Posted on Sunday, May 19 @ 21:58:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: matuse68
"
Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb.
Alhamdulillah... petang tadi jam 3 beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Sahabat saya A Razak Muthalib turut menjemput saya tetapi tidak berkesempatan.
Namun, doa saya agar saudara baru kita, Calvin Thoo sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah. Welcome to our big family my dear brother.
Info terkini layari INI KALILAH...
Aku mengira hari; merenung warna politik negara
Posted on Sunday, May 19 @ 21:57:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: setisab
"
Merenung warna politik negara
Seperti hari-hari yang berlalu, selepas 'morning walk' dan senaman ringan yang ringkas, aku bersarapan roti high fiber dan yogurt bersama segelas air suam. Selepas doktor nasihatkan jangan makan roti canai di kedai 'pak metua' kerna masalah jantung, roti dan yogurt menjadi menu lumrah sarapanku.
Aku adalah spesis manusia yang tidak suka on handphone di waktu pagi.. aku lebih nyaman uruskan urusan peribadi tanpa gangguan deringan talipon. Tapi, pagi tadi terpaksa on kan handphone kerna ada sesuatu yang terlintas di mindaku.
Oh.. sudah 19hb rupanya........ !!
Aku teringat seawal jam 8.30 pagi pada 5hb Mei 2013, aku melangkah keluar dari rumah untuk ke Puchong... Tanpa bersarapan, aku terus bersama ratusan rakyat Malaysia lainnya... beratur di Sekolah Keb. Puchong Utama 2.
Aku... anak kelahiran Johor, menetap di Selangor, adalah antara 13,268,002 rakyat Malaysia yang layak mengundi pada pru13... dan aku juga adalah satu diantara 13,268,002 rakyat Bangla, rakyat Indon, rakyat Nepal, rakyat Filipina, rakyat Myanmar dan entah rakyat dari benua mana lagi yang diizin oleh kerajaan sementara Umno (Baru) BN untuk menentukan masa depan tanahairku.
Sekitar jam 1.00 tengahari baru aku jari telunjuk kiriku dapat dicalit dengan 'dakwat kekal' yang tidak kekal, sebagai tanda aku telahmenjalankan tanggungjawab ku sebagai pemilih berdaftar dalam pilihan raya umum ke13.
Undiku bukan rahsia lagi. Aku berikan kawasan parlimen P.103 - Puchong kepada Gobind Singh Deo. Manakala kawasan N.29 - Seri Serdang, aku ikhlaskan kepada Puan Noor Hanim Ismail untuk menjadi wakilku di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Perut terasa terlalu lapar, tapi hati terlalu ghairah untuk beramah dengan petugas parti PAS dan DAP di pondok panas. Aku habisi waktu kira-kira 20 minit bersama mereka sebelum aku bergerak ke kedai makan berhampiran untuk memenuhi tuntutan perut.
Seperti setiap pilihan raya yang aku lalui, selesai urusan mengundi aku jelajah beberapa kawasan pilihan hati. Dari Puchong Indah, aku ke Putra Perdana, dalam kawasan parlimen Sepang, kira-kira 20 minit memandu aku pun sampai ke destinasi yang dituju. Aku punya ramai kenalan dikalangan pimpinan Umno bahagian di sini. Malah satu ketika dulu, lama dulu, aku pernah diminta membuat ceramah motivasi politik 'pasak tubi' kepada Wanita Umno dalam 'kumpulan rumah 10' di sini. 'Pasak Tubi', ceramah motivasi politik yang menjadi tugas utama aku semasa bersama Umno di negeri kelahiran, bagi setiap pilihan raya... dan aku masih ingat, lumayan upahnya!!
Dari Putra Perdana, bersama CD, yang kelihatan letih kerna menunggu dalam kereta semasa aku beratur untuk mengundi, kami ke Seri Serdang. Dulu kawasan ini diwakili oleh Datuk Satim Diman, ADUN mewakili Umno (Baru) yang mengikut cerita masyarakat Serdang antara pemimpin Umno (Baru) Selangor yang paling kuat merakus rasuah!
Aku tidak mempunyai apa-apa agenda khusus di Serdang, sekadar meninjau pesta pilihan raya. Dari Seri Serdang, melalui Bukit Serdang, aku keluar di Bukit Jalil dan menuju ke kawasan parlimen yang didakwa paling top dan hot dalam sejarah pilihan raya umum; P.121 - Lembah Pantai. Di kawasan yang dimenangi oleh Nurul Izzah Anwar ini aku sekadar berhenti minum sambil mencuri dengar bual kedai kopi beberapa petugas parti politik yang bersembang seakan 'menteri kanan serba tahu' di gerai berhampiran rumah pangsa PPRT.
Sekitar jam 5 petang, aku dan CD telah berada di Tropicana; Rumahku Syurgaku.
SEBENARnya apa yang aku titipkan di atas sekadar catatan peribadi, bukan itu yang ingin aku ceritakan.
Sekali lagi aku merenung handphone ku, betul... 19hb Mei 2013. Jam di handphone ku menunjukkan pukul 9.48am.
Aku mengira hari;
Pru13 - 5hb Mei 2013. Hari ini - Ahad 19hb Mei 2013. Mulai 6hb Mei hingga hari ini sudah 14 hari Malaysia diperintah secara haram oleh KERAJAAN HARAM Umno (Baru) BN, justeru yang sama-sama mengundi tanggal 5hb Mei 2013 lalu bukan hanya aku dan rakyat Malaysia, TETAPI; ada orang Bangla, ada orang Indon, ada orang Nepal, ada orang Filipina, ada orang Myanmar dan ada entah orang dari benua mana lagi yang telah diberikan kad pengenalan Malaysia bagi mengizinkan mereka secara haram oleh pengkhianat yang bernama Suruhanjaya Pilihan Raya dengan kerjasama Umno (Baru) BN untuk menentukan masa depan tanahairku.... !!
Aku sendirian di rumah kini dan aku teringatkan anak-anakku; entah bagaimana warna politik negara tika mereka berusia seperti aku. Doaku, Ya Allah, dengan segala kebesaran dan kekuasaan Mu, peliharakanlah negaraku dari kekejaman manusia. Ameen Ya Rabb.
Asuh anak cemerlang menurut Islam"
PPIM berani ajak Melayu boikot UMNO ?
Posted on Sunday, May 19 @ 21:55:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: tokpepijat
"Gabungan NGO Islam 1Malaysia yang dianggotai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Suara Anak Muda 1Malaysia dan Majlis Belia Palestin Malaysia menyeru boikot peniaga Cina kerana menyumbang dana dan sokongan kepada PAS,DAP dan PKR.
Mereka sibuk-sibuk menyalak sini menyalak sana......
Jaja nama Islam sana sini tanpa sedari bahawa UMNO telah sumbang bagi RM70 juta kepada Syarikat Zionis yang bunuh kanak-kanak Palestin.
Tidak pulak ajak orang Islam boikot UMNO yang celaka ini. Semuanya kerana FULUS dan RASIS.
Yang penting, jika UMNO buat semuanya maksum dan suci.
PPIM berani ajak Melayu boikot UMNO ?"
Kalau Penyokong PR pulau semua orang yang pro BN!
Posted on Sunday, May 19 @ 21:53:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: senik
"
Assalamualaikum,, NGO 1 Malaysia nak tunjuk angin, seru boikot perniagaan orang cina yang kononnya membiayai PR.Orang yang paling lantang bersuara ialah Tokki yang kononnya prihatin dengan usahawan melayu tetapi dia sendiri didapati bermasalah.Tetapi masalah paling besar dengan dia ni ialah tidak sedar diri, kononnya mewakili PPIM, tetapi sebenarnya hanyalah kuda kayu UMNO.Apa tidaknya, kalaulah semua penyokong PR tak kira cina atau melayu memulakan kempen memulau orang orang yang pro BN, siapa yang susah sebenarnya?
Mereka dan keluarga mereka.Tokki menyeru orang melayu supaya memboikot satu pasaraya yang dituduh menyokong PR, tetapi Tokki macam bodoh kerana lupa kebanyakan pekerja di pasaraya itu ialah melayu malah mungkin diantara mereka ialah pengundi BN(yang dapat habuan dan bersumpah).Kalaulah melayu memboikot pasaraya tersebut dan pasaraya itu lumpuh siapa yang tanggung akibat?
Tokki pandai pula berkata rezeki itu datang dari ALLAH, tetapi Tokki lupa menyebut bahawa menipu itu adalah kemungkaran yang disuruh oleh baginda Nabi dicegah oleh orang Islam.maknanya Tokki yang mewakili persatuan penggunan Islam seharusnya mengutuk penipuan PRU bukan memnta melayu memboikot cina yang menyokong kutukan kepada penipuan!
Walau bagaimanapun, penulis lebih suka melihat suasana di mana orang orang yang mesra BN diboikot atau dipulau oleh penyokong PR dalam semua aspek kehidupan.Tak perlulah diperincikan apakah bentuk pemulauan itu, tetapi kalau pemulauan disertai oleh semua penyokong PR yang diwakili oleh 52% undi popular apa akan jadi kepada orang orang yang pro BN?
Tokki mungkin boleh jawab sepertimana dia selalu menjawab di radio IKIM dulu!
Baru saya faham kenapa UMNO tentang sangat dasar one man one vote DAP!
Posted on Sunday, May 19 @ 21:51:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,.. Ketika zaman debat di DTC UM yang sering menemukan pemimpin DAP, seperti mendiang P Patto dan Karpal Singh , pemimpin PAS seperti Ustaz Nakhaie dan arwah Ustaz Fadhil Noor serta pemimpin UMNO yang seirng diwakili oleh Aziz Shamsuddin, satu hujah yang menjadi tumpuan disetiap debat tak kiralah apa tajuknya pun ialah one man one vote yang sering dilaungkan oleh mendiang P Patto dan sering kali plua dibangkang oleh Aziz Shamsuddin.
Ketika itu saya agak kurang faham apakah dasar perjuangan DAP ini kerana memang negara kta mengamalkan dasar one man one vote.Sementara Aziz Shamsuddin ketika menjelaskan bangkangannya terhadap dasar one man one vote di pusat pupuk semangat Terengganu ketika saya dan kumpulan mahasiswa anjuran Yayasan Terengganu dipaksa mengikuti kursus pupuk semangat, menjelaskan bahawa dasar itu ialah dasar yang mahukan taraf yang sama rata antara bumiputra dan bukan bumiputra.Lagilah saya tidak faham!
Tetapi sejak BN menerima pukulan yang agak keras ketika PRU 10, tahun 1999, UMNO sebagai tunjang kepada BN mula merancang sesuatu demi survival politiknya.
Maka di sinilah bermulanya one man one vote ditukar kepada one man two votes atau multi votes dan no man one vote.sistem dmokrasi yang memberi hak mengundi kepada setiap warga negara mula ditukar kepada sistem ikut suka aku UMNO., ada warga negara diberikan hak mengundi dua kali atau berkali kali(One man two votes atau multi votes) dan ada bukan warga negara dijadikan warga negara segera dan diberi hak mengundi(no man one Vote) dan akhir akhir ini bukan warga negara boleh mengundi lebih dari sekali(no man mutli votes).
Inilah sebabnya kenapa Aziz Shamsuddin bangkang sangat one man one vote P. Patto, bukan kerana dasar menyamaratakan bumiputra dan bukan bumiputra. Seolah olah Aziz Shamsuddin sudah tahu apa yang akan dilakukan UMNO seandainya mereka merasai pukulan politik lawan.
DAP dilebel sebagai perkauman, sebagai usaha warga cina menguasai politik negara dan lebih dasyat dikatakan mahu membawa Malaysia keluar Malaysia seperti LKY mambawa Singapore keluar Malaysia.
Kini baru saya faham maksud sebenar one man one vote yang diperjuangkan DAP dan ianya selari dengan perjuangan menentang kezaliman UMNO oleh PAS dan PKR.
Penubuhan Unit Amal PAS DUN Kota, Rembau
Posted on Sunday, May 19 @ 21:49:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns
"Semasa kempen PRU-13 di DUN Kota, Rembau apa yang memeranjatkan ialah penampilan begitu ramai tenaga pemuda yang membantu kempen Pakatan Rakyat termasuk beberapa bekas pemuda Umno.
Sehubungan
dengan itu atas desakan suara pemuda DUN Kota ini sendiri mereka sedang
merancang untuk menubuhkan Unit Amal PAS DUN Kota dengan kekuatan
sekurang-kurangnya 50 orang anggota untuk melakukan tugas-tugas amal,
gotong royong, kebajikan, riadah dan rekreasi.
Kepada
mereka yang ingin menyumbang untuk merealisasikan penubuhan Unit Amal
PAS DUN Kota samada dalam bentuk sumbangan kewangan atau pakaian seragam
Unit Amal bolehlah menghubungi Pengarah Unit Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com
Sdr Izamri bin Med 013-2124086 atau sumbangan juga boleh disalurkan
melalui akaun Bank Islam, Nama Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAW REMBAU No
Akaun : 05012010065457. atau ke akaun CIMB , No Akaun 05020693061526.
Jangan Buat Kerja Gila – Pemuda Pas
Posted on Sunday, May 19 @ 14:26:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar serta mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab Gabungan NGO Islam 1Malaysia yang secara terang-terangan meminta supaya kaum Melayu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha rakyat Malaysia berketurunan Cina kerana di dakwa memberikan sumbangan dana kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya lepas. (Links)
Posted on Sunday, May 19 @ 14:26:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar serta mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab Gabungan NGO Islam 1Malaysia yang secara terang-terangan meminta supaya kaum Melayu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha rakyat Malaysia berketurunan Cina kerana di dakwa memberikan sumbangan dana kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya lepas. (Links)
Jabatan
Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap bahawa kenyataan
berbaur hasutan untuk menimbulkan kebencian dan merosakkan hubungan
antara kaum di dalam negara ini adalah hasil dari kejayaan Umno dan
Barisan Nasional mempromosi semangat perkauman di atas dasar parti
komponen BN selama ini. Berbeza dengan pendekatan yang di ambil oleh PAS
dan Pakatan Rakyat yang amat menjunjung tinggi perpaduan di atara kaum
dan meraikan segala perbezaan pendapat dan pegangan agama masyarakat
majmuk Malaysia.
Jabatan
Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa sedih kerana di zaman alaf
baru ini masih ada lagi orang bijak pandai yang masih beremosi dan
melatah dengan isu-isu perkauman sedangkan merekalah yang sepatutnya
perlu lebih prihatin dan cakna untuk mengekalkan keamanan dan keutuhan
perpaduan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara ini.
Jabatan
Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mempertikaikan kenapa pihak
NGO ini tidak bertegas terhadap kerajaan Pusat yang telah
menganaktirikan kerajaan Kelantan yang bermajoriti Melayu Islam daripada
mendapat hak yang sepatutnya menjadi milik rakyat Kelantan tetapi
dinafikan hanya kerana rakyat memilih parti PAS dan menolak Umno/Barisan
Nasional.
Jabatan
Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan kepada Gabungan NGO
Islam 1Malaysia yang dianggotai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Suara Anak Muda 1Malaysia dan Majlis Belia Palestin Malaysia
supaya tidak terjebak amalan politik sempit Umno/Barisan Nasional dan
seterusnya menjadi ‘macai’ untuk menyemarakkan permusuhan di antara kaum
sehingga boleh mencetuskan huru-hara di dalam negara ini.
Oleh
itu, Jabatan Pilihanraya Dewan PAS Malaysia melihat isu ini dengan
cukup serius dan meminta pihak berkuasa supaya dapat mengambil tindakan
segera terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menggugat keamanan dan
keharmonian perpaduan antara kaum di dalam negara ini.
MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Calon UMNO Dun Selising Meninggal Dunia - Al Fatihah
Posted on Sunday, May 19 @ 14:20:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad (Juga calon Dun Selising) yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu.
Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang. Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din (PAS) dengan majoriti 809 undi.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga alllahyarham.
.....
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Posted on Sunday, May 19 @ 14:20:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad (Juga calon Dun Selising) yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu.
Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang. Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din (PAS) dengan majoriti 809 undi.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga alllahyarham.
.....
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Apa Itu Hidayah?
Assalamualaikum w.b.t
Apa maksud HIDAYAH?
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-
Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.
Tanda Orang Beriman
Apa maksud HIDAYAH?
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-
Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.
Tanda Orang Beriman
- Jiwa cenderung kepada Akhirat
- Benci kepada Maksiat
- Sentiasa bersedia menghadapi kematian
Tanda Orang Kufur
- Jiwa cenderung kepada duniawi
- Suka kepada maksiat
- Takut dengan Kematian
Orang yang mendapat Hidayah Allah
Contoh :
- Saidina Umar Al Khattab - Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.
Orang tidak mendapat Hidayah
Contoh :
- Abu Talib - Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w.Abu Talib begitu sayang dan kasih kepada Muhammad s.a.w tetapi beliau sendiri tidak memeluk islam.Sehinggakan saat kematian beliau,Nabi s.a.w mengajar beliau mengucap,beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya.Selepas kematian Abu Talib,Nabi s.a.w bersabda "demi Allah ,aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang".Lalu turunnya wahyu kepada Nabi s.a.w Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.(at taubah ayat : 113)
Kesan Individu Yang Mendapat Hidayah Allah s.w.t
- Peningkatan dalam mengerjakan Ibadat
- Meninggalkan segala larangan Allah
- Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah
- Takut kepada Maksiat
- Benci kepada perkara mungkar
*Iman
ada pasang dan surut seperti air di lautan.Oleh sebab itu,sentiasa
perbanyakkan ibadat dan sentiasa bertasbih kepada Allah supaya iman
tidak turun.Sesungguhnya Hidayah semua datang daripada Allah s.w.t dan
kita perlu mencarinya dengan cara solat,zikir dan baca al Quran..
Semoga
kisah Saidina Umar menjadi iktibar dan semangat untuk kita berjihad
& berjuang di jalan Allah..Daripada seorang yang kufur dan kafir
sehinggalah menjadi seorang khalifah Islam yang di segani oleh kawan dan
lawan..
"Orang Baik Belum Tentu Kekal Akan Kebaikannya dan Orang Jahat Belum Tentu Kekal Akan Kejahatannya"
^ HIDAYAH ITU MILIK ALLAH ^
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH... DIA beri pada sesiapa yang dikehendaki.
Segala
puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia menuntut ilmu
yang akan menghampirkan diri seorang hamba yang hina kepada Zat Yang
Menciptakannya. Selawat dan salam buat Rasul Muhammad ... berselawatlah
ke atasnya... yang tidak pernah alpa dan putus asa membimbing ummah
sehingga kini agar menuruti jejak ke redha Ilahi. Serta buat ahli
keluarga baginda yang suci dan mulia dan para sahabat yang menjadi
tokoh-tokoh agung dan pemugar semangat perjuangan Islam sehingga Kiamat.
Hidayah,
betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup anak manusia.
Terlebih jika hidayah itu datang secara tiba-tiba, tanpa ada rencana dan
tidak ada proses untuk mendapatkan yang direka. la begitu saja datang
lalu tergetarlah episod hidup yang penuh dengan taburan cahaya.
Hidayah
Allah SWT itu tidak diberikan kepada manusia berdasarkan kedudukan,
keluarga, pangkat, dan harta mereka. Melainkan hidayah dan cahaya Allah
itu diberikan kepada orang yang dikehendaki oleh-Nya dan berhak untuk
menerimanya. Hidayah Allah dikerahkan bagi orang yang memang ingin
mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya.
Siapa
saja yang ditunjukkan oleh Allah sebuah hidayah di dalam hatinya,
kemudian dia berjuang dengan sungguh-sungguh di jalan Allah, dia rela
Allah sebagai Tuhannya, dan menjadikan Allah sebagai tujuannya, maka
keredhaan-Nya telah dipancarkan ke dalam matanya dan Allah memberikannya
suatu petunjuk.
Untuk
mencapai hidayah itu bukan hanya dengan banyak beribadah, tetapi harus
disertai dengan keimanan dalam hati. Bukanlah iman kalau hanya dengan
menyendiri dan berangan-angan, tetapi iman adalah yang bersemayam di
dalam hati dan direalisasikan dengan amal perbuatan. Kebanyakan orang
yang ahli ibadah zaman sekarang ini salah persepsi ketika mereka mengira
bahawa jalan untuk mencapai hidayah adalah dengan banyak beribadah.
Sehingga, mereka mengada-adakan suatu ibadah yang tidak diajarkan oleh
Allah dalam syari'atnya.
Sesungguhnya
Allah mengetahui bahawa di dalam hatimu ada keinginan untuk mendapatkan
hidayah dan juga mengetahui apa yang tersembunyi di balik jiwamu bahawa
kamu menginginkan-Nya. Kalau kamu bersungguh-sungguh mencari hidayah,
pastilah Allah akan membukakan dan memberikan untukmu sesuatu yang tidak
terlintas dalam hatimu. Janganlah di dalam kehidupan ini kamu kikir
memberikan kemudahan, ilham, bimbingan, pemberian, cahaya dan
keberkahan. Sesungguhnya Allah akan mendatangkan hidayah dari salah
satunya.
Inilah
keinginan yang besar dan keinginan yang sesungguhnya, yang tidak akan
dapat ditandingi oleh keinginan untuk mendapatkan kemewahan dunia.
Sesungguhnya, semua keinginan itu akan terlihat murah kalau dihadapkan
dengan keinginan yang mulia untuk mendapatkan hidayah. Dan hanya
orang-orang rugi yang tidak ingin menggenggamnya erat-erat setelah
mendapatkannya.... fikirkanlah!
Allah sangat dekat dengan kita,
Bahkan lebih dekat dengan urat leher kita.
Adakah kau mengerti,
Tiap desah nafas adalah kasih sayang-Nya.
Dia telah memanggilmu,
Menegurmu dengan sangat dekat,
Memberimu surat cinta untuk dibaca.
Jika selangkah saja kau dekat pada-Nya,
Dia akan mendekatimu seribu langkah....
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan kita sendiri.
CIRI-CIRI ORANG-ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK
Sesungguhnya hidayah Islam dan hidayah taufik adalah kompas kehidupan yang paling berharga dalam hati seseorang yang beriman.
"Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah
jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk)
mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
Surah Al-Qasas [28:56]
Adapun ciri orang yang mendapatkan hidayah atau petunjuk dan bimbingan Allah adalah seperti berikut:
1. MERASAKAN KEMUDAHAN DALAM BERAMAL SOLEH/ MENDAPAT KEMANISAN BERIMAN.
Orang
yang telah mendapatkan hidayah akan merasa mudah atau ringan dalam
melaksanakan amal soleh, rajin dan tekun dalam beribadah, serta sangat
takut berbuat kedurhakaan. Solat dirasakan manis dan asyik. Terasa
seolah-olah bertemu kekasih. Masa berlalu terlalu singkat. Manakala
orang yang tidak mendapatkan hidayah ini akan merasa malas dalam beramal
soleh dan tidak merasa bersalah kalau berbuat maksiat. Allah swt.
berfirman, "Maka
sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya
nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia
menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia
sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah
menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
Surah Al-'An`ām [ 6:125]
Maksud "Dia melapangkan dadanya untuk Islam"
ialah mereka yang mendapatkan hidayah akan merasa mudah melaksanakan
ajaran-ajaran Allah, dadanya lapang tanpa beban. Manakala yang
dimaksudkan dengan "nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit"
ialah mereka yang tidak mendapatkan hidayah akan merasa malas dalam
beramal soleh saat melaksanakan perintah dan maenjauhkan larangan Allah
swt.
Rasulullah SAW bersabda: "Perkara dunia yang aku suka ialah wanita, wangian dan aku jadikan solat sebagai buah hatiku." [H.R. Bukhari]
2. MERASAKAN KERINDUAN KEPADA ALLAH.
Orang
yang mendapatkan hidayah, setiap ruang hatinya terisi dengan kerinduan
kepada Allah SWT. Jika nama Allah SWT. disebut, akan bergetar hatinya;
kalau dibacakan firman-Nya, akan bertambah imannya; ia bertawakal,
mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat sebagai meluahkan rasa syukur
atas nikmat yang diterimanya.
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang
apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka;
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu
orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang
beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat
yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang
mulia (di Syurga)."
Surah Al-'Anfāl [8:2~4]
3. KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH
Orang
yang mendapatkan hidayah akan istiqamah atau konsisten dalam
menjalankan perintah-perintah-Nya. Ia akan merasa nikmat saat beribadah
kepada-Nya. Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut, "Dan
bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan
ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya
(Muhammad SAW)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka
sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul
(lurus)."
Surah 'Āli `Imrān [3:101]
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah suka apabila seorang hamba mengerjakan suatu pekerjaan dan dia istiqamah melakukannya." (H.R. Baihaqi)
Keteguhan mereka dalam memegang ajaran agama diumpamakan dalam Surah 'Ibrāhīm [14:24~25]. "Tidakkah
engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu
perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon
yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang
pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap
masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan
perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mendapat pelajaran)."
4. BERSEMANGAT DALAM MEMPELAJARI DAN MEMAHAMI ILMU.
Orang
yang mendapatkan hidayah akan memiliki semangat untuk selalu menelaah
ajaran-ajaran Allah. Islam itu agama yang harus difahami, bukan sekadar
diyakini. Kefahaman dalam Islam amat penting untuk melahirkan amalan
yang tepat. Ada orang yang boleh menghafal ilmu tetapi tidak memahaminya
lalu jadi seperti burung kakak tua yang hanya tahu bertutur tetapi
tidak memahami apa yang dituturkannya. Rasulullah SAW bersabda, "Apabila Allah akan memberikan kebaikan pada seseorang, Dia berikan kepadanya kefahaman dalam beragama."
5. SABAR MENGHADAPI PELBAGAI UJIAN.
Allah
SWT memberikan kehidupan kepada manusia sebagai ujian. Siapakah di
antara hamba-Nya yang paling baik amalnya. Kehidupan dunia merupakan
ladang amal. "Dia
lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)."
Surah Al-Mulk [67:2]
Orang-orang yang mendapatkan hidayah akan tahan menghadapi berbagai ujian kehidupan, sebagaimana dijelaskan dalam ayat berikut. "Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang
apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan
berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka
itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
Surah Al-Baqarah [2: 155~157]
Pada
akhir ayat di atas tertulis dan mereka itulah orang-orang yang mendapat
petunjuk. Ini merupakan kunci kata ayat yang menegaskan bahwa
orang-orang yang bersabar adalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk
atau hidayah-Nya.
Ya
Allah... Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberian-Nya.
Taufik Merupakan Pelengkap Hidayah
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar
Cahaya
yang menyuluh jalan, menyebabkan aku senang untuk memandu pulang ke
rumah. Kereta BMW 5 Series ku, aku pandu laju membelah kepekatan malam.
Sudah berbulan-bulan aku tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman. Tika
aku termenung sendirian, hati kecil aku terdetik, kalau dalam
kehidupan, manusia memerlukan cahaya sebagai penyuluh kehidupan lagikan
pula kita yang selalu dalam kegelapan. Kita yang jauh dari zaman
Rasulullah dan para sahabat. Yang mana mereka adalah pelopor dan
pengikut Rasulullah. ‘ ah, aku begitu rindukan zaman itu. Zaman yang di terangi dengan cahaya.’
Bila
di renungkan kembali, apabila kita sesat di jalan raya, kita pasti akan
bertanya pada seseorang. Kita pasti akan menahan kereta atau kita
berhenti sebentar di mana-mana samaada di kedai, mahupun di hentian
rawat dan rehat. Kenapa kita nak berhenti? Atas asbab kita mahu bertanya
pada yang mahir di mana petunjuk jalan.
Inilah
contoh dalam kehidupan seharian kita. Dan ini jugalah conto hidayah
Allah di dalam laluan hidup seorang hamba bagi melalui jalan Allah.
Tanpa hidayah Allah, manusia tidak akan mendapat petunjuk.
Adakah Taufik Itu Pelengkap Hidayah?
Saya pernah di tanya soalan,
‘
Ustaz, adakah tanpa taufik itu orang tidak akan dapat mengetahui di
mana hidayah Allah? Dan bagaimana hendak kita jalankan pabila kita telah
mendapat hidayah Allah? Bukankah Allah itu Maha Memahami kepada
Hamba-Nya?’
Sebelum itu, saya ingin menjelaskan apa itu akan makna dan maksud taufik itu sendiri.
Kalimah taufik berasal dari perkataan arab iaitu : Waffaqa, yuwaffiqu dan taufiqan.
Dalam kitab Taswuf Imam Ghazali ra, beliau ada menjelaskan mengenai makna taufik.
Taufik di maksudkan dengan pertolongan, petunjuk, kemenangan dan kesejahteraan.
Ia
bermaksud, suatu kejayaan dalam melaksanakan dan mendapat kesempurnaan
atas setiap amal soleh yang di kerjakan oleh seorang hamba. Taufik
adalah kurniaan Allah bagi membimbing insane dalam melaksanakan tuntutan
hidayah sehingga manusia mampu mentaati perintah dan berjaya menjauhi
larangan Allah.
Soal
di mana hidayah ALLAH bukanlah dalam urusan kita. Kita hanya mampu
untuk meminta, berdoa supaya Allah mengurniakan kita hidayah tanpa
putus.
….. Maka
Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah
kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan
izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). [sebahagian firman Allah surah al-baqarah ayat 213]
Taufik
sama luas dengan hidayah daripada Allah dalam melaksanakan tuntutan
syara’. Dalam membicarakan soal hidayah, ulama tafsir sebagaimana yang
telah di bahaskan dalam tafsir munir oleh Dr Wahbah, hidayah terdiri
daripada beberapa pecahan iaitu hidayah ilhami, hidayah hawasi, hidayah
aqli, hidayah deeni dan hidayah taufiqi.
Oleh
itu, memilih agama yang berada di dalam hak dan ketaaran memerlukan
seorang hamba sentiasa memohon seupaya si kurnaiakan keupayaan seperti
itu.
Hidayah dan Taufik Berjalan seiring
Dulu, tok ayah pernah berkata pada saya.
‘ad, sini kejap.’
‘ ada apa tok?’
‘ apa yang ad faham dengan taufiq dan hidayah Allah?’
Masa ni saya kecil lagi. Saya hanya menggelengkan kepala tanda saya tidak mengerti.
‘
cuba Ad tengok penciptaan langit dan bumi, semuanya berpasangankan?
Yang langit pasangan dengan bumi, yang lelaki pasangan dengan wanita,
cinta pasangan dengan benci. Dan, hidayah juga ada pasangannya iaitu
taufik. Jika tidak ada salah satu, maka tidak lengkaplah hidup kita ni.’
‘ tok, apa tu hidayah, apa pula dengan taufik?’
‘Hidayah
ni, adalah satu pemberian yang amat besar untuk diri kita. Iaitu
cahaya. Taufik pula adalah satu cara yang bagaimana kita nak jalankan.
Bagaimana kita nak atasi. Cuba Ad lihat jalan sekarang ni, ada cahaya
bulan kan?’
Saya hanya mengganguk kepala.
‘
Setiap cahaya bulan yang menyuluh ke bumi, mesti ada tujuannya. Iaitu
untuk memberi bantuan pada kita berjalan di atas muka bumi di kala dalam
kegelapan. Cahaya bulan nil ah yang menolong kita atas arahan Allah
supaya menyuluhkan cahayanya ke bumi. Tanpa arahan dari Allah, bulan
tidak akan menyuluh pada diri kita supaya jalan yang kita lalui ini di
terangi. Sama jugalah macam taufik dan hidayah Allah. Kita haruslah
sentiasa meminta dari Allah taufik dan hidayah Allah. Supaya kita tidak
tempang semasa dalam perjalanan.’
‘Habis
tok yang macam sekarang ni. mereka dah Islam tapi tak jalankan syariat
Islam. Macam mana? Tak pakai tudung, berzina sana sini. Macam mana tu
tok? Adakah mereka tidak dapat hidayah atau tidak dapat taufik Allah?’
‘ Orang yang dah dalam agama Islam ni dah dapat hidayah Allah Ad, Cuma mereka tidak dapat taufik Allah.’
Saya
tersenyum sendirian. Sebab sebelum ini akal saya hanya memikirkan.
Hidayah itu milik Allah. Dan tanpa hidayah kita tidak boleh berjalan dan
menyuluh kehidupan diri kita. Rupanya sekarang, hidayah dan taufik
Allah adalah beriringan. Tanpa satu, tempanglah kita. Tabarakallah.
Semoga Allah redha.
Nabi
Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku
berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku
pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri
dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu
yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak
memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. [Hud :88]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan