Rabu, 1 Mei 2013

RAMALLAH BILA DIRI KITA MATI...MUDAH2AN TINGGAL KERJA2 JAHAT...BERHIJRAH BUAT KERJA2 BAIK....TAK TAHU LAH....TAK KISAH NERAKA ATAU SYURGA

Hari Pekerja: Penjawat Awan/Swasta Ubah...
Posted on Wednesday, May 01 @ 11:35:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: IbnuSabah

"Salam kesejahteraan kepada seluruh warga pekerja Malaysia di mana saja anda berada sempena sambutan Hari Pekrja 01 Mei 2013.

Bertepatan dengan sambutan Hari Pekerja ini semua warga pekerja Malaysia sam ada di sektor awam atau swasta atau persendirian, kita juga berada dalam musim pilihanraya Malaysia PRU 13 untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk mentadbir negeri dan negara kita ke arah yang terbaik.

Rakyat Malaysia dan warga pekerja awam dan swasta yang bebas dan merdeka yang berkelayakan sebagai warganegara adalah wajib memilih dan mengundi pemimpin yang terbaik.

Kita hari ini mempunyai dua set pimpinan atau dua pilihan. Satu pimpinan Pakatan Rakyat dengan saf pimpinan terbaik yang telah membuktikan kualiti dan wibawa mereka dalam memimpin dan mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan Perak dulu sebelum dikudeta secara jahat oleh gerombolan lanun politik umno/BN.

Satu lagi pimpinan BN/umno yang sudah lama memegang kuasa politik di Malaysia sejak mula merdeka. Tetapi sosok peribadi pimpinan umno/BN yang ada sejak Mahathir, berpindah kepada Pak Lah, sekarang ini kepada Najib anak Razak telah lama diperhati oleh rakyat terutama golongan muda, golongan terpelajar, cendekiawan yang cerdik dan merdeka,

Tidak termasuk golongan cendekiawan yang terjajah, terkurung dan terbelenggu dalam pagar jel umno/BN yang telah menternak mereka menjadi cendekiawan yang mandul, tumpul akal budi dan jiwa yang lemah untuk lari dari pagar perhambaan minda, akal budi dan jiwa.

Hingga mematikan jati diri mereka sebagai cendekiawan dan sarjana, menjual ilmu, melacur diri kepada golongan perasuah, elit zalim yang memperkuda sesiapa jua rakyat yang lemah dan tiada keberanian.

Warga pekerja negara yang merdeka, di tangan anda ada kuasa untuk memilih sang penguasa yang tiada apa-apa kuasa, kecuali kuasa itu diberikan oleh anda semua.

Kuasa itu ialah kuasa UNDI. Satu undi anda bererti kemenangan rakyat dan warga pekerja Malaysia untuk masa depan yang lebih baik dibawah Pakatan Rakyat.

PRU 13 pada hari Ahad 05 Mei 2013 kali ini adalah peluang keemasan dan terbaik untuk seluruh warga pekerja di Malaysia yang mempunyai lebih satu juta warga yang layak mengundi untuk memilih pemimpin terbaik Malaysia yang rata-rata berada dalam saf pimpinan Pakatan Rakyat.

Saf pimpinan Pakatan Rakyat ini diterajui oleh mereka yang memiliki jati diri yang terbaik, tahn diuji, amanah, berwibawa, ikhlas dan sentiasa dekat di hati rakyat jelata.

DS Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Dr Harun Din, TS Khalid Ibrahim, Dato' Chua Jui Meng, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Ustaz Azizan Razak, Lim Guan Eng, Ir Nizar Jamaluddin, Azmin, Saifuddin, Sallahuddin, Mahfuz, Husam, Mazlan, Dr Rosli Yakob, Dr Dzulkifley, Rafizi, Dr Mujahid, Sivarasah, Datuk Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing, TS Ibrahim Menudin, Datuk Yahya Lampong, Jafar Ismail, Baru Pian, Dr Mariah, Nurul Izzah, Fauziah, Mumtaz Nawi, Ustazah Nuridah Saleh...ramai lagi deretan pimpinan Pakatan Rakyat yang terbaik dan layak untuk memimpin dan mentadbir negeri dan negara dengan lebih baik, amanah, adil dan bertanggungjawab.

Insya Allah bi izniLlah mereka ini dipilih dan menang dalam PRU 13. Mereka akan membawa banyak perubahan dalam kepimpinan dan pentadbiran negeri dan negara antaranya pembaharuan dan penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam juga sektor swasta.

Manifesto Pakatan Rakyat adalah bukti kesungguhan, iltizam dan amanah kepimpinan yang akan dibawa ke dalam perkhidmatan awam, antara perkara-perkara itu:

1. Perkhidmatan awam yang bebas dari campurtangan politik

2. Struktur gaji perhidmatan awam yang baru

3. Gaji minima RM1,100

4. 1 juta pekerjaan

5. Memartabat kemuliaan penjawatan awam

6. Bonus tahunan yang kondusif (Calon Pakatan Rakyat/PAS di P125 Putrajaya Husam Musa tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat akan bagi bonus 4 bulan)

7.Pinjaman perumahan tanpa riba

8. Harga kereta rendah (serendah RM25 ribu)

9. Harga minyak petrol turun

10. Hapuskan tol

11. Hapuskan saman AES

12. Penjawat awam gred 41 ke bawah tak dikena cukai

Ini merupakan antara tawaran Pakatan Rakyat kepada penjawat awam di Malaysia.

Ia lebih baik daripada tawaran BN/umno yang telah memerintah kerajaan persekutuan lebih 50 tahun. Para pemimpin umno/BN bila memikirkan kebajikan rakyat dan penjawat awam yang terfikir ialah BANKRAP!

Untuk kayakan anak bini, adik beradik, kroni dan tauke TAK BANKRAP!

Apa punya pemimpin. Inikah pemimpin yang hendak dipilih lagi. Warga pekerja dan penjawat awam dan swasta sebagai rakyat Malaysia kita semua mesti bersama menamatkan pemimpin-pemimpin yang boros, rasuah dan tidak amanah itu.

Insya Allah bi izniLlah selepas 5 Mei 2013 Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP akan menerajui pemerintahan negeri dan negara.

UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP DI TEMPAT ANDA.

Ini kali lah!!!"


 Muhyidin nujum Pak Belalang meramal lagi!
Posted on Wednesday, May 01 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,

Nujum Pak Belalang meramal lagi. Kali ini Ramalannya ialah campur tangan asing akan berlaku kalau DSAI jadi PM. Cuma setakat ini belum ada air ajaib yang boleh memaparkan ramalannya.

Kuasa asing menurutnya sudah bersedia campur tangan sebaik saja DSAI ditabalkan menjadi PM. Ramalan cari makan dari Nujum Pak Belalang!

Selain itu, Nujum Pak Belalang juga merujuk kepada lapuran akhbar mengenai ada pemimpin pembangkang(PR) yang menyeru supaya jangan pangkah PAS sebagai kelam kabut di kalangan pembangkang.

Ucapannya disiarkan oleh TV 9 dan mungkin juga TV 3 suku dan lain lain stesyen TV tetapi RTM turut menyiarkan kesepakatan yang dicapai oleh PR di Kota Damansara di mana persetujuan PAS menyerahkan kerusi itu kepada PKR dan PSM.

Dua maklumat berlainan yang ditunjukkan oleh media BN, satu cuba menunjukkan kecelaruan dan satu lagi menunjukkan semangat pemaufakatan yang kukuh dalam PR.

Lapuran akhbar yang dirujuk oleh Nujum Pak Belalang merupakan tulisan di blog timbalan pengerusi DAP Johor yang nampak macam parasit dalam PR tetapi yang kelakarnya, apabila ada seruan dari pemimpin PR yang menunjukkan adanya perbalahan dalam PR disensaikan oleh akhbar BN sementara lapuran mengenai kekuatan dan sambutan rakyat di mana jua adanya PR tidak pula disiarkan.

Lapuran sebegini akan jadi buah mulut orang seperti Nujum Pak Belalang sebagai usaha melembukan rakyat. Kononnya BN yang mampu menyelamatkan negara dari campur tangan asing ini dan kononnya dia mahu menyampaikan mesej kepada pembangkang (PR) bahawa BN betul betul mahu menyelamatkan negara.

Tetapi seperti biasalah, nujum Pak Belalang sekadar menipu sahaja, mesej yang sebenarnya ialah BN mahu membolot terus hasil kekayaan negara dengan menjadikan rakyat hamba yang membayar dengan harga yang tinggi. Kehadiran APCO sudahpun membuktikan ada campur tangan asing dan kehadiran ini terjadi semasa BN memerintah. Sambil itu ada yang kata anak TPM yang akan jatuh kepada warga asing di mana saya tidak pasti mengenainya tetapi saya pasti anak PM sekarang akan jatuh ke tangan warga asing yang dikenali sebagai penjenayah antarabangsa.

Semuga rakyat tidak membeli ramalan Nujum Pak Belalang yang ada niat sepeti Nujum Pak Belalang dalam epik melayu lama, mahu jadi PM (seperti Nujum Pak Belalang purba yang dapat kahwin anak raja).


"Pemuda Umno serbu markas PAS DUN Kota
Posted on Wednesday, May 01 @ 10:16:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Oleh: amkns

"

pasRembau 30 Apr 2013 – Tatkala AJK PAS DUN Kota selesai bermesyuarat di Markas PAS DUN Kota malam tadi, tiba-tiba datang beberapa orang pemuda yang muka mereka tidak pernah dikenali sebelum ini.
Mereka ini datang selepas menghadiri ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Chembong.


Ada bersama mereka ialah Ketua Bilik Gerakan PAS dari sebuah kampung , berjiran dengan kampung Khairy Jamaluddin di Gadong. Lalu diberitahu bahawa mereka ini adalah merupakan pemuda-pemuda Umno di kampung berkenaan. Salah seorang daripada mereka adalah merupakan Ketua Penerangan Umno cawangan kampung berkenaan.
Agak terkejut juga barisan AJK PAS DUN Kota dengan perkembangan terbaru ini, yang tidak pernah terfikir, pemuda-pemuda Umno, lebih-lebih lagi mereka yang berhampiran dengan kampung Khairy Jamaluddin sanggup bersama PAS dan Pakatan Rakyat sekarang ini.
Pendekatan kempen PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 kali ini di DUN Kota adalah amat berbeza sekali dengan yang sudah-sudah, di mana para petugas Pakatan Rakyat sering diingatkan bahawa mereka perlu berkempen secara berhemah dengan orang-orang kampung, lebih-lebih lagi orang Umno, kerana mereka ini adalah orang kampung kita, satu suku, satu waris, saudara se Islam.
Pada sebelah siangnya tadi telah diadakan ceramah penerangan Umno berhampiran Markas PAS di DUN Kota. Khairy Jamaluddin dalam ceramahnya memberitahu dia amat yakin Umno boleh menang bergaya di DUN Kota, sebab itu dia banyak tertumpu kempen di DUN Paroi. Ezam Mohd Nor juga hadir memberi ceramah, dia mengatakan ada banyak lagi rahsia Anwar akan didedahkan selepas ini bila dia ceramah di Pulau Pinang nanti.
PAS Pusat dan PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan sasaran untuk memenangi DUN Kota dalam PRU-13 ini. Sekiranya PAS menang di DUN Kota ini dalam PRU-13 ini, insyaAllah, ianya semua adalah kerja Allah, dengan izin Allah semata-mata.
Sila layari laman sesawang PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com yang dilancarkan tidak sampai sebulan yang lalu kini jumlah pengunjungnya telah mencecah 11,500 pengunjung.

  Selagi umno/BN berkuasa...
Posted on Wednesday, May 01 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: IbnuSabah

"Kata-kata hukama : Untuk membaiki dunia, maka baikilah manusianya. Untuk membaiki manusia, maka terlebih dahulu baikilah hatinya.

Untuk merubah Malaysia kena ubahlah pemimpinnya. Untuk merubah pemimpinnya. Maka rakyatnya wajib berubah. Ini Kali Lah!

Rakyat Malaysia yang tercinta, percayalah selagi umno/BN terus berkuasa dalam politik negeri dan Negara yang kita sayangi ini PERUBAHAN KE ARAH LEBIH BAIK DALAM PENTADBIRAN, PENGURUSAN, PENDIDIKAN, EKONOMI, PERUNDANGAN, SOSIAL, KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN APA JUA TIDAK MUNGKIN akan kita kecapi lagi perubahan terbaik itu untuk rakyat...

Percayalah slogan Rakyat didahulukan hanyalah slogan manis indah umno/BN untuk memperdaya dan memerangkap kita semua...

Betul Rakyat didahulukan dengan beban hidup yang menghimpit hidup rakyat harga MINYAK TERUS MENINGKAT NAIK...harga barangan asas gula, susu, tepong juga naik...

Hutang Negara juga terus NAIK KINI MENCECAH ANGKA YANG AMAT MEMBIMBANGKAN...RM500 billion bukan 500 juta, tapi 500 ribu juta.

PRU 13 pada hari Ahad 5 Mei 2013 inilah peluang rakyat Malaysia untuk berubah bersama para pemimpin Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP untuk Malaysia yang baru, pemerintah Malaysia yang baru.

Dengan sosok peribadi para pemimpin Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP seperti Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Dr Harun Din, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Husam, Mahfuz, Salahuddin Ayub, Mat Sabu, Azmin, Saifuddin Nasution, Sivarasa, Nurendren, Tian Chua, TS Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Dr Dzulkiley, Dr Mariah,Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Azizan, Takiyuddin Hassan, Lim Guan Eng, Anthony Loke, Tony Pua, Teresa, Dr Manuty, Mustafa Kamil, Mazlan Aliman, Dr Mujahid Yusof Rawa, Nasrudin Tontowi, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Dato Chua Jui Meng, Fauziah Saleh, Nurul Izzah dan lain-lain sebenar lebih berwibawa untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara Malaysia dengan lebih baik.

Berbanding sosok dan peribadi para pemimpin umno/BN dari Najib, Mahyuddin, Chua Soi Lek, Shafie Afdal, Mahathir, Zahid Hamidi, Noh Omar, Nazri, Azalina Said, Jamil Khair, Mashitah, Koo So Kun, Rosnah Shirlin, Hanifah Aman, Musa Aman, Ahmad Said, Ghani Othman, Isa Samad, Ali Rustam, Dr Zambry, Adnan, Mohamed Hassan, Taib Mahmud dan lain-lain yang dimaklumi majority rakyat terpalit dengan berbagai-bagai isu dan skandal.

Rakyat Malaysia kena bijak dan cerdik. 12 kali pilihanraya tak kan selama-lama masih diperbodohkan.

Andai umno/BN terus berkuasa lagi selepas PRU 13 ini, percayalah kesombongan, keangkuhan dan kezaliman umno/BN juga akan terus-menerus mencengkam kuasa milik rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia akan dipersetankan, rakyat Malaysia akan diperbodohkan lagi, rakyat Malaysia akan menerima banyak lagi beban hidup yang menghimpit kehidupan di dalam semua bidang...

Ya kalian sebagai rakyat Malaysia kurang pendapatan RM3,000 dihamburkan RM500 BR1M, dihambur lagi RM500 BR1M kali kedua, pelajar dapat RM100, mahasiswa dapat baucar buku RM200.

Dianggarkan 5.2 juta rakyat daripada 28 juta rakyat dapat BR1M kali pertama sejak merdeka 56 tahun dulu. BR1M ini cuma bernilai makanan terselit dicelah gigi.

Mereka para pemimpin umno/BN yang tamak dan rakusnya mereka meratah dan menyamun harta rakyat, harta negeri dan Negara melalui nama-nama projek itu projek ini puluh juta untuk seorang keluarga menteri, ada ratus juta untuk keluarga menteri.

Ambil beberapa contoh seperti kes projek lembu yang tak jadi RM250 juta untuk seorang keluarga menteri, projek dibawah kementerian belia seorang anak menteri dapat RM30 juta.

Boleh anda sebagai rakyat yang cerdik dan tak buta hati, tak juga buta akal budi membandingkan rakyat 5.2 juta setiap seorang dapat RM500. Seorang keluarga menteri mungkin ada 5, 6 orang anak dapat atas nama projek kerajaan RM250 juta.

Seorang lagi anak menteri yang memang dah kaya raya dapat RM30 juta atas nama projek kerajaan juga.

Beberapa orang lagi anak bekas perdana menteri menjadi orang terkaya di Malaysia kerana meratah harta rakyat, khazanah negeri dan Negara semasa bapak jadi perdana menteri.

Apa punya umno/BN, mereka ingat wang dan harta negeri dan Negara ini mereka punya anak beranak ka...boleh agih sesuka hati mereka. Sekian banyak untuk anak bini aku jalankan projek kerajaan, sekian banyak lagi kamu agih-agihkan la sesama kamu.

Rakyat tak cemburu menteri, anak menteri mau jadi kaya. Tapi biarlah kaya ikut jalan yang betul. Yang rakyat marah anak-anak kamu kaya raya sebab bapa kamu jadi perdana menteri, jadi menteri, jadi menteri besar, ketua menteri...

Allah Subhanahu wa Ta'ala tunjukkan bukti yang zahir dapat dilihat rakyat, bilamana ada menteri besar umno/BN didapati salah kerana rasuah, nyatalah mereka kaya raya kerana wang haram itu.

Rakyat Malaysia MESTI BANGUN, WAJIB BANGKIT untuk menghentikan semua angkara jahat para pemimpin umno/BN...untuk menyelamatkan harta dan khazanah negeri dan Negara dari diratah dan disamun oleh para pemimpin umno/BN.

Untuk selamatkan wang rakyat dari diagih-agihkan sesama anak beranak dan adik beradik para pemimpin umno/BN yang rasuah dan tidak amanah itu.

Untuk menyelamatkan wang dan harta rakyat, negeri dan Negara dari diagih-agihkan sesama krooni dan juga tauke belaan umno/BN.

Kuasa rakyat Malaysialah yang akan menamatkan nafsu jahat, nafsu serakah, nafsu tamak, nafsu rakus para pemimpin umno/BN itu.

Rakyat Malaysia WAJIB UNDI PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP pada PRU 13 hari Ahad 5 Mei 2013 ini.

Insya Allah bi izniLlah dengan UNDI RAKYAT MALAYSIA kemenangan Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP akan membawa sinar baru di bumi Malaysia. Dengan kepimpinan yang bertaqwa, amanah, adil dan tidak rasuah memimpin dan mentadbir negeri dan Negara ini, insya Allah, insya Allah kata Maher Zain... rakyat, negeri dan Negara kita Malaysia bumi bertuah ini akan lebih aman, damai dan berkat.

Sebagai rakyat yang bijak, cerdik dan merdeka ANDA JANGAN TAKUT, JANGAN BIMBANG UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN PARTI KERAJAAN YANG BARU UNTUK MENTADBIR DAN MEMIMPIN NEGERI DAN NEGARA KITA.

Ya Allah makbulkan doa-doa kami hamba-hamba-Mu yang lemah ini, kurniakanlah kami, negeri dan Negara kami Malaysia ini pemimpin-pemimpin yang bertaqwa, pemimpin-pemimpin yang baik, pemimpin-pemimpin yang amanah, pemimpin-pemimpin yang adil untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara kami dengan lebih baik.

Ya Allah bukakanlah pintu hati seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi agar mereka bersatu hati memilih dan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dalam PRU 13 ini.

Ya Allah kurniakanlah kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP sesungguhnya Ya Allah Engkau Maha Kuasa, Maha Mengetahui kebaikan, keikhlasan dan sifat jujur dan amanah para pemimpin Pakatan Rakyat untuk berusaha membawa perubahan dalam kepimpinan dan pentadbiran dalam negeri dan Negara kami, amin ya Rabbal'alamin

TaqabalaLlahu minna wa minkum!!!

UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP DI TEMPAT ANDA

INI KALI LAH!!! ALLAHU AKBAR!!! REFORMASI!!!!!!!!!!!!!!"

Tiada ulasan: