Isnin, 27 Mei 2013

SEKARANG BELAJAR MENGAJAR PANGKAT...KEKAYAAN SERTA KEMEWAHAN BUKAN TAKQWA...IAITU BUKAN MENGAJAR SYURGA ALLAH DIAKHIRAT...TAK SALAH KAYA ITU SEBAB ADA ZAKAT...ADA ASNAF2...JANGAN KEJAR DUNIA HINGGA AKHIRAT TERTINGGAL...KAYA DIDUNIA DICARI BAGAI NAK RAK TAPI AKHIRAT TAK CARI BAGAI NAK RAK...KEJAR DUNIA AKHIRAT TINGGAL...KEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN KEJAR KITA...KATA SALEHUDDIN AYUBI...DUNIA IBARAT BAYANG...KITA TAK MAMPU MENGATASI BAYANG

Anggota polis disamun, pistol dilarikan
Posted on Monday, May 27 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"26 Mei 2013 KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengalami nasib malang apabila tayar motosikal dinaikinya pancit sebelum disamun dua lelaki bersenjatakan pisau yang berpura-pura mahu membantunya dalam kejadian di Lebuhraya Akleh, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, anggota berpangkat konstabel terbabit sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Bukit Aman, dekat sini, apabila menyedari tayar motosikal dinaikinya pancit ketika menghampiri susur masuk ke lebuh raya itu.

Menurut sumber, mangsa kemudian dihampiri dua lelaki menaiki Yamaha 125Z berwarna hitam yang kononnya mahu menghulurkan bantuan sebelum seorang daripadanya bertindak mengeluarkan pisau dan mengarahkan mangsa menyerahkan beg silang yang dibawanya.

"Mangsa enggan berbuat demikian dan cuba mempertahankan dirinya dengan menyentap beg yang berisi sepucuk pistol jenis General Victor dan juga 10 butir peluru hidup.

"Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak memotong tali beg berkenaan sebelum melarikan diri bersama senjata itu," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pudu sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk diambil keterangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya kini sedang menyelaraskan maklumat dengan IPD Cheras berikutan mangsa membuat laporan di sana.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata secara berkumpulan."


Rakyat Ke Dataran Merdeka Jika Pengerusi SPR & Timbalan Tak Letak Jawatan?
Posted on Monday, May 27 @ 16:35:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: matuse68

"PETALING JAYA, 26 MEI: Rakyat akan turun ke Dataran Merdeka sekiranya pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih tidak meletakkan jawatan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.Rafizi_505

Tegas Rafizi, rakyat Malaysia berhak menolak kepimpinan SPR yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya mengedalikan pilihan raya yang bersih dan bebas.

“Saya nak ingatkan SPR. Kamu dibayar untuk berkhidmat kepada rakyat. Kamu angkat sumpah akan pastikan kewibawaan SPR supaya rakyat yakin proses pilihan raya.

“Tapi bila SPR tipu dan gagal, maka pegawai tertinggi SPR telah melanggar sumpah mereka, mengkhinati Perlembagaan. Bila khianat kepada amanah, maka halall untuk kita lawan dan jatuhkan mereka.

Suruhanjaya_Penipu_Rakyat“Tunggu isyarat seterusnya. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan-tuntutan kita dipenuhi oleh Najib dan SPR. Boleh atau tidak saudara saudari?, kata Rafizi disambut teriakan ‘Boleh’ oleh puluhan ribu hadirin di himpunan Suara Rakyat Black 505, semalam.

Kata Rafizi, dalam tempoh dua minggu ribuan laporan polis akan dibuat diseluruh negara, manakala bukti penyelewengan dan salah laku akan diserahkan kepada SPR untuk dijawab.

“Dalam masa dua minggu, kita akan bawa laporan polis dan letak di depan muka Wan Ahmad.

“Bermula minggu depan kita akan fail petisen di 29 kerusi (parlimen dan dedahkan penyelewengan,” kata Rafizi disambut tiupan vuvuzela dan wisel.

Letak jawatan di SPR dan masuk politik.

Artikel lengkap sila klik disini..."
 


 Autisme, Tiada masa Depan !?
Posted on Monday, May 27 @ 16:24:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: HishamAhmad

"Saya ingin bertanya kepada semua, tahukah maksud perkataan autisme, autistic? Baiklah, jika tidak pasti, tahukah anda maksud kanak-kanak yang mempunyai autisme? Atau kanak-kanak autisme?

Selain daripada keluarga yang mempunyai disisi mereka kanak-kanak ini, Saya percaya kebenyakan kita ‘tahu’ tentang kewujudan kanak-kanak ini, tetapi belum tentu ‘sedar’ akan kewujudannya.

Maksud ‘sedar’ ini adalah mengetahui secara wajar dan memberi tindakbalas sewajarnya atas ‘tahu’ itu. Anologinya ialah semua orang ‘tahu’ solat fardu 5 waktu itu penting dan wajib (namapun fardu) tetapi bukan semua yang tahu itu ‘sedar’ untuk melakukannya.

Anda perlu sedar bahawa terdapat kanak-kanak autisme disekitar anda atau tidak jauh dari anda yang perlu anda tanggapi, layani dan hormati mereka sewajarnya. Keistimewaan atau kelainan upaya kanak-kanak autisme adalah unik dan berbeza antaranya kerana tidak mudah untuk mengenali dan mengesannya hanya dengan melihat pada raut wajar dan penampilan fizikal kanak-kanak ini. Tanpa ilmu mengenainya anda ditakuti akan menanggapi, bertindak balas dan melayani secara yang tidak wajar dan tidak adil. Kesedaran ini membolehkan kita menjauhi risiko daripada kita menzalimi orang lain atau diri kita sendiri.

Justeru sangat digalakkan kepada semua untuk mendapatkan buku “aku bersyukur anakku autisme” terbitan Telaga Biru hasil tulisan di Dr wan Nasyruddin dan seorang lagi. Ia masih baharu di pasaran. Anda juga diharap dapat menziarahi facebook : /groups/autism.malaysia/ bagi maklumat yang sangat berfaedah.

Ada satu kisah relevan yang membawa pengajaran. Hari itu saya menghantar 1 buku “aku bersyukur anakku autism” dan 1 buku haji (Baitullah aku datang) kepada seorang kenalan mekanik, pemilik bengkel membaiki kereta. Saya sedikit ‘curious’ kenapa pula dia mahukan buku ini. (Sebab tidak mudah seseorang hendak membaca buku sebegini jika tidak ada suatu sebab kuat yang menarik hatinya atau memaksa..)

Dengan berhemat saya bertanya, “A……., mengapa kau berminat nak baca buku ini?

Dipendek cerita. Dia dikurniakan seorang anak lelaki yang mempunyai autisme. Dari perbualan kami, ada satu perkara penting yang diluahkan. Dia kata isteri dia telah bawa anaknya ke hospital swasta di Melaka dan berjumpa seorang doktor pakar… Antara ayat yang dikatakan oleh doktor pakar itu telah membuatkan isterinya menangis.

“Anak autisme takda masa depan”

Apa agaknya perasaan saya mendengarnya? Namun saya berbaik sangka kerana kita tidak mendapat maklumat lengkap dalam konteks apa ayat itu dikeluarkan. Mungkin juga kerana kurang fasih berbahasa melayu, maka ayat yang dikeluarkan bukan apa yang ingin disampaikan (dimaksudkan). Namun situasi perbualan kami terlalu singkat disebabkan ada pelanggan memerlukan perhatian mekanik itu. Saya tidak sempat bertanya apa-apa lagi.

Cuma jika saya berjumpa isteri mekanik itu mungkin saya akan katakan, “Lah tahzan, inna Allah a, ma’ana”. Mungkin tidak, kerana takkan tiba-tiba jumpa nak cakap macam ini. Mungkin saya akan katakan bahawa sebahagian isi (dan tujuan utama) buku yang saya berikan kepada suaminya itu ada dan dapat memberi jawapan terbaik dalam menjawab kata-kata doktor pakar itu.

Sesungguhnya benarlah kanak-kanak autisme akan mempunyai cabaran berbeza dan mencabar pada masa depan mereka dalam memenuhi tuntutan keperluan hidup tetapi ada banyak bukti kes-kes kejayaan dari kalangan mereka yang mempunyai autisme.

Melebihi dan di atas semua itu, bagi kita orang Islam, kanak-kanak autisme ini adalah mempunyai kedudukan khas dan istimewa di sisi Allah. Ia adalah satu peluang yang Allah sediakan untuk dirinya dan orang disekelilingnya dalam meraihkan kebahagian dunia dan kejayaan hakiki di akhirat. Jika kita (ibubapa dll) berjaya menangani dengan betul, ketika itu tiadalah yang lain melainkan bahawa :-

“Anak autisme adalah satu jalan untuk kita ke Syurga-Nya”

Untuk maklumat lanjut. hisham-ahmad.blogspot.com"


 Adakah Malaysia sedang dilanda wabak malaria?
Posted on Monday, May 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Sudah seminggu sepupu saya dari Kg Gadong, Rembau sedang dirawat di Unit Rawatan Kritikal Hospital Seremban akibat demam malaria. Apakah negara kita sedang dilanda wabak malaria? Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil baik dari sudut perubatan apatah lagi dari sudut pendekatan Islam? Dalam akhbar mengesahkan wabak malaria sedang melanda satu perkampungan Orang Asli.

A deadly malaria strand tightens its grip in Malaysia
7 March 2013

Scientists in Malaysia have reported an increase in malaria cases in Borneo caused by the Plasmodium knowlesi parasite, threatening the region's hopes for malaria elimination.

Research has indicated that while cases of the more common malaria strands, such as Plasmodium falciparum and Plasmodium vivax, have seen a huge decline, P. knowlesi cases have increased dramatically since the early 2000s.

"We suspect that deforestation may have something to do with it as most of the cases were recorded in rural areas," he says. "Our studies showed that more than 70 per cent of P. knowlesi patients were male and from the 25-45 age group. Many of these were farmers or plantation workers, which are moving further into the macaques territory increasing chances of contracting [the disease]."

The WHO has recommended that each country affected should formulate a comprehensive strategy to control the disease.

"Rapid diagnosis, appropriate and timely treatment, personal protection, surveillance and health information targeted at risk populations and health staff, as well as operational research, are vital for successful elimination," says Timothy O' Leary, public information officer at the WHO's Western Pacific Regional Office."


 Adakah RON95 mudah terbakar?
Posted on Monday, May 27 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"Kajian terperinci perlu dilakukan adakah RON95 begitu mudah terbakar apabila berlaku lintar pintas, kemalangan kecil, enjin panas dan sebagainya memandang banyak kes kereta terbakar dilaporkan akhir-akhir ini.

Kereta rombongan kahwin rentung
27 Mei 2013

Padang Besar: Seorang wanita yang menunggu hari untuk bersalin terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di tepi jalan terbakar ketika dia menikmati hidangan di majlis kenduri kahwin di Batu 8, Jalan Kaki Bukit, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, kereta milik Rusmazailina Othman, 25, terbakar bersama dua kereta lain milik saudaranya yang diletakkan berhampiran ketika mengikuti rombongan pengantin lelaki.

Difahamkan, ketiga-tiga kereta berkenaan disambar api akibat tumpahan minyak dari sebuah kereta Toyota KE20 yang cuba dihidupkan enjin selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga sebelum itu.

Menurut ibu mentua Rusmazailina, Salwa Ibrahim, 50, ketika kejadian, dia bersama anaknya, Mohd Fikri Mokhtar, 25, dan menantunya makan di majlis perkahwinan pihak pengantin perempuan.

"Ketika hampir selesai makan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum terdengar suara riuh-rendah orang ramai di depan jalan rumah pengantin perempuan menyebabkan kami bergegas pergi untuk melihat apa yang berlaku."


 Kempen Laporan Polis Seluruh Negara Mengenai Dakwat Tidak Kekal
Posted on Monday, May 27 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Tukar Tiub

Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan.

Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih.

Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali.

Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH.

Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban.

#siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut:

1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut:

“Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya.”

2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN)

3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat
#siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih.

Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat.<

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

Sumber

Tiada ulasan: