Isnin, 6 Mei 2013

PATUH KEPADA KEPIMPINAN SATU PERKARA YANG PERLU...BERSATU JUGA KEPERLUAN....KEEGOAN JUGA KERAS KEPALA PERLU DIBUANG JAUH2...KERANA KITA SATU TEAM....RASA DIRI BAIK SERTA SEMPURNA JUGA PERLU DIBUANG JUGA...YANG SEMPURNA ITU ALLAH SWT...KEAKRABAN PADA ALLAH...SENTIASA MUNAJAT KEPADA ALLAH JUGA SATU KEPERLUAN...KEMESRAAN@MESRA ALAM PADA RAKYAT@KAWAN2@LAWAN JUGA SATU KEPERLUAN KEPADA AHLI2 POLITIK...TIADA SATU NAS YANG MENGATAKAN AHLI POLITIK MASUK SYURGA...MELAINKAN IANYA MESTI TAKWA KEPADA ALLAH SWT...SERTA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH SWT

Terima keputusan dengan syukur dan sabar

Harakahdaily, 06 Mei 2013

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.

Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, "Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.

"Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.

"Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang," katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan.

PAS menang 22 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini berkurang satu kerusi berbanding pilihan raya ke 12.

Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengekalkan kerusi Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.

PAS Terengganu berjaya menambah tiga kerusi Parlimen di samping tujuh kerusi DUN dalam pilihan raya ini.

Kerusi Parlimen yang dimenangi adalah Marang (Tuan Guru Abdul Hadi), Kuala Terengganu (Datuk Raja Bahrin), Kuala Nerus (Dr Khairudin Aman Razali) dan Dungun (Haji Wan Hassan).

Mereka kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan di negeri itu apabila menang 15 kerusi berbanding BN 17 kerusi.

Penipuan: Pakatan tolak keputusan, tuntut penjelasan

Muhammad Faizal, 06 Mei 2013


(Sidang media Pakatan Rakyat yang diadakan tengah malam tadi)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah kerana unsur-unsur penipuan.

Ekoran itu,  Pakatan menolak keputusan PRU13 yang dimenangi BN.

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara tersebut pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya sejurus selepas mengetahui keputusan PRU13 awal pagi tadi.

"Banyak penipuan berlaku sejak awal pengundian iaitu ketika pengundian awal bagaimana penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal.

"Selain itu juga kita lihat waktu pengundian semalam terdapat tangkapan dilakukan terhadap pengundi hantu, ini jelas konpirasi pemberian kad pengenalan yang diperkatakan sebelum ini," jelasnya.

Tambahnya, konpirasi penipuan ini perlu dijelaskan oleh SPR kerana terdapat bukti-bukti yang boleh mengesahkannya.

BN membentuk kerajaan kira-kira jam 12.45 pagi apabila melepasi kemenangan mudah 112 kerusi Parlimen.

Dalam pilihan raya ini, Pakatan mendapat 89 kerusi parlimen  berbanding BN 133 kerusi.

Kekalahan sebenar bila lari dari perjuangan

Harakahdaily, 06 Mei 2013


(Yusof dalam sidang medianya)

ALOR SETAR: "Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Yusof Husin.

Sehubungan itu, katanya, PAS menerima keputusan rakyat dengan hati terluka.

"Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya dalam sidang medianya.

Dalam sidang media itu, Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Datuk Seri Azizan Razak dengan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.

BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.

Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi  antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.

Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri  dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.

Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.

Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.

 


  • Fran Kie · Kuala Lumpur, Malaysia
    Kekalahan PAS di Kedah adalah kerana Kerajaan PAS telah mengamalkan banyak dasar-dasar yang konsisten, MB yang keras kepala dan tidak langsung bertolak ansur dengan parti-parti lain dalam Pakatan. Orang-orang bukan melayu di Kedah adalah kurang senang hati dengan pentadbiran PAS, berbanding dengan di negeri-negeri lain. Biar ini jadi satu pengajaran kepada kita semua.

  • Fairos Zakariah · Electronics Teacher at SMV SUNGAI BULOH
    Redha dgn ketentuan Allah.Jgn sedih.Kpd Datuk Seri Azizan Razak, tidak ada sesiapa patut salahkan Datuk, cuma beri peluang kpd pimpinan baru membetulkan apa jua kesilapan yang wujud dan menyelesaikan masalah dalaman PAS Kedah.Penting utk memastikan kemenangan dan menawan semula Kedah dari BN pd PRU14.

  • Jamlus Abu Bakar · · Top Commenter · Kota Bharu Teachers College
    DAH TAHU AKAN KESALAHAN SENDIRI....LAIN KALI JAGA2.....JANGAN TUNJUK PANDAI SENDIRI SEBAB BERPATI ITU ERTINYA KERJA BERKLOMPOK ATAU BERMESYUARAH......WALAU PUN KITA NI NAMPAK TUA DARI YANG LAIN TAPI JANGAN FIKIR KITA NI MATANG.....

  • Hj D AnidNo · Top Commenter · Kolej Islam Sultan Alam Shah, formerly Kolej Islam Kelang. PJJ UKM.
    Kekalahan PR Kedah, antara faktornya tsunami kaum Cina. Perkataan 'ini kalilah' dijiwai oleh Cina kerana ia pun sebutan kebiasaan mereka dalam berbahasa melayu. Sebaliknya kaum Melayu menjiwai 'lain kalilah'. Tu sebab Pas banyak kalah di luar bandar (kurang pengundi Cina). Yg selamat Pas hanya Pokok Sena kerana dekat dengan bandar Alor Star. PR yg lain pulak menguasai di bandar yg ramai penduduk Cina seperti Alor Star, Sg Petani dan Padang Serai. BN (umno) pandai mengeksploitasi isu Cina ramai sokong PR, maka kempen di kawasan majoriti melayu, dinyatakan perlu melayu bersatu. Kalau dengan Pas mereka kata Pas dah bersatu dengan Cina. Wallahuhualam!

  • Adnan Sudin · Top Commenter · Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra
    Sila semak kembali pergolakan dalaman yang masing-masing kumpulan nak tunjuk pengaruh hinggakan kerja parti menjadi lemah dan akhirnya negeri hilang dari gengaman. Minta parti buat kajian mana calon yang boleh menang, biarpun telah veteran kerana pengalaman mereka amat berharga. Krisis dalaman dan perebutan pengaruh diri memang lemahkan jentera parti. Belajarlah dari sejarah ini dan silam nescaya berjaya. Usah salahkan sesiapa kerana kapal tak tenggalam melainkan kerja orang dalam sendiri.

  • Fran Kie · Kuala Lumpur, Malaysia
    saya memang rasa sedih for PAS Negeri Kedah.....banyak sangat masalah dalaman. HOpe benda macam ini tak jadi lagi in future. Ini adalah pandangan saya. Apa komen saudara-saudari yang saya hormati.

    • Zul Mohamad · Open University Malaysia
      saya bersetuju dengan pandangan anda..pergolakkan dalaman parti juga merupakan penyebab kepada kekalahan Pas di Kedah..Dalam Islam kita disuruh untuk taat setia kepada ketua/pemimpin dan ianya berlaku dalam Pas sedangkan masyarakat tahu bahawa Pas merupakan Parti yang bertunjangkan Al-Quran & Hadis serta ijtimak ulama. Sentimen ini yang dimainkan oleh umno/bn selain daripada kegagalan Pas untuk mentadbir kerajaan negeri..Kita lihat sejarah di mana Terangganu yang dapat kita tawan pada tahun 2004 jatuh kembali kepada bn pada tahun 2008 dan Kedah pada tahun 2008 jatuh kembali kepada bn pada pilihanraya kali ini, dan ini mununjukkan kepada kepada masyarakat umum bahawa Pas tidak mampu mentadbir. Isu inilah yang sering dimainkan oleh bn dimana hampir setiap tempat terdapat banner yang menyatakan bahawa Pas tidak mampu mentadbir nege...See More

  • Ardian Syah Abdullah · Sek Men Keb Permas Jaya
    kenapa x senaraikan kemenangan BN mengikut komponen?

  • Hisham Mat Yazid
    Malam yang penuh duka buat rakyat Malaysia.
    Warna warni PRU13 tidak akan dilupakan.
    Bangla-bangla di import.
    Keajaiban blackout ketika pengiraan undi dibanyak tempat.Peti undi hilang.
    Dakwat kekal yang tidak kekal.Mengundi dua kali.IC percuma.
    TV3 dan Utusan.Tahniah Barisan Nasional.
    Jika kemenangan ini telus, saya ucapkanTahniah.
    Jika dengan penyelewengan, saya ingatkan.
    dengan satu firman Allah:
    "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad).
    menyangka Allah lalai akan apa yang.
    dilakukan oleh orang-orang yang zalim;.
    sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan.
    mereka hingga ke suatu hari yang padanya.
    terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana.
    gerun gementar melihat keadaan yang.
    berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42).

  • Mohd Taharuddin Bin Amran · Top Commenter · Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah
    Sabaq lah wahai sahabat2ku semua....mulai saat ini, jgn berhenti melakukan gerak kerja bagi menghadapi PRU14...5 tahun bukannya lama.biaq yang menang leka dgn kemenangan mereka.kita perlu teruskan perjalanan dan perjuangan yang masih penuh berliku jika mahu ke Putrajaya....

  • Fauzi Fauzy · Top Commenter
    Masa nak pilihan raya. Kita nak tukar azizan la. Itu la ini la sekarang boleh nak tukar ka, bersara terus ka.

90 peratus Cina sokong PAS di Selangor

Harakahdaily, 06 Mei 2013
SELAYANG: Lebih 90 peratus pengundi Cina di Selangor telah menyokong Pakatan Rakyat termasuk calon-calon PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di UPU Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon PAS berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.

Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina," kata Zaidy Talib (gambar) calon PAS yang menang di DUN Taman Templer.

Zaidy bersama rakan-rakannya di Selangor mencipta rekod tersendiri bagi PAS di Selangor apabila berjaya dengan cemerlang dalam pilihan raya ini.

15 calon PAS telah menang di peringkat DUN di Selangor, PKR pula menang 14 kerusi manakala DAP menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya.

Kerus-kersui DUN yang dimenangi PAS adalah Dusun Tua, Bangi, Gombak Setia, Hulu Kelang, Tanjung Sepat, Meru, Selat Kelang, Seri Serdang, Taman Templer, Cempaka, Lembah Jaya, Sabak, Sijangkang, Morib dan Paya Jaras.

Di Parlimen pula, PAS menang lima kerusi iaitu Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat, Sepang dan Sungai Besar.

P.088 adalah kemenangan rakyat

-, 06 Mei 2013


a]  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt Tuhan sekelian Alam dan Tuhan yang maha Mencipta, atas kemenangan yang dikurniakan kepada Pakatan Rakyat di P.088 Temerloh.

b] Jazaakumullah Khairan jaza' saya ucapkan kepada semua saf pimpinan PR, para petugas yang bertungkus lumus dan juga kepada semua yang membantu samaada secara langsung atau tidak. Sokongan dan sumbangan anda semua sangat - sangat saya hargai.

c] Tahniah kepada semua pengundi  yang memberi sokongan kepada PR di P.088 Temerloh. Semoga Allah swt memberkati anda semua dan sama - samalah kita berganding bahu  berfikir dan bertindak untuk kebaikan semua warga Temerloh dan penduduknya tanpa mengira latar belakang bangsa, kaum, agama dan ideologi politik. Kita semua satu rumpun yang mesti bergandingan.

d] Salam persahabatan kekal saya hulurkan buat sahabat baik saya Dato' Saifudin Abdullah mantan MP Temerloh. Apa pun keputusan pilihanraya, ia tidak menjejaskan hubungan baik saya dengan beliau.

e] Kemenangan ini bukan untuk saya tetapi ia adalah untuk dan milik rakyat Temerloh keseluruhannya. Kemenangan yang akan membawa 1001 erti kepada seluruh pengundi, PR dan saya sendiri dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab perjuangan ini. Semoga Allah swt memberi petunjuk dan kekuatan buat diri ini agar mampu menunaikan tanggungjawab besar lagi berat terhadap agama, rakyat dan negara.

f] Saya tetap mengharapkan sokongan, dokongan dan tunjuk ajar dari semua pihak. Jika saya benar bantulah saya, jika saya betul sokonglah saya sebagaimana jika saya lemah  maka perkuatkan saya, jika saya salah perbetulkan saya. Jika saya dusta luruskan saya. Benar adalah amanah dan dusta adalah khianat.

g] Saya memberi komitmen insyaallah untuk merealisasi slogan "Temerloh di Hati Kome" dengan menjadikan Temerloh sebagai "rumah ketiga" saya selepas jamaah dan keluarga saya. Insyaallah saya akan membahagikan masa dan tenaga sebijak mungkin untuk menunaikan tanggungjawab saya terhadap "tiga buah rumah" saya ini.

h] Menyedari kemenangan PR di P.088 tanpa memiliki kerajaan adalah sangat mencabar disamping terhad keupayaan kuasa dan peruntukan, saya akan menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Temerloh semampu mungkin dengan mengharap petunjuk dan bantuan dari Allah swt. Insyaallah ia juga akan menjadi ringan dengan dokongan bersama anggota masyarakat Temerloh.

i] Ketepikan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang hangat suhunya di musim pilihanraya. Kini masa kita bangunkan masyarakat, makmurkan daerah dan sejahterakan rakyat Temerloh. Kini saya adalah MP kepada Temerloh bukan MP kepada PAS atau PR semata - mata. Prinsip dan tugas saya ialah berlaku adil kepada semua dan telus dalam urusan insyaallah.

j] Akhirnya saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf sebanyak - banyaknya dari semua pihak andai terdapat salah dan silap dari saya , secara sedar atau tidak terutama sepanjang musim kempen PRU ke 13 tempohari. Semoga kita akan lebih erat dan mesra insyaallah.

Salam Perjuangan dari saya buat semua.

Temerloh di Hati Kome

Nasrudin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Apa makna keputusan PRU 13

Penulis Khas, 06 Mei 2013

(Carta keputusan pilihan raya 2004 - 2013....peluang besar di PRU -14)


KEPUTUSAN akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Surat terbuka kepada ISMA Pasca PRU13

X-ISMA, 06 Mei 2013
Keputusan PRU13 telah rasmi diumumkan. BN berjaya mengekalkan majoriti mudah di parlimen dengan 133 kerusi. PR pula berjaya menambah bilangan kerusi di parlimen. DAP mendapat 38 kerusi, PKR 30 dan PAS 21.

Daripada taburan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti dalam parlimen, secara mudahnya boleh disimpulkan bahawa berkurangnya kerusi yang dimenangi oleh golongan Islamis. Yang saya maksudkan dengan Islamis ialah orang yang benar-benar membawa ideologi Islam dalam perjuangan politik mereka. Yang tinggal hanyalah 21 orang ahli perlimen PAS dan mungkin beberapa orang ahli parlimen daripada PKR. Umno walaupun memenangi begitu banyak kerusi, namun kita semua tahu mereka tidak membawa perjuangan Islam sebagaimana yang diharapkan.

Telahan saya selepas ini ialah, ISMA akan merujuk keputusan pilihanraya ini sebagai kekalahan besar buat Islam. Mereka akan melaung-laungkan bahawa suara Islam dalam parlimen sudah berkurangan. Orang bukan Islam dari kalangan DAP akan mendominasi. Bahkan sebenarnya laungan begini sudah bermula awal lagi sebelum pilihan raya. Semuanya boleh dibaca di laman web rasmi ISMA.

Lantaran keputusan ini, akan mulalah berbunyi slogan-slogan seperti PAS sudah tidak dominan, PAS adalah parti yang lemah dalam PR, PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP, PAS harus bergabung dengan UMNO untuk menguatkan suara Islam dalam parlimen dan macam-macam lagi.

Benar, suara golongan Islamis dalam parlimen berkurangan sejajar dengan berkurangnya kerusi PAS (Umno tidak diharapkan untuk membawa suara Islam). Saya yakin ISMA akan menyalahkan PAS dalam hal ini kerana tewas banyak kerusi sedangkan DAP berjaya menang banyak. Namun, saya merasakan yang sebenarnya jari perlu dituding kepada ISMA.

Mengapa orang Melayu Muslim tidak mengundi PAS? Mengapa PAS yang bertanding di kawasan majoriti Melayu Muslim kalah kepada calon-calon Umno sedangkan merekalah yang membawa suara Islam? Antara jawapannya adalah kerana, orang Melayu Muslim termakan racun yang dihidangkan oleh NGO seperti ISMA dan PERKASA. Begitu juga Umno.

ISMA dan PERKASA (juga Umno) menjaja propaganda kononnya jika PR menang, DAP akan jadi PM, agama rasmi negara akan jadi Kristian, Malaysia akan jadi negara sekular (kejap negara Kristian, kejap sekular, mana satu yang betul?), Malaysia akan jadi seperti Singapura, orang Melayu akan ditindas, ideologi pluralism dan liberalism akan berleluasa, LGBT akan diiktiraf, dan macam-macam lagi.

Inilah propaganda beracun yang telah dimomokkan kepada orang Melayu Muslim sehingga mereka takut untuk mengundi PAS. Bagi mereka, mengundi PAS akan menyebabkan DAP berkuasa dan berlaku perkara-perkara di atas.

Nah ISMA, inilah kesan propaganda yang anda telah sebarkan dalam masyarakat. Jangan menyalahkan orang lain yang menyebabkan suara Islam semakin sunyi di parlimen. Ia adalah angkara anda sendiri.

Anda menyangka bahawa anda boleh menambah suara Islam di parlimen dengan masuk bertanding di tujuh kerusi parlimen namun anda tewas (dan hilang wang deposit) di semua kerusi tersebut. Lebih malang lagi, mesej beracun yang anda bawa semasa berkempen merebak ke seluruh tanah air menyebabkan orang Melayu Muslim menolak PAS.

Saya hormat gerak kerja pemuda-pemuda ISMA yang bertungkus-lumus menjalankan kempen di medan dan ruang siber. Gerak kerja kalian yang sangat hebat dan kemas menyebabkan mesej yang kalian bawa berjaya menjangkau dan menembusi minda audiens Melayu Muslim yang ramai diseluruh negara. Namun apa yang malang ialah, mesej tersebut beracun dan kesan itu ditanggung oleh PAS.

Bahaya Mesej Perkauman dan Prejudis
ISMA perlu sedar bahawa mesej yang mereka bawa sebenarnya menyemai api perkauman dan prejudis dalam kalangan orang Melayu Muslim. Apatah lagi ISMA sebagai sebuah NGO Islam. Orang Melayu akan melihat mesej yang dibawa oleh ISMA ialah ajaran sebenar Islam dan menganggapnya sacred dan perlu diikuti. Walaupun PERKASA membawa mesej dengan nada yang sama, orang Melayu Muslim yang lurus hatinya tidak mudah terikut kerana PERKASA tidak mempamerkan imej Islam.

Kesannya, orang Melayu Muslim termakan racun prejudis dan perkauman. Mereka akan anggap orang bukan Islam di Malaysia sebagai musuh yang mempunyai agenda jahat terhadap orang Melayu Muslim. Lebih malang lagi, orang bukan Islam pula akan melihat ajaran Islam adalah buruk dan penuh kebencian terhadap mereka (kerana kalian ialah NGO Islam, mereka anggap kalian mewakili Islam). Mereka akan menganggap, Islam membenci mereka. Mereka akan melihat Islam dan penganutnya memusuhi mereka. Akhirnya, mereka prejudis terhadap Islam dan seterusnya menutup terus pintu dakwah Islam kepada mereka. Ini yang kalian mahukan?

Boleh Bawa Keganasan
Orang Melayu Muslim di Malaysia lurus dan tulus hatinya. Apabila mereka disogokkan dengan citra-citra tentang konspirasi jahat golongan Cina DAP (ditambah lagi dengan label ultra, cauvinis etc.), hati mereka akan membara. Akan timbul dendam kesumat dalam jiwa mereka. Apatah lagi yang menyebarnya dalam kalangan ustaz dan ulama (Majlis Ulama’ ISMA). Bara dalam hati ini akan terus menyala dan membakar, sehingga tiba suatu ketika, ia akan meletus seperti gunung berapi. Pada ketika itu, tak mustahil berlakunya pertumpahan darah. Si Melayu Muslim bertindak terhadap Si Cina DAP hanya kerana persepsi mengenai konspirasi yang telah dicanang-canang oleh ISMA. Adakah kalian mahu ini terjadi? Mustahil? Ia pernah berlaku dalam lipatan sejarah.

Masih Belum Terlewat
Sedarlah wahai saudaraku dalam ISMA. Mesej yang kalian bawa tentang konspirasi DAP itu kebanyakannya bersandarkan persepsi, andaian dan ilusi semata-mata. Mungkin ada yang benar, namun banyak yang ditokok-tambah dan diperbesar-besarkan. Masih belum terlewat untuk membetulkannya. Sebelum ia merebak dan membara dalam hati umat Melayu Muslim, ada baiknya kaliah hentikan. Jadikan ISMA sebagai sebuah NGO yang boleh diterima baik oleh semua golongan – Melayu dan bukan Melayu.

Kita hidup dalam negara yang unik. Tiada negara Islam yang menyamai demografi masyarakat seperti Malaysia. Kita tidak boleh meniru model negara lain seperti Mesir. Saya yakin ISMA banyak mengambil konsep dari Mesir kerana kebanyakkan qiyadahnya mendapat tarbiyah yang lama di sana. Hakikatnya, ia tidak sama. Konsep nasionalisme Arab dalam Muktamar Kelima Majmuk Rasail Imam Al-Banna tak boleh disamakan terus dengan Melayu di Malaysia.

Negara kita punyai waqi’ tersendiri. Negara kita mampu membawa model tersendiri sebagai darul dakwah yang hebat. Jika model darul dakwah ini berjaya dibina, ia boleh menjadi rujukan seluruh dunia.

Islamis Dalam PAS dan PKR Juga Mainkan Peranan
Kalian selalu menjaja cerita tentang konspirasi DAP dan menyalahkan PAS tentang kelemahan mereka dalam tahalluf siyasi PR. Sedarkan kalian, bukan hanya kalian yang ikhlas dan ingin menegakkan Islam di negara ini. Bukan hanya kalian yang cakna dan sensitif tentang agenda musuh-musuh Islam. Apakah kalian mengira golongan Islamis (amilin Islam) dalam PAS dan PKR tidak sensitif? Apa kalian menyangka golongan Islamis dalam PAS dan PKR begitu naïf dan dangkal tentang konspirasi musuh? Apakah kalian menyangka mereka akan membiarkan begitu saja jika terdapat unsur konspirasi jahat dalam tahalluf mereka?

Muzakarah, Tinggalkan Andaian, Berpijaklah Pada Yang Benar
Saya menyeru saudara-saudaraku dalam ISMA, tinggalkanlah andaian-andaian yang kalian yakini itu. Berhentilah berpijak pada persepsi, sentimen dan prejudis. Jadilah berani untuk berhadapan dengan semua pihak, sekalipun mereka musuh. Jika ada andaian atau syak terhadap sesuatu isu, ajaklah bermuzakarah. Dapatkan penjelasan. Adakan dialog. Bertanyalah selumat-lumatnya. Dari situ kalian akan beroleh kejelasan, sebagaimana yang kalian buat terhadap Mohd Sayuti Omar. Ia lebih sihat dan sejahtera untuk kalian dan untuk semua.

Saya berharap, penyertaan ISMA dalam PRU kali ini membuka minda dan memberi kesan yang besar kepada mereka mengenali sendiri hati budi masyarakat bukan Islam yang mereka paranoid selama ini. Dengan lebih terbukannya minda mereka, semoga akan berubahlah ijtihad mereka terhadap slogan-slogan mereka selama ini.

Isu dakwat kekal terus hantui SPR

Harakahdaily, 06 Mei 2013

(Faris [kanan sekali] menunjukkan laporan polis yang dibuat)

PEKAN: Calon PKR Parlimen Pekan Faris Musa petang semalam membuat laporan polis kali kedua berhubung penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal.

Laporan polis itu dibuat selepas beliau mendapati dakwat yang didakwa kekal itu tanggal selepas dicuci, tidak sampai sehari ia dicalit.

“Ini adalah laporan kali kedua yang saya buat atas kes yang sama. Saya sertakan dengan rakaman video sebagai bahan bukti, dan laporan polis sudah dibuat di beberapa buah balai polis sekitar negeri Pahang.

“Kredibiliti dan integriti SPR kita ragui, kita mahu mereka jelaskan apakah tujuan penipuan ini dilakukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan petang semalam.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PAS Pekan, Kapten (B) Ahyatuddin Bin Daud kesal dengan SPR yang membodohkan rakyat dan akan membawa perkara itu kepada peguam PAS.

"Saya yakin selepas taklimat SPR dah jalankan proses seperti dalam arahan dan masalah memang pada dakwat yang digunakan.

"Kita akan bawa kes ini kepada peguam PAS," tegasnya.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Peramu Jaya, Sarjuni Kontang hilang dalam sidang media sama berkata, dakwat yang dicalit ke tangannya.

"Saya kecewa dengan apa yang dilakukan oleh SPR. Dakwat kekal boleh hilang dalam masa kurang satu ke dua jam dan kita mohon tindakan segera pihak polis," katanya.

Tiada ulasan: