Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU

Najib Tuduh Orang Cina Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia
Posted on Wednesday, May 15 @ 13:11:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Suara Perak

Kenyataan Media V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak di Pulau Pangkor pada 10/5/2013

Konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak menerima 1Malaysia kerana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sendiri tidak mendokong konsep 1Malaysia dengan rela hati.

Barisan Nasional menggunakan 1Malaysia untuk mengaburi mata rakyat terutamanya kaum bukan Melayu untuk mendapatkan sokongan mereka. Slogan retorik itu mungkin telah sedikit sebanyak menawan orang luar bandar yang tidak mempunyai pendedahan kepada media alternatif. Golongan ini termakan gula-gula Barisan Nasional seperti BR1M dan sebagainya.

Walau bagaimanapun golongan yang lebih arif terutamanya dari kalangan penduduk bandar dan separa bandar telah menolak Barisan Nasional dan 1Malaysia. Golongan ini lebih peka kepada maklumat dan perkembangan politik negara kita dan antarabangsa. Golongan ini juga mahu melihat satu perubahan di negara ini. Isu-isu remeh seperti perkauman tidak dipedulikan. Mereka mahu melihat satu kerajaan yang bersih dari rasuah dan kronisme. Mereka mahu supaya sistem dua parti direalisasikan di negara ini supaya kuasa monopoli Barisan Nasional dapat dikawal. Ini rata-rata akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Barisan Nasional bukan hanya hilang sokongan pengundi Cina, malah semua kaum telah menolak Barisan Nasional dalam PRU13. Untuk menutup kelemahan Barisan Nasional dan kegagalannya untuk mencapai prestasi yang baik, Najib Tun Razak cuba memutar belitkan isu dengan menuduh kaum Cina. Najib telah membuat percaturan yang salah dengan menyalahkan satu kaum yang sangat berjasa dan berkorban untuk tanahair ini.

Tanpa sokongan orang Melayu dan India sudah tentu Pakatan Rakyat tidak boleh memperolehi jumlah undi yang begitu banyak. Pakatan Rakyat juga telah menang banyak kawasan-kawasan di mana jumlah pengundi Melayu adalah lebih besar daripada pengundi bukan Melayu. Ini adalah satu bukti kukuh bahawa bukan sahaja kaum Cina malah seluruh rakyat Malaysia telah menolak Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Sudah tiba masa untuk Barisan Nasional berhenti permainan politik perkauman. Rakyat sudah muak dan benci dengan politik perkauman yang semakin melampau. Barisan Nasional akan hilang sokongan semua kaum jika tidak berhenti permainan politik kotor ini. Barisan Nasional mahu tuduh kaum cina untuk menutup kekalahannya yang lebih teruk daripada PRU12. Tuduhan seperti ini dapat mengambarkan isi hati pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang sebenarnya menanam tebu dibibir dengan melaungkan slogan 1Malaysia.

Sumber

 Najib bertambah seksa selepas menang
Posted on Wednesday, May 15 @ 12:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Setelah menang, Presiden Umno sepatutnya gembira dan senyum lebar tetapi nampaknya Datuk Seri Najib Razak bertambah seksa selepas menang.

Yang paling ketara, beliau gagal markah lulus 'kembalikan 2/3 majoriti BN bahkan merosot pula iaitu dari 140 kerusi Parlimen merosot kepada 133.

"Ia pula adalah hasil sumbangan Borneo yang masih tidak terkena tsunami semenanjung," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) dalam analisis awalnya tentang pilihan raya umum kali ini.

Dr Dzulkefly, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, Najib juga malu besar apabila gagal projek 'tawan Selangor'nya.

Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, kononnya rakyat tersiksa dan jangan ulangi kesilapan, namun semuanya gagal.

"Sebaliknya  PR semakin kuat dan menguasai 2/3 majoriti di DUN Selangor," kata Dr Dzulkefly.

Kata beliau, Najib (gambar kanan) kini adalah PM sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik tanah air.

Undi popular BN yang diketuai Najib merosot ke paras 48% sementara PR mendapat 52%.

Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang mahukan PR atau lebih ramai rakyat yg menolak BN, katanya.

BN hanya menang kerana sistem British yang berasaskan pertama lepasi tiang atau 'First pass the post'.

Kalau kalau sistem 'perwakilan berkadar' (Proportional Representation),  sudah sah BN sudah tumbang, tambahnya.

Katanya lagi, yang paling malang bagi Najib kini rakyat tahu bahawa 'BN menang dengan pelbagai penipuan'.

"Ia macam budak yang meniru diangkat menjadi ketua kepada pelajar cemerlang, masakan mahu diterima rakan-rakan  seangkatannya. Ekoran itu, kerajaan Najib telah menjadi begitu buruk," tambah beliau.

Menurut beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan Post Morterm PRU 13 yang ditubuhkan PAS, pelbagai faktor serta bukti sedang dihimpunkan.

Antaranya membeli, menyogok dan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1000 satu undi.

"Petisyen akan dimajukan sebaik saja pewartaan keputusan PRU dibuat. Andainya mahkamah masih punya kewibawaan kerajaan minoriti diramalkan akan bakal tumbang dalam enam bulan pertama..insya AlLah.

"Kita redha takdir tetapi tidak sama sekali boleh menerima penipuan.... sampai bila mahu begini?" katanya tegas.

Sumber

KESIAN NOH UDANG, KENA REJECT....NAMPAKNYA JADI TAUKE UDANG JE LA....KAHKAHKAHKAH..........

Noh Omar, Shaziman digugurkan dari kabinet
6:26PM Mei 15 2013

Beberapa orang pemimpin utama Umno digugurkan dari senarai jemaah menteri yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.
Paling menonjol adalah MP Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini mengetuai portfolio kementerian pertanian dan industri asas tani.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor tidak dikekalkan dalam kabinet kali ini susulan kegagalan BN untuk merampas semula negeri tersebut dalam pilihan raya 5 Mei.

Turut digugurkan ialah ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang sebelum ini mengetuai kementerian kerja raya.

Selain itu, pemindahan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ke kementerian kewangan juga menjadi perhatian memandangkan beliau sebelum ini menjadi menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen dan hal ehwal undang-undang.

Jumlah portfolio kementerian kali ini berkurangan apabila kementeri pelajaran dan kementerian pengajian tinggi digabungkan semula.

Bagaimanapun, jumlah anggota jemaah menteri kali ini adalah lebih besar berbanding sebelumnya.

Paling ketara adalah penyertaan sebilangan besar pemimpin dari Sabah dan Sarawak – seramai 13 orang – di jawatan menteri dan timbalan perdana menteri.

Antara tokoh BN yang menonjol dari blok tersebut ialah MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang diberi tanggungjawab untuk mengetuai kementerian perumahan, kerajaan tempatan dan kesejahteraan bandar.

Ketua pemuda BN Khairy Jamaluddin juga mencuri tumpuan apabila diumumkan sebagai menteri belia dan sukan dalam kabinet Najib.

Turut menjadi perhatian ialah pemimpin Hindraf P Waythamoorty yang menjadi timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga pemimpin pertubuhan pemantau rasuah Transparency International Malaysia (TI-M), Paul Low Seng Kuan.

Najib juga menyenaraikan ketua pegawai operasi Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar untuk mengetuai portfolio jabatan perdana menteri.

Dalam ucapannya, Najib berharap "kabinet berimbang" dari wakil golongan berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda itu akan memberi kelangsungan kepada pentadbirannya.

Beliau juga berharap pemimpin berkenaan akan menumpukan kebolehan dan kepakaran masing dalam menangai isu integriti dan rasuah.

"Mereka yang merupakan teknokrat akan sumbang kepakaran khusus yang ada pada mereka, untuk sumbang idea kreatif dan bernas untuk petimbangan kerajaan.
"Selain kebolehan mereka, yang muda akan bawa citarasa golongan muda kepada pertimbangan kerajaan.

"Ini kabinat yang mampu meneruskan dan menjalankan agenda transformasi nasional di samping meningkat kepercayaan dan keyakinan rakyat," katanya.

· 5 hours ago ·

 Inikah Wajah Barisan Kabinet Najib ?
Posted on Wednesday, May 15 @ 12:34:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Perdana Menteri(kerusi) Najib seolah-olah pening yang amat sangat. Ini kerana Cina dan India mulai menjauhi dari BN.

MCA dari awal lagi buat resolusi tidak akan masuk Kabinet MCA jika kalah teruk dalam PRU 13. MCA buat dua kali resolusi tentang bab ini.

MIC dan GERAKAN juga semacam ikut langkah MCA.

Selain MCA dan GERAKAN semacam merajuk dengan UMNO, mereka juga terhiris dengan kata-kata Najib mengenai Tsunami Cina dan "Apa lagi Cina mau" oleh UTUSAN. Lebih parah lagi dengan lidah bekas Hakim Mat Noor agar Cina bersedia dengan tindakan balas Melayu(UMNO)

Siapa yang tidak kecil hati dengan ungkapan tersebut?

Kini Najib seolah mengemis-ngemis agar Cina dan India anggotai kabinetnya.

Lebih baik Najib panggil semula pengundi-pengundi yang menolong UMNO dalam PRU 13 untuk anggotai kabinet beliau. Mereka tinggal di Dhaka, Chittangong, Jakarta, Ranggon dan Katmandu.

Jika dulu kabinet Malaysia ada Melayu, Cina, India, Dayak, Iban, Kadazan dan Murut.

Kini bakal mewarnai kabinet Najib barangkali terdiri Gurkha, Mynmar, Karen, Batak, Madura dan Bangla.

Inikah Wajah Barisan Kabinet Najib?"

Ymtuan Tuan shared Anak-anak pasir puteh ( Tokjanggut Kelate )'s photo.
PANAS!!! Petugas SPR mengaku dikurung untuk memangkah kertas undi

PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.

Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.

“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.

“Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,” kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.

Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.
“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.

http://www.keadilandaily.com/keadilan-dedah-24-petugas-spr-dikurung-untuk-pangkah-kertas-undi/

Pas Bagan Parit Sulong shared Jangan Lupa Tekan Share's photo.
MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

@[191376594270091:274:Jangan Lupa Tekan Share]~

Jangan Lupa Tekan Share~

Kita (PAS) Hari Ini Bukan Saja Berdepan Dengan UMNO-BN
Bahkan Berdepan Juga Dengan:

1- Ahli yang kurang sabarnya.
2- Ahli yang suka buat kepala sendiri.
3- Ahli yang tak dengar arahan dan hilang wala'nya pada keputusan Jamaah.
4- Ahli yang nak menang cepat, tapi kerja malas.
5- Ahli yang kurang pemahamannya tentang aqidah perjuangan.
6- Ahli yang hilang "tajarrudnya".
7- Ahli yang tidak thiqah pada pimpinan.
8- Ahli yang suka mengejek golongan Ulamak.
9- Ahli yang pebagai lagi latar belakang mereka.

=> Setiap zaman ada Abu Bakarnya, setiap zaman ada Sayyidina Umarnya, setiap zaman ada Sayyidina Ustman & Sayyidina Alinya, setiap zaman ada Khalid al-Walidnya, setiap zaman ada Fira'unnya, setiap zaman ada Abu Jahalnya, setiap zaman ada Abdullah Bin Saba'nya dan sebagainya.

Cuma persoalannya, siapakah yang menggantikan ciri-ciri mereka yang telah disebutkan itu. Tanya pada diri, layakkah kita menggantikan peranan sebagai sebagai posisi 4 orang sahabat agung itu. Ataupun berpihak kepada musuh-musuh?

Ayuh kita perkemaskan semula saff perjuangan ini agar dapat dipacu dengan jayanya untuk kembalikan Islam ke tempat asalnya. Politik-politik juga, Islam mesti di depan. Selamat berjuang..
Osman Aziz shared Wan Mansor Wan Salleh's photo.
Wednesday, May 15, 2013
Lim Guan Eng umum beri RM100 kepada Suri Rumah sepenuh masa..

Setiap suri rumah sepenuh masa berusia di bawah 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sekarang akan menerima sumbangan emas berjumlah RM100 tiap-tiap tahun bermula tahun depan.

Itu antara pengumuman Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali pertama, petang semalam.

"Sumbangan ini sebagai menghagai peranan yang dimainkan oleh wanita termasuk suri rumah sepenuh masa (dalam) melakukan perubahan di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Semua suri rumah sepenuh masa di bawah umur 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri layak menerima sumbangan emas RM100 tiap-tiap tahun.

"Kita tak beri RM100 kepada suri rumah berusia 60 tahun (dan) ke atas kerana Kerajaan Negeri sudah memberi RM100 di bawah Program Sumbangan Warga Emas," ujar Guan Eng dalam majlis jamuan tengah hari Kerajaan Negeri di Komtar, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Exco-Exco Kerajaan Negeri, semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pulau Pinang serta Ketua-Ketua Jabatan dalam Kerajaan Negeri turut hadir pada majlis keraian rasmi itu.

Guan Eng berkata, program sumbangan emas lain yang membabitkan warga emas, ibu tunggal, pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya yang dilaksanakan sejak lima tahun lepas akan diteruskan dalam penggal pentadbiran kali ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, satu lagi pasukan sukarelawan yang dikenali sebagai 'Bridged Wanita' akan ditubuhkan ekoran rekod kejayaan Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada sesi pentadbiran Kerajaan Negeri lepas.

Beliau, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai fokus utama pasukan baru itu ditubuhkan.

"Bridged ini akan diletakkan secara khusus di bawah (pejabat) Ketua Menteri," ujar beliau.

DUNIA AKHIR ZAMAN, ORANG YANG BAIK SELALUNYA DIPINGGIRKAN...
~ "Siapa Sebenarnya Ustaz Azizan Abdul Razak...???" ~

KEDIAMAN

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.

Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.
Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.

FOKUSKAN LENSA

Lebih-lebih lagi pelancong atau orang luar, jika tidak diberitahu, mereka lalu begitu sahaja tanpa merakamkan atau memfokuskan lensa ke arah rumah itu.

Namun, di situlah diamnya seorang pemimpin negeri. Di satu sudut rumah, seorang lelaki tanpa kaca mata, segak membetulkan songkok sejurus mengenakan kot cerah coklat dan mengikat tali leher merahnya.

Kemudian dia duduk seketika, sambil menghirup kopi, minuman kegemarannya. Pagi itu, dia tidak sempat bersarapan, seperti kelaziman hari-hari lain juga.

Jadualnya padat dan waktu yang singkat, adakala tidak upaya menjamah hidangan pagi. Itulah rutin yang dilaluinya, sejak hampir tiga tahun memikul amanah rakyat dan agama.

Sekali hirup, beliau merenung jauh. Kini tidak sama seperti dulu. Malah dia terasa kehilangan sesuatu iaitu tidak dapat melakukan perkara yang disukainya sejak dulu. Rupanya dia merindui untuk ke pasar secara sendirian membeli ikan dan bersembang panjang dengan masyarakat di warung kopi atau di kedai makan!

MENUNGGU ARAHAN

Lamunannya terhenti tatkala, seorang pengawal peribadi muda memaklumkan semuanya telah siap siaga menunggu arahan selanjutnya.

Di luar sana, kereta peronda bersama polis pengiring bermotosikal, sudah terpacak setia. Di tepi laman rumah dua buah kereta rasmi kerajaan, dua pemandu beserta empat pegawai lelaki kemas berpakaian kemeja lengan panjang berdiri di sisi pintu, menghormati dia, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah mendahului pergerakan semua.

Tepat jam 8.00 pagi itu, pasukan pengiringnya bersama pemimpin negeri itu bergerak ke satu lokasi,jauh di pendalaman di mana majlis besar dihadiri ribuan rakyat yang sudah menunggu tanpa jemu.

Di sana, rakyat sudah tidak sabar menantikan amanatnya. Gurau dan seloroh Menteri Besar mereka itu, seringkali mencuit hati. Tanpa laras bahasa yang sukar, menggunakan ayat-ayat bersahaja, beliau bijak dalam mencernakan dan mencanaikan ucapannya agar mudah difahami semua.

Baik isu ekonomi, sosial, agama, politik, pendidikan mahupun undang-undang, Ustaz Azizan tahu apa yang diperkatakan. Tidak sekadar membaca teks, beliau benar-benar faham apa yang diluahkan. Sesekali beliau menggunakan metafora, analogi dan contoh-contoh sekeliling, untuk mencantas atau menjelas letak duduknya sesuatu perkara.

"Saya ini umpama ketam batu. Sekali saya sepit ekor beruk, pasti menggelupur. Jangan cabar saya kembali ke perangai lama, nanti saya bongkar habis semua ...!"

Seusai berucap laungan takbir bergema dengan iringan tepukan gemuruh, menghangat suasana malam itu sewaktu berceramah di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dengan disaksikan puluhan wartawan dan pengamal media dalam dan luar negara.

ACAH-ACAH LAWAN

Kehadiran 10,000 hadirin semata-mata mahu mendengar petikan dan amaran Ustaz Azizan yang tak mungkin dilupakan berhubung isu Adun Lompat beberapa bulan lalu, akibat diacah-acah lawan bagi mencalarkan imej bersih dan amanah yang galas beliau selama ini.

Itu cerita dan kehebatan Ustaz Azizan bersilat dalam gelanggang ceramah. Lain pula kisahnya ketika dia menggulung hujah dan menepis segala jurus-jurus lawan yang dihalakan kepadanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Soalan itu seolah-olah menghina bidang kuasa Sultan. Tarik balik soalan itu!" kata seorang Adun Pembangkang daripada Barisan Nasional dengan penuh emosi berang.

Tanpa membuang masa, Azizan bangun mencelah: "Perkataan 'seolah-olah' bukanlah ayat yang jelas atau mempunyai bukti. Jika di mahkamah, perkataan ini tidak terpakai sama sekali".

Hujahnya tepat, menyiku lawan. Beliau sudah lama dan sebati dengan Dewan. Undang-undang dan peraturan mesyuarat, umpama 'zikir' di bibirnya. Dia yang paling lama sebagai Adun Pembangkang dan kini beralih kuasa di tangan, beliau memegang tampuk pemerintahan.

Bukan sembarangan Ustaz Azizan ini. Berwatak sederhana dan bersahaja. Anak kelahiran kampung Sungai Limau, yang diasah sopan, akhlak dan pendirian. Bijak berilmu sehingga melanjutkan pelajaran ke University Of Kent, Canterbury, United Kingdom, pengkhususan dalam bidang perlembagaan. Tak mudah lawan atau musuh menyerangnya bertubi-tubi kerana tajinya sangat tajam.

Tidak cukup dengan itu, pengikut dan anak muridnya terlalu ramai. Masakan tidak, beliau dulu adalah seorang tenaga pengajar di Maktab Mahmud, Ketua Jabatan Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Tidaklah berhasrat menceritakan fakta-fakta, statistik atau angka-angka kejayaan pimpinan Ustaz Azizan ini berkaitan bab peningkatan hasil balak, pengurangan kadar jenayah, percambahan projek pertanian atau apa sahaja, kerana ia sudah terang lagi bersuluh. Risalah, berita, dokumentasi, rakaman dan cd-vcd sudah bercambah dan sentiasa memenuhi ruang galeri.

BANGUNKAN INSANIAH

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.

Sebenarnya beliau bukan seorang pemimpin yang suka melakonkan watak atau berlakon di hadapan lensa malah cukup keberatan untuk dikutip kisah perjuangan sepanjang hayatnya. Dia pernah menolak diwawancara Harakah secara eksklusif Harakah, walaupun beliau amat sayang akan organ parti ini dan pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Harakah.

Katanya kepada saya, ketika melaporkan diri sebagai Ketua Wartawan Harakah Negeri Kedah awal tahun ini, beliau lebih suka bersikap merendah diri dan kurang menggemari publisiti berbentuk sensasi.

"Takpalah...Azamin. Biar saya 'low profile' dan buat kerja-kerja macam biasa. Azamin buatlah kerja dan duduklah elok-elok di sini ya," katanya bernada rendah menyinggah hati nurani.

Dan sejak itu saya memerhati dari jauh dan mengekorinya tanpa disedari. Tidak pernah saya mendekatinya dengan lebih rapat lagi bimbang-bimbang disalah erti. Sehinggalah selepas tujuh purnama saya di sini, beliau buat pertama kalinya menjemput saya ke rumah. Berbual santai, sembang-sembang hal keluarga dan menitipkan luahan hatinya tentang pergolakan politik semasa.

Dulu bermacam-macam nista dipalit kepada Ustaz Azizan. Tidak mesra, tidak pandai ceramah, ego dan bengis kata mereka yang tidak puas hati dengan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Adun Sungai Limau ini.

Namun setelah dua kali berbual mesra dan mengikuti segala aktiviti serta program beliau selama tujuh bulan ini, nyata tusukan dan cacian itu, tidak benar dan hanya fitnah semata.

AMAT TEGAS

Ini tidaklah bermakna, dikesampingkan warna sebenar, perwatakan beliau. Ustaz Azizan sememangnya seorang yang amat tegas terutama melibatkan tugasan dalam parti mahupun kerajaan negeri. Bekas pensyarah kehormat di Universiti Mindanao ini juga tidak suka kerja "cincai-bomcai".

Baginya semua 'perfect' dan 'zero-defect'. Tidak kurang kakitangan atau petugas parti yang menerima terjahan teguran dan kritikan daripadanya. Katanya setiap tindakan memberi kesan kepada agama dan perjuangan parti yang dibawa. Yang akan menerima tempias ialah, Islam dan PAS.

Betapa seriusnya Ustaz Azizan mentadbir parti sehingga adakalanya bermesyuarat sampai malam dan sesekali beliau mengejutkan para pegawainya yang sedang lena diulit mimpi, untuk berkumpul di rumahnya lewat tengah malam bagi membincangkan isu amat genting.

Pernah sekali, walaupun pintu tertutup rapat, saya mendengar beliau berang memarahi seseorang kerana kelemahan menyelesaikan tugas yang diberi. Gamam juga saya yang kemudian beransur beredar perlahan-lahan daripada pejabat Menteri Besar itu sebelum menambah lagi murka.

Akan tetapi ironinya, puncak kemarahannya hanya di bucu empat penjuru biliknya sahaja. Selepas melintasi ruang legar atau di luar bilik itu, beliau akan bersikap sediakala malah orang yang dimarahinya, boleh berbual dan makan semeja dengannya.

CUKUP BERANG

"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.

Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.

Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.

Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.

Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.

Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.

Sejak dua tahun lebih menjadi MB, beliau tidak pernah ke luar negara walaupun pernah dijemput oleh gabenor jiran senegeri iaitu Thailand. Menjelang Ramadan ini, khabarnya kali pertama beliau mahu akan ke negara Timur Tengah, setelah lama mendiamkan diri melaksanakan tanggungjawabnya di sini.

Beliau sebenarnya tidak mahu, dianggap memoncah dalam berbelanja dan dilihat membuang masa serta bersuka ria ke sini sana lebih-lebih lagi ke luar negara. Hatta dalam berbelanja untuk kegunaan sendiri pun, Ustaz Azizan cukup sederhana dan bersikap berpada-pada.

HARGA KEMEJA MB

Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.

Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!

Pernah pentadbiran kerajaan negeri berhasrat melupuskan atau menjual kenderaan rasmi Menteri Besar dua buah kereta Mercedes lama plat nombor KY12 dan KN 2000, akibat terlalu teruk kerosakannya namun dihalang Ustaz Azizan yang meminta dibaiki dan akhirnya dipakai semula oleh beliau sendiri.

Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini,beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.

Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.

Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.

HUBUNGAN DENGAN ISTANA

Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.

Bukan itu sahaja, MB Kedah ini akan mengiringi Sultan Kedah di lapangan terbang sama ada ketika baginda bertolak mahupun pulang daripada luar negara. Biarpun sekadar 5 ke 10 minit cuma bersua dan mengiringi baginda, tanda hormat yang ditunjukkan kepada Sultan amat tinggi.

Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi

Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!

Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!

Jika di Kedah pula, beliau suka hidangan gulai masam ikan dan ulam-ulaman disajikan. Dan tatkala melawat kawasan kampung di sekitar Kedah bagi tujuan rasmi ataupun tidak formal, masyarakat rata-ratanya sudah tahu makanan kegemaran beliau dan menghidangkannya setiap kali beliau menziarahi penduduk di situ.

Manakala kalau di rumah, sebelum waktu tidur jam 10 malam, Ustaz Azizan suka berbaring di sofa panjang sambil membaca buku-buku atau kitab-kitab tafsir. Itu hobinya sejak dulu lagi. Kadang-kadang asyik membaca, beliau boleh terlena di situ. Minatnya pada buku sukar disangkal. Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang juga, ada masa meminta Azizan menyemak buku tulisannya sebelum diterbitkan.

SAMPAI KULIAH

Jika berkesempatan, beliau meneruskan kesinambungan dakwah dengan menyampaikan kuliah yang selalunya diadakan di Kompleks PAS ataupun Kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon setiap Jumaat. Bukan sedikit pengikut atau yang minta mendengar kuliah yang disampaikan, dan ada masa bergilir dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din.

Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Beliau jarang menghampakan orang, bahkan tetamu yang menjengah ke rumah ataupun ke pejabatnya sama ada melalui temujanji ataupun yang datang secara spontan.

Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari.

Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.

Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.

Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.

MATI RENTUNG

Ada satu kisah ketika, alam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur kerana urusan mesyuarat, beliau mendapat khabar sebuah keluarga Cina di Jitra yang kehilangan dua orang anaknya akibat mati rentung. Kisah menyayat hati itu, dilaporkan semua media. Beliau kemudian lantas ke tempat kejadian, tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu.

Ustaz Azizan tiba menyampaikan sendiri bantuan dan duduk bersama kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut sambil cuba mententeramkan kesedihan mereka tatkala jenazah keduanya masih berada dalam keranda dan belum dikebumikan.

Selain itu, jika tetamu yang hadir atau membuat kunjung hormat, Ustaz Azizan akan melayan dan meraikan mereka sehabis mungkin sehinggakan beliau meneliti terlebih dahulu menu makanan yang bakal dihidangkan supaya para tetamunya mendapat sambutan yang terbaik.

Jika tiada acara lain, beliau lebih suka makan di dalam pejabatnya bersama staf mahupun para pegawai, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan warga kerja di Wisma Darul Aman itu.

Bukan sedikit yang sudah bertandang ke pejabatnya, daripada beberapa Menteri Pusat, para kedutaan, korporat atau konglomerat, guru, pelajar, bomba dan aneka ragam sehinggalah makcik pakcik dari kampung. Semua teruja dan mahu bertemu pemimpin disegani ini.

Biarpun beberapa media adakalanya cuba menconteng arang, tetapi secara purata dan majoriti, ramai yang tidak termakan racun hasutan. Semua telah menjadi saksi kepala. Tinjaun rambang yang dibuat, semuanya amat menyukai corak pentadbiran Azizan dan jika kekal begini, maka berputih matalah, mereka yang berhasrat atau mahu merujuk kembali kuasa yang sudah lama berpisah dari diri.

Walaupun media melaporkan songsang, hakikatnya pengamal media arus perdana dan alternatif di Kedah, menganggap Ustaz Azizan seorang yang mesra media. Beliau amat kenal seorang demi seorang wartawan yang membuat liputan. Ingatannya tajam. Bukan itu, sahaja, Ustaz Azizan akan menjawab semua soalan yang ditujukan dengan pancungan hujahnya yang bernas.

PERANGKAP WARTAWAN

Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.

Sebenarnya setiap kali, sidang media di pejabat Menteri Besar, seminggu sekali adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pengamal media. Bukan setakat mendapatkan berita, tetapi lebih kepada kemesraan hubungan serta bergurau senda dengan Ustaz Azizan, yang menganggap para wartawan sebagai sebahagian daripada keluarganya.

JADI PENTERJEMAH

Jika sidang media dibuat dengan para duta atau diplomat asing, Ustaz Azizan lazimnya bertindak sebagai penterjemah dalam bahasa Inggeris dan membantu media menjelaskan jawapan.

Selain asakan fitnah lawan, beliau juga sering dilambakkan dengan segunung harapan oleh penyokong parti dan rakyat negeri supaya melakukan perubahan besar-besaran agar nampak hebat dan boleh dipandang semua, tetapi tidak pernah melatah. Beliau bukan seorang yang gopoh dalam mengatur langkah.

Kata seorang ustaz menjawat exco pemuda negeri, Ustaz Azizan bukan seorang yang 'ghairah' berceramah atau suka menunjuk aksi di sana sini, baik sebelum menjadi MB ataupun kini. Beliau sering mengutamakan jentera parti, memantapkan sistem dan pentadbiran kerajaan negeri.

RAMADAN

Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.

Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.

Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.

Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!

Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.

Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!

TERTIKAM MATA SENDIRI

Akhirnya permainan muslihat lawan, tertikam mata sendiri. Perbuatan keji yang diharapkan dapat menusuk dan mencincang imej Azizan atau nama busuk parti bertukar pujian melangit atas sifat pemurah pemimpin itu. Rupanya, kilasan dan serangan lawan melukakannya pun belum tentu!

Begitulah kehebatan seorang Azizan yang tiada duanya, yang mampu dinukilkan semoga bisa merungkai kekeliruan dan tuduhan tak bermata terhadapnya selama ini.

Oleh AZAMIN AMIN

"Lahir Kat Hospital KERAJAAN. Pergi Sekolah KERAJAAN. Masuk Universiti, Minta Biasiswa/pinjaman KERAJAAN. KERJA makan gaji Dengan KERAJAAN. Tapi Kutuk KERAJAAN.. Tak Malu Ke?"...

Jawapan saya,
Kerajaan dipilih oleh rakyat. Orang dalam kerajaan semuanya makan gaji dgn menggunakan duit rakyat. Bermula dari perkerja rendah Awam hingga ke Perdana Menteri, semuanya makan gaji dan berkerja untuk rakyat.

Sekiranya mereka rasuah, menyeleweng, makan gaji buta dan sebagainya, RAKYAT berhak marah mereka. Malah RAKYAT berhak Humbam mereka dan pilih KERAJAAN yg BARU.

Tidak ada istilah Lawan Kerajaan atau Menentang Kerajaan. Yang ada ialah menentang mereka yg tidak betul dan tidak amanah dalam kerajaan. Yang rasuah dan yang menyeleweng dalam kerajaan.

Sesiapa pun atau parti mana pun yg naik, ITULAH KERAJAAN.

Sepatutnya kita perlu merasa malu kerana menjadi seorang yang bisu dan tidak berani menegur Kemungkaran yg berlaku dalam KERAJAAN.

PAS Parti Ajaran Sesat kata Muhyiddin Yassin..
Allah memberkati UMNO..

Semoga anak perempuan Muhyiddin Yassin akan dipilih menjadi ketua bidadari di syurga nanti...
Like · · · 2 hours ago ·
selamat hari guru,terima ksh cikgu
Di kesempatan ini saya mengucapkan " Selamat Hari Guru " kepada semua guru dan warga pendidik yang telah banyak berkorban dan berjuang tanpa mengenal erti penat lelah,bersabar di atas segala kelakuan dan kerenah anak-anak didik dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didikmu...khususnya kepada guru Tadika saya di Kg Luar 1997, guru2 di SK Siong (1998/2003), SMK Siong (2004/2008), KUIN (2009- Kini)..yang telah mengajar aku sehingga boleh mengenal 3M (menulis, membaca, mengira)..dan berjaya ke menara gading pada saat ini.,,hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan pengorbananmu wahai guru ku...

SELAMAT HARI GURU..." Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda "

Terima kasih cikgu..

GURU OH GURU  

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~Usman Awang 1979~

Mahadi Hj Isa and 3 other friends shared John Charles Mitah Mikat's photo.
Keputusan PRU 13 Parlimen Kota Marudu P168 agak mengelirukan? Calon BN hanya menang dengan majoriti 842 undi sahaja. Undi rosak 911 (Sejarah pertama kali berlakunya undi rosak sebanyak itu di kawasan ini).

Bagaimana pula undi yang hilang daripada Peti Undi sebanyak 1,273? Apakah alasan dengan undi yang hilang? Siapa yang bertanggungjawab dalam kehilangan Kertas Undi???

Himpunan Pakatan Rakyat aman, tiada kekerasan.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat tidak terlibat dan menolak sebarang penganjuran himpunan yang menggunakan kekerasan bagi menumbangkan kerajaan.
“Pakatan hanya menyertai perhimpunan aman sahaja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Beliau menjawab soalan wartawan mengenai rancangan sekumpulan aktivis untuk menghimpunkan sejuta rakyat Sabtu ini kononnya didakwa untuk menumbangkan kerajaan susulan penipuan dalam pilihan raya lalu.
Anwar menjelaskan, cadangan itu tidak pernah dikemukakan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.
“Perkara ini tidak pernah dikemukakan pada kami dan tidak pernah dibincangkan oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Tegas Anwar lagi, penyertaan Pakatan hanya terhad kepada perhimpunan aman yang dianjurkan Pakatan dan juga NGO berkaitan.

Tiada ulasan: