Khamis, 2 Mei 2013

SUSAH JIKA KITA MEMANG BERSIKAP JAHAT ATAU BERNIAT JAHAT

Keluhan Dan Rintihan Anak Peneroka Felda..
Posted on Wednesday, May 01 @ 22:04:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

" Trolakian dan semua warga peneroka. Sedarlah tanah yg orang tua kita usahakan, penat jerih meneroka hutan berbekalkan hanya tulang empat kerat, hidup dlm hutan jauh dr dunia luar.

Kerana apa? Hanya kerana mahu mengubah nasib dan membesarkkan anak2. Aku membesar sepenuhnya di Felda. Menjadi tanggungjawab aku mendapatkan tanah mak/ayah aku.

FGV menafikan hak peneroka utk mndptkan geran tanah individu. Dgn menggunakkan alasan nnti habis orang melayu jual tanah, aku ckp kat sini apa hak hangpa nk menafikan hak peneroka. Bg 5 ribu pd peneroka, isteri peneroka dan anak2 peneroka, beribu warga felda terus gelap mata. Lupa yg tanah yg selama ini diteroka dan diusahakan sendiri kini sudah berada dlm FGV.

Skrg x nmpk lg, tunggu la generasi ke4 hangpa. x blh pebagi lg dah, last2 nak tuntut pun x brrbaloi.kalau skrg hak hangpa terpulang laa, mana tau ada peneroka yg nak buat wakaf tanah dia. Siapa hangpa nak KATA PENEROKA X BERHAK PEGANG GERAN TANAH DIA. BN penjual harta org melayu mcm nii lu org sokong, lu org terlibat sama dlm menipu beribu2 harta peneroka Felda.


P/s: Entah blh dibetulkkan atau tidak, persatuan dah berusaha, tp jalan buntu. Aku sbg anak felda jati Trolak merayu supaya pakatan diberi peluang, terutama pd warga Felda khas nya ini bkn soal politik kepartian lg, ini soal tanah peneroka yg dibuka org tua kita. Aku x mengharap org luar, kerana sesetangah sama sekali tidak kisahlan nasib kita. Kerana mungkin ada sinar di laluan ini, kerana sesungguhnya kami sudah buntu untuk menggunakan saluran satu lg.

Info terkini layari: INI KALILAH!!

 Orang kuat adat di N.Sembilan tertarik dengan usaha PAS
Posted on Wednesday, May 01 @ 22:02:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Petang tadi saya dihubungi oleh nombor yang belum pernah menghubungi saya sebelum ini. Dia mengenalkan diri sebagai Ketua Adat Perpatih untuk satu suku di Rembau atau Buapak yang bergelar Dato …....... Dia ada membaca mengenai satu tulisan dalam blog mengenai usaha yang dilakukan oleh saya dan rakan-rakan di PAS DUN Kota untuk memulihara beberapa tempat bersejarah di Negeri Sembilan.

Dia berharap dapat berbincang dengan lebih lanjut perkara tersebut. Saya berkata kepada Dato tersebut , memang sebenarnya di Rembau ini terlalu banyak tempat bersejarah yang anak-anak Rembau sendiri tidak tahu. Saya berkata kepada Dato tadi insyaAllah, selepas pilihanraya nanti kita bincang dengan lebih lanjut.
Dalam hati saya , jika PAS menang di DUN Kota, insyaAllah lebih mudah untuk menggerakkan usaha untuk memulihara tempat bersejarah di DUN Kota, agar Kota menjadi tempat tumpuan pelancongan pada masa akan datang, lebih baik dari Melaka sebenarnya, kerana Melaka , Portugis dan Belanda berjaya menjajah, tetapi tidak Rembau.
Tapi jika PAS tidak menang dalam PRU-13 kali ini, insyaAllah, akan diteruskan usaha tersebut melalui mana-mana pihak yang berminat untuk meneruskan usaha pemuliharan tempat bersejarah di Rembau, yang secara tidak langsung dapat menjana ekonomi anak-anak Rembau.
Usaha PAS DUN Kota sebelum ini untuk mempopularkan DUN Kota sebagai tempat bersejarah di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/pas-pulihara-makam-bersejarah.html
"

 Kenali Dulu TGNA Sebelum Melempar Tuduhan
Posted on Wednesday, May 01 @ 21:59:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lidinyor

"TGNASemalam saya merasa amat tersentuh apabila secara kebetulan menonton tv3 yang memaparkan pendedahan Dato Ibrahim Ali, mengatakan Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai tanah di kawasan bandar baru Tunjung yang bernilai lebih 10 juta ringgit. Saya mula merasakan ini adalah satu fitnah besar terhadap tok guru.

Seawal pagi tadi saya mula mencari penjelasan daripada pihak yang mengetahui tentang perkara ini. Alhamdulillah, penjelasan tersebut dapat juga saya temui, lalu saya merasa terpanggil untuk menulis artikel ini.

Saya mula mengenali Tok Guru Nik Aziz seawal tahun 1976 lagi semasa saya menjadi pemandu sementara kepada Ahli Parlimen Bachok, YB Hj. Mohd Zain Hj. Abdullah (Cikgu Zain) yang kebetulan masa itu suami kepada arwah sepupu saya Allahyarhamah Hajjah Nik Sabariah Hj. Nik Daud. Tok Guru selalunya berkongsi kereta dengan Cikgu Zain untuk hadhir mesyuarat parlimen di Kuala Lumpur yang mana seminggu menggunakan kereta Tok Guru, seminggu lagi menggunakan kereta Cikgu Zain dan begitulah seterusnya. Saya tidak tahu samaada perkongsian kereta yang di amalkan mereka berdua adalah untuk tujuan penjimatan atau untuk tidak merasa kesunyian didalam perjalanan yang memakan masa tidak kurang dari 8 jam (masa itu lebuhraya KL-Karak belum siap). 

Di Kuala Lumpur Tok Guru,Cikgu Zain, saya dan dua orang lagi ahli parlimen dari Pasir Puteh, Ustaz Wan Sulaiman serta ahli parlimen Rantau Panjang, Tuan Guru Hj. Zakaria sentiasa menginap di Hotel Purnama, Jalan Ipoh, iaitu bersebelahan tapak pasar borong lama yang berhampiran dengan bangunan Lembaga Urusan dan Tabung Haji lama. Untuk makluman pembaca, Hotel Purnama hanyalah sebuah hotel budget yang berharga kurang dari RM50.00 untuk satu malam dan mempunyai bilik air diluar bilik tidur. Namun demikian mereka selesa dengan apa yang ada.
Suatu hari semasa Tok Guru dan Cikgu Zain sedang mingisi borang tuntutan perjalanan masing-masing, tiba-tiba Tok Guru panggil saya dan bertanya samada saya ingat atau tidak pada suatu tarikh yang di sebutkan beliau dan Cikgu Zain datang ke Kuala Lumpur dengan kereta siapa. Kebetulan masa itu saya masih ingat yang kami datang dengan kereta Cikgu Zain, lalu beliau meminta saya tolong belikan getah penyapu dakwat. Saya kemudian bertanya kepada beliau getah penyapu tersebut untuk di buat apa. Beliau memberitahu saya yang beliau sudah tesilap isi borang tuntutan tersebut yang mana berlaku pertindihan dengan tuntutan Cikgu Zain dan kesilapan tersebut mesti di betulkan. Saya kemudian bertanya kepada beliau, adakah tuntutan itu menyalahi peraturan dan adakah pihak yang berakaitan akan mengetahui yang beliau tidak menggunakan kereta sendiri pada tarikh tersebut. Beliau lantas menjawab tuntutan itu tidak menyalahi peraturan dan pihak berkenaaan tidak tahu dengan kereta siapa kita datang tapi ia tetap salah disisi Allah dan Allah mengetahuinya walaupun mereka tidak tahu. Saya mula merasa segan dengan soalan bodoh saya itu dan terharu dengan kejujuran beliau.
Setelah beliau menjadi Menteri Besar Kelantan saya jarang sekali berjumpa secara dekat dengan beliau sehinggalah beliau datang kerumah saya  pada 16 Oktober 2007 ia itu sehari selepas majlis perkahwinan anak perempuan saya pada 15 Oktober 2007. Beliau menyatakan bahawa semalam beliau mempunyai program lain yang tidak boleh di tunda. Pada hari tersebut semua makanan untuk majlis semalam sudah habis, hanya teh o dan roti sahaja yang dapat di hidangkan. Namun hidangan tersebut tetap di jamahnya dengan tidak sedikt pun kelihatan kekok.
Sehingga hari ini saya masih menyanjungi keikhlasan beliau dan sebagai ikon yang paling saya hormati. Saya juga merasa amat sedih apabila mendengar atau membaca fitnah-fitnah yang dituju kepada beliau yang di lakukan oleh orang-orang yang tidak pernah mengenalinya secara dekat. Oleh itu saya amat berharap kepada sesiapa yang mempunyai rasa ragu terhadap kejujuran dan keikhlasan beliau supaya cuba mengenalinya secara dekat sebelum melemparkan apa-apa tuduhan terhadap beliau.

 SPR pula jadi budak kecil!
Posted on Wednesday, May 01 @ 21:58:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum Tidak dijangka langsung, warga angkatan tentera yang menjadi pengundi awal semalam bangkit membantah dakwat kekal kerana ianya tidak kekal, bukan sahaja di Port Dickson tetapi juga di Kem batu 10 Kuantan walaupun bantahan mereka tidak dihebohkan.Dakwat kekal yang dibanggakan SPR rupa rupanya hanyalah setaraf kicap cair yang terlalu mudah ditanggalkan.

SPR terkejut mungkin kerana tidak menyangka warga angkatan tentera akan membocorkan rahsia mereka dan seperti seorang budak kecil yang melakukan kesalahan, SPR cuba mengelak dari mengaku salah dengan mencipta alasan yang juga kelihatan macam alasan budak kecil.Mula mula bossnya berkata walaupun dakwat itu boleh tanggalkan tetapi yang terlekat di celah jari itu tidak boleh tanggal.Kemudian muncul pula S/Unya menjelaskan sebab kenapa dakwat itu mudah tanggal kerana petugas SPR tidak menggoncang botol dakwat sebelum digunakan.Tidak masuk akal! 
Bagi  meyakinkan orang ramai, S/U SPR berkata ujian yang dijalankan dengan dakwat yang tidak digoncang dan yang digoncang menunjukkan dakwat yang digancang tidak dapat dihilangkan dengan membasuhnya berbanding dengan dakwat yang tidak digoncang tetapi persolannya kenapa selepas bantahan  dari pengundi awal baru nak dilakukan ujian? Petugas SPR yang disalahkan sedangkan SPR yang membeli dan  menguji dakwat tersebut.Petugas SPR hanyalah kakitangan awam yang dipinjamkan dari jabatan lain bukan kakitangan tetap SPR.Sepatutnya satu kursus sudah diberikan oleh SPR kepada petugas  sebelum mereka masuk ke dewan mengundi.Oleh itu tiada alasan kenapa petugas tidak menggoncang dakwat seperti didakwa.Lagi pula apa makna dakwat yang ditempah khas ini perlu digoncang untuk mendapatkan kesan?
Hairan bagaimana SPR boleh jadi tidak profesional begitu.Dalam urusan paling penting untuk negara memilih kerajaan SPR boleh jadi macam ini? Atau sebenarnya SPR memang merancang sesuatu dari dakwat ini? Dakwat yang didakwa kekal dijadikan tidak kekal bagi membolehkan anggota tentera dan polis tertentu mengundi dua kali umpamanya.Apatah lagi pengundi awal dibuat terlalu awal dari tarikh pengundian sebenar, dengan hilangnya dakwat yang digunakan maka ada peluang bagi anggota  tentera dan polis serta petugas SPR mengundi lagi di hari mengundi.Itu kemungkinannya.
Lapuran mengatakan undi awal ini disimpan dibalai polis sebelum dikira di hari mengundi.Simpanan yang agak lama ini terdedah kepada manupulasi undi dan ada kemungkinan ianya diubah untuk memenangkan BN.Bagaimana SPR boleh bertindak demikian? Kenapa undi tidak dikira serta merta dengan kehadiran wakil calon atau polling agent pihak yang bertanding dan angka keputusan dicacat oleh semua pihak bagi mengelakkan penipuan? Tak faham kenapa SPR boleh bertindak macam budak kecil sedangkan orang kuatnya semua tua tua belaka.
Ada main ka, SPR? 

 PRU13: Wamakaru Wamakarallah
Posted on Wednesday, May 01 @ 20:34:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

OLeh Munir



Baru-baru ini saya ada bersembang dengan tujuh orang kawan-kawan berbangsa Cina di tempat kerja. Saja lah nak survey tengok trend terkini politik kaum Cina dan juga sebab musabab kenapa sokongan mereka terhadap Pakatan naik begitu mendadak sekali di PRU-13 ini.

Daripada tujuh orang yang saya interview secara random ini, di awal musim kempen selepas hari penamaan calon hari itu, 6 orang memang solid sokong Pakatan, cuma seorang saja yang nampaknya ada kecenderungan untuk terus bersama MCA/BN.

Bila sembang dengan mereka ini khususnya yang solid bersama Pakatan, bila saya tanya 3 sebab utama kenapa mereka memilih untuk menyokong Pakatan, dan bukannya BN; bila mereka habag mai sebab musabab itu, maka pahamlah saya kenapa begitu ramai kaum Cina memberi sokongan yang padu kepada Pakatan kali ini.

(Adegan yang UMNO/BN tidak ingin lihat: Kaum Wanita Tionghua berbaju Bulan dan Muslimat PAS berjubah hijau, kedua-duanya bergabung menjadi satu – untuk melihat UMNO hancur menjadi debu)

Saya minta 3 sebab saja, tapi yg depa duk habag mai berjela-jela sampai tak larat nak tulis.

Antara isu yang utama ialah bab perkauman, depa tak puas hati sungguh dengan demo oleh kuncu-kuncu UMNO di Komtar dan Penang Bridge hari tu. Bukan takat demo, tapi mai hantar keranda, taik, bagi kad raya envelop putih dan lain-lain yang asalnya mungkin dituju kepada Lim Guan Eng saja, tapi macam juga dengan kisah MCA Chua Soi Lek menghina hudud yg asalnya dituju kepada PAS saja, tapi org2 Melayu Islam atas pagar pun terasa. Macam itu juga dengan bentuk penghinaan ke atas Guan Eng ini, walaupun target kepada Guan Eng, tapi Cina-Cina biasa pun marah.

Sudahlah tu, tiada tindakan yang KERAS daripada pihak berkenaan terhadap demo/tindakan ganas yang sah-sah dilihat berbentuk hasutan dan perkauman ini. Menurut seorang respondant yang saya interview itu, dia cakap inilah yang orang-orang Cina kata sebagai 2-DIFFERENT RULES, maksudnya dua Undang-Undang yang berbeda, kalau untuk group sendiri tak apa, boleh tolak ansur tak perlu ambik tindakan, tapi kalau group lain yang buat, cepat-cepat ambik tindakan kena tangkap nak sebagainya, Mereka tanya, where got fair like this? – mana adilnya?

Seterusnya bab transperancies/ketelusan. Seorang respondant itu memberitahu saya, dia cakap dalam bab SULU misalnya. Waktu jadi kes SULU hari itu, mereka semua tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku, tapi tidak ada orang yang dapat menceritakan kepada mereka kisah yang sebenarnya. Nasib baik zaman ini ada internet, lalu mereka pun access Internet Suratkhabar dari Filipina. Masalahnya, bila kita banyak baca berita dari berbagai sumber dalam internet ini, orang jadi tak pasti dan mula buat spekulasi sendiri.

Kata sahabat Cina saya ini:

“Bila Tian Chua buat spekulasi dan buka theory sendiri, opss terus kena cekup dan diserang di merata ceramah, orang demo dan sekat beliau di sana-sini; bukan salah Tian Chua, dia cuma buat spekulasi berdasarkan maklumat terhad yang dia ada. Itu saja”.

Dalam kes Sulu ini, orang-orang Cina jadi kesian dan simpati kat Tian Chua di atas sebab yang tersebut di atas, maka secara logiknya rasa simpati ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan untuk Pakatan dalam PRU kali ini.

Dua tiga minggu lepas saya ada terbaca berita seorang pegawai atasan UMNO saman Tian Chua lagi pasal kenyataan terbaru Tian Chua, tak silap saya dlm suara KeADILan mengenai isu Sulu ini. Lagilah orang-orang Cina simpati kat dia, tak cukup kena cekup, kena sekat, sekarang kena saman pula. Kata mereka, di manakah transperancies/ketelusan?

Sorang itu pula cerita bab monopoli ekonomi oleh kroni-kroni UMNO/BN/MCA. Dia bagi contoh industry gula; sejak PRU-12, bulan Mac 2008 sampai hari ini, sudah 5 kali harga gula naik. Bila naik harga gula, harga brg2 lain yang berkaitan dan kadang-kadang tak berkaitan pun naik juga. Gula itu sepatutnya murah aje, tapi sebab industry gula dimonopoli oleh kroni UMNO/BN, maka orang lain tak boleh buka kilang gula sewenang-wenangnya. Kata dia, cuba open bagi semua orang boleh buka kilang gula ini, nescaya berlambak-lambak gula di pasaran, harga akan jatuh dan semua orang gembira. Tiap kali harga gula naik macam-macam alasan yang depa bagi, sedangkan harga gula itu tak patut naik pun. Ini semua kroni – mana adilnya?

Kawan Cina saya yang sorang itu pulak cakap, dia tak suka UMNO bukan bermakna dia tak suka orang MELAYU. Dia kata, I want to make itu clear, vote against UMNO doesn’t mean I am against MALAY – Saya undi UMNO tak bermakna saya anti Melayu. Kata dia lagi, di Malaysia ini orang-orang Melayu adalah bangsa majority, walau apapun perubahan politik yang berlaku, orang-orang Melayu akan tetap menjadi bangsa majoriti, yang menguasai politik/pemerintahan negara, menjadi PM dan sebagainya. Maka, dalam keadaan UMNO tak perform ini, sebagai rakyat biasa kita perlu pilih orang Melayu lain atau pun kumpulan Melayu lain yang boleh perform untuk ganti UMNO memerintah Negara kita tercinta ini. Sebab itu dia pilih Pakatan – untuk menggantikan BN. Mudah saja!

Seorang kawan itu pula cakap, dulu di tahun 2008 dulu orang-orang Cina khususnya di Penang ditakutkan oleh MCA/BN/Gerakan dengan amaran dan kata-kata, jangan cuba-cuba nak CUBA tukar kerajaan, nanti “MATI 5 TAHUN” iaitu “YOU TRY – YOU DIE 5 YEARS”. Kata kawan saya ini, walaupun takut (sebab kaum Cina ini secara lazimnya cukup pantang dengan perkataan MATI ini), mereka cuba tukar juga.

Hasilnya sudah 5 tahun, tak mati-mati pun; yang matinya kata kawan saya ini ialah BN/MCA/Gerakan di Pulau Pinang. “We didn’t die but MCA/Gerakan die!”.

Yang bestnya kawan saya ini cakap, dulu-dulu BN/MCA/Gerakan/UMNO selalu guna kata-kata “A vote for DAP is a vote for PAS” (Undi untuk DAP bermakna satu Undi untuk PAS). Masalahnya, hari ini tak perlu undi DAP atau pun undi PAS pun, orang-orang Cina dah sokong PAS; bukan setakat penaik bendera PAS tapi siap pakai baju PAS lagi.

Ini yang BN/MCA/Gerakan penin ini – terus tak ada modal dah nak attack Pakatan dalam bab undi DAP sama dengan undi PAS di Penang ini.

(Seorang lelaki berbangsa Tionghua bukan sekadar memakai baju dan topi lambang PAS, tapi turut menyelimutkan dirinya dengan bendera PAS – sebuah perlambangan bahawa orang-orang Cina di Malaysia hari ini sudah merasa selamat dan selesa bersama PAS)

Oh ya, dari 7 orang respondant itu, di awal musim kempen PRU hari itu, cuma seorang saja yang masih cenderung kepada MCA/BN. Semalam, bila saya sembang dengan beliau sekali lagi, kali ini beliau sudah jadi berbelah bahagi – kemungkinan besar akan undi Pakatan. Sebab apa? – sebab beliau teruja bila tengok You Tube gambar ratusan ribu orang menyambut TG Nik Aziz di Putrajaya dan juga perhimpunan 70,000 orang-orang Cina di Han Jiang School di Penang menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan di Penang. Kata dia: "Looks like Pakatan is getting stronger and stronger, I think my vote goes to Pakatan this time". (Pakatan nampaknya semakin kuat, nampak gayanya undi saya akan berpihak kepada Pakatan kali ini).

Habislah BN!!

Wamakaru, Wamakarallah.

Sekian sedikit perkongsian untuk maklumat bersama.
moniermatdin@yahoo.com
1.5.13
http://www,mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com


 Adakah SPR guna daawat 7 persen Silver Nitrate atau 12 persen ?
Posted on Wednesday, May 01 @ 20:24:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ahmadhadeed

"

Rakyat Malaysia mahu tahu adakah SPR menggunakan daawat kekal kandungan 9 persen Silver Nitrate atau 12 persen silver nitrate. Jika SPR menggunakan daawat 9 persen silver nitrate maka PRU13 mesti di tangguh kerana SPR gagal memberi keyakinan tentang kesahihan proses PRU13.

Berita tentang daawat kekal yang boleh di hilangkan apabila askar dan polis mengundi secara POS adalah serius dan menjejaskan validity sistem pilihanraya yang di kendalikan SPR.  Mengikut penyelidikan di Mysore India , pengeluar utama daawat kekal, daawat kekal pilihanraya mengandungi 7 persen Silver Nitrate boleh menjadi putih lutsinar tanpa warna apabila di kenakan asid oxalic selama beberapa jam dan dalam tempoh ini undi dua kali boleh berlaku. Daawat 7 persen Silver Nitrate ini akan menjadi lutsinar selama beberapa jam apabila di letak oxalic acid dan menjadi hitam kembali selepas itu.
Ini adalah balanced reaction yang menyebabkan chrystallisation putih lutsinar
AgNO3 (aq) + K2C2O4 (aq)---> AgK2 (s) + NO3 (g) + CO2 (g)

 if that is even correct you  can figure out the stoichiometric coefficients

Also for your understanding, you should know that the Ag and K are both in positive valence


Ini memberi masa untuk pengundi hantu untuk terbang ke satu lagi tempat membuang undi tanpa tanda daawat di jari. Hanya daawat mengandungi 12 persen Silver Nitrate yang berkesan untuk mencegah kesan oxalic acid ini. Ini telah terbukti dengan research saperti di bawah. 
[1] Test Report and Comparative Study of Indelible Ink 12% S.N. Concentration and 7% S.N. Concentration, September 09, 2012, Mysore Paint and Varnish Ltd., New Bannimantap Extension, Mysore, Karnataka, India
[2] http://www.comelec.gov.ph/?r=mediareleases/InvitationtoBid/AwardNotices/NoticeofAwardTexas
[3]http://www.comelec.gov.ph/uploads/mediareleases/InvitationtoBid/AwardNotices/AsaColor_noticeofaward_071912.pdf
[4] http://www.theshillongtimes.com/2012/10/13/voter-ink-linked-to-mysore-kingdom/
[5] http://en.wikipedia.org/wiki/Oxalic_acid
[6] Test Report and Comparative Study of Indelible Ink 12% S.N. Concentration and 7% S.N. Concentration, September 09, 2012, Mysore Paint and Varnish Ltd., New Bannimantap Extension, Mysore, Karnataka, India




Sekarang rakyat mahu statement rasmi secepat mungkin dari SPR berhubung kandungan Silver Nitrate dalam daawat PRU13 dan bukan masaalah goncang atau tidak goncang botol daawat.
Dalam radio ikim ketua SPR ada menyebut hanya tiga orang yang tahu tentang warna daawat dan sudah tentu kandungan daawat  dan yang tiga ini mungkin Rosmah , Najib dan Ketua SPR. Di mana transparency nya pada hal rakyat adalah SPR customers,
Masaalah sekarang dalam keadaan Malaysia di bawah kuasa caretaker government, siapa kah yang berkuasa untuk mengarah SPR mendedahkan kandungan peratus silver nitrate dalam daawat kekal yang akan di guna dalam PRU 12. Kita tak mahu PRU 13 tercemar kerana kedegilan SPR untuk menjelaskan hal daawat kekal yang mencurigakan ini.

Sumber,,,
http://browse.feedreader.com/c/New_Philippine_Revolution/172527497

""Tests[1] conducted by a laboratory owned by the Indian company that invented the indelible ink for voters in elections in 1937 has shown that the type of ink that the Commission on Elections (Comelec) plans to use for the 2013 elections would now be useless against flying voters because a new chemical could erase the ink stain on voters’ index finger within hours.

Like in previous elections[2] and in the special registration of voters in the Autonomous Region of Muslim Mindanao[3], the Comelec is purchasing more than  700,000 15 ml bottles of indelible ink for use to mark index fingers of each voter casting their ballot in the 2013 national and local elections. The stain of the indelible ink is planned to last for three days in voters’ index fingernail to prevent them from assuming the identity of other voters and voting again.

Mysore Paints and Varnish Limited, a company owned by the state government of Karnataka in India that made in 1937[4] the first batch of indelible ink used in any democratic election worldwide, reported in a September 2012 laboratory test that it tested six chemicals to test the efficacy of ink with 7 percent silver nitrate – the type of ink that the Comelec plans to use in the 2013 elections – and another batch of ink with 12 percent silver nitrate content.

The Indian indelible ink maker reported that when it tested the six chemicals, the stain on fingers “completely disappeared, (but the) stain appeared after a few hours” when 10-percent solution oxalic acid was used.

According to Wikipedia, “oxalic acid is … a colorless crystalline solid that dissolves in water to give colorless solutions. It is classified as a dicarboxylic acid. In terms of acid strength, it is much stronger than acetic acid.”[5]

Tests[1] conducted by a laboratory owned by the Indian company that invented the indelible ink for voters in elections in 1937 has shown that the type of ink that the Commission on Elections (Comelec) plans to use for the 2013 elections would now be useless against flying voters because a new chemical could erase the ink stain on voters’ index finger within hours.

Like in previous elections[2] and in the special registration of voters in the Autonomous Region of Muslim Mindanao[3], the Comelec is purchasing more than  700,000 15 ml bottles of indelible ink for use to mark index fingers of each voter casting their ballot in the 2013 national and local elections. The stain of the indelible ink is planned to last for three days in voters’ index fingernail to prevent them from assuming the identity of other voters and voting again.

Mysore Paints and Varnish Limited, a company owned by the state government of Karnataka in India that made in 1937[4] the first batch of indelible ink used in any democratic election worldwide, reported in a September 2012 laboratory test that it tested six chemicals to test the efficacy of ink with 7 percent silver nitrate – the type of ink that the Comelec plans to use in the 2013 elections – and another batch of ink with 12 percent silver nitrate content.

The Indian indelible ink maker reported that when it tested the six chemicals, the stain on fingers “completely disappeared, (but the) stain appeared after a few hours” when 10-percent solution oxalic acid was used.

According to Wikipedia, “oxalic acid is … a colorless crystalline solid that dissolves in water to give colorless solutions. It is classified as a dicarboxylic acid. In terms of acid strength, it is much stronger than acetic acid.”[5]

The Mysore laboratory’s tests on the five other chemicals – ethyl alcohol, benzene alcohol, 10-percent soap acid solution, 95% bleaching agent and kerosene – did not remove the stain of the indelible ink with a 7-percent silver nitrate.[6]

Oxalic acid, however, was ineffective when tried on fingers stained with indelible ink with 12 percent silver nitrate content, according to Mysore.

"As a result of test, 12% concentration ink is preferred to (a version with) 7% (silver nitrate content),” the Indian indelible ink maker stated in its report.

It was unclear, however, if Mysore would recommend to the Philippine government to shift from the use of ink with 7-percent silver nitrate to another version with 12-percent silver nitrate content..................
"


 Adakah Oxlic Acid dapat menghilang kan dakwat kekal PRU13
Posted on Wednesday, May 01 @ 20:26:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ahmadhadeed

"

Oxalic acid telah lama diguna oleh tukang kayu untuk menghilangkan lapisan hitam yang paling degil di permukaan kayu. Untuk perabot kayu yang telah terdedah pada matahari dan hujan guna lah apa saja namun ia nya tidak dapat membuang tanda hitam di permukaan.

Ia seolah sebati dengan kayu dan mungkin juga jari yang sudah mengundi dalam PRU13. Lihat video ini untuk melihat bagaimana oxalic acid dapat menghilangkan tanda hitam yang paling degil dan mungkin juga daawat kekal yang akan di guna dalam PRU13. Tompok hitam dalam video ini mungkin tidak sedegil SPR untuk berterus terang.

Paparan lebih besar

"

Tiada ulasan: