Jumaat, 17 Mei 2013

RASUAH NI...MEMBERI DAN PENERIMA DUA2 MASUK NERAKA...NI HUKUM ALLAH...NI BUKAN PANDAI2 KATA ORANG MASUK NERAKA

Saya Suka Cara Khairy, Pasti Ada Yang Sakit Terkena Duri!
Posted on Friday, May 17 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan ada menyebut "Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog"

"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.


"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional, (BN)" katanya.

Ini adalah kefahaman "kerukunan nasional" Khairy apa yang difahami daripada apa yang disebut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kefahaman ini sangat berbeza dengan beberapa kepimpinan UMNO sebelum ini. Ahmad Said Menteri Besar Terengganu menghayati KERUKUNAN NASIONAL dengan tidak akan memberi bantuan kepada mana-mana kawasan yang dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT.

Manakala Pengerusi BN Melaka, Ali Rustam pula menyifatkan mereka yang tak undinya adalah biadap dan tak kenang budi. Setelah sekian lama ditolong tapi tak kenang budi. Saya akan menggingati apa yang dibuat kepada saya, katanya.

UMNO sekarang sudah terbahagi kepada dua puak, satu nak balas dendam. Ini terdiri daripada golongan veteran termasuk Tun Mahathir sendiri, manakala satu kumpulan yang lunak yang lebih nak menghulurkan "salam persabahatan" kepada Pakatan Rakyat dalam membangunkan negara.

Khairy Jamaluddin yang selama ini diinjak-injak oleh sebahagian besar puak dalam UMNO kini sudah mula menunjukkan sikapnya. Sikap ini sudah pasti akan menyebabkan sebahagian besar puak dalam umno terasa sakit.

Khairy yang dianggap duri dalam UMNO sudah pasti duri yang cubang dibuang ini tidak berjaya malah sudah menusuk kepada jantung UMNO. Sudah pasti ada yang terasa SAKIT akibat tusukan ini.

Kita akan tonton siapa yang MENJERIT selepas kenyataan ini!!




Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  Selamat Penganti Baru, Semoga Perkahwinan ini Berakhirnya Cerita Pasal Liwat
Posted on Friday, May 17 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Mengikut berita yang tersebar, Saiful Bukhari akan melangsungkan perkahwinannya pada 25 Mei ini dengan seorang wartawan TV3, Nik Suryani Megat Deraman. Mereka berkenalan selepas perbicaraan kes Liwat II di sebuah restoran mengikut laporan media.

Nik Suryani bertugas di meja jenayah dan politik 8TV dan pernah disergah semasa bertanya jam Omega. Dia ni orang Padang Midin, Kuala Terengganu dan mereka telah bertunang pada 20 Oktober 2012.

Tak ada apa saya nak komen, sekadar nak ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini. Semoga selepas ini reda isu-isu politik.

Allah jua tempat memohon pertolongan dan tempat mencari kebenaran. Perkahwinan kadang kala boleh mengubah hidup dan perwatakan seseorang. Perkawinan adalah satu daripada perjalanan hidup. Sebaik-baik perjalanan hendaklah dimulakan dengan perkara baru dan melupakan perkara yang lama.








Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  Bangla tukar slogan inikalilah kepada innalillah!
Posted on Friday, May 17 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,.. Membaca ulasan dan auta Dr. Mashitah Ibrahim, terasa nak tergelak dengan sikap menyembunyikan faktanya.Antara lain Dr Mashitah menulis sebagai kesimpulan kepada keputusan PRU 13, Cita-cita Pakatan Rakyat ialah untuk memenangi PRU13 dan memerintah Malaysia dengan slogan “Inikalilah”, tapi rakyat sudah tolak hasrat mereka dengan “Innalillah”.

Betul ker rakyat menolak dengan slogan innalillah? Dalam bahasa Teganu,bahasa kedua terbaik di dunia mengikut UAI, Dr.Mashitah hanya "ngajing" kepada rakyat yang mahu berubah yang membentuk 52% dari keseluruhan rakyat Malaysia.Berani Dr. Mashitah menganjing rakyat yang sudah lebih ramai dari penyokongnya?

Dr. Mashitah sejenis Zahid Hamidi kaki bodek yang terawan awan kerana menyangkakan rakyat sudah diperbodohkan.Dr. Mashitah berbohong apabila mendakwa kempen muhibbah antara rakyat berjaya kerana tiada masalah dengan hubungan antara rakyat, yang ada masalah ialah antara 52% rakyat Malaysia dengan UMNO! Inilah yang dilupai Dr.Mashitah kerana masih seronok dengan kejayaan UMNO menipu rakyat.
Dr. Mashitah terus menganjing rakyat apabila menulis bahawa ruang untuk  mencabar keputusan pilihanraya terbuka luas di mahkamah tetapi katanya,  Walaupun amaran pihak polis dan nasihat alim ulama telah diberi, mereka  tetap berdegil untuk meneruskan cara yang salah dan tidak bertamadun untuk merampas kuasa.
Bodohlah Mashitah kalau percaya cara dia menganjing ini boleh meredakan kemarahan rakyat malah menambahkan lagi, mungkinlah.Dr. Mashitah seperti pemimpin UMNO yang lain mengganggap rakyat seperti lembu apabila tidak menyebut langsung mengenai penipuan besar besaran pilihanraya oleh BN tetapi cuba bermain dengan isu perkauman apabila rakyat yang tidak puas hati turun ke jalanraya.
Dr. Mashitah sudah lupa kelulusan yang ada padanya apabila bercakap dan menulis seperti tipikal pemimpin UMNO yang membudayakan pembohongan dan penipuan dalam  kehidupan mereka.
Sebenarnya bukan rakyat yang tolak PR tetapi yang tolak PR ialah Bangla, Banglalah yang tukar slogan inikalilah kepada innalillah! Jangan lupa itu Mashitah! 

 AWAS ! Tsunami Bangla pada PRU 14?
Posted on Friday, May 17 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" Tepat sekali PM(kerusi) Najib lantik Zahid Hamidi jadi Menteri Polis. Dulu Menteri Kapalselam.

Kenyataan sulungnya suruh mana-mana rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan sistem pilihanraya agar berhijrah ke negara lain.

Betul dan tepat.

Caranya begini lebih kurang.

Rakyat yang tidak setuju dengan sistem dan keputusan pilihanraya hijrah ke Bangladesh,Nepal,Mynmar , Indonesia manakala pengundi asing yang baru balik ke negara masing-masing boleh datang kembali untuk ambil tempat warganegara yang hijrah itu. Lagipun IC sudah ada.

Jadinya, bila PRU 14 nanti, tidak payahlah UMNO angkut dengan pesawat untuk mengundi. Jimat belanja.

Dan jika rakyat asing ini tidak undilah UMNO  dan BN dalam PRU 14, bolehlah Najib jerit, " Tsunami Bangla " pula.

Tajuk UTUSAN pula, " Apa lagi Bangla mahu ? "

AWAS ! Tsunami Bangla pada PRU 14."


 RM 11 juta untuk dapat calon
Posted on Friday, May 17 @ 18:16:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"

Ada orang Terengganu bercakap dan jadi cerita menarik untuk diperbincangkan dan menggambarkan kehangatan soksek-soksek pasca PRU13.

Kata mereka, betapa mahalnya harga satu calon PRU 13 di Terengganu. Cerita ini masih dijual sebagai produk rasuah.Tapi ingat ini hanya cerita sahaja. Kalau tidak ada usaha menghentikannya,maka PRU seterusnya menjadi seburuk buruknya kerana diangkat wakil rakyat yang rasuah.


Paling tidak manis melantik menteri besar yang sombong dan angkuh dan tidak mustahil lambakan menteri menteri pendendam dalam kabinet Najib.

Setelah penulis teliti nama nama dan barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik itu terdapat tokoh yang sombong dan angkuh serta pendendem dilantik tanpa rasa bersalah.
Persoalan yang timbul apakah benar harga satu calon di Terengganu pada PRU 13 berharga RM 11 juta.

Cerita tersebut tersebar secara meluas. Tapi ingat ianya cerita. Mungkin tak berpijak dialam nyata. Mungkin berpijak.Kalau tiada angin  macam mana pokok boleh bergoyang. Dan musathil boleh bocor rahsia buruk ini.
Ada yang kata ini suatu realiti, bukan fitnah, Ini adalah cerita benar, kerana  ianya keluar dari mulut orang umno  sendiri yang disoksek soksekan.
Ada yang tak percaya, kerana tak munasabah mereka boleh bayar sebanyak RM 11 juta semata mata untuk dapatkan calon.Kalau menang untung. Bagaimana kalau kalah? Kalah pun ada habuannya.
Pada penulis tiada yang tak munasabah atau tiada perkara mustahil dengan cerita tersebut.Malah dalam umno Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Isa Samad pernah disabitkan melakukannya.
Ia boleh belaku kerana kebanyakan wakil rakyat  “negeri kaya rakyat miskin” ini ada yang jadi kayaraya hanya menang satu penggal saja.Apa tah lagi jika dilantik sebagai exco.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendedahkan bahawa seorang menteri memiliki harta sebanyak RM 300 juta.
Namun demikian apalah sangat harga yang dibayar sebanyak RM 11 juta itu, jika ada jaminan yang mereka akan dapat pulangan dari pemberian projek kerajaan berharga RM 50 juta hingga RM 100 juta selepas ini.

PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH....DUA2 MASUK NERAKA

Indeks Rasuah 2012: Turki naik tujuh anak tangga

Terjemahan Mohamad Yahya, 06 Dis 2012

Polis membawa dokumen ke mahkamah dalam satu siasatan kes rasuah melibatkan sembilan pegawai perbandaran yang ditahan pada 1 Oktober di wilayah barat Balikesir. (Photo: Cihan, Aydınışık Kadir)

Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2012 (Corruption Perceptions Index 2012) yang dikeluarkan Rabu lalu, kedudukan Turki lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan skor 49 daripada 100.

Menurut Indeks Ketelusan Rasuah (Corruption Transparency Index) tahunan ke-18 yang disediakan oleh Transparency International (TI), Turki berada di tangga ke-54 dalam kalangan 176 negara, pada tahun 2011 ia menduduki tempat ke-61 dalam senarai 182 negara. Greece yang kini menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah berada di kedudukan terendah dalam kalangan negara-negara Eropah dengan kedudukan di tangga ke-94.

Bercakap kepada Todays Zaman, Tinatin Ninua, Penyelaras Serantau untuk Eropah Tenggara di TI di Berlin, berkata bahawa dari membuat perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya, kita harus melihat bagaimana Turki berbanding negara-negara lain dan negara-negara jiran. Sambil menekankan bahawa skala mereka telah berubah tahun ini, Ninua berkata, "Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam tahap persepsi rasuah di Turki, mereka yang menjalankan perniagaan di Turki masih menyebut rasuah sebagai satu masalah." Menurut beliau, "Skor yang lebih positif datang dari daya saing dan Forum Ekonomi Sedunia serta kerana peraturan perniagaan yang dipermudahkan di Turki."

Merujuk kepada skor untuk Greece - yang terendah dalam kalangan"EU 27"- Ninau berkata," Keadaan ini mempunyai kaitan langsung dengan krisis ekonomi yang berterusan di Greece "Dia juga. menyatakan, "Walaupun Greece, Itali, Bulgaria telah merosot, negara yang di atas Turki juga amat penting," ujar beliau yang turut menyatakan keinginan untuk melihat kedudukan yang lebih baik untuk Turki.

Sebagai sebuah organisasi masyarakat global sivil yang mengetuai perjuangan menentang rasuah, Indeks Persepsi Rasuah TI mengukur tahap persepsi rasuah sektor awam di negara-negara di seluruh dunia. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini, Denmark, Finland dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan skor 90, manakala Afghanistan, Korea Utara dan Somalia berada di kedudukan terakhir dengan skor  sebanyak 8. Ninua berkata bahawa dalam indeks, untuk pengiraan skor Turki, sembilan sumber yang berbeza telah digunakan antaranya kajian ahli perniagaan dan pakar-pakar.

Menurut TI, yang mempunyai lebih daripada 90 pejabat di seluruh dunia, dua pertiga daripada 176 negara yang disenaraikan dalam indeks 2012 mempunyai skor bawah 50, yang menurut TI ini menunjukkan bahawa institusi awam perlu lebih telus dan pegawai harus lebih bertanggungjawab. (todayszaman.com)

Pemberi penerima rasuah masuk neraka



PETIKAN TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID SELURUH NEGERI MELAKA

TAJUK KHUTBAH : RASUAH

Dan peringatan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 'pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.'

Mereka bukan sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala, bahkan mereka juga akan disoal di padang mahsyar kerana amanah rakyat yang mereka khianati.

Ingatlah, perbuatan rasuah itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal menghancurkan masyarakat, agama dan negara.

Pengamal rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit jiwa, akibat perasaan takut yang sentiasa menghantui diri mereka.

Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan.

Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima bala'.

Firman Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".

Perbuatan rasuah dianggap sebagai melanggar amanah dan dalam Islam melanggar amanah termasuk ke dalam golongan munafik, Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim yang bermaksud " tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta, apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati.

Oleh kerana itu, pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian diri agar kita tidak terlibat dengan rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal samada sebagai pemberi rasuah, penerimanya atau perantaranya. Kerana Allah dan rasulnya melaknat ketiga-tiga golongan tersebut.

Pas Cawangan Umbai and Khairul Hilmi Che Ali shared Kerajaan Rakyat's photo.
Berita Gembira: Perompak pecat lanun, rakyat untung.

Umno menyingkirkan seramai 61 orang anggotanya, termasuk timbalan ketua sayap Wanita Datuk Kamilia Ibrahim dan penyanyi pop 80-an Herman Tino, atas kesalahan bertanding sebagai calon
Bebas dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Read more - http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/04/berita-gembira-perompak-pecat-lanun.html

~ Kita tunggu pendedahan Kamilia, bagaimana dia disuruh "merasuah" pegawai SPR !

Nabi Muhammad SAW laknat pemberi, penerima rasuah

PERKATAAN ‘rasuah’ berasal daripada perkataan Arab, ‘al-risywah’. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.
Di negara ini, dari segi undang-undang, semua perbuatan ‘memberi dan menerima suapan’ adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
Rasuah bukanlah satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya bermula sejak sejarah peradaban manusia yang dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat.
Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah SWT. Perbuatan ini dengan sendirinya mencemar Islam dan negara. Mereka bukan sahaja pengkhianat kepada rakyat, malah mereka telah mengakibatkan agama Islam tercela dan negara musnah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka.”
Rasuah terus bermaharajalela, amaran Nabi SAW tidak sedikitpun menakutkan mereka. Tetapi buat mereka yang imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi, sabda Rasulullah SAW itu tidak akan mencecah ke hati nuraninya. Rasulullah SAW juga meramalkan akan datang muncul satu zaman yang mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka.
Setiap kepingan wang atau dolar menjadi agama mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Imam mereka sudah hilang kecuali namanya sahaja. Seks menjadi tumpuan mereka. Kemuliaan seseorang itu akan diukur berdasarkan kekayaannya.
Dalam hal ini, terdapat banyak hadis sahih yang menunjukkan baginda melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah. Rasuah adalah satu daripada dosa besar manakala rasuah paling keji dan besar dosanya ialah rasuah berkaitan hukum. Ini kerana hukum ditetapkan oleh Allah SWT, sementara manusia hanya pelaksana.
Dalam konteks rasuah di Malaysia, paling banyak kita menerima laporan ialah mengenai salah laku penjawat awam kerana seolah-olah mereka sahaja yang bersalah dalam hal ini. Sebenarnya, yang patut juga dipersalahkan ialah tangan yang memberi kerana dalam sistem persaingan, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat dan tujuan.
Persoalan yang melingkari penjawat awam, misalnya dalam kes yang melibatkan negara kehilangan lebih satu bilion ringgit ekoran masalah kutipan cukai oleh pihak berkuasa kastam memberikan gambaran seolah-olah penjawat awam sahaja yang bersalah. Penjawat awam dikatakan menerima sejumlah wang bagi memberikan laluan kepada kemasukan barangan yang diisytiharkan cukai yang rendah ataupun dilepaskan begitu sahaja.
Seharusnya pihak SPRM perlu juga membuat penyiasatan mendalam mengenai kejujuran syarikat atau orang perseorangan yang membawa masuk barangan tersebut. Tanpa membuat siasatan dan bertindak mengenakan hukuman yang berat ke atas syarikat terbabit, maka semakin lama akan menyebabkan penjawat awam terasa seolah-olah mereka terus dijadikan kambing hitam dalam usaha kerajaan menghapuskan gejala rasuah dalam masyarakat.
Perlu juga disiasat secara jelas apakah motif sebenar sesebuah syarikat yang banyak bertindak sebagai ‘philanthropist’ atau dermawan dengan mengeluarkan bantuan dan tajaan dalam jumlah yang besar kepada sesebuah badan sukarela ataupun pertubuhan. Apakah syarikat-syarikat itu benar-benar ikhlas sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya?
Perbuatan rasuah sejak permulaan sejarah lagi sudah berlaku. Rasuah datang dalam pelbagai kaedah. Ada melalui acara permainan golf, janji pakej umrah malah tidak keterlaluan rasuah menggunakan wanita cantik untuk memperoleh sesuatu perkara yang dihajatinya, selain menggunakan wang dan menaja percutian mewah seseorang. Kebiasaannya, orang yang dijadikan sasaran ialah mereka yang mempunyai kedudukan atau ada kuasa membuat keputusan berhubung dengan apa yang diinginkan itu.
Contoh klasik mengenai perkara ini boleh kita lihat melalui hubungan cinta antara Samson dan Delilah. Samson merupakan seorang panglima besar dan tidak mampu dikalahkan oleh sesiapa. Disebabkan ketaksubannya terhadap kecantikan Delilah, mereka akhirnya terjerat dengan kesilapan sendiri. Samson mendedahkan kelemahan yang ada pada dirinya, iaitu rambutnya yang panjang dan tidak pernah digunting.
Mengetahui kelemahan tersebut, pada suatu hari ketika Samson tertidur di pangkuan Delilah, rambutnya digunting. Selepasnya kekuatan Samson menjadi lemah, dan ketika itulah seluruh kerajaan yang dipimpin oleh Samson jatuh dan menjadi milik penduduk Palestin. Legenda itu kemudiannya dijadikan asas permusuhan antara Islam dan Kristian sehingga menerbitkan rasa marah yang mendalam. Legenda itu kemudiannya dibangkitkan kembali oleh tentera Perang Salib untuk membunuh kekuatan empayar Islam.
Menurut anggaran terbaru, negara dikatakan mengalami kerugian besar jika gejala rasuah tidak dapat dibendung. Baru-baru ini didedahkan pula lebih RM1 bilion telah berlegar dalam kelompok tertentu sehingga menyebabkan SPRM membuat sasaran untuk mendapatkan kembali RM3 bilion menerusi siasatan yang melibatkan kakitangan kastam secara besar-besaran. Lebih enam puluh orang telah disiasat dan sebahagian besar sedang menunggu untuk didakwa di mahkamah.
Kesedaran mengenai keburukan rasuah yang dikempenkan setiap masa nampaknya kurang memberi kesan menyeluruh. Dengan menjadikan penjawat awam sebagai sasaran utama, ia tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang bermaruah, kerana puncanya masih belum dapat dibasmi sepenuhnya.
Disebabkan rekayasa perniagaan moden memerlukan persaingan, maka syarikat yang inginkan projek kerajaan sanggup memperuntukkan sebahagian kecil wang untuk melobi dan belanja keraian tertentu asalkan projek itu menjadi miliknya.
Senario ini perlu diselidiki secara mendalam jika kita ingin menghapuskan rasuah. Persoalan rasuah adalah tidak sama dengan tanggapan apabila penawaran menjadi lebih kecil manakala permintaan semakin meningkat, menyebabkan perlumbaan menjadi sengit. Asas persaingan adalah membentuk suasana pertandingan yang sihat, tetapi tentunya ada muslihat lain di sebalik persaingan tersebut. Inilah yang seharusnya dibasmi secara menyeluruh oleh SPRM ataupun pihak berkuasa.
Seseorang penjawat awam yang dikaitkan dengan rasuah haruslah diurus dengan baik dan tidak menjadikan mereka berada dalam tekanan yang melampau. Kemungkinan rasa tertekan yang dialami oleh mereka yang tertuduh menyebabkan lebih menyakitkan hati penjawat awam apabila mereka dibawa ke balai polis dengan tangan bergari. Mereka seharusnya diberikan layanan yang mesra, dan cara siasatan yang tidak menyebabkan tertuduh terasa bagaikan berada dalam suasana aib yang besar.
Persoalan mengurus mereka yang tertuduh perlu dilaksanakan secara berhemah. Meskipun mempunyai bukti, tetapi sebenarnya berdasarkan undang-undang, selagi mahkamah belum membuat keputusan bersalah, maka tertuduh perlu dilayan sebaik mungkin.
Pihak yang mengurus usaha membanteras rasuah sepatutnya juga dapat mencari bukti untuk mendakwa mereka yang memberi rasuah. Pemberi rasuah perlu dikenakan hukuman lebih berat berbanding mereka yang menerima. Jika pemberi rasuah dikenakan hukuman lebih berat, bermakna intensiti penjawat awam melakukannya adalah kecil kerana tidak ada pihak terlalu terdesak meminta untuk diberikan kelonggaran atau pelenturan undang-undang.
Semua pihak perlu memperkuatkan iktikad dan memasang semangat untuk membanteras rasuah. Orang politik jangan menjadi kumpulan pendesak yang kuat kerana teladan yang diperoleh penjawat awam membekas dalam karier mereka sendiri.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia



 Kenaikan gaji DGA32 ke DGA34 - tipu.....
Posted on Friday, May 17 @ 18:14:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ocean

"

topic terkejut - bg kenaikan time based dga 32 ke dga 34 sepatut nya mengikut adatnye bermula dari januari tahun semasa (2013) tetapi puak2 cc di pejabat2 sekolah di beri taklimat bahawasa nya bulan kenaikan gaji dga 34 bermula july so no tunggukan ???? so gred bg time based dga 32 ke dga 34 bukan bermula dari januari - tok rugi ke dlm skim gred bagi ???

knpe kerajaan tipu ? kata gaji baru (dga 34)bermula januari pah ke july pule...... ke tak dop duit nk bayar  lepas ngundi maklumkan dah berhabis berbillion semata2 nk berkuasa secara menipu- so urusan pembayaran tunggukan dga 34 ni pun terpaksa di anjak ke july,ramai nih ! dari seluruh mesia yg di lantik kenaikan dga 34 berdasarkan time based - hmmm tak dop duit doh tuh ! soh doh !"

 Sebab-Sebab Kekalahan PAS kedah ?
Posted on Friday, May 17 @ 17:24:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Dr Rashidi

Assalamualaikum
Surat ini aku tujukan kepada semua peminat politik di Kedah khususnya dan di seluruh Malaysia amnya. Tulisan aku ini hanya satu pandangan ke atas banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini dalam PAS di negeri Kedah Darul Aman sehingga menyebabkan empayar yang cuba diperkukuhkan tersembam menyembah bumi.

Aku  hanya seorang peminat politik dan tidak pernah terlibat dalam politik kepartian secara langsung. mungkin penulisan aku tidak begitu baik dan tersusun.

Selepas memenangi Kedah pada 2008, PAS diberi keyakinan menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Ustaz Azizan, satu sosok tubuh yang sebenarnya tak begitu dikenali ramai dimahsyurkan sebagai Menteri Besar. Ketika itu, tidak ada seorang pun di kalangan ahli PAS yang membantah, malah bersetuju sebulat suara melantik beliau sebagai MB. Aku amat yakin bahawa pada ketika tersebut, beliau diberi sokongan penuh untuk menerajui Kerajaan Kedah. Rupanya panas tidak sampai ke petang kerana hujan di tengahari.


Telah wujud 'pakatan' di dalama Pakatan (PR) bagi menggantikan Ustaz Azizan di tampok pentadbiran. Pelbagai perencanaan dibuat, pelbagai perancangan di atur dengan rapi dan teliti. Maka bermula lah episod hitam dalam PAS Kedah sedangkan sebelum itu, tidak nampak sebarang ketegangan di peringkat atasan mahupun di bawahan.

Aku lalu bertanyakan beberapa sahabat mengenai apa yang berlaku dan apa isu sebenarnya, namun tidak pernah berjumpa dengan jawapan yang memuaskan. Kebanyakannya berkitar sebagai satu tuduhan yang mungkin berasas, tetapi hanya pada cakapan sahaja dengan tidak disertakan bukti atas setiap perkataan. Aku juga sering berinteraksi melalui facebook bertanyakan hal yang sebenar, pun tiada jawapan kukuh diberikan mengapa Ustaz Azizan perlu digantikan. Ada jawapan yg aku perolehi iaitu sebab Ustaz Azizan bersifat 'cengei' (garang), satu jawapan yang menggelikan hati kecil aku.

Satu jawapan yang aku tidak boleh terima iaitu dikaitkan dengan projek-projek yang dikatakan dianugerahkan kepada ahli UMNO. Jawapan tersebut membuatkan aku terfikir adakah PAS juga mengamalkan politik 'balas dendam'?. Kita sedia maklum sepanjang UMNO mentadbir, agak sukar ahli PAS mendapatkan projek dari kerajaan kerana amalan kronisme, tetapi adakah PAS juga sekarang ambil sikap yang sama apabila menjadi kerajaan?. Aku cuba bertanyakan kebenarannya dari sumber-sumber tertentu, aku dapati dakwaan tersebut tidak berasas dan tidak boleh diterima sebagai satu alasan menggantikan Ustaz Azizan sebagai MB.

selepas itu, pelbagai alasan dikemukakan. Antaranya alasan kesihatan beliau serta alasan bahawa beliau telah menjadi proksi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ustaz Azizan juga dikatakan menerima nasihat dari mantan PM tersebut serta bantuan-bantuan lain. Sekali lagi aku tersentak dengan alasan politik sempit sebegini. Adakah di kalangan ahli PAS ini mengamalkan politik pembangkang dalam kerajaan hinggakan berhubungan dengan seteru politik adalah satu dosa.

Sedangkan pada pandangan ramai sesebuah kerajaan itu perlu bersifat neutral dalam melayan rakyatnya. Kehadiran Ustaz Azizan ke program 1M4U dijadikan topik dan bukti bahawa Ustaz Azizan bersekongkol dengan UMNO, sedangkan dalam lipatan sejarah pentadbiran PAS di Kelantan juga acapkali Tuan Guru Menteri Besar hadir ke majlis dianjurkan oleh Kerajaan Pusat di bumi Kelantan sekiranya menerima jemputan. Politik diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah politik bersifat universal yang amat dekat dengan akhlak Islam, maka begitu juga diamalkan oleh Ustaz Azizan yang dijemput secara rasmi ke majlis tersebut atas kapasitinya sebagai seorang Menteri Besar. Dari mulut seorang sahabat (ahli UMNO) yang turut hadir ke majlis tersebut memuji Ustaz Azizan atas profesionalisma yang ditunjukkan beliau terutama apabila diberi peluang berucap.

Beliau dikatakan tidak langsung menghentam kerajaan pusat, malah pada masa yang sama mempromosikan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS. Kata sahabat itu lagi, kehadiran ahli dan penyokong UMNO di majlis tersebut tidak menggusarkan Ustaz Azizan menyampaikan dakwahnya dan pada masa yang sama juga, ucapan pemimpin UMNO pada majlis tersebut langsung tidak menyentuh atau menghentam kerajaan negeri. Cuba bayangkan jika Ustaz Azizan tidak hadir pada majlis seperti tersebut? Sudah tentunya ia akan digunakan sebagai pentas menghentam kerajaan negeri.

Berbalik kepada isu pertentangan yang semakin nyata di peringkat atasan, ia telah merebak ke bawah ke peringkat PAS Kawasan. Sudah ramai yang mula berani menunjukkan belang dan taring. Beberapa Kawasan telah mengalami perpecahan dan perbezaan yang ketara. Maka bermula lah era 'perang dingin' dalam PAS dan menjadi semakin panas menjelang hampirnya pilihanraya.

Antara pentadbiran kawasan yang bermasalah seperti Pendang, Jerlun, Baling, Sik, Kulim/Bandar Baharu dan melibatkan Dun yang PAS bertanding seperti Dun Merbau Pulas, Dun Pantai Merdeka, Dun Kota Seputih dan beberapa lagi. Hampir kesemuanya melibatkan pertentangan dalaman yang belegar disebalik topik calon PRU 13. Wujud perbuatan lobi melobi, cantas mencantas hingga ada yang sudah berani mengingkari arahan dan nasihat pimpinan PAS Pusat.

Aku juga diceritakan ada ahli-ahli yang dulunya bersifat akur, walak dan setia kepada keputusan atasan sudah berani menafikan arahan hingga wujud rombongan-rombongan tertentu ke pejabat PAS Pusat bertemu mata dengan Tuan Guru Presiden dan Setiausaha Agung. Perbuatan lobi melobi ini berterusan hinggalah ke hari akhir sebelum penamaan calon.

Ahli PAS yang dulunya dikenali sebagai ahli yang setia kepada keputusan pimpinan sudah hilang arah panduan, hilang jatidiri ahli PAS yang memperjuangkan konsep kepimpinan ulama, ikhlas dan akhlak. Sedikit sebanyak ianya dipengaruhi oleh kemenangan, perebutan kuasa dan ringgit berlaku walaupun cuba disembunyikan, namun berjaya juga dihidu oleh penyokong seperti aku.

Sesetengah pihak melihat ianya sebagai satu kegagalan Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Negeri dalam meredakan keadaan. Tetapi sudut pandangan aku berbeza. Padaku kegagalan ahli di peringkat Kawasan untuk mematuhi apa yang telah diputuskan adalah punca utamanya. Jika keputusan PAS Pusat yang telah memutuskan calon-calon tertentu juga diengkari, maka apa lah halnya dengan arahan dari Pesuruhjaya Negeri, sudah tentu langsung tidak dihormati.

Tindakan pihak-pihak berkepentingan ini telah banyak melemahkan jentera pilihanraya di semua peringkat. Tidak seperti di Selangor, gerakerja mereka amat tersusun. kemasukan pendaftaran pemilih yang diragui segera dibuat bantahan, tetapi tidak di Kedah. Di Dun aku sendiri, peningkatan mendadak pengundi langsung tidak diendahkan oleh jentera pilihanraya DUN melainkan mereka hanya sibuk bercakap mengenai penyelewengan UMNO serta bakal calon yang ingin diketengahkan. Hampir di kebanyakan tempat yang aku singgah bercerita mengenai penyelewengan begitu begini oleh SPR dalam pilihanraya, tetapi aku tidak pernah nampak sebarang usaha bagi menghalang penyelewengan itu berterusan sebagaimana dibuat di Negeri Selangor.

Ini lah PAS yang hanya banyak bersembang dari buat kerja. Sebagai contoh, pada sepanjang tempoh berkempen, ramai petugas parti yang masih terkial-kial untuk memahami tugasan sedangkan aku dimaklumkan bahawa penerangan sudah berkali-kali dibuat, tetapi kehadiran amat tidak memuaskan. Aku juga difahamkan ada petugas yang dilantik secara tangkap muat yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan dilantik pada saat akhir. Amat lah menghairankan kerana dilihat di semua markas PAS pada setiap malam amatlah riuh dan ramai. Ini terbukti apabila seorang sahabat aku yang masih mempunyai keahlian UMNO dilantik sebagai petugas 'polling' bagi pihak PAS hanya kerana dia selalu mengunjungi markas PAS di perumahannya. Sedangkan pula di kawasan perumahan aku, dimaklumkan aku tidak boleh bertugas mewakili parti kerana aku bukan ahli.

Sebenarnya masih banyak isu yang menjadi faktor kepada kejatuhan PAS Kedah. Aku tidak menyalahkan UMNO kerana sudah jadi adat pertandingan iaitu saling ingin jatuh menjatuhkan. Tetapi tidak menjadi adat di dalam PAS perbuatan cantas mencantas hingga ada yang berkata 'serah balik kat UMNO pun tak mengapa'. Kebanyakan apa yang diceritakan di atas adalah dari sumber yang aku kutip dari penyokong semua team dan juga melalui hubungan baik aku dengan rakan-rakan aku di dalam UMNO.

Kesimpulannya, minat aku terhadap politik Islam cara PAS di Kedah sudah semakin pudar kerana ahli-ahlinya tidak bersungguh dalam mengamalkan politik Islam dengan akhlak Islam yang sebenar. Sungguhpun begitu, aku akan terus memerhati dengan perlantikan Dato Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Negeri yang baru yang diharapkan dapat membawa satu perubahan baik dalam PAS Kedah. Tetapi, bukan dibahunya seorang tertanggung segala persoalan dan jawapan selagi ahli-ahli tidak berubah sikap dan kiblat walak mereka kepada satu kepimpinan, maka perpecahan akan terus melebar dan membesar. Selagi ahli meletakkan kesetiaan mereka kepada satu-satu individu, PAS Kedah akan terus kucar kacir bak menunggu belah sesudah lama retak.

Tiada ulasan: