Pakatan tolak keputusan p'raya
Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.
Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.
Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu.
Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Teng umum letak jawatan SUA Gerakan
Nasib
tidak menyebelahi Gerakan dalam pilihn raya umum ke-13 (PRU13) apabila
ia hanya memenangi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN).
Kerusi Parlimen yang dimenanginya ialah Simpang Renggam bagi penggal kedua menerusi Liang Teck Meng yang mengalahkan Suhaizan Kiat dari PAS dengan majoriti 5,706 undi.
Tiga kerusi DUN pula ialah di Sidam, Kedah; Pemanis, Johor dan Tanjong Papat, Sabah.
Gerakan bertanding di 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU13.
Pada 2008, ia menang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN.
Sehubungan itu, Teng Chang Yeow mengumumkan akan meletak jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang dan setiausaha agung Gerakan.
Pada 2008, pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang jatuh kepada DAP selepas ia memerintah selama 39 tahun.
- Bernama

BN gagal tebus kekalahan di K'tan, S'gor, P Pinang
Barisan
Nasional (BN) gagal gagal menebus kekalahan di Kelantan, Selangor dan
Pulau Pinang yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya
tahun 2008.
Bagaimanapun, BN berjaya mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang menjadi sasaran Pakatan akan dimenangi pakatan pembangkang iaitu Negeri Sembilan, Johor, dan Perak.
Menurut Bernama, pada keseluruhannya, BN dapat mengekalkan penguasaan di negeri-negeri lain, sselain menawan semula Kedah dan menambah kerusi di Kelantan.
BN juga dapat membentuk kerajaan di negeri jelapang padi setelah menang 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
BN menambah tujuh kerusi daripada hanya 14 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008.
Di Kelantan, BN menangi 12 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan sekali ganda daripada enam kerusi yang dimenangi pada 2008.
Enam kerusi yang ditambah adalah Galas, Air Lanas, Selising, Semerak, Gual Ipoh dan Dabong selain mempertahankan kerusi Nenggiri, Paloh, Kuala Balah, Bukit Bunga, Kok Lanas dan Pengkalan Kubor.
Selain itu, BN juga mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga di Melaka, Pahang, Perlis dan Sabah.
BN kekal memerintah Terengganu setelah memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi yang ditandingi.

'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'
Pengarah
Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak"
punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran
antara Azizan-Phahrolrazi.
Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.
BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.
Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.
Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.
Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.
Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.
Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.
Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.
"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.
"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.
"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi.
Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut.

'5 tahun bawah Pakatan 'macam-macam hal berlaku'
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah berkata pentadbiran
Pakatan rakyat yang berlakunya "macam-macam hal" selama lima tahun
rakyat menyebabkan rakyat menolak kepimpinan mereka dalam pilihan raya
ke-13 umum semalam.
Susulan itu, katanya, rakyat juga telah hilang keyakinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, sekaligus membuat keputusan untuk memilih BN.
Dalam pilihan raya semalam, BN berjaya memperolehi 21 kerusi manakala Pakatan mendapat 15 kerusi.
"Rakyat dapat lihat dan merasai pengalaman lima tahun bawah pembangkang yang macam-macam hal berlaku... Sudah tentu mereka (rakyat) memberi balik kepada BN.
"Lima tahun adalah jangka masa yang panjang. Rakyat membuat keputusan bijak," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pembentukan kerajaan BN awal pagi ini.
Sambil mengucapkan kesyukuran, beliau yang juga ADUN Bakar Bata berharap pembangkang dapat menerima kekalahan mereka sepertimana Umno menerima kekalahan mereka pada 2008, kerana rakyat telah mengadilinya
Menurutnya lagi, pada awalnya BN mensasarkan sembilan atau 10 kerusi tetapinya bersyukur kerana tercapai apabila mereka kalah lima daripada 15 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
"Jadi jangkaan kita agak tepat," katanya sambil mengakui kecenderungan pengundi Cina yang tidak menyokong BN.
BN kalah di kerusi parlimen Pokok Sena, Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani dan Padang Serai - yang mempunyai ramai pengundi Cina antara 17 hingga 28 peratus.
Dalam sidang media berasingan, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata kerajaan Kedah yang bakal dibentuk akan memberi perhatian serius mengenai isu polarisasi pengundian seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang diumumkan bakal menteri besar negeri, menyedari perkara itu dengan menyifatkan polarisasi kaum "membahayakan" dan mendakwa taktik DAP berjaya menimbulkan kemarahan orang Tiong Hua.
"Sebelum ini tidak ada... Jadi (kita) tak mahu polarisasi dan saya yakin BN sentiasa beri perhatian kepada kehendak-kehendak mereka (Cina).
"Kita mesti ada toleransi, kompromi dan tidak boleh menuntut segala-galanya... Di Kedah, kita akan memberi perhatian serius perkara ini ," katanya beliau memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk memilih barisan exco di negeri itu.
Mereka mendakwa, seseorang dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama dengannya sudah pun selesai membuang undi.
Premesh berkata, kejadian itu berlaku di pusat pengundian di Sekolah Alam Shah di Seksyen 12 Petaling Jaya tengah hari ini.
Bagaimanapun,
ketika berada di bilik mengundi, kata Premesh lagi, semakan kerani
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati beliau memang belum mengundi.
"Dia mengumumkan nama dan nombor pengundian saya.
"Tetapi ketika saya hendak mengundi, kesemua tiga pemantau daripada BN, PKR dan DAP semua membantah, mereka menegaskan nama saya sudah dipangkah pada senarai mereka," katanya.
Bagaimanapun kerani SPR mempertahankan bahawa nama Premesh ada dalam senarainya.
Calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (kanan) memberitahu
pemberita bahawa pengundi tersebut, Mazlan Zulkiflee, datang ke pondok parti itu di luar pusat mengundi di Taski Abim Taman Mawar untuk menuntut RM700 pada kira-kira 1 tengahari ini.
Beliau menunjukkan dokumen termasuk kad pengenalan dengan alamat di Taman Mawar, dan tiket penerbangan sehala dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, dia tidak boleh menyanyi lagi Negaraku apabila diminta berbuat demikian dan tidak ingat alamat yang tertera pada kad pengenalannya.
"Jika anda tanya kepada saya, saya mengesyaki dia rakyat Indonesia," kata Rafizi samil menambah percakapan lelaki itu bunyai seperti orang Indonesia dari Sabah.
Warga maya nampaknya begitu bimbang dengan kemungkinan warga asing boleh mengundi dalam pilihan raya ke-13 hari ini.
Di
samping itu mereka juga sangsi dengan penggunaan dakwat kekal yang
pertama kali digunakan di Malaysia hari ini dengan mendakwa ia boleh
hilang dengan mudah walaupun ia sepatutnya kekal tujuh hari.
Dua isu ini menggambarkan kebimbangan rakyat Malaysia akhir-akhir ini walaupun pelbagai lagi perkara dituntut sebelum ini melalui perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH sebelum ini.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan-dakwaan yang dibuat itu.
Susulan itu, katanya, rakyat juga telah hilang keyakinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, sekaligus membuat keputusan untuk memilih BN.
Dalam pilihan raya semalam, BN berjaya memperolehi 21 kerusi manakala Pakatan mendapat 15 kerusi."Rakyat dapat lihat dan merasai pengalaman lima tahun bawah pembangkang yang macam-macam hal berlaku... Sudah tentu mereka (rakyat) memberi balik kepada BN.
"Lima tahun adalah jangka masa yang panjang. Rakyat membuat keputusan bijak," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pembentukan kerajaan BN awal pagi ini.
Sambil mengucapkan kesyukuran, beliau yang juga ADUN Bakar Bata berharap pembangkang dapat menerima kekalahan mereka sepertimana Umno menerima kekalahan mereka pada 2008, kerana rakyat telah mengadilinya
Menurutnya lagi, pada awalnya BN mensasarkan sembilan atau 10 kerusi tetapinya bersyukur kerana tercapai apabila mereka kalah lima daripada 15 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
"Jadi jangkaan kita agak tepat," katanya sambil mengakui kecenderungan pengundi Cina yang tidak menyokong BN.BN kalah di kerusi parlimen Pokok Sena, Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani dan Padang Serai - yang mempunyai ramai pengundi Cina antara 17 hingga 28 peratus.
Dalam sidang media berasingan, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata kerajaan Kedah yang bakal dibentuk akan memberi perhatian serius mengenai isu polarisasi pengundian seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang diumumkan bakal menteri besar negeri, menyedari perkara itu dengan menyifatkan polarisasi kaum "membahayakan" dan mendakwa taktik DAP berjaya menimbulkan kemarahan orang Tiong Hua.
"Sebelum ini tidak ada... Jadi (kita) tak mahu polarisasi dan saya yakin BN sentiasa beri perhatian kepada kehendak-kehendak mereka (Cina).
"Kita mesti ada toleransi, kompromi dan tidak boleh menuntut segala-galanya... Di Kedah, kita akan memberi perhatian serius perkara ini ," katanya beliau memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk memilih barisan exco di negeri itu.

CEO Mkini mangsa undi hantu?
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh
Chandran hari ini mengalami pengalaman mengejutkan apabila agen tempat
mengundi daripada tiga pihak berbeza cuba menghalangnya daripada
mengundi.Mereka mendakwa, seseorang dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama dengannya sudah pun selesai membuang undi.
Premesh berkata, kejadian itu berlaku di pusat pengundian di Sekolah Alam Shah di Seksyen 12 Petaling Jaya tengah hari ini.
Bagaimanapun,
ketika berada di bilik mengundi, kata Premesh lagi, semakan kerani
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati beliau memang belum mengundi."Dia mengumumkan nama dan nombor pengundian saya.
"Tetapi ketika saya hendak mengundi, kesemua tiga pemantau daripada BN, PKR dan DAP semua membantah, mereka menegaskan nama saya sudah dipangkah pada senarai mereka," katanya.
Bagaimanapun kerani SPR mempertahankan bahawa nama Premesh ada dalam senarainya.
Pengundi meragukan minta duit selepas mengundi
Seorang
pengundi yang mencurigakan dari Sabah disoal oleh petugas Pakatan
Rakyat di Pandan, Selangor, apabila dia cuba untuk menuntut wang di
pondok mereka selepas mengundi.
Calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (kanan) memberitahu pemberita bahawa pengundi tersebut, Mazlan Zulkiflee, datang ke pondok parti itu di luar pusat mengundi di Taski Abim Taman Mawar untuk menuntut RM700 pada kira-kira 1 tengahari ini.
Beliau menunjukkan dokumen termasuk kad pengenalan dengan alamat di Taman Mawar, dan tiket penerbangan sehala dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, dia tidak boleh menyanyi lagi Negaraku apabila diminta berbuat demikian dan tidak ingat alamat yang tertera pada kad pengenalannya.
"Jika anda tanya kepada saya, saya mengesyaki dia rakyat Indonesia," kata Rafizi samil menambah percakapan lelaki itu bunyai seperti orang Indonesia dari Sabah.

Media sosial dibanjiri gambar warga asing, jari
Sesiapa
sahaja yang membuka media sosial seperti Facebook dan Twiiter hari ini
pasti mendapati ia dipenuhi dengan gambar warga asing dan jari pengundi.Warga maya nampaknya begitu bimbang dengan kemungkinan warga asing boleh mengundi dalam pilihan raya ke-13 hari ini.
Di
samping itu mereka juga sangsi dengan penggunaan dakwat kekal yang
pertama kali digunakan di Malaysia hari ini dengan mendakwa ia boleh
hilang dengan mudah walaupun ia sepatutnya kekal tujuh hari.Dua isu ini menggambarkan kebimbangan rakyat Malaysia akhir-akhir ini walaupun pelbagai lagi perkara dituntut sebelum ini melalui perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH sebelum ini.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan-dakwaan yang dibuat itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan