Posted on Tuesday, May 21 @ 08:35:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Mohd Faizal
MENGIMBAU kembali 29 November 2011, setelah dibahaskan hanya beberapa jam dengan penyertaan hanya beberapa orang ahli Dewan Rakyat, rang undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan dengan protes besar-besaran oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat.
Menuruti penggubalan Akta Perhimpunan Aman, (Akta 736) pula ialah pindaan kepada Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memasukkan beberapa peruntukan baru termasuklah Seksyen 124B iaitu peruntukan berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 yang mencadangkan pindaan Kanun Keseksaan tersebut yang telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada persidangan Dewan Rakyat April 2012 lalu adalah sejajar dengan pengenalan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Turutan-turutan penggubalan undang-undang di atas telah dibuat tanpa melalui satu proses awam yang menimbulkan rasa tidak puashati banyak pihak. Ia dilihat dibuat secara tergesa-gesa dan itulah trend penggubalan undang-undang kita.
Apakah kesan penggubalan undang-undang di atas? Dalam memperkasakan kuasa dan penyertaan rakyat jelata dalam menentukan halatuju Negara, rantaian undang-undang di atas sebenarnya telah memberi kelebihan yang cukup baik kepada pemerintah dan lebih-lebih lagi kepada parti yang menguasai kerajaan.
Parti menguasai kerajaan kini mempunyai senjata yang ampuh untuk berhadapan dengan anasir-anasir yang dirasai mampu menggugat kedudukan mereka. Itulah apa yang saya fikir dari pemerhatian isi perundangan yang digubal.
Pindaan kepada Kanun Keseksaan yang memasukkan kesalahan "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen" mempunyai ruang tafsiran yang cukup luas. Tidak dinyatakan apakah "aktiviti-aktivitiyang menjejeaskan demokrasi berparlimen".
Itulah yang didepani oleh Adam Adli hari ini. Selain berhadapan dengan siasatan di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948 (Akta 15), beliau juga disiasat di bawah Kanun Keseksaan yang telah dipinda tersebut.
Apa saja boleh dikatakan terjatuh sebagai aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen. Mengeluarkan kritikan kecil atau besar, menyampaikan ucapan-ucapan atau pidato yang tidak menyenangkan parti memerintah, melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan rasa penolakan rakyat kepada parti pemerintah dan pelbagai macam tafsiran boleh dibuat kepada peruntukan pindaan.
Dalam situasi hari ini, pasca PRU13 telah memperlihatkan penolakan rakyat kepada keputusan rasmi yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Sesiapa saja boleh kata bahawa penolakan itu bukan menggambarkan kehendak mejoriti rakyat. Sesiapa saja boleh menyebut bahawa protest dan perhimpunan black out 505 adalah perbuatan orang kecewa yang kalah dalam medan yang ketempangannya bukan lagi rahsia.
Dalam suasana hari ini, selain meluahkan rasa secara perhimpunan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, apa lagi yang boleh rakyat lakukan? Dakwaan, bukti kecurangan dan ketidakadilan dalam PRU13 hanya dijawab secara sebelah pihak dengan meninggalkan persoalan-persoalan yang terus bermain di fikiran rakyat.
Dakwat kekal yang gagal menangani pengundian berganda, warga asing yang memiliki MyCard keluar mengundi, pengundi tulin yang dihalang untuk mengundi, penguasaan media massa yang keterlaluan oleh parti penyandang, semuanya disaksikan oleh rakyat yang hari ini terdedah dengan kepantasan maklumat.
Apa lagi keupayaan rakyat bilamana segala macam kepincangan yang diharap diselesaikan secara bersemuka melalui debat umum hanya tinggal harapan? Benar jika dikata kita ada institusi keadilan dan mahkamah. Namun apa gunanya institusi yang ada jika system perjalanannya terus diragui dan tidak lagi mendapat kepercayaan umum?
Sesungguhnya suasana yang ada pada hari ini penuh mencabar khususnya kepada pemerintah semasa. Menangani keadaan semasa dengan cara lama hanya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang rakyatnya terus gagal berfungsi sebagai masyarakat yang berasaskan maklumat dan ilmu.
Kepincangan PRU13 yang kini menjadi rahsia umum tanpa ditangani dengan bijaksana hanya akan melahirkan lebih ramai Adam Adli. Harus diinsafi, kini rakyat bertindak dengan maklumat dan kefahaman. Mereka berhimpun secara aman atas keyakinan bahawa perhimpunan aman adalah suatu hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Mereka keluar tanpa perlu dibayar. Mereka keluar dengan iltizam yang tinggi untuk melihat Malaysia pada masa hadapan sebagai sebuah Negara demokrasi yang benar-benar untuk rakyat. Mereka keluar dengan tekat bahawa Negara ini milik mereka bukan milik warga asing yang mengundi. Mereka keluar dengan kepercayaan selama ini kekayaan bumi ini hanya diratah oleh segolongan hartawan yang kekayaannya mampu membeli undi hingga jutaan ringgit di setiap kawasan.
Kepada sekalian pimpinan yang telah terpilih dalam PRU13, denyut nadi rakyat hari ini perlulah dirasai dan dirai. Halusilah setiap fakta yang membangkitkan rasa duka rakyat dengan penuh bijaksana dan keisafan. Segalanya masih belum lewat. Apatah lagi pintu kebaikan itu sentiasa terbuka untuk dimasuki oleh sesiapa saja bagi memastikan Malaysia yang lebih sejahtera pada masa hadapan. - 11 Rajab 1434H.
Pak Lah cari Al Ghazali......KJ cari siapa pula?
Posted on Tuesday, May 21 @ 10:11:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
"Seperti biasa macam dulu-dulu, Menteri Kabinet bersemangat untuk berkhidmat untuk rakyat. Berdegar-degar dan "berselok-selok" semangat mereka.
aknya memandang dan menyambut baik kenyatan Khairy sewaktu hari pertama tugasannya; “saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua”.
Menariknya, Khairy Jamaludin(KJ) begitu "naik sheh" bila dilantik menjadi Menteri Sukan dan Belia. Maklumlah setelah di"peram" begitu lama hingga jadi budu atau kicap!
Kata-katanya sebaik melangkah dengan berpakaian kebangsaan dan bergaya, “saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua”.
Teringat zaman mentuanya mula masuk Sri Perdana, "mari bekerja bersama saya, bukan bekerja dengan saya" dan ditaukidkan dengan sajak keramat," aku cari mana dia Ghazali dan Syafie(Imam)....."
KJ, elok sertakan bersama sajak seperti mentua anda.
Malangnya,setelah masa berlalu, Pak Lah mula lupa kata-kata keramatnya dan sajak Damai Abadi.
Pak Lah tidak jumpa al Ghazali dan Asyafie tetapi terjumpa "dengan tidak sengaja" Patrick Lim.
Pak Lah "tukar" slogan daripada mari bekerja bersama saya menjadi mari bekerja dengan Budak Tingkat Empat.
Akhirnya Pak Lah ditendang keluar gara-gara PRU 12.
Kini, giliran menantunya KJ pula bermain kata-kata.
Adakah sekadar "roh Pepsi Cola" sahaja. Buih banyak pada permulaannya!
Tengok lagak KJ, rasanya bidang fesyen bakal mendapat peruntukkan lebih dari Kementerian beliau. Maklumlah beliau berminat dengan dunia model. Jadi modelpun.
Apapun, elok KJ siapkan dulu Hospital Rembau.
Pak Lah cari Al Ghazali......KJ cari siapa pula?"
Agenda UG telah mula. Awas!
Posted on Tuesday, May 21 @ 11:02:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Kata penulis Penarik Beca, "Ustaz gila (UG) dalam PAS jumpa Umno lagi? Tahan teksi jugak ka?" Gambar yang dipaparkan ialah gambar Nik Abdul anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kenapa marah sangat kepada "pembunuh" Ibrahim Ali di perlimen Pasir Mas ini, saya kurang cakna!
Saya terbaca satu lagi agenda UG, ini mesti dipaparkan semua blog supaya pembaca ambil cakna!
DPPM SEDIA BERTEMU KHAIRY DEMI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN
kenyataan (21 Mei 2013)Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan kenyataan Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu mengadakan pertemuan dan
menerima pandangan semua pemuda parti-parti politik termasuk Dewan
Pemuda PAS Malaysia.
DPPM telah lama menantikan kenyataan terbuka seperti ini. Khairy menunjukkan kecerdikan apabila mempelawa semua pihak bagi memberikan pandangan demi membangunkan sukan negara. Mungkin beliau telah belajar bahawa sikap menjuzukkan pemerintahan dari rakyat atau mempolitikkan semua perkara akan merugikan negara.
Kini beliau telah matang bahawa menjadi pemimpin kerajaan adalah suatu amanah untuk ditunaikan. Kerajaan adalah hak rakyat dan rakyat perlu diberi peluang memberikan pandangan, buah fikiran serta sumbangan bagi membangunkannya dan ia tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik semata-mata. Rakyat juga sudah bosan dengan sikap ‘politiking’ pemimpin dalam semua perkara, termasuk isu-isu negara.
DPPM bersedia mengadakan pertemuan dengan YB Sdr Khairy Jamaluddin bagi memberikan pandangan dan idea demi membangunkan sukan negara. DPPM juga sanggup mengadakan kerjasama dalam apa juga program yang dianjurkan bagi memastikan belia di negara ini mendapat manfaat daripada kementerian dan kerajaan. Dalam soal pembangunan rakyat dan negara terutama yang berkaitan dengan golongan belia, DPPM sanggup mengenepikan sentimen politik kepartian.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Saya cukup bimbang kalau dulu masa TG Nik Abdul Aziz sakit, Pak Lah
bapak mentua Khairy boleh datang zairah bawa surat daripada Agong
(Sultan Mirzan) untuk pertemuan UMNO-PAS. Ehhh ini anak menantu... mesti
kita curiga!!!Nasib baik pertemuan antara Tan Sri Muhamad Taib dengan Dr Harun Din dan TG Abdul Hadi dibuat secara rahsia, bocor hampir PRU13, kalau tidak kita boleh ketuk gendang UG untuk khianat Pakatan Rakyat Selangor melalui Mat Taib dan puak-puak ulama PAS!! Mesti orang percayanya.
UG UG UG
JUMPA UMNO UG
DEKAT PEMILIHAN PAS UG UG
NAK BUNUH KREATOR PIMPINAN PAS UG UG UG
SEBIJIK MACAM UMNO
HURU HARA HURU HARA
DAP MEMPERKUDAKAN PAS
DAP MEMPERKUDAKAN PAS
EKONOMI MEROSOT, NEGARA AKAN KUCA KACIR
Kalau tak faham juga apa saya tulis, pinjam kata Ustaz Azhar BODOH!!
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Macam Mana Pengerusi SPR Nak Jawab??
Posted on Tuesday, May 21 @ 11:08:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Banyak kali pengerusi SPR berdolak dalih tentang dakwat kekal yang boleh tanggal dengan mudah. Macam-macam alasan yang diberikan. Dakwat kekal berharga RM5 juta untuk 13 juta pengundi yang melibatkan 36 sen untuk sekali calit itu telah memperkayakan 'seseorang' dengan tander ini.
Hari ini akhbar Sinar Harian telah menyiarkan bagaimana seorang pengundi boleh mengundi tempat yang sama dengan memadamkan dakwat kekal. Yang paling hairan di tempat dan saluran yang sama dia mengundi!
Bagaimana mudah sistem pilihan raya Malaysia ditipu... atau memang sengaja untuk mudah tipu. Banyak persoalan boleh dipersoalkan. Yang penting sekarang ini pengerusi SPR mesti letak jawatan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kelemahan yang ada. Jangan banyak cakap, tapi tak tahu nak bertanggungjawab dengan apa yang dicakap!!
Petikan akhbar Sinar Harian yang dirujuk adalah:-
KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.
Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.
Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.
“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.
Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya dia boleh mengundi dua kali.
Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.
“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.
Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.
“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.
BENARLAH SEBELUM INI BANGLA DI DUNGUN BOLEH MENGUNDI 2 KALI
MEMANG SPR PENIPU!!!
TAPI YANG INI LAGI BANGANG, DUA-DUA KENA CALIT PUN BOLEH!!
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
India BN paling bertuah
Subky Latif, | 21 Mei 2013 |
KUMPULAN yang paling bertuah dengan barisan kabinet transformasi Datuk Seri Najib yang terbaru ialah peranakan India bukan Melayu dalam BN.
Saya tidak pasti adakah Melayu peranakan India dalam kabinet itu. Saya tidak tahu tentang Khairy Jamaluddin yang jadi Menteri Belia dan Sukan.
Dibandingkan dengan lain-lain kumpulan, jika pemilihan menteri dan timbalan menteri itu dibuat bagi mewakili kaum dan menjaga kepentingan kaum masing-masing, maka kumpulan itu dililhat ke depan dari segi nisbah kaumnya.
Sokongan masyarakat India yang menyokong BN dikatakan telah pulih dibandingkan dengan PU 2008 dulu, maka perhatian Najib kepada wakil kaum India mestilah istimewa.
Peranakan India mengikut banci 2010 seramai 1,969,343 orang dari jumlah penduduk seluruhnya 26,784,965 atau 0.735 peratus. Ia dapat lapan orang dalam barisan menteri itu.
Ia dapat dua menteri penuh, pertama kali selepas kabinet Tunku sebelum 13 Mei, 1969 dulu dan beroleh enam timbalan menteri.
Zaman Tunku dulu yang mewakili peranakan India ialah MIC saja. Tidak kumpulan lain yang diterima oleh Perikatan (BN dulu) untuk bercakap bagi kepentingan masyarakat India. Sejak zaman Tun Razak hingga ke era Tun Abdullah Badawi, India dapat menteri tunggal saja. Walaupun Dr. Mahathir juga asalnya adalah peranakan India juga, tetapi dia mengekalkan keadaan tunggal itu. Mungkin keperluannya memadai dengan seorang itu.
Tetapi peranakan India mulai tidak puas hati dengan MIC dan BN. Lalu mereka menjadi sebahagian dari anasir tsunami dalam PRU 2008. Najib berhempa pulas memulihkan sokongan rakyat kepada BN.
Ketua gejala tsunami itu Melayu. Tidak pasti jumlahnya membesar atau menirus. Bagi peranakan Cina darah tsunami itu bertambah pekat. Adapun peranakan India dikatakan sudah cair. Maka atas kepercayaan ia sudah cair dan bagi memastikan ia terus cair, peranakan India khususnya MIC mahu layanan yang lebih diberi kepadanya.
Maka Najib termakan dengan adanya pembaharuan dalam MIC maka MIC beroleh dua menteri penuh iaitu ketuanya G. Palanivel jadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dr. Subramanium jadi Menteri Kesihatan. Ia dapat dua Timbalan Menteri, P. Kamalanatan (Pelajaran dan Pelajaran Tinggi. M.Saravanan (Belia dan Sukan).
Adakah darah tsunami itu cair oleh perkembangan MIC atau ia cair oleh politik tidak berparti Hindraf?
Ada Hindraf yang dapat didekati Najib dan ada Hindraf yang tidak dapat didekatinya.
Tanda-tanda MIC tidak lagi menunjangi kepentingan peranakan India ialah calonnya masih bergantung kepada pengundi Melayu. Jika ia bertanding di kawasan majoriti Melayu, calonnya terjamin tetapi di kawasan bukan majoriti Melayu.
Jika darah tsunami di kalangan pengundi India cair, bukanlah kerana MIC sudah pulih tetapi ialah kerana adanya politik mendekati Hindraf oleh Najib. Tidak nampak MIC ada mengemukakan pelan yang boleh menarik peranakan India. Tetapi Waytha Moorthy dari Hindraf yang dijadikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada kertas cadangan yang boleh menarik pelaburan dari India.
Rasa tidak dapat bergantung pada MIC itu juga mendorong seorang bukan MIC, Dato L0ga Bala Mohan dijadikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Jika peranakan India bertuah beroleh ramai menteri, bukan kerana MIC sudah berwibawa semula, tetapi ia bergantung kepada peranan politik Hindraf. MIC kira-kira menumpang tuah Hindraf. Jika Hindraf tidak ada, BN akan menanggung MIC sama seperti itu menanggung MCA dan Gerakan. MIC dapat nikmat besar dari kabinet Najib kerana menjadi jambatan kepada Najib dan Hindraf. Adakah Najib mesti menanggung MIC yang berniaga atas angin, sedang yang memberi sesuatu untuk masyarakat India ialah Hindraf?
Anak Mami di Perantauan – Kepala bapak kau
Roketkini, | 21 Mei 2013 |
ADA
satu adegan dalam filem Do Re Mi yang dilakonkan P. Ramlee dan AR
Tompel. Latarnya di pejabat buruh, keduanya sedang bertekak dengan hujah
‘kepala bapak’. Sekonyong-konyong datang seorang kutu yang meletakkan
dua cebis kertas ke lantai.
“Hah ni kepala bapak kau, ni pulak kepala bapak aku. Ha pijak lah!” lebih kurang begitulah katanya. Situasi akhirnya meruncing dan pergaduhan dalam skala lebih besar pun bermula.
Pada zaman itu, barangkali permainan kepala bapak ini kelakar dan mengundang ketawa. Hari ini pun mungkin di sekolah rendah, masih lagi ada anak-anak yang main ‘bapak’. Dikutuknya nama bapa orang ini, kemudian dibalas dengan kutukan tentang bapa orang itu. Secara dasarnya, permainan kepala bapak ini amat sinonim dengan segala yang kebudak-budakan.
Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia telah mengutuk kenyataan sombong Menteri Dalam Negeri yang baru. Zahid Hamidi dengan bongkaknya menyuruh sekalian rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem sedia ada di negara ini supaya berhijrah keluar dari Malaysia, dan pergi ke negara yang mengamalkan sistem yang mereka suka.
Secara refleks, kita pun akan pantas menjawab dengan ayat, ‘Eh ingat ini negara bapak kau punya?’ kerana makhluk yang mahu menghalau itu seolah-olah berfikir yang kita ini tidak bayar zakat atau cukai yang akhirnya membayar gajinya.
Zahid Hamidi sepatutnya sudah insaf dengan kutukan dan makian yang dihamburkan kepadanya daripada serata ceruk media sosial. Tetapi tidak. Zahid Hamidi mungkin berkepala batu atau kulitnya tebal seinci. Pengganti Hishammuddin Hussein itu tidak merasa tercela malah berani pula menjawab Anwar dengan mengatakan bahawa ‘negara ini pun bukan bapak Anwar yang punya’.
Permainan bapak-bapak pun bermula. Dari kejauhan mungkin akan ada Cina yang bertepuk tangan melihat dua Melayu ini bergaduh memetik bapa masing-masing.
Gurauan dan politik sudah semakin bertautan sehingga barangkali sampai kiamat tidak dapat dipisahkan. Politik Malaysia, secara rasminya bertukar menjadi gelanggang Raja Lawak entah berapa tahun lalu. Sebelum wujud rancangan itu di kaca televisyen. Dan kita rakyat Malaysia ada kalanya sekadar mampu geleng kepala dan ketawa melihat telatah politisi.
Saya secara konsisten selama ini mengatakan bahawa hanya komedi yang dapat menjadikan politik Malaysia sebagai sesuatu yang boleh dihadam dan masuk akal. Tanpa gelak ketawa, politik Malaysia akan menjadi perkara yang amat hambar.
Namun secara serius, hujah bapak-bapak ini harus dihentikan. Malu lah, dah tua-tua pun bergaduh macam budak sekolah.
Ya negara ini bukan bapak saya punya. Bapak kamu apatah lagi. Ya kalau ikutkan hati memang sudah lama negara ini ditinggalkan. Ambil lah negara bapak kamu ini dan simpan dalam almari. Hujan batu di negara sendiri, kalau ditahan lama-lama pun sakit juga. Lebih baik menadah hujan emas di negeri orang yang tak ada pemimpin korup sedut kekayaan rakyat, sampai ditinggalkan hanya hampas dan sisa sahaja untuk golongan yang membayar gajinya.
Tapi dikeranakan kami ini semuanya patriot belaka dan tidak sanggup melihat gerombolan kamu menjarah harta kekayaan negara sampai ke mati, maka kami kekal di sini melawan kamu untuk lima tahun lagi. Dan tahun-tahun selepas itu.
Ya. Negara ini bukan bapak kami punya. Bukan bapak kamu punya.
Negara ini milik anak cucu yang dipinjamkan untuk kita. Moga kita kembalikan kepada mereka nanti dengan politik yang lebih matang, berdemokrasi, adil dan saksama untuk semua.

Tema hitam di Kongres PKR pada 24 dan 25 Mei ini
Harakahdaily, | 21 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Kongres Nasional PKR ke-9 akan diadakan pada 24 dan 25 Mei ini bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kongres PKR kali ini membawa warna tema hitam dengan slogan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’ simbol kebangkitan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, lapor KeadilanDaily.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menyampaikan ucaptama pada hari Sabtu jam 8.30 pagi sekaligus merasmikan kongres itu.
Perasmian bersama Kongres AMK dan Wanita akan disempurnakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada hari Jumaat jam 2 petang.
Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 10 pagi. Dijangka lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati serta jemputan khas dari luar negara akan hadir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan