Posted on Sunday, May 26 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: notan
"Assalamualaikum,, Kata orang, sesiapa yang suka menafikan penipuan yang mereka lakukan itu licik, tetapi apakah lebel yang boleh diberikan kepada golongan yang menipu secara terbuka dan disaksikan oleh ribuan mata masih menafikan penipuannya?, bengong barangkali, atau tiga suku barangkali.
Saya selalu menggunakan perbandingan budak kecil yang berak di tengah jalan yang disaksikan orang ramai tetapi apabila disergah menafikan dia yang berak sebaliknya menyatakan orang yang sergah itulah yang berak.Inilah yang dilakukan oleh pengerusi SPR dan timbalannya sepanjang musim PRU 13 dan sebelumya.
Pengerusi SPR kata dakwat itu kekal, mati matian dia mempertahankan sehingga siap dengan demostrasinya sekali dan mendakwa itu adalah bukti dari pengerusi SPR sendiri.Itu sebelum hari mengundi dan selepas undian awal.Selepas PRU dia mengaku SPR tiada pengalaman dan cuba menyatakan SPR tidak sedar bahawa dakwat itu tidak kekal kerana tiada pengalaman.Untuk menyakinkan dia mengaitkannya dengan fatwa majlis fatwa dan arahan jabatan kesihatan sedangkan sebelum itu , dia siap menunjukkan jarinya dalam TV.Inilah cara budak kecil yang berak tengah jalan mempertahankan hujah bahawa dia tidak berak!
SPR juga menafikan adanya warga asing mengundi dalam suasana di mana rakyat jelata melihat sendiri kehadiran mereka yang digelar Banglasia diangkut dengan bas bas berhawa berhawa dingin yang salah satunya dipecahkan tingkap oleh rakyat di Port Klang dan dua orang rakyat didakwa di mahkamah kerana itu.
Begitu juga dengan kejadian Blackout dinafikan sekeras kerasya walaupun kejadian itu disedari oleh rakyat dengan beberapa keputusan diterbalikkan untuk memenangkan calon BN selepas letrik dihidupkan kembail.Apa jenis penafian macam ni? Standard budak yang berak tengah jalan!
Paling bengong ialah ugutan mengenakan tindakan undang undang kepada pemuda yang cuba membuktikan tipu daya SPR kerana mampu mengundi dua kali dengan dakwat kekal masih ditangan oleh timbalan pengerusi SPR.Nak kata bebal boleh jugak, tetapi yang penting dia sendiri melondehkan penipuan SPR dalam perkara ini.Mendakwa mengundi dua kali itu satu kesalahan menunjukkan ramai pengundi yang sudah mengundi dua kali turut melakukan kesalahan dan boleh didakwa, bukan pemuda itu sahaja, malah dengan mengugut demikian dia hanya cuba menyatakan SPR itu kebal dan tidak boeh dihukum oleh undang undang walaupun jelas bersalah.
Paling tidakpun tindakan pemuda dari Kuantan itu membuktikan kelemahan SPR kerana mendaftarkan namanya dua kali di kawasan berlainan.Dalam era penggunaan ICT. tidak sepatutnya mana mana pengundi didaftarkan dua kali di kawasan yang berlainan.Tetapi SPR masih melakukannya, kenapa?Kalau perkara ini boleh berlaku kepada pemuda yang didakwa dipergunakan oleh parti politik tertentu, Apakah alasan dan bukti SPR bahawa kes ini kes terpencil dan tidak berlaku di tempat lain?
Timbalan pengerusi SPR nak tunjuk hebat sedangkan dia lupa dia tidaklah hebat dan tidak sepatutnya mengeluarkn kenyataan sedemikian rupa kerana sebagai badan berkecuali dia tidak sepatutnya mempertahankan parti pemerintah.Lagi kebodohan SPR yang mungkin tidak disedarinya ialah apabila cuba mengatakan tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi itu dirancang oleh PR. Dia menyatakan rasa hairan seperti berita hairan melapurkan penafian SPR kepada tindakan pemuda tersebut kerana menurutnya ramai mata yang melihat jadi bagaimana dia boleh menyeludup kertas undi itu keluar? Bodohnya timbalan pengerusi SPR kerana tidak pula menyebut kenapa dalam keputusana PRU sering saja terdapat bilangan kertas undi tidak dikembalikan?
SPR tetap tidak mahu mengaku sebaliknya mencabat PR menghantar petisyen kerana menurut pengerusinya, SPR dan pejabat peguam negara sudah bersedia, peliknya kenapa pejabat peguam negara yang digunakan SPR? SPR ialah badan bebas yang sepatutnya ada peguam mereka sendiri bukan menggunakaan peguam yang dibayar gaji oleh rakyat untuk mempertahankan penipuan yang dibuat SPR.
Dasar penipu yang mulutnya celupar, tanpa disedari mereka mendedahkan sendiri penipuan mereka seperti dakwat kekal, blackout dan warga asing yang mengundi serta tindakan bijak pemuda dari Kuantan itu.Apa yang jelas SPR mendakwa PR tidak menerima keputusan PRU kerana gagal membentuk kerajaan persekutuan dan paling melucukan apabila pengerusi SPR dalam wawancara dengan berita hairan menyebut PR mendapat majoriti di tiga negeri, Kelantan, Selangor dan Penang, jadi kenapa PR masih tidak berpuas hati? SPR menggunakan alasan laput untuk mempertahankan kemenangan BN, tetapi sebagai badan bebas SPR tidak sepatutnya memberi hujah yang sama dengan BN(inilah hujah yang digunakan oleh BN pada penggal lepas dan penggal sebelumya bagi menafikan penipuan SPR)
Nampaknya SPR bukan badan bebas tetapi membentuk komponen BN yang tidak didaftarkan sebagai parti politik.
Tetapi tipu tetap tipu!
Saiful Bukhari Telah Menjadi Suami
Posted on Sunday, May 26 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Sekadar nak ucap tahniah kepada pasangan Saiful Bukhari dan Nik Suryani yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) sekitar jam 3.30 petang Sabtu. Dua kali saya tulis pasal Saiful dalam blog ini.
Saya sama seperti apa yang Prof. Agus tulis mengharapkan perkahwinan ini menamatkan semua lipatan sejarah yang banyak 'mengotori' politik Malaysia sehingga rakyat menjadi kucai kacir, media massa menjadi haru biru. Politik seks dan lucah pula bermaharaja lela.
Allah jua adalah sebaik-baik kita memohon pertolongan agar apa yang sebenar dibongkar didunia ini supaya yang difitnah atau terfitnah terjawab.
Ya Allah dengan perkahwinan ini tamatlah apa yang menjadi tanda tanya dan berikan kami maklumat yang benar dan sah sehingga hati kami tidak lagi mencurigai seseorang atas apa yang kami tidak tahu.
Sila layari
Saiful Bukhari Telah Menjadi Suami
Redha dengan ketentuan Allah tetapi...
Posted on Sunday, May 26 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Ya kita redha dengan ketentuan Allah. Tapi kemungkaran manusia kita wajib terus lawan.
Hadis Rasulullah "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)
Amar makruf dan nahi mungkar bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".
Firman Allah:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)
Dalam Surah Ali Imran ayat 104:
“Dan hendaklah ada di antara kamu, sebahagian yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Surah Ali-Imran ayat 110 bermaksud:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."
Surah Ali Imran ayat 114 pula bermaksud:
"Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebaikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh."
Secara prinsipnya pengamal agama Islam dituntut untuk mengajak kebaikan dan mencegah (mungkar).
Senyum
"Kamu (SPR) Tidak Akan Lepas Dari Cengkaman Undang-Undang" - Nurul Izz
Posted on Sunday, May 26 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: matuse68
"
HIMPUNAN SUARA RAKYAT 505
25 MAY 2013, AMCORP MALL
MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya.
"Mula minggu depan, kita akan saman pimpinan tertinggi SPR berkenaan dakwat kekal.
"Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang.
"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.
"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.
"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya."
Terbaca Tulisan Aku Juga Bukan Belaci PKR
Posted on Sunday, May 26 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Tulisan daripada Pemuda PAS Gombak adalah urutan daripada beberapa kepimpinan PKR menyerang secara terbuka kepada Presiden PAS atas beberapa kawasan yang bertindih. Saya rasa perlu ada penjelasan isu sebenar kenapa semua ini berlaku supaya kita adil dalam membuat sesuatu penilaian.
Tulisan Syarham Humaizi boleh di baca di sini (Aku Juga Bukan Balaci PKR)
Saya kenal sangat dengan Ketua AMK pasal dulu pernah bertanding di Parlimen Dungun semuanya kami yang urus sehingga tempat tinggal dan body guard. Sepatutnya rasa tak berbangkit perkara seperti ini.
Saya rasa apa yang berlaku di Bukit Besi misalnya, sebelum menghentam pihak PKR perlu baca laporan tebal yang dibuat oleh Cikgu Abdullah (Calon PKR yang sepatut diterima bertanding) kepada dia kecewa dengan sikap PKR dalam menentukkan calon. Abdul Rahman (Awang Siber) setpol Anwar Ibrahim sepatutnya memainkan peranan tetapi malangnya bukan menyelesaikan tetapi manambah buruk keadaan.
Sebelum itu diminta juga pihak PKR melihat rakaman video yang disertakan kepada kepimpinan atasan PKR berkenaan "pil kuda" supaya lain kali "balaci PAS" boleh bekerja membantu dengan baik bukan seborono sahaja.
Saya tak boleh bayangkan Pak Iman PAS. orang panggil lebai Haji boleh memasang bendera kepada seseorang yang ada kaitan dengan 'pil kuda'???
Kenapa Presiden PAS marah sangat hingga terkeluar perkataan seperti itu?? Kenapa payah nak terima hakikat sehingga merosotka perancangan yang lebih besar??
Lihat sahaja di Kelatan, semua kerusi dipertandingkan oleh PKR kalah kecuali 1 sahaja. Kawasan Parlimen Merchang tempat Saifuddin Nasiotion juga kalah selepas Saifuddin meninggalkan kawasan berkenaan? Kenapa tak buat analisis apa faktornya?? Saya rasa pandangan Mohd Sayuti Omar dalam hal ini dalam tulisannya "13 Kerusi PAS di Kelantan Merosot" tidak menyeluruh kerana Sayuti tak buat analisis pasal PKR seolah-olah PAS merosot sedangkan analisis bilik gerakan lain daripada apa yang diperkatakan oleh Sayuti.
Akhirnya pemikiran umum di bentuk penulis blog, orang lain buat salah yang mendapat kesan orang lain kerana wujud penulis tanpa melihat perkara sebenar secara mendalam.
Sebelum saya menghakhiri tulisan ini, saya nasihat sekali lagi untuk melihat video rakaman dan fail kertas laporan daripada cg Abdullah (calon awal PKR Dun Bukit Besi) berkenaan politik dalam PKR yang sangat tidak sesuai dalam menentukan calon.
Note:
Keputusan detail PRU13 Kelantan boleh dilihat di sini
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=6128
...
Sila layari
Terbaca Tulisan Aku Juga Bukan Belaci PKR
Puluhan Ribu Manusia Banjiri Padang Timur, Amcorp Mall
Posted on Sunday, May 26 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Pelbagai amaran dan ugutan kepada Masyarakat tentang larangan perhimpunan. Ada juga cuba 'menyalahfahamkan' maksud Pemuda PAS tentang perhimpunan agar ada sedikit keraguan untuk mengoyahkan perhimpunan ini, tapi ribuan penyokong dengan berpakaian warna hitam membanjiri Padang Timur, Amcorp Mall bagi menjayakan himpunan Suara Rakyat 505.
Pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum hadir tanpa sebarang rasa takut atas dasar menyuarakan rasa hati. Mereka yang hadir secara bersantai dengan berpakaian yang ceria (warna hitam) dan tidak kurang juga yang membawa isi keluarga.
TAK TAHU SELEPAS APA LAGI ZAHID HAMIDI NAK KATA
NAK DIMASUKKAN KE LOCKUP, BERAPA BESAR LOCKUP UNTUK MUATKAN SEMUA YANG HADIR??? MAMPUS UMNO
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan