Jumaat, 10 Mei 2013

ORANG JAHAT SAJA BUAT KERJA2 JAHAT...ORANG BAIK TAK BUAT KERJA JAHAT...JIKA IA BUAT..BUKANLAH BAIK...MAKA MEMANG ORANG JAHAT...TAK DE ORANG NAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN

Lebih negeri akan 'digelapkan' mulai esok
5:39PM Mei 10 2013  
Selepas kejayaan 'menggelapkan' Stadium Kelana Jaya, Selangor dengan lautan manusia berbaju hitam yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, pembangkang kini merancang meluaskan kempen itu ke lebih banyak negeri.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh seminggu bermula esok, mereka merancang empat perhimpunan sama di Bukit Mertajam (esok), Ipoh (12 Mei), Kuantan (14 Mei) dan Johor Bahru (15 Mei).

NONE"PKR yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, perhimpunan yang dikenali "Black505" itu sebagai tanda penolakan terhadap dakwaan "penipuan pilihan raya" oleh Datuk Seri Najib Razak dengan pimpinan atasan SPR.

Beliau juga berkata, PKR menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya dan pasukan panel penyiasat yang diketuai beliau sendiri.

"Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihan raya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.

Skop tugasan dan mekanismenya akan diumumkan esok.
DAP tolak bulat-bulat cadangan sertai BN
3:39PM Mei 10 2013  
DAP menolak bulat-bulat cadangan supaya parti itu menyertai BN ekoran cadangan MCA untuk tidak meminta sebarang kedudukan dalam kabinet selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu menghormati prinspip "satu orang, satu undi, satu nilai" dan tidak akan terjejas dengan taktik BN untuk memecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat.

"DAP tidak berminta menyertai BN demi kedudukan kerana jika kami mahukannya, kami sudah pasti lakukannya 40 tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, DAP menolak menyertai BN dan memegang utuh cita-cita, prinsip dan dasar kesaksamaan, kebebasan dan Malaysia yang demokratik."
Papagomo dibebaskan selepas 3 hari reman
 
Penulis blog pro-Umno Papagomo telah dibebaskan oleh pihak polis hari ini, selepas ditahan reman selama tiga hari.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

"Semalam, kita membebaskan penulis blog (pro-PKR) blogger King Jason selepas tamat perintah tahanan ke atasnya selama dua hari," katanya.

Mereka telah ditahan pada hari Rabu dengan Papagomo disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, manakala King Jason disiasat di bawah seksyen yang sama Akta tersebut dan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
SPR anggap dakwaan Anwar pembohongan besar
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap dakwaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat serta fitnah semata-mata.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih terbersih yang pernah disediakan SPR.

Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya.
  
"Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai 'identifier' (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13," katanya dalam kenyataan di ibunegara hari ini.
  
Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.
  
Beliau menjelaskan melalui sistem pendaftaran itu, tiada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India yang dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.

Selain itu, Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 ialah sah, telah diwarta dan dimuktamadkan, sekali gus adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan.
  
"Oleh demikian, dakwaan kononnya terdapat 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi dalam PRU13 adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan adalah muktamad," tegas Abdul Aziz.
  
Katanya SPR turut melaksanakan proses pengundian awal pada 30 April lepas, melibatkan 235,826 pengundi daripada kalangan polis dan tentera serta pasangan masing-masing bagi menggantikan proses pengundian pos.
  
"Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak," katanya.
  
Abdul Aziz berkata asas utama untuk menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak mengundi lebih daripada sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap saluran/tempat mengundi pada hari pengundian.
  
"Jika nama seseorang itu tidak terdapat dalam daftar pemilih atau namanya telah dipotong kerana telah mengundi, pengundi itu tidak akan dapat mengundi lebih dari sekali. Ini bermakna pengundian berganda tidak akan berlaku dalam proses pengundian di negara ini," katanya.
  
Dari segi tempoh berkempen pula, SPR melakukan penambahbaikan dengan memperuntuk tempoh 15 hari berkempen bermula 20 April hingga Ahad lepas, berbanding 13 hari pada PRU2008, katanya.
  
Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan.
  
Beliau berkata berasaskan sistem itu, yang diguna pakai di Malaysia sejak PRU pertama pada 1959, menetapkan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasaskan jumlah undi popular yang diperoleh, sebaliknya jumlah kerusi parlimen yang dimenangi.
  
"Dalam konteks ini, walaupun parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984, mereka hanya memenangi 89 kerusi bahagian pilihan raya.
  
"Sebaliknya, Barisan Nasional (BN) memperoleh jumlah undi sebanyak 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya, BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen dan berhak membentuk kerajaan di peringkat pusat," katanya.
  
"Sistem ini juga digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat atau pun negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) terbanyak walaupun memperoleh majoriti satu kerusi berhak membentuk kerajaan," katanya sambil menambah sistem itu dikenali sebagai 'First Past The Post'.

- Bernama
IGP bukan letak jawatan tapi bersara wajib
6:44PM Mei 10 2013  
Polis Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar bukan meletakkan jawatan, sebagaimana yang disebarkan di media sosial, tetapi akan bersara wajib pada 17 Mei ini.

Dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi PDRM, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata majlis persaraan Ismail akan diadakan pada 16 Mei ini.

"PDRM memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai peletakan jawatan Ketua Polis Negara yang dikatakan ekoran desakan dari parti politik. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah," katanya.

Menurutnya, keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial.

"Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ismail adalah IGP kesembilan selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Musa Hassan (kanan) pada September 2010.

Beliau dijangka menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar semasa majlis makan malam persaraannya pada 16 Mei.
Orang lama gesa presiden MCA undur dengan baik
 
Sekumpulan veteran MCA hari ini menggesa Presiden Dr Chua Soi Lek berundur dengan segera ekoran kekalahan memalukan parti Cina itu dalam dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

"Seseorang mesti bertanggungjawab atas perkara ini, jadi kami minta presiden Chua meletakkan jawatan dengan baik bagi membolehkan pemimpin baru tampil melakukan perubahan, memulihkan dan membangunkan parti," kata jurucakap kumpulan itu Tan Koon Swan, yang juga bekas presiden.

Prestasi MCA kali ini adalah yang terburuk sepanjang sejarah 64 tahun parti itu. Ia menyaksikan mereka hanya menang 7 Parlimen dan 11 kerusi negeri.
NGO bawa replika keranda, tuntut ketua SPR undur
 
dikemaskini Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

NONEPerhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard. Dua lagi NGO ialah Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis "PRU 13 adalah yang paling kotor" mereka turut melaungkan "Tukar SPR" dan "Anak muda mahukan keadilan".

Turut kelihatan juga ialah kira-kira 10 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Sementara itu, dalam ucapan selepas memorandum diserahkan kepada pegawai perhubungan awam SPR, Safwan berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan respon terhadap tuntutan mereka.
NONE"Kita bagi tempoh sampai hari Jumaat minggu depan untuk SPR respon memorandum dan letak jawatan.

"Jika tak jawab, kita akan turun di jalanan. Hari Sabtu nanti berdepanlah dengan kemarahan rakyat.

"Kita juga akan membawa perkara ini ke Istana Negara," katanya.

Perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 3:15 petang.

Dalam memorandum tersebut, mereka membuat tiga tuntutan iaitu menolak keputusan pilihan raya umum ke-13, meminta supaya SPR yang baru dan telus ditubuhkan serta mendesak agar pilihan raya umum diadakan semula.

"Kita dah bagi ruang pada SPR untuk jawab. Kita dah sabar dan kali ni kita perlu gempur. Kita sahaja yang boleh selamatkan negara kita sendiri," kata Safwan lagi. 
HP Salahuddin diklon, hantar SMS anti-Cina
 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan menghantar SMS perkauman, sebaliknya menjelaskan telefon bimbitnya telah diklon oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan itu.

Katanya, ketika berada di pejabat PAS Kelantan malam tadi, beliau mendapat beberapa SMS daripada anggota parti Islam itu yang mengadu menerimanya.

SMS itu berbunyi: "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu, tetapi gagal. Chinese are not the king maker (orang Cina bukan penentu). Sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina. Sebarkan."

Beliau juga berkata, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga mengalami nasib yang sama apabila cuba dikaitkan dengan SMS anti-Cina itu.

Salahuddin membuat laporan polis di Kota Bharu tengah hari tadi dan meminta syarikat telekomunikasi menyekat taliannya daripada menghantar sebarang mesej.
Pakatan sokong Khalid jadi MB S'gor, kata SUA PKR
7:34PM Mei 10 2013  
Pakatan Rakyat menyokong ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata berteraskan prinsip konsensus, parti itu telah mencalonkan dua individu di kalangan ADUN PKR di Selangor untuk jawatan tersebut untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan Pakatan, PAS dan DAP.

Menurutnya, PAS menerusi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng telah bersetuju memilih Abdul Khalid bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat cemerlangnya menerajui pentadbiran kerajaan Selangor.

Terdahulu hari ini, Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menyuarakan kekecewaan berhubung proses penamaan calon menteri besar, dengan berkata kepimpinan tertinggi parti itu telah bertindak secara unilateral dan mengenepikan kepimpinan negeri.

[Baca berita penuh]
1. Orang no 2 PKR jentik kepimpinan dalam parti
2. Azmin kekal bersama PKR
3. 'Nak demo tiap hari, tiap minggu, tiap bulan?'
4. Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor
5. Khalid dijangka dilantik MB, dengan barisan exco baru

Tiada ulasan: