Saya terlepas dari amanah yang berat - Dr Rani
Hazayani Zakaria, | 30 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Adun Selangor dari parti itu yang dilantik menjadi exco kerajaan negeri hari ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman (gambar) berkata, Adun yang dilantik harus menjadikan pelantikan tersebut sebagai medan untuk membuktikan kebolehan PAS dalam membantu pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
"Saya ucapkan tahniah kepada exco yang baru dilantik hari ini khususnya Adun PAS.
"Saya harap mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan memberi fokus kepada agenda menjaga kebajikan rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Empat Adun PAS yang dilantik ialah Iskandar A. Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Sallehin Mukhyi (Sabak) dam Dr Halimah Ali (Selat Klang).
Iskandar memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar, Dr. Ahmad Yunus Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Sallehin Mukhyi Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa dang Dr Halimah Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan.
Sementara itu, mengulas berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai exco Selangor, beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan berasa lega kerana terlepas daripada amanah yang berat.
"Saya terima perkara ini dengan hati terbuka dan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat bersama Pakatan Rakyat di Selangor.
"Saya akan memberi tumpuan kepada tugas saya sebagai Adun untuk berkhidmat kepada masyarakat dan agenda saya tetap sama iaitu menjatuhkan Umno BN," tegasnya yang juga Adun Meru.
KUALA TERENGGANU: Sekretariat Royalti Terengganu atau ‘R’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Gabungan Anak Terengganu (Gate) mengadakan himpunan secara aman di hadapan sebuah pasaraya di sini, petang semalam.
Perhimpunan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti serta kebersamaan rakyat Malaysia yang prihatin kepada Safwan Anang dalam menuntut demokrasi yang bersih di negara ini.
Penyelaras SAMM Terengganu, Rafzi Ramli menjelaskan perhimpunan secara aman ini sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib aktivis pimpinan mahasiswa Safwan Anang.
“Siapa Safwan Anang..beliau adalah rakyat Terengganu, beliau bekas pimpinan mahasiswa, beliau jawatankuasa ‘R’ Terengganu, beliau terlibat dalam aktivis SAMM Terengganu dan beliau pejuang demokrasi di negara ini,” ujarnya ketika berucap pada himpunan itu.
Menurutnya, penangkapan Safwan juga bermotif politik bagi menjaga survival pemimpin politik kerajaan.
Setiausaha Kerja R Terengganu, Syed Husain Solahuddin Syed Hassan menyeru anak muda serta rakyat yang prihatin agar sama-sama membela Safwan Anang.
Menurutnya, nama Safwan Anang sebagai lambang perjuangan dan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menuntut hak serta demokrasi yang bersih.
ADA...KERETA2 LAMA...KERETA TAK INGIN SEPERTI MINYAK KUAT MAKAN SERTA ALAT GANTI MAHAL
Saya
tertarik dengan pengumuman oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa pengurangan harga kereta akan
dibuat secara berperingkat sehingga 2017. Menurutnya lagi ada 10 model
kereta yang t elah diturunkan harga sebanyak 7.3 peratus sejak Oktober
tahun lepas.
Saya menggesa agar menteri berkenaan menyenaraikan atau menyiarkan di media kesemua model tersebut agar diketahui oleh rakyat umum. Adakah model tersebut hanya membabitkan keluaran Proton dan Perodua sahaja? Adakah membabitkan hanya kereta mewah seperti Ferari, Lamborghini, lotus dan sebagainya?
Sehingga ke hari ini saya tidak pernah melihat atau membaca senarai rasmi di mana-mana media jenis-jenis kereta yang telah diturunkan harga itu. Kenapa tidak diumumkan senarai kereta tersebut sebelum PRU? Pernyataan menteri MITI yang baru ini lebih menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan. Janganlah hanya kerana mahu meniru manifesto Pakatan Rakyat, anda pun mahu turunkan harga kereta. Tetapi tidak tahu kaedah yang betul dan mungkin tidak ikhlas pun.
Akibat maklumat yang samar-samar ini, rakyat masih tertanya-anya adakah pengumuman ini betul-betul atau mahu uji tindak balas rakyat? Adakah ini hanya sandiwara untuk menunjukkan bahawa janji ditepati? Jangan-jangan hanya pengumumun untuk menyedapkan hati.
Saya yakin, ramai rakyat Malaysia sedang menunggu senarai tersebut – yang menjadi persoalan adakah senarai itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini atau ketika sudah hampir tarikh PRU14 nanti. Sama-sama kita tunggu janji ditepati atau janji dicapati!
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman (gambar) berkata, Adun yang dilantik harus menjadikan pelantikan tersebut sebagai medan untuk membuktikan kebolehan PAS dalam membantu pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
"Saya ucapkan tahniah kepada exco yang baru dilantik hari ini khususnya Adun PAS.
"Saya harap mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan memberi fokus kepada agenda menjaga kebajikan rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Empat Adun PAS yang dilantik ialah Iskandar A. Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Sallehin Mukhyi (Sabak) dam Dr Halimah Ali (Selat Klang).
Iskandar memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar, Dr. Ahmad Yunus Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Sallehin Mukhyi Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa dang Dr Halimah Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan.
Sementara itu, mengulas berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai exco Selangor, beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan berasa lega kerana terlepas daripada amanah yang berat.
"Saya terima perkara ini dengan hati terbuka dan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat bersama Pakatan Rakyat di Selangor.
"Saya akan memberi tumpuan kepada tugas saya sebagai Adun untuk berkhidmat kepada masyarakat dan agenda saya tetap sama iaitu menjatuhkan Umno BN," tegasnya yang juga Adun Meru.
NGO T’ganu bersolidariti bela Safwan Anang
Khairul Azlam Mohamad, | 30 Mei 2013 |
KUALA TERENGGANU: Sekretariat Royalti Terengganu atau ‘R’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Gabungan Anak Terengganu (Gate) mengadakan himpunan secara aman di hadapan sebuah pasaraya di sini, petang semalam.
Perhimpunan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti serta kebersamaan rakyat Malaysia yang prihatin kepada Safwan Anang dalam menuntut demokrasi yang bersih di negara ini.
Penyelaras SAMM Terengganu, Rafzi Ramli menjelaskan perhimpunan secara aman ini sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib aktivis pimpinan mahasiswa Safwan Anang.
“Siapa Safwan Anang..beliau adalah rakyat Terengganu, beliau bekas pimpinan mahasiswa, beliau jawatankuasa ‘R’ Terengganu, beliau terlibat dalam aktivis SAMM Terengganu dan beliau pejuang demokrasi di negara ini,” ujarnya ketika berucap pada himpunan itu.
Menurutnya, penangkapan Safwan juga bermotif politik bagi menjaga survival pemimpin politik kerajaan.
Setiausaha Kerja R Terengganu, Syed Husain Solahuddin Syed Hassan menyeru anak muda serta rakyat yang prihatin agar sama-sama membela Safwan Anang.
Menurutnya, nama Safwan Anang sebagai lambang perjuangan dan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menuntut hak serta demokrasi yang bersih.
ADA...KERETA2 LAMA...KERETA TAK INGIN SEPERTI MINYAK KUAT MAKAN SERTA ALAT GANTI MAHAL
Kereta apa yang dah turun harga?
Budiman Abdul Karim, |
Saya menggesa agar menteri berkenaan menyenaraikan atau menyiarkan di media kesemua model tersebut agar diketahui oleh rakyat umum. Adakah model tersebut hanya membabitkan keluaran Proton dan Perodua sahaja? Adakah membabitkan hanya kereta mewah seperti Ferari, Lamborghini, lotus dan sebagainya?
Sehingga ke hari ini saya tidak pernah melihat atau membaca senarai rasmi di mana-mana media jenis-jenis kereta yang telah diturunkan harga itu. Kenapa tidak diumumkan senarai kereta tersebut sebelum PRU? Pernyataan menteri MITI yang baru ini lebih menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan. Janganlah hanya kerana mahu meniru manifesto Pakatan Rakyat, anda pun mahu turunkan harga kereta. Tetapi tidak tahu kaedah yang betul dan mungkin tidak ikhlas pun.
Akibat maklumat yang samar-samar ini, rakyat masih tertanya-anya adakah pengumuman ini betul-betul atau mahu uji tindak balas rakyat? Adakah ini hanya sandiwara untuk menunjukkan bahawa janji ditepati? Jangan-jangan hanya pengumumun untuk menyedapkan hati.
Saya yakin, ramai rakyat Malaysia sedang menunggu senarai tersebut – yang menjadi persoalan adakah senarai itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini atau ketika sudah hampir tarikh PRU14 nanti. Sama-sama kita tunggu janji ditepati atau janji dicapati!
CAP desak Malaysia tarik diri daripada TPPA
Harakahdaily, | 30 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Apabila teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian
Trans-Pacific Partnership (TPPA) dirahsiakan dan kita telah melihat
kesan buruk FTA seperti di negara-negara lain, adakah kita harus berdiam
diri dan percaya kerajaan?
Demikian pertanyaan yang dilontarkan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.
“Jika FTA ini akan menjadi begitu bermanfaat untuk rakyat, mengapa kerajaan Malaysia tidak membentangkan teks perjanjian yang sedang dirundingkan untuk diteliti oleh masyarakat awam?
“Mengapa bersembunyi di sebalik klausa kerahsiaan?” tanya beliau lagi.
Menruutnya, jaminan oleh Kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak mencukupi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
“Percayalah kerajaan, kami tahu apa yang terbaik untuk anda”. Kenyataan ini adalah semata-mata kesombongan di pihak kerajaan dan kami bimbang bahawa kehidupan dan mata pencarian rakyat serta generasi masa depan akan terjejas jika rakyat tidak berhati-hati dalam apa yang Kerajaan menandatangani bagi pihak rakyat.
Apabila teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan begitu juga Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) adalah dirahsiakan dan kita telah melihat kesan buruk FTA seperti di negara-negara lain, adakah kita harus berdiam diri dan percaya kerajaan?
Jika FTA ini akan menjadi begitu bermanfaat untuk rakyat, mengapa kerajaan Malaysia tidak membentangkan teks perjanjian yang sedang dirundingkan untuk diteliti oleh masyarakat awam? Mengapa bersembunyi di sebalik klausa kerahsiaan?
Jaminan oleh Kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak mencukupi. Adakah Kerajaan takut perdebatan awam? Jika benar-benar ada pasaran bebas dan kerajaan telus, kita seharusnya dapat melihat draf perjanjian.
CAP telah menimbulkan kebimbangan kami dalam banyak isu yang berkaitan dengan bab-bab yang dirundingkan dalam TPPA. Sebagai contoh, kami bimbang bahawa negara TPPA seperti Malaysia didesak untuk bersetuju dengan peruntukan paten yang akan menyebabkan kelewatan kemasukan ubat-ubatan generik dengan harga berpatutan dalam pasaran Malaysia, di mana ubat generik disyorkan ahli farmasi membentuk 84.7% daripada preskripsi. Jika peruntukan ini dipersetujui, rakyat Malaysia akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk ubat-ubatan untuk jangka masa yang lebih lama.
Sesetengah pihak menegaskan bahawa rakyat Malaysia boleh menghadapi kenaikan harga sebanyak 60% -80% untuk ubat-ubatan tertentu, manakala pihak berkuasa yang lain menegaskan bahawa ubat-ubatan berpaten boleh menjadi 1,044% lebih mahal daripada ubat-ubat generik yang seiras. Versi ubat-ubatan berpaten untuk merawat HIV/Aids, sebagai contoh, kosnya USD15,000 bagi setiap pesakit setiap tahun, manakala versi generik kosnya hanya USD67 bagi setiap pesakit setahun.
Satu lagi isu yang menjadi kebimbangan adalah mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (investor-state dispute settlement - ISDS). ISDS menjadi sumber kontroversi yang semakin meningkat di seluruh dunia kerana ia membolehkan pelabur-pelabur asing untuk mencabar tindakan oleh kerajaan tuan rumah, walaupun tindakan itu dilakukan demi kepentingan awam, contohnya kerana kesan kepada kesihatan atau alam sekitar - di premis bahawa tindakan telah atau akan menjejaskan pelaburan atau keuntungan mereka.
Adakah ini akan membawa kepada eksploitasi tidak beretika sumber asli kita dan apakah kesan kepada kesihatan awam akibat pencemaran dan kemerosotan alam sekitar? Tetapi sehingga sekarang kerajaan Malaysia masih tidak memaklumkan bagaimana kebimbangan kami akan ditangani dalam rundingan atau melalui teks perjanjian. Kebimbangan dan persoalan kami masih kekal tidak terjawab.
Perjanjian Perdagangan Bebas adalah satu bentuk penjajahan-semula. "Globalisasi ekonomi adalah satu jenis penjajahan korporat yang baru ke atas negara-negara miskin dan golongan miskin di negara-negara yang kaya," kata Vandana Shiva, seorang aktivis alam sekitar dari India. "Kini kita sedang diminta untuk percaya bahawa proses pembangunan yang telah memiskinkan orang dan memusnahkan planet, akan membawa kepada hasil yang berbeza dan sangat bermanfaat, jika hanya ianya boleh dipercepatkan dan diterimapakai di mana-mana secara bebas, tanpa sekatan: iaitu, apabila ianya diglobalisasikan ".
Kami bimbang bahawa perubahan dan pembaharuan yang didorong oleh penyokong TPPA akan mempunyai implikasi yang besar bagi rakyat Malaysia secara keseluruhan. Ia akan menjadi satu kesilapan untuk menandatangani suatu perjanjian terikat, yang hanya boleh dimungkiri pada kos yang tinggi dengan samanan di peringkat dan undang-undang antarabangsa, penyelesaian dan rundingan lanjut. Ia tidak terlalu lewat bagi Malaysia untuk menarik diri daripada TPPA.
Kami mendesak Kerajaan Malaysia untuk melakukan perkara yang betul – tarik diri daripada TPP.
Nota: Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) adalah suatu perjanjian multilateral yang sedang dirundingkan olah 12 buah Negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunai, Chile, Japan, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Untuk maklumat lanjut mengenai impak TPPA dan FTA sila rujuk www.ftamalaysia.org
Apabila saya membawa keluarga saya balik kampung keKangar, Perlis
dari Seremban melalui Lebuhraya PLUS terdetik dihati saya bila sampai
masuk sahaja dikiosk tol Seremban 'kalaulah parti Pakatan Rakyat dapat
menawan Putrajaya alangkah baiknya', pertamanya kerana janji Pakatan
Rakyat akan menghapuskan bayaran tol dan keduanya akan pula mengurangkan
harga minyak ke tahap yang sudah tentu rakyat akan sambutnya dengan
kesyukuran.
Tetapi kini semuanya menjadi kenangan dan susah untuk dilupakan kerana impian sedemikian masih jauh lagi serta bersedialah wang lebih daripada seratus ringgit untuk bayaran tol sahaja dan bersedialah ongkos untuk harga minyak yang tidak turun-turun itu setiap kali untuk berjalan atau balik kampung.
Apa boleh buat, ia adalah pilihan rakyat itu sendiri yang masih tidak mahu berubah seolah-olah tidak yakin pada perubahan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dan masih mahu peneraju yang lama menjaga kebajikan mereka sedangkan dalam satuasi semua barang naik ini sepatutnyalah kita mencuba dahulu kemampuan Kerajaan yang baru yang bermati-matian berjanji untuk menghapuskan tol diseluruh negara saperti petikan ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13 dahulu 'hari ini kita menang esok tiada lagi tol'.
Begitu juga tentang pinjaman PTPTN yang anak saya masih berhutang itu terpaksalah tanggung membayarnya setiap bulan hingga selesai dan tiadalah anak saya mampu untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada ibu bapa mereka disebabkan terpaksa berhadapan dengan hutang tersebut sehingga langsai.
Nampaknya kenalah tunggu lima tahun lagi apabila diadakan PRU-14 dan itu pun belum tentu nasib Pakatan Rakyat dalam jangka masa yang agak panjang itu apa-apa pun boleh berubah dalam sekelip mata. Yang dikhuatiri adalah harga barang terutama sekali bahan makanan dan barang keperluan dapur sudah tentu tidak akan diturunkan malahan dijangka akan naik dari tahun ketahun. Bayangkanlah harga sekilo udang dan sotong ketika ini berharga RM25 sekilogram dan harga ikan kembong dan ikan selar yang dahulunya dianggap ikan murahan kini berharga hampitr RM20 sekilogram. Bagaimanakah untuk menyara keluarga jika gaji hanya naik 5 peratus sedangkan harga barang naik 50 peratus? Ini semuanya berpunca kos pengangkutan menjadi salah satu sebab harga barang keperluan harian naik adalah kerana tol yang dikenakan itu.
Kesempitan hidup dibandar semakin terasa dan kadang-kadang terfikir juga untuk balik dan tinggal dikampung sahaja lebih menjamin dimana walaupun tiada berbagai-bagai kemudahan tetapi kemudahan asas untuk hidup pun memadai daripada bertungkus lumus mengabadikan diri kepada kebendaan yang tidak kekal kehidupan dibandar besar itu.
Diharap Kerajaan dapat mengawal harga barang sebaik mungkin dan jangan sampai harga ikan kembong atau udang naik hingga RM50 sekiogram dalam jangkamasa 5 tahun lagi sudahlah. Hal ini kerana kami yang berkeluarga besar ini yang berpendapatan rendah terpaksa makan nasi goreng dengan gulai singgang setiap hari kerana itu sahaja yang kami mampukan. Disarankan gaji pekerja tidak kira pekerja swasta ataupun kakitangan Kerajaan hendaklah dinaikkan sekali ganda lagi agar dapat mengimbangi dengan kos sara hidup sekarang ini.

Apalah nasib badan
Syed Abdullah Jamalullail, |

Aku dan Ustaz Azizan: Catatan jimat cermat
Muhammad Sanusi Md Nor, | 30 Mei 2013 |
Ustaz Azizan dalam Tindakan dan Langkahnya: Sandaran dan Rujukan
Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV 8) dan polis (out rider dan pengawal). Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi. Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.
Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka. Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata.
Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah. Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya. Inilah sandaran yang terpakai dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah.
Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini. Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah. Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya.
Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan. Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS). Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya, dan menggantikannya dengan leher 'cekak musang'. Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu. Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah. Dalam pandangan sebahagian para ulama', bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para pemimpin jika patik turut memakainya. Perubahan itu kekal sehingga hari ini. (Jika kerajaan baru BN mengubahnya ke bentuk asal, saya belum mengetahuinya).
Berjimat cermat
Menjadi amalan dan berdasarkan kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi. Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah. Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal.
Ustaz Azizan lain caranya. "Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta," katanya. Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. "Berapa harga tiket bisness class ke KL?" RM 444.00 Ustaz! Mana hang tau? Saya tengok di internet. Ekonomi class? RM240 ustaz.
Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah berapa? RM444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00. Dari airport ke KL? Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014. Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan. Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00.
Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak.
Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370. Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. 4 kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152 duit rakyat.
Hotel? Kalau sebilik RM300.00, 3 bilik sudah RM900.00. Kalau pegawai yang booking ikut kelayakan pegawai kerajaan, Aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu? Kalau suite semalam RM1000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200. Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800 untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4 ribu, boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan.
Maka, sepanjang 5 tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring. Hanya 3 kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal dengan kereta. Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV. Ustaz Azizan tidur di sofa panjang.
Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama 5 tahun pentadbirannya. Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya. Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan) duit rakyat berjaya dijimatkan dengan langkah dan pengorbanannya. Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya. - http://sanusimdnor.blogspot.com/

MENCEGAH KEMUNGKARAN ADALAH TANGGUNJAWAB KITA SEMUA
USTAZ ALI B TUAH UIAM |
Islam gariskan kaedah terbaik bagi ummah tangani masalah sosial dalam masyarakat
MARILAH bersama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah dengan
menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, mudah-mudahan
kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredaan Allah di dunia
mahupun akhirat yang kekal abadi.
Renungkanlah, pelbagai kemungkaran berlaku dalam masyarakat seperti
perbuatan zina, berkhalwat, sumbang mahram, jenayah rogol dan
sebagainya, membabitkan orang Islam, seolah-olah mereka tidak mengenal
batas pahala dan dosa, halal atau haram.
Kemungkaran ini akan terus menular selagi ia tidak dicegah dan dirawat.
Persoalannya, siapakah yang patut mencegah kemungkaran dan bagaimana
pula cara untuk mencegahnya?
Untuk mencubanya, marilah kita fahami dan hayati firman Allah yang
bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
segala perkara baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
beriman)." (Surah Al-Imran, ayat 110)
Allah menjelaskan, tugas mengajak yang makruf dan mencegah kemungkaran
adalah tugas kita bersama bermula daripada diri sendiri, keluarga,
masyarakat, negara hinggalah ke alam sejagat.
Seorang suami bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang dilakukan
isteri dan anaknya. Begitu juga guru terhadap muridnya dan pemimpin
terhadap rakyatnya.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri
kamu dan keluarga kamu daripada api neraka." (Surah At-Tahrim, ayat 6)
Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Bin Umar: "Kamu semua adalah
pemimpin dan kamu akan dipersoalkan di atas setiap apa yang kamu pimpin.
Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemimpin dan akan ditanya
(dipersoalkan) apa yang sudah dipimpinnya." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Islam menggariskan beberapa kaedah untuk mencegah kemungkaran supaya dapat dilakukan secara berhikmah dan bijaksana.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa antara kamu yang melihat
sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan
(kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisan,
jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci
kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman."
Berdasarkan kepada ketiga-tiga kaedah berkenaan, adakah kita sudah
melaksanakan perintah itu? Justeru, kita patut berusaha ke arah
membanteras perbuatan mungkar, di samping menilai kembali berapa banyak
kita mengabaikan tugas nahi mungkar.
Ingatlah, jika kita langsung tidak ambil peduli dan membiarkan maksiat
terus bermaharajalela, maka bersedialah untuk mendapat bala bencana.
Kita perlu ingat dan sedar, apabila bala bencana menimpa, ia tidak
mengenal siapa mangsanya.
Apakah kita sanggup menghadapi bala menimpa negara kita? Tepuk dada
tanya iman. Sejarah lampau memperlihatkan kepada kita bagaimana akhirnya
golongan manusia yang mengabaikan perintah menyuruh kepada makruf dan
mencegah kemungkaran.
Ibnu Abbas bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud: "Adakah binasa
sesebuah kampung itu walaupun dalamnya ada orang salih? Rasulullah SAW
mengatakan, disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa
melarang perbuatan menderhaka Allah, maka Allah perintahkan malaikat
supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya."
Apabila kita diberi tanggungjawab atau mengambil inisiatif untuk
mencegah kemungkaran, maka perkara berikut perlu diberikan perhatian
antaranya niat atau tujuan adalah kerana Allah bukan untuk mencari
kesalahan dan mengaibkan orang lain.
Perkara mungkar itu adalah perkara yang sudah disepakati ulama dalam menentukan kemungkarannya.
Tanggungjawab mencegah kemungkaran perlu dibuat sesiapa saja yang
berdepan perbuatan mungkar dan perlu mencegahnya dengan kaedah
dinyatakan tadi. Ingin saya tegaskan, kita semua perlu mengambil
tanggungjawab membanteras kemungkaran.
Anggaplah ia sebagai tugas utama dan ancaman kepada agama serta negara supaya dapat mengundang rahmat dan keampunan Allah.
Akhir kalam, marilah bersama renungkan firman Allah yang bermaksud: "Dan
orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan
melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan
menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan
diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana." (Surah At-Taubah, ayat 71)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan