Nik Aziz: Balik pangkah PAS, hati-hati memandu
Berlatar
belakang gemerlap lampu dan menara ikonik KLCC, kira-kira 5,000 orang
membanjiri padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur malam tadi untuk
bermunajat supaya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan dalam pilihan
raya umum Ahad ini.Iman solat hajat itu memimpin dan berdoa meminta campur tangan Ilahi bagi menangani jentera BN dan agensi kerajaan serta serangan media untuk mempengaruhi orang ramai.
Jumlah hadirin bertambah besar dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disambut laungan takbir sejurus selepas memijak rumput tempat mereka bersolat.
Veteran PAS 82 tahun itu datang ke Kuala Lumpur bagi berkempen untuk Calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi arwah pemimpin muslimatnya sebelum ini Dr Lo' Lo' Ghazali.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa exco kerajaan Kelantan.
Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Kelantan, dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk menggempur kubu PAS, Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya memaklumkan kepada anak Kelantan di perantauan supaya pulang mempertahankan kerajaan Islam.
"Pulanglah dan mengundi untuk memenangkan kerajaan PAS sekarang, dan pada masa yang sama, hati-hati memandu," katanya.
'Tapisan-gaya-China' sekat video KiniTV
Akses kepada video KiniTV telah disekat oleh ISP tempatan, dalam apa yang dianggap oleh beberapa pakar teknologi sebagai 'penapisan-gaya-China'.Dua video wawancara dengan A Santamil Selvi - balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam - mengenai peristiwa berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tidak boleh diakses melalui kebanyakan ISP tempatan.
Dua siasatan bebas - satu oleh Rizvan R dan satu lagi oleh Sinar Project - menunjukkan penapisan itu berlaku apabila seseorang mengakses server YouTube, yang berkemungkinan dihoskan oleh TMnet.
Bagaimanapun, video itu boleh ditonton melalui YES YTL dan Time Internet tanpa sebarang masalah. Malaysiakini telah memaklumkan kepada TM tentang masalah tersebut dan sedang menunggu jawapannya.
ISP diingat jangan campuri politik
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran hari ini sekali lagi mengingatkan ISP supaya menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka tanpa sebarang campur tangan politik.
"Selaras dengan dasar rasmi kerajaan dan Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti TM mempunyai tugas dan kewajipan untuk memastikan sistem mereka tidak digunakan untuk menapis Internet," kata Premesh (kanan).
"Ini adalah kali kedua kita telah dapat menunjukkan bahawa tapisan itu sedang berlaku," katanya, merujuk kepada sekatan yang dialami oleh Malaysiakini awal minggu ini.
Persoalan yang besar kekal sama ada akses kepada laman berita bebas akan disekat apabila pengiraan undi bermula pada hari Ahad.
"Kebimbangan terbesar kami adalah akses ke Malaysiakini akan disekat pada malam Ahad. Pihak berkuasa perlu memahami bahawa apabila maklumat yang tepat disekat, maka khabar angin akan mengambil alih, dan keadaan boleh jadi tak dapat dipertahankan," kata Premesh.
"Melalui laporan terkini media dalam talian serta media tradisional, para pengundi akan lebih tenang dan tidak akan mempercayai khabar angin yang berunsur provokatif."
Beliau menggesa pengawal-selia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), supaya menempatkan kakitangannya di ISP pada hari mengundi bagi memastikan akses tidak terganggu.
Malaysiakini sedang menunggu jawapan dari SKMM mengenai rancangannya pada malam Ahad nanti.
Laman hadapi serangan berterusan
Selain tapisan ISP tempatan, akaun Twitter Malaysiakini juga turut digodam. Bagaimanapun, Malaysiakini dapat kembali menanganinya.
Di samping itu, kedua-dua Malaysiakini.com dan KiniTV.com menghadapi serangan penafian perkhidmatan (DOS) sejak beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, tidak seperti percubaan sebelum ini, serangan kali ini tidak dapat menutup kedua-dua lamanweb tersebut.
Sekiranya ISP menyekat Malaysiakini pada malam pilihan raya nanti, pembaca hendaklah mengakses Facebook Malaysiakini dan Twitter.
Pembaca juga boleh mengakses Malaysiakini melalui telefon pintar melalui aplikasi android.
Kamilia: Hanya calon Bebas benar-benar telus
Hanya
pemimpin Bebas boleh bertindak sebagai "agen rakyat" rakyat yang
betul-betul telus kerana tidak terikat dengan dasar-dasar parti yang
dianggotainya, kata bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim.
Beliau yang meletakkan jawatan daripada Umno untuk bertanding calon bebas di Kuala Kangsar berkata, pemimpin Bebas jika terpilih berhak memilih mana-mana dasar yang dirasakan lebih bermanfaat untuk disokong di Parlimen.
"Ini akan membolehkan parlimen membuat dasar yang menguntungkan kesemua rakyat Malaysia tanpa melibatkan kepentingan mana-mana pimpinan parti," katanya.
Kamilia pada 20 April - hari penamaan calon - membuat keputusan mengejutkan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsa menentang calon partinya dari BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.
Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu sebagai tanda protes terhadap pemilihan calon oleh BN yang tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita sebagai calon.
Menulis di Facebook beliau, Kamilia menjelaskan, kehadiran calon-calon Bebas hendaklah dilihat sebagai sinar baru dalam senario politik Malaysia yang mampu bertindak sebagai kuasa pengimbang di Parlimen.
"Kebanyakan negara-negara maju di dunia telah pun mengarah ke senario ini termasuklah Malaysia yang menyaksikan kehadiran 270 calon Bebas dalam PRU13, tertinggi dalam sejarah," katanya lagi.
Beliau juga mengkritik, senario politik Malaysia yang menyaksikan sikap taksub kepada perjuangan parti, ditambah dengan sentimen bangsa atau perkauman
"Situasi ini menyebabkan rakyat hanya diberi 2 pilihan iaitu Parti A atau Parti B, yang menjuruskan kepada senario memilih 'lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenali'," sindirnya.
Dalam masa yang sama Kamilia juga mengkritik peranan pari yang cenderung mengikut kehendak pucuk pimpinan semata-mata manakala anggotanya pula menjadi mangsa pembasuhan minda.
Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.
Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.
Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.
Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.
Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata:
"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini."
"Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil.”
"Saya condong kepada idea bahawa semua ini dirancang dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terlibat dengannya," dakwanya.
Tian Chua berkata, penjelasan SPR berhubung isu itu tidak boleh diterima dan menegaskan partinya menuntut Aziz meletakkan jawatan ekoran "kesalahan besar" itu.
Ramai polis dan pegawai tentera yang terlibat dengan pengundian awal pada Selasa lalu mengadu bahawa dakwat kekal itu mudah tertanggal daripada jari walaupun ia sepatutnya kekal seminggu.
Beliau yang meletakkan jawatan daripada Umno untuk bertanding calon bebas di Kuala Kangsar berkata, pemimpin Bebas jika terpilih berhak memilih mana-mana dasar yang dirasakan lebih bermanfaat untuk disokong di Parlimen.
"Ini akan membolehkan parlimen membuat dasar yang menguntungkan kesemua rakyat Malaysia tanpa melibatkan kepentingan mana-mana pimpinan parti," katanya.
Kamilia pada 20 April - hari penamaan calon - membuat keputusan mengejutkan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsa menentang calon partinya dari BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.
Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu sebagai tanda protes terhadap pemilihan calon oleh BN yang tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita sebagai calon.
Menulis di Facebook beliau, Kamilia menjelaskan, kehadiran calon-calon Bebas hendaklah dilihat sebagai sinar baru dalam senario politik Malaysia yang mampu bertindak sebagai kuasa pengimbang di Parlimen.
"Kebanyakan negara-negara maju di dunia telah pun mengarah ke senario ini termasuklah Malaysia yang menyaksikan kehadiran 270 calon Bebas dalam PRU13, tertinggi dalam sejarah," katanya lagi.
Beliau juga mengkritik, senario politik Malaysia yang menyaksikan sikap taksub kepada perjuangan parti, ditambah dengan sentimen bangsa atau perkauman
"Situasi ini menyebabkan rakyat hanya diberi 2 pilihan iaitu Parti A atau Parti B, yang menjuruskan kepada senario memilih 'lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenali'," sindirnya.
Dalam masa yang sama Kamilia juga mengkritik peranan pari yang cenderung mengikut kehendak pucuk pimpinan semata-mata manakala anggotanya pula menjadi mangsa pembasuhan minda.
PKR dakwa PMO terlibat bawa pengundi dicurigai
Ketua
umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri
(PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai
dari Malaysia Timur ke Semenanjung.Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.
Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.
Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.
Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.
Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata:
"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini."
"Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil.”
Isu dakwat kekal konspirasi tersusun, kata PKR
Kegagalan
dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekal lebih lama daripada
beberapa jam mungkin "konspirasi rancangan tersusun" melibatkan
ketuanya, dakwa Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini."Saya condong kepada idea bahawa semua ini dirancang dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terlibat dengannya," dakwanya.
Tian Chua berkata, penjelasan SPR berhubung isu itu tidak boleh diterima dan menegaskan partinya menuntut Aziz meletakkan jawatan ekoran "kesalahan besar" itu.
Ramai polis dan pegawai tentera yang terlibat dengan pengundian awal pada Selasa lalu mengadu bahawa dakwat kekal itu mudah tertanggal daripada jari walaupun ia sepatutnya kekal seminggu.
SPR: Goncang dakwat 30 saat untuk tahan lama
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa kesan dakwat kekal yang
dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga
tujuh hari.
Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata dakwat itu sudah diuji, diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 saat sebelum digunakan.
Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun ia cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua.
"...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya dalam sidang media di Pusat Media SPR di Putrajaya hari ini.
Kamaruddin turut menunjukkan demonstrasi penggunaan dakwat itu di samping mengedar senarai peraturan yang perlu diikuti kerani atau petugas SPR di pusat mengundi nanti.
Antaranya ialah botol dakwat perlu digoncang setiap dua jam, selama 30 saat sebelum dibuka penutupnya, dan jari pengundi yang hendak dicalit perlu bersih serta kering dan ia perlu dicalit di keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan bahagian bawah jari.
Dalam demonstrasi itu, usaha seorang petugas media yang cuba menghilangkan kesan dakwat yang digunakan pada hari pengundian awal, tidak berhasil meskipun beliau telah menggunakan beberapa bahan pencuci.
Kamaruddin berkata cubaan sesetengah pihak untuk menanggalkan sepenuhnya kesan dakwat itu secepat mungkin dengan menggunakan pelbagai cara, mungkin mempunyai motif tertentu atau mungkin juga mereka menyimpan niat tidak baik terhadap SPR.
Mengenai pengundi awal, beliau berkata pada Selasa lepas ia sebanyak 83.3 peratus iaitu 200,979 orang daripada 272,387 pengundi.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan