Bintang bertukar 'underdog' di Lembah Pantai
Naib
Priden PKR Nurul Izzah Anwar sedang menghadapi laluan sukar untuk
mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandangnya menentang
Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong
Chik Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba dalam persaingan tiga
penjuru.Masalah utama bagi Nurul Izzah, 32, ibu kepada dua anak, apabila terdapat 16,500 pengundi baru di kawasannya - yang beliau yakin 5,000 daripadanya pengundi hantu kerana tidak boleh dikesannya.
Kebimbangan itu ekoran kemenangannya terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini hanya dengan majoriti 2,895 undi.
Justeru, mengikut perkiraannya, jumlah pertambahan pengundi baru itu dan "pengundi hantu" itu boleh mengubah kemenangan itu - sejumlah 2,000 pengundi pos tidak termasuk.
Walaupun sebagai penyandang, Nurul Izzah kini dilihat sebagai calon underdog atau bukan pilihan menentang jentera besar dan bertenaga Raja Nong Chik, yang juga mempunyai reputasi baik berkhidmat kepada rakyat pada masa mudanya.
Raja Nong Chik, 60, pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai sekitar tahun 80-an.
Malah, gambar-gambar lamanya yang menunjukkan beliau menolong orang ramai, seperti mangsa banjir dan kebakaran di setinggan masih boleh dilihat sampai hari ini.
Beliau juga dilihat sebagai pemimpin akar umbi.
DJ bantah dalam diam iklan MCA di radio
DJ
radio berbahasa Cina 988 memuatkan gambar hitam putih mereka dalam
laman Facebook rasmi sebagai bantahan dalam diam terhadap iklan kempen
MCA yang disiarkan stesen itu.Sebahagian daripada mereka turut memuatkan gambar itu di Facebook masing-masing dengan pesanan: "Kami gunakan kebijaksanaan sendiri. Iklan stesen ini tidak mewakili pendirian kami."
Malaysiakini difahamkan bahawa DJ terlibat tidak puas hati dengan iklan yang didakwa berbentuk negatif oleh MCA yang dirasakan mereka fitnah dan menyemai rasa takut di kalangan pendengar.
Menurut sumber dalaman, kumpulan DJ sudah menyuarakan bantahan mereka sebelum iklan itu disiarkan tetapi tidak berjaya walaupun disokong beberapa pengurus kanan.
Sumber menegaskan, langkah itu tindakan peribadi DJ dan tidak melambangkan pendirian rasmi 988 - saluran milik Star Publications yang dikawal MCA.
Pekerja bank ancam 'benam' Subra di Segamat
Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) merancang mengadakan piket
secara berterusan di Segamat terhadap Dr S Subramaniam yang
mempertahankan kerusi itu.Perkembangan itu berlaku dalam keadaan Subramaniam, menteri sumber manusia, sudah pun dihimpit momentum kempen lawannya daripada PKR Chua Jui Meng.
Nube berikrar berpiket tiga hari berturut-turut bermula hari ini - yang juga Hari Buruh - bagi memastikan Subramaniam tumpas di Segamat.
"Beliau adalah menteri sumber manusia paling teruk sehingga kini. Kami akan pastikan dia tidak lagi menjadi menteri (selepas pilihan raya umum)," kata Presiden Nube Tan Eng Hong (kiri) ketika dihubungi.
Tan berkata, Nube tidak puas hati dengan tindakan Subramaniam menyokong pembentukan kesatuan dalaman Maybank yang mencairkan pengaruh mereka dalam isu berkaitan pekerja.
Ditemui di Segamat malam tadi, Subramaniam menyelar Nube dengan menyifatkannya bermain politik.
"Bagi saya, apa yang mereka lakukan salah kerana ia sudah masuk mahkamah... Kenapa kamu (Nube) perlu bawa dalam pilihan raya, bawa ke jalan raya dan piket? Ini bukan budaya yang baik," katanya.
Pakatan terus kumpul angka besar di NS
Menjelang
empat hari sebelum pengundian, Pakatan Rakyat terus mengumpulkan angka
besar dalam ceramah mereka di Negeri Sembilan, dengan perkembangan
terkini sekurang-kurangnya 25,000 orang hadir dalam ceramahnya di
Sikamat malam tadi.
Perkembangan itu dilihat cuba memberi isyarat kepada BN agar bersedia berhadapan kemungkinan memberi laluan kepada sebuah kerajaan negeri baru di negeri itu.
Bertempat di Jalan Datuk Siamang Gagap, Sikamat malam tadi, pelbagai kaum hadir pada majlis ceramah raksasa menampilkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Orang ramai sabar menunggu beliau yang diperkenalkan sebagai "perdana menteri Malaysia ketujuh" dan menyambutnya dengan sorakan dan laungan sewaktu beliau tiba pada jam 11.20 malam.
"Pilihan raya hujung minggu ini saudara, minggu depan kita batal hutan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
"(Pada) 5 Mei kita pilihan raya, 6 Mei kita bentuk kerajaan baru, dan 7 Mei kita turunkan harga minyak!" kata Anwar disambut sorakan gemuruh daripada hadirin ceramah.
Mood sama di Terminal 2 Seremban
Kehadiran Anwar dilihat menyuntik semangat tambahan kepada kempen Pakatan terutamanya jentera PKR yang bertanding di DUN Ampangan dan Sikamat yang dimenangi dengan majoriti tipis sahaja pada tahun 2008.
Ampangan dimenangi PKR dengan majoriti 165 undi sementara Sikamat pula dimenangi dengan majoriti 499 undi sahaja.
"Sudah pasti kedatangan beliau (Anwar) memberikan dorongan kepada kebangkitan rakyat di Seremban.
"Pada saya lawatan beliau ini adalah untuk memastikan kita terus fokus dalam kempen pada saat-saat terakhir ini," kata pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang bertanding di kerusi DUN Ampangan dan mempertahankan Parlimen Teluk Kemang.
Pada pilihan raya tahun 2008, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Negeri Sembilan.
Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi (DAP 10 kerusi, PKR empat kerusi dan PAS satu kerusi) sementara BN menguasai 21 kerusi.
"Mood yang sama malam ini dirasai pada ceramah Pakatan bertempat di Terminal 2 Seremban lima tahun lalu tepat dua hari sebelum hari mengundi," kata seorang pengunjung ceramah yang tidak mahu dinamakan kepada Malaysiakini.
'Wu yue wu, huan zheng fu'
Ceramah malam tadi juga membuktikan majoriti pengundi Melayu di kawasan bandar terus bersama Pakatan.
Manakala dua ceramah raksasa DAP di pasar besar Seremban dan Oakland Park sebelum ini berjaya menarik majoriti pengundi Cina.
Jalan Datuk Siamang Gagap yang kebiasaannya adalah laluan empat lorong bertukar menjadi laluan selorong yang hanya muat dilalui motosikal apabila pengunjung ceramah turut melimpahi jalan itu untuk mendengar ucapan Anwar.
Mereka turut beramai-ramai melaungkan ungkapan "wu yue wu, huan zheng fu (5 Mei, Kita tukar kerajaan)" berulang-ulang kali sewaktu menanti Anwar tiba ke tapak ceramah.
Di penghujung ceramah, Anwar membakar semangat pengunjung dengan mengetuai laungan "Reformasi", "Membujur lalu melintang patah", dan laungan "Ubah" yang disambut dengan sorakan "Ini Kalilah".

Rafidah: Jangan beri Kamilia undi simpati
Anggota
Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi
terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada
calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat.
"Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di Melaka.
Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas.
"Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya.
Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan