Khamis, 16 Mei 2013

KADANG2 SYOK SENDIRI NI MEMANG SYOK...KADANG2 MENIPU ORANG PUN SYOK...YANG KAYA HIDUP BERMEWAH2...YANG MISKIN PAKAI AXION SEBAGAI TEMPAT MAKANAN

Bila lihat gambar ini Macai-macai UMNO Meroyan Giler!!
Posted on Wednesday, May 15 @ 20:02:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Dulu semasa berada dalam gerakerja PAS, paling pening bagaimana nak menarik masyarakat Cina untuk memahami PAS. Memang kita 'skip' Cina dalam culaan.. Kita kira tak ada harapan kerana orang cina cukup 'fobia' dengan PAS, malah kalau tengok orang pas pakai lebai mereka sudang mula curiga.

Allah Maha Kuasa ungkapan selalu disebut tapi untuk di"percaya"i sebenarnya tak ramai. Akhirnya Allah sekelip mata mengubah perkara ini, seperti juga Allah ubah masyarakat bukan Islam di setelah peristiwa 9 September yang menimpa New York.

Saya pasti Gambar ini ,mmbuatkan Macai-macai Meroyan !! Apa tak nya penyokong giler PAS pun belum pernah buat macam ini!!


..

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


 Kajian Warna Terhadap Waktu Solat
Posted on Wednesday, May 15 @ 20:01:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Banyak kali terbaca tulisan Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dalam beberapa kajiannya tentang solat. Dr Fatimah bersama dengan Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok, seorang bukan Islam telah membuat kajian ini menjadi lebih terserlah tanpa 'bias' agama.

Kajian beliau telah diperluaskan lagi dengan beberapa kajian pengukuhan tentang bertapa pentingnya solat menjaga kesihatan.

Saya paparkan pembaca blog ini dengan maklumat menarik ini, selain kita di'sumbat' berita-berita dan tulisan politik baik juga kita mengambil sedikit masa untuk bahan-bahan berbentuk keilmuan.

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


..

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


 Melayu Takut!!! Takut Malaysia Sokong Israel? Takut Cina Jadi PM?
Posted on Wednesday, May 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: matuse68

" Takut Malaysia sokong Israel? Takut Malaysia jadi negara Kristian? Takut cina jadi PM? Takut Malaysia gabung dengan Sibgapura? Takut, takut dan takut????
Ini adalah pencerahan untuk mereka yang sentiasa TAKUT. Sila buka minda anda.

Di luar ada harimau. Confirm sebab ada bekas tapak kakinya, terdengar ngaumannya bahkan ada najisnya dan bau hencing kencingnya kerana ditanda kawasan dgn air kencing (sptnya anjing). Bangkai rusa yang licin sampai ke tulang pun ada kesan dari dimamah oleh harimau. memang confirm ada harimau. Bahkan ada orang nampak harimau, bahkan ada yang sudah dikejar harimau.

Nak selamatkan diri ada sebuah rumah. Tapi orang kata dalam rumah tu ada hantu kopek. Bila ditanya ada sesiapa pernah nampak? jawabnya tak da? pernah dengar dia mengilai? tak da juga. Pernah sesiapa yang kena sembunyi dgn hantu kopek dalam rumah tu? tak ada juga. Apa bukti yang rumah itu dihuni hantu kopek? Ada sipolan cakap. bila ditanya pada sipolan jawabnya polan tu yang cakap. Akhirnya pusing pusing cakap tak tahu dari mana punca berita yang mendakwa dalam rumah ada hantu kopek.

Last-last duduk diluar rumah sebab takut pada hantu kopek yang tak real lebih dari takut kepada harimau yang real. Sanggup tanggung risiko di baham harimau dari memasuki rumah yang dimomokkan sedangkan momoknya tak wujud.

Inilah ibaratnya orang yang takut dengan segala macam takut. Takut Malaysia akan sokong Israel bahkan sampai 'nanti sama-sama bunuh bayi Palestin dengan Israel", takut Malaysia jadi negara Kristian, takut anak masuk gereja sebab jumpa perkataan Allah dalam bible, takut nanti Cina jadi PM, takut Malaysia gabung dgn Singapura, takut dan takut...

Sedang bahaya yang nyata iaitu rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan, mengaut harta negara untuk tembolok sendiri dan suku sakat, menyekat kebebasan bersuara, media dimilik punya, agensi kerajaan jadi harta mak bapak dia terpampang depan mata.

Jadi anda takut dgn harimau yang real atau momokan hantu kopek?


Info terkini layari INI KALILAH...

 Kisah Bekas Axion di Kantin Sekolah
Posted on Wednesday, May 15 @ 19:56:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOfflineIni bukan cerita pasal axion boleh membersih dakwat kekal. Bukan nak berkempen pasal sabun pencuci pinggan mangkuk... tapi kisah yang cukup menyedihkan.

Kisah ini diceritakan oleh seorang ibu melalui facebook untuk dikongsikan bersama... Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang pemberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung.. nampak muka dia macam tak sedap..  Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah.. malam hari sebelum tidor.. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik.. Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

 

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..




Admin : Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.
P/S : Mereka yang pernah merasai betapa peritnya hidup dalam kefakiran, akan mempunyai jiwa yang kental untuk menempa kejayaan. Go Amira Go !! Fighting !! 



..

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com




 Saifuddin: Umno-BN kena taubat nasuha
Posted on Wednesday, May 15 @ 18:06:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh JAMILAH HAMZAH
Wacana Sinar siri ke-20 : Pasca PRU13
SHAH ALAM - Umno-Barisan Nasional (BN) perlu melakukan taubat nasuha apabila rakyat mula menegur dalam beberapa siri pilihan raya umum mengenai isu pentadbiran dan rasuah, kata Ahli Majlis Tetinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurutnya, Umno-BN perlu mengikut "garis putih" yang telah ditetapkan untuk mendapat sokongan rakyat secara berterusan pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, transformasi untuk ke arah sistem pentadbiran kerajaan yang lebih baik telah dimulakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mula menjawat jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata pasukan BN turut perlu memberi komitmen dan serius dengan tranformasi yang dibawa oleh pengerusinya untuk mencapai sasaran tersebut.

"Apabila kerangka program transformasi dirangka, kita utamakan masalah rasuah, kita akui masalah itu berlaku.

"Setiap tender kerajaan sekarang dikenakan satu indeks akauntabiliti yang telah dilaksanakan sebanyak 82 peratus, tapi sepatutnya ia dilaksanakan 100 peratus.

"Ini yang dikatakan tidak mencukupi, kita sepatutnya perlu tingkatkan komitmen dan menunjukkan keseriusan itu.

"Kita terima teguran-teguran rakyat terutamanya pada PRU13, baiklah kami ditegur pada PRU 2004 dan 2008, kami ditegur 2013, taubat nasuha," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, hari ini.

AKAN MENYUSUL

Saifuddin: Umno-BN kena taubat nasuha

 Anwar Ibrahim yang degil dan ungkal akan kecundang juga akhirnya!
Posted on Wednesday, May 15 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar IbrahimAnwar ni kalau dia bolih kurangkan sikit degil dia.. bolih kawal sikit ungkal dia.. rasanya lebih baik dan lebih selamat untuk dia. Silapnya Anwar, kekadang dia melatah.. Walaupun dia jarang melatah.. tetapi sesekali dia melatah.. impak negatif memantul balik kepadanya. Ini amat bahaya.

Terjahan Anwar berkaitan panggilan telephone Barack Obama kepada Najib, saya kira satu kesilapan besar. Puak syaitan dikenali dengan bantuan akhbar penfitnah terkemuka negara, Utusan Malaysia akan spin terjahan Anwar ini seligat mungkin dan puak haram jadah itu akan mengatakan "Anwar agen Yahudi, Anwar agen Amerika" kerna Anwar mengadu kepada Barack Obama! Selepas itu Anwar tak perlu buat kerja lain; jelajah lagi seluruh negara hanya untuk memperbetulkan kenyataannya yang telah dispinkan itu! Maka, para pencacai Anwar akan buat kesekian kalinya melaungkan kata-kata keramat mereka "Hidup Anwar!" dan bersorak dijalanan hingga larut malam.

Nota: Perbedaan antara 'Penyokong" dan "Pencacai"
Penyokong; Menyokong tindakan Anwar jika difikirkan ianya baik untuk Anwar dan baik juga untuk rakyat. Penyokong juga akan mengkritik Anwar jika dianalisa ianya bakal mencederakan Anwar.
- Pencacai; Menyokong tindakan Anwar tanpa berfikir samada ianya baik ataupun tidak. Pencacai juga tidak mempunyai kewibawaan menganalisa sesuatu perkara berdasarkan keperluan semasa bersendikan tempat dan masa. Justeru perkembangan minda para pencacai yang terencat, mereka tidak mempunyai keberanian untuk mengkritik. Period!

Anwar, kalau ante teruskanlah dengan sikap ungkal ante tu, percayalah ante kecundang juga akhirnya!


Portal Malaysiakini melaporkan:


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

 http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/05/anwar-ibrahim-yang-degil-dan-ungkal.html


 Masih Banyak Kebaikan Pada Manusia…
Posted on Wednesday, May 15 @ 17:36:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: al-bahanj

"Yang sangat menarik pada VIDEO ini ialah ia merupakan kompilasi rakaman secara spontan di Rusia melalui 'dash cam' yang dipasang pada kenderaan-kenderaan di sana. Tidak seperti video-video lain yang dibuat daripada lakonan, yang ini real. Segar hati ini menontonnya. Betapa kebaikan masih ada pada manusia...

Masih banyak kebaikan pada hati-hati manusia di luar sana. Jangan putus asa dan putus harapan kepada manusia lain. Jangan hanya kerana kita selalu dipaparkan dengan berita, gambar dan video negatif mengenai sikap manusia, maka kita menafikan kebaikan pada manusia secara umumnya. Kebaikan masih ada. Dan kebaikan itu sentiasa berpotensi untuk dibesarkan dalam jiwa dan hati manusia.

Berikut adalah kompilasi video yang dirakam dari dash cam pada kenderaan-kenderaan di Rusia sebagai contoh. Menontonnya memberikan kita suatu semangat kerana sedar masih banyak kebaikan pada manusia di luar sana yang tidak kita diketahui. Juga membenihkan semangat buat kita sama-sama mencontohinya. Ayuh buat kebaikan. Sebarkan kebaikan.

Ayuh tonton sebentar: [VIDEO]



Semoga kebaikan tersebar di seluruh dunia. Sama-samalah kita mempromosikannya dan menyebarkannya. Tidak lain tidak bukan mesti kita mulakan kebaikan itu pada diri sendiri terlebih dahulu. Ia hukum yang paling asas.

Dan moga-moga kebaikan hakiki iaitu menerima Islam sebagai agama dengan mentauhidkan ALLAH dan menerima Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai pesuruh ALLAH menyinggah masuk ke dalam hati setiap manusia, amin…

- muzir.wordpress.com


*Sumber:muzir.wordpress.com"

 Obama telefon Najib.. Laporan Utusan vs Kenyataan Media White House.. tengoklah apa yang tak sama..
Posted on Wednesday, May 15 @ 17:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Anak Sungai Derhaka


Hari ini antara perkara yang dilaporkan riuh rendah oleh media-media tunggangan UMNO/BN baik media cetak mahupun media on-line ialah 'Obama Telefon Najib'.Kononnya dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu.

Oleh itu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan melaporkan kononnya "Obama telefon Najib iktiraf keputusan PRU-13"

Betul ke Obama memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan itu?

Ini apa yang dilaporkan oleh Utusan..



KUALA LUMPUR 14 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 
Dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu. 
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Obama turut diberi penerangan ringkas tentang usaha kerajaan memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. 
"Obama mengucapkan tahniah kepada Najib di atas kejayaan beliau menerima mandat daripada rakyat untuk terus memimpin negara ini," jelas kenyataan itu. 
Dalam perbualan telefonnya dengan Najib, Obama telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di ibu negara pada 11 dan 12 Oktober ini. 
Menurut Pejabat Perdana Menteri, Malaysia dan AS akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa. 
Obama turut menyentuh perdagangan dua hala dan pelbagai hala manakala secara khusus beliau mengharapkan inisiatif Kerjasama Trans Pasifik (TPP) akan dimeterai dalam masa terdekat. 
Kedua-dua pemimpin tidak ketinggalan berbincang tentang isu pengawalan senjata nuklear.
Sementara itu, Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi dan minat yang ditunjukkan oleh Obama terhadap Malaysia serta komitmen Presiden AS tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara ~ Utusan

Ini pula kenyataan Media yang dikeluarkan oleh White House..

Yang mana antara kenyataannya ialah.. "The President noted that Malaysians had turned out in record numbers to vote and welcomed the Prime Minister’s efforts to address concerns about election irregularities."

Maknanya.. "Presiden itu berkata bahawa rakyat Malaysia telah keluar mengundi dalam jumlah yang menjadi rekod dan menyambut baik usaha Perdana Menteri untuk menangani kebimbangan mengenai penyelewengan pilihan raya."

White House

Mananya Obama kata beliau iktiraf keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia itu?..Obama telefon Najib.. Laporan Utusan vs Kenyataan Media White House.. tengoklah apa yang tak sama..


 

Tiada ulasan: