Isnin, 27 Mei 2013

MACAMLAH DIA CAKAP DAN BIKIN..BEGITU JUGA AND THE GANGS...JANGAN LONGGOKLAH

Najib diandai lebih popular dalam PRU14

Subky Latif, 27 Mei 2013
SEKALIAN penganalisis dari universiti, kecuali Prof. Dr. Agus Yusuf dan Dr.  Hassan Hasbullah, menjangka dengan kejayaan Perdana Menteri Najib  dan UMNO menggagalkan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim untuk menawan Putraja, maka ia dijangka tambah cemerlang lagi dalam PRU14 nanti.

Kekuatan UMNO itu memandangkan UMNO saja dari kerabat BN yang mencapai prestasi baik dalam PRU13,  sedang lain-lain komponen BN tidak dapat menunjukkan kupayaannya menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat.

Dengan prestasi UMNO, ia mungkin menguasai lain-lain  sekutunya dengan bertanding di lebih banyak kerusi. Mana-mana kerusi yang sukar  dimenangi oleh MCA, Gerakan dan  MIC diandaikan lebih baik diberi  saja kepada UMNO.

Bagi mereka Najib amat popular. Populariti itulah yang membantu UMNO mengekalkan kekuasaan dan ia punca kemenangan BN untuk meneruskan pemerintahan.

Apatah lagi jika dibandingkan pencapaian UMNO dibandingkan dengan  lain-lain parti pembangkang dalam PRU 13 lalu jelaslah UMNO menjadi parti yang paling berjaya pada keseluruhannya. Dibandingkan dengan DAP, BN telah mengumpulkan undi popular 5,237,699 sedang DAP dapat 1,736,267 undi saja. UMNO dapat 88 kerusi sedang DAP dapat 38 saja.

Walaupun PKR dari 2,254,328 undi, tetapi ia dapat 28 kerusi saja, 60 kerusi kurang dari UMNO.

Manakala PAS dapat tempat keempat dengan undi popular 1,633,389 dengan 21 kerusi  saja.

Bukan saja UMNO meninggalkan jauh sekutunya dalam BN, malah  ia meninggalkan parti-parti utama pembangkang.

Memang ulasan seperti ini, menyebut Najib mendahului lain-lain parti meraih undi popular memang menggembirakan UMNO, tetapi apakah ia dapat menyenangkan hati Najib?

Pakatan bercakap atas satu pekej, tidak atas nama parti-parti kerabatnya, ia mendahului undi popular BN dengan 50+ peratus, sedang BN 49- peratus. Kalau dibandingkan Pakatan dengan UMNO, maka peratus UMNO rendah lagi.

Mungkin boleh sangkaan baik kepada UMNO dan Najib itu dapat merangsangnya untuk mengharungi gelombang dan badai lima tahun lagi. Ia mungkin lebih baik dan mungkin juga sebaliknya.

Apapun jika dibandingkan prestasi Najib dengan prestasi Tun Abdullah Badawi tahun 2008 dulu, nyatalah prestasi Najib lebih buruk. Prestasi Abdullah tahun 2008 adalah amat buruk. Najib buat bermcam-macam transformasi, BRIM dan 1Malaysia dan wasatiyahnya, ia jadi lebih buruk dari 2008.

Semua orang bangga dengan pencapaian pertama Tun Abdullah dalam PRU 2004. Pencapaiannya  lebih baik dari pencapaian Tun  Mahathir sebelumnya. Tun Abdullah dari majoriti dua pertingga yang lebilh baik dari dua pertiga Tun Mahathir sebelumnya.

Ia berjaya merampas semula Terengganu dari PAS dan hampir menumbangkan Kelantan. PAS hanya diselamatkan oleh satu kerusi saja. Kedah yang hampir tewas di bawah Mahatir tahun 1999 telah ditebus oleh Dolah Badawi tahun  2004.

Tetapi Dolah Badawi tidak dapat mempertahankan kejayaan besarnya tahun 2004 itu  apabila prestasinya merudum tahun 2008. Ia hilang majoriti dua pertiga di Parlimen  dan gagal merampas Kelantan, malah kalah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kejayaan Abdullah yang cemerlang tahun 2004 itu menjadi rangsangan buat BN membuat kejayaan tahun 2008. Tetapi ia tidak menjamin dominasi UMN0. Abdullah mencatit sejarah kekalahan terburuk UMNO. Ia berakhir dengan UMNO menuntutnya turun.

Najib sekalipun dikatakan dominan sekarang tetapi prestasinya lebih buruk dari Tun Dolah. Maka bagaimana kalau percubaannya kali kedua nanti lebih gelap?

Red Bean Army cerita dongeng moden – Kit Siang

Harakahdaily, 27 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.
“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.

Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Zahid telah mengarahkan agar polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta CyberSecurity Malaysia untuk menangani fitnah siber.

“Saya cukup berharap polis, SKMM dan CyberSecurity dapat mencari dalang dan membersihkan racun perkauman yang disebarkan oleh cybertrooper Umno BN dalam internet ketika PRU13, terutamanya yang melibatkan saya dan DAP, yang ditohmah sebagai pencetus rusuhan kaum Mei 13 pada 1969, dan segala penipuan bahawa saya anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu,” kata Lim.

Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan bahawa DAP tidak mempunyai dana yang disebut dan tidak pernah membayar satu sen pun kepada mana-mana cybertrooper.

“Tidak seperti Umno dan BN yang menggunakan (jutaan ringgit) duit awam untuk menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara untuk mewujudkan pasukan cybertrooper berjumlah 10,000 orang PRU13.
"Adakah kita patut gelar 10,000 cybertrooper ini 'Belachan Army', 'Ikan Bakar Army' atay 'Cincin Army'?" sindir Lim.
Yazid ditahan semula, isteri tak tahu sebabnya
 
Yazid Sufaat sekali lagi ditahan polis, hanya tujuh hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan beliau mengetepikan tuduhan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

NONEKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, isterinya Chomel Mohamad berkata dia tidak mengetahui mengapa Yazid ditahan.

"Polis datang ke rumah pada jam 8 pagi hari ini dan mengambilnya. Mereka kata mereka membawanya ke Bukit Aman. Saya tidak ada di rumah sewaktu tangkapan dibuat tapi empat anak saya menyaksikannya.

"Ini mengarut kerana dia baru sahaja dibebaskan... Saya letih (dengan perkara ini)," katanya yang mengusahakan satu kedai makan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur.

PAS perlu cerdikkan rakyat bencana TPPA

Muhammad Nuruddin Bashah,
Pada 20hb May 2013 yang lalu, MAPIM melalui Setiausaha Agungnya Cikgu Hj Azmi Abd Hamid telah  mengesa kerajaan Malaysia untuk  tidak  meneruskan menandatangani  rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan dimeterai pada October 2013 di Brunei.

Soalnya apa itu TTPA dan apa implikasinya? Ramai penduduk kawasan pendalaman atau separuh desa, kampong tersusun yang tidak menyedari isu ini dan tidak faham masa depan anak cucu mereka yang bakal tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini.

Rakyat Perak terutama orang Melayu yang tegar mengundi Umno dan juga di kawasan DUN yang penulis berkhidmat DUN Sg Rapat, masih banyak info ancaman ummah sebegini yang perlu dihebahkan.

Sebelum ini Tun Mahathir juga  menggesa pihak Kerajaan Malaysia supaya menolak TPPA pada Forum Negara bertajuk ‘Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama Yang di-Pertua Dewan Negara di Parlimen Malaysia pada 25 Mac 2013 lepas.

Malaysia yang diteraui oleh BN lagi kali ini  antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia.

Ada 26 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam.Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupabentuk sebenar perjanjian itu hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017.

Blogger, facebooker berkempen di media maya dan wanita Umno berkempen rumah ke rumah, bahawa Pakatan Rakyat dan NGO Hak Asasi  adalah agen asing untuk mengganggu-gugat kestabilan negara. Kita sering mendengar mereka menerima dana dari negara asing, dan akan menjual negara ini sekiranya memerintah.

Tetapi, pernahkah anda, yang sering menuduh pembangkang sebagai agen asing Yahudi ni semua, pernahkah anda mendengar siapa yang beria ingin laksanakan  TTPA ini?

TTPA atau nama penuhnya  The Trans-Pacific Agreement merupakan  sebuah free-trade agreement antara negara-negara di sekitar Pasifik ini disertai oleh  Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  dalam rundingan TPPA  bersama 11 negara lain (Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, United States dan Vietnam ) dan  ia dimaklumkan tidak diketahui oleh ahli Parlimen sendiri.

Suatu ketika dahulu kita dimomokkan globalisasi yang bakal menghancur budaya dan social kita. Malah Globalisasi bakal menleburkan harapan peniaga kecil bumiputera dan bukan bumiputera tempatan sekalipun.

Selepas GST dilaksanakan secara mendadak, bil dan bayaran servis dicukaikan tanpa penghebahan selepas BN mendapat mandate, kini TTPA pula yang bakal dihadiahkan kepada rakyat. Baru-baru ini kerajaan BN Kedah yang dijulang oleh kaum melayu atas nama kerajaan melayu Islam itu ingin pula melaksanakan AES yang bakal mencengkam rakyat selepas mereka menerima beberapa kali BR1M.
Inilah tabiat asasi BN yang kerap kali memperdaya rakyat kita terutama di pendalaman dan separa pendalaman. Adalah menjadi tugas kita terutama petugas penerangan untuk terus member ilmu, info dan fakta yang sahih untuk mencerdikkan rakyat yang telah terpana dengan ganjaran RM 500 sebanyak 2-3 kali.


*Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Isteri lapor polis kes kematian N Dharmendran
10:20AM Mei 27 2013  
Isteri mendiang N Dharmendran semalam membuat laporan polis berhubung kes kematian suaminya yang ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL), Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata isteri mendiang Marry a/p Mariay Susay diiringi kira-kira 30 anggota keluarga dan kawan mendiang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 11 pagi untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata disebabkan ramai anggota keluarga yang ingin masuk ke kawasan balai, pihaknya meningkatkan kawalan keselamatan dan mengehadkan bilangan kemasukan mereka.

"Tujuan pihak polis mengehadkan jumlah ahli keluarga yang masuk ke dalam balai bagi memastikan keselamatan dan mengurangkan kesesakan di pejabat pertanyaan memandangkan terdapat ramai pengadu lain yang berurusan di balai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan media itu turut memaklumkan situasi sebenar yang berlaku bagi mengelakkan salah faham.

Ini berikutan dalam kejadian pagi itu, semasa kawalan masuk ke dalam balai dijalankan, seorang lelaki meluru secara tiba-tiba dan menolak anggota polis yang sedang bertugas dan pada masa sama memaki hamun anggota polis itu.

Lelaki itu turut menjatuhkan dirinya di atas jalan dalam kawasan balai, laluan hadapan pintu masuk ke pejabat pertanyaan kira-kira 10 hingga 15 saat sebelum bingkas bangun apabila mendengar anggota polis hendak memanggil ambulans.

"Tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh pihak polis terhadap lelaki tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Zainuddin berkata satu laporan polis dibuat terhadap lelaki tersebut kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kematian Dharmendran, 32, di lokap IPPKL pada Selasa lepas didapati mempunyai unsur jenayah.

- Bernama
Pemuda Pas minta Shamsul jangan berlagak hero depan perwakilan
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin
SHAH ALAM - "Jangan berlagak hero depan perwakilan PKR dengan mencela presiden kami!"
Demikian tegas dan keras kenyataan Bendahari Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin terhadap Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Puncanya, Shamsul dalam ucapan di Kongres PKR kelmarin secara lantang telah mengkritik pimpinan Pas terutama presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tindakan mengeluarkan watikah bertanding kepada calon parti itu yang terbabit isu pertindihan kerusi dengan calon PKR pada pilihan raya lalu.
Selain itu, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil turut 'menegur' Abdul Hadi yang kononnya telah mencerca calon parti sekutu Pas (termasuk PKR) ketika pilihan raya itu.
Khairil Nizam berkata, Shamsul tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu kerana beliau sendiri tidak faham makna tahaluf siyasi.
"Jangan jadikan tahaluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Abdul Hadi sebagai modal untuk berlagak hero di depan perwakilan AMK. Jangan cela Tuan Guru Presiden kami seolah-olah beliau (Abdul Hadi) bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik," tegasnya.
Pemimpin muda Pas itu berkata, Shamsul bercakap seolah-olah tahaluf siyasi itu datangnya daripada PKR dan beliau pula mahu mengajar Pas mengenainya sehingga boleh menegur Presiden Pas.
"Jika Shamsul benar-benar 'faqih' (faham) mengenai tahaluf siyasi hingga berasa dirinya layak untuk menegur pemimpin Pas, saya persilakan beliau untuk bawa apa saja kajian oleh PKR dari segi usul dan kaedah fikah atau apa-apa justifikasi yang boleh membuktikan bahawa Pas sudah melanggar prinsip tahaluf siyasi.
"Saya teringin sangat nak tengok," katanya.
Mengikut Islam, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian oleh dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan.
Dalam ucapan dasarnya itu, Shamsul secara lantang menegur pimpinan Pas terutama Abdul Hadi yang dianggap jadi punca PR kalah di kerusi yang terlibat dengan isu pertindihan calon.
Secara keseluruhan, PR kalah di semua tujuh kerusi berkenaan iaitu tiga kerusi di Terengganu (Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera), satu di Selangor (Kota Damansara), satu di Pulau Pinang (Sungai Acheh), satu di Johor (Panti), serta satu kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan (Labuan).
Dalam kenyataannya kemudian, Shamsul menggesa Pas mengambil tindakan tegas termasuk memecat ahlinya yang melanggar arahan pimpinan parti dengan bertanding menentang calon PKR.
Bagi Khairil Nizam, Shamsul tidak wajar mengajar Pas apa lagi menegur presidennya kerana beliau sendiri pun tidak faham makna tahaluf siyasi dan syarat-syaratnya.
"Saya jemput Shamsul untuk duduk bersama pada bila-bila masa dan di mana-mana saja untuk kita kaji apa dia tahaluf siyasi dan nilai semula permasalahan yang timbul sepanjang PRU13 dalam konteks tahaluf siyasi," katanya.
Menurutnya, jika melakukan kesilapan, beliau sendiri sedia untuk berdepan dengan media dan mengakui kesilapan itu.
"Soalnya, apakah beliau (Shamsul Iskandar) juga sanggup berbuat demikian? Atau pun dia cuma baling batu, lepas itu terus lari?" katanya.
PKR: Petisyen pertama difail seminggu lagi
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
SHAH ALAM -  Siasatan petisyen PRU13 yang pertama daripada PKR hampir siap dan akan difail ke mahkamah seminggu lagi.

Ketua Pasukan Siasat PRU13 PKR, Rafizi Ramli berkata, satu bengkel diadakan di ibu pejabat PKR, semalam yang menemukan 120 peserta terdiri daripada peguam, penyiasat, calon dan ahli-ahli parti yang berkenaan.

“Kita sedang mengumpul bukti dan proses mengambil kenyataan dengan lebih terperinci bagi mempercepatkan petisyen dihantar ke mahkamah.

“Kita tumpukan aspek kesalahan dan penipuan pilihan raya seperti yang dilaporkan oleh pengundi dan orang ramai. Semua sudah tahu dan sedia maklum apa isu akan dibangkitkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Rafizi berkata, tiga perkara asas petisyen tersebut ialah isu membeli undi, kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam proses PRU serta calon atau ejen yang memberi rasuah.
Menurutnya, setiap tempat dan kawasan ada isunya yang tersendiri dan ia akan disertakan dengan bukti.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PKR kini memberi tumpuan kepada 29 buah kerusi yang kalah tipis dengan perbezaan lima peratus undi sahaja.

Katanya, 10 Jun 2013 merupakan tarikh akhir penghantaran petisyen, iaitu dalam tempoh 21 hari seperti yang diperuntukkan.

“Laporan lain yang diterima kini sedang diteliti dan Pasukan Siasat PRU13 akan memanggil pengadu untuk mengambil keterangan dan bukti bagi tujuan tindakan seterusnya,” katanya.

Rafizi berkata, PKR juga bekerjasama dengan Pas dan DAP menjalankan siasatan ini.
Hadi, Guan Eng jelas ketidakhadiran Himpunan Black 505
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
SHAH ALAM -Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan ketiadaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), dari DAP dan Pas dalam Himpunan Black 505, di padang Amcorp Mall, kelmarin adalah kerana pemimpin tersebut berada di luar negara.

Beliau memaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di Turki manakala, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berada di London.

“Mereka di luar negara, jadi bagaimana mereka mahu hadir himpunan Sabtu lalu?,” katanya kepada Sinar Harian.

Himpunan anjuran 50 NGO itu dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Himpunan yang berlangsung bermula jam 4.30 petang itu tamat pada jam 12 tengah malam dan dihadiri penyokong yang memakai baju berwarna hitam.

Mengulas lanjut mengenai himpunan itu, Mohamad Sabu berkata, pimpinan PR berpuas hati dengan sambutan diberikan rakyat.

“Semua himpunan sebelum ini pun mendapat sambutan seperti yang berlaku semalam. Jadi kita berpuas hati,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau kini sibuk dengan permintaan untuknya menjadi penceramah di setiap himpunan itu yang diadakan di seluruh negara.

“Saya kini dalam perjalanan ke Tapah, Perak. Malam ini (semalam) akan diadakan di sana pula himpunan 505,” kata beliau.
GRS: 'Biar cakap serupa bikin'
JANATUL FIRDAUS YAACOB
27 Mei 2013
Sohaimi Shahadan
Sohaimi Shahadan
SHAH ALAM – Keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah cadangan penglibatan ahli politik dalam urusan perniagaan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dipersetujui namun beliau wajar memulakan langkah ini dengan melepaskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor terlebih dahulu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sebagai NGO, pihaknya menyambut baik tindakan Anwar kerana memutuskan untuk melarang ahli politik terlibat secara langsung dalam perniagaan GLC kerana bimbang berlakunya ‘conflict of interest’ bagaimanapun sebagai ikutan beliau juga perlu melepaskan jawatan yang disandang dalam kerajaan negeri Selangor.

Menurutnya, tindakan Anwar betul dan sewajarnya kerajaan negeri dan parti memerintah menetapkan satu garis panduan yang telus supaya tidak berlaku pertembungan antara kepentingan peribadi dan tanggung jawab terhadap rakyat.

“Ada baiknya sekiranya golongan profesional dipilih untuk menerajui dan mengemudi GLC manakala NGO mentadbir urus pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Zaman dah berubah, kerajaan perlu terapkan model ekonomi dan politik baru. NGO hari ini adalah kuasa ketiga rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, seseorang pimpinan politik yang dipilih menjadi wakil rakyat tidak sewajarnya menjalankan perniagaan kerana bimbang berlakunya budaya kronisme dan nepotisme.

“Oleh itu, disarankan untuk memberikan contoh yang baik kepada ahlinya, Anwar juga perlu melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan berhenti menggunakan kemudahan yang ada di dalam negeri untuk kepentingan politik peribadi  beliau.

“Seorang pemimpin tidak seharusnya terlibat dalam pertembungan ‘conflict of interest demi kepentingan rakyat dan atmosfera politik kerana negara kita kaya dengan golongan profesional yang kompeten untuk mentadbir urus,” katanya.

Tiada ulasan: