Posted on Thursday, May 02 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Omak Kau!!!
Rupa-rupanya rakyat Melaka datang ke ceramah anjuran UMNO/BN sekadar nak makan free jer... lepas makan akan terus cabut lari tinggalkan majlis.
Insiden ini berlaku menimpa juga keatas Ali Rustam apabila beliau dikatakan terlambat datang ke-satu tempat ceramah yang beliau di jadualkan memberikan ucapan di Taman Ozana Impian, Melaka malam tadi.
Ikut aturcara program beliau sepatutnya hadir jam 9.00 mlm namun setelah menunggu hampir 1 jam para hadirin yang kelaparan terus menjamu selera yang disediakan di bahagian belakang khemah.
Selesai saja makan, mereka terus angkat kaki balik kerumah.
Apabila Ali Rustam tiba lebih kurang 20 minit kemudiannya, khemah sudah hampir kosong... Beliau hanya berikan ucapan tak sampai pun 5 minit kerana sudah hilang semangat.
Sudah pasti dirinya terasa bahawa sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka selama ini kepada dirinya dan kerajaan UMNO/BN adalah palsu belaka.
Masih nak mendabik dada kata Melaka adalah kubu terkuat UMNO?
Sumber: omakkau.blogspot.com
Amanat DS Anwar Ibrahim Menjelang PRU13
Posted on Wednesday, May 01 @ 23:52:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tunasharapan1
"
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu
Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir dalam klip video di bawah (link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0).
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta)
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib
Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP)
Khairy Jamaludin -
Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan
bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti
Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia
Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Zahid
Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya
terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak
memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan
sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan
siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua
Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang
juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali
Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai
'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin
telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan
kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua
akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan
dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah
'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung
'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
Abdul
Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana
beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini
dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah
'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan
kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah
difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima
komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan
pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut
Malaysia.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Siapakah PALING BERMOTIF untuk
membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling
penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau
mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato
Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel
Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh
dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah
tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan
wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi
pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain
di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.
Dato
Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah
mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan
Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya
adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika
berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan
Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin
sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya.
Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam
sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang
berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah
buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg
mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi
keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib
dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya
lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak
dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya.
Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah
'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan
hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR
disebalik semua itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.
C4
adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri
Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti
Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti
sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam
'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival
parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar
parti yang lainnya.
Apakah
anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan
tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah
orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa
sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua
tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan
sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya,
semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan
kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa
menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan
kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang
zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah
mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali
berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa
'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan
Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh
'orang yang zalim' ini.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan
dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada
akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di
pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka
baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan
penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka
bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai
rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari
ciptaan-Nya.
Apa
boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan,
yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita
semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang
zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi
survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan
bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran
dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling
berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.
Important link to the case:
Important link to the case:
Harus
diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali
mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap
suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai'
dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi
hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan
(amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman
Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka
berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah
pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil
mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan
mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang zalim.
Hadis
Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti,
setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya.
Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu
(mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia
bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan
dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat
Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.
Sudah
jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan
berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi
pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di
kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya:
"Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini
turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".
Jawapan
saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita
serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang
berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik
penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw
diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak
sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja
bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak
orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat
ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak
terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan
sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak
pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum
seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Seharusnya
itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam
menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan
mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini
kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya
rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak
seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya sama ada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun
banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan
watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama
dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4
ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar
untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam
perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita
dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.
Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah
kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di
luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada
keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di
kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika
bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang
bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit
dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang
akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan
telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan
mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat.
Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah
'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang
RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan
di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'.
angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang
mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang
itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian
undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan
mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu
menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka
lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
Oleh : DS Anwar Ibrahim
Aduan pegawai digantung kerana stiker R
Posted on Wednesday, May 01 @ 23:43:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Mohamad Faizal
Di saat kerajaan pimpinan Barisan Nasional melaungkan selogan “Pekerja Pemangkin Transformasi Negara” sempena hari pekerja tahun 2013, pencabulan hak-hak asasi terhadap golongan pekerja terus berlaku.
Lebih malang lagi pencabulan hak tersebut telah dilakukan oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan GLC), REadycare (M) Sdn Bhd, yang menyediakan khidmat kesihatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Posted on Wednesday, May 01 @ 23:43:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Mohamad Faizal
Di saat kerajaan pimpinan Barisan Nasional melaungkan selogan “Pekerja Pemangkin Transformasi Negara” sempena hari pekerja tahun 2013, pencabulan hak-hak asasi terhadap golongan pekerja terus berlaku.
Lebih malang lagi pencabulan hak tersebut telah dilakukan oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan GLC), REadycare (M) Sdn Bhd, yang menyediakan khidmat kesihatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pemantau
Rakyat telah didatangi oleh seorang pegawai atasan GLC terbabit dan
mengadu beliau telah dikenakan tindakan gantung dan dikhianati oleh
majikannya hanya kerana meletakkan stiker R di kereta beliau.
Jika
tindakan kejam tersebut boleh dilakukan kepada seorang pegawai atasan,
kami amat bimbang tentu sekali hal yang sama mudah untuk dikenakan
kepada kakitangan bawahan.
Dalam
suasana kerajaan mendakwa golongan pekerja diberi penghargaan dan
keadilan, tindakan GLC tersebut amat bertentangan dengan apa yang
dilaungkan oleh pihak kerajaan.
Apatah
lagi dalam suasana Negara berhadapan dengan pilihan raya umum PRU 13,
tindakan GLC tersebut nyata mencabul hak pekerja yang merupakan seorang
warga Negara untuk bersuara dan menyatakan pendapat serta berpersatuan.
Dalam
tempoh yang berbaki sebelum PRU 13, Pemantau Rakyat menggesa setiap
pihak menghormati hak asasi rakyat untuk bersuara, menyatakan pandangan
dan juga hak untuk berpersatuan.
Sempena
hari pekerja pada hari ini, , kami menggesa setiap tindakan yang hendak
diambil terhadap kakitangan bawahan hendaklah mengambilkira merit tanpa
dipengaruhi oleh nilai-nilai luar seperti fahaman politik.
Setiap
pekerja mesti dihormati sebagai seorang warga Negara yang mempunyai
hak-hak yang telah dijamin kukuh oleh undang-undang dan perlembagaan
Negara.
Sekian untuk hebahan.
(Mohammad Faizal Che Yusof)
(Ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan)
PEMANTAU PILIHANRAYA KELANTAN
Banner Terbaik
Posted on Wednesday, May 01 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Nazri Deraman
Pas for All
Fitnah tu biar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan... buat derkk jer.
Kita kena cerdik. Tolak maki hamun
Sampai mati kita akan sokong PR
Sumber: idahsalam.blogspot.com
Posted on Wednesday, May 01 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Nazri Deraman
Pas for All
Fitnah tu biar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan... buat derkk jer.
Kita kena cerdik. Tolak maki hamun
Sampai mati kita akan sokong PR
Sumber: idahsalam.blogspot.com
Hanya Pakatan Rakyat penyuluh masa depan
Posted on Wednesday, May 01 @ 22:56:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh PENA RAKYAT Posted on Wednesday, May 01 @ 22:56:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Yang di atas akan berada pula di bawah. Begitu lumrah kehidupan manusia, tambahan pula jika semasa berada di atas membuar onar, pasti lebih cepat jatuh ke bawah. Roda kehidupan berputar dan tiada siapa yang boleh sombong dan bongkak di muka bumi ini.
Setelah 55 tahun Malaysia merdeka, hari ini gelombang kesedaran menuntut perubahan politik muncul dengan gagahnya dan kehadirannya jelas dan berbekas.
Suasana resah gelisah rakyat untuk mendapat satu perubahan politik baru yang lebih bermakna begitu terkesan di segenap pelusok bandar, pekan dan desa melalui pelbagai kegiatan kepartian dan berita di media alternatif. Rakyat jelak dengan politik menindas dan salah guna kuasa serta rasuah yang berleluasa oleh parti yang memerintah.
Keghairahan rakyat
Ada tanggapan bahawa sambutan hebat ceramah politik Pakatan Rakyat belum dapat menjanjikan perubahan. Namun kali ini fenomena keghairahan rakyat untuk melakukan perubahan politik akan menafikan tanggapan itu. Jentera politik Pakatan lebih bersedia, tersusun dan mendapat dokongan rakyat tanpa meminta bayaran atau habuan. Rakyat bersedia berkorban tenaga dan wang ringgit demi Pakatan.
Sungguhpun gelombang perubahan politik di desa itu kurang menyengat, riak-riak yang menuntutnya semakin nyata dan rakyat di kampung akan bertambah bijak berpolitik jika mereka terus didekati dengan media baru dan pendekatan baru seperti menggunakan treler atau bas untuk berceramah di kawasan-kawasan terpencil dan yang berpotensi berubah.
Golongan muda yang terdedah kepada maklumat menyebabkan mesej tuntutan perubahan politik sampai kepada mereka. Golongan muda, yang membentuk 40% pengundi baru menjanjikan gelombang perubahan politik yang mungkin akan "mentsunamikan" politik Malaysia tidak berapa lama lagi.
Bermula PRU12, tahun 2008, gelombang perubahan politik itu terus berpusar dan berputar untuk meruntuhkan segala penghalang. Rakyat mula yakin dan menaruh harapan kepada para pemimpin Pakatan.
Untuk membentuk satu kerjasama yang padu dan bertolak ansur bagi memberi satu sistem pemerintahan yang lebih baik, yang sangat-sangat diperlukan rakyat yang selama ini diperbodohkan oleh regim pemerintah. Dasar-dasar Pakatan yang prorakyat yang berlandaskan ‘Buku Jingga’ dan konsep negara berkebajikan memikat hati dan fikiran rakyat.
Budaya hegemoni
Gelombang perubahan politik baru Malaysia yang melanda negara tidak dapat dihalang lagi. Sebenarnya, desakan menuntut perubahan itu mula menjelma sebelum 2008, cuma pada tahun itu tuntutan kepada perubahan melalui kotak undi bertunas dan berkembang. Tiada siapa menyangka empat negeri jatuh kepada Pakatan iaitu, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Pilihan raya merupakan sistem yang menjadi medium penting untuk membolehkan perubahan politik.
Rakyat hari ini dididik untuk memahami hanya melalui pilihan raya sahaja mereka dapat mengubah sistem politik korup. Pada masa sama pihak pemerintah (ruling class) juga melihat dan menggunakan sistem pilihan raya ini sebagai medium untuk mengekalkan kuasa. Di sini, rakyat dan pemerintah melihat sistem pilihan raya sangat penting. Seorang ahli falsafah dan politikus Itali, Antonio Gramsci, mengemukakan konsep ‘hegemoni budaya’ di mana kelas pemerintah menggunakan pilihan raya sebagai satu medium atau alat mendapat mandat memerintah secara sah daripada rakyat, yang merupakan golongan terpinggir.
Konsep budaya hegemoni ini dapat menjelaskan bagaimana golongan berkuasa melalui sistem demokrasi, telah memanipulasi budaya masyarakat yang terdiri daripada rakyat terpinggir dengan kepercayaan, persepsi, nilai dan norma tertentu supaya dasar kelas memerintah menjadi satu ideologi yang dikenakan ke atas rakyat terpinggir sebagai satu ideologi yang dominan dan sah.
Justeru, selama 55 tahun kelas pemerintah yang dikuasai regim Umno-BN tidak dicabar ideologinya kerana masyarakat atau rakyat menerimanya sebagai suatu yang sah melalui pilihan raya yang mereka sertai. Maka selama 55 tahun Umno-BN bermaharaja lela melakukan apa sahaja sehingga menyalahgunakan kuasa dan tidak ada yang menyoalnya secara jelas dan berani.
Hanya dengan maklumat yang mudah diakses rakyat terpinggir maka hegemoni pihak pemerintah ini dapat difahami dan dinilai semula. Gelombang kebangkitan rakyat berjaya mengetuk dan merobekkan pintu budaya hegemoni yang digunakan regim Umno-BN. Kekuatan regim mula gogah dan cemas sehingga terpaksa melewatkan tarikh PRU13.
Menipu pilihan raya
UMNO-BN berjaya menggunakan sistem piliha nraya untuk berkuasa dan meminggirkan rakyat dan akan cuba untuk mengekalkan kuasa politik tersebut. Kuasa politik juga bermakna kuasa ekonomi dan regim Umno-BN melakukan penyalahgunaan kuasa yang semakin menjolok mata dan fikiran.
Pelbagai cara digunakan untuk memastikan sistem pilihan raya akan memihak kepadanya walaupun menggadai maruah dan keselamatan negara seperti ‘Projek IC Sabah’ yang terbongkar dan sedang disiasat. Ribuan warga asing di Sabah diberi kad pengeanalan atau mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia dan mereka dipaksa mengundi kelas pemerintah iaitu Umno-BN.
Modus operadi sama telah dan akan digunakan di negeri-negeri lain bagi memenangkan Umno-BN sebagai kelas pemerintah yang sah. Rakyat terpinggir yang sedar tentang penipuan ini bangkit menentang. Misalnya, Bersih dengan gabungan 84 NGO mendesak regim Umno-BN untuk bertarung dalam pilihan raya yang bersih daripada sebarang penipuan. Rakyat tidak mahu lagi tertipu. Mereka mahu satu perubahan sistem pilihan raya yang mempunyai semangat demokrasi yang sihat.
Hanya melalui pilihan raya yang bersih rakyat terpinggir dapat membuat pilihan yang betul dan menafikan hegemoni budaya yang memihak kepada Umno-BN, yang mengamalkan pelbagai peringkat rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sudah sebati dengan cara pemerintahannya. Agensi kerajaan seperti Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) diminta menguruskan pilihan raya yang bersih dan bukan menjadi alat regim Umno-BN untuk kekal berkuasa dengan cara menipu pilihan raya.
Sentimen kaum dan agama
Rayat menolak politik perkauman sempit dan politik agama yang dangkal. Demi mendapat sokongan orang Melayu, Umno akan melakukan apa sahaja walaupun menjejaskan perpaduan kaum. Strategi pilihan raya regim Umno yang kuat bermain dengan sentimen ini mula disedari rakyat. Umno bukan pejuang agama Islam yang ikhlas.
Hukum hudud bukan sahaja tidak mahu dilaksanakan bahkan dipersendakannya. Rasuah yang ditentang keras Islam menjadi amalan hidup pemimpin Umno. Selain itu, Umno juga mengaku sebuah parti Melayu memperjuangkan nasib orang Melayu. Tidak dinafikan Umno ada membela nasib orang Melayu tetapi lebih banyak merosakkan orang Melayu. Umno menjadikan orang Melayu sentiasa mengarapkan bantuan kerajaan untuk hidup.
Mereka memperbodohkan orang Melayu dengan propaganda hanya Umno sahaja dapat menyelamatkan orang Melayu daripada asakan bangsa-bangsa lain. Mereka mempermainkan sentimen orang Melayu dengan menanam rasa curiga kepada bangsa-bangsa lain. Bagaimanapun, merujuk kepada cara hidup dan tindakan pemimpin Umno, rakyat menolak Umno sebagai pembela Melayu.
Mereka menempelak kerakusan Umno yang memangsakan orang Melayu. Misalnya, ribuan hektar Tanah Simpanan Melayu yang dimajukan atau dijual kepada bukan Melayu tanpa digantikan dengan tanah lain, mengikut Laporan Tahunan 2012, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu, 80% kumpulan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah Melayu, banyak saham Melayu telah terjual dan 50% tanah di sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar yang berjumlah 2,217 km persegi di selatan Johor dijual kepada warga asing.
Kampung Melayu di tengah Kuala Lumpur akan dibangunkan dan sebahagiannya akan diberikan kepada bukan Melayu memilikinya. Di Pulau Pinang, terbongkar dengan bukti-bukti kukuh bagaimana pemimpin Umno Pulau Pinang menjadi broker menjual tanah orang Melayu di Balik Pulau.
Lebih menyakitkan hati orang Melayu apabila mereka bijak bersandiwara dengan mengatakan tanah orang Melayu di Pulau Pinang semakin mengecil kerana orang Melayu dipujuk orang Cina untuk menjualkannya. Hal pemimpin Umno menjadi broker menjual tanah orang Melayu sudah menjadi rahsia terbuka. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Jadi bagaimanakah UMNO membela orang Melayu? Apakah dengan menjadi broker menjual tanah orang Melayu, UMNO memperjuangkan masa depan orang Melayu? Pasti tidak. Apa yang nyata, orang Melayu terus dipinggirkan oleh politik regim UMNO-BN yang rakus dan tamak haloba tanpa had itu.
Dengan kata lain, UMNO bukan memperjuangan nasib orang Melayu. Rakyat terpinggir yakin Pakatan Rakyat lebih ikhlas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu. PAS dan PKR menjadi harapan besar kepada orang Melayu sekarang. Rakyat mahu Pakatan Rakyat membuat perubahan yang jujur dan mereka yakin Pakatan Rakyat mampu membawa politik baru yang tidak lagi berasaskan sentimen agama dan perkauman.
Rakyat terpinggir menaruh harapan yang tinggi agar Pakatan akan membawa perubahan yang mereka inginkan. Mereka tidak mahu lagi sikap regim Umno-BN yang menggunakan sentimen perkauman dan agama yang sempit untuk memecahbelahkan rakyat. Rakyat terpinggir sedar bukan mudah untuk membina perpaduan antara kaum dan agama dan regim Umno-BN tidak boleh menggunakan isu sensitif ini sebagai bahan kempen mereka. Rakyat terpinggir melihat bahawa regim UMNO-BN telah ketandusan dasar-dasar pemerintahan yang baik dan maju.
Jadi rakyat terpinggir mendapati regim UMNO-BN tidak lagi mampu memerintah dengan baik. Mereka hanya bermain dengan sentimen yang bahaya itu hanya untuk mengekalkan kuasa politik mereka tanpa memikir kesan jangka panjang. Rakyat mahu satu cara berkempen yang lebih bertanggungjawab. Budaya samseng menggangu kempen Pakatan Rakyat, budaya menakut-nakutkan pengundi seperti menakut-nakutkan peneroka FELDA kepada Pakatan Rakyat tidak lagi dapat diterima oleh rakyat terpinggir.
Mereka mahu pemimpin politik yang berani dan berkualiti dapat membahaskan dasar-dasar mereka secara inteletual di dalam perdebatan-perdebatan terbuka. Rakyat terpinggir melihat pemimpin Pakatan Rakyat lebih jujur dalam hal ini dan mereka patut diberi peluang untuk menerajui Malaysia selepas PRU 13. Rakyat melihat regim UMNO-BN telah bankrap idea dan tidak ada lagi pemimpin mereka yang jujur dan yang boleh dipercayai.
‘Good Governance’
Pakatan menampilkan diri sebagai satu pakatan politik yang ingin membawa satu cara pemerintahan berasaskan ‘good governance’. Pakatan menjadi wadah baru memperjuangkan hak rakyat yang terpinggir oleh regim Umno-BN yang telah menipu mereka selama 55 tahun. Harapan rakyat yang terpinggir ini semakin hari semakin besar.
Rakyat yang terpinggir dan ditipu dengan pelbagai penipuan mengharap Pakatan dapat membela mereka dengan membawa satu sistem politik yang baru. Rakyat mengharap Pakatan dapat melakukan satu perubahan yang berani dan jujur. Rakyat tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sekarang rakyat dapat melihat bukti-bukti konkrit bagaimana negeri-negeri Pakatan seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ditafbir dan diurus dengan baik.
Banyak perubahan dalam hampir 5 tahun memerintah. Pendapatan meningkat. Pelaburan bertambah banyak. Rasuah dihapuskan, ketirisan pengurusan kewangan diatasi, penjimatan diutamakan, tender terbuka diamalkan dan pengagihan harta awam dibuat dengan baik. Di Pulau Pinang peruntukan kewangan kepada masyarakat Islam ditingkatkan hampir 300% oleh kerajaan Pakatan berbanding 55 tahun regim UMNO-BN memerintah. Pelbagai bantuan kewangan diberikan kepada umat Islam di Pulau Pinang seperti kepada sekolah agama rakyat.
Maka tuduhan UMNO bahawa DAP sebuah parti anti Islam nyata satu tohmahan yang bebal. Dasar-dasar yang prorakyat ini menjadi satu sumber yang memberi keyakinan kepada rakyat terpinggir bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan lebih baik.
Rakyat terpinggir dapat melihat dan mendapat maklumat bagaimana regim UMNO-BN yang dicabar hebat oleh Pakatan Rakyat masih terus mengamalkan dasar-dasar lama yang dibenci oleh rakyat.
Mereka tidak pedulikan tentang kebijaksanaan rakyat sebaliknya mempersendakannya. Misalnya, gejala rasuah terus meningkat, ketirisan terus diamalkan, pengaliran wang haram telah meningkat dan semua gejala ini tidak mahu disiasat oleh regim UMNO-BN walaupun pelbagai laporan polis dan bukti dikemukakan.Keadaan ini seolah-olah memperlihatkan bahawa regim UMNO-BN tidak dapat lagi mengawal keadaan yang berpenyakit ini.
Tanpa usaha-usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi penyakit itu, regim UMNO-BN telah memberi wangsegera dalam bentuk pelbagai skim seperti BR1M kepada rakyat terpinggir. Regim UMNO-BN melihat dengan memberi wang tunai segera yang beberapa ratus ringgit sahaja kepada rakyat terpinggir, mereka yakin maruah rakyat terpinggir dapat dibeli dan mereka akan diberi mandat sekali lagi untuk memerintah. Sehingga tergamak pemimpin tertinggi UMNO menyatakan bawa dengan RM500 itu, rakyat boleh makan setahun.
Bagaimanakah pemimpin UMNO ini mengira perbelanjaan rakyat? Sedarkan pemimpin UMNO, bahawa kos hidup telah meningkat beberapa kali ganda? Pemimpin regim UMNO-BN terus mahu memperbodohkan rakyat. Namun rakyat terpinggir sekarang tidak sama dengan rakyat terpinggir dahulu. Mereka lebih bijaksama dan bermaklumat. Mereka tidak lagi mahu mengadai maruah dan dirasuah dengan bantuan yang tidak banyak mana itu. Rakyat tahu bahawa pemimpim regim UMNO-BN mengambil hak mereka lebih banyak daripada itu.
Jika mereka diberi RM500, ada pemimpin regim UMNO-BN mengambil 500 juta dan mungkin lebih daripada itu. Anak pinak dan kroni mereka menjadi kaya raya sekelip mata. Jadi mereka tidak mahu menjadi seperti haiwan yang diberi makan dan kemudian di sembelih. Rakyat bukan haiwan tetapi mentaliti pemimpin regim UMNO-BN itu seperti haiwan. Rakyat bukan mahu berterima kasih tetapi bertambah marah kerana maruah mereka mahu cuba dibeli dengan harya yang begitu murah.Tegasnya, regim UMNO-BN mahu rakyat terpinggir membawa mereka turun dari tampok kuasa itu.
Media baru mendedah pembohongan media pemerintah
Dengan adanya teknologi digital, media informasi dan komunikasi menjadi bertambahkompleks dan luas. Media sosial menjadi penghubung yang ‘trendy’ untuk menyebarkan maklumat. Pelbagai kepincangan regim pemerintah mudah dihidu melalui media digital ini. Kes lembu NFC dan tanah angkatan tentera meletup dan menjadikan rakyat begitu marah dengan penyelewangan wang rakyat.
Media digital memungkin rakyat yang haus maklumat sebenar atau maklumat tambahan merasa lega dan perkembangan ini menyebabkan mereka lebih bijak dan berani membuat keputusan sendiri. Mereka tidak lagi merasa terhutang budi kepada pemimpin politik sehingga terpaksa menjualkan maruah mereka. Media alternatif memberi saingan kepada media cetak dan eletronik pihak pemerintah. Media digital menjadi medium berkesan membawa perubahan politik Malaysia seperti juga di mana-mana tempat yang memerlukan.
Rakyat terpinggir mendapati berita media alternatif lebih terbuka perbincangannya berbanding media regim Umno-BN. Media cetak dan media eletronik milik regim Umno-BN lebih banyak menabur fitnah daripada memperkatakan hal sebenar. Tidak ada pemberitaan seimbang. Rakyat mahu media regim berlaku adil dan mempunyai etika kewartawanan yang betul, bukan hanya menabur fitnah.
Rakyat terpinggir sangat marah kepada media-media ini dan darjah kemarahan semakin meningkat apabila media-media ini disaman dan kalah pula di mahkamah. Kekalahan akhbar Utusan misalnya membuktikan bahawa regim Umno-BN hanya pandai menabur fitnah tetapi gagal memberi sesuatu yang benar.
Regim Umno-BN kaya dengan wang haram dan juga berita palsu. Rakyat bawahan tidak lagi dapat menerima regim seperti ini untuk memerintah lagi. Cukuplah cukup. Rakyat tidak mahu anak cucu mereka akan terus sengsara. Rakyat terpinggir lebih mempercayai Pakatan untuk memerintah selepas PRU13. Rakyat mengharapkan Pakatan tidak mengulangi pembohongan regim Umno. Rakyat tidak mahu Pakatan mengunakan undang-undang untuk membohongi mereka seperti dilakukan regim Umno-BN melalui media-media mereka.
Wanita dan orang muda penting
Wanita dan golongan muda merupakan golongan terbesar yang mengharapkan perubahan politik. Wanita mahu Pakatan melihat kembali dasar-dasar ekonomi negara agar perbelanjaan yang boros, keuntungan berganda untuk kroni dan pengawalan harga barang-barang keperluan hidup yang semakin meningkat perlu dikaji semula. Sistem pengurusan kewangan di negeri-negeri Pakatan cemerlang, maka wanita yakin Pakatan mampu membawa perubahan jika terpilih memerintah negara.
Meningkatkan tangga gaji belum membawa makna jika harya barang keperluan harian terus meningkat. Kebajikan mereka juga perlu ditingkatkan melalui pelbagai dasar wanita yang lebih progresif dan saksama. Harapan wanita kepada Pakatan sangat tinggi untuk memartabatkan kehidupan keluarga dan diri. Golongan muda juga melihat Pakatan menjanjikan satu ruang perkembangan minda yang lebih bebas dan konstruktif.
Mahasiswa dan belia mahu dilayan seperti orang dewasa dan bukan diasuh dengan program propaganda murahan BiroTatanegera. Mahasiswa di universiti mahukan satu sistem demokrasi yang memberi ruang bercakap khususnya tentang dasar yang berkaitan pembinaan negara bangsa. Mereka mahu pendidikan percuma agar mereka tidak menjadi peminjam ribuan ringgit sebaik keluar universiti.
Wanita dan golongan muda tonggak yang akan menjayakan misi Pakatan untuk memerintah dan Pakatan Rakyat kerana perubahan politik yang ingin dibawa memperlihatkan dasar-dasar yang positif dan menjanjikan masa depan yang menyakinkan.
‘Ini kalilah’
Pakatan tetap menjadi pilihan rakyat terpinggir. Regim Umno-BN gagal memerintah rakyat. Mereka memerintah untuk meperkayakan diri, keluarga dan kroni. Rakyat mengharap masa depan dan anak cucu mereka lebih baik dan terjamin melalui undang-undang yang adil. Rakyat telah lama ditipu dan dipergunakan oleh regim UMNO-BN untuk memperkayakan sanak saudara dan kroni mereka.
Mereka mahu pemimpin Pakatan bersih dari segala kekotoran dan niat busuk untuk menggunakan rakyat dan menafikan hak-hak mereka. Rakyat yakin bahawa dasar-dasar Pakatan Rakyat dapat mengimbangi antara keperluan ekonomi, agama dan sosial yang berteraskan kebajikan untuk rakyat. Rakyat mengharapkan sebuah kerajaan yang mendokong teras kebajikan untuk rakyat sebagai agenda utama.
Rakyat terpinggir mahukan pemimpin Pakatan Rakyat berkerja untuk mereka, para pemimpin Pakatan Rakyat bukan lagi bergelar Yang Berhormat tetapi Yang Berkhidmat, berkhidmat untuk rakyat. Rakyat mahu pemimpin Pakatan Rakyat mengurus ekonomi negara untuk rakyat dengan pengurusan yang berlandaskan prinsip agama dan berhemah dalam membelanjakan hasil bumi yang kaya itu.
Rakyat mahu pemimpin Pakatan berkerjasama dan saling hormat menghormati berlandaskan Perlembagaan supaya tidak ada lagi permainan sentimen agama dan bangsa dalam menerajui negara.
Rakyat mahukan pemimpin Pakatan mempunyai tempoh tertentu untuk memimpin sebelum rakyat menjadi benci kepadanya kerana jika terlalu lama berkuasa, terdapat kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa. Rakyat terpinggir mahukan sistem pemerintahan dua parti supaya ada ‘check and balance’ dalam membuat dan melaksanakan dasar-dasar untuk rakyat.
Biar kali ini Pakatan yang memerintah dan regim UMNO-BN menjadi pembangkang. Gelombang kesedaran politik yang tinggi pada hari ini menunjukan bahawa Pakatan Rakyat pilihan terbaik untuk menguasai tampuk pemerintahan di Putrajaya dan seterusnya mengemudi Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan mempunyai rakyat yang bersatu, sama taraf ekonominya dan terpelihara kebajikannya.
Hanya Pakatan Rakyat menjadi penyuluh masa depan negara setelah regim Umno-BN gagal selama 55 tahun sebagai pemerintah prihatin dan menjaga rakyat terpinggir. Kata orang Sabah, ‘ini kalilah’. Maka harapan dan realiti itu akan menjadi nyata. Rakyat akan merehatkan regim Umno-BN pada PRU13, supaya regim ini dapat muhasabahkan diri dan menilai pengkhianatan yang dilakukan kepada rakyat dan bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. .
-----
Artikel ini ditulis oleh seorang profesor dari utara tanahair, asalnya untuk terbitan dalam bentuk buku kecil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan