Isnin, 13 Mei 2013

SEMANGAT KEKITAAN DILARANG DALAM ISLAM...NAMPAK SANGAT TIDAK CERDIK DALAM ILMU ISLAM...TIDAK ADIL PUN DILARANG DALAM ISLAM...KITA AKAN DITUNTUT DIAKHIRAT DAN AKAN DITANYA OLEH ALLAH DIAKHIRAT...INGAT KITA NI SAPE...SATU HARI KITA AKAN MATI...TAK TAKUT KE DENGAN DOA2 ORANG YANG KITA ZALIMI

13 mei...Pesanan saya kepada anak2 Malaysia...
Posted on Monday, May 13 @ 11:51:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: nagaliar

"Hari 13 mei…satu tarikh yg diingati atas entitinye tercatat sejarah yg mencalar perpaduan kaum di Malaysia…Rusuhan antara kaum dominan di Malaya…China n Melayu…

Saat ini…Jika kita menaip “peristiwa 13 mei “ di enjin gelintar google maka kita dapati tercatat 960 000 kali carian di internet ttg rusuhan ini…Bertapa tingginye tahap sifat ingin tahu anak2 Malaysia ttg peristiwa berdarah antara kaum nie…


Hari nie…genap 44 tahun peristiwa gelap itu berlalu..majoriti org2 yg terlibat secara langsung dgn peristiwa ini tlh pown kembali keramahtullah…Tp siapakah yg menjadik master mind tercetusnya rusuhan ini terus menjadi teka teki yg semakin berbelit…Anak Allayarham Tun Ghaffar Baba iaitu datuk Tamrin de menyatakan bahawa rusuhan ni merupakan satu konspirasi yg melibatkan tokoh2 politik kite yg masih hidup tp ianya bukan le sdr Lim Kit Siang…

 Bagi sy le…sy sungguh kesian kpd rakyat Malaysia pd wkt itu yg berbangsa Melayu dan Cina krn terlalu percaya pd khabar2 angin yg bersifat fitnah atr dua kaum terbesar ini…Pe tah lg wkt itu blom ada penjana maklumat berbentuk ICT yg membolehkan rakyat menilai sentiment sesuatu isu itu samada benar atau palsu…tidak seperti generasi skrg ini…terutama generasi Y…

Di sini sy menyeru le kpd sume anak2 Malaysia…jgn le sekali2 mencetuskan pembalahan antara kaum krn ianya btol2 bersifat jahiliah…Pe yg paling penting…yakin le firman Allah dlm Al-quran ttg mengapa Allah jadikan manusia ini berbangsa2 n berpuak2 suku kaum…InsyaAllah aman damai le bangsa manusia itu sendiri…ini lah kunci rahsia perpaduan…


 13 mei...Pesanan saya kepada anak2 Malaysia...  



Exco: Sultan Johor mahu wakil Cina
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2013
Sultan Johor
Sultan Johor
SENAI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, betapa pentingnya ada wakil daripada pemimpin Cina dalam barisan exco kerajaan negeri pada  penggal yang baru.

Titah berkenaan disuarakan Tuanku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Adun Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi di sini, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, tuanku bertitah mahu barisan exco kerajaan negeri yang bakal dilantik turut dibarisi wakil daripada  pemimpin kaum Cina kerana baginda amat mengambil berat soal perpaduan antara kaum di Johor.

“Tuanku mahu ada wakil pemimpin Cina dalam barisan exco. Jadi, saya harap titah tuanku ini akan diterima baik dan dijayakan wakil pemimpin Cina dari- pada MCA atau Gerakan yang menang pada PRU13,” katanya ketika kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, beliau turut  meminta semua pihak agar menunggu keputusan rasmi berhubung senarai barisan exco kerajaan negeri sehingga tarikh mengangkat sumpah yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Tambahnya, tunggu sehingga keputusan rasmi barulah diketahui siapa yang dilantik.

Terdahulu, akhbar ini, semalam, melaporkan pertemuan Najib yang diiringi  Mohamed Khaled menghadap Sultan Ibrahim.

Pertemuan perdana menteri bersama Sultan Ibrahim itu  difahamkan bertujuan membincangkan perlantikan Menteri Besar Johor yang baru bagi menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman selain mempersembahkan cadangan nama barisan exco kerajaan negeri untuk penggal baru.
Isu MB : Khalid enggan ulas panjang
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2013
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid (tengah) bersama mangsa kebakaran Taman Ikan Mas, ketika lawatan beliau semalam.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas panjang berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu sebagai menghormati istana di samping bagi menjaga disiplin dalam parti.

“Sebagai seorang yang terlibat dalam pemilihan, tidak boleh membuat kenyataan akhbar sehingga perkara itu dapat dihadapkan kepada duli yang maha mulia sultan.

“Saya tidak boleh buat (kenyataan). Itu cara Azmin (buat sidang media), kita dalam parti ada disiplin,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan proses penamaan calon bagi jawatan itu yang disifatkan membelakangkan pimpinan parti yang lain, dalam sidang media yang dibuat sebelum ini.

“Tidak timbul isu berhubung penamaan Menteri Besar dalam pentadbiran negeri Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, proses cadangan bagi pemilihan barisan exco negeri telah pun dimulakan dengan mengambil kira pandangan pimpinan dalam parti.

“Perkara ini sudah diselesaikan dan sekarang proses pemilihan mencadangkan nama-nama exco juga sudah dimulakan tetapi selepas MB dinamakan kemudian baru ada perbincangan secara teratur tentang perkara ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa  melawat mangsa kebakaran melibatkan lebih 20 kediaman, di Taman Ikan Mas, Cheras, dalam kejadian kelmarin.

Beliau turut menghulurkan sumbangan buat mangsa.

“Sumbangan ini tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah, namun pihak pejabat ahli parlimen akan uruskan proses bagi menempatkan mangsa ke unit-unit lain.

“Dalam masa sama, punca unit kosong yang dibiarkan sehingga menjadi penyebab berlakunya kebakaran perlu diambil perhatian pihak bertanggungjawab,” katanya.
2 lelaki maut, dua lagi parah ditembak

Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, di Batu Kawan malam tadi.

Kedua-dua lelaki itu mati ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya dan hasil siasatan awal polis mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata keempat-empat lelaki itu ditembak selepas pulang daripada majlis perkahwinan saudara mereka di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari tempat kejadian.

"Mereka yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux datang dari Melaka. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu kira-kira pukul 10.30 malam, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan mereka dan melepaskan beberapa das tembakan dari arah kiri ke kanan," katanya.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, di sini awal pagi ini, Abdul Rahim berkata mereka yang ditembak itu berusia antara 28 dan 60 tahun.

"Dua lelaki yang mati itu berusia 28 dan 40 tahun manakala dua yang cedera parah kini dirawat di Hospital Seberang Jaya," katanya.

Abdul Rahim berkata polis menemui empat kelongsong peluru di tempat kejadian dan percaya suspek menggunakan pistol jenis automatik.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan perniagaan.

"Saya meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

-Bernama

Presiden PAS minta TG Nik Aziz kekal pesuruhjaya

Harakahdaily, 13 Mei 2013
KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan seperti mana biasa.

Bercakap kepada Harakahdaily Tuan Guru Abdul Hadi berkata, hasrat itu disampaikannya kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu pada pertemuan dengan TG Nik Aziz sendiri di JKR 10, pagi tadi.

Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS khususnya di Kelantan masih memerlukan idea serta pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama.

Pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri isteri Tuan Guru Abdul Hadi, Toh Puan Seri Zainab.

Sehubungan itu katanya, Tuan Guru Nik Aziz yang kini sudah melepaskan jawatan mneteri besar, dinasihatkan menggunakan ruang masa yang ada untuk menjaga kesihatan.

"Kena banyak rehat. InsyaAllah kerana perjuangan Islam ini memerlukan orang sepertinya.

Dua hari lalu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan hasrat bersedia untuk melepaskan jawatan pesuruhjaya PAS negeri kerana berpendapat lebih wajar jawatan tersebut dipimpin menteri besar.

Blackout 505: PAS serah kepada negeri

Harakahdaily, 13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada PAS negeri sama ada mahu menyertai atau tidak perhimpunan Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’.

“Kita serahkan kepada (PAS) negeri sama ada mahu menyertai atau tidak,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Dewan Ulama PAS yang tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi Parlimen manakala BN memenangi 133 kerusi Parlimen sekaligus mengekalkan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan.

Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat mendapat sambutan luar biasa bermula di Kelana Jaya Rabu lalu, Pulau Pinang Sabtu lalu dan Perak malam tadi.

Top 20 majoriti tertinggi pada PRU13

http://malaysiaberih.blogspot.com, 13 Mei 2013
Untuk besarkan KLIK imej
Jom lihat senarai Top 20 majoriti tertinggi pada PRU13 yang lalu. Yang sebelah sana hanya 1 kerusi je tersenarai iaitu Parlimen Pekan.
Walaupun memiliki kuasa dan sokongan media arus perdana, 'orang tu' hanya mampu berada di kedudukan ke-9 je ~ Tinta Hijau DKB

Khairy tibai Mat Said?

http://kerabubersuara.blogspot.com, 13 Mei 2013
http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/942038_378905875561902_1603834297_n.jpg

Apa kata Mat Said?

Antara Ahmad Said dan Abdullah Qulliam

Dr Firdaus Rahim, 13 Mei 2013
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”.

Demikian tutur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang telah heboh seantero negara, setelah beliau diberikan mandat oleh rakyat Terengganu untuk mengemudi bumi Darul Iman. Itu pun setelah direstui perlantikannya oleh Sultan Terengganu yang kita hormati. Apa reaksi Tuanku Sultan, saya tidak pasti.

Kami sayang Ahmad Said selaku seorang pemimpin Muslim. Namun sayang sekali jika sebagai seorang Muslim, kenyataan di atas benar-benar diutarakan beliau.

Ahmad Said mengingatkan saya kepada Abdullah Quilliam. Nama mereka mungkin bermula dengan aksara ‘A’ yang sama, namun pendekatan mereka jauh berbeza, bahkan lebih jauh antara aksara ‘A’ dan ‘Z’.

Siapakah gerangan Abdullah Quilliam ini?

Abdullah Quilliam merupakan seorang peguam tersohor di kepulauan British pada penghujung abad ke-19. Abdullah, setelah memeluk Islam pada tahun 1887, telah membuka masjid pertama di Britain, di kota raya metropolitan Liverpool yang merupakan bandaraya kedua dalam Empayar British selepas London.

Abdullah Quilliam merupakan seorang tokoh masyarakat dan ulama’ yang sangat dihormati oleh penduduk Liverpool, sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II menggelar beliau sebagai ‘Sheikhul Islam of British Isle’.

Makanan percuma

Pada tahun 1888, beliau telah memulakan pendekatan menghidangkan sarapan pagi percuma kepada kanak-kanak miskin yang kelaparan, tanpa mengira batasan ras, agama dan keturunan. Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Liverpool pada zamannya (dan masih sehingga kini), beliau tidak membutakan matanya kepada anak-anak kecil yang majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian.

Demi kanak-kanak miskin Kristian dan Muslim. Sama-sama disuap, sama-sama diusap.

Namun sayang sekali di Terengganu, hanya 17 kerusi yang ingin ‘disuap’.
Semasa sambutan hari Natal pula, Abdullah Quilliam akan menggandakan sesi pemberian makanan. Akhbar tempatan melaporkan antara 200 ke 400 orang kanak-kanak Inggeris dijamu makanan pada waktu pagi dan antara 400 ke 600 orang kanak-kanak Inggeris disuapkan sandwic daging dan menghirup teh panas, untuk mengatasi kedinginan musim sejuk yang mencengkam anak-anak kecil.

Berlaku adil dan berkasih sayang kepada rakyat yang susah, lebih-lebih lagi semasa sambutan hari Krismas, menjadikan Abdullah Quilliam lebih dekat dengan ajaran Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.

Abdullah Quilliam berlaku adil tatkala Muslim merupakan etnik minoriti.
Apa susah sangatkah untuk Ahmad Said berlaku adil semasa memimpin kumpulan majoriti?

Guru hebat, murid sama hebat

Lord Stanley of Alderley Edge merupakan salah seorang tokoh bangsawan yang telah memeluk Islam di hadapan Abdullah Quilliam. Semasa beliau meninggal dunia pada Disember 1903, penyempurnaan jenazah beliau menjadi konflik antara Abdullah dan paderi-paderi gereja.

Paderi-paderi gereja menyangka Lord Stanley masih seorang Kristian. Hujah mereka ialah beliau berterusan menyumbang perbelanjaan menyenggara gereja-gereja sedia ada dan membina gereja gereja baru di tanah-tanah milih beliau. Justeru mereka berpendapat bahawa jenazah Lord Stanley mesti diuruskan mengikut tatacara agama Kristian.

Namun Abdullah Quilliam menunjukkan surat wasiat Lord Stanley yang meminta agar jenazah beliau disemadikan berdasarkan tatacara Islam. Ini membuktikan beliau memang meninggal dunia sebagai seorang Muslim. Sungguh menarik apabila Abdullah berhujah bahawa beliau terus membiayai penyenggaraan dan pemulihan gereja-gereja di atas tanah beliau yang luas itu kerana itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Lord Stanley sebagai seorang Muslim.

Indah sekali apabila ‘orang kita’ dibiaya, ‘orang mereka’ turut sama merasa.

Islam mendidik keadilan

Biarpun fizikal Abdullah Quilliam dan Lord Stanley lahir sebagai seorang Kristian, Islam telah membangunkan ruh mereka menjadi pemimpin yang adil. Mereka bertindak sebagai ‘khadimul ummah’, iaitu pelayan kepada ummah, melangkaui sempadan bangsa dan agama agar rakyat harmoni dan bahagia.
Nama ‘Said’ itu sendiri secara literalnya sudah bermaksud ‘kebahagiaan’.

Justeru, kami mengharapkan keadilan Datuk Seri memancarkan sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami selaku rakyat.

Adilkah jika pada tahun 2008 wakil rakyat Barisan Nasional daripada ‘team B’ berterusan memulaukan Ahmad Said walaupun setelah diperkenaan Tuanku Sultan?

Adilkah jika seorang Menteri Besar digaji oleh seluruh rakyat namun hanya berkhidmat dengan syarat?

Adilkah jika rakyat di 15 Dewan Undangan Negeri tersebut menolak untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah?

Adilkah apabila royalti hasil minyak negeri Terengganu pernah dinafikan kepada rakyat Terengganu oleh orang Terengganu sendiri?

Bibir kita boleh mengetap, namun hati kita pasti boleh menjawab.

Rakyat, samada yang memangkah atau tidak memangkah BN pada 5 Mei lalu, mesti bersikap adil dengan menghormati Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Demikian juga Ahmad Said mesti berlaku adil kepada sekalian rakyat Terengganu. Simbiosis keadilan ini yang akan mewujudkan kebahagiaan dan kemajuan.

Legasi keadilan

Setelah seribu tahun, Khalifah Umar Abdul Aziz terus diingati walaupun hanya memerintah selama dua tahun.

Selepas seratus tahun, Abdullah Quilliam meninggalkan kesan di hati orang Melayu walaupun beliau seorang Inggeris.

Selepas lima tahun, kami yakin Ahmad Said boleh bersifat lebih adil daripada kata-katanya.

Legasi ketokohan seorang pemimpin bukan pada tempoh pemerintahan mahupun pada bangsanya. Wibawa seorang pemimpin itu terletak kepada keupayaan melimpahkan keadilan untuk dinikmati seluruh rakyat jelata.

Orang Melayu, Cina dan India akan terus makmur dan sejahtera andai legasi Abdullah Quilliam dirasai bersama!

Puluhan ribu rakyat Perak berhimpun di Ipoh

Muhammad Faeez Azahar, 13 Mei 2013
IPOH: Himpunan Blackout 505 di Ipoh malam tadi menyaksikan ribuan lagi rakyat Perak turun bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum itu, mula berkumpul di Perkarangan Pejabat Parti KeAdilan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh, sejak petang lagi.

Mereka masing-masing membawa sepanduk dengan mesej membantah sebarang unsur penipuan dan manipulasi yang berlaku pada PRU13 lalu.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap malam tadi menyeru rakyat bangkit melawan sebarang penipuan yang berlaku.

Tegasnya, PRU13 yang lalu adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.

Menurutnya, kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.

“Kami sudah biasa ditipu dalam pilihanraya namun pada kali ini (PRU13) penipuan berlaku dengan sangat dahsyat sekali dan rakyat perlu bangkit menuntuk hak pilihanraya yang adil,” katanya dihadapan ribuan hadirin.

Jelas Anwar, protes sedemikian bukan bermakna Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan tetapi rakyat tidak sangup terus ditipu oleh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kami bukan tidak mahu terima kekalahan tetapi rakyat tidak mahu terus tertipu, jika tidak bangkit penipuan akan terus berlaku dan mereka akan terus kekal berkuasa.

“Jika tiada penipuan, negeri ini (Perak) sudah pasti akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perak adalah destinasi ke tiga setelah berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor dan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Mipas bantah Najib kata Umno bukan parti rasis

Harakahdaily, 13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ‘Umno bukan parti rasis’.
Najib menyatakan demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam kelmarin.

“Mipas mempertikaikan kenyatan Najib, jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mengatakan bahawa kekalahan dan kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah punca tsunami kaum Cina,” kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, Najib mengalih isu sebenar dan sengaja mencetuskan perkauman dengan menghidupkan semula pertengkaran antara kaum.

Beliau berkata, hakikat sebenarnya ialah bukan Tsunami Cina tapi Tsunami Rakyat, itulah realiti yang sedang belaku.

Tambah beliau, Najib dan Barisan Nasional harus menerima kenyataan yang sebenar bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan dan mereka bebas mengundi serta memilih mana-mana wakil calon yang mereka sukai.

“Jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mencalonkan Zulkifli Noordin di Shah Alam mewakili kerusi BN, sedangkan Zulkifli Noordin pernah menghina kepercayaan penganut agama Hindu,” ujarnya dengan menegaskan Mipas tidak boleh menerima kenyataan Najib itu.

Begitu juga, ujarnya tidak ada sebarang tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia keluaran muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina Mahu?’ selepas PRU13.

Malahan, kata beliau tidak ada apa-apa tindakan dan teguran sama sekali terhadap kenyataan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah, dan banyak lagi isu-isu berbau perkauman dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sebelum ini.

“Jadi isu sama ada sebarang parti, sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat mahupun Umno atau parti-parti yang lain bukan rasis atau rasis tidak lagi relevan kerana pengundi, rakyat mengundi mengikut matlamat perjuangan dan manifesto yang diketengahkan oleh parti masing-masing dalam PRU yang ke-13 ini,” ujarnya lagi.

Ini, kata  Barathidasan boleh dibuktikan dengan kekalahan calon Bebas yang lebih pro kepada Umno dan BN, Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, satu kawasan yang majoriti nya pengundi Melayu walaupun calon Umno BN Che Johan telah menarik diri daripada bertanding, begitu juga dengan kekalahan Zulkifli Noordin di Shah Alam.

Sebenarnya, bagi beliau Umno harus sedar dan ikhtibar mengenai realiti dan perubahan landskap politik Malaysia yang kini lebih kompleks, matang dan jauh berbeza daripada tahun-tahun 40-an, 50-an, 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan sehinggalah menjelang tahun-tahun dekad akhir pertama abad ke-12 ini.

Menurutnya, perkembangan globalisasi, ledakan internet dan media sosial serta pemikiran yang lebih berani dan telus ditambah dengan arus pengetahuan dan fahaman yang membina daripada generasi yang muda semakin menuntut kepada dinamisma dan anjakan paradigm dalam semua aspek pembangunan negara.

“Maka isu rasis bukan lagi menjadi persoalan pokok atau isu lagi dalam arena politik Malaysia masa kini kerana trend tersebut semakin berkurangan,” katanya.

Tiada ulasan: