Jumaat, 10 Mei 2013

TAK BOLEH KE TINGGALKAN BUDAYA FITNAH NI...NAK TERUS MENERUS DIKUDAKAN OLEH SYAITAN...BUKAN ITU SAJA ...AKAN BERSAMA2 SYAITAN DALAM NERAKA...GITU2LAH KALAU BUTA AGAMA...DAN TAK PI NGAJI DISURAU ATAU MASJID

Pakatan sahkan Khalid MB Selangor

Harakahdaily, 10 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu, lapor Malaysiakini.

Namun, oleh kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

PKR tubuh dua JK kendali pasca PRU 13

Harakahdaily, 10 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PKR menubuhkan dua penal untuk menguruskan pasca PRU 13 iaitu Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) dan pengurus gelombang #black505 di seluruh negara.

P4 diketuai oleh Rafizi Ramli (gambar kiri) manakala #black505 diketuai oleh anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (gambar kanan).

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul," kata Rafisi dalam kenyataannya hari ini bagi mengulas perjalanan #black505 yang berjalan dengan baik.

Bagi beliau, perhimpunan #black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihanraya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih seratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.

Bagi Rafizi yang memenangi Parlimen Panda baru-baru ini, tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.

Oleh itu, gelombang #black505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara. Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:

Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam

Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh

Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)

Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)
"Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa simbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihanraya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan SPR," katanya.

Menurut Rafizi, penal yang diketuai beliau akan mengumpulkan segala bukti penyelewengan PRU 13.

"Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihanraya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihanraya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka.

"Saya akan menghuraikan skop tugasan dan mekanisme dalam satu siding media pada jam 9 pagi, Isnin 13 Mei 2013 di ibu pejabat KEADILAN," katanya.

Buat masa ini, kata Rafizi, sebarang bukti dan maklumat mengenai penipuan boleh dihantar kepada siasatpru13@gmail.com.

Pemuda PAS Kelantan ucap tahniah kepada MB baru

Harakahdaily, 10 Mei 2013
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Negeri Kelantan yang telah dilantik sebagai Menteri Besar selepas mengangkat sumpah pada 6 Mei 2013 yang lalu.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan  Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun bermula tahun 1990.

"DPPNK menyifatkan pemilihan beliau sebagai Menteri Besar sangat tepat dalam usaha untuk mengekalkan kepimpinan ulama yang telah bermula di Kelantan dengan kepimpinan Tuan Guru pada tahun 1990," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar).

Pada DPPNK, kata Abdul Latif, kepimpinan ulama inilah yang menjadi teras sokongan masyarakat kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk terus menerajui negeri Kelantan untuk penggal keenam berturut-turut.

Datuk Ahmad Yakob selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat merupakan sosok yang paling sesuai di dalam meneruskan agenda Membangun Bersama Islam yang menjadi teras dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Justeru, katanya, DPPNK bersedia untuk menyumbang dalam segenap segi yang diperlukan ke arah memperkasakan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru ini.

DPPNK yakin, sokongan dan kepercayaan rakyat tidak akan berbelah bagi kepada kerajaan negeri Kelantan sekalipun Tuan Guru telah berundur diri dari tampuk kepimpinan.

Dalam hal ini, dasar dan teras yang telah diletakkan sebagai asas oleh Tuan Guru sepanjang 23 tahun mentadbir negeri Kelantan pastinya akan terus menjadi garis panduan dalam pentadbiran yang baru.

"Tahniah dan selamat bertugas sekali lagi DPPNK rakamkan untuk Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan Darul Naim," kata Andul Latif.

Ummi Hafilda model produk kulit gebu persis bayi

Milo Suam, 10 Mei 2013

BARANGKALI Ummi Hafilda sudah insaf dan tak mahu lagi menjaja fitnah untuk menyara hidupnya maka dia dan suami Pakistan yang baru dikahwini kini memulakan perniagaan produk memutihkan kulit.

Lebih menarik Ummi Hafilda sendiri menjadi model produk tersebut. Salah seorang sahabat memaklumkan iklan produk itu ada disiarkan di akhbar. Gua tertarik dengan tagline "Gebu persis bayi" yang digunakan.

Eloklah meniaga sebab kalau Ummi nak berceramah menyerang Anwar lagi macam dulu pun sudah tidak ada orang nak dengar cerita dia.

Klik untuk baca laporan penuh

Puad Zarkashi bengang sama cikgu

Omak Kau, 10 Mei 2013

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Dr Mohd Puad Zarkashi telah sedih pilu semenjak tewas mengejut di Parlimen P150 Batu Pahat ditangan calon PKR/PR Dato' Mohd Idris Jusi dengan majoriti 17,32 undi.

Untuk menambah luka kepada duka nestapanya ialah apabila anak nya yang masih bersekolah Rendah di Putrajaya memberitahu beliau Cikgu kelasnya bertanyakan " BILA NAK TUKAR SEKOLAH KE BATU PAHAT, BAPA AWAK SUDAH KALAH".

Begitulah nasib yang menimpa pemimpin-pemimpin UMNO ni beb!!!... Masa berkuasa dijulang dan dipuji ampu bodek...Bila semuanya itu hilang.. Pandang sebelah mata pun tak mau.

Klik untuk baca laporan penuh

Rahsia kenapa Umno kalah banyak di Terengganu pecah

Omak Kau, 10 Mei 2013

(Inilah rupanya rahsia kenapa Umno kalah di Terengganu...Mok kite maroh pakoh Umno)

Semua pihak tertanya-tanya apakah puncanya Umno teruk dalam pilihan raya ini di Terengganu.

Dari analisis yang dibuat serta diakui sendiri oleh MB Terengganu kemenangan amat tipis UMNO di Terengganu disebabkan para pengundi anak-anak muda memihak kepada PAS/PR dan tolak UMNO/BN.

Majoriti anak-anak muda dan pengundi baru memberikan sokongan padu kepada PAS/PR pada PRU kali ini.

Klik untuk lihat laporan penuh blog ini.

SMS fitnah: Salahudin minta penjelasan Celcom

Anis Nazri, 10 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa syarikat telekomunikasi, Celcom memberi penjelasan berhubung penggunaan nombor telefon beliau oleh pihak tertentu yang menyebarkan sms berbaur perkauman.

Tambah Salahuddin, beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa bukan calang-calang orang yang boleh melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya gesa Celcom untuk memberi penjelasan bagaimana nombor saya boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan sms berbaur perkauman, kelmarin, sedangkan ia bukan daripada saya," kata beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sehubungan itu, Salahuddin turut membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu, tengah malam  tadi sejurus beliau selesai berceramah di Kota Bharu.

Beliau turut dipanggil untuk memberikan keterangan kira-kira setengah jam oleh pihak polis pagi tadi, dan dalam masa sama menggesa polis segera membuat siasatan berhubung kes itu.

Kelmarin, Salahuddin menerima sms dari beberapa nombor yang memarahi beliau ekoran kononnya beliau menyebarkan sms berbaur hasutan dan perkauman melalui nombor telefon bimbitnya.

Sms itu berbunyi 'cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal. Chinese are not the king maker. Sekarang masa melayu bersatu untuk ajar cina, sebarkan.'

Bagaimanapun Salahuddin menafikan sms itu dihantar oleh pihaknya dan meminta Celcom untuk menghentikan khidmat panggilan keluar dari telefon bimbitnya buat sementara waktu.

Selain Salahuddin, turut menjadi mangsa ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan menyebar mesej "mampus melayu...hidup cina.."

Beliau dikatakan akan membuat laporan polis berhubung kes itu.

Jangan Mudah Melemparkan Tuduhan Jahat dan Melabel Para Pendakwah.

Posted by on 28 September 2012
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
Kepada golongan yang celupar mulut dan mudah membuat hukuman sendiri sewenang-wenangnya sebelum meneliti… anda sepatutnya lebih menghayati arahan husnu zann & tidak semberono, tidak gopoh, mestilah tabayyun (tanya & selidik dulu) dan lain-lain sifat seorang muslim yang sebenarnya. Jangan mudah membuat tanggapan seseorang itu murtad, melaknat, mencaci dan mengata sesama muslim tanpa dalil dan bukti yang jelas dan sahih.
Ataupun jangan mudah melabelkan orang yang tidak sefahaman dan sependapat dengan kita sebagai sesat, finnar, menyalahi manhaj dan sebagainya.
Sikap  orang beriman telah diajar oleh Allah swt ketika menerima berita:
لَولا إِذ سَمِعتُموهُ ظَنَّ المُؤمِنونَ وَالمُؤمِنٰتُ بِأَنفُسِهِم خَيرًا وَقالوا هٰذا إِفكٌ مُبينٌ
{Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata}  [An-Nur: 12]
Menuduh orang murtad tanpa pendakwaan & penjelasan adalah suatu jenayah yang besar, kerana  tuduhan ini akan kembali semula kepada si penuduh sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW:
 صحيح البخاريعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال
((إِذَا قَالَ الرَّجُلُ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ! فَقَدْ بَاءَ بِهِ أَحَدُهُمَا))
Bermaksud: “Sesiapa yang berkata kepada saudaranya: Wahai orang kafir! Akan kembali kepada salah seorang mereka.” [HR Bukhari].
Iaitu jika orang yang dikatakan kafir itu bukan kafir sebenarnya, maka sifat itu akan kembali kepada penuduhnya.
Peringatan buat penyebar fitnah:
Rasulullah SAW juga telah bersabda yg bermaksud: 
“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang MUFLIS?” Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w ialah dengan cara komunikasi dua hala (two ways communication) iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.
Para sahabat menjawab: “MUFLIS dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (asset)”. Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.
Lantas Rasulullah s.a.w. menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang dimaksudkan. Baginda bersabda: “Orang yang MUFLIS dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!” (Riwayat daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim dalam Kitab Melakukan Kebaikan dan Silaturrahim, bab Larangan Melakukan Kezaliman (no 2581).

Isu tentang tuduh-menuduh dan kafir mengkafir ini, Abu Anas telah membuat beberapa penjelasan di dalam kuliahnya.
Sila Lihat video ini: 

FITNAH AKHIR ZAMAN, Mencerca Ulama’ & Hilang Adab dakwah dan khilaf:
FITNAH [Fikrah Khawarij]; BAGAIMANA MENGHADAPINYA:
Adab Berikhtilaf / khilaf – Berbeza Pandangan
Fitnah Melabel Orang Dan Kesannya ke atas Perpecahan Umat:

Bahaya Fitnah

01 Sep 2007 | Religion | by |
Saya terbaca tazkirah ini pada laman web Belia Islam, dan merasanya cukup relevan berikutan beberapa peristiwa baru-baru ini:
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

BAHAYA FITNAH

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api

SUMBER: BLOG NIK NAZMI NIK AHMAD
 
Tiada ulasan: