Menyanyi, menari tolak Subra di Segamat
Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) nyata tidak semata-mata bersilat
lidah apabila berkata mahu melihat Menteri Sumber Manusia Dr S
Subramaniam tewas di Segamat.Hari ini, lebih 200 anggotanya turun memenuhi bandar bagi menyatakan sikap mereka.
Sebagai tindakan balas, sekumpulan penyokong Subra berpakaian biru BN sudah bersiap menunggunya.
Bagaimanapun, anggota Nube ternyata menenggelamkan kumpulan itu dengan bunyi deram, kompang dan vuvuzela mereka.
Suasana bertukar alakarnival oleh aksi kumpulan berbaju merah itu yang berbaris di tebing Jalan Kampung Genuang sambil menyanyi dan menari "tolak Subra" dan mengibarkan bendera kesatuan.
Penyokong Subra kelihatan cuba mengimbangkan keghairahan anggota Nube itu. Mereka membawa plakad "We love Subra, We love BN" (Kami sayang Subra, Kami Sayang BN).
Bekas penyokong Hindraf bakar patung pemimpin
Bekas
penyokong Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) di Kulim hari ini
membakar patung pemimpin organisasi itu P Waythamoorthy bagi meluahkan
perasaan tidak puas hati mereka dengan keputusan merestui kepimpinan
Datuk Seri Najib Razak.Jurucakap kumpulan itu, M Asogan berkata, Waythamoorthy menggadaikan kehormatan diri dan maruah masyarakat India kepada Umno semata-mata kepentingan sendiri.
Beliau berkata, pada 2007 dan 2008, ribuan orang India turun ke jalan raya untuk menyuarakan perasaan tidak gembira dan tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Umno dan BN.
"Tetapi dengan melupakan acara bersejarah ini, Waythamoorthy kini mendekatkan dirinya dengan Umno.
"Masyarakat India di Malaysia tidak akan sekali-kali memaafkan Waythamoorthy kerana mengkhianati masyarakat India yang terpinggir dan diketepikan," katanya selepas mengadakan bantahan bersama 500 hadirin di Paya Besar.
Paya Besar berada dalam kawasan Padang Serai di mana bekas peguam Hindraf dan kini Naib Presiden PKR N Surendran bertanding kerusi Parlimen menentang penyandang N Gobalakrishnan dan calon BN Heng Seai Kie, serta dua lagi calon bebas Hamidi Abu Hassan dan Othman Wawi.
Tindakan Waythamoorthy menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Najib bulan lalu dan meminta mereka memberikan BN majoriti 2/3 kembali dalam Parlimen mengundang kemarahan sebahagian penyokongnya.
Polis gesa siswi 'dicabul' buat laporan
Polis
menggesa dua mahasiswi Kolej Universiti Selatan (SUC) membuat laporan
polis berhubung dakwaan mereka dicabul oleh penyokong BN dalam acara
yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Johor Bahru ACP Ruslan Hassan berkata, beliau sudah menghubungi Presiden SUC Thock Kiah Wah (kiri) dan meminta supaya pihak kolej memaklumkan kepada siswa itu supaya membuat laporan polis.
Dua mahasiswa 19 tahun itu mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN dalam majlis di Skudai, Johor itu.
Gadis yang dirujuk sebagai X dan Y yang ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen untuk perdana menteri menandatangani plak mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika keadaan sesak.
BERSIH desak SPR adakan demo cara guna dakwat kekal
Kemelut
dakwat kekal yang dilaporkan secara meluas oleh media dan di Internet
hari ini, menguatkan lagi desakan BERSIH kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) supaya mengadakan segera demonstrasi awam mengenai cara
penggunaannya.
Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata alasan yang diberikan oleh SPR berhubung dakwaan beberapa pengundi awal semalam bahawa dakwat kekal itu boleh ditanggalkan, tidak boleh diterima.
"Bagaimana ia boleh diterima apabila matlamat utama penggunaan dakwat kekal adalah ia tidak boleh dibuang? Ini benar-benar tidak boleh diterima," kata Ambiga dalam SMS kepada Malaysiakini.
Oleh itu, tegasnya, demonstrasi awam mengenai dakwat kekal itu perlu diadakan segera untuk meredakan kebimbangan berhubung penggunaannya pada hari mengundi Ahad ini.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata kejadian yang dilaporkan mengenainya boleh menjejaskan proses pilihan raya dan demokrasi.
Maria berkata, SPR perlu bertanggungjawab jika terdapat undi berganda kerana mereka yang mengundi di bawah proses pengundian awal semalam, boleh mengundi sekali lagi Ahad ini.
1. 'Kemelut dakwat SPR kompromi proses mengundi'
2. SPR: Mungkin petugas tak goncang botol dakwat
1 Mei 2013
SHAH ALAM - Ketika baki kempen tinggal empat hari sahaja lagi, UMR
Research dari Sydney melaporkan kedudukan sengit antara Barisan Nasional
(BN) dengan 49 peratus manakala Pakatan Rakyat (PR) ketinggalan satu
peratus iaitu 48 peratus.
"Pada peringkat ini perlumbaan terlalu dekat hingga tidak tahu siapa akan menang, tetapi terdapat petunjuk jelas yang kebanyakan rakyat Malaysia inginkan perubahan," menurut kenyataan media dari pusat kajian itu.
Mengikut Pengarah Kuantitatif Kebangsaannya, Chambell White, rata-rata pengundi menumpukan soal ketelusan kerajaan, kos sara hidup dan mempertahakan kesucian Islam.
"Dua isu pertama memihak kepada PR selebihnya memihak BN," ujar beliau.
Malah katanya, rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu 38 peratus menyatakan pilihan raya di negara ini bersih dan adil secukupnya manakala 42 peratus mengatakan tidak.
"Sokongan kepada PR datang secara sama rata di kalangan Melayu dan Cina, sementara sokongan kepada BN hanya di kalangan Melayu," katanya.
Kajian ini melibatkan 501 responden yang terdiri daripada pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia dan wawancara dilakukan dalam talian bermula 23 hingga 27 April lalu.
Sebelum ini rakyat Malaysia dibentangkan dengan dua hasil kajian iaitu daripada Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan Universiti Selangor (Unisel).
Kajian Umcedel menunjukkan BN dan PR mempunyai peluang sama rata untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Sementara kajian Unisel menunjukkan PR mencatatkan 50.6 peratus berbanding BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan.
Pengundian akan berlangsung Ahad ini.
1 Mei 2013
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas
Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir."
Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau.
Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.
"Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara akhbar itu.
Namun menurut Anwar hari ini "kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," katanya.
Menurut Anwar lagi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan parti pemerintah, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu.
"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.
"Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan.
"Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi.
Namun menurut Anwar, kedua-dua pemimpin itu mula turun berkempen di Putrajaya kerana ketakutan mereka terhadap Pakatan Rakyat.
"Bila Datuk Husam turun, Tun Daim terpaksa datang ke Putrajaya. Maknanya begitu pentingnya Husam.
"Kalau dia tak bertanding, Mahathir dan Daim tak akan turun," tambah beliau.
Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu mengambil pendekatan menyerang Dr Mahathir secara peribadi bersangkutan kekayaan yang dimilikinya.
"Saya tak nak serang dia (Mahathir) macam mana yang dia buat. Apa lagi yang saya tak buat.
"... Yahudi sudah, Amerika sudah, Al-Qaeda sudah, Arab sudah, Turki sudah, Sulu pula sekarang ini.
"Jadi kalau kita hendak layan... isunya apa? Isunya saya ulang apa Husam kata, dia takut!," ujar Anwar.
Mengambil pendekatan mahu terus melangkah ke hadapan, Anwar berkata kepada Dr Mahathir "tetapi monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta".
1 Mei 2013
PUTRAJAYA - Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dilihat agak luar
biasa, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru warga Putrajaya
melakar sejarah membenamkan kerajaan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.
"Ini masanya untuk kita beri pengajaran kepada mereka.
"Rakyat yang akan beri mereka pelajaran, apa itu bankrap," katanya dalam perutusan khas hari pekerja, menjawab dakwaan dasar Pakatan Rakyat (PR) hanya akan memufliskan negara.
Ucapan Anwar bukan hanya menerima tepukan, laungan kata semangat penghuni Putrajaya diikuti sorakan gemuruh ribuan hadirin yang datang ke program ini.
"Tipulah macam mana pun, tapi kalau rakyat bangkit macam ini...," diikuti sekali lagi laungan "ubah" dari warga Putrajaya.
"Beri sokongan kepada calon kita, (Datuk) Husam Musa di Putrajaya," ungkap beliau lagi.
Dengan tempoh kempen yang masih berbaki empat hari sahaja lagi, Anwar dilihat menyuntik sepenuhnya iltizam kepada warga Putrajaya untuk membawa perubahan.
"Macam mana pun saya kena datang ke Putrajaya kerana kunci Putrajaya ada pada Husam," ujar Anwar lagi.
Anwar menekankan, jika peralihan kuasa berlaku, kerajaan PR akan memastikan nasib golongan penjawat awam khususnya akan terus terbela.
"50 tahun BN memerintah tidak nampak perubahan yang setimpal.
"Pendapatan mereka yang rendah itu terus mendatar. Tidak setimpal dengan pengorbanan dan kerja kuat," tambah beliau.
Malah dakwanya, di bawah pemerintah sekarang, kuasa penjawat awam juga turut terbatas.
"Masalah sekarang kuasa mereka direndahkan martabat. Ini harus diperbetulkan. Perkhidmatan mereka harus dihargai.
"Pertimbangan mereka selalu memihak kepada yang kaya sahaja," katanya.
Sementara itu, dalam Deklarasi Putrajaya untuk seluruh penjawat awam seluruh negara sempena Hari Pekerja, PR akan memperkenalkan bayaran gaji berasaskan bilangan minggu diikuti tambahan satu bulan pendapatan.
"Ia akan membolehkan penjawat awam menikmati tambahan sebulan gaji setahun atau 52 minggu setahun berbanding sistem sekarang hanya 48 minggu," deklarasi itu menyebut.
Selain itu, deklarasi turut mengandungi pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan mesra penjawat awam, pencen pilihan, pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga dan elaun Cola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.
1 Mei 2013
KLUANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak
Pas yang sanggup mengetepikan ideologi dan perjuangan mereka semata-mata
untuk bekerjasama dengan DAP.
Beliau berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kononnya kedua-dua parti itu mencapai persetujuan pada tahap 95 peratus atas dasar kebebasan dan keadilan tanpa menceritakan perbezaan bakinya iaitu membabitkan konsep negara Islam dan hukum hudud.
“Saya agak hairan dengan kenyataan itu. Di mana lagi lima peratus yang dia tidak ceritakan iaitu membabitkan soal negara Islam dan hukum hudud.
“Hairan pemimpin Pas sanggup merendahkan soal Islam dan membuang perjuangan mereka kerana takut hilang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dataran Pekan Layang-Layang di sini, semalam.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN itu juga menyifatkan Pas sudah hilang kekuatan dan keupayaan sehingga terpaksa bergantung harap kepada DAP.
“Sekarang ini, mereka tertekan hingga sanggup bertentangan dengan perjuangan mereka selama ini. Ini bukan perkara kecil, ini adalah soal pokok dan mana perginya perjuangan mereka untuk menegakkan syiar Islam.
“Mereka boleh cakap ini soal remeh, kecil tetapi untuk orang Islam isu ini adalah perkara besar dan tidak boleh kompromi namun, Pas sudah mula kompromi dengan DAP. Saya percaya rakyat akan tolak mereka dengan jelas,” katanya.
Semalam, Pas dan DAP dalam satu kenyataan mengakui wujud perbezaan konsep dalam dasar kerjasama kedua-dua parti, namun tidak menghalang mereka daripada terus bekerjasama yang hanya membabitkan lima peratus perbezaan.
Kenyataan itu ditandatangani Abdul Hadi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng itu menyebut kedua-dua parti mencapai persetujuan pada tahap 95 peratus bagi menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.
Muhyiddin turut bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang mendakwa perbuatan mengumpulkan orang bagi mendengar ceramah sudah lama menjadi strategi perang psikologi pembangkang bagi memberi gambaran kononnya ramai menyokong mereka.
“Pembangkang mahu tunjukkan kononnya mereka mempunyai ramai sokongan bila mengadakan sesuatu program atau ceramah namun apa yang kita lihat hampir kesemua yang hadir itu bukan penduduk tempatan.
“Berbanding BN yang sentiasa mendapat sokongan dan kita tidak gunakan strategi sedemikian kerana BN mempunyai kekuatan yang tersendiri,” katanya.
1 Mei 2013
ALOR SETAR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan
Nasional (BN) akan menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), Ahad ini.
Beliau berkata ini berikutan kegagalan pakatan pembangkang mentadbir negeri itu dengan baik walaupun lima tahun diberi peluang oleh rakyat.
Daim berkata apa yang penting sekarang ialah semua anggota BN perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan perpaduan serta kerjasama dalam parti komponen.
"Saya percaya pakatan (pembangkang) tidak akan menang di Kedah...BN sekarang saya nampak bersatu padu kerana kegagalan lalu telah memberi pengajaran," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan bersama Pemuda dan Puteri Umno, di sini hari ini.
Terdahulu, ketika berucap beliau turut mengingatkan rakyat Kedah supaya tidak melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kerana ia boleh mendatangkan masalah besar kepada negara.
Katanya, rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan dasar-dasarnya seperti dilakukan kepimpinan BN selama ini berbanding pembangkang yang hanya membuat dasar tanpa merealisasikannya.- Bernama
1 Mei 2013
BACHOK - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menegaskan Barisan
Nasional (BN) tidak goyah dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang
dilemparkan pakatan rakyat pada hari-hari terakhir menjelang Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad ini.
Menurut Muhyiddin, tindakan yang disifatkan sebagai 'desperado' itu merupakan satu usaha untuk menggagalkan hasrat rakyat untuk melihat BN terus menerajui kepimpinan negara.
"Semakin dekat 5 haribulan (Mei), pelbagai tohmahan, fitnah dan bidaah dilemparkan kepada BN. Tapi kami beristiqamah.
"Mereka buat begini untuk mengaburi mata rakyat yang menyatakan (kononnya) pakatan mereka akan berjaya untuk menumbangkan BN," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 20,000 masyarakat pelbagai lapisan pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Pancor di sini hari ini.
Muhyiddin sekali gus menyelar khabar angin kononnya pakatan rakyat sudah menang PRU13 sedangkan ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Beliau turut "membentangkan" laporan situasi lawatan beliau ke seluruh negara yang rata-rata menunjukkan semangat dan aspirasi rakyat untuk melihat BN terus kekal menerajui negara di samping merebut kembali negeri ditadbir pakatan PKR-PAS-DAP.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan calon BN untuk kawasan Parlimen Pagoh, Johor memberi jaminan bahawa Bachok akan terus dibangunkan sebagai "lembah ilmu" di Kelantan.
Katanya, sebuah sekolah sains berasrama penuh akan diwujudkan di Bachok jika BN diberi mandat di kawasan itu serta menguasai Kelantan secara keseluruhannya.
"Saya bagi kenyataan di sini, ini bukan janji. InsyaAllah kalau kita menang dan mempunyai kuasa penentu, maka apa yang dipohon (Ketua Umno Bachok) Datuk Dr Awang Adek (Hussin) untuk adakan sekolah sains berasrama akan ditunaikan.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengajak rakyat berfikir mengenai kegagalan PAS dalam memperjuangkan syiar Islam terutama soal mempertahankan kalimah Allah dan pelaksanaan hukum hudud.
"Kita hari ini kalau terus nak bagi hak dan kuasa kepada Pas untuk mentadbir Kelantan lima tahun akan datang, saya tak tahu apa akan jadi di Kelantan lima tahun akan datang.
"(Mursyidul Am Pas Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) tidak boleh terus jadimenteri besar kerana tidak ada keupayaan dan banyak kegagalan, maka bila sampai 5 haribulan (Mei), kita tukar kerajaan (Pas) di Kelantan ini," katanya.
Muhyiddin turut bersalaman dengan rakyat yang hadir untuk melihat lebih dekat pemimpin nombor dua negara itu. - Bernama
Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata alasan yang diberikan oleh SPR berhubung dakwaan beberapa pengundi awal semalam bahawa dakwat kekal itu boleh ditanggalkan, tidak boleh diterima.
"Bagaimana ia boleh diterima apabila matlamat utama penggunaan dakwat kekal adalah ia tidak boleh dibuang? Ini benar-benar tidak boleh diterima," kata Ambiga dalam SMS kepada Malaysiakini.
Oleh itu, tegasnya, demonstrasi awam mengenai dakwat kekal itu perlu diadakan segera untuk meredakan kebimbangan berhubung penggunaannya pada hari mengundi Ahad ini.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata kejadian yang dilaporkan mengenainya boleh menjejaskan proses pilihan raya dan demokrasi.
Maria berkata, SPR perlu bertanggungjawab jika terdapat undi berganda kerana mereka yang mengundi di bawah proses pengundian awal semalam, boleh mengundi sekali lagi Ahad ini.
1. 'Kemelut dakwat SPR kompromi proses mengundi'
2. SPR: Mungkin petugas tak goncang botol dakwat
Kajian luar: BN di depan PR, peratusan amat tipis
1 Mei 2013
"Pada peringkat ini perlumbaan terlalu dekat hingga tidak tahu siapa akan menang, tetapi terdapat petunjuk jelas yang kebanyakan rakyat Malaysia inginkan perubahan," menurut kenyataan media dari pusat kajian itu.
Mengikut Pengarah Kuantitatif Kebangsaannya, Chambell White, rata-rata pengundi menumpukan soal ketelusan kerajaan, kos sara hidup dan mempertahakan kesucian Islam.
"Dua isu pertama memihak kepada PR selebihnya memihak BN," ujar beliau.
Malah katanya, rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu 38 peratus menyatakan pilihan raya di negara ini bersih dan adil secukupnya manakala 42 peratus mengatakan tidak.
"Sokongan kepada PR datang secara sama rata di kalangan Melayu dan Cina, sementara sokongan kepada BN hanya di kalangan Melayu," katanya.
Kajian ini melibatkan 501 responden yang terdiri daripada pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia dan wawancara dilakukan dalam talian bermula 23 hingga 27 April lalu.
Sebelum ini rakyat Malaysia dibentangkan dengan dua hasil kajian iaitu daripada Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan Universiti Selangor (Unisel).
Kajian Umcedel menunjukkan BN dan PR mempunyai peluang sama rata untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Sementara kajian Unisel menunjukkan PR mencatatkan 50.6 peratus berbanding BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan.
Pengundian akan berlangsung Ahad ini.
Anwar: Saya maafkan Mahathir, tidak Tun Daim
1 Mei 2013
"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir."
Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau.
Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.
"Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara akhbar itu.
Namun menurut Anwar hari ini "kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," katanya.
Menurut Anwar lagi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan parti pemerintah, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu.
"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.
"Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan.
"Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi.
Namun menurut Anwar, kedua-dua pemimpin itu mula turun berkempen di Putrajaya kerana ketakutan mereka terhadap Pakatan Rakyat.
"Bila Datuk Husam turun, Tun Daim terpaksa datang ke Putrajaya. Maknanya begitu pentingnya Husam.
"Kalau dia tak bertanding, Mahathir dan Daim tak akan turun," tambah beliau.
Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu mengambil pendekatan menyerang Dr Mahathir secara peribadi bersangkutan kekayaan yang dimilikinya.
"Saya tak nak serang dia (Mahathir) macam mana yang dia buat. Apa lagi yang saya tak buat.
"... Yahudi sudah, Amerika sudah, Al-Qaeda sudah, Arab sudah, Turki sudah, Sulu pula sekarang ini.
"Jadi kalau kita hendak layan... isunya apa? Isunya saya ulang apa Husam kata, dia takut!," ujar Anwar.
Mengambil pendekatan mahu terus melangkah ke hadapan, Anwar berkata kepada Dr Mahathir "tetapi monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta".
Anwar mahu Husam 'buka pintu Putrajaya'
1 Mei 2013
"Ini masanya untuk kita beri pengajaran kepada mereka.
"Rakyat yang akan beri mereka pelajaran, apa itu bankrap," katanya dalam perutusan khas hari pekerja, menjawab dakwaan dasar Pakatan Rakyat (PR) hanya akan memufliskan negara.
Ucapan Anwar bukan hanya menerima tepukan, laungan kata semangat penghuni Putrajaya diikuti sorakan gemuruh ribuan hadirin yang datang ke program ini.
"Tipulah macam mana pun, tapi kalau rakyat bangkit macam ini...," diikuti sekali lagi laungan "ubah" dari warga Putrajaya.
"Beri sokongan kepada calon kita, (Datuk) Husam Musa di Putrajaya," ungkap beliau lagi.
Dengan tempoh kempen yang masih berbaki empat hari sahaja lagi, Anwar dilihat menyuntik sepenuhnya iltizam kepada warga Putrajaya untuk membawa perubahan.
"Macam mana pun saya kena datang ke Putrajaya kerana kunci Putrajaya ada pada Husam," ujar Anwar lagi.
Anwar menekankan, jika peralihan kuasa berlaku, kerajaan PR akan memastikan nasib golongan penjawat awam khususnya akan terus terbela.
"50 tahun BN memerintah tidak nampak perubahan yang setimpal.
"Pendapatan mereka yang rendah itu terus mendatar. Tidak setimpal dengan pengorbanan dan kerja kuat," tambah beliau.
Malah dakwanya, di bawah pemerintah sekarang, kuasa penjawat awam juga turut terbatas.
"Masalah sekarang kuasa mereka direndahkan martabat. Ini harus diperbetulkan. Perkhidmatan mereka harus dihargai.
"Pertimbangan mereka selalu memihak kepada yang kaya sahaja," katanya.
Sementara itu, dalam Deklarasi Putrajaya untuk seluruh penjawat awam seluruh negara sempena Hari Pekerja, PR akan memperkenalkan bayaran gaji berasaskan bilangan minggu diikuti tambahan satu bulan pendapatan.
"Ia akan membolehkan penjawat awam menikmati tambahan sebulan gaji setahun atau 52 minggu setahun berbanding sistem sekarang hanya 48 minggu," deklarasi itu menyebut.
Selain itu, deklarasi turut mengandungi pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan mesra penjawat awam, pencen pilihan, pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga dan elaun Cola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.
Muhyiddin tempelak Pas
1 Mei 2013
Beliau berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kononnya kedua-dua parti itu mencapai persetujuan pada tahap 95 peratus atas dasar kebebasan dan keadilan tanpa menceritakan perbezaan bakinya iaitu membabitkan konsep negara Islam dan hukum hudud.
“Saya agak hairan dengan kenyataan itu. Di mana lagi lima peratus yang dia tidak ceritakan iaitu membabitkan soal negara Islam dan hukum hudud.
“Hairan pemimpin Pas sanggup merendahkan soal Islam dan membuang perjuangan mereka kerana takut hilang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dataran Pekan Layang-Layang di sini, semalam.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN itu juga menyifatkan Pas sudah hilang kekuatan dan keupayaan sehingga terpaksa bergantung harap kepada DAP.
“Sekarang ini, mereka tertekan hingga sanggup bertentangan dengan perjuangan mereka selama ini. Ini bukan perkara kecil, ini adalah soal pokok dan mana perginya perjuangan mereka untuk menegakkan syiar Islam.
“Mereka boleh cakap ini soal remeh, kecil tetapi untuk orang Islam isu ini adalah perkara besar dan tidak boleh kompromi namun, Pas sudah mula kompromi dengan DAP. Saya percaya rakyat akan tolak mereka dengan jelas,” katanya.
Semalam, Pas dan DAP dalam satu kenyataan mengakui wujud perbezaan konsep dalam dasar kerjasama kedua-dua parti, namun tidak menghalang mereka daripada terus bekerjasama yang hanya membabitkan lima peratus perbezaan.
Kenyataan itu ditandatangani Abdul Hadi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng itu menyebut kedua-dua parti mencapai persetujuan pada tahap 95 peratus bagi menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.
Muhyiddin turut bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang mendakwa perbuatan mengumpulkan orang bagi mendengar ceramah sudah lama menjadi strategi perang psikologi pembangkang bagi memberi gambaran kononnya ramai menyokong mereka.
“Pembangkang mahu tunjukkan kononnya mereka mempunyai ramai sokongan bila mengadakan sesuatu program atau ceramah namun apa yang kita lihat hampir kesemua yang hadir itu bukan penduduk tempatan.
“Berbanding BN yang sentiasa mendapat sokongan dan kita tidak gunakan strategi sedemikian kerana BN mempunyai kekuatan yang tersendiri,” katanya.
Daim yakin BN mampu tawan semula Kedah
1 Mei 2013
Beliau berkata ini berikutan kegagalan pakatan pembangkang mentadbir negeri itu dengan baik walaupun lima tahun diberi peluang oleh rakyat.
Daim berkata apa yang penting sekarang ialah semua anggota BN perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan perpaduan serta kerjasama dalam parti komponen.
"Saya percaya pakatan (pembangkang) tidak akan menang di Kedah...BN sekarang saya nampak bersatu padu kerana kegagalan lalu telah memberi pengajaran," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan bersama Pemuda dan Puteri Umno, di sini hari ini.
Terdahulu, ketika berucap beliau turut mengingatkan rakyat Kedah supaya tidak melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kerana ia boleh mendatangkan masalah besar kepada negara.
Katanya, rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan dasar-dasarnya seperti dilakukan kepimpinan BN selama ini berbanding pembangkang yang hanya membuat dasar tanpa merealisasikannya.- Bernama
Muhyiddin: BN tidak goyah susulan pelbagai tohmahan, fitnah
1 Mei 2013
Menurut Muhyiddin, tindakan yang disifatkan sebagai 'desperado' itu merupakan satu usaha untuk menggagalkan hasrat rakyat untuk melihat BN terus menerajui kepimpinan negara.
"Semakin dekat 5 haribulan (Mei), pelbagai tohmahan, fitnah dan bidaah dilemparkan kepada BN. Tapi kami beristiqamah.
"Mereka buat begini untuk mengaburi mata rakyat yang menyatakan (kononnya) pakatan mereka akan berjaya untuk menumbangkan BN," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 20,000 masyarakat pelbagai lapisan pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Pancor di sini hari ini.
Muhyiddin sekali gus menyelar khabar angin kononnya pakatan rakyat sudah menang PRU13 sedangkan ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Beliau turut "membentangkan" laporan situasi lawatan beliau ke seluruh negara yang rata-rata menunjukkan semangat dan aspirasi rakyat untuk melihat BN terus kekal menerajui negara di samping merebut kembali negeri ditadbir pakatan PKR-PAS-DAP.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan calon BN untuk kawasan Parlimen Pagoh, Johor memberi jaminan bahawa Bachok akan terus dibangunkan sebagai "lembah ilmu" di Kelantan.
Katanya, sebuah sekolah sains berasrama penuh akan diwujudkan di Bachok jika BN diberi mandat di kawasan itu serta menguasai Kelantan secara keseluruhannya.
"Saya bagi kenyataan di sini, ini bukan janji. InsyaAllah kalau kita menang dan mempunyai kuasa penentu, maka apa yang dipohon (Ketua Umno Bachok) Datuk Dr Awang Adek (Hussin) untuk adakan sekolah sains berasrama akan ditunaikan.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengajak rakyat berfikir mengenai kegagalan PAS dalam memperjuangkan syiar Islam terutama soal mempertahankan kalimah Allah dan pelaksanaan hukum hudud.
"Kita hari ini kalau terus nak bagi hak dan kuasa kepada Pas untuk mentadbir Kelantan lima tahun akan datang, saya tak tahu apa akan jadi di Kelantan lima tahun akan datang.
"(Mursyidul Am Pas Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) tidak boleh terus jadimenteri besar kerana tidak ada keupayaan dan banyak kegagalan, maka bila sampai 5 haribulan (Mei), kita tukar kerajaan (Pas) di Kelantan ini," katanya.
Muhyiddin turut bersalaman dengan rakyat yang hadir untuk melihat lebih dekat pemimpin nombor dua negara itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan