Selasa, 7 Mei 2013

POKOKNYA....MENANG BERMARUAH ATAU SEBALIKNYA...JIKA ADA UNSUR TIPU...RASA MALU ATAU TAK...ATAU BUAT BODOH AJE...MORALNYA FIKIR2 SENDIRI LAH

Munajat kemenangan rakyat

Febdi Mohd Nor,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana kerana dengan ketentuan dan inayahnya Parti Islam Semalaysia mencapai kemenangan dan mendapat mandat baru bagi penggal ini. Bersyukur kepadaNYA juga kerana tiada perkara yang tidak diingini menganggu proses demokrasi ini.

Saya sebagai penyokong PAS dan pendokong permuafakatan Pakatan Rakyat amat berasakan ia adalah satu gelombang kebangkitan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum utama bersama-sama mahu merialisasikan satu visi dan misi yang sama bukan disemai dengan semangat pentingkan kepentingan kaum sendiri semata-mata.

Ingin saya cadangkan agar pihak pimpinan parti dapat menganjurkan satu himpunan untuk memuji dan bermunajat kepada Allah (SWT) agar diberikan pertolongan dan sebagai jalan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Majlis ini juga bertepatan untuk satu pengharapan agar kezaliman atau pembohongan dapat dibawa kemuka pengadilan terutama untuk membuka hati pihak-pihak yang terlibat untuk menjadi satu pembuktian yang kuat sebagai hajat utama kita.

Insyaallah pihak Pakatan Rakyat mempunyai tempat terutamnaya di Negeri Selangor bagi kita sebagai golongan yang lemah dan tidak sombong dengan Allah (SWT) untuk sama-sama menyatukan hati dengan satu pengharapan kerana inilah senjata bagi orang-orang yang beriman.

Terima kasih

MUTIARA KATA

Hana Al – Amin, 07 Mei 2013


Pesanan sheikh pengarang kitab tua itu
contohilah akhlak para sahabat Rasulullah
mereka berjiwa besar dan bermuhasabah
ramai yang menolak dilantik khalifah
kerana tanggung jawabnya terlalu berat
takut amanah tidak mampu dimanfaat
pilhlah yang lebih baik diantara mereka
‘biarlah aku dikecualikan’
itu ucapan amat tulus dan ikhlas
kerana perjuangan menegak syiar agama Allah
tidak semestinya berjawatan khalifah
betapa murni hati nurani
lebih takut Allah dari kuasa duniawi


Tetapi ramai antara kita berjiwa kecil
bila tak terpilih merasa dipencil
seolah curahan jasa perjuangan diminggir
tidak menginsafi diri yang kerdil
Subhanallah.....!!!!
Semuga diampunkan dosa kami
yang bundar dan samar pada maknawi
kepada fikrah kita kembali
agar dunia dan akhirat sentiasa dirahmati
kebesaran dunia terlalu kerdil
tiada perbandingan diisisi Tuhan mutakhabir
walau sebesar gunung intan tidak menyamai
kekayaan Tuhan yang menjadikan langit dan bumi
dan segala isi didalamnya
kita akan kembali kepada PenciptaNya
bila tiba hayat dihujung nyawa.


Allahuakhbar..... Allahukhbar..... Alahuakhbar...!!!!!.



Kota Bharu, 7 Mei 2013.

Keperluan rakyat bertindak hadapi SPR yang ditolak

Pandangan Mohamad Faizal Che Yusof, 07 Mei 2013
SEDAYA mungkin saya akan meringkaskan catatan ini untuk ianya mudah difahami.

Kemenangan Barisan Nasional melalui segala macam tipu helah bukanlah rahsia lagi. Dengan media terbuka hari ini selain media konvensyenal, seluruh rakyat dapat membuat pemerhatian dan penelitian sendiri.

Telah banyak laporan polis dan aduan dibuat. Namun percayalah, tanpa tindakan terkehadapan oleh rakyat dan sekalian pendokong kebenaran, ia akan berlalu begitu saja.

Suatu tindakan bersifat positif wajib difikirkan untuk diikhtiarkan. Buat masa ini, saya tidak memilih untuk keluar dari had undang-undang Negara. Ayuh, kita ikhtiar melalui saluran yang ada terlebih dahulu!

Dalam undang-undang pentadbiran, suatu kaedah tindakan yang dinamakan Public Interest Litigation “PIL” atau tindakan berkepentingan awam terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya “SPR” wajar difikirkan.

Apakah prosiding PIL? PIL adalah satu prosiding yang boleh digunakan oleh seorang rakyat yang terjejas dengan tindakan-tindakan pihak berkuasa dan berkanun.

Dalam PRU 13, selaku rakyat yang berdaftar sebagai pemilih, tentu saja kita menginginkan satu pilihan raya yang benar-benar telus tanpa penipuan. Berlakunya pelbagai penipuan dan kecurangan telah memberi kesan dan menjejaskan hak kita sebagai rakyat. Bukankah begitu?

Apatah lagi SPR menurut Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 8, Perkara 114 (2) perlu memperolehi kepercayaan umum bagi mengendalikan pilihan raya. Apakah kini SPR yang ditubuhkan di bawah akta parlimen mendapat kepercayaan umum?

Dengan situasi dan bukti-bukti yang ada, saya berpandangan telah tiba masanya untuk rakyat bangkit dalam kerangka undang-undang dan mengheret SPR ke muka pengadilan.

Saya menaruh keyakinan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat masih terbuka dan Barisan Nasional masih berada pada tahap yang tidak selamat meskipun upacara mengangkat sumpah telah sempurna dilangsungkan.

– 26 Jamadil Akhir 1434H.
* Penulis adalah Pengerusi Pemerhati Rakyat PRU 13 untuk negeri Kelantan.

BN menang dalam penolakan - Khalid

Harakahdaily, 07 Mei 2013
SHAH ALAM: Biarpun BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan 'kemenangan yang dipersoalkan', hakikatnya parti itu perlu sedar bahawa mereka gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad (gambar), berkata ia boleh dilihat dari undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)kelmarin di mana Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi, berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.

“Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.

“Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri,” kata Khalid.

Najib ketika mengulas kemenangan BN sejurus berjaya pemperolehi keputusan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah berkata, kemerosotan BN pada PRU13 ini akibat Tsunami kaum Cina.

Bagaimanapun ramai melihat alasan Najib itu sekadar mahu menutup hakikat sebenar iaitu Tsunami rakyat Malaysia keseluruhannya menolak BN.

Ia bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina, tetapi juga pengundi muda, serta Melayu bandar yang juga secara jelas menolak BN pada PRU13 ini.

Jika tipu, Najib & BN tumbang tak lama lagi...

http://greenboc.blogspot.com, 07 Mei 2013

Jika Wujud Penipuan, Kerajaan Najib & BN Bakal Tumbang Tak Lama Lagi...



Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.


"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.

Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.

"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.

Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.

Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi. -mk



Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Bukan x boleh terima BN menang. Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :-

1) Begitu byk kes pengundi hantu yg berjaya dibongkar.
2) Dakwat kekal yg dijanjikan lgsg x KEKAL! Padahal berjuta2 habis utk beli.
3) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah malaysia!
4) Setelah DSAI umum PR menang byk negeri, serta merta byk pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
5) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen putrajaya.
6) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam x cukup utk proses kira undi di buat.
7) Negeri perlis, terengganu, perak dan negeri semua BN menang majoriti mudah. Utk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yg tiba2 mengalami blackout!!
8) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
9) Kertas undi yg dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yg besar!
#Jadi tuan/puan nilai sendiri apa yg terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas x berlaku, kita sama sekali xkn bantah keputusan PRU kali ni. Moga sama2 kita dpt pertimbangkan.
-FB



Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran .Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Undi popular PR 49.96%, BN 46.53%

Harakahdaily, 07 Mei 2013


KUALA LUMPUR: Data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan hampir 50 peratus daripada pengundi berdaftar, 3.4 peratus lebih tinggi daripada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kali ini.


Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.


Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi  berbanding 4,513,997 undi kepada BN.


Dalam dalam sistem demokrasi Malaysia, jumlah undi popular tidak mempunyai makna, kerana parti mana yang berjaya mendapat kerusi parlimen terbanyak akan membentuk kerajaan.


Walaupun PR mempunyai kelebihan 386,285 undi di peringkat parlimen, BN tetap berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi PR.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ‘Tsunami Cina’ telah menyebabkan keputusan BN semakin merosot.


Namun begitu, telahannya disangkal bekas ketua editor News Straits Times A. Kadir Jasin (gambar).

“Apakah keputusan PRU kali ini berupa “Chinese tsunami” seperti yang Mohd Najib ungkapkan atau ia adalah sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi tidak lagi menerima BN dan Kerajaan BN seperti yang wujud sekarang?


"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” tulis beliau di blognya.


Kadir juga berkata walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi hakikatnya, kekuatan BN dalam semua DUN merosot.


“Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri,” kata beliau.


Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Najib. Beliau berkata kerusi Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut, Sepang dan Penampang tidak mungkin dimenangi PR jika Melayu tidak berubah bersama PR.


Penganalisa politik pula berkata PRU13 ini memperlihatkan pengundi Melayu luar bandar berpihak pada BN, akan tetapi rakyat pelbagai kaum di bandar memihak kepada PR.


“BN menang di kawasan parlimen yang kecil pengundinya dan mempunyai peratusan Melayu yang lebih besar, terutamanya di kawasan pedalaman,” kata beliau.


Bagi keputusan 222 kerusi Dewan Rakyat, BN memenangi 133 kerusi, PKR (30), PAS (21) dan DAP (38), manakala bagi kerusi DUN, BN memperoleh 275 kerusi, DAP (95), PAS (86) dan PKR (49).

Pasti Kota Tinggi and Setem Besi shared Idayu Lani's photo.
SEBARKAN !!:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.

Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
qaryah ramadhan dibina..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang SULTAN dan RAJA sebuah negeri di Malaysia? 

YANG BERKOPIAH dan sekadar BERBAJU MELAYU serta BERKAIN PELIKAT itu adalah SULTAN MUHAMMAD V, "Sultan negeri Kelantan Darul Naim". Di sebelahnya yang BERJUBAH PUTIH dan BERKOPIAH adalah MENTERI BESAR negerinya. 

Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan Darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM. 

Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!
SEBARKAN !!:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.

Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
qaryah ramadhan dibina..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang SULTAN dan RAJA sebuah negeri di Malaysia?

YANG BERKOPIAH dan sekadar BERBAJU MELAYU serta BERKAIN PELIKAT itu adalah SULTAN MUHAMMAD V, "Sultan negeri Kelantan Darul Naim". Di sebelahnya yang BERJUBAH PUTIH dan BERKOPIAH adalah MENTERI BESAR negerinya.

Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan Darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM.

Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!



Mtd Pas Benut shared Hamba Allah SWT Umat Rasulullah SAW's photo.
9 jenis syaitan penghasut manusia...
9 jenis syaitan penghasut manusia...

Tiada ulasan: