Rabu, 1 Mei 2013

JANGAN PEROMPAK2 YANG DIKENALI DAH...MEROMPAK TAK KIRA KAYA DAN MISKIN...MEROMPAK MENGIKUT UNDANG2 SEBAB MEMPUNYAI KUASA...KIRA2 SALAH GUNA KUASALAH...AKHIRAT KAURANG JAWAB

Sistem PBS dinilai semula jika PR menang PRU13

Abdul Hadi Awang, 01 Mei 2013
Pahawa PAS berkewajipan memperkenalkan agenda pembangunan insan yang sebenarnya mengikut acuan Allah, pencipta manusia dan seluruh alam. Kegagalan sesuatu sistem pendidikan menjadikan negara dan bangsa ketinggalan, lemah dan hina.


PAS bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat sungguh komited untuk melakukan penilaian semula terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kini dilaksanakan di sekolah - sekolah di seluruh Malaysia.


Walaupun ada kebaikannya, tetapi melaksanakannya secara separuh masak tanpa menyediakan infra tenaga tambahan yang mencukupi akan hanya mendera guru-guru yang terlibat.


Apa yang kini dilaksanakan adalah tidak menepati konsep dan aplikasi sebenar PBS. Ini memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan negara.


Contohnya tekanan kerja, kerja perkeranian yang tinggi, pengabaian pengajaran dan pembelajaran kerana tertumpu kepada mengisi dan mengemas kini data pelajar, kurang penyediaan bahan bantu pengajaran, melanjutkan waktu bertugas guru sehingga hujung minggu, hilang fokus kepada tanggung jawab kepada keluarga dan seterusnya menyebabkan kekecewaan di kalangan guru.


Kelemahan-kelemahan yang ada menyebabkan guru dan ibubapa tertekan sehingga menjejaskan matlamat pendidikan dan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini, saya memberikan jaminan pelaksanaan PBS ini akan dinilai semula supaya tidak membebankan warga pendidik dan seterusnya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Mahasiswa, anak muda sokong PR demi masa depan

Ibnu Shahid,


Malaysia adalah sebuah negara yang amat subur dengan pelbagai sumber aslinya. Hasil minyak, gas, bijih timah, emas, sumber asas tani seperti getah, kelapa sawit dan pelbagai sumber lain lagi adalah anugerah Allah kepada seluruh rakyat di Malaysia seluruhnya.

Boleh dikatakan dengan adanya segala sumber ini negara mampu untuk menampung seluruh keperluan rakyatnya yang berjumlah kira-kira 28 juta ini. Namun apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun negara merdeka, masih ada lagi rakyat yang hidup melarat, miskin tegar dan boleh dikatakan yang makan gaji juga hanya cukup-cukup makan sahaja.

Persoalan yang berlegar kenapa perkara ini boleh terjadi? Bukankah kita ada sumber minyak yang melimpah ruah dan kekayaan sumber asli yang lain? Di manakah hasil kekayaan negara ini disimpan?

Tidakkah kerajaan bijak dalam mengagihkan sumber kekayaan negara kurniaan Tuhan ini?

Adalah tidak boleh diterima akal sebuah negara yang kaya dengan sumber aslinya selama ditadbir oleh kerajaan yang diwar-warkan "hebat" ini masih lagi tidak mampu memberikan khidmat kebajikan yang baik kepada seluruh rakyatnya terutama di Sabah dan Sarawak?

Baru-baru ini saya ada membaca Menifesto PR dan juga Menifesto BN. Bila saya mengamati kedua-dua Manifesto tersebut amatlah tidak menghairankan saya kenapa majoriti anak muda sekarang ini terutamanya mahasiswa yang cerdik pandai menyokong PR.

Dalam kandungan Manifesto PR antaranya kerajaan PR akan diberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Siapa yang tidak suka akan tawaran ini? Kenapa PR begitu yakin boleh memberikan pendidikan percuma kepada rakyat?

Semua terjawab di dalam penerangan-penerangan yang konkrit beserta fakta termasuk dalam penerangan mereka di dalam ceramah-ceramah mereka.

Saya begitu tertarik dan teruja dengan hujah Saudara Rafizi Ramli dalam memperincikan  Manifesto PR tersebut yang mudah diakses di dalam laman Youtube.

Bukan sahaja pendidikan percuma, saya fikir  segala yang dijanjikan dalam Manifeso PR tersebut adalah yang terbaik ditawarkan sepanjang tempoh lebih 50 negara merdeka.

Inilah masanya kita perlu memberikan laluan kepada PR agar mereka dapat membuktikan janji mereka kepada rakyat seluruhnya.

Putrajaya bukanlah barang yang boleh diwarisi oleh kroni. Ianya juga bukanlah warisan UMNO dan BN. Ianya adalah lambang  demokrasi  dan rakyatlah yang akan menentukan siapa yang akan menerajui Putrajaya di dalam pilihanraya akan datang ini.

Kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulangi agar rakyat jangan menjadikan pilihanraya sebagai eksperimen amat menggelikan hati. Beliau ingin rakyat terus menyokong BN dan jangan menggadaikan negara dengan memberikan tampuk pemerintahan kepada kerajaan PR.

Ironinya beliau juga yang kata negara kita mengamalkan demokrasi. Di mana demokrasainya jika UMNO dan BN sahaja yang memonopoli pemerintahan sejak sejak negara merdeka lagi?

Bagaimana rakyat ingin membuat perbezaan  yang mana lebih baik di antara kerajaan BN dan kerajaan PR jika langsung PR tidak diberikan peluang? PR kalah 13 kali dalam pilihanraya untuk menerajui negara sedangkan BN dah menang 13 kali sepanjang pilihanraya diadakan.

Jadi momentum sekarang ini ramai di kalangan anak muda berkata kita akan “Ubah” dan isyarat ini semakin jelas berkumandang apabila tarikh keramat 05 Mei 2013 ini semakin hampir.

Marilah kita anak muda membuktikan “kuasa rakyat” demokrasi subur di negara tercinta ini. Ini kali lah…

Muar, Johor.

Putrajaya: Jimat RM27b henti sewa bangunan k’jaan

Harakahdaily, 01 Mei 2013
PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan  amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding.

Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang.

Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.

Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa daripada Putrajaya Holdings.

Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.

Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia.

"Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.

SPR beli dakwat cap apa, tanya Pemuda PAS

Harakahdaily, 01 Mei 2013
KUALA LUMPUR: “Dakwat cap apa tu, kena goncang dulu baru boleh pakai. Kos beli dakwat habis 2.4 juta ringgit. Tak kan beli dakwat harga murah,” tulis Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan di dalam facebook.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan SPR berhubung dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal semalam mudah hilang dengan membasuh jari.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan menyatakan ekoran dakwaan itu pihaknya membuat beberapa ujian dan hasilnya jari dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal berbanding botol yang tidak digoncang.

Begitupun, beliau menegaskan setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi semalam tidak boleh mengundi sekali lagi pada 5 Mei dan SPR akan terus menggunakan dakwat itu pada hari pengundian.

Justeru, Nasrudin yang juga calon PAS bagi Parlimen Temerloh berharap tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan membeli dakwat tersebut.

Hapuskan tol yang merompak rakyat untuk suap kroni!

http://greenboc.blogspot.com, 01 Mei 2013

Di Malaysia, projek pembinaan lebuhraya merupakan satu lapangan perniagaan yang berisiko rendah dan sangat menguntungkan syarikat konsesi. Akan tetapi, projek sebegini dikhususkan untuk kroni-kroni BN sahaja.

Contohnya, syarikat PLUS yang membelanjakan RM5.9 bilion untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan, namun sehingga 31 Disember 2010, telah mengutip tol sebanyak RM18.3 billion. Bagi setiap ringgit yang dikutip, syarikat konsesi memperoleh untung bersih sebanyak 52 sen!

Tambahan pula, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2016. Mengikut terma konsesi, bayaran tol akan dikutip sehingga 2038 - ini bukan saja membebankan kita tetapi juga anak cucu kita.

Ceritanya sama dengan syarikat-syarikat konsesi yang lain seperti Lebuharaya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Karak.

Di bawah BN, tol akan diteruskan di lebuhraya-lebuhraya yang baru seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru (EDL) dan Lebuhraya Pantai Barat Taiping - Banting (WCE). Masing-masing akan mengutip tol untuk tempoh 34 dan 60 tahun.

Hakikatnya, jika rasuah dan penyelewengan dikurangkan, kerajaan boleh membeli balik lebuhraya, menghentikan syarikat konsesi daripada mengaut keuntungan yang melampau, dan memansuhkan tol dalam jangka masa yang paling singkat.

Ini adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. Jika PR berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya, rakyat akan menikmati perkhidmatan lebuhraya percuma!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Nasrudin sedia pelan tingkat ekonomi warga Temerloh

Harakahdaily, 01 Mei 2013

Ribuan rakyat menghadiri ceramah Nasrudin di Mentakab malam tadi.

KUALA LUMPUR: Calon PAS Temerloh Nasrudin Hassan merangka beberapa pelan bagi mengangkat Temerloh menjadi sebuah bandar yang lebih berdaya saing.

Pelan yang dinamakan Pelan Ekonomi Berkebajikan itu antara lain mahu memberikan bantuan benih ikan Patin dan Talapia setiap tahun kepada pegusaha penternakan ikan  sangkar di kawasan itu.

Selain itu, beliau juga bercadang memperkasakan program inap desa di Temerloh yang kini menjadi antara sumber pendapatan bagi penduduk.

"Program inap desa dianggap program yang bersih dan murah untuk dibangunkan kerana menggunakan sumber yang sedia ada di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata, contoh program inap desa yang berjaya adalah sepeti yang telah dilakukan di Desa Murni, Kerdau dan kini beberapa daerah lain di Temerloh ini juga telah mengusahakannya.

Ianya termasuk Rumpun Makmur, Bangau Tanjung, Seri Semantan dan Seberang Temerloh.

Beliau turut bercadang menubuhkan sebuah panel perundingan ekonomi Temerloh yang akan dianggotai pakar ekonomi, wakil egensi kerajaan, persatuan peniaga dan usahawan tempatan.

Beliau juga percaya, keunikan masyarakat Temerloh yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Orang Asal, mampu diadun demi membangunkan ekonomi masyarakat.

Tiada ulasan: