Isnin, 20 Mei 2013

TERPULANG KEPADA ALLAH ... KEPADA SIAPE YANG HENDAK DIBERIKAN HIDAYAH...JUGA TERPULANGLAH KEPADA ALLAH SESIAPA ALLAH NAK BINASAKAN...ALLAH MEMPUNYAI KUASA MUTLAK...TIADA SAPE BOLEH MENANDINGI ALLAH SWT

Tahniah Najib Razak, tahniah Idris Jusoh
Posted on Monday, May 20 @ 10:52:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjagakubur

Oleh: anaabdullah

"Rasanya belum terlambat untuk ucap tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dan tak lupa juga untuk tahniah kepada Datuk Seri Idris Jusoh. Tahniah kepada Najib kerana sudah lantik Idris Jusoh sebagai menteri Pelajaran II dan tahniah kepada Idris kerana sudah dapat jawatan menteri dalam kabinet yg dikatakan seimbang.

Kita tidak tahu apakah yang dikatakan kabinet Najib itu sebagai kabinet seimbang gabungan antara yang baru dan lama.

Jika begitu, penulis boleh setuju. Akan tetapi ia sangat bahawa kabinet Najib tidak seimbang. Kenapa? Kerana 7 menteri dari Sarawak dan 6 dari Sabah yang akan mencipta permasalahan. Percayalah.


Pada penulis, pelantikan Idris Jusoh sebagai menteri Pelajaran dan pengajian tinggi II sangat tidak kena. Kenapa? Bayangkan seorang menteri pelajaran dan pengajian yang tiada dengan dunia pendidikan tanahair.

Buktinya, ketika menjadi menteri besar Terengganu (2004) Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu di jual.
KUSZA di jual kepada kerajaan pusat untuk dijadikan university Darul Iman (UDM) dan tidak pernah mendapat restu daripada Al Sultan Terengganu.
Kolej Yayasan Terengganu di jual kepada UITM untuk dijadikan UITM cawangan Cendering Kuala Terengganu dengan alasan konon boleh menyelamatkan RM 70 juta wang rakyat.
Penulis sangat bimbang suatu masa nanti aka nada beberapa buah universiti milik penuh kerajaan akan dijualkan kepada pihak swasta.
Adalah tidak mustahil akan di perlakukan demikian dengan alasan yang sama sepertimana yang berlaku di negeri Terengganu.
Idris Jusoh merupakan seorang pengamal politik dendam yang tidak boleh di nafikan lagi, kerana semasa menjadi menteri Terengganu LOT LOT tanah yang diluluskan oleh kerajaan PAS negeri kaya rakyat miskin dirampas balik, hatta yang sudah dibayar premiumnya.
Ramai guru guru jadi mangsa tukar 24 jam memisahkan anak Isteri. Ada yang ditukarkan ke Sabah Sarawak kerana mereka tidak menyokong umno.
Penulis bimbang perkara yang sama akan berlaku, kerana menterinya salah seorang pengamal politik dendam yang melampau dan jelas bercanggah dengan tranformasi pendidikan tanahair yang telah digariskan oleh perdana menteri yang paling rendah sokongan rakyat pada PRU 13 lepas berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 Kes Terengganu:PR perlukan 70 % undi rakyat!
Posted on Monday, May 20 @ 10:43:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjagakubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum.Sedikit kajian kepada keputusan PRU 13 bagi negeri Terengganu menarik untuk dikongsikan.Fenomana pertambahan pengundi yang agak mendadak masih berlaku di Terengganu, umpamannya bagi Parlimen Kuala Terengganu, pertambahan dari 80k kepada 90k sebanyak lebih 10k dalam masa 5 tahun.

Sementara bagi DUN Air putih Kemaman pula menunjukkan jumlah pengundi sebanyak 26k berbanding dengan DUN Cukai yang ada 23k.Peliknya bagi kedua DUN ini ialah Cukai ialah kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak padat berbanding dengan DUN air putih yang majoriti pengundinya datang dari kawasan Felda dan Ketengah.Taburan pengundi di DUN dan Parlimen lain menujukkan ada satu persamaan ia itu samada dimenangi BN atau PAS, calon yang menang hanya memperolehi sekitar 50%-55% undi sahaja kecuali DUN Kijal, Mat Said mendapat sebanyak 60% undi
Trend ini menunjukkan kedudukan BN masih tidak selamat dan PAS masih mempunyai peluang yang baik.Barang diingat peratusan yang dicacatkan termasuk dari  kehadiran pengundi hantu yang dikesan antara lain di Setiu dan Besut serta di kawasan Kijal dan Air Putih Kemaman. 
Bagi PAS, usaha yang perlu dilakukan ialah menumpukan perhatian untuk meningkatkan sokongan sebanyak 20% lagi dan kalau ini dapat dicapai purata keseluruhan sokongan PAS akan meningkat kepada 70% dan dengan sokongan sebanyak ini, maka pengaruh hantu tidak akan memberi kesan kepada kemenangan PAS.Dalam masa yang sama kedudukan PAS masih tidak selamat walaupun sudah berjaya memenangi 15 kerusi kerana sebarang swing sebanyak 5-10% yang boleh dimanupulasikan UMNO menerusi undi hantu akan menyebabkan PAS tersungkur.
Oleh itu jalan selamat untuk PAS ialah berusaha menambah sokongan menjadi  kepada kadar yang tidak mampu digugat oleh hantu.Jalan terbaik ialah meningkatkan sebaran maklumat yang benar kepada rakyat.Sukarelawan dan pengerak jemaah PAS mesti mengambil tanggungjawab menjadi agen sebaran maklumat seperti disarankan oleh TGHH ketika pertemuan dengan pengggerak DUN Cukai satu ketika dulu.Berdasarkan kedudukan daftar undi semasa kadar 70% sokongan merupakan kadar yang memadai.
PAS perlu memberi tumpuan yang lebih kepada daerah Setiu dan Besut yang menunjukkan tren so near yet so far.Peningkatan sokongan di kedua dua daerah ini amat perlu kerana PAS mungkin membuang masa mengejar hantu.Adalah lebih baik meningkatkan sokongan dari terlalu banyak masa dihabiskan untuk hantu.Terlibat dengan masyarakat seperti dilakukan oleh MTD DUN Cukai ternyata berkesan dan sokongan padu di DUN Sura kepada ADUN penggal lepas Ustaz Wan Hassan Ramli ketika berkhidmat kepada penduduk DUNnya dalam suasana kengkangan UMNO menyebabkan penduduk bukan sahaja DUN Sura tetapi penduduk DUN Rantau Abang juga ramai yang mengalihkan sokongan kepada PAS.Aktiviti ini mesti diteruskan bukan sahaja di DUN Sura dan Cukai tetapi ke lain lain DUN juga.
Untuk melakukan itu, MTD setiap DUN memerlukan sukarela yang sanggup bekerja untuk jemaah.Apa yang ketara kekuatan sukarela PAS masih belum menguasai seluruh negeri.Fokus mesti diberikan untuk melebarkan kekuatan sukarela ke seluruh negeri sambil menambah kekuatan di DUN DUN yang sudah ada asas sukarelawan yang kuat.
PAS masih ada peluang untuk membuktikan bahawa melayu masih boleh diubah dan berubah! Jadi jangan sia siakan peluang ini. 

 Alhamdulilah... Pereka Fesyen Terkemuka Calvin Khoo Peluk Islam
Posted on Sunday, May 19 @ 21:58:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: matuse68

"

Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb.

Alhamdulillah... petang tadi jam 3 beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Sahabat saya A Razak Muthalib turut menjemput saya tetapi tidak berkesempatan.

Namun, doa saya agar saudara baru kita, Calvin Thoo sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah. Welcome to our big family my dear brother.

Info terkini layari INI KALILAH...


 Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah
Posted on Monday, May 20 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Md Izwan

“Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini , bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim Kit Siang: Guna Johore Baru sebagai contohnya. — Gambar fail
GEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti “bermain politik” dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.
Khalid Abu BakarPenasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.
“Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini , bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.
“Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.
“Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?” kata Lim.
Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
“Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?” soal Lim lagi.
Tunku Abdul Aziz: Tidak mempunyai integrity, kata Lim Kit Siang. — Gambar failMalah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.
“Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan dan tidak berasas?” kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.
Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat hati dan mendapat tumpuan orang ramai.
Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi.
Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.
Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.
MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.
Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah


 GST Hadiah BN Kepada Rakyat ?
Posted on Monday, May 20 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh LO_PHUNK

SEPERTI yang dijangkakan sebelum PRU13, Kerajaan BN akan melaksanakan GST bagi menambah pendapatan negara dan kini ternyata benar. Kemenangan BN yang telah diberi mandat oleh rakyat dibalas dengan kenaikan cukai.

Menurut mereka, ia adalah salah satu kaedah untuk meningkatkan pendapatan negara. Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan BN mencadangkan untuk mengurangkan cukai persendirian dan syarikat tapi adakah dengan mengurangkan dua cukai ini akan mengelakkan kenaikan harga barang keperluan harian?



Tiadakah cara lain untuk meningkatkan pendapatan negara. Adakah sektor pelancongan tidak menguntungkan? Adakah sektor pembuatan tidak menguntungkan? Adakah kelapa sawit, minyak dan gas galian yang ada di sabah serta di beberapa negeri lain tidak cukup?

Bagaimana pula dengan pelabur-pelabur asing yang melabur di Malaysia? adakah semuanya tidak mencukupi? Apa sebenarnya yang berlaku dengan ekonomi Malaysia sehinggakan rakyat dijadikan tempat untuk meminta duit? Adakah menteri-menteri Malaysia tidak mampu berinovasi untuk meningkatkan pendapatan negara, selain menaikkan cukai?

Apa yang kita lihat di sini, GST atau Cukai Perkhidmatan Kerajaan akan mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan harian. Paling teruk terjejas adalah syarikat pengeluar. Mereka tiada jalan lain selain menaikkan harga barang keluaran mereka kerana kos operasi semakin meningkat.

Garam, gula, minyak masak, beras, sabun mandi dan ubat gigi adalah antara keperluan harian yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar. Syarikat-syarikat ini menggunakan elektrik, air, telefon dan material dari syarikat lain. Sekiranya cadangan kerajaan menaikkan cukai sebanyak 7% ini dalaksanakan, akhirnya rakyat sendiri yang akan terbeban.

Pendapatan penduduk kampung tidaklah sebanyak mana. Hanya cukup-cukup makan dan hampir tidak cukup. Sekiranya kenaikan harga barang bakal berlaku akibat cukai kerajaan ini, macam mana mereka akan menguruskan rumahtangga mereka? Bagaimana mereka memberi perbelanjaan kepada anak-anak sekolah jika pendapatan tidak cukup?

Adakah kerajaan BN tidak berfikir akan perkara ini? Inikah balasan BN kepada rakyat yang telah memberi mandat 5 tahun lagi untuk memerintah? Bagaimana pula dengan manefesto BN sebelum PRU yang mengatakan bahawa akan mengelakkan kenaikan harga barang keperluan.

Inilah yang dikatakan hanya mengejar kemajuan tapi kebajikan rakyat tidak dihiraukan.

Jika memang ini adalah satu cara yang terbaik kerajaan untuk menambah pendapatan maka ianya dilihat satu kepincangan kepada BN kerana gagal menambah pendapatan kerajaan dengan menggunakan sumber-sumber yang ada di muka bumi malaysia.

Rakyat juga berhak mendapat kemudahan yang sepatutnya termasuklah jalanraya yang beraspalt, bekalan air dan elektrik kerana jelas sehingga kini, kebanyakan jalan raya terutama di kawasan pedalaman Sabah sangat daif.

Rakyat hanya mampu berdiam. Rakyat hanya mampu mengeluh. Rakyat hanya mampu melihat apa yang BN lakukan tanpa boleh berbuat apa-apa. Tapi ingat, 5 tahun tidak lama.

Jangan harap rakyat akan memberi mandat kepada BN sekali lagi jika kebajikan rakyat tidak diambil perhatian serius. PRU 13 yang baru lalu telah menyaksikan kebangkitan suara rakyat Sabah dengan BN kehilangan beberapa kerusi DUN dan tidak mustahil BN akan tumbang di Sabah jika perkara ini tidak diambil perhatian serius.

Tiada ulasan: