Selasa, 7 Mei 2013

KITA BERSATU DALAM PAKATAN...DAFTAR SAJA TAK LULUS...KITA MENANG BERSAMA...PENGUNDI MENGUNDI ATAS DASAR PAKATAN BUKAN PARTI2 DALAM PAKATAN...MAKA BERTOLAK ANSUR ITU PENTING...ORANG LUAR TAK PERLU MASUK CAMPUR LEBIH2 ORANG YANG ADA MASAL MORAL...MUSUH KITA SUKA BILA KITA BERCAKARAN...ELOK KITA INGAT MATI JADI TAK TAMAK SANGAT

Misi, visi Tuan Guru Nik Aziz diteruskan - Ahmad

Muhammad Yusri Amin, 07 Mei 2013

Sultan Muhammad V bergamabr dengan saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan selepas istiadat mengangkat sumpah, petang semalam.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengampuni perkenan perlantikan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Upacara majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan itu berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian dekat sini petang semalam, di hadapan Sultan Muhamamd V.

Ahmad berkata beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baru dilantik akan meneruskan misi dan visi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memacu pemerintahan dan pembangunan negeri.

Selain mengekalkan beberapa Exco sesis lepas, Exco baru dilantik terdiri dari Datuk Mohd Nassuruddin Daud (mantan Speaker Dewan Negeri Kelantan), manakala muka baru dilantik Hanipa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir), Dr Ramli Mamat (Adun Bunut Payong) serta pengamal undang-undang Mumtaz Md Nawi (Adun Demit).

Turut hadir pada majlis itu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammd Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Ahmad Yakob yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata dengan tanggungjawab jawatan sebagai Menteri Besar yang baru itu bermakna beliau bersama saf kepimpinan yang ada akan  meneruskan visi dan misi Tok Guru.

Kepimpinan negeri, kata Ahmad, mewujudkan dasar ‘ta’aawun’ dan syura dalam hal ehwal pengurusan membuat dasar negeri, berteraskan (dasar) Membangun Bersama Islam.

“Ini termasuklah melaksanakan tawaran pada PRU-13 yang lalu berasaskan kepada (konsep)  Keberkatan; Kemakmuran dan Kebajikan.

“Ya, sememang itulah. Namun dengan keupayaan yang ada pada sahabat-sahabat Exco, mungkin kita buat pembaharuan," ujarnya yang juga Adun Pasir Pekan.

Ditanya sama ada ‘pengunduran’ Tuan Guru daripada jawatan Menteri Besar itu mungkin mengejutkan ramai orang terutama rakyat Kelantan, Ahmad berkata  ianya bukan saja ‘mengejutkan’ rakyat Kelantan, bahkan beliau juga terkejut atas permintaan Tuan Guru itu, namun telah pun direstui pimpinan PAS Pusat.

“Bagaimana pun, sebagai Menteri Besar baru diamanahkan, tanggungjawab ini dilihat bukan sebagai  ‘tasyrif’ tetapi adalah ‘taklif’,” kata Ahmad.

Ahmad berkata beliau dan kepimpinan negeri akan berbincang bagaimana memenuhi kehendak rakyat terutama anak-anak muda khususnya yang memahami Islam itu sebagai  suatu ‘ad-din’,  dicernakan kepimpinan  Tuan Guru sejak 23 tahun lalu.

Mengenai kesan kepada PAS Kelantan ekoran ‘pengunduran’  Tuan Guru itu, Ahmad berkata pada hakikatnya PAS Kelantan menerima perubahan tersebut.

“Kita masih memerlukan Tuan Guru (terus menjadi Meneri Besar), namun   hakikatnya terutama sejak akhir-akhir ini Tuan Guru sentiasa uzur, selain faktor usia,” ujar Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum ketiga belas 5 Mei  lalu, PAS Kelantan memenangi 33 daripada 45 kerusi dengan mengekalkan majoriti 2/3, justeru membentuk kerajaan negeri.

Ahmad Yakob MB Kelantan baru, Nik Amar TMB

Harakahdaily, 06 Mei 2013

(Barisan Exco baru kerajaan negeri Kelantan)

KOTA BHARU: Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dengan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar.

Bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasarudin Daud turut menyertai barisan Exco di samping Adun Demit yang baru, Mumtaz Md Nawi, Dr Ramli Mamat (Bunut Payong) dan Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir).

(Ahmad Yaakub melafazkan ikrar sebagai exco di depan Tuanku Sultan Kelantan)

Tidak ada dalam senarai Exco kali ini adalah Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) walaupun menang di DUN Salor.

Turut tidak ada adalah Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang berundur dan Datuk Takiyudin Hassan yang bertanding Parlimen Kota Bharu dan menang.

Turut tidak termasuk dalam barisan exco yang baru adalah Wan Ubaidah Omar.

Lain-lain barisan Exco Kelantan sessi ini adalah Datuk Anuar Tan, Datuk Md Anizan Ab Rahman, Datuk Fatah Mahmud, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Ahmad.PRU 13:
 Bersih bentuk tribunal, tuntut SPR letak jawatan
Posted on Tuesday, May 07 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Anis Nazri



KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 mempersoalkan keabsahan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan pelbagai pelanggaran sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Pengerusinya, Datuk S. Ambiga, berkata pelanggaran itu bukan sahaja berlaku sebelum tempoh pembubaran parlimen, tetapi turut berlaku ketika hari pengundian.

Bercakap pada satu sidang media hari ini, Ambiga berkata pihaknya menerima pelbagai laporan pelanggaran yang dilakukan sepanjang PRU13 ini.

Sehubungan itu, menurut Ambiga, badan pro demokrasi itu akan membentuk satu tribunal awam untuk memperhalusi segala bukti-bukti pelanggaran yang diterima pihakny.

"Kami mengalu-alukan rakyat yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran sepanjang PRU ini untuk membuat laporan polis, seterusnya berkongsi dengan kami mengenainya," tegas beliau.

Tribunal itu, katanya akan ditubuhkan dalam minggu ini, dan akan melengkapkan laporan berkaitan dakwaan pelanggaran tersebut dalam tempoh sebulan.

Dalam pada itu, Bersih 2.0 turut mengajak rakyat Malaysia untuk memboikot akhbar utama negara, yang disifatkannya tidak memberikan ruang yang sama rata sepanjang kempen pilihan raya.

Tegas Ambiga, akhbar-akhbar tersebut ialah The New Straits Times, Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian perlu diboikot dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Mengulangi pendirian Bersih 2.0 yang menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil, badan itu mendesak anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletakkan jawatan secara serta-merta.

"Memandangkan SPR masih gagal memastikan proses pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil, maka kita mendesak agar semua yang berada di SPR untuk meletakkan jawatan serta-merta.

"Satu jawatankuasa baru yang memenuhi aspirasi rakyat perlu ditubuhkan bagi menggantikan SPR," tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Bersih 2.0 menuntut lapan perkara daripada SPR bagi menjamin ketelusan dan keadilan sepanjang proses pilihan raya berjalan. - harakahdaily
 

Idris angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
 Ketua Menteri Melaka
Idris mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka pagi tadi.
MELAKA - Adun Sungai Udang, Datuk Idris Haron, 47, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-10 menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada jam 10.20 tadi.

Majlis diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Anwar tuntut SPR baru
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada sekarang digantikan dengan sebuah suruhanjaya baru yang lebih bebas, adil dan telus untuk mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.
Ini katanya kerana sepanjang proses pilihan raya yang berakhir dengan hari pengundian kelmarin, pihaknya mengesan banyak kelemahan yang sekali gus menafikan kemenangan pakatan pembangkang.

"Kita (Pakatan Rakyat) sepatutnya menang pilihan raya ini kerana kita dapat 50.3 peratus undi popular berbanding BN (46.8 peratus)," katanya.

"Saya akan mengabdikan tenaga dan masa saya untuk bekerja dengan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) untuk memastikan pilihan raya umum yang adil dan bersih terus diperjuangkan," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak boleh terima pilihan raya yang dimenangi dengan cara penipuan dan taktik kotor.

Sebelum ini katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan SPR mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil tetapi pilihan raya kali ini didakwa masih berlaku penipuan.

“Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya, ” katanya.
'Kemenangan kami dirompak', dakwa Anwar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
7 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya umum kelmarin sepatutnya menyebelahi Pakatan Rakyat (PR) tetapi "telah dirompak."

Anwar mendakwa, PR sebenarnya adalah pemenang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun berlaku unsur penipuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyumbang kepada kekalahan perikatan itu.

"Kita sudah menang tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," ujar beliau dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya, semalam.

Ketika ditanya peningkatan kerusi kali ini berbanding, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan, "ini bukan (soal) tambah kerusi, tapi kami menang... (sudah) menang."

Menurut Anwar, bukti besar berlakunya penipuan adalah menerusi undi awal dan pos.

Pihaknya mengesyaki sesuatu apabila PR hanya memperoleh sekitar 12 peratus undi pos dan awal.

"Tak kan 12 peratus sahaja diberikan kepada kita?

"Kalau kita lihat undi luar negara, itu 70 hingga 80 peratus (nampak) memihak PR daripada apa yang dimaklumkan tetapi bila buka undi,  kita dapat 12 peratus, 15 peratus," ujar beliau.

Untuk rekod, seramai 272,387 daripada 13.3 juta pemilih berdaftar di negara ini ialah pengundi awal.

Mereka menunaikan tanggungjawab mengundi pada 30 April lalu.

Penipuan ini katanya, diperkukuhkan dengan lagi dengan kemunculan pengundi mencurigakan didakwa warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan sebagainya.

"... pegawai SPR mengeluarkan kertas undi keluar yang ditangkap dengan dokumen ada dalam video seperti, yang kita tayangkan sebahagian semalam, pemadaman lampu...

"Seperti kes di Lembah Pantai, terpaksa dikawal dengan begitu keras sekali. Kalau tidak, Nurul Izzah akan tewas. Ini apa?

"Ini lambang penipuan dan politik samseng," tegas Anwar.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR malam semalam, Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi seterusnya berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara PR bertambah sembilan kerusi menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi 89 kesemuanya.

Beberapa negeri menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan di peringkat negeri manakala selebihnya kekal.
Penganjur perlu ikut undang-undang
WAN NASRAH ABDUL RAHIM & AHMAD ISMADI ISMAIL
7 Mei 2013
Penganjur perlu ikut undang-undang
Kumpulan yang berkumpul di pusat beli-belah sebagai tanda protes pilihan raya.
SHAH ALAM - Polis menyarankan penganjur perhimpunan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’ memaklumkan berhubung perhimpunan itu kepada polis.

Difahamkan perhimpunan tersebut dijangka akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed berkata, setakat ini, penganjur belum memaklumkan mengenai perhimpunan itu kepada pihak berkuasa.

“Apa juga yang kita lakukan mesti mengikut undang-undang.

“Walaupun ia (perhimpunan) diadakan secara aman, penganjur perlu memaklumkan kepada polis supaya anggota polis boleh ditugaskan untuk mengawal trafik dan memastikan keselamatan peserta,” katanya.

Menurutnya, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur seharusnya memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan dilaksanakan.

“Tindakan itu memudahkan polis memaklumkan kepada pihak berkaitan dan juga penduduk di kawasan sekitar lokasi perhimpunan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, tindakan sekumpulan individu menganjurkan program himpunan ‘The Silent Walk’ di beberapa pusat beli belah terkemuka di Lembah Klang, semalam, tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.

Tindakan kumpulan itu berkumpul sebagai protes keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tinjauan mendapati kumpulan berpakaian hitam serta bertopeng dan menutup mulut dengan pelekat itu turut mengedar risalah kepada pengunjung pusat beli-belah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung perkara itu.

Menurutnya, setakat petang semalam, kumpulan itu dikesan berkumpul di sebuah pusat beli-belah di Kelana Jaya.

“Bagaimanapun, mereka tidak melakukan sebarang kekecohan dan hanya berkumpul dalam premis tersebut dengan berpakaian hitam dan meletakkan pita pelekat di mulut.
DAP restu Anwar kekal Ketua Pembangkang
RUZY ADILA IDRIS
6 Mei 2013
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR - DAP akan terus memberikan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kekal menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun DAP memiliki kelebihan kerusi Dewan Rakyat.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Sokongan ini akan berterusan bukan hanya setakat Ketua Pembangkang malah mungkin sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang baru melabuhkan tirai semalam, jumlah kerusi Parlimen yang berjaya diperolehi oleh PKR adalah 30, Pas (21) manakala DAP (38).

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan berlaku 'tsunami pengundi Cina' pada pilihan raya, beliau mendakwa, kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut mendakwa kenyataan tersebut membuktikan Najib sebenarnya menafikan hak hampir 11 juta rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi.

"PR sendiri telah membuktikan kemenangan mereka diperoleh hasil undi masyarakat berbilang kaum.

"Kita telah menang banyak kerusi yang sebelum ini dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan majoriti pengundi Melayu.

"Ini bukan tsunami pengundi Cina, tetapi tsunami rakyat Malaysia yang melangkaui bangsa, malah saya sendiri tidak akan menang di Gelang Patah jika tidak dapat sokongan pengundi Melayu," tegas beliau lagi.

Ujar beliau, DAP amat kesal dengan kenyataan Najib yang dianggap tidak tepat.

Semalam, Najib menyatakan berlaku tsunami pengundi Cina dalam PRU13 dan beliau melahirkan kebimbangan trend polarisasi pengundian ini boleh mencetuskan ketegangan.

Oleh itu, Najib berkata, kerajaan akan memperkenalkan 'national reconciliation' bagi mengekang fahaman keterlaluan.
Anwar tidak kisah jika Kit Siang jadi ketua pembangkang
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
7 Mei 2013
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) punya persefahaman yang jelas berhubung jawatan Ketua Pembangkang setelah perikatan itu tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum, kelmarin.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pas dan DAP setakat ini sudah memberikannya lampu hijau bagi meneruskan tanggungjawab yang digalasnya  penggal lalu.

“Setakat ini, DAP dan Pas masih berpendirian saya harus teruskan. Tapi akan dibincang lagi,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online.

Persoalan mengenai jawatan ketua pembangkang muncul ekoran komposisi kerusi yang dimenangi PR menunjukkan DAP di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi.

“Dulu pun bila kerusi DAP mengatasi PKR setelah beberapa lompatan berlaku, saya menawarkan diri untuk undur menyerahkan tapi kedua-dua parti DAP dan Pas minta saya meneruskan.

“Sekarang pun saya ada beritahu kepada DAP, saya tidak... tidak ada masalah sebenarnya kalau YB Lim Kit Siang jadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia, saya boleh tumpu kerja-kerja lain,” ujar Anwar.

Dalam satu sidang media semalam, Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, parti itu akan menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang bahkan sebagai perdana menteri.

"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang,” kata Kit Siang.
Dr Hasan Ali: Beri peluang Pas teraju Selangor

6 Mei 2013
Hasan Mohamed Ali
Hasan Mohamed Ali
SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
   
Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.

Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama

505: Jika tipu, Najib & BN tumbang tak lama lagi...


Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.


"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.


Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.

"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.

Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.

Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi. -mk



Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Bukan x boleh terima BN menang. Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :-

1) Begitu byk kes pengundi hantu yg berjaya dibongkar.
2) Dakwat kekal yg dijanjikan lgsg x KEKAL! Padahal berjuta2 habis utk beli.
3) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah malaysia!
4) Setelah DSAI umum PR menang byk negeri, serta merta byk pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
5) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen putrajaya.
6) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam x cukup utk proses kira undi di buat.
7) Negeri perlis, terengganu, perak dan negeri semua BN menang majoriti mudah. Utk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yg tiba2 mengalami blackout!!
8) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
9) Kertas undi yg dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yg besar!
#Jadi tuan/puan nilai sendiri apa yg terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas x berlaku, kita sama sekali xkn bantah keputusan PRU kali ni. Moga sama2 kita dpt pertimbangkan.
-FB



Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran .Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

Kemenangan Di Selangor Kerana MB Tan Sri Khalid Mentadbir Dengan Baik Tanpa Rasuah.....


Huh...

Khabarnya Selangor Masih Belum Memilih Calon MB Dan Dikhabarkan Mengambil Masa Selama 1 hingga 2 Minggu Lagi Kononnya Untuk Berbincang Bagi Memutuskan Siapa Bakal MB Selangor.

Harus ADMIN Ingatkan Kembali Kepada Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Bahawa Sokongan Besar Rakyat Selangor Terhadap Pakatan Rakyat Memenangkan PR Di Selangor Semalam Dengan Memberikan Majoriti Yang Besar & Kerusi DUN Yang Banyak Semalam Adalah Bukti Jelas Sokongan Penuh Mereka Terhadap Kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Sepanjang 5 Tahun Mentadbir Selangor...

Pelbagai Ujian Yang Beliau Hadapi & Diserang Kiri & Kanan Oleh Media Arus Perdana Bagi Menjatuhkannya Selama 5 Tahun Tanpa Henti. 
Namun, Beliau Menghadapi Setiap Isu Dan Ditangani Dengan "Cool" Dan Menepis Tohmahan Musuh Politiknya Dengan Bijak & Berkesan Hingga Musuh politiknya "Mati Akal" Untuk Menciptakan Isu Terhadap Pentadbiran Beliau. 

Untuk Itu, ADMIN Berpedapat Tiada Keperluan Untuk Menggantikan Beliau Sebagai MB, Biarpun PKR Hanya Mendapat 14 Kerusi Berbanding DAP & PAS (Masing-Masing 15 Kerusi). 
Rakyat Selangor Telah Memberi Isyarat Yang Jelas Dengan Memberikan Mandat Yang Besar Kepada Beliau Melalui Undi Pada PRU13 Untuk Terus Menjadi MB...

Setuju?
Pas Sungai Aur shared Mohd Ezli Mashut's photo.
Syukur Alhamdulillah...meneruskan kecemerlangan...tatkala diasak daripada pelbagai penjuru setiap minit namun PR terus menang besar di Selangor...Allahu Akbar...
Syukur Alhamdulillah...meneruskan kecemerlangan...tatkala diasak daripada pelbagai penjuru setiap minit namun PR terus menang besar di Selangor...Allahu Akbar...
Stop rasicm, say no to BN!
Stop racism.
Stop racism.
Abu Hashim Jalal shared Lawan Tetap Lawan's photo.
Rakyat Malaysia bersatu dibawah Pakatan Rakyat
Rakyat Malaysia bersatu dibawah Pakatan Rakyat
Abu Hashim Jalal and Pas Sungai Aur shared Izzah Insyirah's photo.
Kasiran Akhsan shared Wow, memang dasssyatt larhhHHHH's photo.
LIKE jika sayang pada mereka ♥
LIKE jika sayang pada mereka ♥
Pas Tanjung Kuala was tagged in Rizal Tahir's photo. — with Salmah Husain and 46 others.
Gambar terkini sewaktu lawatan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob bersama barisan exco kerajaan negeri yg baru ke atas TGNA yg sedang berehat du HUSM, pagi tadi.....
Gambar terkini sewaktu lawatan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob bersama barisan exco kerajaan negeri yg baru ke atas TGNA yg sedang berehat du HUSM, pagi tadi.....
Wajah sebenar umno!
Najib just GOTCHA the Chinese.
Najib just GOTCHA the Chinese.


Pasti Kota Tinggi shared Hahahahahahahahahaha's photo.
WAJIB BACA !!!

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gamba profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

WAJIB SEBARKAN ! SHARE / KONGSI !
WAJIB BACA !!!

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gamba profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

WAJIB SEBARKAN ! SHARE / KONGSI !

Tiada ulasan: