Jumaat, 10 Mei 2013

NALURI MANUSIA MEMANG SUKA YANG BAIK2..BAIK MAKANAN...MINUMAN...BEGITU JUGA PASANGAN...SUAMI YANG BAIK....ISTERI YANG BAIK...DLL YANG BAIK2...BEGITU PEMIMPIN JUGA PEMERINTAH...JIKA PILIH YANG SEBALIKNYA...MAKNANYA JIWANYA KACAU...MATANYA KERO ATAU BUTA...TELINGA PEKAK...AKAL TAK RETI MEMBEZA YANG MANA BAIK ATAU SEBALIKNYA...ORANG MACAM NI TERUK DISISI ALLAH SWT

Cina tolak BN, mahu pemimpin lebih baik

Jofri Jaraiee, 10 Mei 2013
BN menyalahkan pengundi Cina sebab banyak kawasan BN di bandar tumbang dalam Pilihanraya Umum ke13 tahun ini.

Walaupun BN memainkan isu Hudud tetapi pengundi Cina mempunyai matlamat hendak menukar kerajaan sekarang sebab itulah mereka bertekad untuk mengundi semua calon PR (Pakatan Rakyat) tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebagai contoh, majoriti pengundi Cina memberi sokongan padu kepada calon PAS di Sibuti tetapi kawasan Bumiputera masih lagi tetap setia dengan BN kecuali kawasan Dayak yang memang ada masalah tanah.

Antara faktor lain kekalahan calon PAS adalah pengundi kawasan pedalaman telah disogok dengan duit oleh pihak tertentu. Ada juga diantara mereka yang takut keluar mengundi calon PR sebab mereka takut dipulaukan oleh penduduk kampung yang kuat menyokong BN.

Selain dari isu-isu tersebut, ada sesetengah rumah panjang dan kampung melarang PR berkempen dalam kawasan mereka. Walaupun laporan polis dibuat tetapi mereka macam tidak ambil peduli akan tindakan yang akan diambil keatas mereka. Media massa seperti TV, Radio dan surat khabar semuanya berkempen untuk BN siang dan malam tanpa henti sehingga hari pengundian.

Risalah-risalah yang memburukkan dan memfitnah PAS disaat akhir juga bertebaran ke seluruh pelusuk kampung sehingga ada sesetengah penduduk terpengaruh dengan fitnah tersebut.
PR langsung tidak diberi peluang untuk memperjelaskan atau menerangkan hal sebenar kepada pengundi melalui TV, Radio dan surat khabar kecuali suratkhabar Cina yang lebih terbuka tetapi tidak dibaca atau difahami oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera.

Surat khabar Cina lebih terbuka dari surat khabar Melayu yang langsung berkempen untuk BN sehingga orang Melayu dan Bumiputera tidak tahu menilai sesuatu berita sebab laporan yang berat sebelah. Kebanyakan pengundi Melayu lebih percaya kepada laporan berita dalam TV dan Radio  dari mendengar sendiri penjelasan dari pihak PR.

Oleh kerana orang Melayu dan Bumiputera yang kurang maklumat dan selalu disogok dengan berita yang berat sebelah setiap hari maka mereka tidak dapat menilai sesuatu berita dengan baik.

Apabila PR hendak mengadakan ceramah di kawasan penduduk Melayu ada pihak-pihak tertentu yang menyekat supaya orang Melayu jangan mendengar penjelasan dari pihak PR dan mereka lebih suka orang Melayu hidup di alam fantasi tanpa ilmu pengetahuan.

Kemenangan PR banyak mendapat sokongan dari masyarakat Cina yang banyak membaca perkembangan semasa tanpa sebarang sekatan. Orang Melayu dan Bumiputera banyak disogok dengan berita yang mengampu BN sehingga mereka tidak dapat menilai kebenaran berita yang mereka terima terkecuali orang Melayu yang terpelajar dan mereka yang menerima berita dari sumber lain seperti internet dan sebagainya.

Orang Cina yang banyak membaca isu-isu dan perkembangan semasa menyebabkan mereka berpengetahuan dan bijak memilih pemimpin untuk masa depan negara. Selagi orang Melayu dan Bumiputera bergantung hayat dengan subsidi kerajaan BN, selagi itulah BN akan terus memperhambakan bangsa Melayu dan Bumiputera.

Pertandingan yang tidak adil dan berat sebelah dalam Pilihanraya Umum di Malaysia boleh menghalang atau memandulkan demokrasi dalam negara ini.

Pihak pembangkang langsung tidak diberi ruang yang sama rata dengan BN di mana segala jentera kerajaan digunakan sesuka hati oleh pihak BN tanpa sebarang sekatan. Walaupun PR dapat membentuk kerajaan tetapi mereka berjuang bersama rakyat bukan dengan jentera kerajaan.

Inilah antara faktor-faktor yang menyebabkan BN terus berkuasa sebab BN menggunakan duit untuk membeli undi di saat akhir hari pengundian.

Kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli, penyokong dan pengundi PR dalam PRU13 ini yang banyak berkorban masa, tenaga dan membantu PAS sehingga ada diantara mereka yang menjadi mangsa kezaliman pihak tertentu kerana menyokong kita.

Kita akan pastikan agar segala janji-janji BN untuk rakyat ditepati dan jangan dikhianati. Pemimpin BN wajib menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Walaupun kita belum menang kali ini tetapi kita berkempen secara bermaruah tidak merasuah dan tidak mengugut pengundi untuk menyokong kita. Sepandai-pandai BN menipu rakyat, suatu hari nanti pasti akan jatuh juga ditangan rakyat.


*Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak

 Apa Dah Kena Dengan PKR?
Posted on Friday, May 10 @ 09:13:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: NyorPandan

"SELEPAS PRU 12 dulu sesetengah puak  PKR yang jadi masalah. Menang, lepas tu lompat parti seperti apa yang beraku di Perak. Sekarang ini nampaknya ada pula khabar-kahbar angin yang beberapa ahli Parlimen PKR akan keluar parti kerana ketidakpuasan hati jika Tan Sri Khalid dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada pendapat saya sesetengah ahli Parlimen PKR ini, fikirannya masih lagi macam puak-puak UMNO yang lebih utamakan kuasa dan pangkat, bukannya kemahuan rakyat. Sepatutnya puak-puak PKR ini kerana belajar dari rakannya PAS dan DAP. Dikalangan pimpinan PAS atau DAP ada juga perselisihan faham, tapi taklah riuh sampai ugut nak keluar parti. Mereka akur pada pucuk pimpinan dan suara majoriti rakyat.

Bagi PAS dan DAP pula, sekiranya masalah dalaman PKR terus berkecamuk, ada baiknya mereka lupakan saja PKR dan tubuh satu pakatan baru. Biarlah PKR bersendirian. Masa inilah nak fikir pun. 


"Puad Zarkarshi kalah PRU, anak dihentam guru!!
Posted on Friday, May 10 @ 09:11:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"PuadZarkashi

Itulah yang berlaku kepada yang kalah. Nampaknya bekas Timbalan Menteri Pelajaran Dato’ Dr Mohd Puad Zarkashi terpaksa mengadu kepada Bernama kesedihannya. Sedih kerana kalah mengejut di Parlimen Batu Pahat ditangan calon PKR/PR Dato’ Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1 732 undi.


Lagi sedih dan duka apabila anaknya yang bersekolah rendah di Putrajaya memberitahu beliau Cikgu kelasnya bertanyakan ” BILA NAK TUKAR SEKOLAH KE BATU PAHAT, BAPA AWAK SUDAH KALAH”.
Guru yang anginnya masih belum baik kerana deman PRU bertanya sedemikian kerana bapanya dah tak menjadi Timbalan Menteri Pelajaran. Marah benar guru tersebut dengan Puad. Ramai juga warga pendidik yang tidak gemar cara Puad  mentadbir urus Kementerian Pelajaran sebagai Timbalan Menteri.
Rasanya tak sepatutnya guru tersebut menyindir sedemikian kalau pun dah menyampah dengan bekas Timbalan Menteri tersebut, apatah lagi budak itu masih di sekolah rendah. Tak sepatutnya budak itu dijadikan tempat lepas geram.
Rasanya juga kerana PBS – Pentafsiran Berasaskan Sekolah yang menyebabkan angin guru tersebut tak mereda!! - Lagi


 Azmin Dah Buat Sidang Media??
Posted on Thursday, May 09 @ 22:46:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Ini adalah gambar kononnya sidang media Azmin dibuat di suatu tempat di rashiakan atas dasar keselamatan. Kononnya perkara ini telah disahkan menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu perkara tersebut..



Sebelum ini dimaklumkan Azmin Ali akan membuat sidang media esok di Hotel De Palma, Ampang kira-kira pukul 11 pagi bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.

Tapi bila saya semak dengan sumber saya di KL.

BERITA ITU ADALAH PALSU

Mengikut sumber saya,  Azmin akan membuat sidang media di Pejabat Keadilan. Pejabat dia sendiri... Maknanya dia dah 'cool'lah tu. Semua yang "berkocak" sudah menjadi tenang.. hanya PEPSI COLA sahaja.



11 ekor berudu yang dikatakan nak jadi katak sudah mati dimakan ikan CAP!!!

THE END...


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
 
Tunaikan janji PRU13
NORSHIKIN MOHD SALLEH
10 Mei 2013
A Rahman
A Rahman
SENAI - Kerajaan yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hendaklah menunaikan janji manifesto menerusi pelaksanaan yang lebih berkesan.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A Rahman Mahadi berkata, selepas mendapat mandat daripada rakyat, kerajaan harus mengotakan janji seperti mana dalam manifesto pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau juga mahukan parti politik yang tewas supaya akur dengan keputusan kerana dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan kalah.

“Kami di PPPMM dan selaku rakyat Malaysia zaman pasca PRU 2008 berpendapat, kita semua telah menyaksikan lima tahun hidup rakyat telah dibebani kempen politik.

"Setiap hari dengan semua isu dan perkara harian dijadikan modal politik khususnya dalam kalangan mereka yang mahukan ‘good governance’.

“Jadi keputusan PRU13 ini adalah menjadi jawapan suara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

 

 
Jula Juli Jewel shared Blackout 505. Suara Rakyat Suara Keramat's photo.
Pagi ni ayahanda minta saya ganti kuliahnya. Letih sangat, katanya. Tengah saya bersiap, dia datang dan bagitahu, 'Tak payah gantilah. Ayah dh sihat.' 

TGNA sentiasa gagah bersemangat! Semoga Allah memanjangkan umur dan mengurniakan kesihatan terbaik untuk beliau.

Dan, semoga kita mampu mengutip mutiara-mutiara  kehidupan daripadanya.
Pagi ni ayahanda minta saya ganti kuliahnya. Letih sangat, katanya. Tengah saya bersiap, dia datang dan bagitahu, 'Tak payah gantilah. Ayah dh sihat.'

TGNA sentiasa gagah bersemangat! Semoga Allah memanjangkan umur dan mengurniakan kesihatan terbaik untuk beliau.

Dan, semoga kita mampu mengutip mutiara-mutiara kehidupan daripadanya.

Salam Ukhwah shared Sukha Sukhie's photo.
JELAS..!!!!???????...
JELAS..!!!!???????...
Zuzaini Ismail shared Wak Rico Rock Kapak's photo.
★★★228-Rakyat biasa selalunya tak terlepas...
★★★228-Rakyat biasa selalunya tak terlepas...
Ymtuan Tuan shared Hanya Di Kelate's photo.
" Ada orang kata sy kedekut,yaa!!..memang sy kedekut,sbb itu bukan duit sy,itu duit dan hak rakyat,berdosa besar jika sy salah guna duit rakyat,sy tak boleh beli syurga dgn duit..Sy akui tak berapa pandai berpolitik,tetapi sy pandai berniaga dan cari duit utk kerajaan negeri Selangor.."

- Tan Sri @[38012338900:274:Abdul Khalid Ibrahim]

(Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam,9 mei 2013)

"SHARE"
" Ada orang kata sy kedekut,yaa!!..memang sy kedekut,sbb itu bukan duit sy,itu duit dan hak rakyat,berdosa besar jika sy salah guna duit rakyat,sy tak boleh beli syurga dgn duit..Sy akui tak berapa pandai berpolitik,tetapi sy pandai berniaga dan cari duit utk kerajaan negeri Selangor.."

- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

(Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam,9 mei 2013)
 
Zuzaini Ismail shared Halimislam Online's video: China Sedang Mendidik kanak-kanak utk menjadi Idol Al-Quran.


Di saat negara kita Malaysia sibuk mencari dan mendidik anak-anak kita dengan program "Anak Didik Bintang Mencari Bintang TV3" untuk menjadi Malaysian Idol ataupun Artis di masa hadapan.

Tapi sebaliknya di Negara China, Mereka sedang sibuk dengan mendidik anak-anak mereka dengan membaca dan menghafal Al-Quran. Adakah kita sebagai ibu bapa tidak ingin untuk menyelamatkan generasi Al-Quran yang diharapkan Rasulullah saw?

Like Page -> Halimislam Online
Length: 2:06
 UDAH-UDAH LAH....TU...TAK KITA MANUSIA...TAK KAN TAK DE SILAP....TAK LANGSUNG TAK DE BAIK....KATA2 KITA JUGA MENUNJUKKAN AKHLAK KITA...EGO ITU PAKAIAN ALLAH...BELAJAR REDA DAN MEMAAFKAN KAWAN


Hadi bertanggungjawab atas PKR kehilangan Kota Damansara – Azmin


azminalijan6KUALA LUMPUR — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab ekoran kehilangan kerusi Kota Damansara yang ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan lambang PKR kerana beliau yang memberi watikah bagi membolehkan calon PAS bertanding di kawasan tersebut, kata Azmin Ali.
Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, tindakan PAS meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan mengakibatkan PKR kehilangan kerusi yang menjadi miliknya pada Pilihan Raya 2008 di kawasan berkenaan yang mana menurutnya telah diputuskan secara kolektif sebelum penamaan calon.
“Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden … jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut.
“Keputusan yang dicapai secara kolektif hasil perbincangan di peringkat negeri dan nasional, PAS dan PSM tidak seharusnya mengganggu di Semenyih dan Kota Damansara kerana ia adalah keputusan yang telah ditetapkan sebelum hari penamaan calon,” tegas Azmin (gambar) yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Jelas Azmin lagi, tanpa krisis yang berlaku di kerusi tersebut, PKR sudah pasti akan berjaya menambah bilangan kerusi mereka.
“Jadi sepatutnya PKR ada 16 kerusi kalau tidak diganggu oleh kawan kami sendiri. Jadi mereka harus dipersalahkan untuk itu,” tegasnya, merujuk kepada Kerusi negeri di Semenyih dan Kota Damansara.
Kerusi Kota Damansara yang menyaksikan pertandingan enam penjuru antara PKR, PAS, dan PSM termasuk tiga calon bebas tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan calon BN, Halimaton Saadiah memenangi kerusi terbabit.
“Dan kita melihat kenyataan Dr Rani dan juga Khalid Samad jelas, mereka bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Kota Damansara kerana ada masalah dalaman PAS yang mengganggu PKR di Kota Damansara dan beliau telah nyatakan secara terbuka bahawa PAS mengambil tanggungjawab,” kata Azmin merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman dan juga ahli Parlimen Shah Alam,
Calon PAS, Ridzuan Ismail dilaporkan enggan menarik diri walaupun telah diarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi memberikan laluan kepada penyandang kerusi tersebut, Dr Nasir Hashim dari PSM.
PR bagaimanapun masih berjaya membentuk kerajaan apabila menang selesa di Selangor memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor manakala BN hanya memenangi 12 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). – MI


(KEJAM !!!) Kanak-kanak Perempuan 12 Tahun Dirogol Dan Dibunuh



Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai mangsa rogol dan bunuh dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di Klang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohammad Md. Yusop berkata, mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd. Nor ditemukan oleh orang ramai dalam keadaan terbaring di tempat kejadian pada pukul 10.30 malam.

"Kanak-kanak malang itu sudah meninggal dunia semasa ditemukan dan polis mengesyaki mangsa mungkin dirogol sebelum dibunuh kerana siasatan mendapati ada kesan pendarahan di bahagian kemaluannya

"Dua suspek lelaki berusia 19 dan 24 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan," katanya.
Dewan Muslimat Permatang Pauh shared Aisyah Humairah's photo.
KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1: "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab : "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab : "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi : "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab : "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi : "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI :
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

#salin dan tampal
KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1: "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab : "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab : "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi : "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab : "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi : "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI :
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

#salin dan tampal
 
SELAMAT JUGA AKIDAH KITA....MORAL DAN AKHLAK KITA SERTA KELUARGA KITA 
 

WANITA...JAGALAH DIRI DARI BAKARAN API NERAKA ALLAH SWT....

Antara 9 SITI yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
http://i4.tagstat.com/image06/7/01e8/000p054lM7E.jpg



Ciri-ciri wanita yg paling baik

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:
Wanita :-
1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-
1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dlam perjalanan ketempat kerja penuh keyakinan dan dpat bekerja yg penuh ikhlas

Inilah yg dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat & sikap sebaik-baik wanita atau isteri.
Sabda Rasulullah s.a.w: Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud:
“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.....bersambung

Ciri-ciri wanita yg paling baik..part 2


Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-
1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-
1. Suami yg hendak masuk rumah berkira2 utk keluar rumah,masalah menjadi bertambah
berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dlm keadaan tidak ceria & terbuku pelbagai persoalan yg belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kearah yang tepat...TaMaT




http://cdn.muslima.com/memphoto/Photo1/small/1745870.jpg Anda akan menjadi WANITA anggun
Dengan kecantikan yang anda miliki
teryata lebih cantik dari matahari.
Dengan akhlaq anda,
anda lebih harum dari minyak wangi
Dengan sikap tawadhu' anda,
anda lebih tinggi dari purnama
Dengan cinta anda,
anda lebih segar dari rintik gerimis

Oleh kerana itu peliharalah kecantikan anda dengan
keimanan, keredhaan dengan kepuasan. dan dengan
hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau
perak, tetapi dua raka'at menjelang subuh, dahagamu
di tengahari yang panas kerana puasa, derma yang ter-
sembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH, air mata
taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah, dan
malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan
ajakan syaitan.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nercaya anda
akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meski pun
pakaianmu bertampal. Jadikan rasa malu sebagai baju
kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling
anggun di dunia meski pun anda tidak berkasut. Hindari-
lah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh
wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memper-
lihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan
menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa
mengendahkan norma-norma susila, kerana sesunggunya
mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta'ala:
" TIADA YANG MEMASUKINYA, KECUALI ORANG YANG
PALING CELAKA'' - Surah Al-Lail: Ayat 15



Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas.
Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.
Kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.
"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu & menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dgn bangga dan bermaruah.
http://media1.malaysiakini.com/281/c8fed8e0af88f56f1456d26c1d76808c.gif



http://i3.tagstat.com/image06/6/82a2/000t054xEay.jpg

Wanita Umpama Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada
puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu
itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna
wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah
ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah
pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon
tumbuhan yang kecil.

Malu itu separuh dari iman....
 
Azmin Ali: 'Saya mahu selamatkan PKR'
NURKHAIRINI JUMARI
9 Mei 2013
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
SHAH ALAM –  Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.

Katanya, atas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di  Selangor, beliau  akan memastikan menteri besar yang akan menerajui negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Atas mandat besar yang diberikan oleh rakyat di Selangor saya mahu pastikan MB adalah seorang yang tidak boleh dicucuk hidung dan ditarik oleh mana-mana pihak yang berkepentingan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dengan tegas berkata, beliau akan terus menerajui PKR untuk membangunkan kepimpinan yang bersih, tegas, dan tuntas dalam membuat keputusan.

“Saya bertekad untuk menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme,” katanya.

Dalam pada itu Azmin yang Pengerusi PKR Selangor  menafikan khabar angin yang dimainkan pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar.

“Saya tidak akan meninggalkan perjuangan murni ini dan sesekali tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang mahukan perubahan.

“PKR sebati dengan roh dan prinsip perjuangan saya,” katanya.

Mengenai calon menteri besar yang dikatakan sewajarnya diberikan kepada pemimpin Pas, beliau berkata, kerusi menteri besar adalah milik PKR yang akan diwakili individu daripada parti itu.
“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mendabik dada dengan kemenangan besar PR di Selangor.
“Kejayaan di Selangor ini adalah hasil muafakat PR yang utuh di pelbagai peringkat. Faktor penyumbang kemenangan besar PR di Selangor adalah adalah hasil dasar bersama PR. Ia adalah hasil kerja pimpinan dan anggota parti PR di peringkat daerah dan kampung,” katanya.
 

Tiada ulasan: