Posted on Wednesday, May 01 @ 22:46:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Tok Janggut
Sebelum ini kita melihat bagaimana gelabah dan takutnya Mahathir, Najib dan pemimpin UMNO dengan sambutan yang diberikan oleh majoriti rakyat terhadap ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara. Ketakutan kerana bimbang jika BN/UMNO benar-benar tumbang pada PRU13 kelak. Namun begitu ada seorang lagi bekas makhluk perosak yang seangkatan dengan Mahathir dulu rupanya juga tidak lena tidur dan tidak lalu makan apabila melihat situasi yang berlaku sekarang ini.
Daim, yang selama ini senyap dan hilang entah kemana, tiba-tiba muncul disaat PRU13 menjelang tiba dengan membebel, merungut menghentam PR umpama orang baru terkejut dari mimpi ngeri. Mengapa beliau jadi begitu? Mudah sahaja kiraanya.
Manusia yang tidak buat silap, tidak buat dosa, tidak menipu harta rakyat dan negara, tidak salahguna kuasa, tidak menyeleweng ketika berkuasa tidak akan merasa apa-apa dengan situasi yang sedang berlaku sekarang kerana tidak apa yang perlu mereka bimbang dan takutkan kerana mereka tidak buat salah. Tetapi yang merasakan diri mereka banyak buat salah terhadap rakyat dan negara, takut hilang harta dan kuasa tidak akan duduk diam, kesana kemari menghasut rakyat, merekacipta cerita yang diolah dan diubahsuai dengan harapan semoga rakyat akan percaya dan terpedaya. Yang paling ditakuti oleh Mahathir dan Daim sebenarnya ialah kekalahan UMNO/BN dalam PRU13 akan membuatkan semua tembelang mereka berdua akan terbongkar kelak.
Minta maaflah Mahathir, Daim dan Najib. Bercakaplah kamu sepuasnya, bertempiklah ke sana ke mari...hanya rakyat yang buta hati dan rosak otaknya sahaja yang akan percaya dengan cerita palsu kamu itu. Kalau kamu bercakap dengan makhluk di hutan belantara pun belum tentu puak-puak itu akan percaya kerana seluruh makhluk di lautan, di daratan dan di udara sudah tahu akan perangai, kezaliman, penindasan, penyelewengan, akhlak dan pembohongan kamu semasa kamu berkuasa. Walaupun kamu gunakan ramai profesor kangkung yang cari makan, tokoh akademik setiap malam dan hampir disemua saluran TV dan akhbar milik kamu dengan hujah-hujah palsu dan cetek, rakyat sudah tidak peduli, tidak ada masa untuk mendengar apatahlagi untuk mempercayai omongan kosong puak-puak pengampu yang hidupnya lebih mementingkan jawatan, tembolok sendiri tanpa memikirkan kesusahan majoriti rakyat yang ditindas, dinafikan hak, dirampas hak kepunyaan mereka hampir 60 tahun sepanjang UMNO/BN berkuasa. Apatah lagi kebanyakan profesor dan tokoh akademik yang setiap malam bersiaran berkempen untuk UMNO/BN dalam TV itu diketahui akan latarbelakang buruk dan rendahnya akhlak mereka itu.
Kita tengok sahaja cara BN/UMNO berkempen dan cara PR berkempen. PR berkempen dengan menerangkan kepada rakyat apakah juadah yang bakal disediakan dan akan dinikmati oleh rakyat jika PR berjaya ke Putrajaya nanti. Sebaliknya UMNO/BN berkempen dengan cara menghasut, menabur fitnah, tayang video lucah,mengugut rakyat. Sepatutnya BN/UMNO turut menerangkan kepada rakyat akan perkara yang akan diperolehi oleh rakyat sekiranya mereka menang dalam PRU13 kelak. Namun begitu mereka tidak mampu berkempen sama seperti cara PR kerana mereka sedar bahawa rakyat sudah tahu apa yang mereka kempen dan janji untuk rakyat hanyalah umpan dan janji palsu sahaja dan rakyat tidak akan termakan lagi dengan penipuan mereka itu.
Pegawai tinggi kerajaan termasuk polis, tentera dan lainya diarahkan oleh UMNO/BN supaya memastikan kakitangan dibawah mereka akan mengundi BN. Tahukah kamu wahai pegawai tinggi hoi! Seandainya PR berjaya ke Putrajaya nanti, kemana kamu hendak letak muka? Kemana kamu hendak berhijrah? Kerajaan baru nanti sudah tidak perlukan lagi khidmat manusia seperti kamu lagi. Kami mempunyai pakar-pakar dalam semua bidang yang sudah bersedia untuk mengambilalih tempat kamu nanti yang amanah dan jujur dalam menguruskan tugas. Kamu boleh berambus dengan UMNO/BN kamu itu.
Negara , rakyat dan kerajaan baru nanti akan lebih aman, selamat tanpa manusia seperti kamu yang menjadi barua dan balaci UMNO/BN selama ini. Yang pastinya lesen penyiaran TV3, lesen percetakan akhbar milik UMNO/BN akan ditarik dan dibatalkan nanti. Ini adalah antara jentera UMNO/BN yang menjadi perosak masyarakat selama ini.
Kepada dua ekor makhluk istidroj lagi terkutuk yang menjadi perosak negara dan masyarakat selama ini iaitu Mahathir dan Daim, elok sahaja kamu berdua masuk ke hutan dan bercakaplah kamu disana sepuasnya kerana disitu sahaja tempat yang layak untuk kamu berbicara dusta atau tunggu sahaja penjara-penjara yang sentiasa terbuka menunggu kamu sekeluarga dan mereka yang gila kuasa serta pengkhianat negara.
Bagi semua rakyat Malaysia, ini sahaja peluang untuk kamu menentukan hidup masa depan kamu dan zuriat kamu. Jangan dipersiakan peluang ini. Jika kamu ingkar dan gagal dan masih mengundi UMNO/BN tunggulah saat kehancuran bakal menjelma dimana kezaliman, penindasan, penipuan, salahguna kuasa serta dendam kesumat mereka akan menjadi lebih bermaharajalela dan berluas-luasa. Sifat ganas, samseng yang mereka pamerkan selama ini akan menjadi lebih kejam lagi jika UMNO/BN menang dalam PRU13 nanti. Mereka kebal dari tindakan. Polis hanya mampu memerhatikan sahaja tindakan ganas puak mereka. Undang-undang adalah mereka, dan mereka adalah undang-undnag. Harta negara dan harta rakyat adalah hak mereka. Mereka boleh ambil bila-bila mereka suka samada secara halus, secara kasar dan secara paksa. Siapa yang mneghalang pasti akan binasa. Mereka sudah sama seperti zionis dan komunis. Jadi siapa yang akan melindungi rakyat kelak? Polis sudah tidak mampu. Rakyat akan terus menderita umpama saudara kita di Palestin. Oleh itu marilah kita bersama-sama menghentikan semua ini demi untuk keturunan kita. Tinggalkan UMNO/BN dan UNDILAH PAKATAN RAKYAT. Jangan biarkan kita hidup dalam kesyirikan dan kekufuran bersama UMNO yang "istidroj" itu.
Benarlak kata Nik Aziz, bahawa solat orang UMNO tidak mendapat pahala. Bukan sahaja solat bahkan semua ibadahnya hanya sia-sia. Hujahnya, bagaimana Allah nak terima dan bagi pahala golongan yang melakukan kezaliman, penindasan, sombong, takbur, penipuan (termasuk menipu dalam pilihanraya)? Bahkan Allah mengatakan tempat golongan zalim ialah di dalam neraka termasuk pengikut, penyokong (termasuk pengundinya) tak kiralah samada mereka iut golongan ulama, ustaz, ustazah, tok guru pondok (RM2juta), mufti atau siapa sahaja, jika menyokong golongan zalim, penipu, penindas apatah lagi menghina dan mempersendakan syariat Allah dan Sunnah Nabi, tidak ada jalan buat mereka kecuali ke neraka. Manusia yang beriman dengan 6 rukun iman tidak akan sekali-kali menyokong golongan zalim, penipu, pendusta, penindas seperti UMNO itu.
Mahathir kata UMNO itu syaitan yang dikenali. Mahathir sokong dan pertahankan UMNO bermakna beliau adalah bapa syaitan/UMNO. Syaitan itu makhluk kafir, jadi sokong UMNO itu kafir juga tak? Jadi sesiapa yang sokong dan undi UMNO bermakna sokong/undi UMNO yang Mahathir kata syaitan yang kafir. UMNO kata, PAS tuduh mereka kafir, tapi bila Mahathir kata UMNO itu syaitan sedangkan syaitan itu kafir. Tak sama ke Mahathir kata UMNO itu kafir juga? Noh Gadut dan Harusani pula kata sesiapa yang membenar dan meluluskan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible jatuh kufur. Selama ini UMNO yang membenar dan meluluskanya seperti di Sabah dan kemasukan Bible yang ada nama Allah dari Indonesia, maka sokong dan undi UMNO boleh jatuh kufur juga sertamerta. Oleh itu undi UMNO boleh jatuh kufur dan kafir. Nauzubillah. Bukan penulis kata...tapi Mahathir UMNO itu syaitan (kafir), Noh Gadut dan Harusani kata lulus dan benarkan kalimah Allah dalam bible itu jatuh kufur. Kalau ketiga orang ini sokong dan undi UMNO juga, tak ke jatuh kufur dan kafir juga?
Sebagai renungan, empat negeri di bawah Pakatan Rakyat, aman dan ekonominya mantap. Rakyat senang. Pemimpinya amanah dan telus. Tidak ada rasuah, kroni dan salahguna kuasa. Hidup rakyat terbela. Fikir-fikirkanlah dan bandingkan dengan negeri yang dibawah pentadbiran UMNO/BN. Wallahualam.
Klu iye pun, bukak la baju tu dulu... :-D
Posted on Wednesday, May 01 @ 22:22:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh FS
Gambar dari blog penyokong UMNO, Benci Pakatan Rakyat telah memamparkan gambar ini. Kalau ya pun bukalah baju dulu baru bergambar. Boleh bawa fitnah kepada DS Najib.. KAH KAH KAH.
Dimana-mana geng pengisap ni mendapat sponser daripada BN @ UMNO. Di Dungun dimaklumkan bahawa Pok Rosli telah memberikan wang RM100 seorang untuk mendapatkan pil meltadon.
Malah Pok Rosli, Calon BN Parlimen Dungun telah membuat perjanjian akan 'sponser' golongan ini untuk mendapat 'bekalan' di Klilinik Ahmad jika mereka menyokong BN pada PRU kali ini.
Mana kala Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Calon PAS Parlimen Dungun menemui golongan ini dengan memberikan nasihat dan menjanjikan Isnya PAS akan cuba menyelesaiakan masalah mereka untuk mereka kembali ke jalan yang betul. Isnya Allah suatu program yang lebih tersusun akan diusahakan untuk memastikan mereka boleh hidup dalam masyarakat tanpa prajudis.
Itu bezanya UMNO dan PAS. UMNO lebih mempergunakan mereka untuk menjadi pekerja parti sementara.
Pekerja daripada kalangan penagih ini boleh buat apa sahaja jika diberikan 'makanan'nya sebelum buat kerja. Nak suruh panjat tiang api... dia panjat pasal tengah 'stim'.
Selain Bangla... Geng penagih adalah pekerja berkhemah UMNO @ BN.
MAMPUS BANGSA MELAYU JIKA UMNO BN MEMERINTAH LEBIH LAMA!!!
Kontena, Putrajaya, Pulau Melaka dan Istana
Posted on Wednesday, May 01 @ 22:11:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: genken
"
Adnan Mansor berpengaruh dalam menentukan aktiviti di Putrajaya. Beliau tidak akan memberi laluan sekiranya aktiviti yang akan dijalankan tidak menguntungkan UMNO(baru). Sebaliknya, aktiviti berbentuk meleka dan melalaikan, banyak lah dibenarkan walaupun di sekitar dua masjid di Putrajaya itu.
Itu sebelum pembubaran parlimen dan sebelum penamaan calun. Selepas parlimen dibubar dan calun sudah ada, maka Adnan Mansor sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Jika warga Putrajaya tidak mahu gangguan Adnan Mansor lagi, maka undilah Husan Musa pada 5.5.2013 nanti.
Adnan Mansor mengajak hadirin
dalam ceramahnya menyanyikan lagu “Happy Birthday to You” kepada
bossnya, Daim Zainuddin. Kerana meraikan harilahir Daim Zainuddin. Yang
menarik ialah, sebaik Daim Zainuddin berucap, sebaik mengucapkan terima
kasih kepada hadirin, Adnan Mansor kata lupa untuk menyanyi “Allah
Selamatkan Kamu”, lalu Adnan Mansor memulakan nyanyian yang liriknya
agak islamik itu. Youtubenya di sini http://www.youtube.com/watch?v=G5Kyc8CVXBQ. Inilah kelebihan Adnan Mansor calun Putrajaya bandar canggih itu.
Daim
Zainuddin pun tampak kecewa kerana tidak diunsurkan nama Allah dalam
meraikan hari lahirnya itu. Untuk pengetahuan Daim Zainuddin, berbaiklah
dengan Husam Musa, supaya Husam Musa dapat membawa Daim Zainuddin jumpa
Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), sudah tentu TGNA akan mendoakan dan meraikan
Daim Zainuddin jauh dari yang dilakukan Adnan Mansor.
Sementara
Adnan Mansor, Mahathir dan Daim Zainuddin berceramah di bawah khemah di
Putrajaya. Husan Musa pula berceramah di dalam kontena lori
“transformer”. Pendekatan yang kreatif seperti ini diperlukan untuk masa
depan Malaysia. Lebih-lebih lagi di Putrajaya. Kerana Putrajaya
ditarafkan bandar moden dan bandar pusat pemerintahan kerajaan Malaysia.
Sebaliknya UMNO(baru) melalui Adnan Mansor menyembahkan pendekatan
kampungan kepada masyarakat di Putrajaya. Ini semua mencabar minda
intelek masyarakat yang tingga di Putrajaya dan sekitarnya.
Ustaz
Azhar Idrus (UAI) pernah tidak diberi permit ceramah di Putrajaya,
sebelum parlimen dibubar. Selepas dibubar yang mana Adnan Mansor sudah
tidak berkuasa lagi di situ, UAI telah datang dan hadirin diceramahnya
di Putrajaya tidak kurang dari kehebatan ceramah Husam Musa. Inilah
hebatnya Adnan Mansor. Beliau dikata hebat dalam perbuatannya itu kerana
UAI dibenarkan oleh Sultan Kelantan untuk berceramah di dalam
Istananya. Kerusi-kerusi VVIP dialih dan masyarakat dibenarkan hadir ke
dalam istana mendengar ceramah UAI. Tetapi Adnan Mansor?...tak tahulah
apa akan jadi pada hamba rakyat jika beliau berjaya menuntu tahta
keturunan sultan Melaka. Dapat ada Tengku di depan namanya pun kononnya
kerana beliau mengaku berketurunan raja Melaka.
Kalau
keturunan raja Melaka ini bermenteri besarkan orang Pulau Melaka,
rasanya beliau tidak menyanyi lagu-lagu itu kepada Daim Zainuddin,
tetapi menadah tangan berdoa kepada Allah memohon keampuan dan
kesejahteraan. Sebaliknya, lihatlah impak besar orang Pulau Melaka ke
atas istana Kelantan. Hamba rakyat menitiskan airmata dan naik semangat
sayangkan Sultannya kerana amat zuhud, perihatin dan beragama. Hasil
pemerintahan orang Pulau Melaka ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa
pun. Nasib baiklah Kelantan mempunyai menteri besar orang Pulau Melaka
ini, tidak dapat dibayangkan apa akan jadi kepada Sultan Kelantan
sekarang jika Mustapa Mohamad atau Anuar Musa atau Awang Adek menteri
besarnya 22 tahun dulu.
Justeru, Undilah Husam Musa.
muramatsu
Gicing
Gicing
Pasukan berani mati PR sedia diarahkan!! Saksikan!
Posted on Wednesday, May 01 @ 22:10:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: modayu
"
'Wan!, taufiq!!'Jerit komander PR subang 2,
'Saya tuan!'. Balas keduanya bersedia menerima arahan.Posted on Wednesday, May 01 @ 22:10:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: modayu
"
'Wan!, taufiq!!'Jerit komander PR subang 2,
'Malam ini anda berdua dikehendaki tunggu sedia dikawasan ini! pastikan gerak geri musuh dari memasuki kawasan ini!'. Arahan komander seterusnya kepada skuad berani mati yang telah bersedia memikul amanah.
'Baik tuan!!'. Bersemangat taufiq dan wan untuk menerima tugasan yang cukup mencabar ini.
Masa semakin suntuk untuk pasukan PR bertahan, strategi yang harus dilakukan adalah dengan terus menyerang tanpa henti pasukan BN yang kini semakin tertekan dan semakin hilang keupayaannya. 'Ini kalilah'. Jerit wan penuh dengan keazaman yang tinggi
Pasukkan berani mati bersama PR ini tertubuh angkara ketidakpuasan hati kepada pasukan BN yang tidak pernah mendengar permasalahan mereka. Pasukkan ini berkerja siang dan malam mengasak pasukkan BN agar tidak dapat terus bangkit dalam peperangan ini.
'Rakan2 kita diseluruh negara sudah bangkit tuan!'. Beritahu wan kepada komandernya.
'Ya! saya tahu, kita kena teruskan mementum ini agar ianya terus mengasak pasukkan BN agar mereka tahu langit tinggi rendahnya!'. tegas komander itu mengiyakan kata2 wan tadi.
'Siapkan 'kapal terbang' yang paling besar malam ini juga!'. Tegas komander tanpa menoleh kebelakang lagi.
'Baik tuan!'. Jerit wan menerima arahan..
Dan video ini lah membuktikan betapa kami sekariah turun membantu menyiapkan sebuah 'kapal terbang' yang terbesar pernah dihasilkan di dalam negara ini. Masa semakin suntuk buat kami.
'INI KALILAH!!!' Jerit kami ramai2. Saksikan!!
Semoga ianya memberi semangat kepada unit2 lain diseluruh negara.
'Final Countdown'
Ini Kalilah
A New Era Is Near
md daud yusri alhutan melintangi
Fardhu kifayah compliance business @ www.dadiydoo.com
Buli: Enam pelajar wanita ditangkap
Posted on Thursday, May 02 @ 00:07:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ulasan FS
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman facebook rasmi menerima banyak kiriman video klip yang memaparkan seorang remaja perempuan dipercayai pelajar sekolah menengah dibuli oleh enam remaja perempuan lain baru-baru ini.
Hasil semakan polis mendapati kejadian buli berkenaan berlaku di Kota Tinggi, Johor pada Januari lepas dan telah berjaya diselesaikan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat,
Superintendan Mohd Nor Bin Rashid berkata, enam remaja perempuan berumur
di antara 15 hingga 16 tahun telah ditangkap berhubung kejadian buli
terhadap pelajar perempuan berusia 14 tahun berkenaan.
“Pelajar yang ditangkap telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM500
dan dibayar kepada mangsa selain diikat jamin berkelakuan baik selama
tiga tahun serta dikehendaki melapor diri kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) setiap bulan selama dua tahun,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan iaitu menggunakan perkataan yang memalukan seorang wanita.
Kes buli berkenaan menjadi perhatian ramai selepas rakaman video
insiden itu disebarkan dalam laman sosial Facebook selain laman
perkongsian video Youtube sehingga mendapat komen negatif pelbagai pihak
yang kesal dengan kejadian itu.
BN @ UMNO BULI RAKYAT
Kalau rakyat bersatu untuk membenteras buli, sebagaimana rakyat prihatin boleh membenteras buli pelajar, saya rasa tak lama riwayat hidup UMNO @ BN.
Oleh itu PRU-13 nanti 5 Mei ini, jangan lupa untuk memastikan BN @ UMNO tidak lagi membuli rakyat!!!
BN @ UMNO BULI RAKYAT
Kalau rakyat bersatu untuk membenteras buli, sebagaimana rakyat prihatin boleh membenteras buli pelajar, saya rasa tak lama riwayat hidup UMNO @ BN.
Oleh itu PRU-13 nanti 5 Mei ini, jangan lupa untuk memastikan BN @ UMNO tidak lagi membuli rakyat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan