Selasa, 7 Mei 2013

BERSIHKAH..BERMORALKAH..ELOKKE KERJA2 BEGINI...SALAH TAK KERJA2 BEGINI...BAGAIMANA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI...SALAH TAK DARI SEGI AGAMA...SALAH TAK DARI ADAB SOPAN ORANG MELAYU...JIKA SALAH DAN TIPU...ADAKAH HALAL ELAUN WAKIL RAKYAT YANG DIMENANGI CARA TIPU...BAGAIMANA ORANG2 NI DIAKHIRAT KELAK...ADAKAH MEREKA BOLEH LEPAS DAN LARI...KESIMPULANNYA ORANG NI TERPELAJAR ATAU TAK....SENDIRI2 FIKIRLAH

Berehat bukan makna berundur
Posted on Tuesday, May 07 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Gambar di atas adalah Nik Abdul yang berjaya mengalahkan "giant" Pasir Mas dengan majoriti lebih 5K bersama ayah'danya Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beberapa tahun lalu saya terbaca dalam blog Nik Abdul ni dia kata kalau boleh "maki" (?) dia akan maki siapa yang nak ayahnya pegang jawatan... mungkin ramai yang salah faham maksud tersebut akhirnya dia menjadi mangsa politik 'kurang ajar" dalam PAS.

Akibat politik kurang ajar tersebut setiap gerak gerinya apatah lagi jika ada kesilapan akan menjadi bahan tonton di media sosial.

Dia mampu menangani, dia kurang berblog...untuk mengurangkan implikasi terhadap serangan 'bunuh kreator'. Bagusnya dia ini ialah dia adalah penyambung 2 tokoh ulama dalam PAS. Kalau ada masalah antara keduanya, sudah pasti orang akan lihat keretanya ada di hadapan Masjid Rusila sebelum subuh.... Biasanya Allah tautkan hati-hati mukmim....

Saya tak ada niat nak ulas panjang... sekadar menarik melihat gambar ini.. sayu serta sedih setelah 23 tahun bekerja sebagai MB Kelantan tak banyak harta dia ada.. walaupun hero Pasir Mas yang dah 'kojol' tu kata dia ada berjuta-juta harta dan tanah!!

Petikan masej drp Nik Abdul
"
Baru dapat jumpa ayahanda sejak semalam. Rehat pertama ayahanda selepas berpenat 23 tahun. Rehat, bukan berhenti.

Saya bawakan hidangan istimewa, 'mahsyi', merpati kukus yang diterbangkan khas dari Mesir oleh seorang pelajar al Azhar yang pulang ke tanah air semata-mata untuk mengundi pada PRU13.

Tahniah anak muda!"
.......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com 

  KANTOI ! VIDEO TERBAIK PILIHAN RAYA DI LUAR NEGARA KATA BANGLANAJIB....!!!!

Cubaan Melarikan Peti Undi Dun Manek Urai Parlimen Kuala Krai.
Kita masih lagi boleh mendapatkan sehingga 93 kerusi parlimen



JOHOR: Beg undi dibawa oleh teksi melalui jalan pintu belakang


Ia dibawa oleh teksi melalui jalan belakang pada kira-kira 10.30 malam. Orang ramai mengesyaki ia sebagai penipuan undi dan menahan teksi berhenti dari terus memasuki kawasan pengiraan undi. Abang-abang polis cuba pertahankan makhluk-makhluk dalam teksi tu...



Bukti SPR kianat amarah selaku pengadil antara BN dan parti bertanding...
Video cubaan SPR bawak lari peti undi kantoi..

http://pkrl.blogspot.com/2013/05/kantoi-video-terbaik-pilihan-raya-di.html

HELIKOPTER JATUHKAN 2 BEG, DISYAKI ADA KERTAS UNDI LOKASI SUNGAI SIPUT U ?!!!


Helicopters dropped 2 SPR packages, suspected to contain votes

"THIS is really going OVERBOARD...I hope we could get an EXPLANATION for this??? Time 3.50pm. Location Sungai siput (u), perak. Sungai buloh football field. A helicopter dropped 2 packages the SPR believed to contain ballot boxes in them. ANYBODY else saw this please CONFIRM here in CCWM Group on the thread...Thank You!"


 Beri PAS Terajui Selangor, Kata Hassan Ali, Biar Betol!!
Posted on Tuesday, May 07 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Tadi kawan saya dr Selangor call. Saya joke.. ada yang lebih sedih drp BN @ UMNO kerana tak boleh tawan Selangor. Dia tanya siapa. Saya kata Hassan Ali... dia ketawa, ...kenapa?? Kata saya, kalau dia masih dalam PAS pasti satu lagi kerusi dia menang menyebabkan PAS paling banyak menang di Selangor... Sudah tentu cita-citanya menjadi Menteri Besar tercapai!

Kalau Hassan Ali berkecuali, saya rasa simpati saya masih ada kalau tak banyak pun 10%. Tapi bila dia berada di pentas bersama UMNO, hilang semua simpati saya. Malah saya mula marah..



Dr Hasan Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini. "PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar,"  katanya.

Kenapa Dr Hassan Ali masih macam menyebok aje..
Dia sudah istihar untuk memerangi PAS. Itu tekad dan cara dia menyatakan tak persetujuannya kepada tindakan yang diambil oleh PAS. Bila dia berada di medan parti lawan dia sudah anggap PAS musuhnya.

Calon Menteri Besar Selangor, akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor untuk perkenan baginda dalam masa terdekat.

PAS Selangor pada keputusan tak rasmi bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Hanya pada kali ini PAS Selangor perlu bertegas memastikan Selangor bukan sahaja ditadbir di bawah PKR tetapi di bawah Pakatan Rakyat di mana bahagian-bahgian strategi haruslah dikongsi bersama.

PAS harus bertegas dalam hal ini dan jangan terlalu bersikap 'tak apa' kerana banyak hal seperti pengagihan kerusi banyak sangat PAS berlapang dada dengan memberikan kawasan asal turun kemurun kepada kawan PR.

Kali ini PAS berjaya memenangi 15 kerusi DUN, diikuti DAP juga 15 dan PKR 14 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan 44 kerusi DUN yang dimenangi PR. PR Selangor memperolehi kemenangan lebih bergaya dari sebelumnya apabila berjaya menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Negeri Selangor.

Saya rasa PAS Selangor lebih tahu apa nak buat dalam hal ini.


.......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 Orang Cina Patut Dipuji, Bukan Dikeji
Posted on Tuesday, May 07 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh : Muzammil Haji Daud
Tahniah rakan2 Tionghua kerana menyahut tawaran PR yang ingin merubah Malaysia menjadi negara yang lebih baik.
Sahutan anda amat-amat dihargai.

Hanya perasis sahaja yang tidak menghargai sahutan kalian.
Benih-benih perpecahan kaum sedang ditanam oleh para perasis profesional ini, seperti dengan slogan "Tsunami CIna" atau "2-race systems".
Perasis ini mahu menuai hasilnya di PRU14 nanti.

Persetankan tuaian mereka.
Kita rakyat Malaysia semua bangsa bersatu dalam 1Malaysia yang tulen.
1Malaysia tulen baru hargai sahutan padu anda.
Next battle in 2018. It already begins.
Bagi saya:-
1. PR menawarkan perubahan cara memerintah yang lebih baik untuk rakyat
2. Pemerintahan yang anti rasuah, mementingkan rakyat. mengurangkan kos sara hidup rakyat.
3. Majoriti pengundi Cina yang menyahut seruan PR ini.
4. Sebaliknya, kurang pengundi Melayu yang menyahut tawaran PR ini. Sahutan kami tidak sekata. Sesetengah tempat baik, sesetengah tempat, kurang baik.
5. Jadi, pengundi Cina sudah melakukan yang terbaik untuk melihat perubahan di Malaysia
6. Pengundi Melayu gagal membantu PR merubah Malaysia.
7. Itulah situasinya.
8. Bukan soal perkauman.
9. Hanya MCA dengan komen "2-race system" dan UMNO dengan komen "Chinese Tsunami" sahaja yang cuba timbukan soal perkauman di benak pemikiran rakyat


 Nyalakan Lampu Kenderaan - Bantahan "Dakwat Tidak Kekal"
Posted on Tuesday, May 07 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Haji Abdul Halim Bin Hassan



Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan amat kesal dengan insiden penggunaan "dakwat tidak kekal" dalam pilihanraya umum ke 13 yang berakhir 5 petang pada 5 Mei lalu. Lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara, seperti yang dilaporkan oleh En Abdul Wahab Mohamed, Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan tersebut. Dakwat kekal boleh hilang dalam masa kurang satu ke dua jam.

Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari sebelum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.

Tindakan SPR ini seolah membodohkan rakyat yang mahukan perjalanan PRU yang lebih telus dan adil. Ini adalah kerana tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kredibiliti dan integriti SPR amat diragui seolah-olah kelihatan bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah negara
SPR perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana tindakan sebegini telah membuka ruang kepada penipuan dalam sistem pengundian yang mampu menjejaskan ketelusan badan ini sendiri.
Rakyat mahukan penjelasan lanjut mengenai insiden memalukan ini. Jangan benarkan rakyat terus sangsi dengan keupayaan SPR mengendalikan perjalanan pilihanraya ini atau apakah memang insiden ini sengaja dirancang ?
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa, dakwat kekal melekat di kuku antara 7 hari hingga 2 minggu . Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah ingin mengingatkan SPR agar jangan asyik tegakkan benang basah kerana ternyata ianya tak seperti yang digembar gemburkan,. Terbukti dakwat tersebut sangat mudah tertanggal selepas dibasuh dengan sabun atau pencuci pinggan.
Sebagai langkah permulaan kepada tanda protes ini, Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen bantahan secara senyap dengan MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI. Tindakan protes kepada kepincangan ini kita lakukan selama 3 hari bermula 7 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2013 diseluruh negara.

Sekian, wassalam.

Haji Abdul Halim Bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan.
Bertarikh : 06 Mei 2013


 2 Karung Kertas Undi SPR di Jumpa Tercampak Daripada Heli?
Posted on Tuesday, May 07 @ 08:17:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Penduduk menjumpai 2 beg kertas undi dicampak dari heli oleh SPR!!!!
Apa pula alasan SPR nanti?

Banyak sangat cerita-cerita meragukan dalam Pilihan Raya kali ini. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menerima keputusan pilihan raya kerana SPR tidak telus dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.


Itu belum lagi cerita pasal dakwat kekal yang boleh tanggal. Siapa  yang dapat kontrak bekalkan dakwat tersebut. SPRM kenal soalsiasat!




.......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com  


 DAP : 38 kerusi, PKR : 30 PAS : 21
Posted on Tuesday, May 07 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh : Muzammil Haji Daud



Sketsa 1Maka bergebanglah penyokong2 UMNO... "tengok yang paling tinggi DAP. Aku dah kata dah, PR nih menguntungkan DAP jer"

"Ooi! Dah kau pun tak mau undi PAS! Kalau semua pakat2 undi PAS, mana tahu PAS dapat 45 kerusi ke, 50 kerusi ke!
Diamlah kau!"

Sketsa 2
Makcik tua : Nasib baik la PR kalah! Kalau tak, tentu DAP jadi kerajaan.
Makcik muda : Makcik oooi, DAP dapat 38 kerusi je makcik oooi... MAcamana nak bentuk kerajaan makcik oooi. Nak bentuk kerajaan kena ada kurang kurang 112 kerusi makcik oooi...

Makcik tua : Ye ker ? Nyesal, nyesal, nyesal. Nampak gayanya UMNO tipu makcik idup idup nih!. Sial!

Mati2 makcik ingatkan DAP akan jadi kerajaan kalau PR menang.
Nyesal tak undi PR. Kalau tak, minyak dah turun. PTPTN cucu makcik pun dah lupus. Nyesal nyesal nyesal nyesal.... iskh iskh iskh. 


 Jika Gagal Letak Jawatan
Posted on Tuesday, May 07 @ 07:43:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Terbaca di blog Penarik Beca pasal Cina Gerakan lebih bermaruah. Saya tak sependapat dengan Penarik Beca dalam banyak hal. Kalau 10, 11 tak sependapat... faham kan!! Tapi dalam bab siapa bertanggungjawab ni saya setuju sangat. Bukan semua kepimpinan yang kalah kena undur. Tapi yang merancang dan buat strategi tu fahamlah kena ada 'maruah' dan beri orang lain pula!

erbaca juga jawapan kenapa PAS Kedah kalah.
Tak payah cerita pasal buat kerja, kita faham bahawa semua pekerja, penyokong dan ahli PAS Kedah tak tidur malam, tinggal anak bini pasal buat kerja parti! Semuanya habis banyak duit, masa dan tenaga semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi. Memenangkan perjuangan Islam ini.

Kalah menang itu memang ketentuan Tuhan. Kita juga faham konsep qada dan qadar. Tahu dan "sangat" faham atas hikmah setiap kejadian yang Allah tentukan.

Itu bukan alasan dan hujah!!!

Yang gagal merancang undur secara bijaksana. Kita kena beza dengan UMNO!!

PAS kena ada "sesuatu" yang boleh dijadikan asas untuk generasi muda bersama dengannya. Merasai dan menghayati perjuangan ini tanpa sebarang perbezaan. Biar baik buruk golongan tersebut mereka mereasi "PAS" dalam jiwa dan raga mereka.... Baru anak muda akan bersama dengan kita dan perjuangan kita.



.......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com  



Bulan Purnama and Pelapis Pas Chetok shared Antiaktivis Pas's photo.
sahabat ku @[100001824956427:2048:Selipar Gombak] telah berjaya merakam imej dibawah sebentar tadi.

Kenapa Van BN boleh masuk kawasan mengundi.

Dan cermin gelap mengundang pertanyaan , ada bangla didalam kah? atau hantar kertas undi?
sahabat ku Selipar Gombak telah berjaya merakam imej dibawah sebentar tadi.

Kenapa Van BN boleh masuk kawasan mengundi.

Dan cermin gelap mengundang pertanyaan , ada bangla didalam kah? atau hantar kertas undi?
 
 
ya allah....
KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA INI ANTARA YANG TERLIBAT MEMBERI I/C ATAU KERAKYATAN KEPADA WARGA ASING UNTUK PERGI MENGUNDI DALAM PRU13. ANTARA MANUSIA YANG SANGGUP MENGADAI KEDAULAUTAN DAN MARUAH NEGARA DEMI KEMENANGAN UMNO/BN....WALAUPUN KENYATAAN AGAK PEDAS TAPI INILAH HAKIKATNYA.
KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA INI ANTARA YANG TERLIBAT MEMBERI I/C ATAU KERAKYATAN KEPADA WARGA ASING UNTUK PERGI MENGUNDI DALAM PRU13. ANTARA MANUSIA YANG SANGGUP MENGADAI KEDAULAUTAN DAN MARUAH NEGARA DEMI KEMENANGAN UMNO/BN....WALAUPUN KENYATAAN AGAK PEDAS TAPI INILAH HAKIKATNYA.
Jula Juli Jewel shared Ahmad Raymi Al-Marbawi's photo.
SPR oh SPR..
SPR oh SPR..

 PRU13 | Pengundi Bangla Lagi?
Posted on Tuesday, May 07 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber banyu suam






PRU13 | Bawa Pekerja Asing Untuk Mengundi
Posted on Tuesday, May 07 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber banyu suam




PRU13 | Ballot Box Dropped from Heli With Livery of MCA
Posted on Tuesday, May 07 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber banyu suam




Pengundi Hantu dah ditangkap! Bukti SPR penipu! Malaysia Hak Bangla
Posted on Tuesday, May 07 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber DDos KGB




Mana lebih baik, MCA kekal dalam atau keluar dari BN?
Posted on Tuesday, May 07 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aspan Alias

chua soi lek MCA Lebih dari setahun yang lepas MCA pernah berjanji, jika parti itu tidak berjaya mengekalkan apa yang mereka perolehi dalam PRU12 yang lalu mereka tidak akan menyertai kabinet BN. Awal pagi tadi MCA telah membuat kenyataan yang parti itu tidak mahu menyertai kabinet kerana parti itu tidak mendapat sokongan kaum Cina dan rakyat keseluruhannya.
Jika begitu MCA wajar berada di luar BN kerana dengan berada di luar BN, ia akan memberikan lebih impak terhadap kehadirannya dalam politik tanah air. Kaum Cina telah menunjukkan sikap yang jelas mereka rela tidak berada di dalam kabinet kerajaan kerana mereka tidak dapat menerima ketirisan ekonomi dan politik yang wujud di dalam BN itu sendiri.

Jika terjadi perkara ini, maka Malaysia akan mempunyai lanskap politik yang baru dan dari situ semua pihak akan dapat melakukan apa yang terbaik untuk memperbaiki keadaan negara hari ini. Keputusan pilihanraya semalam menunjukkan yang MCA hanya mendapat lima kemenangan di kerusi-kerusi yang mereka tandingi dan ini menunjukkan dengan jelas yang kaum Cina mahu melangsungkan perjuangan untuk mendapat sebuah kerajaan yang bersih dari segala kemungkaran politik dan ekonomi negara ini.
Saya bukan ahli MCA tetapi hanya sekadar memberikan ‘input’ sebagai rakyat Malaysia yang tidak mahu berundur daripada memperjuangkan kebersihan dalam kerajaan sekarang ini. Sikap kaum Cina jelas dan tegas, iaitu mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan beramanah. Jika MCA berada di luar BN maka secara automatik akan memberikan lonjakan sokongan oleh kaum Cina terhadap parti itu.

Jika kita teliti dari ‘trend’ pengundian semalam, jelas yang kaum Cina memilih untuk memberikan sokongan berdasarkan kepada ‘racial line’ dan DAP telah meraih keuntungan besar walaupun cita-citanya untuk menikmati kuasa itu gagal sama sekali. Seperti yang saya perkatakan semalam, apa yang ditentukan oleh Tuhan itu ada hikmahnya dan mungkin hikmah itu akan kita sedari dalam masa yang terdekat ini.
Mungkin berada di luar BN adalah cara yang baik untuk MCA menjadi relevan untuk kaum Cina. Lagipun, DAP yang melaungkan ‘multiracialism’ itu pun tidak menampakkan ketelusan perjuangannya kerana DAP tetap, malahan lebih jelas lagi adalah sebuah parti kaum Cina yang tegar.
Mungkin dengan sokongan kaum Cina kembali kepada MCA itu memungkinkan apa yang dihajati untuk melakukan kebaikan bagi kerjasama semua kaum itu akan dapat dirasai selepas ini.
Yang penting MCA wajar menunjukkan kejantanannya sebagai pejuang untuk partinya itu dengan berada di luar BN, kerana selagi parti itu berada di dalam BN, MCA tidak mungkin dapat melakukan apa-apa kerana ‘obligation’ politik yang kuat sebagai ahli Barisan Nasional itu.
Selama ini persepsi ramai yang MCA itu hanyalah parti yang dicucuk hidung oleh UMNO itulah yang menyebabkan sokongan kaum Cina merosot sebegitu teruk sekali. Hakikatnya UMNO itu tidak akan kembali pulih selagi tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinannya sekarang ini. MCA akan terus hanyut bersama UMNO dan tidak akan pulih kembali selagi mereka berada di dalam BN itu.
Kita lihat perkembangan ini sehari dua ini. Apakah MCA benar-benar akan menunaikan janjinya tidak mahu turut serta dalam Jemaah Menteri Persekutuan itu?
Mana lebih baik, MCA kekal dalam atau keluar dari BN?



Indon kantoi pergi mengundi nombor ic pon tak tahu
Posted on Tuesday, May 07 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber King Goblok


Nilah dia salah sorang dari berpuluh bukti skandal kesalahan JPN yang beri ic kepada pendatang asing untuk memuaskan nafsu jahat BN bagi menipu undi lantas tindakan ini bakal merosakkan dan membawa ke arah tragedy lahat datu.

 “BN Kena Sedar Diri, Majoriti Rakyat Tolak Kamu”
Posted on Tuesday, May 07 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Nazli Ibrahim

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/05/khalid-samad-pc-PR-Selangor-6-mei-02.jpgSHAH ALAM, 6 MEI: Umno-BN wajar menunjukkan hormat dan rasa malu kepada rakyat kerana walaupun ia berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, ia gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.
Menurut MP Shah Alam, Khalid Abd Samad, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi.
Berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.

“Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.
“Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri,” kata Khalid.
Dalam PRU-12 pada 2008 lalu, BN dinafikan majoriti buat pertama kali apabila hanya memenangi 140 dari 222 parlimen keseluruhan, manakala 82 yang lain dimenangi Pas, PKR dan DAP yang ketika itu masih belum membentuk PR.
BN ketika itu memperolehi undi popular sebanyak 4.08 juta undi atau 50.6 peratus manakala Pas, DAP dan PKR memperolehi 3.79 juta atau 49.4 peratus.
Dalam PRU–13 semalam, majoriti kerusi dimenangi BN merosot lagi apabila hanya mampu menang di 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan pula meningkat ke 89 kerusi parlimen.
“BN Kena Sedar Diri, Majoriti Rakyat Tolak Kamu”


  Kemenangan BN Yang Harus Rakyat Bayar Dan Tanggung Untuk 5 Tahun Akan Datang
Posted on Tuesday, May 07 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Omak Kau




Keputusan mutlak PRU 13 sudah pun diketahui...walaupun berlonggok penipuan dan keraguan mau tidak mau suka tidak suka harus rakyat terima keputusannya...

Keputusan rakyat kena dihormati kerana itulah pilihan mereka.

Kemenangan BN akan rakyat bayar dengan 1)  Saman AES akan di laksanakan semula   2)  Peningkatan cukai negara akan meningkat  3)  Tiada pendidikan percuma, PTPTN akan diteruskan   4)  Peningkatan kos sara hidup sudah pasti   5)  Cukai GST yang sekian lama tertangguh akan dilaksanakan   6)  Tol perlu dibayar dengan setiap 3 tahun sekali ada peningkatan harga  7)  Rasuah akan terus bermaharajalela  8)  Harga Petrol, disel dan gas cecair akan terus meningkat.. Rakyat akan bayar dengan harga yang lebih tinggi selepas ini.  9)  Kronisme akan segar bugar kembali.

Oleh itu rakyat yang mengundi kemenangan BN terimalah padahnya.

KENYATAAN DAN BUKAN REKAAN.....KEMENANGAN BN YANG HARUS RAKYAT BAYAR DAN TANGGUNG UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG!!!!


  Keputusan PRU 13: Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?
Posted on Tuesday, May 07 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh A Kadir Jasin

PLEASE accept the results.” (Tolong terimakeputusan). Demikian kata penyudah Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dalam sidang akhbar ketika menerima kemenangan Barisan Nasional dalam PRU 13 di Ibu Pejabat Umno sebentar tadi.Secara ringkas, pemerhatian awal saya ialah Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerisi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.

Walaupun PR gagal dalam kempen “Ubah” dan “Ini Kalilah” untuk menguasai kerajaan pusat, namun ia memperluaskan kehadirannya di semua negeri.
BN berjaya memenangi semula Kedah, mempertahankan Perak, tetapi gagal menguasai semula Selangor dan Kelantan walaupun jentera propagandanya memberi gambaran Selangor dalam tangan dan Kelantan ada harapan. Cakap besar Selangor akhirnya memakan diri sendiri.
Pulau Pinang tidak perlulah disebutkan lagi. Gerakan dan MCA punah di negeri itu. Umpan yang Mohd Najib berikan kepada orang Cina tidak bermakna. Orang Cina menolak BN secara terang-terangan.
Mohd Najib terkejut dengan keputusan itu dan menjanjikan perubahan kepada partinya Umno. Tetapi prestasi BN yang lebih buruk daripada 2008 menjadikan kedudukan beliau goyah.
Juga, apakah keputusan PRU kali ini berupa “Chinese tsunami” seperti yang Mohd Najib ungkapkan atau ia adalah sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi tidak lagi menerima BN dan Kerajaan BN seperti yang wujud sekarang?
Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?
Walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi kekuatannya dalam semua DUN merosot. Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri.
Di pihaknya pula, PR hendaklah menerima keputusan pemilih dan sebarang ketidakpuasan dan pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut peraturan dan undang-undang dan bukan dengan protes jalanan.
Wallahualam.
Keputusan PRU 13: Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?

 Pakatan dedah penyelewengan PRU13
Posted on Tuesday, May 07 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Tvpas hd



Tiada ulasan: