Posted on Monday, May 06 @ 11:05:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Sebelum ini ada artikel menyebut bagaimana 5 pegawai Najib telah digunakan untuk menyinkir 5 calon utama BN bagi memperkukuhkan kedudukan Najib selepas PRU nanti daripada serangan untuk pemilihan calon dalam pemilihan UMNO nanti. Artikel oleh WTKO di sini boleh di rujuk.
Hasrat dan cita-cita Najib untuk mencipta kuasa dalam kerajaan gagal apabila kesemua pegawainya kalah dalam PRU-13 semalam.
Dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah walaupun BN berjaya merampas semula negeri yang jatuh ke tangan BN dalam Pilihan Raya 2008. Dengan ini Najib tak boleh menguasai Negeri yang akan dipimpin oleh Muhkriz dengan orang-orangnya. Nampak gaya najib jadi pak turut Mahathir lagilah!!
Shahlan
tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di
kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada
calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan
undangan negeri (DUN) Kubang Rotan.
Manakala cubaan Najib untuk sekurang-kurangnya mendapat tiga kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga gagal selepas Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008.
Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
Mampukan geng-geng Muhyiddin mat yasin menumbangkan najib dalam pemilihan UMNO kali ini. Kita tunggu dan lihat.
.
Bismillahirrahmanirrahim..
HuwAllahullazi La Ilaha Illa Huwa 'Alimul Ghaibi Was Syahadah
Ayyuhal ikhwanina,
La tahaf, kunu ansarallah, fainnallaha ma'akum,
Nasrum minallahi wa fathum qariib.
Hasbunallahu wa niqmal wakil, wallahu musta'an..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Dialah Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, Maha Mengetahui Segala Yang Ghaib Dan Yang Nyata.
Wahai Saudaraku,
Janganlah takut dan gentar,
Jadilah Penolong Agama Allah,
Sesungguhnya, Pasti Allah akan Bersama kalian.
Dan Pertolongan itu dari Allah, dan kejayaan itu semakin hampir..
Cukuplah Allah menjadi tempat perlindungan dan penyerahan kita.
Dan Allah jualah tempat kita memohon pertolongan..
Sahaja aku mengundi Pas dan yang seangkatan dengannya, dengan niat ingin melihat Agama Islam lebih dimartabatkan di tanahairku ini, keranaMu Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam..
Allahu Akbar!
Amin, ya Rabbal 'Alamiin..
Yazid Romanza shared Nik Abdul Aziz Nik Mat's photo.
Jaishu Muhammad shared Mujahidah Nasuha's photo.
sahabat ! betapa bertuahnya kita krn bersama merasai susah payahnya perjuangan .. betapa peritnya untuk menegakkan kebenaran .. Sungguh ! bukan semua yg terpilih untuk bersama ulama' bukan mudah untuk bersama pejuang2 agamaNya ..Hari ini berulang kembali kisah silam , yang sememangnya kita sudah lali dengan kekalahan dlm PRU .. TAPI ingatlah teman kite MENANG dlm perjuangan !! dan yang PASTI KITE TETAP TEGUH DALAM PERJUANGAN !!
ayuh anak2 muda kite terus mencintai taman2 iLmu , cintakan ulama' , cintakan kebenaran !! ALLAHU AKBAR !!
- piCca Rusila tdi , ramai anak2 muda turun untuk mendgr pesan tokguru .. Alhamdulillah majlis d akhiri dgn doa .. Moge segala kebatilan kezOliman kembali pde batang leher mrk semula !!
PRU13: Antara tokoh tewas
6 Mei 2013
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil)
- Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor - BN - Parlimen Gelang Patah)
- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
- Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
- Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
- Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
- Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor - Parlimen Sepang)
- Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas - Parlimen Pendang)
- Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas - Parlimen Arau)
- Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
- Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas - Parlimen Pulai)
- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas - Dun Jengka)
- Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas - Parlimen Putrajaya)
- Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Silam)
- Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Pasir Salak)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
Abbas Mohd Noor
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Penipuan SPR yang melampau!
Posted on Monday, May 06 @ 11:03:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: notan
"Assalamualaikum,, PRU 13 mencacat sejarah paling hodoh dalam sejarah politik Malaysia.Penipuan SPR sudah dapat disaksikan dengan mata kepala rakyat, dari sebelum hari mengundi di bawa ke hari mengundi dan dilanjutkan pula ketika mengira undi.Sudah tidak dapat disangkalkan lagi.
Saya menerima panggilan dari kawan yang berada di Kuantan yang mengatakan ramai yang tidak puashati dengan cara SPR mengendalikan PRU kali ini dan saya kira sentimen ini mungkin berlaku di seluruh negara.
Pagi tadi pula seorang kawan memberitahu ada pihak yang mahu ke pejabat SPR hari ini untuk mendapatkan penjelasan.Dan lewat malam semalam seorang kawan juga menyatakan keyakinan dengan berita kebangkitan rakyat melawan penipuan yang terlalu nyata ini.DSAI pula mengesahkan PR tidak menerima keputusan PRU 13 yang bermakna PRU 13 masih belum berakhir.Fokus semua rakyat sekarang ialah SPR yang menipu.
Saya melihat satu keanehan kepada keputusan PRU 13 terutama keputusan bagi Parlimen yang mencacatkan peningkatan kerusi PR tetapi dalam masa yang sama PR hilang banyak kerusi yang dimenangi pada PRU 12 dulu.Keanehan ini disokong dengan hujah bahawa kalau kerusi yang dimenangi pada PRU 12 dapat dipertahankan sudah tentu PR dapat membentuk kerajaan pusat bukannya BN.Tetapi masih terlalu awal untuk membuat analisa mengenai perkara ini walaupun saya terhidu peranan yang dimainkan oleh Deris Jusoh, anak Terengganu yang cukup licik dalam melakukan perkara prkara yang tidak disangka oleh semua.
Tetapi fokus artikal ini ialah kepada penipuan SPR yang juga licik seperti Deris Jusoh di mana peranannya turut ditunjangi oleh timbalan pengerusinya yang juga anak Terengganu, satu negeri dengan saya.Rakyat terlalu kerdil bagi SPR, rakyat boleh diperbodohkan bila bila masa.Dakwat kekal yang dipertahankan oleh SPR cumalah permainan memperbodohkan rakyat .Mana mungkin SPR yang tegar mengatakan ianya kekal sedangkan rakyat yang mengalami sendiri menyaksikan ianya bukan kekal.Mana mungkin di banyak tempat berlaku blackout ketika mengira undi.
Yang paling ketara ialah hadirnya warga negara asing beratur untuk mengundi.Di mana SPR yang mendakwa mereka tidak boleh dihalang dan dilarang mengundi kerana mereka ada IC Malaysia sedangkan semua tahu mereka itu berasal dari Bangla, Nepal dan beberapa negara luar yang tidak sepatutnya diberi IC dan tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi.
Kita tahu SPR sebagai badan bebas yang seharusnya bebas dari sebarang tindakan berat sebelah.Tetapi SPR bertindak sebagai pengadil yang sentiasa memihak kepada sebelah pihak dengan memastikan pihak tersebut sentiasa menang dalam perlawanan.
Penipuan ketara SPR kali ini sudah sampai ketahap melampau dan akibatnya rakyat yang rugi.Rakyat tidak bebas memilih kerajaan yang dikehendaki mereka dan rakyat juga terpaksa berdepan dengan pencerobohan asing.
Kalau rakyat tidak memaafkan SPR, itu wajar kerana negara kita tanggungjawab kita.Kalau rakyat ditakutkan dengan penguasaan politik sesuatu bangsa bagaimana pula kehadiran warga asing, tidakkah rakyat bimbang mengenai kemungkinan jangka panjang yang memungkinkan mereka menguasai persada politik tanah air? Kalau ini berlaku yang terpaksa berdepan dengan mereka ialah generasi anak cucu kita nanti.
Jadi SPR perlu ditanya hala tuju mereka, PRU 13 belum berakhir!
Keputusan PRU-13: Sabar, Syukur & Tasbih Kaffarah
Posted on Monday, May 06 @ 09:07:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: al-bahanj
"
Tahniah buat semua yang telah menjalankan tanggungjawab dalam PRU-13. Kempen sudah, mengundi pun sudah. Ikhtiar telah kita jalankan. Ada kebaikan buat kita, in shaa’ ALLAH. Dan ketentuan ALLAH lah mengatasi segalanya.
قدر الله و ما شاء فعل
ALLAH telah mentaqdirkan segala sesuatu dan DIA perbuat apa yang DIA kehendaki.
Pasti ada ibrah dan hikmah besar untuk kita fikiri dan teladani. Syukurlah ada juga berita gembira yang dapat kita dengar. Dan sabarlah walaupun banyak juga berita tak sedap kita dengar. Kerana syukur dan sabar itu sentiasa memberikan kebaikan buat seorang mukmin.
Dari
Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah
sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu. Kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.”(HR Muslim)
Episod
PRU-13 sudah hampir menutup tirainya. Ayuh kita muhasabah diri kita
semua. Saya banyak benda nak muhasabah. Kadang-kadang apabila berlaku
benda yang pahit untuk ditelan, ia makin merapatkan diri kita kepada
ALLAH, makin mengenali hakikat kehidupan dan makin menguatkan cinta kita
kepada Hari Akhirat dan Syurga.
Eratkanlah
kembali persaudaraan yang mungkin ada tercalit kebencian sepanjang
PRU-13. Jadikanlah diri kita sebagai pendamai dan penyeru kebaikan.
Jadikanlah diri kita sebagai muslim yang lebih baik.
ALLAH
melihat gembira dan sedih kita. DIA memerhati semua perilaku kita.
Malaikat pula mencatit semuanya tanpa cuai. Menang atau kalah ukurannya
di Akhirat nanti.
حسبى الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة الا بالله
Cukuplah bagiku ALLAH sebaik-baik diserahkan semua urusan. Dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan kehendak ALLAH.
سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لا اله الا انت استغفرك واتوب اليك
Maha
Suci ENGKAU ya ALLAH dan segala pujian buatMU. Aku bersaksi bahawa
tiada tuhan selain ENGKAU. Aku memohon keampunanMU dan aku bertaubat
kepadaMU.
Teruskan berjuang sampai berjumpa ALLAH!
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2013/05/06/menutup-tirai-pru-13/
Alhamdulillah pilihanraya telah selesai, banyakkan istighfar
Posted on Monday, May 06 @ 09:05:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: rozmal
"Alhamdulillah pilihanraya telah selesai. Banyakkanlah istighfar, kerana selama ini banyak amanah yang kita abaikan, masjid dan surau lama kita dah tak buat gotong royong, jarang-jarang dapat solat jemaah penuh di masjid.
Bagi yang kalah, doalah , mohonlah kepada Allah agar kempen kita semasa pilihanraya jika ada kesilapan, kelemahan diampunkan dosa kita. Kalau ada kebaikan semasa kempen kita, diterima Allah sebagai ganjaran pahala.
Bagi yang menang, ingatlah ini adalah amanah yang perlu kita jawab di hadapan Allah satu demi satu di akhirat nanti.
Kemenangan yang hakiki ialah bila kita berjaya menawan DUN dan Parlimen di akhirat nanti.
Tautkanlah balik persaudaraan kita dalam jemaah, dalam Islam , walaupun kita berlainan parti.
Tahniah
kepada yang kalah kerana anda tidak dipikulkan dengan amanat untuk
menjaga solat beribu-ribu pengundi Islam di DUN dan Parlimen anda.
Takziah kepada yang menang kerana anda akan ditanya di akhirat nanti
akan nasib dan kebajikan penduduk di DUN dan Parlimen anda , walaupun
mereka bukan Islam.
Semoga Allah mengampuni dosa kita.
Rozmal bin Malakan
Karpal 'protes' dakwat kekal ‘hilang’ dalam 2 jam
5 Mei 2013
Karpal pada mulanya tiba di pusat itu pada jam 9.15 pagi bersama isteri, Gurmit Kaur; anak perempuannya, Sangeet Kaur dan beberapa pengiring termasuk calon DAP Seri Delima, RSN Rayer untuk membuang undi.
Beliau tiba dengan menaiki sebuah kereta dan turut diiringi dengan dua buah kereta lain yang mana ketiga-tiganya memaparkan logo serta bendera parti.
Karpal kemudiannya memasuki bilik mengundi sambil diiringi Gurmit dan Sangeet untuk membuang undi.
Karpal kemudiannya meminta petugas SPR supaya meletakkan 10 kertas undi bagi beliau memilih sendiri dan bukannya diberikan oleh petugas yang bertugas di situ.
Karpal sempat meminta SPR melakukan perkara sama kepada semua pengundi kerana ia termaktub di bawah undang-undang di bawah Perkara 19(5A) dan 5(B) Akta Pilhan Raya 1981.
Pada satu sidang medianya, Karpal berkata, pengundi berhak untuk menuntut serta memilih kertas undi secara rawak untuk membuang undi.
Ketika mengadakan sidang media, Karpal diminta polis untuk mengalihkan ketiga-tiga keretanya berikutan ia berunsurkan kempen berikutan memaparkan logo serta bendera parti.
Karpal kemudiannya meninggalkan pusat mengundi itu kira-kira jam 9.45 pagi.
Kira-kira 11.30 pagi, keadaan di pusat mengundi itu kecoh apabila Karpal dilihat kembali dengan diiringi beberapa pengiring termasuk Rayer namun tanpa isteri dan anaknya.
Sambil menunjukkan jari telunjuk kirinya, Karpal berkata, kehadirannya itu adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada SPR berhubung dakwat yang disapu di jarinya, yang telah hilang, setelah dicuci dengan menggunakan air dan sabun.
Menurutnya, beliau mahukan penjelasan daripada SPR berhubung isu itu kerana mendakwa ia tidak telus serta satu usaha untuk menipu rakyat.
“Saya mahukan mereka beri penjelasan kepada saya, mengapa ini (dakwat hilang setelah dicuci) berlaku sedangkan SPR sebelum ini berkata, dakwat ini akan kekal selama tiga hari.
“Saya juga ingin meminta sampel dakwat yang mereka gunakan untuk dibuat kajian. Saya juga akan buat laporan polis selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPR negeri,Morat Pora ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak akan hadir untuk bertemu serta memberi penjelasan kepada Karpal berhubung perkara itu.
“Kita tidak akan hadir untuk bertemu dengannya, jika beliau tidak berpuas hati, beliau boleh teruskan niatnya untuk membuat laporan polis.
“Kita tidak akan memberi sebarang sampel dakwat kepada sesiapa pun, ia prosedur, perlu dipatuhi,” katanya.
Karpal kemudiannya dilihat bergerak meninggalkan pusat pembuangan undi itu setelah membuat laporan kepada Ketua Pusat Mengundi, Ismail Pawanteh.
Menurutnya, beliau tidak akan membuat laporan polis berikutan sudah membuat laporan kepada SPR selain mengatakan kes itu di bawah tanggungjawab SPR.
MIC capai 4 kerusi Parlimen dan 5 Dun dalam saingan sengit PRU13
6 Mei 2013
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengetuai cabaran MIC dalam sembilan kerusi yang ditandingi dengan memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Segamat), naib presiden Datuk M. Saravanan (Tapah) dan penyelaras sayap Putera MIC, P. Kamalanathan bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Barisan pemimpin parti pusat itu yang tersingkir ialah naib presiden yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany (Sungai Siput), setiausaha agung Datuk S. Murugesan (Kota Raja, Selangor) dan ketua penerangan pusat V.S. Mogan bagi kerusi Parlimen Telok Kemang di Negeri Sembilan.
Selain itu, Prakash Rao dan ahli jawatankuasa kerja pusat, A.Sakthivel turut mengalami kekecewaan masing-masing di kerusi Parlimen Subang dan Kapar, kedua-duanya di Selangor.
Pada pilihan raya umum kali ini, MIC bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dun.
Pada PRU 2008, MIC mengalami kekalahan teruk apabila hanya berjaya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen dan tujuh daripada 19 kerusi DUN yang ditandingi.
Bagi kerusi Dun kali ini, lima calon parti terbesar kaum India itu berjaya melepasi saingan dengan tiga kerusi di Johor dan masing-masing satu di Melaka dan Negeri Sembilan.
Lima calon yang menang ialah M. Asojan (Gambir), R. Vidyanathan (Kahang) dan Raven Kumar Krishnasamy (Tenggaroh), kesemuanya di Johor, M. S. Mahadevan Sanacy (Gadek) di Melaka dan L. Manickam (Jeram Padang) di Negeri Sembilan.
Seramai 13 calon yang terkandas dalam pertarungan kerusi Dun ialah penyandang kerusi Lunas S. Ananthan dan M.L. Maran (Bukit Selambau), kedua-duanya di Kedah; M. Karuppanan (Bagan Dalam), L. Krishnan (penyandang kerusi Dun Perai), kedua-dua di Pulau Pinang, C. Sivarraj (Buntong), S. Mokan (Jelapang), R. Supramaniam (Hutan Melintang), kesemuanya di Perak.
Kerusi Dun di Selangor, K. Parthiban (Ijok), N. Rawisandran (Batu Caves) dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan (Seri Andalas), R. Goonasakaren (Sabai) di Pahang, Dr P. Thanaletchumy (Port Dickson) Negeri Sembilan dan M. Soorianarayanan di Dun Puteri Wangsa di Johor.
Palanivel, 67, yang mengambil alih pucuk pimpinan parti daripada Datuk Seri S. Samy Vellu pada 2009, bagaimanapun tidak mendapat kemenangan mudah apabila memperoleh majoriti tipis 462 undi terhadap pencabar utama, M. Manogaran, 53, bekas ahli Parlimen Teluk Intan dari parti DAP.
Dr Subramaniam pula mengalahkan calon PKR Datuk Chua Jui Meng manakala Saravanan mempertahankan kerusi Parlimen Tapah dengan majoriti 7,927 undi dalam pertarungan empat penjuru menentang calon bebas Ridzuan Bani, K. Vasantha Kumar
dari PKR dan calon Berjasa, Shaharuzzaman Bistamam.
Kamalanathan pula berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti 3,414 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon PKR, Khalid Jaafar dan dua calon bebas Datuk Dr R.Santhara Kumar dan Radzali Mokhtar. - Bernama
Umno kekal jadi tonggak BN
6 Mei 2013
Umno menyumbang 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN. Umno bertanding 120 kerusi kali ini.
Angka 109 kerusi itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 23 peratus berbanding PRU 2008 apabila BN memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 kerusi yang dipertanding.
Bagi Dewan Undangan Negeri (Dun), Umno berjaya menguasai 244 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertanding berbanding 239 daripada 338 kerusi pada 2008.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh majoriti lebih besar iaitu 35,613 apabila mempertahan kerusi Pekan daripada dirampas lawannya, Mohd Fariz Musa dari PKR.
Pada PRU 2008, Najib menewaskan calon PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dengan majoriti undi sebanyak 26,464.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mempertahan kerusi Pagoh selepas mengalahkan lawannya, Mohd Rozali Jamil dari Pas dengan majoriti 12,842 undi.
Pada 2008, Muhyiddin menewaskan Mohd Rozali dengan majoriti 12,581 undi.
Di kerusi panas, Umno hanya menang di Parlimen Arau apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menumpaskan Datuk Dr Haron Din dari Pas dengan majoriti 1,371 undi.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan calon Pas Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi.
Kerusi Dun Sungai Udang di Melaka menyaksikan Datuk Idris Haron menang mudah ke atas calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,136 undi.
Di Kedah, Umno menguasai 19 daripada 28 kerusi Dun yang ditandingi sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada Pas.
Pada PRU 2008, Umno hanya menang 12 daripada 28 kerusi Dun yang ditandingi di negeri itu.
Umno juga menang 10 daripada 13 kerusi Parlimen yang ditandingi di Kedah.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyaksikan penambahan satu kerusi Umno, yang berjaya menawan kembali Titiwangsa dan mengekalkan kuasanya di Setiawangsa.
Ternyata Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah masih menjadi kubu kuat Umno apabila hampir menguasai kesemua kerusi Parlimen dan Dun yang dipertanding.
Meskipun Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor gagal dikembalikan kepada BN, prestasi Umno di negeri berkenaan agak memberangsangkan kecuali Selangor yang menyaksikan parti itu hanya menang empat kerusi Parlimen, sama seperti pada 2008, dan menang 12 kerusi Dun berbanding 20 pada PRU12. - Bernama
Calon muka baru alami nasib tidak sama pada PRU13
6 Mei 2013
Mereka bukan sahaja menggantikan orang lama tetapi juga bagi memenuhi aspirasi pengundi yang nyata sekali mewakili generasi muda.
Antara paling awal menyerlah ialah Rosman Isli dari BN yang memenangi pertandingan tiga penjuru di kerusi Parlimen Labuan dengan majoriti 6,625 undi.
Pencabarnya ialah Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) yang meraih 6,069 undi manakala Hadnan Mohamad (PAS) hanya mendapat 386 undi.
Di Sarawak, muka baharu dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Anthony Nogeh Gumbek memenangi kerusi Parlimen Mas Gading bagi BN dengan majoriti 2,156 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Malah lebih mengejutkan muka baharu yang diketengahkan itu dapat menewaskan calon veteran bagi kawasan Parlimen, Datuk Dr Tiki Lafe (yang bertanding sebagai calon Bebas) dan Patrick Anek Uren (Parti Reformasi Negeri-STAR) dan Mordi Bimol dari DAP.
Di Pulau Pinang, Datuk Reezal Merican Naina Merican mengekalkan legasi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas dalam percubaan sulungnya dengan meraih majoriti 4,176 undi menewaskan calon PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden. Reezal Merican mendapat 25,128 undi manakala Afnan Hamimi 20,952 undi.
Pendatang baharu MIC K.Raven Kumar juga menyerlah apabila menewaskan calon PKR M.S Murugan dengan majoriti 13,014 undi bagi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh di Johor.
Seorang lagi muka baharu Normala Abdul Samad dari BN menewaskan calon PKR Ahmad Faidhi Saidi dengan majoriti kecil 935 undi bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang di Johor.
Di Selangor, Mohd Rafizi Ramli dari PKR yang baru mencuba nasibnya pada PRU13 memenangi kerusi Parlimen Pandan dengan majoriti 26,729 undi. Mohd Rafizi merekodkan 48,183 undi manakala Lim Chin Yee (BN) mendapat 21,454 undi manakala calon Bebas Tan Yew Leng cuma mendapat 2,415 undi.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Akin mencatat kemenangan besar dalam percubaan sulungnya pada PRU13 apabila menewaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dengan majoriti 5,447 undi.
Bagaimanapun, tidak semua muka baharu yang mencuba nasib pada PRU13 ini bertuah. Bagi calon BN Chua Teik Siang ia lebih merupakan pertembungan 'budak kecil menentang gergasi' bagi kerusi Parlimen Bagan apabila dia diletakkan untuk beradu kekuatan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Muka baharu MCA ini hanya mampu mendapat 12,307 undi berbanding Guan Eng yang meraih 46,466 undi.
Calon Gerakan Dominic Lau Hoe Chai juga mengalami nasib yang sama di kerusi Parlimen Batu apabila bertemu Tian Chua dari PKR. Tian Chua menang denganmajoriti 13,284 undi.
Di Segambut, muka baharu B.Jayanthi Devi (BN) tewas kepada Lim Lip Eng dari DAP dengan majoriti 19,199 undi. Walaupun kali pertama bertanding, percubaan Jayanthi ini adalah sesuatu yang memberangsangkan kerana kawasan itu merupakan kubu kuat pakatan rakyat.
Nasib juga tidak menyebelahi Dr King Ban Siang (BN) apabila pada usia 24 tahun menjadi calon termuda bertanding pada pilihan raya, beliau tewas kepada Gan Peck Cheng dari DAP di kerusi DUN Penggaram, Johor dengan majoriti 19,051 undi. - Bernama
Mukhriz angkat sumpah MB Kedah 3 petang ini
6 Mei 2013
Dipetik Star Online, Mukhriz berkata, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, akan menerima watiah pelantikan daripada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.
"Watikah pelantikan dengan rasmi memaklumkan yang saya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah," kata beliau pada sidang media di sini.
Terdahulu, Sinar Harian membawa laporan bahawa Mukhriz hampir pasti akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagaimana diumumkan oleh Najib kelmarin.
Bagaimanapun pelantikan Mukhriz perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah terlebih dahulu.
BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Pakatan Rakyat pula memenangi 15 kerusi.
Mukhriz yang sebelum ini Ahli Parlimen Jerlun menewaskan penyandang kerusi Dun Ayer Hitam dari Pas, Abdul Ghani Ahmad.
BN berjaya merampas semula Kedah apabila memenangi 20 dari 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Politik 'adiluhung', kesaksian Muslim dalam p'raya
Seorang
Muslim wajib memberikan kesaksian apabila diminta. Mengundi pada
pilihan raya adalah satu kesaksian. Justeru menjadi kewajiban untuk
seseorang Muslim itu mengundi. Jangan diabaikan kewajiban ini kerana ia
boleh melemahkan perjuangan umat.
Kelalaian memenuhi tuntutan ini boleh membinasakan keagungan Islam. Maka jelas di sini bahawa pengundian seorang Muslim bukan semata-mata memenuhi tanggungjawab kenegaraan tetapi juga amanah keagamaan.
Keamanan perlu dipelihara bagi menjamin kesejahteraan negara. Pihak wewenang mesti melaksanakan tugas dengan sikap amanah dan tanggungjawab yang tinggi.
Kehilangan integriti menerusi sikap yang bias, kelemahan pengurusan, kelewatan tindakan dan penipuan boleh mengundang kemarahan dan menyalakan api keganasan.
Kepada ahli-ahli parti yang bersaing elakkan sikap melampau dan taksub melulu. Segala senario perlu ditangani dengan akal yang waras dan tindakan yang tepat. Jangan digadaikan keamanan menerusi aksi yang keterlaluan.
Justeru, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru agar rakyat Malaysia mendokong dan menyokong politik 'adiluhung' yang menjunjung nilai yang murni untuk ditegakkan dalam masyarakat. Menjana nilai adalah permulaan langkah dalam mengangkat martabat bangsa.
Perjuangan politik yang menjunjung tinggi nilai kebenaran dan keadilan perlu dijadikan teras dalam membina tamadun bangsa. Amalan politik longkang yang menjadikan fitnah, adu domba, rasuah dan ugutan sebagai alat dalam persaingan merebut kuasa mesti diketepikan.
AMIDI ABD MANAN presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Kelalaian memenuhi tuntutan ini boleh membinasakan keagungan Islam. Maka jelas di sini bahawa pengundian seorang Muslim bukan semata-mata memenuhi tanggungjawab kenegaraan tetapi juga amanah keagamaan.
Keamanan perlu dipelihara bagi menjamin kesejahteraan negara. Pihak wewenang mesti melaksanakan tugas dengan sikap amanah dan tanggungjawab yang tinggi.
Kehilangan integriti menerusi sikap yang bias, kelemahan pengurusan, kelewatan tindakan dan penipuan boleh mengundang kemarahan dan menyalakan api keganasan.
Kepada ahli-ahli parti yang bersaing elakkan sikap melampau dan taksub melulu. Segala senario perlu ditangani dengan akal yang waras dan tindakan yang tepat. Jangan digadaikan keamanan menerusi aksi yang keterlaluan.
Justeru, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru agar rakyat Malaysia mendokong dan menyokong politik 'adiluhung' yang menjunjung nilai yang murni untuk ditegakkan dalam masyarakat. Menjana nilai adalah permulaan langkah dalam mengangkat martabat bangsa.
Perjuangan politik yang menjunjung tinggi nilai kebenaran dan keadilan perlu dijadikan teras dalam membina tamadun bangsa. Amalan politik longkang yang menjadikan fitnah, adu domba, rasuah dan ugutan sebagai alat dalam persaingan merebut kuasa mesti diketepikan.
AMIDI ABD MANAN presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
12 Myanmar dan Bangladesh ditahan di Lembah Pantai
Harakahdaily, | 05 Mei 2013 |
Mereka dibawa keluar dari kawasan itu untuk diajak minum teh dan tidak dibenarkan oleh orang ramai pergi ke pusat pengundi.
12 mereka itu didapati cuba memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Pantai Dalam dalam Parlimen Lembah Pantai.
Di Sekolah Kebangsaan Sri Suria, Bangsar pula Harakahdaily diberitahu, beberapa buah kenderaan bercermin gelap memasuki kawasan pengundian itu melalui pintu belakang.
Tidak diketahui apa tujuan tetapi kejadian yang berlaku ketika pengundian sedang berjalan menimbulkan kekecohan di sekolah itu.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi itu dengan dicabar oleh Datuk Seri Raja Nong Chik dari BN. Turut serta mencuba nasib adalah calon Bebas, Rusli Baba.
Dakwat tak kekal, tak apa: Pengundi hantu, mana ada?
Harakahdaily, | 05 Mei 2013 |
(Antara kad pengenalan warga asing yang ditahan di pusat pengundian)
Dalam isu dakwat tidak kekal, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwat tak lekat itu bukan satu masalah lagi.
Ini kerana, katanya, besok pengundi tidak boleh mengundi lagi.
“Saya tidak bimbang dengan dakwat kekal boleh dibasuh hari ini kerana esok anda tidak boleh mengundi. Bagaimana dia boleh mengundi tanpa MyKad atau nombor IC? Satu nama hanya ditulis sekali,” kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.
Meskipun diberi setahun untuk mencari dakwat kekal yang terbaik untuk mencegah penipuan, Wan Ahmad berkata SPR tidak tahu kualiti dakwat kekal yang digunakan.
Bos Wan Ahmad pula Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pula secara tiba-tiba hari ini menyalahkan kualiti dakwat kekal kerana ingin mengikut garis panduan status halal.
Dua hari lepas, selepas ditekan oleh rakyat ekoran laporan dakwat kekal pada pengundi awal tidak kekal, Abdul Aziz telah menyangkal segala dakwaan dan berkata insiden itu berlaku kerana ada pegawai SPR yang terlupa mengoncang botol.
Malah, SPR sendiri membuat demonstrasi kepada umum bahawa dakwat itu kekal. Pada masa itu, Abdul Aziz langsung tidak menyentuh mengetahui penurunan kualiti dakwat kekal kerana panduan halal.
“Pada masa sama, terdapat surat dari Kementerian Kesihatan menyatakan kandungan silver nitrate mesti tidak melebihi satu peratus,” katanya, sambil menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan dakwat tersebut tidak boleh menghalang air untuk melaluinya.
Selain itu, Abdul Aziz juga terus mempertahankan bahawa daftar pengundi adalah bersih walaupun di alam maya laporan daripada petugas-petugas parti berlambak mengenai tangkapan warga asing yang diberikan kuasa mengundi walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak tahu menyanyi lagu Negaraku.
Tiga hari sebelum mengundi, warga asing daripada Bangladesh, Pakistan dan Nepal dilihat membanjiri lapangan terbang di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar.
Abdul Aziz bertegas bahawa tiada pengundi yang meragukan dalam senarai itu kerana daftar pemilih itu diselaraskan dengan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Ini bagi memastikan semua nama dalam pasti pemilih merupakan rakyat Malaysia," katanya.
Walaubagaimanapun, Abdul Aziz Yusof mempertahankan bahawa nama-nama dalam daftar pemilih memang warganegara Malaysia, sekali gus pengundi yang sah.
TG Nik Aziz lena di surau sebelum teruskan kempen
Rizal Tahir, | 05 Mei 2013 |
(TG Nik Aziz berehat sebentar sebelum meneruskan kempen)
PENGKALAN CHEPA: Inilah pemimpin rakyat. Kelihatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berehat di sebuah surau sebelum meneruskan penjelajahan kempen ke seluruh Kelantan.
Inilah yang berlaku kepada Tuan Guru Datuk Abdul Aziz yang kini adalah Menteri Besar Kerajaan Sementara Kelantan.
Setelah keluar mengundi awal pagi bersama isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, beliau belum berehat.
Awal pagi tadi beliau beratur panjang bagi menunggu giliran membuang undi.
(Beratur di awal pagi untuk mengundi)
Menteri Besar tidak menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan untuk mengelak daripada beratur. Biar pun agak keuzuran namun beliau tetap beratur bersama pengundi-pengundi lain di Sekolah Menengah Raja Sakti, Kota Jembal.
Beliau dan isteri tiba di pusat mengundi tersebut kira-kira jam 8.15 pagi. Tiga anaknya, Nik Adli, Nik Abdul Rahim dan Nik Omar turut mengundi di tempat yang sama.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga calon Dun Chempaka ketika ditemui pemberita berharap Kelantan terus kekal di bawah pentadbiran ulama.
Menurutnya, tidak ada sebab langsung rakyat menolak kerajaan yang ada sekarang.
“Tengok pada zahirnya dan sekiranya PRU 13 ini berjalan mengikut demokrasi sebenar, PAS masih mampu mengekalkan pentadbirannya.
“Bagaimanapun kita tahu, PAS sering berhadapan dengan pelbagai dugaan, ugutan, politik wang untuk menjatuhkan kita,” ujarnya.
Manakala di Pasir Mas keghairahan rakyat untuk mengundi jelas kelihatan apabila orang ramai menyerbu tempat pembuangan undi sejak awal lagi.
Sebaik sahaja tempat pembuangan undi dibuka orang ramai terus menyerbu masuk.
(Saya sudah mengundi ...kata TG Nik Aziz dan isterinya)
Bagaimanapun sistem manual untuk mendapatkan kupon SPR bagi membolehkan mengundi masuk ke tempat pembuangan undi, sesak teruk sehingga mereka yang keuzuran berpatah balik.
Ramai merungut kerana kaedah mencari nama pengundi masih secara manual dengan mencari nama dan menggaris sebelum dikeluarkan kupon SPR mengikut saluran ditetapkan.
Keadaan itu menimbulkan bantahan orang ramai terutamanya orang tua-tua. Malah tidak ada petugas SPR di Sekolah Kebangsaan Kasa bagi membantu orang tua dan kurang upaya mendapatkan kupon SPR tanpa perlu menunggu lama.
Saluran pengundi muda iaitu lima hingga tujuh biar pun agak panjang, namun mereka lebih cepat membuang undi.
Kemungkinan jangkaan untuk mengetahui pemenang boleh diketahui lebih awal.
Petugas PAS di kaunter semakan daftar pemilih d luar sekolah tersebut memberihu kehadiran orang ramai membuat semakan di kaunter PAS lebih sibuk berbanding Umno.
Situasi serupa juga dapat disaksikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban. Bagaimanapun di Dun Tendong keadaan lebih seimbang.
Di Kubang Kerian, hampir 70 peratus pengundi luar yang didaftar PAS telah mengeluar mengundi di sebelah pagi.
Menurut calon PAS Dun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus, semangat yang ditunjukkan pengundi luar dan pengundi pertama kali amat memberangsangkan berbanding PRU 2008.
Katanya kesungguhan anak-anak muda dan pengundi luar membuktikan peranan media baru boleh membantu menambahkan pengetahuan mereka.
“Saya amat terharu kerana di setiap peti undi yang saya kunjungi anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang memberi sokongan padu,” ujar beliau.
“Kembalinya anak-anak yang berada di luar Kelantan, telah mengubah pendirian keluarga masing-masing yang mana sebelum ini ada yang menyokong Umno,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan