagi menyesatkan orang…
Kerana JAHIL kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah & RasulNYA dan kita mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah dan RasulNYA..
Kerana kita JAHIL mereka yang jauh dari Allah terus hanyut dengan dunia kegelapan mereka…
Kerana JAHIL non muslim tidak mengenali islam bahkan bahkan ketika mereka menghina islam kita tidak boleh nak membetulkan salah faham mereka terhadap islam,yang kita tahu ketika itu ialah marah..
Kerana JAHIL kita hanya sibuk mengejar duniawi.Sehingga dunia kita jadikan sebagai matlamat..
Kerana JAHIL kita leka dengan keseronokkan..
Sungguh Musuh Utama Kita Hari Ini Ialah KEJAHILAN…
Solusinya…
Luangkanlah masa sertai majlis-majlis ilmu..
Banyakkanlah membaca dan apabila tIdak faham dengan apa yg dibaca rujuklah kepada mereka yang ahli…
Dekatilah dan dampingilah para Ulama…
Perkongsian dari Ustaz Abdullah Bukhari yang saya ambil dari facebook beliau:-
JAHIL PUNCA SEGALA MASALAH!
Kdg2 terkejut mendengar masalah masyarakat..ini semua kisah benar yg pernah dilalui atau didengar,
1) Ustaz! Bgmnlah nasib Nabi Isa di akhirat kelak! Krn dia yg ajar org kristian sembah dia, habis semua org kristian sesat.
2) Ibu marahkan anaknya yg tak berduit walaupun gajinya agak besar..Ibu: Mana perginya gaji kamu yg byk tu?! Duit tak cukup ni byk sebab, kamu bayar tak zakat?! Anak bertanya dgn selamba: MAK ZAKAT TU APA?!
3) Saya bncg dgn jiran ttg agama, saya kata: berbagai ibadah sunat yg blh kita buat pd mlm jumaat, tak hanya baca Yasin. Si isteri mencelah: Hah! Kalau tak baca Yasin apa lg yg nak dibuat?!
4) Anak saya main badminton dgn teman setaman, keluar kisah manusia tidak terlepas dr buat silap. Anak saya mencelah: Cuma Nabi shj yg maksum dan x buat silap! Teman setamannya kata: Eh mana adalah, betul ke Nabi tu maksum?
5) Anak saya terpaksa menumpang di Tadika adiknya. Bersamanya ada jg seorang budak lelaki (darjah 4) turut menumpang). Bila sampai waktu solat anak saya ajak budak tu darjah..dia geleng kepala. Anak saya tanya: Eh kau tak takut masuk neraka ke?! Budak tu menjawab: NERAKA TU APA?!
Itu adalah sedikit pglmn yg dilalui. Ia berlaku kerana kesibukan berkerja (diri sendiri atau ibu bapa) shg lupa meluang masa menuntut ilmu walaupun ilmu yg wajib diketahui sbg Muslim..
Byk lg kerja kita sbg pendakwah!! Adakah masih cukup masa utk kita BERGADUH?!
أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءالِهَةً ۖ قُل هاتوا بُرهٰنَكُم ۖ هٰذا ذِكرُ مَن مَعِىَ وَذِكرُ مَن قَبلى ۗ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ ۖ فَهُم مُعرِضونَ
Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku.
(Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) BAHKAN KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI MANA YANG BENAR DAN MANA YANG SALAH, DGN SEBAB ITULAH MAKA MEREKA BERPALING ENGKAR (al-Anbiya’[21:24]).

Khasiat Air Kelapa Muda

by Abu Nafis
kelapa

Antara Khasiat Dan Kelebihan Air Kelapa Muda:
1.Dapat meneutralkan kembali kadar racun dalam tubuh kita.
Sedar ataupun tidak sebenarnya setiap hari kita memakan makanan yang beracun. Buah yang dibeli di pasar mengandungi kadar racun begitu juga dengan sayur-sayuran..Tujuannya adalah untuk mencegah dari serangga makhluk perosak..
2.Merawat santau dan batuk berdarah
Air kelapa muda yang diruqyah dengan ayat-ayat al Quran dan dan doa-doa syifa’(kesembuhan)yang sabit dari Rasululullah saw dan dicampurkan dengan sedikit garam bukit i.Allah akan menjadi penawar santau dan batuk berdarah.
3.Merawat Ketagihan Dadah\Rokok
Campurkan air kelapa muda dengan sedikit garam bukit kemudian bacakan ruqyah pada air kelapa tersebut dan tiup..Ruqyah bagi merawat ketagihan dadah\rokok adalah 40 kali al fatihah(ayat-ayat al fatihah bukan baca al fatihah je)
4.Memerangi Gangguan Cacing Dalam Perut Anak-Anak kecil
Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis..i.Allah.
5.Mengatasi Dehidrasi(kehilangan air dalam badan)
Kaedahnya sama untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil iaitu campurkan sedikit air perahan limau nipis
NOTA:
-Sebaik-baik air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya
-Jangan minum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.

Nasihat-Nasihat Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

by Abu Nafis
syeikh


1.Kenapa kita perlu merasa angkuh dan sombong dengan kelebihan yang ada pada kita,sedangkan kita dahulu berasal dari air mani yang kotor lagi hina..
2.Penyakit umat islam sekarang adalah malas,kerana dengannya segala-galanya tertangguh..
3.Sesiapa Yang Menjaga Pandangan Mata,Maka Dia Akan Dianugerahkan Kemantapan Hati..
4.Jangan Angan-angan Hanya Setinggi Gunung Sahaja. Beranganlah Setinggi Langit Bersama Dengan Usaha Yang Tidak Pernah Lelah..
5.Apabila kita berada di dalam Masjid maka putuslah kita dengan dunia luar.Sama juga pemain bola tidak akan membawa telefon bimbit ke dalam padang bola,jadi tinggalkanlah telefon di rumah atau matikan terus ketika di masjid.Agar kita khusuk dalam ibadah..
6.Pesawat tidak akan mendarat jika landasannya dipenuhi dengan batu-batuan, kayu-kayuan dan kawasan yang mempunyai tunggul yang berselerak. Begitu juga dengan ilmu,ia tidak akan singgah pada hati yang kotor.
7.Apa ertinya kita hidup bebas sedangkan hati kita terpenjara dengan hawa nafsu yang mencegah kita daripada mengingat ALLAH SWT..
8.Di akhirat nanti manusia akan dikumpulkan bersama orang yang dia cintai.Barangsiapa yang menjadikan para artis,pemain bola atau alim ulama yang lebih dicintai semasa hidup didunia,kelak nanti di akhirat kamu akan bersama mereka yang kamu cintai..
9.Sembunyikan kebaikanmu seperti mana kamu menyembunyikan keburukanmu..
10.Apa erti badan yang sihat dan rupa yang cantik,sedangkan belum terjamin keselamatannya dari dijilat api neraka..
11.Jangan terkejut bila di Akhirat nanti kamu akan berkumpul dgn artis yg kamu kenali. Dan jika kamu bertanya kenapa, kerana di dunia kamu terlalu mencintai mereka..
12.Kalau kita tidak pernah menangis, maka menangislah kerana kita tidak pernah menangis..
13.Biar kelu dalam ucapan atau kaku dalam ceramah, tetapi jangan kelu dalam mebaca al-Quran dan kaku dalam mengerjakan ibadah..
14.Tiada sesuatupun yang dijadikan Allah itu sia-sia. Apa sahaja yang ditaqdirkan berlaku tersirat hikmah dan tujuan yang tertentu yang tidak difahami oleh akal manusia..
15.Gigih beribadah diwaktu muda membawa kesan rohani di waktu tua..

Nasihat-Nasihat DrZaharuddin@Uzar

by Abu Nafis
UZAR
Nasihat-nasihat atau kata-kata hikmah Dr Zaharudin @ UZAR ini dinukil dari facebook beliau sendiri,Mudah-mudahan kita beroleh manfaat dari koleksi kata-kata mutiara Ulama muda ini.
1. Antara tanda seseorg itu punyai iman yg segar lagi sihat adalah di waktu dia berseorangan (samada di bilik hotel, luar negara, rumah sendiri, pejabat dll) apa yang dilakukan semuanya baik & bermanfaat kpd imannya. Tiada takut dan resah walau diketahui org lain.
2. Adakalanya kita rasa ‘cemburu’ dgn pencapaian, kejayaan, harta & perolehan org lain. Tanpa dikawal ‘cemburu’ itu boleh memakan diri,juga menghasilkan kedengkian. Kawallah ia dgn YAKIN bhw jika bukan rezekimu, apa jua yg kamu lakukan TETAP TIDAK akan diperoleh, yg penting USAHA & TAWAKKAL serta REDHA dgn apa jua hasilnya. Semuanya berdsarkan rezeki masing2, maka HATI TENANG.
3. Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.
4. Mulakan hari dengan positif, sangka baik bhw Allah akan memberikan keluasan & jalan keluar bagi kesukaran yg sedang & bakal dihadapi. Tiada kemudahan kecuali apa yang dipermudahkan oleh Allah dan kamulah wahai Allah yang menjadikan kesediahn & dukacita itu mudah ditanggung. Moga hari-hari kita diberkati.
5. Mengapa kau beri dan ambil rasuah?” “Jika tak beri rasuah, masakan syarikat aku boleh hidup?” Itu alasan aqal pendek serta bingung seorang peniaga. Tidak dilihatnya jenayah rasuahnya itu secara meluas iaitu secara ‘big picture’ yang akhirnya akan terkena kesan buruknya kepada perniagaannya sendiri, melalui pelbagai cara. Malang apabila dia hanya mampu melihat begitu pendek, ringkas dan tersekat. Lupa bahawa sebuah masyarakat perniagaan yang korup menjauhkan perkembangan skill dalam sesebuah perniagaan. Mengundang pekerja yang korup juga, dan melarikan pelanggan. Ya, jangka pendek mungkin boleh mendabik dada, namun tunggu kesan buruknya kelak.
6. Kegagalan jangan dicari. Tetapi apabila ia datang, ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, untuk mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal. Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuhkan luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang Mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali kepada Allah.
7. Seorang ulama berkata : “Orang yang mencemburui sambil berdengki dengan apa yang ada pada orang lain sebenarnya adalah sedang merungut dan memarahi keputusan Allah swt, lebih parah dia juga seolah sedang menuduh Allah itu tidak adil”. Justeru, teruskan usaha dan redha dgn apa yg diperolehi, jadikan apa yg ada pada org lain sbgi motivasi utk ke hadapan sambil memastikan jalannya diredhai Allah & RasulNya.
8. Jangan diletak kebahagian pd rupa, apabila tua, hilanglah bahagia; Jangan pada kulit, ia tetap akan kedut jua; Jangan pada fesyen, ia tetap akan ditanggalkan dengan kain kapan; Jangan pd harta, bila mati, pasti x bahagia; Jangan pada manusia, mrk boleh berubah & tinggalkan kita; Jangan pada pujian, krn ia akan putus; Jangan pada pangkat, semua boleh terangkat & pasti mangkat, TAPI letaklah bahagia pada mencari redha Allah, dgn taatiNya, krn Dia tidak akan hilang, mati atau berubah & janjiNya pasti. dengan itu, kita masih mampu bahagia di celah masalah duniawi yg sementara.
9. Hasil godaan syaitan, manusia tidak terlepas dari dosa, namun selepasitu, pastikan syaitan bersedih dengan dosa kita. Jadikan dosa lalu sebagai motivasi mengganda amal & merendah diri. Sesungguhnya, menyedari diri berdosa mampu mengelak diri dari penyakit hati riya’, ‘ujub, sum’ah, takbur dan sifat munafiq. Wahai diri, usahalah agar syaitan berdukacita. Nescaya imanmu bergembira.
10. Tenangkan fikiran, luaskan bacaan & rujukan sebelum membuat pendirian, kesimpulan & keputusan. Tenangkan jiwa sebelum bertindak, dengan itu sebarang kesan, implikasi & tindakbalas dari keputusan, pendirian dan tindakan itu akan dapat dihadapi dengan tenang, kukuh pendirian dan masih mampu tidur & meneruskan kehidupan dengan normal.
11. WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya’ lagi ‘ujub. Ya Allah selamatkan kami.
12. Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu bakal membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, La hawla wala quwwata illa billah” dan “inna lillahi wa inna ilaihi raa’jiun”. Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh…!
13. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Tanpa malu, satu persatu kesesatan akan diserap di dalam jiwa, hati dan minda.
14. Antara petunjuk hati kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah atau bicara Islam, orang itu akan merasa jemu, mengantuk atau tak peduli tetapi apabila mendengar bahan2 lalai dan hiburan mereka mendengar dgn penuh semangat dan apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka mengikut2nya dan menghafal liriknya.
15. Jangan terleka, kejayaan & kesihatan kita mungkin juga adalah hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru & lain-lain. Jangan kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kita tercemuh mrk yang mendoakan kita & doanyalah yang maqbul. Justeru, luaskan kebaikan, ihsan & akhlak kpd lebih ramai manusia, sempitkan permusuhan & kebencian, moga doa ramai akan terus milik kita jua. Ingatan buat diri & semua.
16. Isteri yang mahal dari pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang, tetapi kepada iman, kasih, jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilainya kepada wang, wang akan hilang. Kalau diletakkan kepada iman, kasih serta hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga.
17. Wajarkah jika kita melakukan sesuatu yang Allah BENCI, namun kita sentiasa meminta dariNya yang kita SUKAI.? Syukurlah Allah itu maha pengasih dan besar rahmatNya, justeru kita masih TERUS digalakkan untuk meminta walau seburuk manapun persembahan kita kepada Allah, cuma sampai bilakah hati itu ingin INSAF lagi sedar??
18. Jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang dan pahalamu sudah tersimpan dan kekal. Jika engkau berlazat & berseronok berbuat dosa, seronok & lazat itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab masih kekal.
19. Jika kita tidak mampu menyebar & memandu kebaikan, jangan sama sekali menjadi penghalang bagi mereka yang ingin menyebarkannya.
20. Wanita sebagai anak kecil; adalah pintu dari pintu2 syurga & tembok menghalang neraka dari ibubapanya,
Wanita sebagai isteri; adalah pelengkap kepada agama suaminya,
Wanita sebagai ibu; redha Allah terhadap anak berada pada redhanya,
Andai lelaki mengetahui kedudukan wanita ini, pasti mereka akan HARGAINYA.
Semua ini dari inti kalam baginda Nabi salallahu ‘alaihi wasallam.
21. Suami yang ‘mahal’ lagi ‘bernilai’ pada pandangan Islam ialah suami yang tidak meletakkan darjat & kemuliaan dirinya kepada jumlah isterinya & kecantikan mereka TETAPI diletak kepada iman, kesucian hati & cinta isterinya kepada Islam & suaminya walau fizikal mereka kurang @ tidak cantik pada mata orang. Mereka tetap bidadari hatinya di syurga kelak. InshaAllah
22. Al-Imam Al-Syafie berkata : “Apabila orang yang baru belajar terus maju ke hadapan (sehingga menjadi tokoh besar), maka dia pasti terluput ilmu yang sangat banyak”. Justeru, sama-sama kita belajar sesuatu ilmu dari basic agar kelak tidak tersesat jalan, pandangan serta pegangan
23. Ramai yang enggan membuka buku dan membaca tulisan seseorang individu kerana merasakan dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat luahan ilmu daripada seorang yang dianggap lebih rendah daripadanya.
“Ramai juga yang enggan mendengar ulasan kebaikkan daripada seorang individu lain hanya kerana menyangka dirinya lebih mengetahui ataupun terdapat perbezaan pendapat. Dan begitulah terbantutnya proses ilmu itu hanya kerana setitis sifat ego yang ada dalam diri”
“Ego sebenarnya akan menjadikan seseorang itu semakin ‘tidak pandai’. Lebih malang lagi, ego akan menjadikan dirinya ujub dan rasa hebat pada matanya sendiri sahaja, namun ia kelihatan ‘bodoh’ pada pandangan ramai. Ya Allah, jauhilah kami daripada tergolong dalam kumpulan ini.
24. Jika nak berjaya di dalam dunia kerjaya & pekerjaan, cuba elak jawab “Tak boleh buat”, “tak tahu”, “tak jumpa”..bila diminta berbuat sesutau tugasan (yang halal pastinya)..usaha cari hingga lubang cacing bagi boleh buat, boleh siap, boleh jumpa dan boleh tahu..itu yang dikehendaki untuk menjadi profesional dan skillful worker.
25. Adakalanya kita BERHARAP sesuatu & gagal diperolehi waktu itu, kita menyangka ia sebuah KEGAGALAN. Namun, sedang tiada diduga serta kelihatan tiada lagi harapan, TIBA-TIBA yang diharap dahulunya itu menjadi kenyataan. Kegagalan hari ini mungkin hanya penangguhan kejayaan. Pokoknya, teruskan usaha & bertaqwalah kepada Allah, nescaya jalan keluar pasti muncul. Berdoalah dan mintalah bantuan dengan solat dan sabar.
26. Agak ramai wanita mengatakan, pakaian mereka tidak melambangkan akhlak dan hati mereka. Namun ketahuilah, setakat pengetahuan saya berdasarkan pergaulan dengan teman-teman muslimin yang soleh & yg berilmu. Boleh dikatakan sekitar 80% antara mereka melihat pakaian wanita sebagai langkah awal memilih jodoh (selain wajah). Pakaian adalah pintu awal untuk dimasukkan dalam kategori boleh dipertimbang jadi isteri solehah, diikuti ciri-ciri lain. Justeru, bagi wanita yg pakaian ketat, terbelah, dedah dada, dedah tangan, serba nipis, berbonggol unta etc, peluang kalian mendapat suami soleh berkurangan hampir 80%.
28. Ada orang di hadapan kita DIA menghormati kita, adakalanya memuji. Namun di dalam hati, DIA memperleceh, mengutuk & memfitnah kita. Di belakang, kita dipersendakan. Wahai sahabat dan rakan, usahakan untuk TIDAK menjadi ‘DIA’ waktu kamu bersahabat, berjemaah dan berkawan. Apa yang didalam hati pasti akhirnya akan mengeluarkan tanda, melalui ‘bahasa tubuh dan lisan’. Kelak pasti, yang dirahsiakan bocor jua..tatkala itu, silaturrahmi mungkin ‘bergoyang’
29. Tidak perlulah berpening kepala menyukarkan nama anak dengan nama yang luar biasa serta pelik. Cukuplah meletakkan nama mereka pada makna yang baik atau nama-nama para nabi, ummul mukminan, para solehin dan solehat. Kemudian ber’pening’lah untuk merancang dan bertindak menjadikan mereka sebaik nama mereka. Agar kita tidak pening di kemudian hari.
30. Wahai wanita..antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu.
Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Artikal yang bagus..

Sila sumberkan/creditkan semua kepada site asal,

Terima Kasih