Perhimpunan di Padang Kota Lama esok tak lulus
Pihak
polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di
Padang Kota Lama di Georgetown malam esok tidak mendapat kelulusan.Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.
Beliau berkata permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya.
"Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada pukul 2.10 petang Rabu lepas. Namun kita masih memberi peluang untuk mereka berbincang dan penjelasan terperinci telah kita berikan.
"Bagaimanapun mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Gan berkata pihaknya telah mempertimbang semua aspek dengan teliti berhubung perhimpunan itu dan perbincangan telah diatur pada tengah hari ini melibatkan kedua belah pihak bagi mencapai keputusan terbaik.
Beliau turut menegaskan pihak polis tidak akan menahan sesiapa susulan perhimpunan itu dan hanya akan bertindak sekiranya terdapat individu yang melanggar undang-undang dan cuba mencetuskan kekecohan sepanjang program berlangsung.
Bagi mengawal kelancaran lalu lintas, katanya petugas trafik akan ditempatkan di semua simpang laluan menuju Padang Kota Lama termasuk di laluan keluar masuk menuju terminal feri dan Jambatan Pulau Pinang sementara Jalan Tun Syed Sheh Barakbah akan ditutup sepenuhnya.
Gan berkata kenderaan yang diparkir sesuka hati sehingga menganggu kelancaran trafik akan ditunda.
Ceramah dijangka bermula pukul 8 malam sehingga tengah malam.
-Bernama
Perhimpunan di Padang Kota Lama esok tidak dapat kelulusan
17 Mei 2013
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.
Beliau berkata permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya.
"Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada pukul 2.10 petang Rabu lepas. Namun kita masih memberi peluang untuk mereka berbincang dan penjelasan terperinci telah kita berikan.
"Bagaimanapun mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Gan berkata pihaknya telah mempertimbang semua aspek dengan teliti berhubung perhimpunan itu dan perbincangan telah diatur pada tengah hari ini melibatkan kedua belah pihak bagi mencapai keputusan terbaik.
Beliau turut menegaskan pihak polis tidak akan menahan sesiapa susulan perhimpunan itu dan hanya akan bertindak sekiranya terdapat individu yang melanggar undang-undang dan cuba mencetuskan kekecohan sepanjang program berlangsung.
Bagi mengawal kelancaran lalu lintas, katanya petugas trafik akan ditempatkan di semua simpang laluan menuju Padang Kota Lama termasuk di laluan keluar masuk menuju terminal feri dan Jambatan Pulau Pinang sementara Jalan Tun Syed Sheh Barakbah akan ditutup sepenuhnya.
Gan berkata kenderaan yang diparkir sesuka hati sehingga menganggu kelancaran trafik akan ditunda.
Ceramah dijangka bermula pukul 8 malam sehingga tengah malam. - Bernama
Peguam dakwa polis 'reka cerita'
17 Mei 2013
Surendran mendakwa berdasarkan laporan yang diperolehi dari Unit Forensik, Fakulti Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, kedudukan peluru yang mengenai ketiga-ketiga suspek itu menunjukkan mangsa ditembak ketika mereka berlutut dan bukannya ditembak dari hadapan, seperti dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.
"Polis kata suspek mulakan tembakan ke arah polis, tapi bagaimana tembakan itu menuju ke bawah tubuh mangsa padahal sudut tembakan polis sepatutnya terus saja.
"Laporan post mortem itu mudah saja, mangsa ditembak dari atas dan peluru tembus keluar ke bawah dan ia bertentangan dengan keterangan polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23 dan serorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion, awal pagi pada 14 April 2012.
Azman ditembak sebanyak lapan kali manakala Aidi ditembak sebanyak 11 kali.
Surendran yang juga Naib Presiden PKR juga mempersoalkan bagaimana lapan das tembakan boleh dilepaskan kepada mangsa jika pihak polis mahu menghentikan tembakan balas mangsa.
Beliau menyifatkan kenyataan polis itu adalah satu penipuan dan dipercayai cuba menyembunyikan sesuatu, susulan laporan hasil bedah siasat itu nyata bertentangan dengan fakta yang dikemukakan pihak polis.
Sehubungan itu, PKR mendesak supaya satu siasatan segera diambil oleh satu badan siasatan bebas susulan pihak polis gagal memberikan penjelasan tentang siasatan yang telah dilakukan sepanjang setahun lalu.
"Kita mahu polis yang terlibat dalam kes itu ditangkap dan disiasat.
"Siasat semua pegawai tertinggi termasuk Datuk Ku Chin Wah kerana didapati cuba menyembunyikan sesuatu dalam kes ini dan berapa ramai suspek telah disoal siasat, apa yang telah dibuat," tegasnya.
Beliau turut mempersoalkan kelewatan laporan bedah siasat itu dikeluarkan selepas setahun insiden itu berlaku.
Hanya terdapat dua laporan hasil bedah siasat yang bertarikh Februari 2013 sahaja diperolehi daripada pihak hospital terbabit manakala Saufi pula masih belum diperolehi.
Khairy Jamaluddin: Saya menteri untuk semua
17 Mei 2013
Beliau yang melapor diri hari pertama sebagai Menteri Belia dan Sukan (KBS) hari ini turut berkata, semua pemimpin yang dipilihan jangan ada rasa untuk membalas dendam dan mengalas tanggungjawab tanpa prejudis.
"Saya juga harap pembangkang akan terima keputusan PRU13, kerana rakyat dan negara perlu bergerak kehadapan, kalau ada perkara yang tidak dipersetujui bawa ke mahkamah.
"Jangan heret rakyat ke dalam fasa memecah belahkan rakyat untuk tujuan politik, sudah tiba masanya untuk lihat ke hadapan dan lakukan transformasi," katanya pada sidang media selepas beramah mesra bersama kakitangan KBS.
Beliau berkata, pemilihannya sebagai menteri bukan hanya untuk berkhidmat kepada satu pihak sahaja tetapi untuk semua rakyat tanpa mengira ideologi.
"Saya jemput semua badan belia yang berdaftar secara langsung dibawah KBS, atau tidak untuk bersama-sama saya berkongsi idea dan pandangan.
"Saya juga tidak ada masalah untuk berdialog dengan mana-mana belia yang menyertai politik, saya akan tulis surat kepada mereka bahawa saya sedia dengar suara mereka.
"Saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua," katanya yang turut menegaskan bahawa beliau menteri untuk semua sukan dan tidak hanya tertumpu pada satu sukan sahaja.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menyifatkan perancangan yang dibuat kerajaan dan menteri KBS sebelum ini masih relevan untuk diteruskan.
"Untuk jangka masa panjang kebanyakan dasar yang ada sudah baik, namum perlu diperbaiki dan diberi nilai tambah berdasarkan keadaan semasa dan impak keputusan PRU13.
"Beri saya masa dan Timbalan Menteri (Datuk M.Saravanan) untuk selesaikan lawatan dan sesi dialog bersama agensi KBS dan persatuan-persatuan belia dan sukan bagi mendengar pandangan dan cadangan mereka sebelum melakukan sebarang perubahan," katanya
Menurutnya, proses kerukunan nasional yang perdana menteri tekankan adalah penting dalam menarik golongan muda mendekati kerjaan.
"Ini cabaran untuk saya, terutamanya mereka yang tidak sokong parti saya. Saya akan turun mendekati kumpulan ini untuk mengenalpasti citarasa belia masa kini.
"Saya akan ketepi protokol sedia ada untuk turut sama bekerja dengan kumpulan yang tidak menyokong kami (BN), kami sedia membuka pintu kepada mereka," katanya yang tetap memberi keutamaan kepada persatuan belia tradisional.
Exco DAP Selangor mahu pastikan isu air selesai
17 Mei 2013
Ean Yong Hian Wah yang dipilih menyertai barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor mahu memastikan masalah air di negeri ini dapat diselesaikan.
Katanya, sasaran pada penggal ini ialah supaya kerajaan negeri dapat mengambil alih industri air daripada Syabas.
"Kita mahu memastikan tarif air tidak dinaikkan sesuka hati," katanya kepada Sinar Harian Online.
Selain Ean, DAP juga meletakkan bekas Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk memenuhi Kabinet Selangor.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Teng meminta supaya beliau ditukar daripada jawatan Speaker kepada Exco.
Teng merupakan Adun Sungai Pinang sementara Ean merupakan Adun Seri Kembangan.
Sinar Harian sebelum ini ada menyiarkan sumber mendedahkan Teng dan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh bakal melengkapkan kuota DAP bagi menggantikan dua bekas Exco dari parti itu, Teresa Kok dan Ronnie Liu.
Nasib Chang Khim dan Hannah lebih baik berbanding kedudukan Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.
Sementara itu, Ean ketika dihubungi memberitahu, beliau belum mengetahui portfolio yang akan dikendalikannya.
Namun berharap, beliau dikekalkan sebagai Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram.
"Ya, ada mengharap," katanya.
Dalam senarai barisan exco sebelum ini, DAP dan Pas mempunyai tiga wakil sementara PKR memiliki empat wakil.
Komposisi barisan exco dijangka mengalami perubahan kerana DAP dan Pas masing-masing memenangi 15 kerusi sementara PKR hanya memperoleh 14 kerusi.
Idris Haron mahu Melaka bersih dari talian atas elektrik
17 Mei 2013
Beliau berkata langkah tersebut ialah untuk mewujudkan persekitaran yang indah serta mempunyai nilai estetika selari dengan Melaka sebagai bandar teknologi hijau dan warisan dunia.
"Sistem talian atas voltan rendah mencacatkan pemandangan dan boleh mencetus kepada ketidakselamatan jalan raya. Jadi saya minta tiang-tiang elektrik yang terdapat di tengah-tengah bandar diubah," katanya kepada pemberita pada majlis kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai ketua menteri yang diraikan warga kerja TNB hari ini.
Idris juga mencadangkan sistem lampu awam di bawah seliaan TNB perlu diseragam tahap pencahayaannya dengan tujuan mengindahkan negeri ini dengan persekitaran dan pemandangan yang tidak menyakitkan mata.
"Itu yang membezakan negeri kita sebagai negeri maju berbanding dengan negeri lain iaitu tahap keterangan lampu awam berada dalam tahap yang konsisten," katanya yang pernah bertugas sebagai Pengurus Daerah bahagian Pembahagian TNB di Melaka.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar TNB Melaka bahagian Pembahagian, Baderul Sham Saad. - Bernama
Othman Yusof: 'Polis bunuh anak saya'
17 Mei 2013
Othman turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang menembak mati kedua-dua anak lelakinya walhal mereka baru sahaja disyaki terlibat dalam rompakan itu dan belum lagi disabitkan kesalahan.
"Saya tak puas hati dengan tindakan polis, mereka tembak anak saya kerana dikatakan suspek rompakan.
"Kalau suspek, adakah kita perlu bunuh? Kita tak tahu lagi bersalah atau tidak, dia sepatutnya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, bukannya terus tembak," soalnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23 dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion, awal pagi pada 14 April 2012.
Beliau juga kesal apabila barangan milik anaknya ketika ditembak mati polis, iaitu wang tunai RM6,000 dan telefon bimbit bernilai lebih RM2,000 didapati lesap dan tidak dipulangkan kepada waris.
Lebih malang lagi kata Othman, polis memberitahu ketika kejadian berdarah itu, anaknya didapati memiliki sepucuk pistol, dadah dan sebilah parang malah enggan memberhentikan kereta lalu ditembak polis.
"Sebab itu saya tampil hari ini bersama peguam dari PKR untuk mendapatkan keadilan, bukannya pampasan.
"Hanya dua telefon bimbit ini bernilai lebih RM200 ke atas dipulangkan kepada saya," katanya
Shah Jazle ditangkap khalwat
17 Mei 2013
Serbuan dilakukan di Apartment Taman Sri Subang.
Penahanan Shah Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan Jais.
Kertas siasatan pengikut Al-Arqam dibuka
17 Mei 2013
Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, pihaknya sudah ambil keterangan semua pihak terlibat, sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan.
“Sekarang, kita sedang mendapatkan maklumat dan bukti lebih terperinci melibatkan semua individu yang relevan dengan kes. Bila sudah cukup bukti, kita akan serahkan kepada pihak pendakwaan, baru sebutan.
“Setakat ini, Ummu Jah masih di Selangor sebab (sebelum ini) kita bebaskan dengan jaminan,” katanya, semalam.
Isnin lalu, Jais menahan 11 pengikut Al-Arqam termasuk Ummu Jah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dalam Operasi KLIA (Ops KLIA).
Mereka yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana melanggar arahan mufti.
Semua pengikut Al-Arqam itu dihantar pulang kedutaan Arab Saudi berikutan program pemutihan dijalankan kerajaan tersebut.
Sejak 9 April lalu, Jais menahan 59 individu dipercayai pengikut Ar-Arqam dalam Ops KLIA termasuk cucu kepada Pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya dalam kalangan pengikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan