Jumaat, 17 Mei 2013

ELOK MEREKA KAHWIN..MOGA2 JADI SUAMI ISTERI SOLEH DAN SOLEHA....PASTIKAN ISTERI TAAT PADA HUKUM ALLAH SWT...TUTUP AURAT DLL..TERMASUK JADI BAPA CONTOH PADA ANAK2 NANTI...TAHNIAH

Sessi soal jawab wacana kecoh, Zairil tenang menjawab
Posted on Friday, May 17 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Roketkini

SHAH ALAM, 16 MEI: Gara-gara tidak dapat mengawal emosi dan semangat perkauman yang tinggi, sessi soal jawab Wacana Sinar Harian semalam kecoh seketika.

Presiden Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bingkas bangun pada sessi pertanyaan audien wacana ‘Pasca PRU13: Ke mana haluan politik Melayu’ dan menuduh kononnya tidak wujud kebebasan akhbar di Pulau Pinang kerana wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan sidang media Kerajaan Negeri.

“Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,” soalnya, di samping mendakwa terdapat diskriminasi kaum di Universiti Malaya yang kononnya melebihkan pensyarah berketurunan Cina.

Soalan beliau disambut gelak ketawa berdekah-dekah daripada hadirin yang lantas menyuruhnya duduk sambil menyifatkan soalan itu sebagai dangkal.

Seorang lagi audien turut beremosi ketika bertanya mengenai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sambil meluahkan kebimbangan mengenai penguasaan orang Cina pada masa hadapan.

Beliau berkata, kononnya setelah Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran, Ketua Menteri itu mengumum untuk memansuhkan DEB di Pulau Pinang; yang kemudiannya disambut gelak ketawa hadirin yang menyuruhnya berhenti sambil bertanya, ‘Ini cadangan ke soalan?’

Kedua-dua penyoal terpaksa ditenangkan oleh pihak penganjur.

Keadaan yang tegang seketika kembali seperti sedia kala apabila Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan tenang menjawab soalan kedua-duanya.

“Kebebasan media tidak bermakna ada kebebasan untuk memfitnah,” ujarnya menerangkan kenapa Utusan Malaysia tidak dijemput membuat liputan sidang akhbar Kerajaan Negeri terutamanya oleh Ketua Menteri.

“Sudah cukup fitnah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya sambil memberitahu bahawa akhbar milik UMNO itu terlalu kerap disaman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

“Lim Guan Eng saman Utusan, Lim Guan Eng menang. Karpal Singh saman Utusan, Karpal Singh menang, Azan Ismail pun saman Utusan, Azan menang. Malah apabila dibuat rayuan pun Utusan kalah dalam rayuan itu,” katanya, disambut sorak sorai penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke wacana itu, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Malah, menurutnya lagi, fitnah pemansuhan DEB seperti yang dibangkitkan penyoal kedua itu pun adalah antara saman terhadap Utusan Malaysia yang dimenangi Guan Eng.

“Saya rasa penyumbang dana terbesar untuk Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini ialah Utusan Malaysia,” ujarnya berseloroh. – Roketkini.com

Sumber

 Kajian sokong 'Anwar bersara’ hanya palsu
Posted on Friday, May 17 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.

Difahankan keadaan ituberlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara.

Sumber

 Apa pasal Hindraf jadi Timbalan Menteri?
Posted on Friday, May 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,

Sebelum PRU 13 yang lalu, ada segelintir penyokong Hindraf berdemo membantah MOU yang ditandatangani oleh Bos mereka, Waythamoorty dengan Najib. Tiba tiba, mengejutkan semua orang selepas PRU, Waythamoorty dilantik Timbalan Menteri.

Waythamoorty ialah wanted personnel di zaman Pak Lah kerana menganjurkan dan mengetuai perhimpunan (yang diharamkan kerajaan) kaum India yang menuntut pampasan dari British. Kemudian Hindraf diharamkan kerana membahayakan negara yang turut bermakna pemimpin mereka adalah dari golongan orang yang bahaya dan ganas. Tapi hari ini orang yang ganas dan bahaya itu dilantik sebagai Timbalan Menteri, out of nothing!

Waythamoorty adalah pengkianat kepada kepercayaan bangsanya, bangsanya yang sering tertindas oleh arus pembangunan dan politik kerajaan. Waythamoorty adalah harapan bangsanya sesudah MIC tidak berfungsi, tetapi dengan kebijaksanaan Najib, segala yang diperjuangkan Waythamoorty menjadi sia sia.

Bangsanya yang jadi mangsa dan dia kini boleh bersenang lenang dengan habuan dan kemudahan yang diperolehi sebagai Timbalan Menteri.

Di pihak Najib, perlantikan ini amat mengejutkan kerana Hindraf bukan parti politik seperti IPF sedangkan tiada wakil IPF dalam kabinet berimbang Najib. Kalau alasannya untuk membuktikan kesungguhan Najib melahirkan kabinet yang berimbang yang turut disertai oleh NGO, maka kenapa tiada wakil PERKASA dan JATI atau KIMMA?

Apa diharap dari kerajaan yang menang pilihanraya kerana menipu untuk memberi kesenangan kepada rakyat? Bagaimana hendak membuat dasar dan perancangan yang baik kalau otak otak yang ada dalam kabinet berimbang Najib ialah otak penipu, penyangak, pembodek dan pengkianat?"

PERSOALAN: Belum lengkap lagi Kabinet Najib.... mengapa?
Posted on Friday, May 17 @ 10:12:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Sesuai PRU 13 PM(kerusi)Najib sekonyong-konyong melantik pemimpin Rasis Hindraf P Waythamoorthy menjadi ahli Kabinetnya walaupun Timbalan Menteri.

Semua hairan mengapa Najib pilih Waytha ? Mengapa pilih orang yang lari ke Britain kerana takut ISA dan mencemarkan nama negara. Mengapa tidak pilih orang IPF atau KIMMA?

Cuba lihat kronologinya :

Najib pilih Rasis Melayu PERKASA Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin jadi calon PRU 13. Malangnya mereka berdua kalah teruk di Pasir Mas dan Shah Alam.

Tiba-tiba pada hari pembentukan kabinet oleh Najib, muncul nama Rasis India pula dari Hindraf.

Wathya tidak bertandingpun dalam PRU 13, tetapi dipilih jadi Timbalan Menteri. Lebih malang lagi ,Barisan Progresif India (IPF) menunggu mahu jadi kerabat BN dan setia dengan BN selama 25 tahun dipinggirkan.

Ini peliknya Kabinet Najib. Rasis Melayu tewas, dipilihnya Rasis India masuk kabinet. Peliknya macam kes polis yang bunuh Altantunya. Tiada arahan dan tiada sebab gadis itu dibunuh. Saja-saja je !

Jadinya jika ditanya Najib,akan dijawabnya " saja-saja je....pilih Waytha".

Pastinya, kabinet Najib belum lengkap lagi. Kabinet Najib perlu dihuni oleh Rasis Melayu dan Rasis Cina. Barulah ummmmph!

PERSOALAN: Belum lengkap lagi Kabinet Najib.... mengapa? "

 ANEH: Berita neh lebih GEMPAQ dari kabinet Najib
Posted on Friday, May 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh shalehudin

Pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan akhirnya bertemu jodoh dan akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini. Saiful akan berkahwin dengan seorang personaliti TV3 yang pernah bertugas di meja jenayah dan politik, Nik Suryani Megat Deraman.
"Mereka berkenalan selepas perbicaraan kes itu selesai. Hubungan mereka berputik apabila Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan Nik Suryani di sebuah restoran," kata sumber TV3.

Majlis pada 25 Mei itu juga direncanakan berlangsung di kampung Nik Suryani di Terengganu.

Nik Suryani ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan walimatus urus itu tetapi enggan mengulasnya buat masa ini. ~ M'kini
 ANEH: Berita neh lebih GEMPAQ dari kabinet Najib [Saksikan...]

Osman Aziz shared Demokrasi Jakun's photo.
SYAHRIZAT BALUN RAFIDAH, DESAK JAWAB ISU CEO AIR ASIA X AZRAI OSMAN RANI YANG BANTAI UTUSAN MALAYSIA DAN PERKASA.

PANAS ISU AIR ASIA - SHAHRIZAT 'BALUN' RAFIDAH AZIZ.

BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN MEDIA KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL TERHADAP TAN SRI RAFIDAH AZIZ.

Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ingin melontarkan pertanyaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Osman-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO.

Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.

Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani

http://pkrl.blogspot.com/2013/05/panas-isu-ceo-airasia-x-bertambah-parah.html

Kami Boikot Buletin Utama TV3 added a photo from May 17, 2013 to their timeline.
♥ Pulau Pinang ♥ ♥
Cina Yang Baik, Tidak Merompak Harta Rakyat, Memimpin Cara Adil & Tidak Makan Rasuah, Tiada Sebab Untuk Kita Tidak Mengangkat Mereka Menjadi Pemimpin & Menyokong Kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng... ::.kikiki.::
<3 Pulau Pinang <3 <3

Di tulis oleh Hilal Asyraf(Official)

Saya kini sedang berada di Masjid USM Pulau Pinang yang diperintah oleh Ketua Menteri berparti DAP, bernama Lim Guang Eng, yang dituduh pelbagai tuduhan.

Azan maghrib sebentar tadi berkumandang deras. Kuat.

Sebentar lagi, pukul 8.30 malam, saya akan memberikan talk pada majlis yang Islamik dan tarbawi. Seorang lagi ustaz juga dijemput untuk menjadi regu saya malam ini.

Setakat saya dapat lihat setakat ini, tuduhan yang disebar di internet menyatakan azan diperlahankan, Islam teraniaya di Pulau Pinang, adalah tuduhan yang amat jahat.

Betapa busuknya orang yang menyebarkan cerita sedemikian. Hingga kadangkala boleh menyebabkan teraniaya orang yang tidak bersalah, dan buat kita takut akan benda yang tidak terjadi.

Kembalilah kita kepada Surah Al-Hujurat ayat 6, agar kita benar-benar menilai berita yang kita dengar, sehingga tidak kita tersilap menjatuhkan hukum hingga menganiaya orang yang tidaj sepatutnya.

#senyum...

Abu Hashim Jalal shared Nik Perak's photo.
Menteri banyak hanya membazir?

Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, 
maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan 
inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, 
dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan 
untuk menghadapi saingan globalisasi.

Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib 
untuk menghadapi pemilihan UMNO tahun ini, kabinet kitar semua 
dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. 
Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian 
dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri 
berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? 

Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. 

Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yg ramai lebih baik 
dan lebih maju dari negara-negara di atas?

Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, 
kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.

Oleh: PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Ini baru betul..sebab bumi ini dan negara Malaysia...Allah yang punya...bukan UMNO yang punya...
Like · · · 59 minutes ago ·
Abu Hashim Jalal shared Lotfi Hanna's photo.
APA HAK & KUASA KAMU NAK HALAU....... 
INGAT negara M’sia ini BN yang punya ka !!!

"BN menang MAJOROTI CAPATI bukan Majoriti Undi Rakyat"

Negara ini bukan kepunyaan UMNO-BN tapi negara ini kepunyaan rakyat Malaysia dan warganegara yang sah! Bukan kepunyaan 'BANGLASIA, MYANMARSIA, NEPALSIA, PAKISTASIA, INDOSIA !!! Pengkhianat negara yang sebenar ialah yang berikan IC kepada warga asing untuk jadi pengundi tetap BN!Ini terbukti berlaku di Sabah dan diakui saheh oleh Tun Madey bukan cakap kosong.

Rakyat pertikaikan penipuan dalam pilihanraya macam mana Mat Bangla boleh hadir di tempat mengundi. Patut puak ni yang dihalau bukan dirai DAN di ESCORT DGN POLIS! Rakyat pertikaikan kenapa tiba-tiba lampu padam dan blackout ketika undi dikira. Ini zaman IT bukan zaman purba, bukan zaman Tok kadok berkuasa. Ingat sikit kerajaan yang ada ni kerajaan 47 persen BUKAN kerajaan majoriti, senang-senang nak halau kerajaan rakyat yang MAJORITI !!! 

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130517/dn_07/Hijrah-ke-negara-republik-jika-enggan-terima-sistem-negara----Zahid-Hamidi

Abu Hashim Jalal shared Qalsom Bee's photo.
Apa Macam kerajaan..
OK tak kalau macam ni.?
Apa Macam kerajaan..
OK tak kalau macam ni.?
Abu Hashim Jalal shared Saya Benci Harga Barang Naik!'s photo.
Kita sumbang pendapatan negara daripada kenaikan harga barang, menteri bazirkan duit kita. Apa nak jadi? Terima kasih BN!
Kita sumbang pendapatan negara daripada kenaikan harga barang, menteri bazirkan duit kita. Apa nak jadi? Terima kasih BN!
 
masih termurah di dunia.....
Inilah faktanya.. bukan omong2.
Inilah faktanya.. bukan omong2
Nasir Sahlan and 2 other friends shared Hanuman Ikan's photo.
Sorang ni 5 tahun dapat buat duit hampir 3 bilion manakala sorang lagi dalam 4 tahun dapat buat hutang hampir 300 bilion.... selamat buat duit dan selamat buat hutang.... hahaha..
Sorang ni 5 tahun dapat buat duit hampir 3 bilion manakala sorang lagi dalam 4 tahun dapat buat hutang hampir 300 bilion.... selamat buat duit dan selamat buat hutang.... hahaha..

Tiada ulasan: