Gambar perkahwinan Ustaz Azhar Idrus kali ke-3
http://malaysiaberih.blogspot.com, | 27 Mei 2013 |
Ahad, 26 Mei 2013
Video & Gambar: Perkahwinan Kali Ke 3 Ust Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.Tahniah diucapkan pada UAI.
Menurut FB
YB Saari Sungib majlis perkahwinan Ustaz Azhar Idrus dan pasangannya
Khairul Izyan Mohamed Amin Khir diadakan di Padang Permainan, Taman
Keramat Permai AU1A/3A.
Menurut blog ASD pengantin perempuan merupakan anak saudara kepada Tuan Haji Omar bin Tahar, Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak ~ Tinta Hijau DKB
POLIGAMI DALAM ISLAM DAN DIMANA KITA
KREDIT .BLOGTAZKIRAH
Perkara ini memang sensitif untuk diperkatakan atau dibincangkan...lebih2 lagi dikalangan kaum wanita dan ibubapa yang ada anak perempuan belum kahwin...sedangkan anaknya pula bercadang atau sanggup bermadu,juga isteri yang sedang dimadukan atau akan bermadu....Bab ini memang telah banyak kali diperbincangkan dan hebohkan... juga telah lama diajukan oleh kawan lelaki2 penulis,agar penulis tulis didalam blog ini(mungkin mereka bercadang hendak pasang lebih kod)
...ini kesempatan ada....dan penulis cuba kupas mengikut ilmu yang sedikit yang ada pada penulis yang dikurniakan oleh Allah swt...memang penulis ada mengajar bab munakahat termasuklah bab poligami ini.....ayat Quran yang menyatakan keharusan@boleh berpoligami ialah pada surah an nissa ayat 3....'maka berkahwinlah kamu dengan perempuan yang baik untuk kamu dua atau tiga atau empat.......'maksud alQuran... manakala hadis saw...'pegang empat sahaja lepas yang baki'...maksud alHadis....
Jika diselidik dengan mendalam nescaya kita dapati syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia....dalam syariat nabi Musa as...seorang lelaki boleh menghimpun berapa banyak isteri tanpa had(memandang muslihat lelaki sahaja).....syariat nabi Isa as pula seorang lelaki tiada harus berkahwin melainkan seorang perempuan sahaja (memandang muslihat perempuan sahaja).Manakala syariat nabi kita dalam keadaan pertengahan antara dua syariat yang terdahulu itu....dalam hadis nabi saw telah bersabda...'sebaik2 pekerjaan itu ialah yang pertengahan'...maksud alhadis...
Maka syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia,lebih2 lagi buat masa ini dan nabi yang terakhir...kerana:
1.Boleh dikatakan tiap2 negeri didalam dunia bilangan perempuan ramai dari lelaki.
2.Bilangan lelaki kurang ramai,namun demikian setengah2 mereka banyak pula yang gugur dalam menentang musuh negara atau terkorban di medan peperangan kerana mempertahankan tanahair.dengan demikian jumlah bilangan semakin kurang....itu kita tolak yang dipenjara,di pusat2 pemulihan dadah...tiada pekerjaan dsbnya....ini menyebabkan ia bertambah kurang jumlahnya....
Ini jelas nampak daripada rashia yang tersembunyi dicelah firman Allah swt dalam surah an nissa ayat 1....iaitu 'wa nissa@wa nissa ah' yang jatuh kemudian daripada perkataan 'kathira@kasiro dalam ayat 1 surah an nissa..(sila rujuk quran untuk mendapat sebutan bunyi yang betul-juga sebagai pengesahan)...maksudnya...'wahai manusia hendaklah kamu takutkan Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada yang satu(Adam)dan ia telah menjadikan daripada diri yang satu iaitu isterinya(Hawa) dan Ia(Allah) membiakan daripada keduanya lelaki yang banyak(ramai) dan perempuan2.'
Disitu Allah menyebut perempuan2 sahaja tidak disebut 'banyak@ramai',dipandang dari segi kenyataan kita dapati ramai daripada kelamin2 mempunyai anak lebih bilangan anak perempuan daripada anak lelaki..daripada nyatalah seolah2 perkataan 'nissa@nissa ah' itu bersifat dengan 'aqsar'(lebih banyak)......
3.Jika padukan satu sama satu sahaja jadilah yang lebih itu tidak ada tempat untuk hidup yang boleh mendapat nikmat bersama..
4.Biasalah tabi'e orang lelaki sahywatnya lebih dan sentiasa berkehendak kepada kepuasan nafsunya sepanjang masa.,manakala perempuan banyak rintangannya seperti,berhaid,mengandung,beranak dan nifas.Jika bilangan isteri itu lebih nescaya apa yang kurang daripada satu dapat disempurnakan dengan yang lain.
5.Terkadang setengah perempuan itu berkehendak kepada perlindungan untuk keselamatan atau untuk sara hidup,jika tidak ada poligami nercaya putus harapan perempuan2 yang bujang itu mendapat pembelaan.
6.Tidak sukakan poligami itu ialah kerana cemburu dan irihati tidak mahu suami bersuka2 dengan perempuan lain.Itu memang tabi'e semula jadi tidak dinafikan,tetapi perasaan itu boleh diketepikan atau dikurangkan,kerana jika dikutkan sangat membawa kepada akibat yang buruk kepada kedua2 pihak lelaki dan perempuan bujang yang lain,kerana mungkin kedua2 secara bersembunyi2 melakukan perkara yang tiada diredai Allah swt dan manusia.Sekiranya pihak isteri sanggup berkorban sedikit tentu saudara sejenis dengannya sama2 mendapat pembelaan.Jadi terjerumusnya saudata perempuan yang sejenis dengannya itu kedalam lembah kehinaan berpunca dari mereka yang sejenis dengannya juga kerana tidak hendak bertolak ansur barang sedikit pun..
7.Poligami itu diharuskan kerana dharurat untuk mengelakkan daripada kejahatan dan menarik kebaikan,itu pun disyaratkan mahu berlaku adil.Jika sekiranya tiada sanggup melakukan adil kekalkan dengan satu sahaja...Firman Allah swt...bermaksud..
'maka jika kamu takut tidak melakukan keadilan(terhadap isteri kamu)berkahwinlah satu sahaja atau cukuplah dengan hamba sahaya kamu sahaja'....surah an nissa ayat 3...
8.Dapat mengurangkan zuriat luar nikah dan berpeluang mendapat anak jika isteri tua mandul.....
jika dilihat sebab yang beri diatas ia begitu rasional@aidil dan lojik....bukan sifat Allah swt yang mempunyai seberang kelemahan sedangkan IA bersifat kesempurnaan...Mustahil Allah swt membuat sebarang kesilapan memberi atau menetapkan hukum...dan hukumNya sesuai memang dalam pelbagai zaman serta suasana serta adat resam.kerana IA lah yang mencipta manusia dan segalanya.Mustahil Allah swt ada sifat terlepas pandang.Sepandai2 kita tidak tahu bila kita akan mati atau masuk syurga atau neraka...oleh itu jangan berlagak dan takabur...orang berlagak dan takabur ini...tempatnya adalah neraka Jahanam.....Oleh itu jangan cuba2 mencabar Allah swt...(Takabur ini selendang@pakaian Allah...maksud alhadis)
Kita kena sedar bahawa kemampuan ilmu dan daya pemikiran kita terbatas...kita hanya mampu sekadar apa yang telah dikurniankan Allah swt sahaja.Lebih2 lagi kalau kita bercakap atau berfikir, sedangkan ilmu yang cakap@fikir itu, kita tidak arif@mahir...ditambah tidak menuntut ilmu agama,ditambah kita pula bergelumang dengan dosa,dengan kata lain ,kita sendiri banyak meninggalkan suruhan wajib malahan banyak membuat perkara apa yang dilarang Allah swt.
Takut kita jadi bahan@alat tunggangan syaitan...kita sesat dan menyesatkan orang lain...Menolak hukum2 dari quran,menolak walaupun satu huruf dari quran pun atau mempertikaikan hukum Allah cukup untuk kita keluar dari Islam@batal Islam kita...cakap kasar@kesatnya jadi kafir@murtad....kenapa kita sibuk hendak tahu perkara membatal puasa atau solat...kenapa kita mahu tahu,batalnya Islam...ambil diploma,ijazah pertama,kedua dan Phd ada masa menuntut ilmu fardu ain tidak masa...besok engkau orang jawablah dihadapan Allah swt.....
Poligami
Poligami ikut syarak, adil jamin bahagia
Oleh Asyraf Ismail
2010/05/25
Tidak patuhi syarat ditetapkan Islam punca pandangan negatif masyarakat POLIGAMI, adalah satu perkataan yang bila disebut akan membuatkan sesetengah manusia tersenyum manakala sesetengah yang lain berkerut dahi. Poligami adalah antara perkara yang disyariatkan harus dalam Islam. Poligami juga adalah larangan keras dalam ajaran agama lain. Poligami sudah menjadi amalan umat manusia sebelum kedatangan Islam lagi.
Allah SWT berfirman: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)
Penulis tidak ingin membincangkan lebih lanjut syarat itu secara khusus, namun ingin membawa pembaca melihat kepada realiti semasa atau permasalahan semasa berkaitan poligami.
Poligami sering dilihat jijik, dipersalahkan dan dihina berdasarkan keadaan sekeliling yang memaksa masyarakat memandangnya begitu. Masyarakat sering dihidangkan dengan pelbagai adegan dan pemasalahan konflik poligami sama ada secara realiti atau lakonan di kaca televisyen.
Realitinya, masyarakat sering dihidangkan dengan keluarga poligami yang berpecah belah, tidak adil, isteri ditinggalkan, anak-anak terbiar dan sebagainya. Lakonan filem dan drama tidak kurang membuat paparan serupa malah lebih hina lagi apabila ia dijadikan bahan jenaka. Salahkah masyarakat berfikiran begitu? Mungkinkah jika mereka diberi hidangan yang lain mengenai poligami, maka mereka akan berubah fikiran?.
Pengamal poligami kebanyakannya bukanlah mereka yang layak seperti disyaratkan oleh Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 3 itu. Mereka mungkin bersedia dari sudut fizikal tetapi bagaimana pula dengan mentalnya (rohani)? Bersediakah mereka dengan ilmu? Bersediakah mereka dengan kesedaran bahawa Allah akan menyoal setiap amanah yang mereka pikul?
Sunnah Nabi SAW sering dijadikan alasan dan sandaran rapuh bagi golongan ini yang kononnya ingin mengamalkan sunnahnya. Kebanyakan mereka tidak menyedari sunnah ini disandarkan kepada hukum keharusan bersyarat yang Allah SWT nyatakan. Syarat-syarat ini sering dikesampingkan demi mencapai cita-cita berpoligami yang menjadi idaman sejak sekian lama.
Nafsu dan syahwat berlegar menguasai hati dan minda supaya terus menempuhnya tanpa perlu direnung lagi. Akibatnya, terjadilah poligami yang hina dan dihina. Wanita yang mengharapkan poligami dapat menyelamatkan mereka, terus hampa.
Namun, di sana ada begitu ramai kalangan wanita yang perlukan kasih sayang, perlukan suami, perlukan perlindungan daripada seorang lelaki. Bilangan wanita yang terus melebihi lelaki semakin bertambah saban tahun. Nisbah ini semakin ketara apabila dilihat secara lebih dekat di menara gading atau pusat pengajian lain.
Kebanyakan wanita yang berjaya sukar mendapatkan pasangan sesuai bagi mendirikan rumah tangga apatah lagi menginginkan pasangan yang baik. Lebih ketara lagi kepada janda (ibu tunggal) yang bercerai sama ada cerai hidup atau mati. Ramai di kalangan mereka muda serta masih mengimpikan sebuah keluarga.
Namun hakikatnya, mendapat pasangan yang masih bujang ketika mereka sudah bergelar janda dengan sejumlah anak, impian ini semakin sukar. Apakah jawapannya? Tentulah poligami. Dilema ini semakin menjadi rumit apabila memikirkan hakikat poligami semasa serta pandangan serong masyarakat terutama kalangan wanita sendiri terhadap amalan ini.
Kemungkinan besar, derita ibu tunggal ini akan berterusan terpaksa dipendam tanpa sempat menikmati hidup berkeluarga atas halangan terbabit. Wanita ini terus hampa. Ke mana perginya lelaki yang baik? Ke mana perginya ustaz yang begitu lantang menyampaikan dakwah? Mengapa mereka tidak tampil dan mengamalkan poligami sebenar sebagai contoh seumpama sunnah Nabi SAW?
Persoalan ini kerap timbul dan dibahaskan, ditambah ingatan bahawa sesungguhnya dakwah Nabi SAW berjalan serentak antara bil hal dan bil lisan (dengan perbuatan dan dengan perkataan). Nabi SAW tidak hanya mengajak umatnya ke masjid berjemaah tanpa Baginda terlebih dulu menunjukkan contoh. Begitulah dalam hal poligami yang diharuskan Allah SWT, Rasulullah adalah contoh teladan yang patut diikuti sepanjang zaman.
Mungkin kebanyakan lelaki baik ini mempunyai seribu satu alasan yang munasabah mahupun yang direka-reka. Antara alasan munasabah yang paling kerap diutarakan ialah berkaitan dengan undang-undang mengenai poligami. Undang-undang dilihat terlalu sulit lagi menyulitkan bagi mereka yang ingin berpoligami.
Pemohon perlu membuat permohonan melalui Mahkamah Tinggi Syariah yang namanya sudah menimbulkan gerun. Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia pula mempunyai bilangan hakim yang terhad sehinggakan kadangkala menunggu giliran perbicaraan, rumah tangga yang dibina sedia kala menjadi retak menunggu belah mahupun terus berderai.
Mahkamah pula akan memanggil isteri pemohon, di samping bakal isteri serta walinya. Perbicaraan biasanya dibuat dalam mahkamah terbuka yang sedikit sebanyak menyebabkan ramai yang terbantut memikirkan kemungkinan aib yang bakal didengari orang lain. Perbicaraan biasanya akan membabitkan keterangan isteri yang peratus menolaknya sangat tinggi.
Maka keterangan ini kebiasaannya akan membabitkan kelemahan atau kekurangan suami sebagai menguatkan hujah menolak permohonan itu, sama ada ia benar atau mungkin ditambah-tambah. Mana mungkin orang baik lagi terhormat sanggup menghadapi keadaan ini sedangkan mereka dihormati dan disanjung masyarakat.
Akhirnya, mereka hanya memendamkan hasrat poligami demi kerana baiknya mereka dan tidak sanggup menanggung malu. Wanita yang memerlukan pembelaan atau perlindungan lelaki yang layak dan baik, sekali lagi hampa.
Kesimpulannya, poligami adalah jalan penyelesaian yang disediakan Allah untuk hamba-Nya. Hamba-Nya sebagai khalifah, haruslah mengatur jalan ini supaya cantik dan sesuai. Semua syaratnya harus dipenuhi dan dipelihara tanpa dihujani tambahan perkara yang menyulitkan. Kekeluargaan adalah permulaan sebuah ketamadunan. Sistem Islam adalah penyelamat.
PASAL POLIGAMI LAGI
KREDIT .BLOGTAZKIRAH
Lega penulis setelah menunaikan janji dari sahabat2@kawan2 penulis,mungkin mereka berharap agar masyarakat umum tahu apa dia poligami dalam Islam itu sendiri. Sekurang2nya pembaca dapat memahami sedikit sebanyak tentang poligami yang diharuskan oleh Allah swt itu..Terpulanglah anda disebelah mana dalam hal poligami ini....Bagi penulis wajib kita patuh dengan perintah Allah swt...jadikanlah kita muslim yang bersifat...'dengar dan mematuhinya'...menentang,ragu2,sangka buruk pada Allah swt memang dilarang.Perkara memang berkait rapat dengan qada dan qadar@takdir...Bila sudah sudah jadi takdir maka wajib kita reda....tidak reda bermakna mempertingkaikan takdir Allah swt yang telah ditentukanNya.Ada peristiwa melucukan penulis semasa menjadi kaunselor sukarela di JAIS....daerah S.Alam yang berpejabat di Subang Jaya...
Seorang isteri mengadu ia telah dimadukan.Ia reda (bagus wanita ini)...cuma musykil suami dahulu bagi rm700 tetapi setelah berkahwin lagi....ia hanya bagi rm500...penulis senyum didalam hati...nak tergelak pun ada...tapi penulis tahan....dan mendengar dengan penuh khusyuk...jadi pendengar yang baik....setelah habis baru penulis jawab dan terangkan....'sebenarnya puan, apa suami puan buat tu betul....ingat, puan sudah berkongsi....bermakna semua berkongsi dengan madu...kasih sayang berkongsi,malam@giliran berkongsi....sudah tidak sepenuhnya macam dulu...rm500 untuk puan sebab puan ada anak....madu puan rm200 tidak ada anak....sedangkan suami tidak bertambah...mana mungkin ia boleh bagi rm700 seperti dulu....dan sambung terus adab2 poligami...ia puas ...dan beredar...komen penulis ia wanita soleha@baik...bagi pengetahuan pembaca ia memakai purdah....ada satu peristiwa lucu juga masa penulis me...ngajar disuatu tempat....muslihat bertanya tentang poligami tapi jawapan saya jawab mereka tidak setuju,cuma kata mereka...suami@lelaki ni gatal,tidak adil,yang ada@isterilah...pun tidak diberi layanan cukup dan pelbagai2lah...Penulis jawab...kalau tidak adil ia yang berdosa...apa sahaja ia buat salah tetap berdosa...adil suami terletak pada isteri reda isteri2 maka adillah suami
...akhirnya penulis cakap begini.....'puan2...ini contoh...kalaulah(tapi memang tidaklah)....ayat perintah harus pada perempuan bukan lelaki....maknanya perempuan pula boleh kahwin lebih....mungkin perempuan hendak kahwin lebih dailognya begini...'saya memang sayang abang,abang baik dan segala baik tidak ada cacat cela.....tapi saya hendak kahwin lagi juga bang....sebab Allah swt sebut dalam Quran diharuskan.....'apa kesannya mereka terdiam...selain hukum harus....ia juga boleh membela nasib wanita,mengelak anak luar nikah,pelacuran,sumbang muhram,rogol dan segala perkara yang berhubung dengan zina.....lebih2 lagi hukum Quran tidak dilaksanakan...menjadikan wanita dan lelaki tidak takut melakukan zina.
...bagaimana kalau orang kaya bayar dulu dengan zina....katakan denda zina maksimum rm5000....maka ia bayar rm50000.....dengan resit pembayaran itu ia boleh berzina 10 kali......cuba pembaca fikir....dan lagi mustahil Allah swt bersifat bodoh tidak tahu membuat undang2....sedangkan IA mencipta kita dan dunia dari tiada kepada ada.....janganlah berfikir macam syaitan atau jadi barua pada syaitan....siapa makan cili ia akan terasa pedas......maaf banyak2 dari penulis....kata yang haq walaupun pahit atau kena dekat batang hidung sendiri.....
Kedudukan Muhyiddin kritikal selepas kenyataan Mahathir ...
Harakahdaily, | 27 Mei 2013 |
Sumber Umno menghubungi Harakahdaily ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno-BN akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.
Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini: “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”
“Ini memberi tamparan kepada Muhyiddin yang merasakan selama ini beliau adalah 'Prime Minister material' di mata Mahathir. Kini, Muhyiddin bakal terasa bahang kerana nyawa politiknya telah dipotong separuh oleh Mahathir,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Sumber Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.
“Sepatutnya Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam kabinet akan terus timbul rasa nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang merugikan Muhyiddin itu cukup pelik. Secara tidak langsung, ini menghantar mesej kepada keseluruhan Umno bahawa Muhyiddin tidak sesuai jadi timbalan kerana tidak layak mengganti Najib, sekiranya berlaku apa-apa pada Najib,” kata beliau lagi.
Minggu lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin tiada cara untuk menyelamatkan diri selain mencabar Najib sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.
Ini kerana katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, sudah pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad.
“Muhyiddin kini keseorangan di atas. Mahathir pula seolah-olah sudah menikamnya. Seperti yang saya kata, Muhyiddin terpaksa cabar Najib untuk menyelamatkan diri,” kata sumber Umno itu.
Harakahdaily sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib dan Muhyiddin bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
“Boleh kalau mereka boleh puaskan hati semua warlord dan kini saya percaya antara Najib dan Muhyiddin pun tak dapat satukan semua warlord.
"Najib sudah pasti akan cuba umum jawatan Presiden tidak perlu dipertandingkan, tapi timbalan, susah nak halang orang mencabar Muhyiddin sebab ramai calon yang layak mencabarnya, tidak seperti Najib,” kata beliau sebelum menamatkan perbualan.
Kembali ke era gelap Mahathir
Ahmad Lutfi Othman, | 27 Mei 2013 |
Tindakan Kementerian Dalam Negeri, melalui Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran merampas ketiga-tiga lidah rasmi PAS, KeADILan dan DAP, pada 23 Mei lalu, di seluruh negara, segera mengingatkan saya terhadap langkah sama bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, sejurus selepas BN dikejutkan dengan keputusan Pilihan Raya Umum 1999.
(Harakah, Suara Keadilan dan Roket menjadi mangsa rampasan KDN baru-baru ini. Menurut pengedar Harakah di beberapa negeri, antaranya Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan, seawal jam 9 pagi, Khamis, ketika Harakah edisi Jumaat baru hendak diagihkan, penguatkuasa KDN bertindak pantas merampasnya. Difahamkan sebahagian besar Harakah itu masih belum dipamerkan untuk jualan. Lebih 4,000 naskhah Harakah dirampas walaupun angka rasmi dikeluarkan KDN hanya sekitar 1,000 sahaja).
Majoriti pengundi Melayu dalam PRU10 itu memberikan sokongan luar biasa kepada Barisan Alternatif. Ramai pemimpin Umno tewas, termasuk bekas menteri, khususnya kepada PAS. Dr Mahathir mengambil pendekatan "mendera" orang Melayu, antara lain dengan tidak memberikan sebarang tambahan kerusi Parlimen untuk tiga negeri Melayu, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, dalam persempadanan semula kawasan Parlimen, dan dalam masa sama, membanyakkan kerusi-kerusi pengundi campuran, sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Tionghua, yang menyelamatkan BN daripada kalah mengejut di peringkat persekutuan.
Tetapi, yang lebih menjolok mata ialah penderaan Dr Mahathir kepada beberapa penerbitan popular berbahasa Melayu -- Harakah, mingguan Eksklusif dan majalah dua kali sebulan Detik -- yang dikira telah menyumbang kepada kekalahan Umno, termasuk tumbangnya kerajaan Terengganu dan peningkatan mendadak pengaruh PAS di Kedah, terutama di kerusi-kerusi majoriti pengundi Melayu.
Tiga bulan selepas PRU1999 itu, akhbar Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu sejak pertengahan 1990 (Harakah mula diberikan permit penerbitan dalam kekerapan sekali seminggu pada Mac 1987) menerima hukuman cukup keras.
Apabila permit Harakah tamat (di negara ini, hayat setiap penerbitan hanya setahun) pada 28 Februari 2000, kekerapannya dipancung daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, yakni diterbitkan dalam tempoh 15 hari sekali! Dan permit baru itu hanya dikeluarkan KDN pada 6 Mac, sedangkan sepatutnya ia diperbaharui sebelum tempohnya berakhir. Di belakang permit, tertera dua syarat yang khusus buat Harakah dan tidak terdapat dalam permit penerbitan lain, iaitu syarat no 13 dan no 14.
Pihak pengurusan Harakah telah memohon permit baru pada 1 Ramadan 1420, bersamaan 9 Disember 1999, ketika pemimpin Umno berduka lara dengan keputusan PRU10. Sebenarnya KDN sudahpun memasanag perangkap untuk menjerat Harakah. Dalam suratnya pada 24 Disember, KDN memaklumkan bahawa telah melakukan dua kesalahan, mengenai penjualan akhbar Harakah kepada orang awam dan penjualan di tempat yang bukan pejabat atau markas PAS.
Ekoran "kesalahan-kesalahan" itu, KDN "bercadang untuk membatalkan permit penerbitan Harakah". Selain merupakan amaran paling keras pernah diterima Harakah, ia sebenarnya satu mesej jelas bahawa akhbar alternatif yang dicetak hampir 400,000 naskhah ketika itu, bakal berdepan situasi lebih sukar.
Sehari sebelum KDN mengeluarkan surat amaran itu, Unit Kawalan Penerbitannya telah merampas lebih 2,600 naskhah Harakah di sekitar Lembah Klang. Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi, dalam kenyataannya menegaskan: "Jika gejala ini berterusan, kita akan memikirkan tindakan yang lebih keras lagi daripada apa yang kita lakukan sekarang."
Sebenarnya sebelum Harakah dihukum pancung kekerapan penerbitannya, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, KDN telah memaksa pelbagai syarat pelik, namun penguruisan Harakah tetap bersedia untuk melaksanakannya.
Misalnya, kira-kira pertengahan tahun 1998, KDN mengarahkan Harakah mengadakan rak khas supaya Harakah tidak bercampur dengan akhbar-akhbar lain di premis jualan. Hampir RM70,000 dibelanjakan untuk menempah rak tersebut bagi diagihkan kepada rangkaian penjual di seluruh negara.
Belum pun sempat rak itu selesai diedarkan, pada 26 Disember 1998, syarat baru dikeluarkan, iaitu Harakah hanya boleh dijual di markas atau pejabat PAS. Sebelumnya sudah KDN mengenakan syarat agar dicetak nota penting di muka depan Harakah, "Untuk Ahli PAS Sahaja".
Pada 3 Januari 2000, Harakah mengedarkan pekeliling kepada semua pengedar memaklumkan akhbar itu hanya boleh diedar dan dijual di markas dan pejabat PAS. Pengedar juga harus memastikan setiap peruncit di bawahnya menjual di tempat yang ditentukan itu atau menghantar ke rumah mereka yang melanggan.
Ketika itu, saya tidak bersama keluarga besar Harakah, tetapi mengendalikan penerbitan sendiri, yang mengusahakan majalah proreformasi, Detik; permitnya saya "sewa" dengan seorang sahabat baik, Allahyarham Samsuri Roslan.
Saya berkongsi dengan banyak pihak, yang merasakan tindakan KDN itu cukup keterlaluan dan tidak perlu diikuti Harakah. Apa pun, pihak pengurusan Harakah tetap cuba mematuhi apa jua syarat-syarat karut-marut KDN itu. "Sabar sungguh bos-bos Harakah melayani karenah KDN," kata seorang peguam.
Saya menimbulkan kembali cebisan cerita lama ini untuk menunjukkan "niat jahat" KDN kepada Harakah. Dalam setiap tindakannya, ternyata ia sarat dengan motif politik yang tebal. Malah, untuk menguatkuasakan syarat jualan hanya kepada ahli PAS, langkah merampas Harakah yang dijual di tempat awam boleh dipersoal. Keanggotaan PAS sudah melebihi satu juta orang, dan ahli-ahlinya berada di merata tempat.
Sebenarnya tindakan KDN merampas Harakah di tempat terbuka itu telah menafikan hak ahli-ahli PAS untuk membeli lidah rasmi parti mereka di premis yang mudah diperolehi. Bagi saya, ketika KDN sensitif sangat dengan jualan Harakah kepada orang awam, hak ahli PAS juga tidak boleh dihalang.
Apa pun, sebagai penggerak Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan wartawan yang mula bertugas dengan Harakah sejak keluaran sulungnya pada Mac 1987, bai saya, syarat-syarat karut-marut KDN itu harus dicabar di mahkamah dan dimansuhkan.
Mungkin KAMI patut memulakan inisiatif menggerakkan kempen membebaskan semua akhbar oposisi yang dikepung syarat-syarat tidak munasabah itu. Lebih malang, Suara Keadilan, yang ditamatkan permit penerbitannya ekoran isu "Felda bankrap", langsung tidak diberikan keizinan terbit.
PAS adalah sebuah parti politik berdaftar, yang ditubuhkan menurut peruntukan undang-undang lebih 62 tahun lalu. PAS tentulah dibenarkan untuk mengembangkan pengaruh dan menarik sokongan rakyat dari seluruh pelosok negara.
Justeru, akhbarnya juga harus dapat disebarkan kepada semua rakyat -- tidak terbatas kepada ahli-ahlinya saja -- tanpa sebarang halangan dan syarat-syarat represif. Bayangkan, dalam sebuah negara demokrasi, rakyatnya dihalang daripada membeli akhbar milik tiga buah parti politik, yang memperolehi undi popular 53 peratus!
Di zaman ledakan maklumat tanpa sempadan, apatah lagi dengan kerancakan media baru, amalan merampas akhbar ini adalah kerja kerajaan diktator zaman dahulu. Orang luar akan ketawa dengan "kerja gila" kerajaan BN yang "out of date" ini.
Inilah bahananya apabila Najib Razak -- diperkukuh dengan keghairahan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang baru, Zahid Hamidi dan Khalid Abu Bakar -- menerima pakai teladan yang ditunjukkan mentornya Dr Mahathir. Mungkin Najib risau jika Mahathir mula bersuara, menggesanya menuruti langkah Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletakkan jawatan kerana prestasi buruk BN dalam PRU12. Rekod Najib yang mengetuai BN pada PRU13 adalah lebih buruk daripada Abdullah.
Program transformasi politik Najib adalah satu pembohongan besar. Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bukan saja tidak memberi sebarang makna kepada proses pendemokrasian, malah membuktikan ia langsung tidak menyentuh hal-hal fundamental dalam kebebasan akhbar, seperti keperluan permit, syarat-syarat mengarut KDN, kuasa tidak terbatas menteri dan peluang untuk merujuk kes ke mahkamah.
Pindaan itu sekadar tidak lagi mengehadkan tempoh permit kepada hanya setahujn seperti sebelumnya, tetapi masih mengekalkan kuasa menteri untuk menggantung dan menamatkan permit tanpa perlu sebarang alasan dan pihak yang terkilan tidak boleh membawanya ke pengadilan.
Ia menguatkan lagi keyakinan saya selama ini bahawa BN tidak pernah bersedia untuk memberikan ruang kebebasan bersuara buat warga Malaysia. Benar, dari segi akademik, tiada kebebasan akhbar di Malaysia. Peluang yang dibentangkan oleh medium internet bukan menunjukkan sikap terbuka kerajaan kepada amalan kebebasan bersuara tetapi "keterpaksaan" janji-janji Perdana Menteri pada 1997 semasa melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Sesungguhnya rampasan Harakah, Suara Keadilan dan Roket, serta siri tangkapan terhadap pemimpin dan aktivis oposisi, seperti Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Harris Ibrahim hanya akan menaikkan semangat juang rakyat, apatah lagi dengan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim, bakal menyemarakkan terus momentum PRU13.
Keputusan PRU13 rupanya tidak meredakan komitmen rakyat untuk menuntut perubahan, malah menggerakkan seluruh potensi yang ada bagi memastikan sistem dan proses pilihan raya negara kita dapat direformasikan seutuhnya. "Perlawanan" ini menuju pusingan lebih sengit. -- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Gandingan Khalid dan Zahid kembali ke zaman Mahathirism
Harakahdaily, | 27 Mei 2013 |
Sejak memangku jawatan baru, Zahid dan Khalid telah mencetuskan pelbagai kontroversi.
Aktivis pelajar Adam Adli telah ditahan dan didakwa untuk hasutan diikuti dengan penahanan Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghaffar dan aktivis Haris Ibrahim di bawah Akta Hasutan berkenaan ucapan di forum Mei 13.
Selain itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan himpunan aman Blackout505 termasuklah Ahli Parlimen Ipoh Timor Thomas Su, Setiausaha PKR Perak Mohamad Anuar Zakaria dan Setiausaha PR Penang Ong Eu Leong.
Adun Seri Setia Nik Nazmi telahpun didakwa minggu lepas di bawah Akta Perhimpunan Aman atas kegagalan memberikan notis 10 hari kepada polis dalam perhimpunan Blackout505 pada 8 Mei yang lalu di Kelana Jaya.
Minggu lepas juga turut menyaksikan organ parti PAS (Harakah), DAP (Roket) dan PKR (Suara Keadilan) dirampas.
“Rakyat Malaysia diingatkan kembali dengan kenangan pahit Mahathirism, di mana semua institusi dan instrumen negara termasuklah perundangan digunakan untuk mencapai satu objektif – untuk menindas segala demokratik dan hak kemanusiaan di Malaysia untuk mempertahankan regim politik hari ini,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
Lim (gambar kanan) turut menyelar kenyataan Zahid untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah untuk membatalkan reman polis terhadap Tian Chua, Tamrin dan Haris.
“Sejak bila Menteri Dalam Negeri mengambil alih kuasa dan tanggungjawab untuk menentukan samada rayuan perlu dibuat terhadap keputusan mahkamah – menidakkan kuasa polis dan Pejabat Peguam Negara? Ini bukti jelas campur tangan melampau Menteri dalam kerja-kerja polis,” kata Lim.
Lim juga menyoal tujuan sebenar Zahid ingin Tian Chua, Tamrin dan Haris direman untuk tujuh hari lagi walhal polis sudah mempunyai bukti yang cukup terhadap ucapan yang dibuat mereka pada forum Mei 13 untuk menentukan samada mereka perlu didakwa di bawah Akta Hasutan.
Ia dibuat ketika Zahid berulang kali berkata dia tidak campur tangan dalam urusan polis.
Penasihat DAP turut menyoal jaminan Khalid bahawa polis tidak melupakan tugas membasmi jenayah untuk mencari salah pemimpin pembangkang dan menyatakan polis akan bertindak adil tanpa pilih kasih.
“Adakah Khalid percaya bahawa kata-kata beliau bahawa polis akan bertindak tanpa pilih kasih terhadap semua pencabul undang-undang, samada mereka daripada orang penting UMNO-BN akan dipercayai oleh rakyat biasa?” tanya Lim.
“Jika ya, maka kepimpinan polis kini sedang dilanda dua bahana, satu kemerosotan kredibiliti di mata rakyat dan juga denial syndrome,” sindir Lim.
Lim berkata Khalid dan Zahid seharusnya jangan membawa kembali era gelap operasi Lalang 1987 dan menggugurkan semua dakwaan terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis sosial yang bersifat politik.
Tidak mustahil enam bulan BN Perak tumbang
Muhammad Faeez Azahar, | 27 Mei 2013 |
TAPAH:
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
berkata, Kerajaan BN Perak tidak mustahil akan tumbang dalam tempoh 6
bulan.
Menurutnya, perkara tersebut boleh terjadi melalui petisyen yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di beberapa buah Dun di negeri itu.
"Dulu kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang selepas 11 bulan memerintah, kerajaan BN Perak sekarang ini pula Insya Allah akan tumbang dalam tempoh 6 bulan ini melalui petisyen yang dibuat," katanya ketika berucap dihadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Blackout anjuran PAS Perak di Kompleks PAS Tapah, dekat sini malam tadi.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamamd Sabu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.
Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan membuat petisyen terhadap lapan Dun yang dimenangi BN dan enam daripadanya Dun yang ditandingi PAS serta dua PKR yang masing-masing menyebelahi BN dengan majoriti tipis serta penuh keraguan.
Lapan Dun tersebut ialah Manjoi, Manong, Pasir Panjang, Rungkup, Lubok Merbau, Selama, Chenderiang dan Tualang Sekah.
Jelasnya, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang salah laku serta keraguan dan penyelewengan yang berlaku menyebabkan Pakatan Rakyat tewas tipis di Dun tersebut.
"BN Perak dalam keadaan tidak begitu gembira dengan kemenangan ini kerana ianya sangat getir dan goyah ditambah lagi mendapat maklumat Pakatan Rakyat akan membuat petisyen sebanyak 8 buah Dun.
Adun Changkat Jering itu menyeru seluruh rakyat di negeri Perak agar terus berdoa di samping membuat solat hajat, qunut nazilah, zikir munajat dan sebagainya agar Allah memberi kejayaan kepada petisyen yang dikemukakan.
“Kalaulah 2 daripada 8 petisyen yang dibuat itu menyebelahi kita (Pakatan Rakyat), ianya sudah cukup untuk menumbangkan BN seterusnya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan di Perak.
“Justeru teruskanlah kita ikhtiar dan meminta pertolongan Allah agar diberi keputusan positif kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Menurutnya, perkara tersebut boleh terjadi melalui petisyen yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di beberapa buah Dun di negeri itu.
"Dulu kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang selepas 11 bulan memerintah, kerajaan BN Perak sekarang ini pula Insya Allah akan tumbang dalam tempoh 6 bulan ini melalui petisyen yang dibuat," katanya ketika berucap dihadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Blackout anjuran PAS Perak di Kompleks PAS Tapah, dekat sini malam tadi.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamamd Sabu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.
Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan membuat petisyen terhadap lapan Dun yang dimenangi BN dan enam daripadanya Dun yang ditandingi PAS serta dua PKR yang masing-masing menyebelahi BN dengan majoriti tipis serta penuh keraguan.
Lapan Dun tersebut ialah Manjoi, Manong, Pasir Panjang, Rungkup, Lubok Merbau, Selama, Chenderiang dan Tualang Sekah.
Jelasnya, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang salah laku serta keraguan dan penyelewengan yang berlaku menyebabkan Pakatan Rakyat tewas tipis di Dun tersebut.
"BN Perak dalam keadaan tidak begitu gembira dengan kemenangan ini kerana ianya sangat getir dan goyah ditambah lagi mendapat maklumat Pakatan Rakyat akan membuat petisyen sebanyak 8 buah Dun.
Adun Changkat Jering itu menyeru seluruh rakyat di negeri Perak agar terus berdoa di samping membuat solat hajat, qunut nazilah, zikir munajat dan sebagainya agar Allah memberi kejayaan kepada petisyen yang dikemukakan.
“Kalaulah 2 daripada 8 petisyen yang dibuat itu menyebelahi kita (Pakatan Rakyat), ianya sudah cukup untuk menumbangkan BN seterusnya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan di Perak.
“Justeru teruskanlah kita ikhtiar dan meminta pertolongan Allah agar diberi keputusan positif kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan