Khamis, 23 Mei 2013

APA ALASAN HENDAK MENOLAK ATAU MENANGGUH2 HUKUM HUDUD@HUKUM ALLAH@HUKUM QURAN....MANA PEMIMPIN2 KATA MEMBELA AGAMA....JANGAN AUTA LAH....KITA TAK LAKSANAKAN HUDUD SEOLAH2 MEMBELA@MEMPERTAHANKAN ORANG2 JAHAT...SERTA MENAFIKAN MAHA BIJAKSANA NYA ALLAH MENGUBAL UNDANG2 UNTUK MAKHLUKNYA...AKHIRAT ORANG2 YANG BERTANGGUNG JAWAB NI....JAWABLAH DIAKHIRAT NANTI...NASIHAT ORANG TAK MAU DENGAR...JANGAN DEGIL HINGGA HINGGA HUJUNG NYAWA...CARI NAHAS LAH

Pegawai kanan Tabung Haji ditangkap khalwat


khalwatGEORGETOWN – Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan sekerja di sebuah bilik penginapan.
Menurut sumber, wanita itu dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu.
Wanita itu ditahan bersama pasangannya selepas suaminya membuat laporan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) setelah mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila mendapati isterinya tidak muncul ketika datang menjemput pulang.
Difahamkan, selepas menerima laporan, sepasukan pegawai penguatkuasa JHEAIPP membuat pemeriksaan di lokasi dilaporkan dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam sebuah bilik.
Kedua-duanya didapati tiada hubungan mahram serta gagal mengemukakan dokumen pernikahan kemudian dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Seksyen Negeri Pulau Pinang 1996. –  SH

Abang dibilik pertama, adik perempuan dibilik kedua, dicekup dalam keadaan ghairah


khalwatSeorang abang ‘bermurah hati’ membiarkan rakannya meniduri adik perempuannya di sebuah hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di Alor Setar sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), petang kelmarin.
Lelaki terbabit yang berusia 24 tahun turut dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 22 tahun yang juga rakan adik perempuannya di sebuah bilik berasingan hotel berkenaan.
Siasatan mendapati pasangan yang ditangkap berkhalwat itu baru mengenali antara satu sama lain.
Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata dalam pemeriksaan lanjut, lelaki terbabit hanya berseluar jeans tanpa baju manakala pasangannya memakai baju tidur nipis bertali halus tanpa coli dan seluar dalam.
“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan mengaku baru berkenalan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin. Md Nasir berkata, pemeriksaan di bilik kedua pula, penguat kuasa JAIK menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa ikatan sehingga menimbulkan syak.
Beliau berkata, ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel murah itu bersama rakannya yang juga pasangan khalwat abangnya.
“Lelaki berusia 24 tahun dan rakannya itu bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah, manakala adik perempuannya dan seorang lagi wanita masing-masing tidak bekerja.
“Apa yang mengejutkan mengapa abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya tidur semalaman dengan rakannya di bilik hotel itu,” katanya. – paapaada.blogspot

Inspektor Polis bermadu kasih dengan isteri seorang pegawai polis yang lain ditangkap


PADANG BESAR – Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suspek juga disahkan positif mengambil dadah.
Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.
Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.
Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya. – Sinar Harian
Gambar untuk hiasan sahaja

Ditangkap khalwat, beri alasan penat



Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.
“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.
Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.
“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.
Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.
Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.
“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.
Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.
Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.
“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.
Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.  - SH

Janda Dicekup Khalwat Di Sebuah Hotel Bajet Kuala Lumpur


Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi 13 May 2012.
Janda anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah universiti di ibu kota hari ini.
Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan.
“Kami menemui seorang wanita yang hanya berseluar pendek keluar dari tandas, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu sanggup mengambil pasangannya yang berusia 27 tahun itu dari Nilai kemudian bawa ke hotel berkenaan.
Dalam serbuan sama di bilik berasingan, seorang penuntut universiti dicekup khalwat bersama pasangannya.
Beliau berkata, perempuan berusia 23 tahun itu memberi alasan mahu berkahwin dengan teman lelakinya.
“Perempuan itu memberitahu keluarganya tidak merestui perhubungan mereka kerana pasangannya yang berusia 24 tahun itu bekerja sebagai kontraktor,” katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah. – Gambar Malaysia Daily

Pelajar dicekup khalwat “Tiket bas habis ” cuba dijadikan alasan


Tindakan seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara dengan teman lelakinya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan
Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis dari Kulai, Johor itu menyewa bilik hotel berkenaan untuk bertemu teman lelakinya.
“Gadis berkenaan memberi alasan kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang ke IPT di Pahang, lalu menyewa bilik hotel itu,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, pihaknya mendapati gadis berusia 21 tahun itu hanya membalut tubuhnya dengan tuala, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun itu memakai seluar pendek tanpa baju.
“Gadis itu mengenali pasangannya enam bulan lalu melalui laman sosial. Lelaki berkenaan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta,” katanya.
Beliau berkata, turut ditahan kerana berkhalwat adalah sepasang kekasih warga Indonesia. Wanita yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah, manakala pasangan­nya berusia 33 tahun, seorang kontraktor.
“Wanita berkenaan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun yang tinggal bersama suaminya di Indonesia, manakala pasangannya itu masih bujang,” katanya.
Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

(Gambar sebagai ilustrasi sahaja)

‘Kasihan’ itulah alasannya ,Janda berkemban terkejut melihat penguatkuasa


gambar+tangkap+khalwatAMPANG   – Seorang janda beranak tiga dicekup bersama pasangannya, warga Nepal yang dikenali sejak dua bulan lalu, setelah disyaki berkhalwat di sebuah rumah kedai, di Pandan Perdana, awal pagi semalam.
Pasangan itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan mengenai kegiatan maksiat di bilik sewa rumah berkenaan.
“Setelah beberapa kali mengetuk bilik berkenaan, seorang wanita sekitar usia 38 tahun yang hanya berkemban dengan tuala membuka pintu.
“Wanita itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa, lalu memberi alasan tinggal bersama kakaknya, namun kami berjaya menemui seorang lelaki berpakaian lengkap berusia 30 tahun menyorok bawah tilam di premis sama,” katanya.
Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengawal keselamatan itu juga beralasan membenarkan lelaki baru dikenali itu tinggal bersama kerana simpati.
“Wanita itu memberi alasan kasihan dan membenarkan tinggal bersama di bilik sewa terbabit kerana sebelum ini teman lelakinya mendiami hostel yang sempit serta sesak.
“Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk laporan tangkapan dan wanita terbabit diberi jaminan keluarga atau kenalan, bagaimanapun lelaki Nepal berkenaan dilepaskan kerana bukan Islam,” katanya.
Dalam serbuan berasingan, perbuatan mencurigakan beberapa wanita memasuki rumah bujang lelaki di Taman Melur, di sini, terjawab apabila kediaman itu diperiksa.
Ahmad Nawi berkata, lima individu termasuk dua wanita sekitar 20 hingga 30an ditahan dalam serbuan berkenaan.
Menurutnya, dua lelaki masing-masing hanya bertuala dan berseluar pendek didapati tidur bersama seorang wanita berpakaian lengkap di ruang tamu rumah berkenaan.
“Seorang daripada lelaki terbabit memberi alasan teman wanitanya terpaksa menumpang di kediaman itu kerana kesukaran mencari rumah sewa lain,” katanya.
Pada masa sama, sepasang kekasih turut dicekup tidur bersama dalam bilik di tingkat atas rumah itu.
Lima yang ditahan dalam operasi itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk laporan tangkapan.  - SH

(gambar sebagai ilustrasi sahaja)

Pasangan hotel bajet terperanjat, mengaku ada anak luar nikah


KLUANG  -  Seorang wanita mengaku mempunyai seorang anak hasil hubungan sulit dengan pasangannya yang juga suami orang ketika ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat di sekitar bandar Kluang, malam minggu lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu ditahan oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) bersama pasangannya berusia 35 tahun dalam satu bilik di salah sebuah hotel bajet.
Malah, lelaki terbabit yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya mengaku dalam proses perceraian bersama isterinya.
Ketua Unit Penguatkuasa Agama Jaij daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, ketika serbuan dijalankan di hotel bajet itu, Jaij terpaksa menunggu 10 minit, sebelum pintu dibuka.
“Ketika soal siasat dijalankan, pasangan berkenaan memberi alasan mereka akan berkahwin dan menyewa hotel hanya sekadar untuk berjumpa, bagaimanapun mereka gagal untuk meyakinkan pihak Jaij dengan alasan yang diberi.
“Hasil pemeriksaan mendapati, wanita berkenaan telah melahirkan seorang anak yang kini berusia setahun hasil hubungan sulit bersama pasangannya itu,” katanya.
Anuar berkata, pasangan tersebut akan didakwa di bawah Sesyen 27, Enakmen Kesalahan Syariah Johor dan boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Katanya, operasi yang dijalankan bersama anggota Cawangan Penyiasatan Khas dari Kem Mahkota bermula jam 1 hingga 6 pagi itu turut menahan tiga pasangan berusia antara 19 hingga 35 tahun.
“Kesemua pasangan tersebut turut didakwa di bawah seksyen sama. Bagaimanapun, pasangan terbabit telah dibebaskan setelah dijamin oleh keluarga masing-masing, namun mereka dikehendaki datang ke Pejabat Agama Daerah Kluang esok (hari ini) untuk diambil keterangan,” katanya.
Anuar juga menyatakan bahawa operasi seumpama ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa untuk mencegah maksiat di daerah ini daripada terus berleluasa.  – sinarharian

Janda seksi didenda khalwat dengan askar pencen


Seorang wanita anak tiga didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan bekas tentera, Jun lalu. Wanita berusia 39 tahun itu ketika ditangkap bergelar ibu tunggal, manakala pasangannya berusia 45 tahun adalah suami orang. Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof mengarahkan hukuman penjara selama sebulan sekiranya wanita terbabit gagal membayar denda. Wanita berkenaan yang beralamat di Jertih didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah milik pasangannya di Hulu Besut di sini, jam 11.30 malam, 21 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes yang dibacakan Pendakwa Syarie, Norzilawati Said, selepas pintu rumah diketuk anggota penguat kuasa, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu utama. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat tiga kanak-kanak di dalam rumah berkenaan, manakala tertuduh wanita yang memakai kain batik dan baju T menyorok di sebalik pintu bilik air di dalam bilik berkenaan.
Dalam rayuannya, wanita berkenaan memberi alasan ke rumah tersebut untuk meraikan hari jadi anak teman lelakinya. Mohd Nazri menegur tindakannya mengganggu lelaki tersebut yang telah beristeri dan mempunyai anak. Tertuduh kemudian telah berkahwin dengan pasangannya itu pada 26 September lalu. – Utara News

Pasangan bakal jadi mempelai kantoi berkhalwat


cekupindonJOHOR BAHRU – Seorang pemuda memberi pelbagai alasan kerana bimbang dirinya diambil tindakan selepas ditangkap khalwat bersama teman wanita di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan pertama sekitar jam 12.45 pagi, lelaki terbabit bersama teman wanita masing-masing berusia 21 tahun itu mengakui sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Bagaimanapun, mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik hotel terbabit.
Lelaki terbabit ditemui tidak berbaju dan sekadar memakai seluar panjang, manakala pasangannya hanya berbaju dalam serta menutup tubuh menggunakan tuala.
Bimbang dikenakan tindakan lanjut, pemuda terbabit memohon maaf serta merayu kepada anggota dan pegawai penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) supaya tidak menahannya.
“Saya hanya teman dia (teman wanita) mandi sahaja. Kami tidak buat apa-apa dan cuma mahu tidur. Tolonglah jangan ambil tindakan ke atas saya.
“Saya minta maaf dan bersedia membayar denda sekarang. Saya tidak mahu ditahan kerana ibu bapa saya sekarang sedang sakit, tolonglah encik,” katanya.
Sementara itu, di lokasi sama, sepasang kekasih tergamam apabila bilik hotel yang disewanya diketuk anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij dalam serbuan kedua sekitar jam 1.05 pagi.
Oleh kerana bimbang untuk membuka pintu, lelaki berusia 26 tahun bertindak meninjau kehadiran anggota ops menerusi tingkap bilik air hotel terbabit.
Dia bersama teman wanitanya berusia 23 tahun yang ditemui berpakaian lengkap hanya membenarkan anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij masuk ke dalam bilik selepas 10 minit menunggu.
Kadi Daerah Johor Bahru, Ahmad Hanif Naim berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali memeriksa hotel berkenaan. – SH

Aksi berahi selepas undi awal terbongkar


12BATU PAHAT – Seorang penjawat awam wanita  ditahan bersama pasangannya di salah sebuah hotel bajet  sekitar daerah ini dalam  operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.
Wanita terbabit yang  bekerja di utara tanah air merayu kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat supaya tidak ditahan  dalam serbuan itu.
Dia turut mengaku baru sahaja selesai melaksanakan undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberi alasan bimbang untuk pulang sekaligus mendorongnya mendaftar masuk hotel bajet berkenaan bersama teman lelakinya.
“Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita ‘settle’ tepi bang,” katanya.
Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, wanita berusia 20an itu  didapati berada dalam keadaan yang mencurigakan bersama pasangannya.
Menurutnya, anggota dan pegawai penguatkuasa juga terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel bajet tersebut.
“Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap.
“Pemeriksaan lanjut  mendapati, mereka ini tidak mempunyai hubungan yang sah dan turut menyatakan baru sahaja berkenalan sekitar enam bulan lalu serta berhasrat  untuk bernikah.
“Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama wanita terbabit  kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan  kepada kerjayanya sebagai  penjawat awam,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel dan melakukan perkara yang mencurigakan.
Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua- duanya sekali.
“Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut sebagai pengajaran kepada mereka.
“Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. JAIJ akan terus mengadakan lebih banyak serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas  daripada maksiat,” katanya. – SH

Lelaki ghairah asmara dengan isteri orang


13BATU PAHAT – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan  selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.
Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di  sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di  bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.
Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan  tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.
Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi  kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.
Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi ‘memujuk’ pasangan terbabit untuk  membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.
“Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka  berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam  keadaan mencurigakan.
“Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak  didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.
“Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di  dalam bilik yang diserbu.
Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.
“Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran  kepada mereka.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya  sekali,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. – SH

Baru habis cerai sudah dicekup berkhalwat dengan lelaki lain


LEDANG – Seorang wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin.
Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.
Wanita itu berkata, dia hanya mahu menumpang semalaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal selepas dihalau keluarga dan enggan meminta pertolongan orang lain berikutan buntu dengan masalah dialami.
Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga baru sahaja menamatkan tempoh idah selepas diceraikan buat kali ketiga oleh suaminya.
“Saya hanya menumpang bermalam di sini kerana tidak ada tempat tinggal selepas dihalau keluarga. Saya buntu dan tidak tahu mahu minta pertolongan dengan siapa sementara menunggu hari esok untuk mencari pekerjaan lain,” katanya.
Manakala, lelaki terbabit berusia 26 tahun dan merupakan operator kilang, mengakui sudah tinggal di negara ini lebih setahun dan berkenalan dengan wanita itu kira-kira tiga bulan lalu ketika bekerja di kilang sama.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, bertindak atas aduan awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu beberapa anggota polis memeriksa rumah berkenaan.
Menurutnya, anggota penguat kuasa menunggu selama lima minit sebelum pintu rumah dibuka seorang lelaki yang juga rakan kepada lelaki terbabit.
“Pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui pasangan terbabit yang sedang baring di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, lelaki terbabit menangis kerana ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau berstatus suami isteri.
“Mereka dibawa ke balai polis di sini, untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama bagi siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  - SN

Gadis dan ibu buat maksiat dengan kekasih dalam satu rumah


Kegiatan dua beranak yang melakukan maksiat bersama pasangan mereka di rumah mereka di Bertam Malam, dekat sini, terbongkar dalam serbuan dilakukan pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), awal pagi, semalam. Dua beranak terbabit membabitkan wanita berusia 54 tahun dan anaknya berusia 16 tahun dicekup dengan teman lelaki masing-masing kira-kira jam 1 pagi. Lebih malang lagi, pemeriksaan Jaim mendapati anak gadis wanita terbabit hanya menunggu hari untuk melahirkan bayi kandung hasil hubungan yang tidak diketahui dengan lelaki mana.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat menerima maklumat mengenai rumah ibu tunggal berkenaan dipercayai bukan mahram. Katanya, ketika sepasukan penguat kuasa Jaim tiba, mereka mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka ibu tunggal terbabit. “Pemeriksaan dilakukan menemui lelaki yang juga anak wanita itu berusia 21 tahun dan anak perempuannya berusia 16 tahun. “Hasil siasatan lanjut menemui dua lelaki berusia 57 dan 25 tahun di dalam rumah berkenaan. Soal siasat mendapati lelaki berstatus warga emas itu adalah teman lelaki ibu tinggal berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, lelaki berusia 25 tahun itu pula teman lelaki kepada anak gadis ibu tunggal berkenaan. Rahimin berkata, hasil soal siasat mendapati gadis bawah umur itu sarat mengandung sembilan bulan dan hanya menunggu hari untuk melahirkan anak. Bagaimanapun, katanya, anak dikandung itu bukan hasil hubungannya dengan lelaki ditahan itu, sebaliknya gadis itu sendiri tidak mengetahui hasil benih dengan pasangan mana yang pernah terlanjur dengannya sebelum ini. “Lelaki terbabit hanya mempunyai hubungan sebagai kekasih dengan remaja mengandung itu dan mereka sudah berkenalan sejak beberapa tahun lalu. “Lelaki warga emas itu pula mengakui mempunyai hubungan dengan ibu tunggal berkenaan dan sering datang kerana mengambil dan menghantar wanita itu untuk bekerja,” katanya.
Rahimin berkata, berdasarkan siasatan mendapati lelaki terbabit pernah bermalam di rumah berkenaan dan tidur di dalam bilik yang sama. Katanya, anak lelaki wanita terbabit mengetahui ibu dan adiknya sering membawa teman lelaki masing-masing pulang ke rumah dan tau perbuatan itu salah. “Lelaki terbabit turut ditahan Jaim untuk diambil keterangan kerana berada di dalam rumah ketika mereka ditahan. “Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim,” katanya. Menurutnya, remaja perempuan itu juga turut disabit kesalahan mengikut Seksyen 54, enakmen sama kerana hamil luar nikah. “Sabit kesalahan bagi kedua-dua kesalahan itu bagi pasangan dan remaja perempuan itu boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Wanita tergamak jalin hubungan rakan anak sendiri


isteri curang dengan kawanMELAKA - Usianya baru mencecah 17 tahun dan berkenalan dengan ibu kepada rakan baiknya, tetapi lain pula jadinya apabila dia menjalinkan hubungan terlarang dengan wanita tersebut.
Hubungan terlarang remaja itu dengan wanita berusia 29 tahun berkenaan terbongkar apabila sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan pasangan terbabit kira-kira 11 pagi semalam di Pantai Crystal Bay, Alai, dekat sini, selepas mendapat aduan mereka melakukan adegan melampau dengan bercium dan berpelukan di kawasan terbuka.
Aksi sumbang itu dikatakan menimbulkan perasaan jijik orang ramai lalu bertindak menghubungi Jaim untuk tindakan lanjut.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agam Jaim Rahimin Bani berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi berkenaan selepas mendapat aduan mengenai kegiatan sumbang dilakukan pasangan terbabit.
Katanya, ketika tiba pasangan terbabit masih duduk dalam keadaan rapat dan apabila disoal mereka mengakui melakukan perkara tidak senonoh sebelum itu.
“Agak mengejutkan pemeriksaan pengenalan diri mendapati wanita tiga anak terbabit masih berstatus isteri orang, tetapi memberi alasan dalam proses penceraian.
“Lelaki terbabit itu juga berstatus remaja dan sepatutnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, namun sudah meninggalkan alam persekolahan lebih awal,” katanya di sini, semalam.
Rahimin berkata, siasatan lanjut juga mendapati remaja lelaki berkenaan mula mengenali wanita terbabit sejak beberapa bulan lalu hasil perkenalannya menerusi anak sulung lelaki wanita itu yang berusia 13 tahun.
Katanya, remaja lelaki terbabit terlebih dulu berkawan baik dengan anak kepada wanita berkenaan dan kebetulan terus menjalinkan hubungan dengan ibunya.
“Pasangan terbabit datang ke lokasi berkenaan dengan menaiki motosikal yang ditungganggi remaja terbabit sejak jam 9 pagi dan sejurus sampai mereka terus melakukan perbuatan tidak senonoh,” katanya.
Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 71, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana melakukan perbuatan tidak sopan.
“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

- Harian Metro / MD

Demi berkhalwat, ayah guna pintu hadapan, gadis guna pintu belakang


MELAKA  –  Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.
Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.
Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari.
“Bapa kepada gadis berkenaan tergamam melihat anak gadisnya berkurung bersama teman lelakinya itu dan dia bersama ibu tunggal berkenaan langsung tidak menyedari kehadiran remaja berkenaan dibawa masuk secara curi-curi menerusi pintu belakang.
“Selepas pemeriksaan dan siasatan selesai di rumah dijalankan, ibu tunggal serta duda berkenaan termasuk remaja perempuan dan pasangannya terus dibawa ke pejabat JAIM,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, siasatan dijalankan mendapati remaja lelaki yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu masuk ke rumah berkenaan selepas Maghrib.
Katanya, pemeriksaan terhadap telefon bimbit kedua-dua mereka juga mendapati rekod perhubungan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) merancang untuk lelaki terbabit masuk ke rumah berkenaan.
“Soal siasat turut mendapati remaja lelaki itu tiga kali menyusup masuk ke rumah ibu tunggal berkenaan dan pasangan terbabit mengakui hanya melakukan mukadimah zina sepanjang berkurung dalam bilik,” katanya.
Beliau berkata, lelaki terbabit mendakwa ke rumah ibu tunggal itu menziarahi anaknya yang ditumpangkan di rumah wanita terbabit kerana dia bekerja di tempat lain.  – hmetro

Wanita bertudung dan lelaki berkopiah dicekup berzina




Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, awal pagi. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.
Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah. Lelaki berstatus duda tanpa anak itu turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.
Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah. Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama. Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.
Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jab Agama mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.
“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya, di sini, semalam. Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya, polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Malaysia (SPRM).
Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi. Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.
Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat. Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.
“Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu. “Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini. “Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka,” katanya. – aakj.hotspot

Pasangan OKU terkaku, ditangkap menyambut ‘Hari Valentine’ di atas katil


khalwat4MELAKA – Anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang terpaksa bertindak memecah masuk bilik sebuah hotel bajet di Kampung Hulu, dekat sini terkejut apabila mendapati bilik tersebut dihuni pasangan orang kurang upaya (OKU) bisu dan cacat pendengaran.
Difahamkan, anggota penguatkuasa terpaksa memecah pintu selepas bilik yang disyaki didiami pasangan berkhalwat tidak memberi sebarang respon selepas diketuk anggota Jaim, selama hampir 20 minit.
Dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, pihak Jaim terlebih dahulu meminta kunci pendua daripada pemilik premis selepas menunggu 15 minit untuk membuat pemeriksaan, namun gagal berikutan masih terkunci dari dalam.
Akibatnya, penguatkuasa Jaim terpaksa memecah masuk bilik tersebut sebelum menemui pasangan OKU berkenaan, kedua-duanya berusia 20 tahun sedang tidur atas katil.
Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut selepas pemeriksaan awal mendapati pasangan yang menggunakan bahasa isyarat itu bukan muhrim dan tiada ikatan sah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan tersebut antara 15 individu termasuk empat warga asing berusia 20 hingga 29 tahun yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan polis tentera.
“Serbuan yang dijalankan di dua hotel bajet berasingan di sekitar bandaraya ini membabitkan penahanan lapan lelaki dan tujuh wanita termasuk satu pasangan OKU serta warga asing.
“Ia turut merangkumi tiga lelaki dan dua wanita yang didapati berada di dalam sebuah bilik hotel terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Rahimin berkata, kesemua ditahan termasuk warga Indonesia dan Nepal itu bagi membantu siasatan selepas didapati melakukan kesalahan berkurung yang mendatangkan syak di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Sementara itu, Rahimin turut meminta orang ramai terutama remaja Islam tidak meraikan sambutan Hari Valentine esok yang telah difatwakan haram di negeri ini.  – sinarharian

Isteri melampau curang lagi , suami lapor kepada Jaim


AYER KEROH  - Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.
Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan, awal pagi kelmarin.
Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.
“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.
Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.
“Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.
Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.
“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.
“Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya,” katanya.
Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman.  - Sinar

(gambar untuk ilustrasi sahaja)

Lelaki Bangla dicekup bersama isteri orang dalam keadaan berkemban


Hubungan intim seorang wanita berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas mereka dicekup penguat kuasa agama.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.
Teman lelakinya yang juga hanya bertuala cuba melarikan diri namun berjaya diberkas oleh penguatkuasa di situ.
Ketika ditanya, wanita berkenaan menafikan mereka melakukan sebarang maksiat dan memberikan alasan hanya singgah sebentar menumpang tidur kerana sudah lewat untuk pulang ke rumah.
Pegawai Masjid Al-Azim berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai di kedai milik majikan wanita berkenaan.
Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke balai Polis untuk diambil keterangan lanjut.  - informasi.my

(Gambar sebagai ilustrasi sahaja)

Khalwat: Lelaki dicekup dengan isteri orang yang sarat mengandung


Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.
Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.
Wanita terbabit yang juga isteri orang, telah bersembunyi didalam bilik air ketika pemeriksaan dilakukan.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.
“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya. – melarang.com

Ketua Jabatan dan pegawai wanita,disyaki khalwat


wanita di tahanjpgPUTRAJAYA  -  Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan seorang ketua jabatan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita dipercayai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang juga teman sepejabatnya di sebuah rumah, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 54 tahun itu masih berstatus suami orang serta mempunyai tiga anak, manakala wanita berusia 31 tahun itu berpisah dengan bekas suaminya awal Januari lalu dan mempunyai seorang anak.
Sumber berkata, perbuatan lelaki terbabit yang sering ke rumah wanita itu, terutama pada hujung minggu, mengundang rasa curiga penduduk, sekali gus melaporkannya kepada Bahagian Penguat Kuasa JAWI Putrajaya untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.
“Berikutan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa JAWI Putrajaya bergegas ke sana jam 2.30 pagi tadi (semalam) sebelum menahan mereka.
“Anggota penguat kuasa JAWI memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu setengah jam sebelum ia dibuka seorang wanita lengkap berpakaian seluar panjang dan memakai baju lengan panjang,” katanya ketika dihubungi.
Sumber berkata, pemeriksaan pegawai penguat kuasa JAWI menemui seorang lelaki lengkap berseluar panjang dan berkameja T lengan pendek dalam rumah itu.
“Anak perempuan wanita terbabit berusia empat tahun turut berada di rumah berkenaan dan tidur ketika pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JAWI.
“Pihak berkuasa kemudian menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke Ibu Pejabat JAWI, Kompleks E, di sini untuk siasatan lanjut,” katanya.  - HM

Tinggalkan Isteri,layan Janda


pasangan dicekupTinggalkan Isteri,Layan Janda  - Seorang anggota tentera bukan saja meninggalkan isteri dan dua anaknya, malah melakukan perbuatan terkutuk dengan bermadu asmara bersama kekasih gelapnya yang juga janda di sebuah bilik sewa di Kampung Sembulan Lama, di Kota Kinabalu, semalam.
Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam serbuan di bilik sewa itu, jam 1.30 pagi.
Sumber berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran penguat kuasa JHEAINS.
Menurutnya, siasatan mendapati, lelaki berusia 43 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun berstatus janda dari Indonesia.
“Pasangan terbabit menjadikan bilik sewa di Kampung Sembulan Lama lokasi untuk melakukan hubungan seks hampir dua tahun,” katanya. - Maklumat

Janda gila seks,ditangkap berkalwat lagi


orgasmKUANTAN – Biarpun sebelum ini sudah tiga kali ditahan kerana berkhalwat, seorang janda berusia 30-an, sJanda berahieolah-olah tidak serik melakukan perbuatan terkutuk itu apabila dia ditahan buat kali keempat dalam serbuan yang dijalankan Pegawai Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Lorong Bukit Setongkol Perdana 38, baru-baru ini.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangannya yang berstatus suami orang sedang tidur bersama anak perempuannya dalam bilik, kononnya mahu mengaburi mata Pegawai Penguat Kuasa Jaip.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaip, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, wanita berkenaan memberi alasan pasangannya itu datang ke rumah sekadar menemaninya dan bukan untuk melakukan hubungan seks.
“Kami menerima aduan teman serumahnya sendiri yang baru menyedari kehadiran lelaki berkenaan. Menurut saksi, dia memang sedia maklum rakannya itu berkawan dengan lelaki berkenaan, tetapi tidak menyangka dia bertindak sebegitu nekad.
“Curiga dengan tindakan rakannya itu, saksi berkenaan menghubungi Jaip bagi melakukan serbuan,” katanya ketika ditemui, semalam. – Maklumat.my

13 Pasangan dicekup berkhalwat. Kenderaan JAIP dilarikan


Kuantan  -  Sepasang kekasih melarikan kenderaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) selepas mereka ditangkap khalwat di sebuah hotel di Jalan Wong Ah Jang, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, mereka masing-masing berusia 18 tahun ditahan bersama pasangan lain di hotel berkenaan pada jam 7 pagi dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan jabatan berkenaan sempena tahun baru.
Kedua-dua pasangan itu kemudian dibawa menaiki kenderaan JAIP sebelum pasukan penguat kuasa berhenti di sebuah hotel berdekatan untuk pemeriksaan selanjutnya.
Ketika semua anggota penguat kuasa termasuk pemandu kenderaan terbabit membuat pemeriksaan, peluang digunakan pasangan remaja itu untuk melarikan kenderaan berkenaan yang tidak dimatikan enjinnya.
Sumber berkata, kenderaan berkenaan berjaya ditemui semula kira-kira jam 9 pagi selepas ditinggalkan di Bandar Indera Mahkota berhampiran Mahkamah Kuantan, di sini.
“Ketika ditemui, pasangan yang melarikan kenderaan berkenaan tiada di dalam kenderaan terbabit dipercayai sudah melarikan diri namun satu lagi pasangan yang turut ditahan bersama mereka masih berada di dalam kenderaan.
“Namun pasangan yang melarikan kenderaan itu akhirnya datang menyerah diri di pejabat JAIP kira-kira jam 11 pagi selepas pihak kami masih memegang kad pengenalan milik kedua-dua remaja itu,” katanya.
13 pasangan ditahan
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa JAIP, Ahmad Rafli Abdul Malek, berkata kejadian itu berlaku ketika pihaknya melakukan operasi cegah maksiat sempena tahun baru di beberapa hotel bajet sekitar bandar ini selain serbuan ke rumah selepas menerima aduan orang awam.
“Dalam operasi selama tiga jam bermula 6.30 pagi itu, 13 pasangan ditahan kerana berkhalwat dan mereka di bawa ke pejabat JAIP untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan namun akan dipanggil semula untuk proses pendakwaan.
“Malah pasangan remaja yang cuba meloloskan diri sebelum itu juga sudah menyerah diri dan mereka dilepaskan selepas diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, 40 anggota penguat kuasa JAIP dari seluruh negeri terbabit dalam operasi berkenaan yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pelajar dicekup ketika melakukan aksi berahi di hotel


Pelajar-dicekup-serumah-dengan-dudaPAK SABAH – Seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini, dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah kerana didakwa berkhalwat, pagi kelmarin.
Pasangan terbabit ditahan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Dungun yang mengadakan operasi khas pencegahan jenayah syariah di sekitar bandar ini, kira-kira jam 9.30 pagi.
Siasatan awal mendapati, teman lelaki berkenaan sanggup datang dari Johor dengan menaiki bas untuk bertemu teman wanitanya dan mendaftar masuk di bilik hotel berkenaan.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di hotel sama kira-kira 10 minit kemudian, seorang gadis kolej bersama pasangannya turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya.
Gadis berusia 20-an itu difahamkan baru sebulan berkenalan dengan teman lelakinya dan dipercayai menyewa bilik hotel berkenaan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
Bagaimanapun selepas serbuan dibuat, siasatan mendapati kedua-dua pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.
Masing-masing bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 29 April nanti mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. – SH
 
 

Tiada ulasan: