Khamis, 16 Mei 2013

PERKASA DAH LEMAH...DAH TAK PERKASA LAGI...YANG MAHA GAGAH ADALAH ALLAH SWT...DALAM KAEDAH DAN PRINSIP..TIDAK ADA HALUAN KIRI DAN TAK DE HALUAN KANAN

Kawanku Azizan Razak
Posted on Thursday, May 16 @ 06:51:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh Subky Latif



PAGI itu saya menerima beberapa panggilan bertanyakan, ‘Benarkah Ustaz Azizan (Abdul Razak) sudah mati?’

Saya tiada maklumat. Dari anak saya yang bercakap dengan anak Ustaz Azizan, dia koma tetapi menurut doktor adalah stabil.

Saya bergegas ke  Pulau Pinang berada di sisinya sebelah malam, empat jam selepas rombongan Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertua Pulau Pinang menziarahinya.

<img src="http://inksensei.files.wordpress.com/2012/01/azizan2brazak2b1.jpg" border="0" width="350" height="447" style="float: left; margin-left: 5px; margin-right: 5px;"/>Dia sudah begitu sejak sebelum Subuh tadi. Saya pinjam kata-kata Tun Abdullah Badawi semasa menziarahi  Ustaz Fadzil Noor di HUKM Bandar Tun Razak dulu, ‘Dia dilihat  tidur.’

Kedua kakinya dilihat hitam. Kuman kencing manis di luka kuku kakinya sudah naik ke lutut. Nasihat doktor ia mesti dipotong bagi menyelamatkannya. Wasiatnya kepada warisnya dan setiausaha politiknya, ‘Jangan potong kaki (nya)!’

Kawanku itu menghadapi dua ujian besar. Pertama kerajaan Kedah pimpinannya kalah kepada BN ketika dia sudah berada di hospital setelah memberikan penuh masa dan tenaga sepanjang kempen, tanpa pedulikan yang dia adalah uzur.

Kurang dari 24 jam setelah hilang kerajaan negeri, dia diuji supaya dua kakinya akan  hilang.

Meskipun kerajaannya kalah semangat dan kesabarannya tetap tinggi menghadapi ujian itu. Dia sempat berpesan kepada Datuk Mukhriz, penggantinya dengan riang dan bergurau.

Semangatnya tetap tinggi menghadapi penyakit jantung dan kencing manisnya pada tahap kritikal. Semua tahu badannya cukup uzur tetapi otaknya tetap berjalan laju. Sepanjang musim kempen dia memberikan tenaga yang semaksimanya.

Semasa kempen itu  dia sudah demam, tetapi tidak dihiraukannya penyakitnya. Diutamakannya perjuangan dari bahaya penyakitnya.

Semangatnya jatuh apabila  doktor memberitahu, kedua kakinya mesti dipotong. Ditambah penat perjalanan ambulans dari Alor Setar ke Pulau Pinang menjadi musibab dia pana.

Doktor tidak dapat menunggu lama untuk menyelamatkannya sebelum kuman naik ke lain bahagian. Ustaz Abdul Hadi Awang menziarahinya sehari kemudian.

Saya diberitahu, Ustaz  Hadi menasihatkan keluarganya supaya akur atas nasihat doktor. Menyelamatkan kakinya seperti tidak menyelamatkan usianya.

Pejuang memberi jiwa raga demi perjuangan. Ustaz Azizan sudah mengorbankan kedua kakinya untuk perjuangan. 48 jam sebelum kakinya dipotong dia masih di pentas perjuangan bersama rakyat.

Ketika dia masih berkhidmat di UKM kerajaan Dr. Mahathir membentuk MAPEN – Majlis Perundingan Ekonomi Negara. PAS diperuntukkan lima orang. Saya ditugaskan menyampaikan nama-nama itu kepada urusetia Mapen. Kami telah tetapkan seorang daripadanya adalah pakar ekonomi Islam dari UKM. Tetapi tiada maklumat daripadanya. Saya tanya Ustaz Fadzil apakah boleh tempat itu diganti dengan Ustaz Azizan. Jawapan Ustaz Fadzil, ‘Ia pilihan yang baik.’

Mulai dari saat itu dia mencebur penuh masa dengan PAS dan akhirnya Ustaz Fadzil memillihnya untuk menggantikan dirinya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Banyak yang diwarisinya dari Ustaz Fadzil termasuklah penyakitnya – jantung dan kencing manis.



Rupanya Najib di Tipu oleh CyberTropper UMNO!!
Posted on Thursday, May 16 @ 06:47:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Sebelum pilihan raya umum ke-13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia berdasarkan laman pemantau internet "Sosialbakers".

Najib ketika diminta mengulas tentang pemantauan itu berkata "11 itu nombor kegemaran saya... hari ini mungkin lebih tinggi" kerana followernya di twitter kini 1.5 juta.

Berita digemburkan oleh media UMNO untuk menunjukkan kehebatan NAJIB!

Hari ini, sebuah majalah Australia membuat dakwaan bahawa lebih 70 peratus followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.

Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.


WAH BENAR KATA NAJIB NOMBOR AKAN NAIB... Najib 8 tokoh politik dunia yang ramai pegikut di twitter... tapi semuanya HAMPAS!!

“Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May 3 lalu.

Bayangkan 3 Mei NAJIB ada 1.4 juta pengikut. Hari ini saya semak Najib ada 1.5 juta pengikut.

Ini semuanya kerja CYBERTROPPER UMNO, boleh tingkatkan pengikut 100,000 ribu dalam masa 12 hari sahaja!!!

Saya tak salahkan NAJIB.
Ini semua kerja JAHAT pengampu beliau.

NAJIB "BAHANG BODOH" JUGAK!!!


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


Senarai Penuh "Kabinet Berimbang" atau Kabinet Rambang, Mana orang-orang PERKASA??
Posted on Thursday, May 16 @ 06:46:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berita
OLeh TKOOffline


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan Kabinetnya yang baru dengan memasukkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala P Waythamoothy pemimpin Hindraf sebagai Timbalan Menteri.



Ramai yang mengulas selepas pengumuman ini sebagai 'kabinet berimbang' tapi bagi saya ini adalah kabinet "rambang" pasal seorang pemimpin Hindraf telah di RASUAH politik secara tidak bermaruah bagi memastikan BN meneruskan pemerintahannya. HINDRAF telah gadaikan maruahnya!!



Pemimpinan India ini telah mendapat tempat, mana pergi pemimpin PERKASA dalam kabinet RAMBANG ini??

Mana semangat perjuangan orang-orang Melayu di bawah PERKASA? Tiada seorang pun dilantik untuk menjadi sanator untuk mengimbangi kabinet NAJIB?? Malang sungguh nasib mereka sekadar tangga untuk pijakan sahaja.

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib
Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

Menteri Kewangan II
:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan  (Umno)                             
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II:
Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I:
Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II:
P Kamalanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan:
Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)                                                 
Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Menteri Pengangkutan:Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)  
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan:
Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)
Menteri Luar Negeri:
Datuk Seri Anifah Aman  (Umno)                                           
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)
Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)
Menteri Kesihatan:
Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)
Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)                                 
Timbalan:
Datuk M Saravanan (MIC)

Menteri Sumber Manusia:Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan:
Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan:
Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri  (Umno)               

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
                          
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:Datuk Seri G Palanivel
Timbalan:
Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:Datuk Seri Maximus Ongkili 
Timbalan:
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan:
Datuk Alexander Nanta Linggi  (PBB)                

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan:
Datuk Halimah Sadique (Umno) 
Menteri Komunikasi dan multimedia:Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan:
Datuk Jailani Johari (Umno)
Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com 


 Skuad Tempur PRU13 yang menakjubkan
Posted on Thursday, May 16 @ 06:43:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: modayu

"

'Sedih aku lepas ni kita sudah tidak bersama lagi'. Kata pa kepada rakan2 dipondok panas malam tadi.

'Kenapa sedih plak pa?'. tanya baharin kepada pa kehairanan.

'Skuad tempur kita kini terpaksa berpecah'. jawab pa sambil menunduk kepalanya. 'Setiap malam kita 'menyerang' lawan tanpa penat dan keluh, kini kita terpaksa berpisah dan setiap malam aku akan merasa sunyi tanpa kalian'. sambung pa lagi.

'Sebagai seorang pejuang, kita kena kuat pa, ini baru yg ke13, kita kuatkan azam untuk yang ke14 plak!'. tinggi suara jali memberi semangat kepada rakan dan jirannya itu.
'Kita mesti bekerja kuat untuk mancapai kemenangan walaupun memakan masa yang lama lagi'. berkobar2 baharin memberi semangat.

Hampir setiap malam pasukan gerak gempur dari subang 2 appartmen matahari melakukan tugas-tugas mereka tanpa kenal penat dan jerih. Walaupun pasukkan kita kalah kali ini, tapi semangat juang terus membara sehingga mereka beria2 untuk berjuang sehingga PRU yang ke 14 nanti.

Sakasikanlah bagaimana mereka meraikan kekalahan calon mereka di DUN kota damansara walaupun sebenarnya pasukkan PR boleh menang mudah disini tetapi disebabkan salah faham diantara parti menyebabkan PR kalah percuma ditangan BN.
Dengan mengumpulkan duit sesama ahli, pasukkan skuad tempur ini telah bergotong royong membuat jamuan sesama mereka dengan disaksikan oleh bekas calon DUN kota damansara iaitu ust ridzuan. Meriah melihat kerjasama yang diberikan oleh mereka semua. Kita bersatu dibawah rembulan..video ini sebagai bukti bagaimana mereka sanggup mati ditangan musuh2 negara2.

 

semoga kalian mendapat limpahan pahala dan keberkatan disebabkan keikhlasan anda semua untuk berbakti demi menjayakan sebuah perjuangan yang masih panjang.
Kita jumpa lagi di PRU14 dengann misi dan strategi yang lebih jitu dan hebat.
wallahuaklam
md daud yusri alhutan melintangi
Inginkan power bank yang tidak mengenakan interest malah memberi anda lebih kuasa untuk keperluan gadjet anda berjenama Energizer yang tulen. Tahan lama dan amat berkuasa. Dapatkannya di www.dadiydoo.com (energizer) , fardhu kifayah compliance partner.



  Mukhris Imam solat?
Posted on Wednesday, May 15 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..
mukhriz_explainsAgak menarik peristiwa yang berlaku di Kedah sejak selesai PRU 13.Bekas MB dikerjarkan ke Hospital dan berita angin mula tersebar bahawa beliau telah meninggal dunia.Tetapi kemudiannya umur beliau masih dipanjangkan ALLAH dengan ujian yang agak berat  juga, kakinya terpaksa di potong.Siapa agaknya yang sebarkan khabar angin itu? Lebih menarik apabila keluar berita MB sekarang Mukhris mengadakan solat hajat mendoakan kesejahteraan Ust Azizan dan bersama sama berita itu ialah khabar susulan yang mengatakan Mukhris berjubah dan berkopiah putih serta mengimamkan solat.

Menarik kerana perubahan karektor dan lifestyle yang mengejutkan seolah olah perubahan itu berlaku overnite sahaja.kalau betul begitu syabas Mukhris yang mungkin mendapat hidayah ALLAH seperti cerita cerita hidayah yang pernah kita dengar.Tapi jangan lupa Mukhris itu datangnya dari UMNO yang pragmatis!Orang yang pragmatis sentiasa menghidu peluang dan sentiasa bersedia menjadi sesumpah mengikut keadaan.Kalau keadaan sekarang rakyat lebih menumpukan kepada seruan ugama, maka orang yang pragmatis akan turut serta kalau ada kesempatan.Kalau satu hari nanti rakyat mahukan k-pop melebihi kemahuan ugama, maka pada masa itu k-pop akan menjadi pilihan pragmatis.
Tiba tiba boleh menjadi Imam solat seuatu yang agak luar biasa dengan Mukhris  yang sebelum ini lebih cenderung kepada lifesytle kebarat- baratan.Agak menghairankan kita kalau Muhkris boleh menghafal ayat ayat lazim untuk dibacanya semasa menjadi Iman, bukan mahu mempersendakannya tetapi pengalaman saya sendiri yang bersungguh sungguh untuk belajar menjadi Imam yang baik tidak pernah kesampaian.Menghafal ayat ayat lazim tidak semudah yang difikirkan bagi seorang yang terdidik secara sekular seperti saya, sebab itu saya tabik kepada Mukhris kalau  benar benar dia menjadi Imam yang baik mengambil kira pendidikan sekular yang dimilikinya.
Itu belum masuk bab khatam Quran lagi.Kalau Tan Sri Muhammad Taib sudah khatam Quran tetapi masih belum mampu menghafal surah surah atau mana mana ayat dengan baik(saya membuat kesimpulan berdasarkan ceramah beliau), di mana Mukhris? Setakat ini saya belum pernah mendengar mana mana pemimpin UMNO kecuali yang pernah menjadi menteri ugama dan ulamak mudanya membaca quran dan doa  termasuk Mukhris.
Itupun belum masuk lagi bab kedudukan Mukhris dalam jemaah yang menolak hukum ALLAH dan kedudukannya dalam syarikat Arak milik abangnya Mirzan(saya tidak pasti mengenainya).kalau benar benar Mukhris mahukan ugama didahulukan dalam semua aspek kehidupan, dia tidak akan duduk dalam UMNO, apa sekalipun alasannya.Islam tidak membenarkan penipuan, di mana kedudukan Mukhris dalam penipuan besar besaran UMNO dalam PRU 13?
Apakah dia mengaku ada penipuan dan menentangnya? Saya menyarankan kepada semua agar tidak terpesona dengan penampilan Mukhris yang tiba tiba berubah kerana kemungkinan besar ianya hanyalah kerana pragmatis UMNO.Bak kata TGNA , orang yang berfaham kebangsaan  hanya cuba mengkaburi rakyat dengan penampilan Islamya. Begitu juga tak usah cepat terpegun melihat Mukhris memakai Jubah tanpa serban!


 Tokoh berhaluan kiri - Nik Abdul Aziz
Posted on Wednesday, May 15 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: cosanostra

"Nik Abdul Aziz bin Nik Mat namanya. Seorang hambaNya yang sangat zuhud dan merendah diri. Kata-katanya selalu disalah tafsirkan oleh penentangnya. Beliau adalah antara tokoh Ulama yang diiktiraf dunia Islam. Beberapa tahun lepas aku berkesempatan duduk di hadapannya ketika beliau sedang berehat-rehat di rumah seorang ketua cawangan parti Islam terbesar di Malaysia.

Jarak antara aku dengannya hanyalah kurang dari 7 kaki. Aku betul-betul berada dihadapannya tanpa sebarang halangan & tanpa sebarang protokol. Memang dah lama aku ingin menatap wajah seorang hamba kepada yang Maha Perkasa dari jarak dekat. Segala puji hanya untuk Allah kerana izinkan aku berada dekat dengannya.

Nik Abdul Aziz hanyalah manusia biasa yang hidupnya penuh kesederhanaan dan. Disebalik status sebagai manusia biasa itu, Nik Abdul Aziz adalah seorang manusia yang telah Allah kurniakan kelebihan sebagai seorang pemimpin masyarakat yang baik.

Jika nak aku ceritakan mengenai Nik Abdul Aziz ini, rasanya tak perlu. Anda semua sedia maklum siapakah dia dan bagaimana kehidupannya. Cari saja di Google pasti akan jumpa. Kini Nik Abdul Aziz tidak lagi menjadi seorang ketua negerinya. Menurut Nik Abdul Aziz, kini adalah masanya Nik Abdul Aziz menyerahkan pentadbiran negerinya kepada generasi baru. Nik Abdul Aziz perlu berehat. Sudah bertahun tahun Nik Abdul Aziz berkhidmat untuk agamanya dan untuk rakyat negerinya. Nik Abdul Aziz berjaya membangunkan sebuah negeri yang mengamalkan ciri-ciri Islam di Malaysia ini.

Rasanya tiada lagi yang hendak aku ceritakan mengenai insan yang bernama Nik Abdul Aziz ini. Google banyak menyimpan ceritanya dan carilah di sana. 

Dari:  http://shutterblast.blogspot.com/


 Wacana Siri Ke20: Pasca PRU13, Ke Mana Haluan Politik Melayu
Posted on Thursday, May 16 @ 01:02:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Sinar Harian

 

 

 







Seorang kanak-kanak Perempuan Dijahit Mulut
Posted on Wednesday, May 15 @ 20:27:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenjualCendol

China – Seorang kanak-kanak di Wilayah Guizhou mengalami penderitaan yang teruk selepas didera oleh bapanya termasuk dibiarkan kelaparan dan dijahit mulut dengan tali pancing.

Perbuatan tersebut terbongkar selepas penduduk menemui Xiao Li, 11, merayau-rayau di jalan.

Ketika ditemui, Xiao Li bercakap seorang diri dan takut apabila orang ramai ingin mendekatinya.

Mereka kemudiannya melaporkan kepada polis dan bapanya akhirnya ditangkap.

Dia mengaku melakukan penderaan tersebut yang mengejutkan penduduk di perkampungan berkenaan.

Ketika diperiksa oleh doktor, Xiao Li telah memaklumkan kepada doktor mengenai penderitaan yang dialaminya.

Selain dijahit mulut, dia juga dipaksa melutut di atas lantai yang dipenuhi dengan gelas yang pecah dan turut digantung dengan kaki ke atas, sebelum dipukul dengan tali dan rotan.

Bahagian badannya pula dipenuhi dengan parut kesan melecur serta bekas suntikan jarum di samping mengalami kekurangan zat.

Xiao Li pernah beberapa kali melarikan diri ke rumah neneknya namun dia akan dipukul sebaik sahaja bapanya menangkap dia.

Dalam pada itu, ketua polis daerah, Fang Xuping, berkata, dia dan anggotanya berasa curiga selepas mendapat laporan daripada penduduk pada bulan Oktober lalu.

“Kami kemudiannya telah pergi ke rumah budak itu dan mendapati kulit kepalanya kemerah-merahan, manakala sebahagian rambutnya dicabut. Namun kecederaan itu tidak serius,’’katanya.

Beliau memberitahu, polis kemudiannya telah menyoal bapa budak tersebut, yang mempunyai empat anak yang lain.

“Bapanya juga mengaku menggunakan air panas untuk merawat kutu di kepala anaknya itu,’’ katanya.

Xiao Li kini dirawat di hospital dan kos perubatannya ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan.

Selain itu pihak berkuasa juga sedang mencari seorang penjaga untuk Xiao Li memandangkan neneknya telah uzur.

Susulan kes penderaan ini, kerajaan akan menjalankan pemeriksaan ke atas kanak-kanak di kawasan berkenaan bagi mengelakkan insiden sama berulang.


......
http://penjualcendol.blogspot.com




Tiada ulasan: