Khamis, 2 Mei 2013

SUKA KONDEM ORANG...FITNAH ORANG....INGAT DIRI TU BAGUS SANGAT...BAGAIMANA KITA DISISI ALLAH...ALLAH SAJA YANG TAHU....HINGGA YANG KAKI KONDEM NI...ORANG TENGOK PUN MELUAT

Saiful dedah video sumpah laknat di Mekah

Ketika tinggal hanya beberapa hari lagi menjelang hari mengundi Ahad ini, pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan mendedahkan video sumpah laknat keduanya yang dibuatnya di Mekah berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas pembantu Anwar itu, yang membuat sumpah laknat pertamanya di sebuah masjid di Kuala Lumpur pada tahun 2008, berkata dia membuat sumpah laknat kedua itu semasa mengerjakan Umrah di Mekah pada 9 April 2012.

Dia berharap video tersebut akan "membersihkan" namanya dan keluarganya selepas bapanya Azlan Mohd Lazim semalam menarik balik permohonan maafnya kepada Anwar berhubung tuduhan liwat itu.

Azlan sebelum ini berkata tuduhan liwat itu adalah satu konspirasi politik, tetapi telah dinafikan oleh Saiful.

Saiful berkata beliau berharap sumpah laknat kedua yang dibuatnya di Masjidil Haram di Mekah akan mengurangkan keraguan mengenai kesahihan dakwaannya itu.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan itu dan oleh itu mahkamah tidak boleh menyokong keterangan Saiful berhubung dakwaan kejadian itu.


1. Bapa Saiful tukar lagi, dakwa anak diliwat Anwar
Polis siasat peserta piket NUBE anti-Subra

Polis hari ini merekod kenyataan kesemua lebih 150 orang anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang menjalankan piket ke atas menteri sumber manusia sementara Datuk Dr S Subramaniam.
Kesemua individu yang menyertai piket di Segamat itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah berkenaan, kata setiausaha agung NUBE, J Solomon.

"Itu yang mereka beritahu saya pagi ini, supaya bawa semua anggota ke sini," kata Solomon di ibu pejabat polis tersebut.

Timbalannnya A Karuna pula berkata polis mengunjungi tempat penginapan mereka hari ini untuk merekod kenyataan daripada kesemua anggota kesatuan yang mengambil bahagian dalam piket tersebut.

"Kami beritahu mereka ini satu gangguan, dan kami beredar untuk berpiket pada jam 11 pagi.

"Ketika kami menjalankan piket, polis mahu kami bersurai dan turut menggunakan satu pasukan Unit Tindakan Ringan (LSF).

"Dia kata mereka akan gunakan kekerasan jika kami tidak bersurai, maka kami bersurai kerana tidak mahu anggota kami dikenakan tindakan keganasan," katanya.

Kesemua anggota yang menyertai piket tersebut kini membentuk dua barisan sambil menunggu giliran untuk diambil keterangan.
Najib: PAS tak mampu bina lebuhraya di K'tan
2:28PM Mei 2 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan negeri Kelantan berbohong apabila menubuhkan tabung derma untuk membina lebuh raya baru menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai sebagai penyelesaian kepada cadangan projek yang masih belum ditunaikan kerajaan persekutuan itu.

Dalam kunjungannya ke Pasir Puteh, Kelantan hari ini, Najib berkata kerajaan negeri tidak akan mampu membina lebuh raya tersebut, walau dengan jumlah pungutan RM2 bilion.

Beliau berkata demikian hari ini, susulan kepada janjinya awal tahun ini bahawa kerajaan BN akan membina lebuh raya yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) itu.

Projek berkenaan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010).

"Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?

“Berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion...(tentunya) tak boleh buat," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama hari ini.

Beliau berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai, di Pasir Puteh, menurut agensi bawah kerajaan persekutuan itu.

Beliau juga mengulangi semula janjinya yang diumumkan awal tahun ini untuk negeri Kelantan

Ia termasuk projek membina masjid negeri, stadium, kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM), projek 3,000 unit rumah mampu milik, perkhidmatan bas rapid Kota Bharu, selain menyelesaikan masalah bekalan air.

"Ambo beri jaminan menang PRU13, lebuh raya, stadium, masjid dan lain-lain lagi kita akan buat, ambo dah janji buat rumah mampu milik di Kota Bharu sudah pun dimulakan, tempat lain pun kita akan buat, di Pasir Puteh ini pun kita buat. Tujuh perkara itu hanya permulaan, banyak lagi kita akan buat," katanya.

Menurutu laporan itu, Najib turut mempromosi pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamad sebagai calon yang sesuai untuk menjadi menteri besar Kelantan.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan Mustapa, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang dipromosi sebagai calon MB BN, dalam pilihan raya 2008.
Blogger dikait dengan PKR direman 3 hari bawah OSA

  • Hafiz
  • 1:23PM Mei 2 2013
Polis menahan dan mereman tiga hari penulis blog yang dikaitkan dengan PKR, 'Milo Suam', di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam malam tadi berhubung satu tulisan di blognya mengenai pengundian awal.

azlanDia kemudiannya dibawa ke ibupejabat PKR di Tropicana pada kira-kira jam 10.30 malam di mana pihak polis telah mengambil beberapa barangan.

"Saya tidak pasti, tetapi saya difahamkan dia sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenainya hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa penulis blog itu sedang disiasat berhubung dakwaan menyebarkan maklumat palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Syed Ismail Syed Azizan berkata unit pelan bertindak media bersepadu sedang menyiasat satu blog yang mendakwa anggota polis telah mengundi lebih awal daripada yang dijadualkan.

Sementara itu, Pengarah kumpulan peguam Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, beliau dan peguam New Sin Yew baru bertemu dengan Milo Suam yang didakwa sebagai pengurus laman di Balai Polis Dang Wangi.

Eric berkata, Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddiqi disiasat ekoran artikel bertajuk: "This is over a posting he allegedly made titled "Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?"
Dr M: Saya tak akan tarik kenyataan Kit Siang rasis
9:49AM Mei 2 2013
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sekali-kali akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Lim Kit Siang seorang rasis atau memohon maaf terhadap penasihat DAP itu.

Dr Mahathir berkata beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah berhubung kenyataan itu namun tidak sekali-kali akan menutup mulutnya.

NONE"Mereka tidak senang hati kerana saya boleh lagi bercakap. Nak tutup mulut saya tidak boleh tutup.

"Dah 87 tahun saya bercakap nak suruh saya tutup dah tidak boleh. Saya tidak takut, nak tarik ke mahkamah tariklah," katanya ketika berucap pada program Amanat Negarawan Bersama Rakyat Shah Alam di Shah Alam malam tadi.

Lebih 10,000 orang hadir pada program itu. Turut sama ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin, calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga Datuk Ahmad Nawawi M Zain dan calon BN kerusi DUN Kota Anggerik, Mohd Yusof Din.

Dr Mahathir juga menyifatkan pembangkang sebagai bongkak kerana mengeluarkan kenyataan untuk menangkap dan memenjarakan beliau walaupun belum memerintah negara.

"Mereka belum jadi kerajaan dah tunjuk sikap bongkak nak tangkap orang, tunggulah sekejap... pada 5 Mei kita nak lihat siapa kena tangkap," kata Mahathir berseloroh sambil disambut sorakan ribuan hadirin.

Menjawab suara sumbang pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa beliau masih berkempen walaupun sudah bersara, Dr Mahathir berkata beliau berbuat demikian kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Beliau turut menyampaikan dua rangkap pantun, satu daripada pantun itu bernada sinis, seperti berikut: "Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan di kandung tanah, budi yang baik siapa peduli?"

Dr Mahathir turut meminta rakyat Selangor khususnya di Shah Alam supaya menolak pembangkang dan mengundi calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

"Dengan undi yang tidak berbelah bahagi, insya-Allah BN akan kembali ke Selangor dan seterusnya kekal memerintah Malaysia," katanya.

- Bernama
Pembelaan Utusan kait Anwar dengan pencerobohan

Akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulannya dalam pernyataan pembelaan menyatakan berita yang mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan bersenjata di Sabah, dilaporkan akhbar itu berdasarkan laporan perisikan pihak keselamatan Malaysia dan Filipina serta media antarabangsa.
  
Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak juga menjelaskan bahawa akhbar itu merupakan akhbar arus perdana yang menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada pembaca, serta defendan mempunyai obligasi dari segi moral dan undang-undang seperti mana dilaporkan.
  
Selain itu, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu merupakan isu kepentingan awam yang wajar dikongsi dengan masyarakat negara ini.
  
Kedua-dua defendan juga menyatakan bahawa plaintif tidak mematuhi kehendak Aturan 18 Kaedah 12(1A) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, iaitu kuantiti apa-apa tuntutan bagi ganti rugi am tidak boleh dinyatakan.
  
Defendan mendakwa motif plaintif memfail saman fitnah ialah untuk kepentingan politik dan bukannya untuk membersihkan nama beliau.
  
Anwar, 65, memfail saman fitnah menuntut RM100 juta pada 8 Mac lalu dengan menamakan Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti TV3 dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Shaharudin Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.
  
Sementara itu Pengarang Berita Buletin Utama Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.
  
Defendan ketiga hingga lima dalam pernyataan pembelaan pula berkata program berita yang disiarkannya berdasarkan fakta-fakta yang boleh dipercayai dan dilaporkan demi kepentingan umum serta berniat baik.
  
Ketiga-tiga defendan berkenaan meminta mahkamah agar menolak tuntutan plaintif atas alasan beliau tidak berhak kepada sebarang remedi atau relif sepertimana yang dituntutnya.
  
Dalam perkembangan berkaitan Hakim Rosilah Yeop menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga hari, bermula 9 Dis depan.

- Bernama
Penyokong Pakatan didakwa serang kenderaan jentera BN

Sekumpulan penyokong pakatan rakyat bertindak agresif apabila menyerang kenderaan jentera pilihan raya milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah di Jalan Tenggiri, di Butterworth hari ini.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen negeri ACP Roslee Chik berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, sekumpulan 18 individu yang menunggang motosikal bertindak melakukan provokasi dan mengepung kenderaan tersebut.

"Untuk melepaskan diri daripada kepungan itu, berlaku pergeseran antara kenderaan itu dan motosikal menyebabkan empat penunggang motosikal terjatuh.

Ekoran pergeseran itu, kumpulan tersebut mengejar kenderaan itu sehingga ke bilik gerakan DUN Seberang Jaya di Lorong Tenggiri 7.

"Mereka bertindak agresif merosakkan kenderaan itu dan memecahkan cermin depan dan sisi menggunakan topi keledar dan besi," katanya ketika dihubungi di Butterworth malam tadi.

Berikutan kejadian itu, pasukan tempur ringan (LSF) dan anggota Op Cantas Polis Diraja Malaysia yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan meleraikan pergaduhan, katanya.

Roslee berkata tiga orang petugas yang berada di dalam kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana.

Sehubungan itu, Roslee menasihatkan parti politik supaya mengawal tindakan penyokong masing-masing supaya tidak melakukan provokasi melampau yang boleh mencetuskan ketegangan.

"Polis akan meningkatkan pemantauan di lokasi panas dan berisiko di seluruh Pulau Pinang kerana didapati kempen pilihan raya semakin panas menjelang empat hari sebelum tarikh mengundi," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: