Posted on Thursday, May 16 @ 10:21:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"
Selepas ini bolehlah dicadangkan agar pusat pentadbiran kerajaan Malaysia berpindah dari Putrajaya ke Petrajaya di Sarawak, dan ibu negara dari Kuala Lumpur ke Kuching.
Kabinet baru, jumlah dan pecahan ikut parti
Malaysiakini 15 Mei 2013
Bilangan teramai menteri dari Sabah dan Sarawak:
1) Datuk Joseph Kurup (Sabah / PBRS) - Jabatan Perdana Menteri
2) Datuk Joseph Entulu (Sarawak / PRS) - Jabatan Perdana Menteri
3) Nancy Shukry (Sarawak / PBB) - Jabatan Perdana Menteri
4) Datuk Idris Jala (Sarawak / Senator) - Jabatan Perdana Menteri
5) Datuk Anifah Aman (Sabah / Umno) - Luar Negeri
6) Datuk Fadilah Yusof (Sarawak / PBB) - Kerja Raya
7) Datuk Richard Riot (Sarawak / SUPP) - Sumber Manusia
8) Datuk Ewon Ebin (Sabah / Upko) - Sains, Teknologi dan Inovasi
9) Datuk Maximus Ongkili (Sarawak / PBS) - Tenaga, Air dan Teknologi Hijau
10) Datuk Douglas Uggah (Sarawak / PBB) - Perusahaan Perladangan dan Komoditi
11) Datuk Rohani Karim (Sarawak / PBB) - Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat
12) Datuk Shafie Apdal (Sabah / Umno) - Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
13) Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah / Umno) - Perumahan dan Kesejahteraan Bandar
http://www.malaysiakini.com/news/230266"
INFO DAN GEMPAK : Keajaiban ke 8 dunia !
Posted on Thursday, May 16 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
"
FAKTA TENTANG PM Najib
- Mempunyai "kuasa" untuk bangkitkan "hantu dari kubur" untuk mengundi pada PRU 13.
- Mempunyai pengundi dwi negara seperti Bangladesh,Indonesia,Mynmar dan Nepal.
- Mempunyai 70% dari 1.4 juta pengikut twitter palsu.
- Menjadi PM hasil menang PRU 13 pertolongan dari kerusi-kerusi bukan daripada manusia
Hebat kan !
INFO DAN GEMPAK : Keajaiban ke 8 dunia !
PRU 13 : Tak malu ke mereka berdua?
Posted on Thursday, May 16 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
"
Tak malu dan tiada maruah ke mereka berdua menipu rakyat dalam PRU 13. Sebelum PRU 13, ke sana ke sani canang tentang dakwat kekal.
Beli dakwat pakai duit rakyat
kemudian menipu.
Dakwat tidak kekal,
duit rakyat dibuang begitu sahaja,
hak rakyat dirampas,
kemudian bagi 1001 alasan bodoh
untuk menjawab penipuan dakwat
mereka berdua ingin memperbodohkan rakyat
tanpa menyedari diri sendiri bodoh jadi barua UMNO."
Ahli PAS dan UMNO di Rembau tunjuk jalan perpaduan
Posted on Thursday, May 16 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: amkns
"Rembau 15 Mei 2013 – Satu berita yang agak mengejutkan semasa perjumpaan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau malam tadi. Seorang Ketua UPU di sebuah kampung di DUN Kota mengatakan kampung mereka tengah panas sekarang ini. Semua yang hadir terkejut, ingatkan apa yang panas, ada ugutan terhadap ahli PAS ke dan sebagainya.
Diberitahu
kampung mereka sedang panas kerana masjid kariah di tempat mereka Imam 1
yang ahli UMNO, Bilal pun ahli UMNO malahan semua AJK yang ahli UMNO
ingin meletakkan jawatan. Mereka ingin melantik Imam, Bilal dan AJK dari
ahli PAS. Apa puncanya kenapa Imam, Bilal dan AJK bertindak demikian
tidaklah ditanya lebih lanjut.
Apa yang
diketahui ahli PAS dan pemuda PAS di kampung tersebut telah lama
memakmurkan masjid di kampung tersebut dengan solat jemaah walaupun
mereka tahu Imam, Bilal dan AJK masjid tersebut adalah ahli UMNO, kerana
pada mereka solat jemaah di masjid dan memakmurkan masjid Allah adalah
merupakan tanggungjawab seorang Islam tidak kira apa parti mereka.
Diharapkan
semua ahli PAS, terutamanya para pemuda PAS di Negeri Sembilan sentiasa
mengimarahkan dan memakmurkan masjid dengan solat jemaah dan menghadiri
kuliah ilmu hanya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Kepada
bekas Timbalan Presiden yang berasal dari DUN Kota, Rembau yang
sentiasa menghebohkan mengenai perpaduan PAS dan UMNO dan juga ahli ISMA
dengan slogan ISMA iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat"
belajar-belajar dari ahli PAS dan UMNO dari DUN Kota ini yang tidak
tinggi ilmu agama mereka , tidak banyak berseminar dan beretorik, tetapi
faham apa maksud sebenar perpaduan dan saling hormat menghormati antara
satu sama lain.
Perpaduan PAS dan UMNO
bermula dengan solat jemaah, bermula di masjid, bermula dalam kuliah
ilmu, bukannya bermula di Utusan Malaysia dan TV3.
Masjid
kariah mana di DUN Kota yang berlaku berita mengejut ini? Kita ada 24
masjid kariah di DUN Kota, bolehlah SB, pemimpin UMNO turun dari masjid
ke masjid selepas ini, bukan untuk menyiasat, tapi untuk memakmurkan
masjid-masjid di DUN Kota ini., terutama Menteri Belia dan Sukan yang
baru dilantik.
Teruskan mendapat berita semasa DUN Kota, Rembau di http://pas-n28-kota.blogspot.com
“Dan
berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu
sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua
ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara
hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi
jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah
Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” (Q.S. Ali
Imron ayat 103)
-surah al-Imran ayat
54; ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan mereka merancang, Allah juga
merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
'Satu rumah satu keluarga' jadi sasaran MB Kelantan Posted on Thursday, May 16 @ 16:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh Salmah Mat Husain
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menjadikan agenda untuk membina 'satu unit rumah untuk satu keluarga' sebagai agenda utama pentadbirannya.
Ahmad Yaacob (gambar) dalam sidang media pertama selepas mesyuarat Exco pertamanya berkata, dua anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK), akan dilantik sebagai peneraju utama
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini semalam.
Mesyuarat exco berkenaan adalah yang pertama selepas PRU 13 lalu melalui saf anggota exco kerajaan negeri yang baru.
Menurutnya lagi, buat peringkat awal ini kerajaan negeri memberi ruang kepada kedua-dua agen kerajaan negeri itu untuk mencari kawasan yang bersesuaian.
“Angka keseluruhan serta peringkat jajahannya akan diberikan secara rasmi oleh kedua agensi ini dan ianya juga akan diperakui oleh bahagian perumahan di bawah exco perumahan,”ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau turut berkata kerajaan negeri akan membuka tender terbuka untuk projek mineral di negeri itu sama ada emas, besi dan sebagainya.
Jelasnya, tander terbuka itu bertujuan untuk meningkatkan hasil yang lebih kepada kerajaan negeri.
“Pada masa yang sama kita juga akan kenal pasti kawasan tertentu, tidak semuanya untuk tander terbuka ini,”ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata sebanyak 2,000 unit rumah akan dibena.
Menurutnya, ia akan diselesaikan oleh anak syarikat PKINK, iaitu Syarikat Binaraya.
Menurutnya, ianya sebagai sasaran memenuhi hasrat kerajaan negeri melalui menifesto Pakatan Rakyat pada PRU 13 lalu.
“Sebanyak RM9 juta sebagai peruntukkan asas bakal disalurkan, manakala selebihnya akan dibiayai PKINK dan PMBK,”ujarnya.
'Satu rumah satu keluarga' jadi sasaran MB Kelantan
Betulkah tak betul marah kena tipu
Posted on Thursday, May 16 @ 08:38:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: anaabdullah
"Adakah ada manusia tak marah apabila kena tipu. Mustahil ada manusia yang tak marah setelah kena tipu.
Ada memang ada manusia yang tak marah apabila kena tipu, kerana malu dan takut di cap orang dirinya bodoh.
Tetapi lain halnya dengan sejarah yang berlaku sepenjang pilihanraya umum di Negara Malaysia ini, terutama sekali bagi mereka yang pernah jadi pemimpin umno dan kerajaan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri pasti tahu akan perihal tipu menipu ini.
Oleh itu, beliau ada hak untuk marah dan mengajak rakyat bangkit menentang penipuan yang berlaku pada PRU 13 lepas.
Atas sebab itu beliu dikatakan tidak redha dengan keputusan PRU 13 tempoh hari dan terimalah dengan seadanya.
Bolehkah dia redha dengan keputusan tersebut? Sudah tentu mustahil,kerana keputusan PRU 13 penuh dengan penipuan yang harus di tentang.
Islam tidak membenarkan umatnya menipu, malah Allah nyatakan penipu neraka tempatnya. Jadi tidak salah adakan himpunan mengajak rakyat marah PRU 13 lepas.
Marah rakyatlah punca PRU 13 lebih buruk berbanding PRU 12. Inilah yang menghantui fikiran pucuk kepimpinan umno.
Marah rakyat telah diterjemahkan dalam bentuk himpunan aman yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dan menjadi hak serta telah dibenarkan oleh perlembagaan Negara.
Yang silapnya himpunan tersebut tiada lesen yang menjadi syarat wajib oleh pihak keselamatan Negara (polis).
Tiada sebab mengapa mesti redha dengan keputusan PRU 13, sedangkan ia jelas suatu penipuan yang benar benar berlaku.
Anwar pasti arif dengan penipuan tersebut kerana beliau sewaktu berada dalam umno dan kerajaan dulu tahu. Mungkin beliau juga turut terbabit dengan siri penipuan PRU sebelum ini."
Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!
Posted on Thursday, May 16 @ 08:26:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: kamal_hasan
"Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
Samb:
Tanda-tanda-sakit-di-badan.
Lain Artikel menarik:
YB Nasharuddin Tantawi syor setiap seorang Hafiz
Penyanyi RAP Perancis peluk Islam dan berhijab"
Tengok nih! Kononnya MCA tak mahu jawatan dlm Kerajaan, bila ditawar sambar juga
Posted on Thursday, May 16 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh AnakSgDerhaka
Kononnya untuk memberikan pengajaran dan membuatkan pengundi Cina yang tidak menyokong BN pada PRU13 yang lalu menyesal kerana tida wakil berbangsa Cina dalam Kerajaan, pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan telah bersepakat untuk tidak menerima sebarang Jawatan dalam Kerajaan..
Malangnya cubaan mereka untuk membuatkan masyarakat Cina menyesal kerana tidak mengundi BN tidak menjadi sebagaimana yang mereka harapkan..
Ini kerana Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong dilaporkan akan mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor..
Nak salahkan dia sepenuhnya pun tak boleh juga.. sebab dia bertanding untuk berkuasa.. jadi bila dah diberikan kuasa takkan dia nak biarkan saja... sama sajalah dengan kebanyakkan ahli politik yang ada dalam negara ini...
JOHOR BARU: Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong merupakan salah satu daripada sembilan Exco Kerajaan Negeri yang mengangkat sumpah di sini pada Selasa.
Sebelum ini, MCA telah memutuskan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya parti itu tidak mencatatkan peningkatan daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya 2008 dalam pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.
Parti itu hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen sahaja berbanding 15 sebelum ini. Difahamkan pelantikan seorang wakil MCA dalam senarai Kabinet itu dibuat atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu wakil Cina dalam Kabinet Johor.
Tee akan mengetuai portfolio Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan ~ mStar
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan