Isnin, 13 Mei 2013

IMBASAN LAMPAU DAN HAKIKATNYA...SEMUA DALAM KEHENDAK ALLAH SERTA DALAM PENGETAHUANNYA...SAMA2 KITA TUNGGU...KEBENARAN AKAN TERSERLAH JUA....INSYAALLAH

Pasca PRU13: Masih jauh perjalanan...
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
13 Mei 2013
PRU13
WALAUPUN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) terpaksa akur ia masih tidak dapat menarik nafas lega.

Hakikat yang harus diakui ialah prestasi BN secara keseluruhannya merudum dan lebih sadis berbanding 2008.

Pada 2008, BN menang dengan 140 kerusi tetapi pada kali ini, jumlahnya menurun kepada 133 kerusi sahaja.

Pencapaian Datuk Seri Najib Razak untuk pilihan raya umum pertama yang dikendalikannya nampaknya lebih teruk berbanding zaman Pak Lah.

Paling tertekan tentunya MCA dan Gerakan yang jauh ketinggalan di belakang sehingga membawa kepada desakan pelbagai pihak supaya presiden parti masing-masing melepaskan jawatan.

MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi yang ditandinginya. Gerakan pula hanya menang satu daripada 11 kerusi yang ditandingi.

Prestasi menyedihkan yang seolah-olah ditolak mentah-mentah oleh masyarat Cina di negara ini.

Ekoran kekalahan itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bertegas bahawa parti itu sama sekali tidak akan menghantar wakilnya dalam Kabinet kerajaan.

Kekalahan teruk pada PRU13 juga membawa kepada peletakan jawatan kedua-dua presiden komponen utama BN itu. Satu perkembangan besar dalam arena politik negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya ketika pengumuman PRU13 menyifatkan suatu 'perdamaian kebangsaan' perlu dilakukan.

Menurut Najib, tsunami Cina telah berlaku. Malah pengundi Cina juga disifatkan sudah termakan dengan dakyah-dakyah pembangkang.

Slogan "Ubah" dikatakan sudah memperdayakan kaum Cina di negara ini dengan cerita fantasi  bahawa BN dapat ditumbangkan dan kerajaan baru akan dibentuk.

Ironinya, ia tidakseperti yang didendangkan selama ini.

BN berjaya membentuk semula kerajaan namun dalam keadaan suasana politik yang semakin membarah.

Najib menggunakan istilah 'perdamaian kebangsaan' dalam hasratnya memastikan kerukunan negara kembali utuh.

Wakil Cina perlu ada dalam Kabinet Najib dalam menghormati semangat perpaduan itu.

Penganalisis berpandangan, ia tidak patut sama sekali jika wakil pembangkang sepertimana yang dicadangkan bekas Menteri Penerangan. Sementelah mereka juga menolak.

Golongan cendekiawan, profesional Cina dicadangkan mewakili masyarakat itu jika wakil parti dalam kerajaan menolak untuk berada dalam Kabinet Najib.

Seminggu selepas pilihan raya, belum diketahui bila Najib akan membentuk barisan anggota Kabinetnya. Tarikh itu masih kekal teka-teki.

Beberapa nama seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dicadangkan supaya ia ditimbang untuk membarisi senarai Kabinet Najib memandangkan prestasi Ketua Pemuda Umno itu.

Kekalutan Pakatan Rakyat.

Ketika Najib sedang bergelut dalam mengukuhkan kembali kerajaan pimpinannya, Pakatan Rakyat (PR) yang turut tergugat dengan kalah di Kedah juga mungkin sedang memikirkan strategi terbaru bagi menawan Putrajaya.

Walaupun sekali lagi berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN, PR yang dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP masih lemah di beberapa sudut.

Masalah dalaman yang membelenggu terdedah apabila semua negeri sudah mengangkat sumpah kecuali Selangor.

Konflik menteri besar Selangor berlarutan sehingga seminggu selepas pilihan raya.

Malah antara punca pertama yang disebut-sebut sebagai punca kekalahan Pas di Kedah adalah kerana masalah dalaman parti itu.

Selangor juga akan begitu jika masalah dalaman ini tidak dapat diatasi.

Pertelagahan di antara bekas menteri besarnya dan exco kerajaan negeri menyebabkan urusan pentadbiran menjadi lemah sehingga menjejaskan sokongan rakyat.

Bahkan sehingga ke hari ini PR masih belum mengiktiraf keputusan PRU13.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tegas mengatakan bahawa kemenangan PR sudah dirompak!

Tidak hairan mengapa selepas penat menjelajah di seluruh Malaysia sebelum PRU13, usaha itu diteruskan kini menerusi perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat: "Blackout 505".

Berbondong-bondong juga rakyat datang "memeriahkan" himpunan ini. Sambutan diterima agak luar biasa.

Namun suatu persoalan menarik yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali
"adakah kita hendak berhimpun setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan?"

Maka sebenarnya, episod politik Malaysia selepas PRU13, masih jauh perjalanannya.

Kabinet baru, sidang Dewan Rakyat penggal yang baru, menentukan barisan exco kerajaan negeri, transformasi yang ingin dibawa, belanjawan baru dan banyak lagi.

Justeru kepada parti yang menang dan menduduki kerusi kerajaan, yang kalah pula di pihak pembangkang, pasca PRU13 ini harus dilalui dengan penuh hemah dan maju ke hadapan untuk sebuah Malaysia yang lebih baik.

Bentuklah segala dasar baik demi keharmonian negara, jadilah kerajaan yang menyantuni rakyat dan kepada pembangkang, jadilah penyemak imbang yang tidak membuta-tuli!
Hadi tidak bantah himpunan
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2013
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas negeri sama ada mahu menyertai atau tidak himpunan membantah keputusan PRU13 yang dikatakan tidak bersih.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan Pas negeri sama ada mahu menyertai atau tidak,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Dewan Ulama Pas yang tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13.

Ketuanya, Datuk Harun Taib dipetik sebagai berkata, semua pemimpin pakatan pembangkang perlu menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka kerana banyak kerusi yang ditandingi calon pakatan turut menang.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan manakala pembangkang memperoleh 89 kerusi sekali gus menafikan cita-cita mereka untuk merampas Putrajaya.

Bagaimanapun mereka mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, tetapi kehilangan Kedah.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuding jari kepada masalah dalaman Pas sebagai punca kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah, Abdul Hadi berkata, 'no comment'.

“Saya tidak mahu kata apa-apa tunggu dulu post-mortem nanti baru kita tahu puncanya,” katanya.
Petisyen: PR yakin BN tumbang
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2013
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
JOHOR BAHRU -  Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.
"BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di sini, semalam.
Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.
"BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.
"Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya.
Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: "Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita  tak perlu jawab apa-apa cabaran."

 PAS Kalah di Kedah. Ramai tokoh PAS kalah kali ini
Posted on Monday, May 06 @ 02:09:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Keputusan PRU-13 kali ini untuk PAS, nak kata teruk taklah teruk sangat. Tapi banyak perkara kena buat analisis.

Kedah jatuh ke tangan BN, macam sebelum ini Terengganu jatuh. Bila jatuh sukar nak bangun semula. Kerja kuat pun sekurang-kurang 2 kali PRU, maknanya 10 tahun baru boleh bangkit sedikit.

Keputusan Kedah semasa saya menulis artikel ini ialah BN 20, PR 12 dan ada lagi yang masih belum diumumkan secara rasmi.

BN kali ini, tidak seperti dulu, dia akan 'guna otak' dan belajar daripada kesilapan. Melainkan kalau dia bangang sangat mengekalkan keadaan asalnya. Saya ramai PAS Kedah melalui jalan sukar...


Ramai tokoh besar kalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din tewas di kerusi Parlimen Arau, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kecundang di Parlimen Pendang, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang tewas kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen Putrajaya dan Naib Presiden PAS yang tewas ialah Salahuddin Ayub tewas kepada calon BN, Datuk Nur Jazlan di Parlimen Pulai.

Ada lagi yang besar tapi tak berapa besar kalah juga, saya tak sebut satu persatu. Semuanya ada sebab dan PAS kena cari sebab itu secara 'detail'. Kaji dan cuba buat suatu perancangan yang lebih baik untuk masa akan datang.

Sebab apa PAS nampak macam celaru sikit untuk PRU kali ini? Ini saya nak bincang secara ringkas. Banyak perkara PAS buat orang luar lihat macam tak 'sempurna'. Saya sebut secara ringkas juga misalnya.

1, Isu menjatuh hukuman kepada ahli, nampak macam tak konsisten.
2. Kepimpinan PAS kadang kala bercanggahan pendapat secara public..
3. Isu-isu agama yang 'nampak' (mungkin tak) macam kendur.
4. Tidak serius pasal moral dan intergriti.
5. pelaksanaan undang-undang Islam nampak macam 'leweh' (tak seriuslah..)

PAS kena kemas konsepnya. Dulu PAS bertanding banyak kali kalah, tapi orang nampak PAS tu solid... sekarang tak solid.. 'menatang apa' tak solid tu aku rasa engkau orang boleh faham!


........
Abbas Mohd Noor
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 Dah!!! Pecah Lubang.... kes Lahat Datu
Posted on Wednesday, April 03 @ 18:45:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abanag

"Semakin lama, kes lahat Datu, semakin terungkai.,hasil pemerintahan korup BN selama lebih setengah abad.

PENANGKAPAN dan pertuduhan terhadap suspek Koperal Hassan Basri daripada Polis Cawangan Khas Lahad Datu di bawah Seksyen 130M iaitu melakukan komplot jenayah hanyalah 'Tip Of Iceberg' dan PDRM wajar melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengheret 'Musang Berbulu Ayam dalam PDRM' yang selama ini bersekongkol dan melindungi PATI dan pengganas.

Penangkapan seorang lagi pegawai Polis Marin yang sedang disoal siasat dan belum dihadapkan ke mahkamah hanyalah 'Berita Di Sebalik Cerita' sebenar yang tidak diketahui oleh Polis Malaya; tetapi diketahui oleh Warga Felda terutama Pegawai Kanan Felda yang sudah silih bertukar ganti.

Sekitar 1995, ada pihak yang telah melaporkan bahawa Hassan Basri telah melindungi PATI yang bernama Benjamin (berbangsa Timur) dan keluarganya seramai 12 orang di kebun milik Hassan di Jalan Silam, namun laporan tersebut tidak diendahkan sekalipun laporan kedua dibuat pada 2002 ketika Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah.

Benjamin adalah banduan yang dipenjara kerana terlibat dalam Skandal IC Palsu dan Wang Palsu. Setelah dibebaskan dan dihantar balik ke negara asalnya, Indonesia, Hassan Basri telah menggaji Benjamin sekalipun ketika itu beliau tahu Benjamin adalah PATI yang memasuki negara ini secara haram.

Penglibatan Hassan Basri dengan insiden Tanduo hanyalah di peringkat berkomplot dengan Pengganas Sulu yang kebanyakannya 'Warganegara Penyu' (Pemilik IC Projek) yang telah lama bergelumang dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, syabu dan barang bersubsidi dari bumi Lahad Datu ke Tawi-Tawi dan Zamboanga.

Penangkapan Hassan dan beberapa orang pegawai polis (Marin) tidak menyelesaikan masalah penyelewengan dan khianat kerana memerlukan penubuhan RCI bagi menyiasat 'Sikitul' yang bersembunyi di sebalik jawatan dan pakaian seragam; demi untuk masa hadapan Sabah yang gemilang.

Kampung Tanduo adalah 'Zon Gelap' seperti Pulau Languyan di Filipina kerana majoriti PATI mendarat di Tanduo dan Syurga bagi penyeludup barang bersubsidi seperti beras, tepung gandum, gula, minyak diesel, baja dan barangan haram seperti minuman keras, rokok dan dadah.

Sebelum 'Pengganas Sulu' mendarat di Tanduo atas jemputan 'Komander Mat Bom', penduduk sudah lama melaporkan kehadiran kumpulan berpakaian seragam dan kemasukan senjata api kepada Ketua Kampung di sekitarnya, termasuk Yang Berhormat; tetapi semuanya 'bagai ayam Jantan kehilangan telur' tidak berani bertindak kerana tidak mahu menanggung risiko diculik atau dibunuh pengganas.

'Sikap Tidak apa' dan bertolak ansur dengan pengganas telah menyebabkan Bumi Tanduo yang indah disirami darah perwira; malah Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tegupi, Tanjung Labian dan Lok Buani musnah dalam pertempuran yang boleh dihindarkan jika pasukan keselamatan mendengar rayuan penduduk kampung membentengi mereka daripada Pengganas yang terkepung.

Namun PDRM belum sedar bahawa begitu ramai pegawai kanan polis yang terlibat dengan penyeludupan manusia dan hidup mewah dengan menjalankan kontrak kerja atau 'merampas' ladang kelapa sawit di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan yang telah dikeluarkan daripada Felda Sahabat secara bersindiket.

Ramai pegawai kanan polis, termasuk yang sudah meninggal dunia, berpencen atau bersara sukarela yang melakukan kegiatan berkenaan secara terang atau bersembunyi di sebalik nama isteri dan sanak saudara; demi untuk memperkayakan diri dengan menghalalkan cara, termasuk menggaji PATI yang ditangkap dan bersubahat dengan Pegawai Kanan Felda untuk menjual buah kelapa sawit yang sebenarnya ditanam Felda tetapi dikeluarkan setelah pengukuran semula.

Kegiatan pengganas di Tanduo, Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Labian, Lok Buani dan sebagainya telah lama berlaku tetapi disembunyikan pegawai polis yang rasuah dan mencari makan sehinggalah menyembunyikan kematian dua anggota RELA di Lok Buani sekitar 1996-1997 dan pernah disiarkan oleh akhbar tempatan dan nasional.

Penglibatan Ahmad Malandi @ Mat Bom dalam isu tuntutan tanah dan berakhir dengan pencerobohan oleh 76 pengganas Sulu (6 daripadanya wanita) sebelum mereka menggaji lebih daripada 200 WargaPenyu yang memiliki MyKad Malaysia melalui 'IC Projek Mahathir'.

Wargapenyu ini telah direkrut dan ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,600 USD (mengikut pangkat) sebulan sebagai 'Pengawal Keselamatan' beruniform untuk menjaga tanah Mat Bom tiba-tiba terkejut apabila mereka dijenamakan semula sebagai 'Tentera DiRaja Sulu' yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan 'kedaulatan' Sabah oleh Sultan Palsu, 'Setan Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim.

Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sepatutnya belajar daripada kesilapan kerana Sabahkini.net telah menyalurkan maklumat lebih awal (berdasarkan risikan dan maklumat pendudukkampung) kepada mereka (Polis) bahawa pengganas sudah memasuki Kampung Tanjung Batu, Pasusul dan bertebar ke Kembara Sakti; tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehinggalah 30 penduduk kampung ditawan pengganas di Tanjung Batu; juga diremehkan PDRM.

Bezanya 'Panglima perang' di zaman Rasulullah ialah mereka berada di medan hadapan dan bukannya duduk bersantai di resort ketika perwira negara bertarung nyawa. Paling menjengkelkan ada pegawai kanan kerajaan mengatakan bahawa Kampung Tanduo yang ditutup pihak berkuasa dan 20 keluarga 'penduduk tempatan' yang tinggal di situ akan ditempatkan di kawasan baru; akan dijadikan 'Pusat Pelancongan' adalah kenyataan yang paling tidak bermaruah.

Kampung Tanduo adalah salah satu daripada 13 Kampung tradisi yang telah dirampas FELDA kerana termasuk dalam Zon Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan setelah Kerajaan Berjaya menyerahkan 245,000 ekar tanah adat kepada Felda untuk dibangunkan sebagai kawasan penempatan semula masyarakat nelayan dan miskin dari seluruh Sabah; sebaliknya membatalkan lebih 3,000 geran tanah yang telah dikeluarkan RSP, Surat Tawaran dan geran draf.

Namun malangnya FELDA mungkir janji dan menjadikan Semenanjung Dent sebagai 'Lombong Emas' dan menjadi zon menternak PATI dan menyuburkan kegiatan keganasan. Ikuti episod akan datang 'FELDA Lindungi Pengganas?'  



[EKSKLUSIF] Misteri Pertembungan Mahathir Anwar Terbongkar!
Posted on Friday, February 08 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: hijabulcrewz

"Kita bongkar peperangan yang Maha Dasyat yang telah berlaku di Malaysia sejak sekian lama. Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu punca mengapa berlaku pergeseran yang amat besar antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kebanyakan generasi muda kini muak, keliru dengan konflik ini.

Mereka tidak dapat menentukan siapa yang benar, dan siapa yang salah. Sehinggakan ramai yang bersikap berkecuali dalam politik dan pengundian dalam Pilihan Raya. Kini, segalanya terbongkar. Ayuh, ikuti fakta di bawah ini:-

Ayuh, ikuti fakta di bawah ini:-



Satu fakta yang lagi menggemparkan tanah air adalah>>> [KLIK SINI]"
 Kubur Zulkifli Nordin sudah digali, 101% pasti
Posted on Monday, April 22 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: modayu

"'Ini kerja gila namanya, ada ker diletakkan orang gila disini!'.

Marah setiausaha umno cawangan bila diketahui zulkifli nordin (ZN) menjadi calon parlimen dishah alam. Bukan sahaja cawangan itu yang geram dengan pencalonan zn itu malah hampir 85% ahli2 umno shah alam benci dengan keputusan najib meletakkan calon yg dianggap haprak ini.

Sudahlah calon umno pasir mas, sengaja tidak datang untuk mencalonkan dirinya atas kerana memberi laluan kepada ibrahim ali (AI) yang meraung kepada najib utk diberikan kerusi parlimen itu. Aku seronok IA bertanding kali ini dipasir mas, kerana kita harus akhirkan karier politik IA itu dengan cara yang dunia ketahui. Biar rakyat yang mewawarkan kekalahan IA itu dan bukan dengan membunuh kariernya secara senyap.Itu tidak menarik dan tidak seronok. Biar IA malu dengan dunia, biar dia tahu masanya sudah lama berakhir..

'Najib tu ingat orang2 shah alam ni kebulur sangat ker nak undi ZN tu, sejak muka dia keluar tv ni,aku tengok makin benci dan makin nak ludah jer muka dia tu', marah ketua bahagian disalah satu bahagian ketika menutup bilik gerakkannya malam itu.

'Kalau kau nak menang ZN, kau buatlah sendiri kempen2 kau tu, Aku takleh tengok muka kau lagi,naik angin jer aku tengok muka kau tu'. sambung beliau kepada rakan2 umnonya disitu.

Begitu sekali marah orang2 shah alam kepada najib dan ZN atas perletakkan orang2 sampah seperti zn ini. Shah alam yang merupakan kawasan elit melayu berpendidikan tinggi dihina keintelektualan mereka dengan pencalonan zn itu. Shah alam yang terdiri daripada para ilmuan, datok2, tan sri2 dan orang kebanyakkan merasa bahawa ini adalah penghinaan yang amat sangat. Orang seperti zn itu patut bertanding di dalam zoo sahaja kerana dia tidak menepati citarasa orang2 shah alam yang inginkan wakilnya itu berada pada standard yang tinggi serta akhlak yang baik.

'Aku dah malu nak pakai lencana gambar dacing dengan gambar zn ini. Dah takder nur dah aku tengok muka zn ni. Kalau ia pun najib ni letaklah orang yang semenggah sikit, dulu dah diletaknya aziz shamsudin pun aku dah benci, inikan pula zn ni.aduhhh pening aku dengan umno ni'. Begitu sekali marahnya bendahari umno cawangan itu kepada najib.

Perletakkan calon bn iaitu zn telah menjadikan shah alam tidak bermaya untuk ahli2 umno utk bekerja memasang bendera parti. Didalam hati mereka cuma ada sumpah seranah kepada pucuk pimpinan yang langsung tidak menghiraukan calon2 berkaliber mereka di akar umbi yang sentiasa menunggu utk dinaikkan oleh pengikut2 mereka disitu.

'Kenapa harus orang luar itu mewakili kita. Sudah lah orang luar, munafik politik pulak tu.'

Marah mereka bukan kepalang lagi. Keadaan ini telah menjadikan kerja2 saudara khalid samad semakin mudah. Tiket MP shah alam semakin digenggaman tangan. Selangor wajib dipertahankan walau sesiapapun musuh yang datang. PAra askar2 PR wajib berusaha keras memangkan para2 pejuang yang sekarang ini semakin kuat berjuang untuk memepertahankan kuasa rakyat yang semakin tertindas ini.

'Kubur kau zn dah aku gali, kau matilah kat sini'. jerit seorang ahli ketika hari penamaan calon berlangsung itu hari.Marah mereka sudah tidak mampu lagi utk disimpan. Biarlah dibuang dari parti sudah tidak memberi kesan lagi buat mereka.

'Tahniah khalid samad, aku akan undi kau secara senyap,jangan takut'. Bisik ketua cawangan umno ketika membakar bendera2 dacing yang dikutipnya sebelum menutup bilik gerakannya buat selamanya.

-laporan HMnews-

Ketahuilah para pejuang2 rakyat, kami dibawah ini juga berkerja seperti kalian semua, biar siang mahupun malam malah kepagi kami berkerja demi kerana Agama dan masa depan anak2 kami semua.Lihatlah kesungguhan kami dan kami harap 'INI KALILAH" kita menguasai putrajaya. Ameen



semoga bermanfaat untuk kita semua.

'yang elok itu Allah'


Md daud yusri alhutan melintangi'

perlukan walkie talkie dan perkakasan car wash? cari kami di www.dadiydoo.com"
 Cerita Nik Aziz yang menyentuh jiwa...
Posted on Thursday, September 13 @ 17:22:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: paklongdin

"Salam semua...


Tersentuh betoi jiwa tua Pak Long dengan cerita dari Nik Aziz neh... Tersentuh ngan, Kelantan tu kan ka negeri terbuang pasai diperintah pembangkang... Dah bertahun hak mereka dinafikan.Jadi, mau tak mau pun kena pulun jugak la sedaya upaya depa, dengan kudrat yang terhad dan kemampuan yang tak seberapa, semata-mata nak bagi jugak rakyat depa rasai sikit nikmat pembangunan...

"Beberapa tahun lepas, seorang tua datang ke rumah saya di waktu malam hanya untuk bertanya, bila nak bina jambatan di Kag Lapan Pari, Tok Sadang..? Hampir menitis air mata saya.. jambatan di situ hanya dibina dari kayu, dan cukup sempit.. rundingan sudah dibuat pada masa itu, namun pembinaan masih belum dimulakan... 
"Hari ini.... Alhamdulillah jambatan itu telahpun siap, Insya-Allah jam 11.00 pagi ini saya akan berada di majlis perasmian Jambatan Lapan Pari, Kg Tok Sadang, Pengkalan Chepa... teringin sangat untuk saya bersua dengan orang tua tersebut. Sayangnya, saya tidak sempat menyelidik identitinya.... semoga Allah SWT merahmati rakyat negeri Kelantan yang terus memilih kerajaan yang berteraskan Membangun Bersama Islam.- FB
Alhamdulillah... sekurang-kurangnya orang tua nih dapat mendidik rakyatnya mendaulatkan Islam ditempat yang sepatutnya. Sandaqkan tiap sesuatu pada Yang Maha Berkuasa...

Duit ringgit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau dah salah guna. Macam yang Mak Long hang kata la, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

 Kemelut MB Selangor Sudah Diduga.
Posted on Sunday, May 12 @ 06:59:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: kudeed

"Saya sudah pun menjangkakan akan berlaku krisis dalaman perlantikan MB Selangor,kerana itu saya melepaskan cadangan untuk mendapatkan sokongan agar Presiden PKR Wan Azizah terpilih sebagai calon PRU13 dan jika mengekalkan kemenangan beliau akan menjadi wanita pertama sebagai Menteri Besar di Malaysia,ini secara tidak langsung akan memberikan momentum kepada sokongan wanita di negara ini dan menyelesaikan kemelut apa yang berlaku sekarang.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4977


Rujuk tulisan ini:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4977"


 Media Antarabangsa: Kemenangan BN dibantu oleh 4 penipuan utama
Posted on Sunday, May 12 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Pakatan memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta.

Pesatnews.com
Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.

Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan 4 penipuan utama:
1. Isu dakwat kekal yang luntur, 
2. Pengundi hantu,
3. Pengundian berulang kali, dan 
4. Warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.


Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.
“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.
“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.
Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.
Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam pilihan raya lalu.
Rahmat berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk membendung ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti korup.

Tiada ulasan: